Hari ini hari terakhir preorder Jersi gaya Kuffiyeh Palestin, edisi Panji 1.0. Lepas ni baju Panji ni akan dihentikan produksinya.
Sedih juga untuk ucapkan selamat tinggal sebab jersi ni sangat sinonim dengan perjuangan Palestin. Lagi-lagi ia desain pertama kita - orang paling setia saja akan ada baju ni.
Rugi kalau korang tak grab segera, sekarang di 2lenpalestin.com ya!
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]
Assalamualaikum w.b.t tuan-tuan dan puan-puan para penyumbang pencinta bumi Palestin yang dikasihi oleh Allah sekalian.
Alhamdulillah kita telah berjaya mencapai sasaran RM60 juta untuk membantu mereka yang memerlukan di bumi Palestin. Pada saat ini, sebahagiannya telah kita salurkan untuk misi-misi kecemasan di bumi Gaza, Palestin dan sebahagian besarnya akan kita simpan untuk kerja-kerja membaik pulih selepas daripada tamatnya peperangan InsyaAllah tidak lama lagi.
Dua pakej sasaran baru untuk mengumpulkan sumbangan-sumbangan yang seterusnya ialah:
1) Pakej Bantuan Anak Yatim
2) Pakej Wakaf Masjid
Kempen kali ini akan memfokuskan kepada anak yatim yang begitu ramai yang terkorban ibu dan ayah mereka di bumi Palestin pada saat ini dan InsyaAllah pada hari Jumaat juga kita akan membuka satu kempen khusus pakej untuk baik pulih projek-projek wakaf termasuklah masjid-masjid dan bangunan-bangunan wakaf di bumi Gaza, Palestin.
Dan pastinya sumbangan ini sumbangan yang kalian perlu kejar kerana mereka yang menyumbang untuk wakaf akan sumbang sekali tetapi pahalanya sehingga ke mati, InsyaAllah. Teruskan dengan sasaran-sasaran baru di Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan pastinya sumbangan kalian akan sampai kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan di bumi Palestin. Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini!
Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://swiy.co/anakyatimt atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: bantuanakyatim).
#IsraelCuak
#Emergency4Gaza
#Heroes4Hope
*KEMAS KINI STATISTIK SYAHID DAN KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS SEMENANJUNG GAZA PADA JANUARI 2024*
Sabtu, 13 Januari 2024
🔖 1,993 operasi pembunuhan beramai-ramai
🔖 30,843 jumlah penduduk syahid dan mangsa yang masih hilang.
🔖 23,843 jenazah syuhada tiba di hospital.
🔖 10,400 kanak-kanak.
🔖 7,100 wanita.
🔖 337 kakitangan perubatan.
🔖 45 anggota pertahanan awam.
🔖 117 wartawan.
🔖 7,000 mangsa masih hilang, 70% daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
🔖 60,317 mangsa yang cedera.
🔖 99 anggota kesihatan ditahan.
🔖 10 wartawan ditahan.
🔖 2 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza.
🔖 134 ibu pejabat kerajaan musnah.
🔖 95 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya.
🔖 295 sekolah dan universiti separa musnah.
🔖 145 masjid musnah sepenuhnya
🔖 243 masjid separa musnah.
🔖 3 gereja menjadi sasaran dan dimusnahkan.
🔖 69,300 unit kediaman musnah sepenuhnya.
🔖 290,000 unit kediaman separa musnah.
🔖 30 hospital dan 53 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi.
🔖 150 institusi kesihatan separa terjejas.
🔖 121 ambulans musnah sepenuhnya.
Pejabat Media Kerajaan
Sabtu, 13 Januari 2024
Alhamdulillah terima kasih Badan Dakwah Islamiah Agro Bank HQ atas jemputan kalian untuk menyampaikan isu-isu Palestin.
Saya sempat juga bertemu dan berbual dengan CEO Agro Bank, Dato ' Tengku Ahmad Badli Shah bin Raja Hussin dan CFO Agro Bank, En Zulkifli Md Karim.
InsyaAllah ada ruang dan peluang kita bertemu kembali 🇵🇸
Alhamdulillah terima kasih Starun Malaysia sudi hadiahkan medal dan kit untuk tim CGM. Untuk makluman semua, pihak Starun Malaysia telah menyumbang sebanyak RM75,000 kepada tabung emergency Gaza. Terima kasih banyak penyokong-penyokong Starun!
Semoga hadiah ini dapat memberi semangat kepada kami untuk terus menyampaikan berita tentang Palestin sehingga tanah Palestin bebas! 🇵🇸
Malam ini Baba memejam mata.
Dan Baba terbayang kalian berdua, dalam pelukan di atas riba. Kurniakan ya Allah detik ini semula, walau sesaat dua. Selepas itu aku redha, kalau kau lebih menyayangi mereka. Kerna aku tahu, mereka hanya pinjaman yang sementara, di dunia yang fana.
Saya rasa dah sampai masanya saya ada gaya trademark yang tersendiri. Korang boleh cadangkan tak gaya yang sesuai?
Tuan Azri Walter ni memang smart orangnya. Cuma saya ada dua kelebihan. Yang pertama saya ada rambut yang mana rambut adalah mahkota lelaki. Yang kedua baju saya baju Kuffiyeh yang menunjukkan sokongan kepada 🍉. Tuan Azri pula kelebihannya dia boleh buat push up lebih dari saya (rekod saya 60 push up saja seminit suatu ketika dulu.)
Susah nak jadi kacak macam kami, tapi kalian boleh cuba. Dapatkan jersi 🍉 versi Panji ini, produk pertama yang kami di 2lenpalestin keluarkan. Ini last call, selepas ni jersi versi 1.0 ni tak akan dikeluarkan dah!
Klik saja 2lenpalestin.com untuk preorder. Oh ya, Kopi Min Coffee ni pekat likat, sekali minum memang boleh henyak sampai mangkat!
Eh macam tak betul tagline tu kan?
Saya telah berhubung dengan Prof Nazary, Pengerusi BDS Malaysia. Beliau menyebutkan bahawa bantuan diperlukan saat ini untuk menekan McD Malaysia untuk menarik semula saman terhadapa NGO tersebut.
Saya rasa ia tindakan terbaik untuk tidak merugikan masa dan wang untuk bertarung di mahkamah. Kalau tak ditarik semula, kita semua akan bantu turun ke pentas mahkamah pula.
Jom kita bantu petisyen tersebut dengan menurunkan tandatangan di sini. Jom Malaysia, kita bersuara kerana suara kita adalah kuasa kita!
Tolong sebarkan seluasnya!
https://malaysiabersuara.com/petisyen/kami-gesa-mcdonalds-malaysia-tarik-balik-saman-ke-atas-bds-malaysia/
KOLEKSI PANJI 1.0 EXTENDED ‼️
Atas permintaan beberapa sahabat kita yang tidak sempat join tempahan ini, kami team 2LEN bersepakat untuk sambung lagi tarikh tempahan sehingga 17 January 2024 ini.
Jadi jgn bersedih mana yg rasa tak sempat nk join tuh.. haa min dah anjakkan tarikh nih innsyaAllah semoga ada kesempatan untuk sahabat² dapatkan 💪
Ingat ya, Koleksi Panji 1.0 ni akan jadi Limited Edition dah tau sebab ini adalah keluaran terakhir kami sampai lah tamat tempoh Pra-tempahan nanti 🥺
Klik link tempahan sekarang ➡️ https://2lenpalestin.com/collections/pre-order
⚠️ BANTUAN KECEMASAN BANJIR ⚠️
Kami di CGM mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen 'Bantuan Kecemasan Banjir' bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank, 5648 1050 7826 dengan rujukan:banjir atau klik https://swiy.co/kecemasanbanjir.
#CGM
Setakat ini, perang telah menyebabkan entiti Zionis terpaksa membelanjalan sebanyak 72 bilion shekel ($19.3 bilion) sejak 7 Oktober, berdasarkan laporan IOF.
Kos harian perang ialah 1.2 bilion shekel ($321 juta), sehingga IOF memutuskan untuk melepaskan pasukan simpanan, menyebabkan ia menurun kepada 800 juta shekel ($214 juta).
Kos memindahkan rakyat Israel di utara sahaja menelan kos 150 juta shekel ($40 juta) sehari. Dianggarkan 500,000 rakyat Israel berpindah dari penempatan mereka.
Menghadapi roket yang berharga beberapa ratus dolar dan bahan letupan, menyebabkan entiti Zionis dalam masalah kewangan yang sebenar.
Perbelanjaan yang tidak seimbang ini telah menyebabkan entiti zionis daripada 0.6% lebihan daripada belanjawan GDP pada 2022 kepada 4.2% defisit daripada belanjawan GDP untuk 2023.
Pada kadar ini, dengan andaian perang yang lebih besar tidak meletus, kos perang akan mencecah 120 bilion shekel ($32 bilion). Seorang ketua bank Israel menganggarkan kos boleh mencecah sebanyak 210 bilion shekel.
Keseluruhan bajet keselamatan tahunan entiti Zionis itu hanyalah kira-kira separuh daripada itu, iaitu pada 68 bilion shekel ($18 bilion), tidak termasuk bantuan Amerika.
Assalamualaikum w.b.t tuan-tuan dan puan-puan para penyumbang pencinta bumi Palestin yang dikasihi oleh Allah sekalian.
Alhamdulillah kita telah berjaya mencapai sasaran RM60 juta untuk membantu mereka yang memerlukan di bumi Palestin. Pada saat ini, sebahagiannya telah kita salurkan untuk misi-misi kecemasan di bumi Gaza, Palestin dan sebahagian besarnya akan kita simpan untuk kerja-kerja membaik pulih selepas daripada tamatnya peperangan InsyaAllah tidak lama lagi.
Dua pakej sasaran baru untuk mengumpulkan sumbangan-sumbangan yang seterusnya ialah:
1) Pakej Bantuan Anak Yatim
2) Pakej Wakaf Masjid
Kempen kali ini akan memfokuskan kepada anak yatim yang begitu ramai yang terkorban ibu dan ayah mereka di bumi Palestin pada saat ini dan InsyaAllah pada hari Jumaat juga kita akan membuka satu kempen khusus pakej untuk baik pulih projek-projek wakaf termasuklah masjid-masjid dan bangunan-bangunan wakaf di bumi Gaza, Palestin.
Dan pastinya sumbangan ini sumbangan yang kalian perlu kejar kerana mereka yang menyumbang untuk wakaf akan sumbang sekali tetapi pahalanya sehingga ke mati, InsyaAllah. Teruskan dengan sasaran-sasaran baru di Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan pastinya sumbangan kalian akan sampai kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan di bumi Palestin. Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini!
Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://swiy.co/bantuanakyatim atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf).
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” - Riwayat Muslim
Untuk makluman semua, salah satu masjid yang hancur di Gaza adalah Great Omari Mosque yang ditubuhkan pada era awal kedatangan Islam. Masjid itu pada zaman penjajahan Byzantine adalah sebuah gereja yang dibina oleh Permaisuri Eudocia. Tambahan pula, setakat 9/1/2024 sebanyak 142 masjid musnah sepenuhnya dan 240 masjid separa musnah.
Bayangkan jika masjid ini siap dibina nanti, wakaf Tuan/Puan salurkan pada hari ini akan menjadi asbab kepada:
- Ruangan solat tambahan untuk 1,000 jemaah.
- Ruangan aktiviti untuk kegiatan agama untuk 10,000 penduduk sekitar.
- Para jemaah dapat beribadah dengan lebih selesa.
- 200 pelajar tahfiz (anak-anak Palestin) mempunyai kelas hafazan yang lebih baik.
- Keselamatan para jemaah lebih terjamin, kemalangan dapat dielakkan.
- Mencegah masalah sosial dalam kalangan remaja dengan penganjuran aktiviti di masjid.
Untuk kalian yang ingin berwakaf boleh salurkan ke https://swiy.co/bantuanakyatim atau salurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan (rujukan: wakaf).
Malam ini kami akan berkongsi dalam Kuliah Maghrib di masjid pertama dibangunkan di Putrajaya, Surau Al-Mizan Presint 8 inshaAllah.
Читать полностью…Jangan lupa mendoakan perjuangan South Africs VS Israel hari ini dan esok di ICJ. Semoga mereka yang di tampuk kuasa tak menindas insan-insan yang teraniaya.
Baca dokumen di atas untuk mengetahui selok-belok kesnya.
Link dah live semula guys, jom tandatangan!
https://malaysiabersuara.com/petisyen/kami-gesa-mcdonalds-malaysia-tarik-balik-saman-ke-atas-bds-malaysia/
Misi aparteid Zionis hapus Hamas, bawa pulang tawanan gagal! Guna taktik pengecut! Bunuh al-Arouri!
SELEPAS hampir tiga bulan peperangan, dua misi aparteid Zionis Israel untuk menghapuskan pejuang Hamas dan mencari tawanan yang disembunyikan gagal, cuma mereka dapat membunuh puluh ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa, kanak-kanak dan wanita hasil pengeboman yang berterusan setiap hari.
"Memasuki tahun baru 2024, tiada perubahan di Gaza melainkan tentera Israel terus mengusir rakyat Palestin, bermula dari utara, berpindah ke Gaza tengah dan dipercayai selepas ini mereka akan menghalau penduduk di selatan kembali ke utara dan mungkin tempat terakhir operasi pencarian ialah di selatan.
"Tapi, hasil yang mereka dapat ialah kehampaan, cuma pengeboman di Semenanjung Gaza dari udara dan darat serta kepungan sejak 7 Oktober 2023, membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan mencederakan 56,000 yang lain," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri.
Jemput baca artikel!
Artikel penuh: https://kitareporters.com/politik/M7e58W5Zd2
Sesungguhnya ia seorang ibu.
Walau cedera dan tak bermaya, tangannya dihulurkan untuk memberi ketenangan kepada sang anak.
Hari ke-93 pembunuhan saudara-saudara kita di 🍉.
⭕️Euro-Mid: the released detainees from Gaza Strip informed that the IOA and Shin Bet investigators treated them like “animals” during the investigation.
Читать полностью…