Bayi ini bernama Sarraa'.
Lahir dalam perang, syahid dalam perang. Orang selalu kata untungnya, kecil-kecil dah syahid. Saya nak kongsi, bila ada yang terkorban, yang cacamarba emosi bukan yang pergi tetapi yang ditinggalkan.
Bayangkan ibu kepada anak ini yang mengandung dalam waktu perang, berpindah-randah ke sini sana sehingga melahirkan. Lalu setiap hari berusaha mencari makanan supaya ada susu badan dan mencari juga susu formula agar anak tak mati kebuluran.
Bila terdengar bunyi letupan, anaknya dirangkul erat supaya batang tubuhnya menjadi penghadang. Bila kesejukan, dipeluk pula si kecil supaya dingin tak bertandang.
Dan apabila nyawa si anak ditarik kembali bertemu Tuhan, terpaksa akur dan reda bahawa dia memang hanya sekadar pinjaman.
Bertabahlah wahai ibu. Tak hairanlah kau menamakan anakmu berdasarkan panduan wahyu, ayat Surah Ali Imran yang menerangkan sifat orang bertaqwa,
الَّذينَ يُنفِقونَ فِي السَّرّاءِ وَالضَّرّاءِ وَالكٰظِمينَ الغَيظَ وَالعافينَ عَنِ النّاسِ ۗ
'Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.'
Ya, dalam masa paling sengsara, kau menghadiahkan 'harta'mu yang paling berharga demi sebuah pembebasan!
Team Gaza kita balik rumah tadi muka sedih. Katanya walaupun umat manusia di kedua-dua masjid di Bangi tadi tapi tak sampai 10 bekas Rutob Rare terjual.
Saya ketawa je. Saya kata, itulah rezeki. Bisnes kadang dapat jualan kadang hanya kepenatan. Tapi yang penting, kutip pengalaman. Esok lusa cuba lagi.
Warga Bangi dan Melaka bernasib baik sebab untuk kawasan Bangi dan seluruh negeri Melaka kita boleh COD rutob dan medjoul ni. InshaAllah esok akan mula hantar kepada kalian.
Korang klik je sini ikut tempat 👇
Bangi dan sekitar :
https://rutobrarecodbangi.wasap.my/
Seluruh negeri Melaka :
https://rutobraremelaka.wasap.my/
Derita anak-anak Gaza. Sudahlah cedera, kehilangan ibunya pula. Allah al-musta'an 😭
Sumber: Quds News Network
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Yang nak datang beli terus daripada Shadi, komen nama dan bilangan di fb 👇
https://www.facebook.com/share/p/gZthWwbJGEJKrMXW/?mibextid=oFDknk
Semalam sebelum kami berceramah di Seremban, saya sebut kepada Shadi, apa kata kau buka table jual Rutob Rare kita lepas ceramah, daripada duduk saja bagus tambah pendapatan nak pakai setelah balik ke tanah air nanti. Rumah semua dah dibom, tak ada yang berbaki.
Terus Shadi setuju tanpa berfikir panjang. Allah murahkan rezekinya, barangkali rezeki anak-anaknya, tak sampai 20 minit habis 50 bekas.
Hari ni Shadi kata, jom kita jual lagi. Kami pun survey tempat, jumpa tempat ngam, set untuk geng-geng kita cari rezeki lagi.
Jom warga Bangi dan sekitar support depa. Rutob Rare (Kurma Basah) dan Kurma Medjoul stok terhad, jam 3pm sehingga 5pm depa akan tunggu di lot pasar bertentangan Hotel Tenera, BBB.
Ya, asli gergasi Medjoul Palestin kembali lagi tapi stok terhaaad sangat tahun ni!
Tulis nama dan kuantiti di post fb di link supaya Shadi boleh catatkan ya. Yang datang terawal ada free gift istimewa nanti!
Malas keluar rumah? Whatsapp no ni untuk COD sekitar Bangi dan Kajang malam ni dan esok!
https://rutobrarecodbangi.wasap.my/
Laju sungguh jualan Rutob Rare ni.
2 hari ni dalam 200 bekas kami berjaya jual, alhamdulillah. Barang jarang jumpa, rasa menggoda, sejuk dan berkhasiat pula, memang berdesuppp laju permintaannya.
Sebab tu saya bincang dengan team, jom kita kongsi rezeki, bagi lagi ramai berjinak-jinak berniaga. Nak cari duit raya lebih, buat belanja keluarga, ibu bapa, kenalah usaha, ye dak? Jadi? Jom join ejen Rutob Rare ini!
⭕️ Syaratnya mudah,
👉 Perlu ada freezer di rumah kerana Rutob ni kena simpan biar membeku.
👉 Hanya satu agen akan diterima di setiap kawasan di setiap negeri untuk elakkan pertindihan, jadi yang cepat akan dapat. Hak memilih agen adalah hak mutlak team kami.
👉 Kena bersedia untuk belajar, belajar dan belajar. Siapa nak ajar? Kamilah!
👉 Saya akan buat bahan marketing dan kongsikan no whatsapp agen kepada ratusan ribu pengikut yang ada di medsos saya.
👉 Jadi agen kena buat apa? Catat order, close deal, COD jika diminta dan kira untung!
⭕️ Siapa sesuai jadi agen?
Suri rumah yang ada grup jiran tetangga, pekerja yang ada kawan ofis, jemaah masjid yang ada grup masjid, cikgu sekolah dll. Yang tak sesuai join? Orang yang duduk seorang diri dalam gua.
⭕️ Selain tu?
Betulkan niat nak kuatkan ekonomi keluarga, rajinkan Dhuha dan Waqiah untuk murah rezeki dan bersedekah untuk dapat keberkatan.
⭕️ Cerita panjang tak guna. Join dulu melalui link ini. Nanti kami beri maklumat selanjutnya.
Saja saya share pagi² ni supaya sebaik saja kalian buka mata, yang nak berubah dan berusaha, afdhalnya berniat dan bertindak di awal pagi. Amaran! Kalau tak bersungguh nak join dan berusaha, jangan klik ya!
https://chat.whatsapp.com/GH82FfAffoT9qpKxujFSYZ
Buat kesekian kalinya, AS membenarkan Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Algeria mengemukakan resolusi untuk mengadakan "gencatan senjata kemanusiaan yang mesti dihormati semua pihak."
Resolusi tersebut dikemukakan Algeria di dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB.
Hasil undian menjadikan resolusi itu disokong oleh 13 buah negara, sebuah negara berkecuali dan AS seperti biasa menggunakan undian veto, menggagalkan usaha kedamaian, membenarkan usaha genosid diteruskan.
Walaupun laporan berita banyak menyebutkan bahawa AS mendesak Israel untuk menghentikan serangan, namun undian veto semalam cukup mewajahkan sikap sebenar dan peranan AS di dalam konflik yang telah pun berlanjutan sejak hampir 100 tahun.
Dengan undian ini juga jelas memperlihatkan bahawa negara haram Zionis adalah projek Barat untuk menjaga kepentingan mereka di Asia Barat.
Rejim Zionis mengingkari perintah ICJ dengan terus menyasarkan orang awam di seluruh Gaza dengan menghalang kemasukan makanan, air, dan bantuan kemanusiaan lain.
Rejim Zionis telah membunuh lebih 29,000 rakyat Palestin di Gaza dalam masa 4 bulan sahaja. Dengan menggunakan kuasa veto ini, Presiden Biden telah mengeluarkan satu lagi hukuman mati untuk beribu-ribu rakyat Palestin.
حسبنا الله ونعم الوكيل
Sumber: Al-Jazeera
Kredit: Facebook Muhammad Syahmi Afiq, HOD Advokasi Cinta Gaza Malaysia
Anak bongsu saya Ibrahim ni dah nak masuk dua tahun. Last saya jumpa dia, dia baru nak boleh duduk. Sekali dapat video ni, aik dah boleh merangkak.
Saja saya kongsi untuk kongsi keseronokan dengan kalian yang tak putus mendoakan kami. Tambahkan doanya, harap taklah Ibrahim dah pandai berlari nanti baru akan jumpa semula.
Niat nak buat baik apa hari ni? Hmm klau niat bersedekah seronok juga kan? Warga Bangi, Kajang, Melaka dan sekitar kalian bernasib baik!
Buat tahun ketiga kita nak open order Rutob Rare. Sejuk dan segar. Crunchy kruuup kraaap dan lazat berkhasiat.
Kenapa makan chips dan biskut penuh gula kalau Rutob Rare ada sebagai penggantinya? Jom bagi anak-anak makan snek sihat!
Satu bekas RM35, tapi kalau nak sedekah bagi jiran kenalah beli 3, lagipun 3 bekas RM100 sahaja. Klik segera!
Pickup Bangi (jam 1-4.30pm hari ini saja):
✅ https://rutobrarepickupbangi.wasap.my/
COD Bangi dan sekitar :
✅ https://rutobrarecodbangi.wasap.my/
COD Kajang dan sekitar :
✅ https://rutobrarekajang.wasap.my/
Melaka :
✅ https://rutobraremelaka.wasap.my/
Nilai :
✅ https://rutobrarenilai.wasap.my/
Seluruh Malaysia (Agen):
✅ https://rutobraremalaysia.wasap.my/
InshaAllah Forum Palestin malam ini di Masjid Zaid bin Haritsah, Gombak. Jom beramai-ramai!
Читать полностью…Seronok berceramah di PULAPOL KL pagi tadi.
Kami menceritakan kepada pelatih dan para pegawai tentang kepentingan niat - bagaimana saya diajar supaya membetulkan niat sebagai seorang murabit dan mujahid sebaik sahaja melangkah masuk ke🍉, bagaimana mereka mampu bertugas dengan ikhlas dan istiqamah kerana matlamat hidup yang sangat jelas dan dengan itu juga dikurniakan 1001 karamah kerana dekatnya mereka dengan Allah.
Semangat para pelatih dan aura mereka mencintai bumi barakah sangat dirasai, sehinggakan sebaik sahaja sampai ke lokasi, terpacul daripada mulut sahabat kita Alaa' yang datang dari bumi sana, "Tengok tempat latihan dan kelengkapan mereka melatih polis, seronoknya kalau kita ada negara macam mereka."
InshaAllah soon, my brother 🤲
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1587684938711127&id=100024089076796&mibextid=xfxF2i
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim
Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 19/2/2024 sebanyak 266 masjid musnah sepenuhnya dan 184 masjid separa musnah.
Bayangkan jika masjid ini siap dibina nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada:
🔺Ruangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk penduduk sekitar.
🔺Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa.
🔺Pelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik.
🔺Keselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan.
Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf).
#IsraelCuak
#Emergency4Gaza
Berjaya Food Bhd. (BFood) merekodkan kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta pada suku tahun kedua berakhir 31 Disember 2023, berbanding untung bersih RM35.49 juta yang dicatatkan pada suku sama pada 2022.
Pendapatan Kumpulan turut merosot sebanyak 38 peratus kepada RM182.55 juta, daripada RM295.32 juta sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BFood berkata, prestasi berkenaan terutamanya adalah disebabkan jualan lebih rendah yang dicatatkan selain kerugian sekali daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.
“Penurunan pendapatan kebanyakannya berpunca daripada boikot berkaitan konflik di Asia Barat,” katanya.
Sementara itu, Maybank IB dalam nota penyelidikannya menyemak turun harga sasaran BFood kepada 40 sen daripada 52 sen sesaham sebelum ini.
Menurut firma penyelidikan berkenaan, prospek pertumbuhan jangka panjang BFood berkemungkinan kekal negatif sekiranya ketegangan geopolitik di Asia Barat berterusan dan hakisan keyakinan jenama menjadi kekal dalam kalangan pengguna.
Pada sesi dagangan hari ini, saham BFood merosot 3.51 peratus kepada 55 sen. – KOSMO! ONLINE
Kredit: Kosmo
Malam ini kami akan berada di Masjid Lavender Heights Senawang inshaAllah.
Brother Shadi kita akan buat jualan Rutob Rare juga. Warga Senawang, Seremban dan sekitar jangan ketinggalan mengikuti program pada malam ini!
Kementerian Kesihatan di Gaza
Selasa,20 Februari 2024
Hari ke-137 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza
▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 9 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 103 penduduk syahid manakala 142 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Pihak rejim Zionis bertindak menghalang ambulans dan anggota pertahanan awam untuk sampai kepada mangsa.
▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 29,195 syuhada dan 69,170 yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza
Rutob ni sebab dia sejuk, hanya boleh dihantar secara COD, tak boleh pos ya. Stok awal ni hanya ada 1000 bekas, siapa cepat dia dapat.
Pssst yang pick up di Bangi hari ni, mak saya sendiri yang akan pass kepada kalian rutob 🌹
👆Mendekati tengah malam dalam perjalanan pulang dari program ketiga hari ini, baru perasan yang sahabat seorang ni ada menukilkan sesuatu yang sangat istimewa untuk saya.
Terima kasih banyak nukilan tuan walau dalam kehangatan menyambut anak baru. Terima kasih kerana meluahkan apa yang ramai orang tak nampak.
Terima kasih kerana menyuarakan tidur yang tak lena kerana asyik didatangi anak-anak yang memeluk tetapi tak tahu sama ada masih ada atau sudah di syurga.
Terima kasih kerana menghargai airmata yang tumpah dalam kesepian malam, keseorangan.
Terima kasih sahabat, kerana memanusiakan saya yang hanya seorang insan biasa 😔
Assalamualaikum
⭐️ Peringatan mesra⭐
*FORUM ISRA' MIKRAJ 2024*
🗓️ SABTU, 17 FEBUARI 2024
🕚 7:30 MALAM - 10:00 MALAM
📌 MASJID ZAID BIN HARITSAH, KM 8, JALAN GOMBAK, KUALA LUKPUR.
_Berdakwah Dengan Hikmah Penuh Bijaksana_
Jom yang lapang menonton forum gabungan ayah dan anak yang sedang berlangsung di sini 👇
https://www.facebook.com/share/v/jDhBf8NB5TX88H37/?mibextid=oFDknk
Pagi Jumaat penuh berkat ini di PULAPOL inshaAllah. Banyakkan berselawat dan jangan lupa Al-Kahfi!
Читать полностью…