nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Ya Allah selamatkan mereka, Ya Allah ringankan penderitaan mereka.

Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tidak mempunyai peralatan dan kelengkapan yang cukup tetap berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan seorang kanak-kanak 🍉 dan ibunya dari runtuhan rumahnya yang musnah.

Alhamdulillah pasca perang tahun 2021 kita di CGM dan MyAD dah sumbangkan 1 juta dollar kepada mereka untuk membeli peralatan, sekurangnya ia dapat dimanfaatkan secara maksima dalam perang kali ini.

Sumber video : Quds News Network

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Setelah mengalami kerugian hampir 11 bilion dolar selepas usaha boikot di peringkat global digerakkan oleh kerana pendiriannya yang pro-Israel. Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks: "Pendirian kami jelas. Kami bersama demi kemanusiaan."

Sumber: Quds New Network

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Esok kami berkuliah Dhuha di sini inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini kami di sini inshaAllah

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Versi putih (Sayap Helang Saqr - Helang) berkolar.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Bangunlah, aku merayu, bangunlah anakku!"

Tak salah kita membayangkan untuk beberapa saat yang kita berada di tempat ibu ini. Supaya kita terus berdoa, berusaha dan cakna lalu sedar, apa pun yang kita lakukan tak akan cukup untuk ibu ini, lalu dengan sedar itu semangat kita makin berkobar untuk memberi, lagi dan lagi.

Ya Allah ampunkan kami untuk setiap saat yang kami terlalai dan terleka, terlupa pada mereka.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dengar ucapan nenek ini betul-betul. Kata beliau, jangan masuk campur tentang Palestin. Kami yang akan pertahankan Palestin, kami dah bagi peluang kepada umat untuk bantu Palestin selama 70 tahun, Palestin tetap macam ini.

Kalau ikut hati tisu kita, memang kita akan marah dengan nenek ini. Apahal makcik, Palestin tu makcik punya ke nak tolak bantuan kami? Kami dah bantu banyak tau, hari-hari doa, sumbang dan boikot.

Tapi kalau ketuk hati tanya iman terumbang-ambing kita, kita jadi muhasabah. Allah, rupanya baru dua bulan aku doakan Palestin secara istiqamah. Baru berapa ribu dapat aku sumbang. Baru sekarang aku mula boikot. Cukup ke apa kita buat? Memang tak cukup sebab Palestin makin teruk, makin dirampas, makin dilenyap. 75 tahun mereka dibunuh sampai sekarang, masih tetap dibunuh.

Tapi itu alasan untuk kita berhenti ke? Tidak. Itu alasan untuk kita lebih kuat berusaha. Nabi SAW kata siapa yang tak ambil peduli urusan umat Islam, bukan daripada kalangan mereka. Siapa yang mati dalam keadaan tak berjihad dan tak berniat untuk berjihad, mati dalam cabang nifaq. Dalam alpa kita ada dosa, dalam lalai kita ada dosa. Justeru ayuh perbanyakkan istighfar dan usaha.

Maafkan kami nenek. Kami memang berusaha tapi kadang kala kami terbuai juga dengan dunia.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya teliti dua tiga kali anak-anak yang terbakar oleh bom di Rafah ini. Haura' ke? Qamar ke? Oh bukan. Tetapi Haura' dan Qamar tidak lebih penting dari anak-anak 🍉 yang lain. Nyawa mereka tidak lebih berharga. Mereka semua anak kita. Mereka merasa sakit yang sama.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SEBANYAK RM5,836,674.41.

🔺Bantuan Makanan Panas - RM1,179,525.58
🔺Bantuan Khemah - RM202,767.92
🔺Bantuan Pek Makanan - RM735,398.52
🔺Bantuan Kewangan - RM2,354,700.00
🔺Bantuan Bekalan Bahan Api - RM80,370.00
🔺Bantuan Alat Kelengkapan Penyelamat - RM148,292.43
🔺Bantuan Perubatan - RM359,625.20
🔺Bantuan Pek Sayuran - RM111,315.83
🔺Bantuan Tilam - RM84,600.00
🔺Bantuan Baju Sejuk - RM470,000.00
🔺Bantuan Keperluan Bayi - RM18,552.64
🔺Bantuan Pek Kebersihan - RM74,210.51
🔺Bantuan Psikologi - RM17,315.79

Alhamdulillah terima kasih rakyat Malaysia! Teruskan memberi sumbangan! Walaupun sekarang ini banyak perkara disekat tetapi yakinlah bahawa Allah lagi Maha Berkuasa. Allah akan bantu setiap hambaNya mencari jalan keluar 🤲🏻

Kalian boleh salurkan ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kajian oleh Euro-Mediterranean Human Rights Monitor:

- 71% penduduk Gaza mengalami tahap kelaparan yang teruk.

- 98% penduduk Gaza mengalami kekurangan pengambilan makanan yang mencukupi

- 64% penduduk Gaza memakan rumput-rumput, buah-buahan, makanan mentah dan barang yang sudah luput tarikhnya untuk alas perut.

- Purata penduduk di Gaza hanya mendapat 1.5 liter air sehari, termasuk air minum, mandi dan kebersihan.

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

1000 kalendar PERCUMA sudah sold out kurang dari 24 jam pada minggu lepas. Alhamdulillah!

Atas permintaan ramai, kami sudah buka PRE-ORDER KALENDAR CGM 2024. InsyaAllah penghantaran akan bermula pada awal Januari 2024. 800 pcs sahaja untuk Pre-Order kali ini, siapa cepat dia dapat!

Hanya perlu bayar postage sahaja.

Semenanjung: RM10
Sabah/Sarawak: RM18

Klik swiy.co/kalendarcgm2024 untuk dapatkan sekarang! 🔥

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🔺Memasuki hari ke-73 perang ke atas Gaza dan sepintas lalu perkembangan terkini:

1/ Serangan udara rejim Israel ke atas kem penempatan sementara Jabalia telah membunuh sekurang-kurangnya 90 rakyat dan mencederakan lebih 100 yang lain.

2/ Harga minyak meningkat hampir 1% dalam perdagangan Asia dan merekodkan nilai eksport yang lebih rendah dari Rusia selepas Houthi menyerang beberapa buah kapal di Laut Merah mencetuskan kebimbangan pembekal.

3/ Pegawai Palestin melaporkan tentera rejim Israel telah menahan Dr. Ahmed Muhanna, pengarah Hospital al-Awda Gaza ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.

4/ Teater Kebebasan, sebuah organisasi di Jenin terus menuntut pembebasan segera pengarahnya, Mustafa Sheta, dan guru pemangku mereka, Jamal Abu Joas.

5/ Pada Ahad semalam, tentera rejim Israel menafikan dakwaan bahawa tenteranya telah "membunuh" dua orang wanita yang berlindung di sebuah gereja Katolik di Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum semua. Malam ini saya berada di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Orang Bangi di alu-alukan untuk hadir! 🔥

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini saya di sini inshaAllah 🔥🍉

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🔺12,000 lebih rakyat dalam setiap kilometer persegi di Rafah: PBB

Perkhidmatan telekomunikasi dan rangkaian internet yang masih terputus menyukarkan pelbagai pihak untuk mengakses maklumat dari Gaza, termasuklah agensi bantuan PBB di wilayah Palestin yang dijajah (rejim Israel) (OCHAoPT).

Beberapa kemas kini harian yang dilaporkan:

1/ “Serangan pengeboman dahsyat rejim Israel dari arah udara, darat dan laut berterusan merentasi Gaza pada Sabtu semalam (waktu Gaza), di mana bandar Gaza dan Khan Younis menjadi sasaran 'panas' serangan udara."

2/ Kini, kira-kira 12,000 lebih rakyat di setiap kilometer persegi yang berada di dalam wilayah Rafah, dengan 85% daripadanya dianggarkan merupakan mereka yang telah kehilangan tempat tinggal di Gaza yang berpindah kesana demi mencari perlindungan.

3/ Pasukan tentera rejim Israel termasuk beberapa buah kereta kebal dilaporkan telah mengepung Hospital al-Awda di utara Gaza yang melibatkan dua tingkat hospital dilaporkan telah diceroboh masuk.

4/ PBB tidak memberikan sebarang maklumat terkini mengenai keadaan air dan sanitasi di Gaza, dengan menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengemas kini maklumat terkini sejak 4 Disember.

Sumber: Al Jazeera

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

*KEMAS KINI STATISTIK SYAHID DAN KEROSAKAN AKIBAT SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS SEMENANJUNG GAZA PADA DISEMBER 2023*
Isnin, 25 Disember 2023


🔖 1,745 operasi pembunuhan beramai-ramai
🔖 27,674 jumlah penduduk syahid dan mangsa yang masih hilang.
🔖 20,674 jenazah syuhada tiba di hospital.
🔖 8,500 kanak-kanak.
🔖 6,300 wanita.
🔖 311 kakitangan perubatan.
🔖 40 anggota pertahanan awam.
🔖 103 wartawan.
🔖 7,000 mangsa masih hilang, 70% daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
🔖 54,536 mangsa yang cedera.
🔖 101 anggota kesihatan ditahan.
🔖 9 wartawan ditahan.
🔖 1.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di semenanjung Gaza.
🔖 355,000 penduduk dijangkiti penyakit berjangkit akibat perpindahan.
🔖 126 ibu pejabat kerajaan musnah.
🔖 92 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya.
🔖 285 sekolah dan universiti separa musnah.
🔖 115 masjid musnah sepenuhnya
🔖 200 masjid separa musnah.
🔖 3 gereja menjadi sasaran dan dimusnahkan.
🔖 65,000 unit kediaman musnah sepenuhnya.
🔖 290,000 unit kediaman separa musnah.
🔖 23 hospital dan 53 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi.
🔖 140 institusi kesihatan separa terjejas.
🔖 102 ambulans musnah sepenuhnya.

Pejabat Media Kerajaan
Isnin, 25 Disember 2023

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dalam Islam ada satu potongan doa yang khusus untuk lelaki yang berbunyi, Ya Allah aku berlindung dari rasa putus asa lelaki,

اللهم إن نعوذ بك من قهر الرجال

Kerana air mata lelaki bila tumpah, ia bermakna hatinya yang hancur remuk sudah sangat susah diubati. Seperti lelaki ini yang terkejut apabila mendapati salah seorang syuhada' di hospital adalah anaknya sendiri, berulang-ulang kali disebut, "Maafkan aku anakku, maafkan aku."

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pengeboman terus berlaku. Longgokan syuhada' bertambah. Terbiar, sehingga dimakan kucing dan diratah anjing.

Dalam suka kita, ada duka mereka. Teruskan berdoa, menyumbang dan memboikot. Mati mereka mati syahid. Mati kita belum tahu natijahnya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Y.E.S UP TO 35% OFF 📢📢
+ CLEARANCE SALE 📢📢

⚠️ A few items dah tak banyak stok, memang sangat-sangat terhad!

Bermula harini hingga 31 Disember ni kalian boleh grab items keluaran CGM dengan harga yang murah sahaja!

Siapa cepat dia dapat!

Grab kat sini 👉🏾 https://ezy.la/jualanamal

Dah sold out, no restock!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Atas permintaan ramai kami membuka semula pre-order Jersi Edisi Saqr Hitam dan Putih ini. Yang ini versi Hitam Muslimat, coraknya corak kostum tentera yang dipakai Abu Ubaidah dan komander-komander utama mujahidin yang lain, dalam Bahasa Arab dipanggil بدلة تلفيزيونية iaitu corak digital.

Pra-tempahan dibuka hingga 29 Dis saja dan pengeposan akan bermula pada 21 Januari 2024. Dapatkan segera di 2lenpalestin.com!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Awni ke pasar. Awni balik mendapati rumahnya hancur dibom. Keluarga Awni di dalam rumah. Keluarga Awni semua syahid. Awni kini seorang diri di dunia.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ramai sensitif bila disebut berdosa. Rasulullah S.A.W yang maksum, para ulama' yang 24 jam hidupnya untuk agama pun beristighfar beribu kali sehari. Bila rasa diri berdosa kita akan terus berusaha dengan segala apa yang ada, berdoa dan mengharapkan rahmat Tuhan.

Kami dah sampaikan ratusan ceramah, kumpulkan puluhan juta, ada keluarga setiap saat mungkin mati di sana malah puluhan ahli keluarga dah syahid, masih merasa kurang usaha, rasa berdosa bila ada umat Islam yang dibunuh macam haiwan setiap saat.

Kita dah buat sehabis baik ke? Wallahua'lam yang pasti kita menepati Hadis Rasulullah S.A.W, ramai tapi lemah macam buih di lautan.

Tulisan saya pun untuk orang yang rasa berdosa untuk muhasabah dan terus berusaha. Yang dah ada jawapan di akhirat kelak dalam keadaan ummah sekarang, yang yakin tak akan dipertanggungjawabkan oleh saudara-saudara kita di sana, alhamdulillah. Bukan kalian yang saya maksudkan.

Semoga Allah mengampuni kita semua (yang berdosa).

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terus salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, bantuan tilam juga kami berjaya agihkan!

Selain bantuan makanan panas, kewangan dan bantuan baju harian, pekerja CGM Gaza juga berjaya mengagihkan bantuan tilam kepada penduduk-penduduk Gaza yang berlindung di pusat perlindungan di Tengah Gaza.

Seramai 3,795 orang penerima manfaat dan setiap keluarga akan menerima satu tilam yang bersih dan baru untuk mereka berehat dan tidur.

Lihatlah keadaan khemah yang mereka berteduh, bila-bila masa sahaja boleh bocor akibat hujan lebat dan musim sejuk yang akan tiba tak lama lagi.

InsyaAllah pekerja CGM Gaza akan berusaha memastikan bantuan untuk penduduk Gaza setiap hari dapat diagihkan. Mohon doa kalian supaya Allah SWT memberikan kekuatan kepada mereka 🤲🏻

Teruskan menyumbang untuk mereka yang memerlukan ❤️

Layari emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalian wajin tonton video ini sebelum tidur.

Saksikan sendiri video pertempuran Briged Al-Qassam dengan penjajah di Kota Gaza, pemindahan mayat dan mereka yang cedera serta konvoi kenderaan Israel yang rosak dan musnah diseret dan dibawa pulang.

Scene 10 ekor tentera kena tembak sekaligus tu. Fuhhhh 🔥

Allahuakbar!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ayuh tonton!

https://fb.watch/o-X3Ft8KW2/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Antara barisan selebriti tanah air dan para pempengaruh yang akan bersama-sama kita bersolidariti demi Palestin di dalam Konsert Mega Zikir Terapi 4 Pal3stine - Harmony for Humanity bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tarikh: 5 Januari 2024 | Jumaat
Masa: 8 Malam
Lokasi: Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Dapatkan tiket sekarang melalui https://tinyurl.com/CGMerchandise

Jemput sesiapa yang berkelapangan untuk memeriahkan ✨

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ban Israeli-Owned Ships from Docking in Malaysia*

Ships owned by Zim Shipping (an Israeli shipping company) have been allowed to dock in Malaysia.  They can do so because the Malaysian Ministry of Transport permits them. The excuse is the ships are registered in other countries. 

However, since they are owned by an Israeli company, by right, they should not be allowed to dock in Malaysia because the Malaysian government's policy is NOT to have any trade relations with Israel. 

We now call upon the Malaysian government, especially the transport minister, to ban all Israeli-owned ships from docking in Malaysia. 

A Zim-owned ship is scheduled to dock at Westport on 26 December 2023. We call upon the Malaysian Minister of Transport to immediately instruct the Port Klang Authority to refuse the ship from docking. Failure to do so implies that the Malaysian government is not serious about stopping the atrocities being committed by the Zionist regime on the Palestinians in Gaza and the West Bank.

Please support this petition by signing it here:

https://chng.it/rK8Wd56qg9

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Perjuangan belum selesai tetapi tentera Israel semakin kelam-kabut. Beberapa hari lepas mereka menembak mati 3 orang tawanan Israel yang lari dari tempat tahanan mujahidin dengan membawa bendera putih kerana cuak dan menjangkakan mereka adalah mujahidin yang berlakon.

Cuak tahap teruk dah ni. Jom kita terus menyebarkan mesej tersebut #IsraelCuak secara berterusan. Siapa cuak? Israel Cuak!

Dapatkan jersi ini dan berbagai desain lain di 2lenpalestin.com segera!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini di USAS, Kuala Kangsar. Dua malam berturut-turut digabungkan dengan ayahanda Prof Kamaruzaman Yusoff, semalam di SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Читать полностью…
Подписаться на канал