nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah terima kasih banyak pertubuhan One Nation Centre atau dikenali sebagai Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia kerana sudi menyumbang sebanyak RM20,000 untuk penduduk Gaza.

Terima kasih pada penyokong One Nation Centre. Moga diganjarkan pahala yang berlipat kali ganda 🤲🏻

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini di sini inshaAllah 👇

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

TERKINI | Pejabat Media Kerajaan di Gaza: Jumlah korban serangan pencerobohan rejim Zionis Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 18,800 syahid dan 51,000 cedera.

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom teruskan Intifada, jom teruskan Kebangkitan. Jom dapatkan jersi versi Taufan Al-Aqsa ni di 2lenpalestin.com sekarang! Ada 4 reka bentuk, dan ada versi Muslimah juga! Order cepat sebelum terlambat, ayuh kenakan gaya Intifada!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video | Inilah tapak pasar Jabalia yang terletak di utara Gaza yang telah berubah menjadi kawasan besar tanah perkuburan, pada saat serangan pengeboman rejim Israel masih lagi berterusan.

Sumber: Quds News Network

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui qr code ini 🤲

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Begini mereka menghina kita. Masuk ke masjid kita dengan berkasut, memanjat minbar dan membaca ritual dari kitab Talmud mereka.

Kita perlu memperkasakan sumbangan, doa, boikot kita kerana perjuangan kita masih belum berakhir.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

⭕️ Hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Sosial Palestin mendapati 92% rakyat Palestin di Tebing Barat dan 81% yang lain di Gaza mahu Mahmoud Abbas meletakkan jawatan sebagai pemimpin Palestinian Authority (PA).

Pada masa yang sama, melalui kajian yang sama, majoriti penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza menjangkakan HAMAS akan menjadi kerajaan, sebagaimana itu juga yang mereka harapkan. Pilihan kedua tertinggi menunjukkan sebahagian daripada penduduk Palestin mahu PA menjadi kerajaan mereka tetapi bukan di bawah pimpinan Mahmoud Abbas.

Sumber: AlJazeera, dipetik daripada Pusat Penyelidikan Sosial Palestin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Menarik untuk memahami apa lagi boleh dilakukan untuk Palestin khususnya melalui undang-undang antarabangsa.

📸 Watch this live video on Facebook
https://www.facebook.com/share/v/j63rXCsR3AsDsBYM/?mibextid=ng2Npd

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

📣 Kalendar tahun 2024 PERCUMA untuk kalian!

Hanya perlu bayar postage sahaja.

Semenanjung: RM10
Sabah/Sarawak: RM18

Macam mana nak dapatkan?

Klik swiy.co/kalendarcgm2024 untuk dapatkan sekarang! 🔥

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Walaupun Gaza sekarang masih diserang rejim Zionis, pekerja CGM Gaza tetap teruskan tanggungjawab untuk agihkan bantuan!

Seramai 17,600 kanak-kanak Gaza menerima baju baru dan baju sejuk untuk kegunaan harian mereka. Alhamdulillah berkat sumbangan kalian seramai 17,600 kanak-kanak mendapat manfaat! Ramai sangat kan?

Semoga lebih ramai kanak-kanak Gaza yang dapat kita semua bantu sepanjang serangan ini. InsyaAllah 🤲🏻

Tiada sebab untuk kita mengalah dan penat memperjuangkan nasib penduduk Palestin kerana sehingga ke hari ini mereka masih bersemangat memperjuangkan tanah air mereka!

Teruskan berdoa. Teruskan berkongsi berita Palestin dan kekejaman rejim Zionis. Allahuakbar!

Layari http://emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau akaun Maybank rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Penduduk G az a sangat terkenal dengan ketahanan tinggi mereka dan sikap tidak mudah mengalah. Selain itu, mereka sangat kreatif mencari solusi bagi menyelesaikan masalah.

Sebelum ini kita membaca yang mereka menggunakan tong gas bagi menggerakkan kenderaan kerana harga bahan api yang mahal. Kemudian mereka menggunakan minyak masak.

Dalam berdepan penjajah pula dalam The Great Return March 2018 mereka menerbangkan layang-layang berapi ke tanah haram, kemudian belon dan apabila belon juga dihalang memasuki G az a mereka menerbangkan kondom berapi!

Dalam video ini, mereka menggunakan basikal untuk menjahit pakaian musim sejuk mengatasi masalah ketiadaan elektrik. Hebat tak?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bila mereka menangis, ia tak lagi kelihatan. Kerana air mata mereka telah bersatu dengan lebatnya hujan.

Musim sejuk semakin menyengat, sedangkan mereka tak punya tempat berehat. Rumah mereka sudah menjadi abu, masa depan mereka nampak kelabu.

Kita akan terus membantu membina untuk mereka khemah² plastik seperti yang kalian nampak ini. Sekurangnya ada tempat mereka berteduh. Doakan mereka dan terus menyumbang.

Salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Tolong sebarkan ramai-ramai agar ada sedikit masa depan untuk mereka kelak.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumber Ibrani: Kesan kemusnahan di kawasan yang menjadi sasaran roket yang dilancarkan oleh Briged al-Qassam dari Gaza sebentar tadi.

Sumber: شبكة قدس الإخبارية

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Terima kasih banyak Al Azhar Care dan penyumbang Al Azhar Care atas sumbangan kalian untuk Palestin!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🇵🇸 *FORUM SOLIDARITI UNTUK PALESTIN*

📍 Tempat : *DEWAN SERBAGUNA USAS*
🗓️ Tarikh : *16 DISEMBER 2023*
📆 Hari : *SABTU*
⌚ Waktu : *8.30 PM - 11.00 PM*

Program ini merupakan anjuran *Mahasiswa USN6113 Akhlak Tasawuf, Jabatan Usuludin, Fakulti Pengajian Islam Dan Sains Sosial USAS Dengan Kerjasama Persatuan Wanita Islam Kuala Kangsar*

📢Panel Jemputan :
- Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff "*Profesor Fakulti Sains Sosial Universiti Melaka*"

- Muhammad Nadir Al-Nuri " *Ketua Pengawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM)*

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

⭕️ Sebuah tinjauan rasmi mendapati sebanyak 7,283 bantahan atau demonstrasi telah dilakukan di lebih 118 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Tinjauan yang dijalankan oleh Armed Conflict Location and Events Data Project itu mendedahkan 87% masyarakat global melakukan demonstrasi untuk mempertahankan hak penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Manakala 10% yang lain adalah demonstrasi pro-Israel dan 3% lagi - merangkumi 243 demonstrasi di seluruh dunia - menyokong kepada keamanan tanpa memihak kepada sesiapa.

Sebagai rekod, antara jenama yang paling terkesan sepanjang tempoh peperangan di Gaza sehingga ke hari ini adalah Starbucks.

Misalnya *harga saham Starbucks mencatatkan penurunan sebanyak 8.6% sejak bulan lalu* pada hari ini. Prestasi Starbucks yang perlahan membuktikan masih ramai ada kesedaran berkaitan isu Palestin. Namun, tidak pasti sampai bila kerana *saham McDonald sudah mula mencatatkan peningkatan harga sebanyak 6%* dalam sebulan dari harga terendah pada November.

Apa-apa pun, penentangan terhadap kekejaman Israel di bumi Palestin yang mendominasi keputusan tinjauan tersebut membuktikan hak asasi kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat perlu dipertahankan. Lagi-lagi sebagai orang Islam, sudah tentu ada perkara yang lebih utama untuk dipertahankan iaitu Masjid al-Aqsa dan seluruh bumi barakah Baitul Maqdis.

Jadi, jangan berhenti bercakap, menulis dan berkongsi di laman media sosial tentang Palestin. Setiap bait kata atau perkataan tentang Palestin yang dikongsi pada hari ini tidak mustahil akan mengubah dunia Islam pada masa akan datang.

Sumber: AlJazeera, TradingView

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MERCY MALAYSIA & PERSATUAN CINTA GAZA MALAYSIA (CGM)
BERKERJASAMA DALAM BANTUAN KEMANUSIAAN


Kuala Lumpur, 15 Disember 2023 - MERCY Malaysia dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) pada 15 Disember 2023, menandakan bermulanya gerakan strategik bersama yang bertujuan untuk menangani keperluan mendesak dan mempromosikan kesejahteraan rakyat Palestin.

Perjanjian penting yang berkuatkuasa selama tiga tahun ini akan mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua organisasi untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang advokasi, pembangunan kemanusiaan dan projek sosio-ekonomi. MOU itu menggariskan bidang kerjasama tertentu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

I. Program Advokasi: Kedua-dua pihak akan bersama-sama menjalankan dan menguruskan program advokasi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang situasi dan pembangunan rakyat Palestin. Melalui usaha bersepadu, MERCY Malaysia dan CGM berhasrat untuk memberi pendedahan mengenai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Palestin dan menyokong penyelesaian yang mampan.

Il. Pembangunan Kemanusiaan: Kedua-dua organisasi ini komited untuk menyatukan sumber dan kepakaran mereka bagi menganjurkan serta menjalankan program yang dirancang khusus untuk menangani pembangunan kemanusiaan. Dengan memanfaatkan kekuatan kolektif rakyat Palestin, MERCY Malaysia dan CGM berhasrat untuk memberi impak yang bermakna kepada kehidupan mereka yang terjejas akibat krisis kemanusiaan.

ili. Projek Pembangunan Sosio-Ekonomi: Usaha kerjasama akan diperluaskan kepada penganjuran projek yang tertumpu kepada pembangunan kemanusiaan dan sosio-ekonomi. Dengan menggabungkan kemahiran dan pengalaman masing-masing, pihak berkenaan berusaha untuk melaksanakan inisiatif yang menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang dan pemerkasaan rakyat Palestin.

IV. Bantuan Kecemasan Kemanusiaan: Pada waktu kecemasan, MERCY Malaysia dan CGM akan bekerjasama untuk memberikan bantuan kemanusiaan yang pantas dan berkesan. Ini termasuk menyelaraskan usaha dalam menyampaikan bantuan dan sokongan kepada mereka yang terjejas akibat krisis, serta memastikan tindak balas yang pantas dan menyeluruh.

Penandatanganan MOU ini mewakili dedikasi bersama untuk mempromosikan transformasi yang menggalakkan dan mewujudkan kesan berkekalan terhadap kesejahteraan rakyat Palestin. Kedua-dua MERCY Malaysia dan CGM teruja dengan sebarang kemungkinan positif yang terhasil daripada kerjasama ini dan komited untuk menjalankan kerjasama yang teguh demi membentuk masa depan yang lebih menjanjikan dan mampan bagi mereka yang memerlukan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Semalam entah kenapa anak bongsu saya, Ibrahim Al-Khalil yang berusia 2 tahun menerjah mimpi.

Dalam mimpi tersebut dia dikacau adik-beradiknya kemudian berlari terkedek-kedek ke arah saya memanggil Baba, Baba. Saya merangkul Ibrahim dan menakutkan abang kakanya supaya tak mengacau Ibrahim, sebelum saya terjaga.

Masa saya keluar dari Gaza, Ibrahim belum pandai berjalan, berkata Baba pun belum. Ibrahim lahir masa perang 2021, dia ditahan di NICU kerana lahir tak cukup bulan.

Masa 2021 tersebut, setiap kali berlaku pengeboman, setiap kali habis agihkan bantuan, kami singgah jenguk Ibrahim. Bila berlaku isu bekalan bahan api generator hospital habis, kami jenguk semula Ibrahim takut-takut bekalan oksigennya terputus. Tapi Ibrahim kuat, lepas hampir sebulan, dia dibebaskan dari inkubator.

Ibrahim suka makan, dalam video lama ni masa tidur pun saya sebut makan, makan dia boleh senyum. Maknya kalau dah tak boleh nak tidurkan budak ni, memang diserah kat saya, letak je atas dada terus dia senyap dan lena.

Inilah Ibrahim, pertama kali saya kenalkan kepada kalian, pakcik makcik kawan Baba dia.

Kali ini perang sekali lagi memisahkan kami. Tolong doakan saya dapat peluk cium Ibrahim semula, kalau sekejap pun jadilah. Saya nak bisikkan ke telinga Ibrahim, Baba rindu nak geletek Ibrahim dan dengar Ibrahim ketawa terkekeh-kekeh. InshaAllah, soon, my son 👨‍👦

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

‼️Jumpa di SAMBBST‼️
.
Pakat-pakat kita penuhkan dewan SAM BBST kita. Jom dengar penjelasan daripada panel kita:
❤️ Saudara Nadir Al-Nuri (CGM)
❤️ Prof Dr Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah)
.
*TERBUKA UNTUK SEMUA HADIR*
.
*Taufan Al-Aqsa: Suasana di Bumi GAZA*
Tarikh: 15 DISEMBER 2023 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam hingga 11.30 malam
Tempat: Dewan SAM BBST :
Waze : Use Waze to drive to Sepang: https://waze.com/ul/hw282512u2
Maps: https://bit.ly/46ULpfA
.
Kita sasarkan kutipan kepada Cinta Gaza Malaysia untuk program kali ini sebanyak RM5000.
.
.
jom sama-sama kita hadirkan diri. ajak jiran tetangga ke program kita
.
Persembahan *KHAS* daripada *Kumpulan DANISH*
*Deklamasi Sajak*
.
.
#AllahPeliharaPalestine🇵🇸
#HancurLaknatIsrahell

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

Tolong sebarkan agar seluruh umat dapat bertindak.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar-gambar ini baru beberapa minit lepas sampai kepada kami, dihantar oleh tim CGM di sana.

Beliau memaklumkan yang sebuah bangunan baru saja dibom di Rafah di selatan G a za dan Pasukan Bomba Dan Penyelamat sedang cuba menyelamatkan mangsa dari bawah runtuhan.

Dalam kesediham, hati terubat apabila melihat logo CGM kita terpampang megah di trak bomba tersebut. Ia adalah sebahagian daripada sumbangan 1 juta dollar yang kita sampaikan bersama MyAqsa Defenders kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat pasca perang 2021 yang berjaya menghasilkan lima buah trak bomba selain beberapa bangunan, peralatan dan sebuah ambulans.

Alhamdulillah, besar pahala kalian, sumbangan kalian menyelamatkan nyawa yang banyak pada hari ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dunia yang tak mampu merubah keadaan dan hero-hero di sebalik tabir yang jarang didendangkan.

Pasukan paramedik menyelamatkan seorang wanita cedera yang terperangkap di dalam ambulans ketika berlakunya banjir akibat hujan lebat di kem penempatan sementara Jabalia, di G a za beberapa jam lalu.

Jom kongsi dan dendangkan kisah-kisah mereka!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

⚠️‼️ WARNING GRAPHIC CONTENT مشاهد مؤلمة

A Palestinian child suffers from serious burns after the bombing of his home in the Nsairat refugee camp, central Gaza. 12.12.23

طفل مصاب بحروق خطيرة بعد قصف منزله في مخيم النصيرات وسط القطاع

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Inilah barisan artis-artis yang akan bersama di konsert Mega Zikir Terapi 4 🇵🇸 Palestine 🇵🇸 We have UNIC, InTeam, Farhatul Fairuzah, Khai Bahar, Wak Doyok, Abang Tesla, Bienda, Ammar Mukhlis, Ikhwan Fatanna, Furqan Fawwaz, PU Azhar Hilmi, Ustaz Tarmizi dan diiringi oleh music director @chaan_official_

Dapatkan tiket sekarang! 100% tiket akan disalurkan ke Cinta Gaza Malaysia bagi misi bantuan di gaza Palestine 🇵🇸

Target kutipan RM 1 Juta! Kita akan update dari masa ke masa jumlah kutipan.

Anjuran: Cinta Gaza Malaysia dan @niyatstudio

Dengan kerjasama: @istanabudaya

Radio Rasmi: @zayan.my

Tiket Rasmi: @myticket.asia

Rakan-rakan strategik:
@peduliinsan.my @syriacaremalaysia @alazharcare @adinacharitycircle @masyhur.official @starvilion @widz.studio

Sila layari https://tinyurl.com/CGMerchandise untuk pembelian tiket!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video Palestin Di Hati Cinta Gaza Malaysia x Mina Mila dapat 1 Juta views!

Alhamdullillah, semoga kita boleh perbanyakkan lagi video yang boleh menyampai mesej baik macam ini. Video ini ada Haura' dan Qamar tau!

https://youtu.be/Q2FRSzZDGqA

Korang dah tengok belum?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui qr code ini 🤲

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Boikot berkesan.

Walaupun pendirian saya, boikot bukan soal kesan tapi soal iman.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tel Aviv dan kawasan tengah Palestin yang dijajah menjadi sasaran peluru berpandu dari Gaza.

Sumber: شبكة قدس الإخبارية

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

📸 Look at this post on Facebook
https://www.facebook.com/share/p/oR5fLtf8SfAazkua/?mibextid=qi2Omg

Читать полностью…
Подписаться на канал