Hero sewaktu perang ini jangan kita lupakan ❤️
Selain penduduk Gaza yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup, tim CGM juga turut memberi bantuan kewangan kepada anggota pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Gaza yang bertugas sepanjang perang ini di Hospital Al-Emirati di Rafah, Hospital Abu Yusuf An-Najjar & Hospital Al-Urubi.
Seramai 500 keluarga anggota pasukan penyelamat mendapat manfaat daripada hasil sumbangan rakyat Malaysia. Syukur Alhamdulillah!
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa para doktor, jururawat dan pasukan perubatan Palestin yang setiap hari bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang cedera dan syahid. Sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menjaga keselamatan penduduk Gaza. Semoga Allah sentiasa jaga kalian!
Teruskan berdoa untuk mereka! 🤲🏻
Dia keluar mencari makanan untuk keluarganya, tetapi syahid ditembak sniper Zionis sehingga dia pula menjadi makanan kucing. Setiap 10 minit di 🍉, seorang penduduk dibunuh.
Читать полностью…“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim
Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 30/1/2024 sebanyak 161 masjid musnah sepenuhnya dan 253 masjid separa musnah.
Bayangkan jika masjid ini siap dibina nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada:
🔺Ruangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk penduduk sekitar.
🔺Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa.
🔺Pelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik.
🔺Keselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan.
Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf).
#IsraelCuak
#Emergency4Gaza
Keputusan ICJ Afrika Selatan vs Israel dijangka diumumkan hari ini. Apakah senario yang mungkin berlaku?
1. Seluruh tuntutan Afrika Selatan diterima dan Israel diarahkan menghentikan serangan ke atas Gaza, bantuan dibenarkan masuk.
2. Sebahagian tuntutan Afrika Selatan diterima, contohnya bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa arahan gencatan senjata.
3. Tiada tuntutan diterima atau ICJ mencadangkan langkah baru pencegahan genosid.
4. Kes Afrika Selatan ditolak.
Doakan Palestin berterusan!
𝗠𝗢𝗞𝗧𝗜'𝗦 𝗧𝗢𝗨𝗥 : 𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗔𝗜𝗦𝗞𝗥𝗜𝗠 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥
Buat pertama kalinya Pesta Aiskrim Mokti's diadakan di Alor Setar!
Setiap pembelian aiskrim akan disumbangkan ke Palestine melalui *Cinta Gaza Malaysia*
Pelbagai aiskrim dan booth yang menarik berada di sini:
- Jualan aiskrim Mokti's harga serendah RM2
- Food Truck aiskrim
- Food Tester aiskrim Mokti's
- Soft serve aiskrim gula apong
- Air special blends
- Waffle
- Mokti's merchandise booth
- Food vendor
- dan lain-lain!
📌26 Januari 2024 - 3.00ptg - 10.00mlm
📌27 Januari 2024 - 10.00pg - 10.00mlm
📌Lokasi: Stadium Darul Aman Kedah
Jom pakat mai! Jumpa disana nanti!
Setahun sudah melawat CH kita di Gaza. Kini hanya tinggal sejarah. Kita akan bangunkan semula yang lebih baik!
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02SF9QYyPUTz9ajTfWCahJFBmUuScPpshPCNcBuXRLpPSP4QNKqzPZ1Tmxg8Qr4wbEl&id=100068602744956&mibextid=RtaFA8
Jawabnya شكر الله سعيكم semoga Allah membalas kelapangan waktumu datang menziarahi dan mengucapkan takziah.
Читать полностью…Bila kita tengok video ribuan orang 🍉 terpaksa berebut tepung untuk dibuat roti ni di medsos, memang kita akan terkesan.
Tetapi apabila ia dikongsikan oleh ahli keluarga kita di sana yang sedang merasai sendiri kebuluran, rasanya lebih meruntun jiwa. Sebagaimana yang dia sebutkan, perang ini bukan saja perang pengeboman dan pembunuhan tapi juga perang kebuluran dan kehausan!
Semoga Allah memberikan mereka kesabaran, ameen.
RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SEBANYAK RM7,311,534.41 setakat tarikh 31.1.2024.
🔺Bantuan Makanan Panas - RM1,575,916.82
🔺Bantuan Khemah - RM264,525.92
🔺Bantuan Pek Makanan - RM932,093.52
🔺Bantuan Kewangan - RM2,965,700.00
🔺Bantuan Bekalan Bahan Api - RM80,370.00
🔺Bantuan Alat Kelengkapan Penyelamat - RM148,292.43
🔺Bantuan Perubatan - RM453,625.20
🔺Bantuan Pek Sayuran - RM190,954.70
🔺Bantuan Tilam & Baju Sejuk - RM578,100.00
🔺Bantuan Keperluan Bayi - RM18,552.64
🔺Bantuan Pek Kebersihan - RM74,210.51
🔺Bantuan Psikologi - RM29,192.69
Alhamdulillah terima kasih rakyat Malaysia! Teruskan memberi sumbangan! Walaupun sekarang ini banyak perkara disekat tetapi yakinlah bahawa Allah lagi Maha Berkuasa. Allah akan bantu setiap hambaNya mencari jalan keluar 🤲🏻
Full video: https://youtu.be/SePIOhHGi6Y?si=TeWAO-OqUq6MjNXC
#CGM
Gambar yang mendapat liputan luas di media sosial sehari dua ini. Pejuang yang diambil gambarnya secara spontan ketika menjalankan operasi ini diberi jolokan The Batman Of 🍉.
Style juga eh pejuang di sana, boleh buat poster iklan kasut. Terus mendoakan mereka!
Jemput tonton bagi sesiapa yang berkelapangan pagi ini 🔥
https://www.instagram.com/yayasanwibaprimaofficial/live/17991621542537394
Minggu lepas kami dijemput oleh Studio Kembara untuk menonton filem Pendekar Awang.
Saya hadir dengan adinda Musa Nuwayri dan mengambil peluang membawa sekali team G.a za kita. Ye lah, sebelum ni filem Mat Kilau meletup sampai kami tayangkan beberapa kali untuk rakyat 🍉 di Pusat Budaya Malaysia kita di sana.
Secara ringkas ada satu elemen dalam filem ini yang menutupi kelemahan-kelemahannya. Memanglah plot ceritanya agak cliche. Betul penggambarannya tak secanggih filem-filem luar.
Tetapi silaplah kita kalau ke pawagam untuk mencari aksi meletop dan sinematografi ngetop dalam filem Pendekar Awang.
Kalau nak menonton filem tersebut, tujuannya biar jelas dari awal. Iaitu untuk meniup semangat cintakan negara, perhebatkan bangsa ke dalam diri dan anak-anak, keluarga. Kalau itu sasarannya, saya rasa filem seperti Mat Kilau dan Pendekar Awang berjaya melakukannya.
Saya tak bercakap dari pandangan mata anak Melayu yang teliti melihat perkembangan negara dan anak bangsanya. Saya bercakap dari hati seorang insan yang letih dan lesu mencari kekuatan di kala negara keduanya dibedil dan diledak oleh musuh durjana tanpa tindakan dari dunia.
Sejak beberapa minit filem bermula, semangat untuk membangkitkan semula hati yang lara meresap ke dalam tubuh. Aku perlu bangkit, aku perlu terus berjuang.
Dan ia tak hanya dirasai oleh saya seorang. Sahabat-sahabat saya yang dibawa sama turut merasainya. Malah kata mereka, bacaan ayat dan butir bicara yang keluar dari mulut pelakon, persis yang selalu diucapkan mujahidin kita di sana.
Saya menggalakkan kalian membawa keluarga menonton filem ini. Dalam jiwa kita semua ada api yang perlu dinyalakan. Api untuk menerjah, menjadi lebih megah, bergerak ke hadapan dengan gagah. Kalau nak anak-anak kita menjadi pendekar, maka jalan fikir dan mentalnya perlu dibentuk untuk segar mengingati sejarah dan tidak membiarkan episod hitamnya berulang.
Saya terfikir kalau nak ajak pergi menonton filem ini beramai-ramai, ada yang nak join tak?
Lelaki ini menangis apabila berjaya mendapatkan seguni tepung untuk keluarganya di utara Gaza. Kita menangis kerana apa, dimarah bos lambat masuk kerja atau kerana serabut dengan Monday Blues?
Selamat bekerja semua. Jangan lupa niat bekerja kerana Allah.
Geram je tengok gambar aiskrim banyak-banyak. Dahlah murah, sedap pula tu, sebab aiskrim ni aiskrim Mokti's, bukan sebarang aiskrim.
Tak cukup lagi dengan itu, depa buat membeli sambil menderma pula untuk Palestin!
Untunglah hampa orang Loq Staq. Nah tengok dalam poster tu nak tau tarikh dan tempat 😋
PRE-ORDER KALENDAR CGM 2024
Ini last stock yang ada!
Insya-Allah penghantaran akan bermula pada awal bulan Februari. Terhad 100+ pcs sahaja untuk Pre-Order kali ini, siapa cepat dia dapat!
Hanya perlu bayar postage sahaja.
Semenanjung: RM10
Sabah/Sarawak: RM18
Klik swiy.co/kalendarcgm2024 untuk dapatkan sekarang! 🔥
Khas untuk penyokong setia Palestin di sini, cepat cepat, stok terhad!
Dijemput menonton Filem Pendekar Awang oleh Studio Kembara. Terima kasih atas jemputan.
Korang dah tengok?
Jom tonton bagi sesiapa yang berkelapangan!
https://fb.watch/pGanxavO1B/?mibextid=Nif5oz
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim
Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 9/1/2024 sebanyak 142 masjid musnah sepenuhnya dan 240 masjid separa musnah.
Bayangkan jika masjid ini siap dibina nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada:
- Ruangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk 10,000 penduduk sekitar.
- Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa.
- 200 pelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik.
- Keselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan.
- Mencegah masalah sosial dalam kalangan remaja dengan penganjuran aktiviti di masjid.
Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://swiy.co/bantuanakyatim atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf).
#IsraelCuak
#Emergency4Gaza
Dianggarkan jumlah anak yatim di Gaza kini telah meningkat tiga kali ganda mencecah 25,000 orang berbanding 8,000 yang direkodkan sebelum perang akibat kekejaman rejim Zionis yang bermula pada 7 Oktober 2023.
Jumlah tersebut merangkumi,
🔺kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa
🔺kanak-kanak yang kehilangan kedua-duanya sekali
Peningkatan mendadak jumlah anak yatim itu mencetuskan kebimbangan lebih-lebih lagi apabila Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan kenaikan signifikan membabitkan yang diklasifikasikan dengan akronim baharu iaitu kanak-kanak cedera tanpa ahli keluarga (WCNSF).
Ayuh bantu mereka yang memerlukan!
Layari https://swiy.co/bantuanakyatim atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan: bantu anak yatim.