nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Masa untuk kami membina semula masa depan. Jom dapatkan ebook terbaru saya menceritakan apa yang sedang berlaku di genosid Gaza dan pengajaran daripada kesabaran penduduk. Dapatkan ebook 'Healing' Cara Gaza dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza 🤲🙏

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Melukis kegembiraan di wajah anak-anak di waktu perang, dengan memberikan mereka hadiah baju raya, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bayangkan di tengah bedilan roket dan gendosid yang berterusan, tanpa disangka-sangka insan-insan peduli nun jauh dari Malaysia sana hadir memberikan mereka sinar bahawa masih ada yang peduli, masih ada yang cakna.

Lega sedikit menyambut hari raya apabila ada sesuatu yang dapat kita hadiahkan terlebih dahulu buat mereka.

Tapi ini bukan berita besar yang saya nak kongsikan. Berita paling besar, paling berharga akan saya kongsikan tepat jam 9pm malam ni. Ada yang nak tahu ke? Kita nantikan sama-sama ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Insan ini sememangnya sangat istimewa.

Beliau dah bagi manfaat kepada puluhan malah ratusan ribu orang, orang yang belajar menulis daripada beliau ramai sangat yang dah dapat manfaat dalam memaksimakan media sosial sampai boleh dapat manfaat kewangan selain manfaat berdakwah dan berkongsi pengaruh.

Bayangkan banyaknya pahala beliau, semua yang berdakwah di medsos beliau ada sahamnya, termasuklah saya yang pernah ikut kelas penulisan content beliau.

Yang tu mungkin ramai orang tahu.
Yang ramai orang tak tahu ialah Tuan KHM ini adalah 'secret weapon' keluarga kami. Yang kenal beliau dulu ialah adik saya Musa kemudian saya pun mula kenal beliau dan seterusnya ahli keluarga saya.

Bila perlukan untuk lancar kempen, bila perlukan bahu untuk menangis, bila perlukan teman untuk minta pedoman, beliau inilah yang kami cari, tapi asing-asing. Saya biasa cari bila perlu khidmat influencer ratus ribu followers ni. Yang suka cari teman nak mengadu dan menangis tu adik saya yang lain.

Kali ni saya memilih untuk berganding lagi dengan KHM untuk lancarkan ebook saya yang pertama sebab saya tahu beliau memang pakar ebook, dah ada puluhan ebook dihasilkan dan dah ada sistem semua siap untuk uruskan.

Walaupun super sibuk dengan 1001 ujian beliau terus bersetuju nak bantu, alhamdulillah. Teman yang baik ni, bukan time kita susah dia bantu. Tapi time dia diuji pun dia masih nak bantu kita.

Terima kasih banyaklah tuan KHM dan team menjadikan ebook pertama saya realiti. Terima kasih menjadi 'adik' no 9 kami, menumpang bahu tempat bersandar, menyumbang tangan tempat .

Saya ajak kalian di hari terakhir Ramadan ini untuk sama-sama menyokong beliau dengan mendapatkan 15 ebook beliau berkaitan jatuh bangunnya dan mutakhir dengan nikmat seorang anak bernama 'Abdullah' dengan harga terbuka di sini,

https://ezy.la/KHM_Ebook

Untuk mendapatkan ebook saya yang kami usahakan bersama, bercerita tentang kisah-kisah saya dan famili di dalam perang, dapatkan di sini, juga dengan harga seikhlas rasa,

https://ezy.la/healingcaragaza

Jom support kami hujung-hujung Ramadan ni!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ramai yang minta saya ceritakan lagi pasal keadaan harta-benda kami yang berbaki di G.

Saya nak cerita sikit pasal kenderaan kami yang kami gunakan untuk bergerak ke sana ke mari, untuk menguruskan puluhan projek pada satu-satu masa.

Kenderaan yang kalian nampak dah berlubang-lubang ni adalah Toyota Prado model 2011. Nampak cantik sebab dah banyak kali make-up tapi muka je cantik, body lama. Yang saya nak cerita ialah susur galur bagaimana akhirnya kami menggunakan Prado.

Masa saya mula membuka NGO tahun 2013, kami pun masih bertatih saya hanya menggunakan pengangkutan awam. Masa tu memang penat sebab selain ke universiti, saya juga menguruskan sekitar 300 anak yatim yang ditaja seorang diri, menyambut hari lahir mereka, menyampaikan kafalah mereka dan mengambil maklumat mereka untuk dihantar kepada penaja.

Dah lama sikit baru saya ada basikal untuk bergerak ke tempat-tempat terdekat. Setahun dua, upgrade pula menjadi motosikal Haojiang yang memang terkenal di sana. Motosikal Haojiang ni yang sangat banyak memori dengan saya.

Semasa perang 2014 saya merempit dengan motosikal ini menguruskan jutaan ringgit amanah kalian. Malah semasa perang saya bergerak dari Bandar G ke Khan Yunus di selatan pada waktu malam, dengan motosikal. Saya hampir dilempang oleh rakan-rakan di sana apabila mereka tahu, kata mereka ia misi bunuh diri yang mujahidin pun tak buat sebab dron penjajah akan membedil apa saja objek bergerak pada waktu malam!

Satu masa yang lain, saya terlalu cepat merempit untuk mengejar temujanji sehingga saya terlanggar kereta yang tiba-tiba memintas lalu saya tercampak daripada motosikal, melayang sejauh 5,6 meter sebelum mendarat di tanah. Ajaibnya semasa tu saya bangkit semula tanpa ada apa-apa kecederaan walaupun motosikal terpaksa diangkut menggunakan trak untuk dibaiki.

Kawan yang datang bantu pun terkejut kerana saya selamat, cuma selepas kami nak berpisah baru dia datang mendekati saya dan berbisik, Nadir, seluar kamu koyak di tengah dari atas sampai ke bawah.

Alamak! Kenapa tak bagitahu awal, setengah Bandar G dah berkerumun tadi, patutlah depa duk berborak dan bercerita macam ada benda pelik di belakang saya, rupanya....

Selepas beberapa kali kemalangan dengan motosikal, barulah kami mula menyewa kenderaan untuk mudahkan pergerakan sebelum akhirnya saya membeli Prado terpakai. CGM juga ada lori yang dijadikan perpustakaan bergerak dan van Hyundai untuk team bergerak. Kini semuanya dah musnah.

Begitulah. Alhamdulillah.

Cerita-cerita perang G saya nukilkan dalam e-book yang akan direlease hari ini, kalian kena dapatkan cepat di https://ezy.la/healingcaragaza

Saya tak letakkan harga, kalian dapatkanlah dengan seikhlas rasa, membantu saya dan keluarga untuk bangkit semula.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ada sekali tu masa saya dapat video call dengan keluarga di G, tiba-tiba dalam video saya nampak anak lelaki saya Muhammad masuk ke rumah. Di tangannya ada beg plastik. Saya terus memanggilnya, bertanya apa yang dibawa.

Muhammad menjawab, saya baru balik dari beratur berjam-jam untuk dapatkan plastik ni, sumbangan baju sejuk untuk Qamar. Mendengar namanya, Qamar menerpa mengambil plastik dari tangan Muhammad. Dibuka dan dikeluarkan baju dari dalamnya, dibelek dan diusap kemudian dipeluk. Kemudian Qamar berkata,

"Akhirnya dapat juga baju sejuk. Lepas ni saya tak sejuk dah Baba. Terima kasih Baba."

Masa tu saya menyeka air mata. Cepatnya dunia berputar. Baru beberapa bulan lepas kita menyalurkan sumbangan berpuluh juta kepada penduduk yang memerlukan, saat ini keluarga saya sendiri jadi penerima bantuan.

Beratur berjam-jam untuk mendapatkan pakaian, untuk mendapatkan rawatan dan barang keperluan. Sampai bila dapat baju sejuk Qamar yang dah biasa sangat nampak saya buat projek bantuan menyangkakan yang ia datang dari saya!

Tabahlah anakku, kadang kita rasa hebat dan di awangan, kadang Allah campakkan kita semula ke bumi untuk mengingatkan kita makna berTuhan.

Kisah-kisah macam ini yang saya dan Naeem kongsikan di dalam buku digital baru kami 'Healing' Cara G. Kami tak letak harga supaya hujung-hujung Ramadan ni kalian boleh sokong kami seikhlasnya. Preorder e-book ini boleh dibuat di sini,

https://ezy.la/healingcaragaza

Tolong sharekan boleh? Saya nak tunjuk kat Qamar ramaaaai yang sayang dekat dia.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini malam 27 Ramadan, masih sempat lagi untuk kalian bersedekah merebut ganjaran pahala malam Lailatul Qadar.

Bagi sesiapa yang menemui Lailatul Qadar, perlulah memperbanyakkan pujian kepada Allah SWT dan berdoa kepada-Nya.

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُعَنِّي
“Wahai Allah SWT, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberi ampun, maka ampunilah aku.”

Sempena 10 malam terakhir ini, jom istiqamah menyumbang untuk rakyat Gaza ❤️

Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Ramadan.

#Ramadan4Gaza
#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ya Allah, kalau ada rezeki masuk syurga saya nak berjiran dengan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra. Nak buat kawan bercanda 😄 Esok dan lusa kami akan berTanyalah Ustaz bersama inshaAllah. Soalan susah tanya dia, nak sembang kari pass kat saya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gais. Rutob ada sikit lagi, Ajwa ada sikit lagi paling best Medjoul Gergasi Palestin pun ada sikit lagi. Jom bantu kami habiskan, nak tutup kedai dah. Tiga-tiga spesies kurma ni memang sesuai buat hadiah, mesti mak ayah di kampung redha. Tanya dengan depa ni ya,

COD Bangi dan sekitar :
https://rutobrarecodbangi.wasap.my/

COD Kajang, Serdang, Semenyih, Seri Kembangan :
https://rutobrarekajang.wasap.my/

COD Seluruh Melaka :
https://rutobraremelaka.wasap.my/

Seluruh Malaysia (Agen):
https://rutobraremalaysia.wasap.my/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebahagian gambar rumah, kenderaan kami dan pejabat CGM yang musnah. Alhamdulillah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

30 minit untuk Jumaat terakhir Ramadan tahun ini. Rebut gaisss!!
https://swiy.co/nadiralnuri
Share cepat gaisss!!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumbang di sini jika link bermasalah. Jem lagi nampaknya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah ramainya orang berusaha nak masuk ke syurga sampai sistem kita jem! Dan alhamdulillah setakat ini saja untuk malam ini, kita dah dapat kumpulkan lebih RM120,000!

Ya Allah di malam yang penuh keberkatan ini kabulkan hajat seluruh hamba-hambamu, murahkan rezeki mereka, mudahkan segala urursan mereka.

Kejap lagi saya nak cuba berhubung dengan orang rumah, nak minta mereka semua di G doakan yang baik-baik untuk kalian.

InshaAllah kami akan buka lagi target saya dalam Battle of The Influencers tu supaya ramai lagi boleh sumbang melebihi RM1 juta. Sasaran besar kita RM10 juta belum lagi kita capai. Sepanjang Ramadan, kita dah luluskan dana sebesar RM7 juta untuk digunakan di G dan sebahagian besarnya sudah dilaksanakan alhamdulillah, khususnya untuk memberi makan kepada penduduk.

Kalau target di page Battle dah penuh kalian boleh je masukkan terus ke akaun Maybank Cinta Gaza Malaysia 564810507826 dengan rujukan : kecemasan atau pakai qr code di bawah.

Pakai qr code ke, melalui link Battle of The Influencers saya ni ke, direct ke akaun dengan rujukan kecemasan tu ke, semuanya masuk ke akaun yang sama, semuanya tujuan sama.

Jom kejar lagi malam Jumaat terakhir di bulan Ramadan tahun ini. Malam ganjil pula tu! Share dan tag kaum kerabat dan para sahabat yang kalian nak jemput ke syurga bersama-sama, inshaAllah.

https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam Jumaat, Malam Ganjil, Malam Ramadan = Pahala Berganda Super Duper! Jom target RM100k malam ini, klik https://swiy.co/nadiralnuri dan share!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sahabat semua malam ni malam 23, malam ganjil. Jom niat qiam, quran, sedekah. Jom target 100k malam ni. Ada rezeki, lebih baik dari 1000 bulan kalau share dan sedekah. https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dia cuba menyelamatkan nyawa abangnya....tetapi sia-sia. Putus asa, kecewa, berduka nestapa. Apakan daya, ia rasa yang dikongsi lebih dua juta umat manusia.

Kita? Kita hanya mampu untuk terus berusaha dengan kudrat kecil yang ada. Teruskan menyumbang sahabat-sahabat sekalian. Ini saja yang mampu kita lakukan. Ini saja hujah kita kelak di Hari Pengadilan.

Klik https://swiy.co/nadiralnuri dan bantu sebarkan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.
ALHAMDULILLAH.

Selepas usaha panjang akhirnya kami disatukan.

Perbincangan beberapa bulan.
Pendapat ramainya ulama'.
Usaha begitu banyak pihak.
Dan paling penting doa kalian semua.

Banyak yang perlu kami ceritakan, hero yang perlu kami dendangkan tetapi buat masa ini biarlah kalian beraya, sehingga esok lusa.

Selepas itu kami akan ceritakan bagaimana ia bermula, siapa di balik tirai misi 'gila'.

Untuk hari ini, terima kasih kepada semua atas hadiah paling istimewa di hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua. Dan dari sedalam hati kami, terima kasih ❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ebook 'Healing' Cara G dah mula diemel kepada semua pembeli. Terkejut juga belum apa-apa dah banyak review baik-baik yang masuk, alhamdulillah.

Memandangkan kita dah mula blast maksudnya yang beli selepas ni, ebook akan dihantar secara automatik kepada kalian, tak perlu lagi tunggu.

Jom dalam keseronokan nak menyambut raya, kita tak melupakan kesedihan nak meninggalkan Ramadan. InshaAllah ebook ini akan mengingatkan kita supaya bersederhana dalam bergembira kerana saudara kita di sana masih dianiaya.

Saya kongsikan isi kandungan ebook untuk kalian belek menariknya apa yang kami kongsikan. Dapatkan ebook di sini cepat ya, sementara kami buat harganya masih seikhlas hati,

https://ezy.la/healingcaragaza

Tolong kongsi manfaat ini, boleh?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam 29 Ramadan, malam ganjil dan terakhir qiam. RM40k terakhir diperlukan untuk G di https://swiy.co/nadiralnuri. Jom juga support ebook saya di https://ezy.la/healingcaragaza. Dua² amal kebaikan!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Antara projek yang kita usahakan sekarang ialah baju raya untuk anak-anak kita di G. Memang tak semua akan dapat, tapi kalau tak semua dapat, takkan langsung kita tak nak buat. Kan kita diajar,

ما لا يدرك كله لا يترك كله

Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua. Kalau tak dapat bantu semua, jangan tak bantu langsung. Sama macam konsep sedekah. Kalau tak dapat bagi banyak, jangan tak bagi langsung.

Kita perlukan RM100k sahaja sahabat semua untuk capai 1.5j daripada kutipan keluarga syurga saya di medsos. Ramai sangat yang dah menyumbang, hampur 30 ribu orang, boleh buat bandaraya besar ni untuk kita berjiran bersama di syurga.

Jom push sikit sorang lagi dan sebarkan supaya kenalan kita juga berjiran dengan kita di syurga.

Sumbang di https://swiy.co/nadiralnuri cepat.

Kalau nak sentiasa semangat cintakan umat pula boleh dapatkan e-book tulisan saya dan anakanda Naeem, harga seikhlas rasa. Preorder di,

https://ezy.la/healingcaragaza

Cepat semua, beza orang yang cepat ke lambat masuk syurga ialah orang yang cepat masuk kerana mereka cepat bertindak bila nampak pintu kebaikan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

3577 orang telah menyokong kami dengan mendapatkan e-book 'Healing' Cara G, alhamdulillah! Jom join the club di https://ezy.la/healingcaragaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sahabat syurga semua.

Kalau sepanjang Ramadan kita belum tarawih malah berqiamullail walau dua rakaat, malam ni wajib tarawih dan qiamullail.

Kalau sepanjang Ramadan belum baca walau satu helai Al-Quran, malam ini wajib baca.

Kalau sepanjang Ramadan belum sedekah walau sedikit, malam ini wajib bersedekah.

Malam ini malam 27 Ramadan, ramai ulama' yang anggap malam ini malam Lailatul Qadr.

Bayangkan kalau Allah takdirkan malam ini mungkin boleh jadi malam penentu sama ada kita masuk syurga atau tak. Semua amal jadi lebih baik daripada 1000 bulan. Alangkah ruginya kalau terlepas kan. Tangguh sekejap Netflix, tangguh sekejap shopping, tangguh sekejap bancuh kuih raya. Angkat tangan ke langit dan berdoa seolah tiada hari esok.

Untuk sumbang kepada saudara kita di G boleh melalui link ini https://swiy.co/nadiralnuri

Untuk mendapatkan e-book tulisan saya dan Naeem sambil membantu kami bangkit semula (kami tak letak harga tetap) boleh dapatkan di sini https://ezy.la/healingcaragaza

Jangan lupa doakan kami, sahabat-sahabat kita di sana dan seluruh muslimin dan muslimat ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yang sini ada stok rutob, juga penghabisan.

Agen Rutob Rare:

*Sungai Buloh:*

✅ www.wasap.my/60182050953/rutobsgbuloh

*Ipoh/Chemor:*

✅ www.wasap.my/601110186996/rutobchemorperak

*Kuantan, Pahang:*

✅ www.wassap.my/60139961938/rutobkuantan

*K.Trg/Marang:*

✅ www.wasap.my/60199270818/rutobk.terengganumarang

*Besut, Terengganu:*

http://www.wasap.my/60148365361/rutobbesutterengganu

*Lain-lain Kawasan (Semenanjung):*

https://rutobraremalaysia.wasap.my/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Anak sulung saya yang seorang ni memang jenis pendam dan pendiam sejak saya kenal dia 11 tahun yang lepas.

Mungkin sebab sejak umur 8 tahun dia dah pikul tanggungjawab sebagai abang sulung dan pengganti ayahnya yang syahid jadi dia tak banyak mengadu kepada kami.

Tetapi dia banyak mengadu kepada Allah.

Saya selalu terbayang orang yang sujudnya panjang maksudnya hasratnya besar, cerita dan adu-dombanya kepada Allah banyak. Kalau orang yang semua benda dah dapat, sujudnya singkat sekadar nak minta diampunkan dosa, ditambahkan rezeki.

Naeem ni bila sujud kadang-kadang dekat 10 minit. Lagi-lagi bila malam-malam 10 terakhir Ramadan ni dia akan keluar ke masjid waktu Isya' dan tak balik sehingga selepas Subuh. Hari-hari macam tu, dibuat sungguh-sungguh solat sunat dan segala macam ibadat.

Sebab tu saya sangat seronok bila saya ajak dia menulis bersama buku Healing Cara G. Dalam tu baru saya tahu apa yang Naeem lalui sejak awal perang. Ahli keluarga sebelah ibu yang hampir pupus, makcik-makcik sebelah ayah yang terkorban dan masih di bawah runtuhan, kawan sejak kecil yang ditangkap penjajah, rumah datuknya yang hancur musnah.

Semuanya diceritakan di dalam buku kami ini. Sesekali bila mood dia baik dia akan mengelamun bersama saya berkongsi harapan menyambung MA di sini sana, belajar bahasa dan beranak lima. Kalau tengah seronok dia mengalamun juga nak beristeri dua, tiga, satu dari bumi asalnya, satu dari Malaysia yang ketiga entah dari mana.

Tetapi kebanyakan masanya dia akan kembali ke tikar solat, lebih selesa berbicara dengan Pencipta.

Moga Allah memeliharamu anakku.

Jom teman-teman lakukan pre-order buku kami berdua, tempat kami meluah dan bercerita. Sokongan kalian yang tak pernah putuslah yang menyebabkan kami dapat terus kuat dan bangkit, setiap hari dan setiap masa. Klik dan bantu sebarkan, kami tak letakkan harga agar kalian mendapatkannya dengan hati yang terbuka,

https://ezy.la/healingcaragaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

(Tulisan ini sedikit panjang kerana saya jarang sekali menulis tentang diri sendiri dan keluarga.)

Segala puji bagi Allah.

Sejak awal Ramadan saya menyebut kepada diri sendiri bahawa saya hanya akan menulis post ini setelah tanggungjawab saya kepada umat selesai untuk Ramadan tahun ini - dalam tempoh 3 minggu alhamdulillah saya berjaya mencapai sasaran 1.3 juta ringgit untuk G dan team mencapai sekitar 7 juta ringgit, semuanya berkat sokongan dan sumbangan kalian.

Selesai tak bermaksud habis tetapi sekurangnya ada hak lain yang boleh saya letakkan sekejap di hadapan, hak keluarga khususnya. Hak yang telah diabaikan sejak awal perang meletus.

Sejak minggu kedua genosid bermula lagi keluarga saya terpaksa berpindah-randah dari rumah ke rumah. Di Bandar G berpindah 3,4 kali sebelum berjalan kaki berjam-jam ke Khan Yunus di selatan sebelum berpindah pula ke Rafah.

Di Rafah keluarga saya tidak lagi mempunyai apa-apa harta; pertama kali sejak 11 tahun memberi kepada penduduk di sana, anak-anak saya pula yang terpaksa menerima ihsan diberikan bantuan pakaian untuk menahan tubuh daripada menggeletar kesejukan, menerima pek makanan supaya tidak kelaparan.

Kemudian kami dimaklumkan pula bahawa rumah kami di Bandar G telah dimusnahkan kerana dijadikan pengkalan penjajah beroperasi. Segala harta kami dan ngo kita digeladah dan dicampak, segala kenangan dan memori dikoyak-rabak.

Ketika itu saya tahu bahawa kami tidak lagi mempunyai apa-apa, malah kenderaan yang kami miliki pun berlubang di sini sana akibat serpihan letupan. Kami redha dan pasrah - saya masih meneruskan peranan membantu penduduk yang sangat memerlukan dengan mengabaikan keperluan keluarga dan alhamdulillah, puluhan juta ringgit dapat kita kumpulkan untuk ummah lemah yang dizalimi.

Malam ini saya meminta izin kalian untuk berhenti seketika dan memikirkan sekejap nasib kami pula. Anak-anak yang perlu kembali ke sekolah dan universiti tatkala perang tamat, isteri yang masih dengan pengajian PhD, rumah yang perlu diisi semula setelah dikosongkan, pakaian dan keperluan harian, wang yang disimpan untuk anak-anak berkahwin dan membina semula masa depan. Semuanya musnah sekelip mata.

Dalam keadaan biasa saya alhamdulillah boleh hidup selesa. Tidak kaya tetapi berharta. Tidak susah dan serba-serbi ada. Tetapi keadaan kami kini sangat luar biasa. Banyak sangat yang perlu diusaha khususnya untuk bangkit semula pasca pembunuhan yang masih menggila.

Justeru saya dan anakanda Naim berganding bahu menukilkan kisah-kisah yang kami baca dan alami di waktu perang untuk diterbitkan sebagai bahan bacaan digital, lalu diluncurkan kepada kalian untuk dijadikan pedoman. Pada masa sama, tanpa meletakkan harga, mudah-mudahan ia menjadi laluan menjana semula segala yang telah lesap di hadapan mata.

Buku digital ini pendek tetapi bermakna, berkongsi kisah yang sebahagiannya kalian belum pernah baca. Ia mula dijual pada malam ini secara pre-order dan akan dikirimkan kepada kalian bermula Selasa depan dengan izin Allah. Dengan siapa kami bekerjasama dan kenapa, kami kongsikan dalam buku tersebut.

Justeru pada malam penuh berkat ini, kami persembahkan kepada kalian, 'Healing Cara G'. Kongsikan kalau sudi, semoga ada manfaatnya, untuk kalian dan untuk kami.

Bismillah.

https://ezy.la/healingcaragaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Beberapa kali saya memujuk mereka untuk membenarkan saya bercerita kisah ini, akhirnya baru mereka akur. Asalnya mereka tak mahu dijadikan 'hero' di kala terlalu ramai penduduk yang sudah mendahului bertemu Ilahi.

Apabila terdengar berita pengeboman khemah wartawan di sebelah Hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deirul Balah kami terpaku. Kami tahu khemah di sebelahnya adalah tempat team CGM bertugas menaikkan bahan-bahan media untuk dihantar kepada kita di Malaysia sebagai bukti sumbangan sampai.

Sejam, dua jam berlalu team masih tak dapat dihubungi. Akhirnya setelah beberapa jam berlalu baru whatsapp call diangkat. Alhamdulillah! Khemah tempat pasukan CGM bertugas jaraknya satu meter daripada lokasi letupan, tetapi ahli pasukan kita semuanya selamat!

Abu Yasir, ketua media kita di sana menghantar gambar dadanya yang berdarah. Ada serpihan letupan yang menembusi bajunya tetapi kecederaan tak serius. Apabila kami mengucapkan alhamdulillah serpihan itu tak masuk ke jantungnya dia sempat lagi bergurau, mana boleh masuk ke jantung, Muna (isterinya) ada di situ!

Begitulah segelintir kisah perjuangan pasukan kita untuk memastikan amanah kalian sampai. Apabila saya berkongsi tentang kutipan yang mendadak hari ini mereka seronok. Kata mereka, untuk inilah kami bersedia menumpahkan darah, untuk memastikan manfaat sumbangan kita sampai kepada penduduk.

Sahabat semua, hari terakhir Jumaat untuk Ramadan tahun ini masih berbaki beberapa jam. Jangan biarkan ia berlalu tanpa ada sedikit sumbangan, tanpa ada sedikit doa, tanpa dikongsi coretan ini. Jangan biarkan darah yang mengalir di sana mewakili kita semua kering dengan sia-sia.

Ayuh di hari penuh berkat di bulan sangat hebat ini kita memberikan apa yang ada. Berapa hari saja berbaki untuk berbakti. Salurkan sumbangan kalian melalui link ini atau terus ke akaun Maybank CGM 564810507826 atau gunakan qr code.

https://swiy.co/nadiralnuri

Jangan lupa share, ajak orang lain juga ke syurga bersama kita.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

4000 orang telah sumbang RM200,000 dari Isya' semalam, alhamdulillah! Peluang masih terbuka, Sedekah Subuh Jumaat terakhir Ramadan tahun ini di https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah tak sampai sejam, sekitar 500 orang yang menyumbang dengan nilai sumbangan dah hampir mencecah RM30,000. Memang bakal ahli syurga semua sahabat-sahabat saya ni. Untungnya alhamdulillah.

Yang belum join the bakal ahli syurga club boleh klik di sini. Kita nak kutip RM70,000 saja lagi malam ni.

https://swiy.co/nadiralnuri

Maaf kalau asyik push untuk sumbangan malam-malam terakhir ni. Tapi sebab rasa sedih kalau tak dapat berjiran dengan kalian di syurga nanti.

Kalau Allah bagi rezeki, apa kita sumbangkan malam ini lebih baik dari sumbangan 1000 bulan tau. Jangan lupa juga solat sunat, banyakkan baca Quran dan selawat.

Doakan saya juga dan kawan² medsos kita ya!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

ALHAMDULILLAH!

Agihan makanan panas ini dibuat di utara G, di tengah kemelut kebuluran dan kelaparan!

Lega kan bila dah dekat nak waktu berbuka ni dapat gambar macam ni, alhamdulillah kita nak iftar pun rasa seronok, mereka dapat makan macam kita.

Sebenarnya kami dimaklumkan bahawa ada sebahagian ladang ternakan di sebelah utara dapat diakses setelah penjajah meninggalkan kawasan tersebut dan kami ditawarkan untuk membeli kambing dan lembu yang ada.

Kuantitinya kecil dan harganya agak mahal tetapi pastinya ia murah untuk menyelamatkan nyawa saudara-saudara kita di sana.

Semuanya berhasil berkat doa dan sumbangan kalian. Jangan berhenti berdoa, jangan berhenti menyumbang, jangan berhenti berkongsi. Mudah-mudahan kita dapat melipat-gandakan lagi usaha kita untuk memberi makan kepada mereka.

Antara amal paling baik yang Allah suka, memberi makan untuk orang berbuka, inshaAllah.

Salurkan sumbangan kalian ke https://swiy.co/nadiralnuri dan titipkan doa untuk sahabat-sahabat kita yang bekerja dan bergadai nyawa menyampaikan amanah kita.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum & salam sejahtera ⛅️

PODCAST CINTA GAZA MALAYSIA

🆕 episod #SemejaBersamaCGM [Edisi Khas] - Dari Gaza ke Malaysia, Ini Kisah Mereka

Dengarkan di Spotify atau di Youtube sekarang!

Dalam edisi khas ini, tiga staf Cinta Gaza Malaysia dari Gaza kongsikan cabaran mereka hidup di sana, di bawah penjajahan Israel!

🎧 Spotify: https://shorturl.at/eisy8
📸 Youtube: https://youtu.be/C9umQZyg93A

#podcastCGM
#SemejaBersamaCGM
#weareCGM
#heroes4hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Agar kita tidak lupa yang mereka masih dibantai musuh durjana. Teruskan menyumbang kepada mereka melalui https://swiy.co/nadiralnuri

Читать полностью…
Подписаться на канал