Rejim Israel melancarkan pembunuhan beramai-ramai terhadap kanak-kanak di Gaza.
Sumber: Shehab Agency
Doktor dan jururawat cuba mengalih perhatian kanak-kanak yang cedera semasa rawatan mereka di Kamal Adwan, utara Gaza.
Mereka tidak ada belon. Jadi mereka gunakan sarung getah doktor sebagai ganti belon.
Video oleh: Imad Ghabboun
Anak kecil ini mengalami kecederaan di matanya selepas cedera petang tadi akibat pengeboman biadab Zionis di utara Semenanjung Gaza.
Kedengaran beliau beberapa menyebut,
"Ibu, ibu."
Lalu dijawab ibunya.
"Aku ada di sini sayangku."
Moga matanya baik baik sahaja.
Cuba dengar apa yang ditanya anak ini, mangsa letupan bom kepada doktor. Kata beliau,
"Pakcik, saya nak tanya satu soalan. Ini mimpi ke betul-betul?“
Kanak-kanak ini mengucapkan selamat tinggal buat bapa mereka yang syahid dalam pembunuhan beramai-ramai sejak gencatan senjata berakhir.
Читать полностью…Para pejuang Palestin di Gaza sedang bertempur dengan Zionis untuk membebaskan bumi Palestin.
Sama-sama kita doakan untuk rakyat Palestin yang ditindas 🤲🏻
#taufanalaqsa #jumaatbarakah
Video | Antara mangsa-mangsa yang cedera dalam kalangan kanak-kanak selepas serangan pengeboman kembali dilancarkan rejim Zionis Israel ke atas beberapa buah rumah di semenanjung Gaza.
Sumber: Shehab News
TERKINI | Seramai 6 orang penduduk Palestin telah syahid dan puluhan yang lain tercedera dalam serangan yang dilancarkan Israel di beberapa kawasan di Gaza.
Sumber: Shehab News
TERKINI | Usai sahaja gencatan senjata kemanusiaan sementara tamat, pertempuran ganas kembali meletus di beberapa buah kawasan di semenanjung Gaza pada ketika ini.
Sumber: Quds News Network
Berikutan gencatan senjata, team CGM kita di sana berjaya meninjau kerosakan yang berlaku ke atas harta benda milik kita.
Antaranya ialah dua buah kenderaan kita ini, van yang digunakan untuk membawa kami ke sana ke mari melaksanakan projek dan lori yang telah ditukar menjadi perpustakaan bergerak yang telah lama berkhidmat dalam menanam budaya membaca dan memperkenalkan Malaysia khususnya kepada anak-anak sekolah.
Van tu yang paling menyedihkan, kami hanya membelinya untuk kegunaan team setelah hampir 8 tahun beroperasi - van itu membawa 1001 cerita, tempat kami berbuka puasa di bulan Ramadan kalau tak sempat balik ke rumah, membawa kami bersukan sepasukan setiap hari Khamis dan menjadi tempat rehat sementara di lokasi-lokasi bantuan.
Kami pun tak tahu apa yang menyebabkan kerosakan begitu dahsyat ke atasnya sama ada dilenyek kereta kebal atau dibom.
Barangkali penjajah ingat bila kenderaan kita dimusnahkan kita patah semangat untuk bekerja. Silaplah, orang Malaysia pantang dicabar!
Jom kita perkasakan sumbangan pada hari berkat ini dan kita tunjukkan kepada mereka, siapa yang akan tunduk terlebih dahulu!
Hari Jumaat ini salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.
Tolong sebarkan ramai-ramai agar semua ada peluang untuk memberi pada hari yang berkat ini ya.
Video | Seorang wanita hamil Palestin syahid selepas ditikam beberapa kali dengan pisau oleh seorang warga haram Zionis Israel di hadapan anak-anaknya di bandar Lod yang diduduki.
Sumber: Shehab Agency
Alhamdulillah, walaupun kami tak ada pertalian darah tapi inilah kekuatan orang Palestin, dalam kesedihan, dalam kepedihan, kami menguatkan satu sama lain. Ahli keluarga saya sendiri tak pakai sedondon, tapi kami berempat pakai baju yang sama!
Semasa kenduri adik perempuan saya Hannan ini pada 11/11 lepas kami juga membuka tabung sumbangan Palestin dan alhamdulillah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM12,000.
Barulah betul hidup baru dimulakan dengan barakah perjuangan untuk ummah, kan? Barakallahu lakuma!
Lebih dari 15 ribu syahid, 37 ribu cedera, dan 6500 hilang lagi di bawah runtuhan.
Statistik dikemaskini yang dikeluarkan oleh pejabat media kerajaan berhubung kerosakan yang disebabkan oleh pencerobohan penjajah terhadap Semenanjung Gaza.
Seorang kanak-kanak cuba menenangkan adik lelakinya selepas mereka terselamat dari serangan udara di Gaza.
Alhamdulillah!
Alang-alang nak bergaya bagus bergaya ala lelaki bertopeng, Abu Ubaidah kan.
Jom dapatkan di 2lenpalestin.com segera!
E-BUKU TERBAHARU PERCUMA
NGAUMAN SINGA AL-QASSĀM, SANG PEMBELA GAZA DAN AL-QUDS: Ucapan-ucapan inspirasi Abū ‘Ubaydah, Jurucakap rasmi Briged ‘Izzuddīn al-Qassām sepanjang Peperangan Taufan al-Aqṣā
Oleh: ABŪ ‘UBAYDAH
Penterjemah: Omar Mokhtar Hamdan
Abū ‘Ubaydah adalah nama yang tidak asing sekali pada masa ini. Jurucakap rasmi Briged ‘Izzuddīn al-Qassām ini adalah sosok yang ditunggu-tunggu kemunculannya, dinanti-natikan bicaranya, bukan sahaja oleh anak watan Gaza, bahkan ditunggu-tunggu oleh umat seluruh dunia. Beliaulah sumber inspirasi anak watan Gaza, juga dibenci dan digeruni israel zionis.
E-buku ini himpunan beberapa koleksi ucapan beliau sepanjang Peperangan Taufan al-Aqṣā. Terjemahan ini diusahakan oleh sdr. Omar Mokhtar Hamdan, dan mendapat sentuhan pengantar dari Ustaz Syafiq Attauhidi yang bertajuk Jihad dan Dimensinya.
E-buku ini dapat memperdalamkan kefahaman kita tentang perjuangan Hamas mempertahankan anak watan mereka, tanah air mereka daripada genosid israel zionis.
E-buku ini boleh dibaca atas talian, dan dimuatturun secara percuma melalui pautan di bawah ini.
http://e-maktabah.com/books/ituv/#p=1
Karya ini boleh disebarkan dan dikongsikan percuma kepada sahabat-sahabat dan saudara mara yang lain, supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.
Selamat membaca dan menghayati!
🛑TERKINI | Kementerian Kesihatan di Gaza: 109 syahid dan ratusan penduduk cedera sejak berakhirnya gencatan senjata dan serangan baharu rejim Israel hari ini.
Sumber: Shehab Agency
Antara mangsa yang cedera akibat serangan bom terbaru rejim Zionis Israel di utara Gaza adalah seorang kanak-kanak perempuan.
Kredit gambar: Ibrahim Muslim
Sumber: Quds News Network
TERKINI | Sumber tempatan: Sebuah rumah di Jabalia dibom pesawat tempur rejim Zionis Israel.
Sumber: Quds News Network
Jom ingatkan sedikit diri tentang Palestin!
https://fb.watch/oEbpibn6h6/?mibextid=RtaFA8
Sebuah keluarga sedang mengumpul pakaian mereka dari bawah runtuhan kediaman yang dibom semasa serangan rejim Israel ke atas Gaza. Sumber: QNN
Читать полностью…Insyaallah, mana² yg berdekatan dgn Bandaraya KT, hok nok dengar cerita 'live' dari AlFadhil Ustaz Nadir Al-Nuri boleh datang ke Dewan Besar, Wisma Darul Iman pukul 11.30pagi esok sempena Majlis Penyerahan Dana Terengganu #Aid4Palestine 2.0.
Читать полностью…Desain ni saya suka, simple tapi membawa makna yang jelas. Israel Cuak dan hari ini rabak kerana kena ikut syarat Al-Qassam untuk berlakunya gencatan senjata!
Jom dapatkan desain ni dan desain-desain lain di 2lenpalestin.com segera!