Untuk saya pastinya saya berkempen untuk kita menang!
Jom sumbang melalui link saya cepaaaaat!
https://swiy.co/nadiralnuri
Link utama untuk lihat info misi (persaingan jumlah kutipan, kegunaan dana dll)
https://cintagaza.my/battleoftheinfluencers
Sebelum ini kami selalu post gambar tetapi kali ini kami share sekali videonya pula supaya kalian sendiri dapat rasai bagaimana suasana agihan Pek Iftar untuk 400 keluarga/2000 orang penduduk Gaza yang berada di Jabalia, Utara Gaza. Tempat yang sangat sesak dan memerlukan lebih banyak bantuan.
Khobeza ini adalah antara makanan yang mudah untuk dimasak lagi-lagi sewaktu perang ini. Nampak macam sup hijau tetapi sebenarnya makanan ini penuh dengan nutrien dan bebas gluten juga! Kebiasaannya Khobeza ini dimasak dengan apa-apa jenis hidangan.
Untuk makluman kalian, kita mensasarkan sumbangan sebanyak RM10 juta untuk Ramadan pada kali ini untuk bermacam-macam projek dan keperluan saudara-saudara kita di Gaza dan di tempat-tempat lain.
Terima kasih orang-orang baik kerana tak putus-putus memberi sumbangan di bulan Ramadan ini. Jom, salurkan sumbangan kalian ke https://emergency4gaza.com/kecemasan segera. Jom, jadikan doa-doa mereka pada hari ini untuk kita.
#Heroes4Hope
#Ramadan4Gaza
MA’AL MUQAWAMAH
Ma’al muqawamah bermaksud bersama pejuang, ia tema am di kalangan penduduk G setiap kali berlaku serangan.
Sokongan terhadap H@ mas mungkin bertambah dan berkurang, tetapi dalam semua siri serangan ke atas G rakyat sentiasa bersama dengan mujahidin khususnya Al-Qass@ m , sayap bersenjata bagi parti politik tersebut.
Saya selalu menceritakan bagaimana dalam serangan sebelum-sebelum ini, biasanya rumah-rumah penduduk yang berdekatan sempadan akan dikosongkan kerana menjadi zon merah.
Pada waktu itu penduduk akan meninggalkan rumah-rumah mereka terbuka untuk digunakan oleh pejuang sebagai kubu pertahanan.
Pada waktu sama mujahidin pula menumpang dengan penuh beradab. Apabila mengambil makanan daripada dalam peti tuan rumah misalnya, mereka akan meninggalkan nota meminta izin daripada tuan rumah.
Apabila menggunakan barangan daripada kedai, mereka menulis pula apa yang diambil dan ditinggalkan nombor telefon supaya boleh dihubungi oleh tuan kedai sekiranya dia mahu menuntut harga barangan yang diambil.
Akhlak yang mulia sukar untuk dibuat-buat pada waktu sukar lagi-lagi dalam suasana peperangan. Sebab itulah mujahidin cukup disayangi oleh rakyat lantas rakyat menjadi benteng pertama mujahidin, membuka rumah mereka untuk digunakan, menjaga rahsia perjuangan malah mengorbankan keselamatan sendiri untuk memastikan pejuang dan pimpinannya selamat.
Semoga Allah memelihara mereka.
Saya tergerak berkongsi coretan ini apabila ternampak satu post yang menunjukkan wajah jurucakap mujahidin Abu Ubaidah yang kelihatan kurus dalam ucapan-ucapan mutakhirnya berbanding semasa awal perang. Ya, mereka juga berkorban makan seperti penduduk lain.
Sebab itulah rakyat sentiasa menyebutkan, ma'al muqawamah.
Hari ini Ramadan sudah masuk hari ke-7, dan kita baru mencapai 16.36% daripada sasaran RM10,000,000 untuk kempen Ramadan4Gaza.
Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini juga kempen Ramadan turut merangkumi projek-projek kebajikan seperti Pek Iftar, Pek Makanan, Pek Sayuran, Pek Daging, Baju Raya, Bantuan Kewangan, Bantuan Perubatan dan Bekalan Air Bersih.
Kami yakin dan percaya dengan jumlah puluhan ribu rakan dan pengikut di CGM ini tidak sia-sia.
Melalui kuasa sumbangan dan hebahan kalian sudah mencukupi untuk kita sama-sama mencapai sasaran.
Klik https://emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Ramadan4Ummah.
Ayuh kita bersama-sama berusaha untuk mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan!
#Ramadan4Gaza
#Heroes4Hope
SEBAIK PENGAKHIRAN UNTUK ANAKKU
Ia kata-kata yang terpacul daripada mulut seorang ibu di G apabila mendapat berita yang anaknya syahid.
Keajaiban pada kata-kata mereka ialah ia pengakhiran kepada rasa rela yang panjang bahawa anaknya adalah untuk pembebasan, untuk perjuangan. Yang lebih hebat ialah bagaimana rasa itu datang daripada kedua-dua pihak ibubapa dan juga pihak si anak.
Inilah contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Bukan sahaja Nabi Ibrahim yang kerana patuh sebulatnya kepada Allah sanggup menjadikan anak sendiri korban, malah si anak pun menyahut dengan berkata ‘Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insha Allah, ayah akan mendapati daku daripada orang-orang yang sabar.’
Luar biasa! Bukan sahaja si ayah rela anaknya dikorbankan malah si anak pun sanggup menjadi korban semata-mata kerana Allah telah memerintahkannya!
Renungkan anak di hadapan mata. Kalau mereka terkorban di bulan Ramadan ini adakah kita mampu untuk redha dan mengucapkan ‘itulah sebaik pengakhiran untuk anakku?’
Ujian kita tak sehebat itu.
Kita hanya diuji dengan memastikan anak-anak boleh membaca Al-Quran, kita diuji dengan tidak memberi gajet kepada si anak walaupun dirayu dipujuk, kita duji dengan menyuruh mereka mengikut ke masjid solat berjamaah, kita diuji dengan menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah berasrama, berjauhan dengan kita di rumah.
Sanggupkah kita demi masa depan mereka, demi pembentukan akhlak mereka, tegas untuk membuat pilihan terbaik? Dan bagaimana pula tarbiyah ke atas mereka sehingga boleh akur dengan apa yang kita pinta?
Kalau ujian kecil pun kita tewas, mustahil bila diperlukan kelak, kita sanggup menghadiahkan anak untuk perjuangan, lalu apabila terkorban yang akan kita lafazkan ialah ‘itulah sebaik pengakhiran untukmu’.
Peluklah anakmu dengan penuh sayang tetapi bisikkan di telinganya, aku akur kalau satu hari kelak engkau keluar berjuang, aku akur kepada Yang Maha Esa engkau akan pulang.
Orang tengah tahan lapar, dia datang lagi! Selamat terbayang kedinginan Rutob yang segar dan rangup, serta lemak manis kurma Ajwa yang kecil molek!
Rutob Rare berasal Mesir, dimakan dingin dengan harga RM35 sebekas dan 3 bekas RM100. Untuk tempahan segera, COD akan dibuat selepas tarawih hari ni dan esok.
Ajwa Madinah, kegemaran Rasulullah S.A.W, sekotak 500g RM45 dan sekilo RM75. Klik pautan selagi stok masih ada!
COD Bangi dan sekitar :
✅ https://rutobrarecodbangi.wasap.my/
COD Kajang, Serdang, Semenyih, Seri Kembangan :
✅ https://rutobrarekajang.wasap.my/
COD Seluruh Melaka :
✅ https://rutobraremelaka.wasap.my/
COD USIM Nilai, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Salak Tinggi :
✅ https://rutobrarenilai.wasap.my/
Seluruh Malaysia (Agen):
✅ https://rutobraremalaysia.wasap.my/
Link Kurma Ajwa :
https://kurmarutob.bilisworld.com/ajwa-nan/
Jumaat pertama di bulan Ramadan berbaki 4 jam sahaja lagi. Susah nak digambarkan untungnya mereka yang bersedekah pada hari ini. Jumaat, di bulan Ramadan. Ah, memang susah nak dibayangkan berapa kali ganda pahalanya.
Lagi-lagi bila sumbangan tersebut untuk saudara-saudara kita di Gaza yang sedang bertarung nyawa, berkorban jiwa raga. Dan di setiap hari, di hujung pengorbanan, kadang kala tidak punya makanan untuk berbuka. Mujurlah ada kalian, insan-insan budiman yang akan memastikan anak-anak kita di sana tidak kelaparan dan kesedihan.
Kita mensasarkan sumbangan sebanyak RM10 juta untuk Ramadan pada kali ini untuk bermacam-macam projek dan keperluan saudara-saudara kita di Gaza dan di tempat-tempat lain. Semalam kita telah pun mula memasak makanan berbuka puasa untuk mereka, seperti di dalam gambar, dan ia dibuat pula di utara Gaza, tempat yang sangat terdesak dan memerlukan. Oh ya, tambah lagi pahala berganda memberi makan orang berbuka puasa, memang rugi kalau tak dikongsikan rezeki yang ada.
Jom, di Jumaat penuh berkat ini salurkan sumbangan kalian ke https://emergency4gaza.com/kecemasan segera. Jom, jadikan doa-doa mereka pada hari ini untuk kita.
TAQARRUB KEPADA ALLAH
Taqarrub kepada Allah bermakna mendekatkan diri kepada Allah. Mengenali Pencipta, menjalankan perintahNya lalu mencari redha dan cuba menjadi orang yang paling dikasihiNya.
Itu madrasah yang disediakan untuk kita di bulan Ramadan – kerana tidak makan badan lebih mudah melakukan ibadah, suasana barakah yang menarik untuk terus menyembah dan perasaan untuk menjadi hamba yang lebih bertakwa, yang lebih pedulikan ummah.
Justeru saya terkejut apabila bercerita dengan sahabat-sahabat di G dan bertanya kenapa kita masih belum menang, mereka menjawab kerana kita belum cukup dekat dengan Allah.
Mereka menjawab, Ya Allah, ambillah lagi daripada nyawa anak-anak kami sehingga Engkau berpuas hati. Mereka menjawab, kita perlu memperkasakan lagi solat jemaah di masjid dan kelas-kelas Al-Quran kerana kerohanian penduduk kita masih di tahap membimbangkan.
Sedangkan di masjid-masjid mereka, setiap Maghrib ratusan anak-anak berkumpul setiap hari menghafal Al-Quran. Di sana setiap tahun belasan ribu huffaz baru dilahirkan. Hampir setiap rumah ada syuhada’ yang terkorban membuktikan mereka benar-benar menghayati erti pengorbanan.
Tetapi mereka masih mengganggap kemenangan tak dicapai kerana jauh dengan Tuhan.
Apa pula nasib kita, di mana posisi kita dengan Allah kalau pada hari ketiga Ramadan pun tubuh sudah malas digerakkan untuk solat Subuh berjemaah di masjid? Di mana tahap iman kita bila hari ketiga Ramadan pun sudah culas bertarawih kerana terlalu banyak menjamu selera dan leka bercerita?
Di mana tahap iman kita bila Al-Quran bukan saja nak dihafal, nak dibaca pun masih merangkak-rangkak dan saban tahun masih di tahap sama, tak berganjak?
Isu kita bukan kita tak bermuhasabah, tetapi kita tak sedar pun yang kita perlu bermuhasabah.
Sedang mereka, mereka terus bertaqarrub dengan apa yang ada, kerana mereka tahu peluang itu boleh ditarik pada bila-bila masa.
Video solat tarawih penduduk G di runtuhan masjid yang telah dibom penjajah.
Dapatkan juga daripada mereka ini, agen seluruh negara segera!
*Sungai Buloh:*
✅ www.wasap.my/60182050953/rutobsgbuloh
*Shah Alam / Subang:*
✅ www.wasap.my/60194254001/rutobshahalamsubang
*Meru Klang/Setia Alam:*
✅ www.wasap.my/60189756470/rutobmeru
*Shah Alam:*
✅ http://www.wasap.my/60196228895/rutobShahAlam
*Kapar, Selangor:*
✅ https://www.wasap.my/60108145457/rutobKapar
*Melaka:*
✅ https://wa.link/mkdu51
*Rembau, Negeri Sembilan:*
✅ www.wasap.my/60176069510/rutobrembauns
*Ipoh/Chemor:*
✅ www.wasap.my/601110186996/rutobchemorperak
*Taiping/Kuala Kangsar:*
✅ https://www.wasap.my/60136432932/rutobtaiping
*Kuantan, Pahang:*
✅ www.wassap.my/60139961938/rutobkuantan
*Kuala Lipis, Pahang:*
✅https://www.wasap.my/60192859856/rutobkualalipis
*K.Trg/Marang:*
✅ www.wasap.my/60199270818/rutobk.terengganumarang
*Besut, Terengganu:*
✅ http://www.wasap.my/60148365361/rutobbesutterengganu
*Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu:*
✅ https://www.wasap.my/60183644006/rutobkelate
*Lain-lain Kawasan (Semenanjung):*
✅ https://rutobraremalaysia.wasap.my/
Dah mula rasa lapar kan lepas-lepas Asar ni? Baru teringat kurma nak berbuka belum ada kan sehari dua ni?
Itulah, kan dah suruh beli kurma awal-awal. Letih-letih, basuh sebiji Rutob Rare, kunyah kruup kraap terasa kerangupan dia sambil keliru makan epal ke makan ciku. Pehhh...
Kurma Ajwa pula? Untuk sahurlah. Kalau rajin blend dengan susu, kalau tak, ngap saja 3 biji dengan segelas susu Farm Fresh. Pehhh..
Jadi jangan tunggu lagi. Tempah cepat nanti terlambat, terngiang esok pula.
AHLAN YA RAMADAN!
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah:183)
Selamat menyambut bulan Ramadan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Semoga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa kita dengan penuh keikhlasan dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Berkongsi Rasa, Memberi Makna!
#Heroes4Hope
#Ramadan4Gaza
Ramadan menjelma lagi!
Penghujung 2023 mencatatkan perang Taufan al-Aqsa sebagai titik hitam sejarah Palestin. Perang yang berlanjutan sehingga ke tahun ini menyebabkan kehidupan di Gaza sekarang dalam keadaan yang terdesak dan ramai yang kehilangan tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan.
Tahun ini Cinta Gaza Malaysia meneruskan kempen Ramadan secara khusus di Gaza tanpa mengabaikan negara lain; iaitu Lubnan, Syria, Malaysia dan Indonesia.
Sebanyak RM10 juta kita sasarkan untuk disampaikan ke negara-negara terbabit.
Pelbagai program akan kita jalankan di negara luar, bersesuaian dengan keperluan mereka antaranya; pemberian pek makanan, makanan panas, pek sayuran, pek daging, agihan roti, air bersih, bantuan perubatan, pakaian dan bantuan kewangan.
Untuk Malaysia, kita akan fokuskan kepada pelaksanaan program berbentuk; pengagihan pek makanan, tajaan iftar, bakul makanan, dan pembelian baju raya untuk asnaf serta mereka yang memerlukan.
Mari, bersama dengan kami, menebar manfaat melalui berkongsi rasa bersama dengan mereka, dan memberi makna baru sempena Ramadan kerana kita semua #Hereos4Hope!
Layari https://emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau manyumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Ramadan4Ummah.
#Heroes4Hope
#Ramadan4Ummah
Kementerian Kesihatan di Gaza
Khamis, 7 Mac 2024
Hari ke-153 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza
▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 9 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 83 penduduk syahid manakala 142 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Pihak rejim Zionis bertindak menghalang ambulans dan anggota pertahanan awam untuk sampai kepada mangsa.
▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 30,800 syuhada dan 72,298 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza
Assalamualaikum dan selamat pagi pencinta Palestin!
Sesiapa yang berkelapangan jom tonton!
https://www.youtube.com/live/YM_D0rCe9_4?si=bHQJu7qJ5eAZMrnx
Seluruh pencinta dan penyokong Palestin, assemble!
Dengan Bismillah kita melancarkan misi baru Ramadan pada tahun ini,
BATTLE OF THE INFLUENCERS; FASTABIQUL KHAIRAT
7 influencer.
Jutaan followers.
Satu cita-cita.
Siapakah yang bakal mengumpulkan RM1 juta pertama untuk Gaza??
Sumbang melalui link di laman influencer pilihan anda dan kempenkan kepada rakan taulan, keluarga dan jiran untuk ikut serta!
Siapakah yang bakal bergelar juara?
Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-165.
▪️ Rejim Israel melancarkan beberapa operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 93 syahid manakala 142 mangsa yang cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 31,819 syuhada dan 73,934 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
19 Mac 2024
AHLAN YA RAMADAN
Menakjubkan apabila sahabat-sahabat di G menghantar kepada kami gambar-gambar ini, gambar mereka menyiapkan layang-layang untuk anak-anak bermain.
Kenapa sekarang? Kerana sekarang adalah bulan Ramadan, di mana untuk mereka Ramadan bukan semata-mata bulan ibadah, malah bulan ziarah dan ukhuwwah, bulan menggembirakan anak kecil dan mengukir senyum ke wajah orang dewasa. Bukankah mengukir senyuman ke wajah rakan dan jiran juga amal kebaikan?
Awal Ramadan dulu tersebar juga gambar di media sosial mereka menyambut kehadiran Ramadan dengan bernasyid dan berzikir. Dan ia dirakamkan di utara G. Ya, di utara G walau sedang berdepan kelaparan dan kematian, tak menjadi alasan untuk Ramadan diraikan!
Bagaimana kita yang masjid-masjid kita berhawa dingin, duit masih ada untuk menggembirakan anak sendiri dan anak taulan malah rezeki tak luak pun kalau dikongsi-kongsi sedikit lauk dengan jiran. Kalau saya di G memang saya belikan pelita untuk anak-anak, malah suka mengedar gula-gula kepada kanak-kanak di jalanan.
Hidupkan Ramadan, raikan Ramadan, ucapkan Ahlan Ya Ramadan!
Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza untuk hari ke-163.
▪️ Rejim Israel melancarkan 9 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 92 syahid manakala 130 lagi cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Namun begitu, rejim Zionis menghalang ambulans dan anggota pertahanan awam daripada sampai kepada mangsa.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 31,645 syuhada dan 73,676 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
17 Mac 2024
Dapatkan juga daripada mereka ini, agen seluruh negara segera!
*Sungai Buloh:*
✅ www.wasap.my/60182050953/rutobsgbuloh
*Shah Alam / Subang:*
✅ www.wasap.my/60194254001/rutobshahalamsubang
*Meru Klang/Setia Alam:*
✅ www.wasap.my/60189756470/rutobmeru
*Shah Alam:*
✅ http://www.wasap.my/60196228895/rutobShahAlam
*Kapar, Selangor:*
✅ https://www.wasap.my/60108145457/rutobKapar
*Melaka:*
✅ https://wa.link/mkdu51
*Rembau, Negeri Sembilan:*
✅ www.wasap.my/60176069510/rutobrembauns
*Ipoh/Chemor:*
✅ www.wasap.my/601110186996/rutobchemorperak
*Taiping/Kuala Kangsar:*
✅ https://www.wasap.my/60136432932/rutobtaiping
*Kuantan, Pahang:*
✅ www.wassap.my/60139961938/rutobkuantan
*Kuala Lipis, Pahang:*
✅https://www.wasap.my/60192859856/rutobkualalipis
*K.Trg/Marang:*
✅ www.wasap.my/60199270818/rutobk.terengganumarang
*Besut, Terengganu:*
✅ http://www.wasap.my/60148365361/rutobbesutterengganu
*Pasir Puteh, Machang, Kota Bharu:*
✅ https://www.wasap.my/60183644006/rutobkelate
*Lain-lain Kawasan (Semenanjung):*
✅ https://rutobraremalaysia.wasap.my/
FA INNI QORIB
Allah sangat-sangat dekat dengan kita tetapi kita jarang merasai kehadiranNya. Kita hanya ingat kepada Pencipta tatkala diberi rezeki berganda, tatkala anak-anak cemerlang dan berjaya, tatkala makan kenyang hingga sendawa. Kita juga ingat kepada Yang Esa apabila ada sesuatu yang perlu diminta.
Tetapi apabila hajat tak tertunai, hasrat tak tercapai kita tertanya-tanya, kenapa apa yang diinginkan tak sampai? Allah mengajarkan kepada kita,
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku (Al-Baqarah : 186)
Bukan Allah tak mahu memperkenankan tetapi kita yang tidak meminta.
Apabila meminta kita tidak khusyuk.
Apabila khusyuk kita tidak merintih.
Apabila sudah cukup syarat, kita tidak berserah pula dan tidak yakin bahawa Allah Yang Maha Mengetahui yang baik dan yang buruk, apa perlu ditangguh dan apa perlu dilunaskan.
Tugas kita berdoa dengan bersungguh-sungguh, tetapi itu pun culas untuk kita laksanakan. Berdoalah, merintihlah, Allah itu Ada, Allah itu dekat.
Solat Jumaat di sebuah bekas masjid di Rafah.
KAMI LEBIH BAIK DARI ORANG LAIN
Dalam Bahasa Arab, mereka menyebutnya sebagai نحن أحسن من غيرنا bermaksud, keadaan kami lebih baik daripada orang lain. Ia sikap penduduk di G, membandingkan diri dengan orang yang nasibnya lebih buruk daripada mereka, agar timbul rasa bersyukur atas apa yang ada, dan tertolak rasa mahu mengeluh dan mengadu domba.
Semalam saya bercerita dengan sahabat dari G. Dia menceritakan yang dia keluar mendapatkan bantuan dari 'air drop'. Saya bertanya, dapat apa-apa tak, ada hasil tak? Dia menjawab, tidak, tapi saya lebih baik dari kawan saya yang ikut berlari mendapatkan bantuan kerana dia ditembak dan mati syahid.
Saya berborak dengan kawan G yang ada bersama di Malaysia, bertanya keluarganya berbuka apa semalam. Dia sebut, sepanjang hari adik-adiknya mencari daging lembu atau ayam untuk berbuka sedikit istimewa di hari pertama, tetapi tidak ditemui. Mereka berbuka roti dengan hummus. Kemudian dia menyambung, kami lebih baik daripada orang lain, dapat juga berbuka sedangkan orang lain terus berlapar dahaga.
Luar biasa persepsi hidup mereka. Memaksa diri bersyukur dengan melihat orang yang lebih teruk dari mereka.
Kita, selalu memandang ke atas melihat orang yang lebih banyak nikmat lalu termangu, atau memandang ke bawah lalu mengerti kurnia rezeki yang datang bertalu?
Pandanglah ke bawah, kerana kita sentiasa lebih baik dari orang lain. Pasti.
Video, setiap pagi di G.
ALHAMDULILLAH.
Alhamdulillah. Ia kalimah yang sangat mudah dilafazkan, tapi bukan dalam semua keadaan.
Bila bos memberi bonus, kita mudah mengucapkan alhamdulillah. Bila kenyang selepas makan, kita mudah mengucapkan alhamdulillah. Bila selamat sampai ke destinasi, kita mudah mengucapkan alhamdulillah.
Tetapi mampukah kita mengucapkan alhamdulillah apabila di poket hanya ada beberapa ringgit sedangkan anak merengek kelaparan dan yang ada tak cukup untuk membeli sekilo tepung?
Mampukah kita mengucapkan alhamdulillah apabila tak dapat menjamah ayam dan daging bila berbuka, hanya berbuka dengan roti yang dibuat daripada makanan ternakan?
Mampukah kita mengucapkan alhamdulillah apabila selamat berhijrah dari satu lokasi ke lokasi lain, dengan berjalan kaki belasan kilometer dan hanya ada satu ahli keluarga terkorban, lalu kita bersyukur kerana yang lain selamat?
Alhamdulillah mudah diucapkan apabila menerima pemberian, tetapi sukar dilafazkan tatkala redha dengan ujian.
Alhamdulillah.
Rutob Rare berasal Mesir, dimakan dingin dengan harga RM35 sebekas dan 3 bekas RM100. COD selepas tarawih hari ni dan esok.
Ajwa Madinah, kegemaran Rasulullah S.A.W, sekotak 500g RM45 dan sekilo RM75. Klik segera selagi masih ada!
COD Bangi dan sekitar :
✅ https://rutobrarecodbangi.wasap.my/
COD Kajang, Serdang, Semenyih, Seri Kembangan :
✅ https://rutobrarekajang.wasap.my/
COD Seluruh Melaka :
✅ https://rutobraremelaka.wasap.my/
COD USIM Nilai, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Salak Tinggi :
✅ https://rutobrarenilai.wasap.my/
Seluruh Malaysia (Agen):
✅ https://rutobraremalaysia.wasap.my/
Link Kurma Ajwa :
https://kurmarutob.bilisworld.com/ajwa-nan/
RAMADAN.
Untuk kami di G, ia waktu yang paling dinantikan setiap tahun. Kerana di sana, Ramadanlah yang disambut seperti hari raya. Ia waktu seluruh keluarga berkumpul. Ia waktu menu sebulan dirancang bersama kemudian jadual tugasan pula dirangka.
Di sana sejak hari pertama, qiamullail akan diadakan dan menjelang 10 malam terakhir, puluhan pemuda akan berkampung di masjid, beriktikaf dan langsung tidak keluar meninggalkannya untuk 10 hari tersebut.
Di sana di bulan Ramadan, tidak pernah ada yang merasai lapar kerana berlaku limpahan rezeki, berkongsi harta dan bertukar juadah. Paling saya suka waktu tarawih, apabila diadakan di kawasan lapang dan terbuka, beratapkan langit dan angin malam meniup lembut sambil lenggokan suara imam menambah khusyuk.
Di sana biasanya hari-hari Ramadan kami akan diisi dengan 1001 projek bantuan, keluar awal pagi sehingga mendekati Maghrib, baru batang tubuh yang sudah lemah longlai sampai ke rumah hanya menanti azan berkumandang.
Ia betul-betul pesta ibadah, pesta ukhuwwah dan pesta mengejar barakah.
Ramadan kami kali ini akan berbeza. Jauh daripada keluarga, jauh daripada gelak tawa dan pertikaian anak-anak bertelingkah tidak mahu membasuh pinggan mangkuk.
Lebih menyiksa, pada bila-bila masa nyawa mereka mungkin akan ditarik, menjadikan ia ingatan hitam yang akan berulang dan berulang setiap kali Ramadan mendetik.
Apakan daya, yang mengharap kepada manusia akan selama-lamanya kecewa.
Tetapi itulah Ramadan, hadir untuk mengingatkan kita, bahawa tak apa wahai Nadir, tak apa wahai G, Allah ada. Allah ada.
Selamat menjiwai Ramadan dengan sepenuhnya.
Iman yang benar perlu kepada ilmu yang benar sebagaimana
firman Allah dalam Surah al-Anbiya', Ayat 7:
"Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu
tidak mengetahui."
Wajib bagi setiap mukmin itu melakukan ibadah berlandaskan ilmu yang betul, bukan sekadar ikutan. Justeru, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri menuju Ramadan dengan ilmu dan iman.
Jom muat turun e-buku RAMADAN GUIDELINES sekarang!
🔗 https://ezy.la/EBukuYM
Bagi yang ingin menyumbang, boleh salurkan sumbangan di
sedekahym.my
#RaikanRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
Wanita ini menanti dengan penuh sabar selama 11 tahun sebelum Allah mengurniakan kepadanya dua orang anak buat penyeri rumahtangga mereka.
Beberapa hari lepas, dalam sekelip mata kedua-dua anaknya terkorban sebagai syuhada akibat pengeboman penjajah di Rafah.
Lebih menyedihkan, suaminya turut terkorban. Renunglah ke wajah wanita ini, apa yang kalian rasakan?
Beli dan sumbang.
Setiap Pembelian TANWEER COCOA, anda menyumbang kepada Persatuan CInta Gaza dan Persatuan Madrasah Tahfiz Alquran Negeri Johor (PERMATA)
Kenapa mesti pilih Tanweer Cocoa?
Selain daripada rasanya yang sedap..😋 Kandungan dalam TANWEER COCOA juga sangat berkhasiat. 6 bahan utamanya
✅Kurma
✅Madu
✅Badam
✅Kismis
✅Buah Teen
✅Koko
Setiap hidangan, boleh dinikmati seluruh ahli keluarga💞
✅Kanak-kanak
✅Dewasa
✅Warga emas
✅Ibu mengandung dan berpantang
Jom dapatkan disini
https://www.koperasitanwiriah.com/order/form/cintagaza
Ibu ini mencari jantung hatinya, anaknya yang telah dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh, di balik runtuhan rumah yang baru sahaja dibedil si laknatullah.
Bayangkan perasaan beliau yang masih meletakkan sisa-sisa harapan bahawa anaknya masih ada, masih bernyawa. Tetapi di bawah bangunan tak ditemui, di bilik mayat hospital tak dijumpai.
Ia rasa puluhan ribu para ibu, setelah pembunuhan masuk ke harinya yang ke 152.
Semoga Allah memberikan kepada mereka kesabaran.