nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

👆Mantap, team Tuan Azril dan MyAqsa Foundation ni yang paling saya respek bab advokasi Palestin di peringkat antarabangsa.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

... ::: *Briged Izzuddin al-Qassam* ::: ...

Mengenai perjanjian gencatan senjata kemanusiaan dan pertukaran tahanan wanita dan kanak-kanak di bawah umur 19 tahun.

🔸Gencatan senjata akan berkuatkuasa pada hari Jumaat, 24/11/2023 , 10 Jamadil-Awwal 1445 Hijrah, jam 7 pagi waktu Gaza (1pm waktu Malaysia).

🔸Gencatan senjata akan berlangsung selama 4 hari bermula pada pagi Jumaat disertai dengan pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh Briged Al-Qassam, pejuang Palestin dan Zionis sepanjang tempoh gencatan senjata.

🔸Pesawat Israel menghentikan operasi penerbangan sepenuhnya di selatan Semenanjung Gaza.

🔸Pesawat Israel menghentikan penerbangan selama 6 jam sehari, dari 10 pagi hingga 4 petang, di bandar Gaza dan wilayah utara.

🔸Tiga tahanan Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, akan dibebaskan untuk setiap seorang tahanan Zionis.

🔸Dalam tempoh 4 hari, 50 banduan Zionis dalam kalangan wanita dan kanak-kanak di bawah umur 19 tahun akan dibebaskan.

🔸200 trak bantuan dan bekalan perubatan dibawa setiap hari ke semua kawasan di Semenanjung Gaza.

🔸 4 trak bahan api dan gas bagi tujuan memasak dibawa masuk setiap hari ke semua kawasan di Semenanjung Gaza.

Briged Izzuddin al-Qassam
Khamis, 9 Jamadil Awwal 1445H
Bersamaan: 23/11/2023

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seorang bapa mengambil gambar terakhir bersama anak perempuannya yang syahid pagi tadi di kem Jabalia.

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, tamat sudah Annual General Meeting Yayasan Amal Malaysia yang berlangsung di Marina Resort Pulau Duyung Terengganu pada 19 November 2023.

Di AGM ini, cawangan-cawangan turut membuka booth pameran dan jualan seperti baju, mafla palesti, produk kosmetik, produk kesihatan dan sebagainya.

Majlis turut dimeriahkan dengan penyerahan moque cheque sebanyak Rm422,450.00 kepada Cinta Gaza Malaysia untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

Teruskan istiqamah kalian dalam perjuangan dakwah dan kebajikan!

We are one! Together we are getting bigger by getting better!

#agm #yayasanamalmalaysia

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih YAM Malaysia, sejak dulu istiqamah membantu Palestin bersama Cinta Gaza Malaysia ❤️🤲

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Info tambahan perjanjian ceasefire yang akan dimumumkan dalam masa 24 jam ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑TERKINI | Seorang pegawai kanan Amerika dalam taklimat rasmi:

▫️Persetujuan telah dicapai pada fasa pertama perjanjian pertukaran tahanan

▫️Perjanjian itu termasuk pembebasan 50 tahanan Israel dalam kalangan wanita dan kanak-kanak di Gaza sebagai pertukaran untuk Israel membebaskan sejumlah tahanan di penjaranya

▫️Antara tahanan yang telah ditetapkan dalam fasa pertama perjanjian itu ialah dua wanita Amerika dan seorang kanak-kanak

▫️Pengumuman rasmi perjanjian pertukaran tahanan akan dibuat melalui negara Qatar selepas Israel menerima maklum balasnya

▫️Proses pelaksanaan akan bermula 24 jam selepas pengumuman rasmi perjanjian

▫️Kemungkinan tempoh gencatan senjata akan dilanjutkan sekiranya terdapat kemajuan dalam fasa kedua perjanjian

▫️Pentadbiran Amerika akan terus mengusahakan peringkat perjanjian seterusnya sehingga semua tebusan dibebaskan

▫️Kemajuan sebenar berlaku dalam perjalanan rundingan selepas Hamas mengenal pasti 50 tebusan

▫️Kami memuji usaha negara Qatar semasa peringkat rundingan ini

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

*Israel meluluskan gencatan senjata, perjanjian pembebasan tebusan dengan Hamas*

Kabinet Israel membuat undian untuk menerima perjanjian gencatan senjata sementara dengan Hamas yang akan melibatkan pertukaran tebusan yang ditahan oleh gerakan itu bagi tahanan Palestin di penjara Israel. Menurut seorang pegawai kanan Israel, rancangan itu akan menyaksikan Hamas membebaskan 30 kanak-kanak yang ditahan, lapan ibu dan 12 lagi wanita semasa gencatan senjata selama lima hari.

Menurut pegawai itu, semua cawangan perkhidmatan keselamatan Israel - IDF, Shin Bet dan Mossad - menyokong perjanjian yang dirancang. Pegawai itu turut menambah bahawa perjanjian itu hanya untuk warga Israel yang masih hidup, sambil menambah bahawa Hamas mungkin membebaskan warga asing pada masa yang sama, mengikut perjanjian yang dicapai dengan negara tersebut.

Pada permulaan mesyuarat penuh 38 anggota kabinet Israel, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menetapkan bahawa perjanjian itu termasuk lawatan Palang Merah (Red Cross) kepada tebusan yang masih belum dibebaskan serta bekalan ubat.

Netanyahu juga menegaskan bahawa gencatan senjata tidak bermakna menamatkan operasi Israel di Gaza.

"Kami tidak akan menghentikan perang selepas gencatan senjata," katanya. “Ada perkara karut di luar sana yang mencadangkan bahawa kami akan menghentikan perang selepas gencatan senjata untuk mengembalikan tebusan. Saya ingin menjelaskan – kami sedang berperang, dan kami akan meneruskan perang sehingga kami mencapai semua matlamat: Menghapuskan Hamas, mengembalikan semua tebusan dan mereka yang hilang serta memberi jaminan bahawa tidak akan ada ancaman kepada Israel di Gaza.”

Benny Gantz juga membuat kenyataan pada pembukaan mesyuarat berkenaan, mengatakan bahawa garis besar perjanjian itu "adalah sukar dan menyakitkan dari perspektif manusia, tetapi ia adalah perjanjian yang betul."

Sementara itu, enam hospital di Israel bersedia menerima tebusan yang telah ditetapkan untuk dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian tebusan. Mereka telah menubuhkan kawasan yang ditetapkan untuk menerima dan mengasingkan mereka daripada pesakit lain dan media.

Dengan penyelarasan bersama Kementerian Kesihatan, Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, Pusat Perubatan Shamir, Hospital Wolfson, Soroka dan Ichilov, dan Pusat Perubatan Kanak-kanak Schneider bersedia untuk menerima tebusan.

Sumber: HaAretz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video | Seorang ibu memeluk erat anaknya selepas mendapati anaknya itu masih hidup dan berada di hospital selepas serangan pengeboman rejim Israel berlaku di bandar Khan Younis.

Sumber: Eye On Palestine

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑TERKINI | Jurucakap Kementerian Kesihatan:

•Rejim Israel melancarkan operasi balas dendam terhadap hospital di Semenanjung Gaza

•Rejim Israel sengaja menyasarkan hospital, terutamanya hospital di utara Semenanjung Gaza

•Pihak musuh menyasarkan hospital di utara Gaza bertujuan untuk memaksa penduduk keluar

•Rejim Israel melakukan hal yang sama ke atas Hospital Indonesia seperti yang dilakukan terhadap Kompleks Perubatan Al-Shifa

•Kami bimbang nyawa mereka yang berada di dalam Hospital Kamal Adwan, Al-Awda dan Indonesia

•Kami dapat memindahkan 320 mangsa yang cedera dan pengiring dari Hospital Indonesia

•Jumlah penduduk yang syahid hari ini di utara Gaza mencecah kira-kira 120 orang, di samping puluhan penduduk yang hilang akibat pengeboman Israel

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jangan bermaksiat lebih-lebih lagi saat saudara kita sedang dibunuh musuh terlaknat.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih kepada pihak agensi TV, pihak NGO, AJK Masjid, pihak sekolah dan semua pihak yang sudi menjemput saya dan pihak CGM untuk memberi perkongsian mengenai perkembangan terkini di Palestin.

Tidak lupa juga, kalian yang memberi sokongan dan sumbangan untuk keperluan kecemasan penduduk Palestin yang sedang ditindas! Semoga Allah merahmati kalian semua dunia dan akhirat 🤲🏻🇵🇸

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Update #TerkiniGaza untuk hari ke-46🇵🇸

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

📸 Watch this live video on Facebook
https://www.facebook.com/share/v/ecXz6HTiXYk8zWAG/?mibextid=qi2Omg

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebahagian program yang kami akan isi di Terengganu inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.rappler.com/world/middle-east/malaysian-lawyers-submit-icc-evidence-israel-war-crimes/

A Malaysian human rights group submitted evidence to the International Criminal Court (ICC) Wednesday, November 22, as part of a campaign to expedite the prosecutor’s investigation into the alleged war crimes in Palestine in context of the latest war where Israel’s bombardment had killed more than 13,000 in the Gaza strip.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom tonton esok di TVS, banyak fakta menarik dikongsikan oleh teman sepanel saya Puan Noor'Ain Aini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rawatan dijalankan tanpa bius ke atas seorang kanak-kanak perempuan akibat kepungan yang dikenakan oleh rejim Israel, menghalang kemasukan bekalan perubatan.

Sumber: QNN

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Serahan sumbangan ini pula sebanyak RM200,000 untuk Rakyat Palestin dari NGO Iman Care dengan kerjasama NGO Cinta Gaza Malaysia.

Sumbangan ini merupakan sumbangan yang berfasa.

Terima kasih pada kalian yang sentiasa menyokong usahasama ini. Moga diganjarkan pahala yang berlipat kali ganda.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Angka masjid yang menjadi sasaran serangan rejim Israel setakat ini:

Sebanyak 253 buah masjid yang terkesan antaranya;
- 170 buah masjid separa musnah
- 83 buah masjid musnah sepenuhnya

Sumber: PALM

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah 🤲 Doakan kami kuat, doakan kami tak diuji melebihi kemampuan kami.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bismillahirrahmanirrahim

KENYATAAN AKHBAR

Mengenai pengumuman perjanjian gencatan senjata

Berdasarkan tanggungjawab kami terhadap rakyat Palestin yang sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran, serta usaha kami yang berterusan untuk mengukuhkan ketabahan warga kami di wilayah Gaza yang gagah berani. Selain membantu serta menyembuhkan luka mereka dan berusaha untuk memperkuat semangat perjuangan kami yang berjaya pada 7 Oktober melawan musuh Zionis.

Selepas rundingan yang sukar dan rumit selama beberapa hari, kami mengumumkan dengan pertolongan dan kejayaan dari Allah Yang Maha Esa, bahawa kami telah mencapai perjanjian gencatan senjata kemanusiaan (gencatan senjata sementara) untuk tempoh empat hari dengan usaha Qatar dan Mesir yang gigih dan dihargai, di mana:

-Gencatan senjata dari kedua-dua belah pihak, pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh tentera Israel di semua kawasan Semenanjung Gaza dan pemberhentian pergerakan kenderaan tenteranya yang menembusi kawasan Semenanjung Gaza.

- Membawa masuk ratusan trak bantuan khusus untuk bantuan kemanusiaan, pertolongan, perubatan dan bahan api ke semua kawasan di Semenanjung Gaza tanpa pengecualian di wilayah utara dan selatan.

- Pembebasan 50 tahanan dari kalangan wanita dan kanak-kanak Israel di bawah umur 19 tahun sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 tahanan dalam kalangan wanita dan kanak-kanak rakyat kami dari penjara Israel di bawah umur 19 tahun, semuanya mengikut keutamaan.

- Menghentikan lalu lintas udara di selatan selama empat hari.

- Menghentikan lalu lintas udara di wilayah utara selama 6 jam sehari, dari 10:00 pagi hingga 4:00 petang.

-Semasa tempoh gencatan senjata, Israel perlu patuh untuk tidak menyerang atau menahan sesiapa di semua kawasan Semenanjung Gaza.

- Memastikan kebebasan pergerakan orang ramai (dari utara ke selatan) di sepanjang Jalan Salah el-Din.

Syarat-syarat perjanjian ini telah dirangka selaras dengan visi perjuangan kami dan garis panduan yang bertujuan untuk berkhidmat kepada rakyat kami dan menguatkan keteguhan mereka dalam menghadapi pencerobohan dan sentiasa mengambil kira pengorbanan, penderitaan dan kebimbangan mereka. Rundingan ini dijalankan dari kedudukan yang teguh dan kuat di medan walaupun Israel cuba untuk memanjangkan dan menangguhkan rundingan.

Apabila kami mengumumkan pencapaian perjanjian gencatan senjata ini, kami mengesahkan bahawa kami kekal dalam keadaan bersedia dan pasukan pemenang kami akan terus memerhati untuk mempertahankan rakyat kami dan menentang penjajahan dan pencerobohan.

Kami berjanji kepada rakyat kami bahawa kami akan tetap setia kepada darah, pengorbanan, kesabaran, kekuatan dan aspirasi mereka untuk pembebasan, kebebasan, pemulihan hak dan penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kotanya, in shaa Allah.

Gerakan Pejuang Islam - Hamas

Rabu: 08 Jamadil Awwal 1445 Hijrah
Bersamaan: 22 November 2023

Laman web rasmi - gerakan Hamas

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video | Seorang wartawan, Montaser al-Sawaf dari Agensi Andalou, membuat kiriman di laman Facebook peribadi miliknya dari bandar Gaza, selepas 45 orang ahli keluarganya telah terbunuh.

Sumber: Eye On Palestine

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sumbangan kalian masih diperlukan!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, terima kasih Qatar. Satu langkah mendekati ceasefire.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah selesai 6 program hari ini di Terengganu. Kami dalam perjalanan balik ke Bangi. Doakan semuanya selamat, inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seorang pakar bedah di Gaza terpaksa melakukan pembedahan amputasi pada kaki anaknya sendiri tanpa bius. Kemudian beliau melihat anaknya meninggal dunia kerana kesakitan yang tidak tertanggung.

Sumber: QNN

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Jom ikuti siaran LIVE saya di TV Darul Iman.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ayuh tonton!

https://fb.watch/orWVwRWf1f/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar | Angkatan Bersenjata Yaman: Gambar awal operasi ketenteraan khusus yang menyasarkan kapal laut rejim Israel, yang kemudian mereka berjaya mengawalnya dan seterusnya membawa kapal tersebut ke pantai Yaman.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…
Подписаться на канал