nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

🛑TERKINI | Pejabat media kerajaan di Gaza semasa sidang akhbar:

🔻Rejim Israel melancarkan perang ke atas Hospital al-Rantisi, Hospital al-Shifa, Hospital al-Nasr dan Hospital Kesihatan Mental di Gaza.

🔻Terputus bekalan elektrik dan air di hospital menandakan satu bencana yang sangat besar.

🔻Jumlah penduduk yang syahid mencecah lebih 11,100 dan yang cedera mencecah lebih 28 ribu.

🔻Rejim Israel tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan termasuk hak asasi manusia dan institusi perubatan.

🔻Kami menyeru negara yang merdeka dan masyarakat Arab serta Islam untuk mengambil sikap tegas bagi memberi tekanan kepada rejim Israel bagi menghentikan Holocaust di Gaza.

🔻Kami menyeru dunia dan masyarakat merdeka untuk memberi tekanan kepada pihak penjajah untuk menarik balik kepungan ke atas Gaza dan membuka lintasan Rafah bagi membawa masuk bahan bakar, bantuan dan bahan keperluan.

🔻Kami menyeru dunia Arab untuk menubuhkan dana bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza sejurus selepas tamat perang.

🔻Rejim Israel menyasarkan sekolah, universiti dan masjid serta bertindak memusnahkan sebilangan besar daripadanya.

🔻Kami menyeru negara Arab dan Islam untuk mengusir duta Israel mereka.

🔻Kami menyeru dunia dan negara Arab serta Islam untuk campur tangan bagi menamatkan penjajahan dan menubuhkan negara Palestin.

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sabtu (11 November 2023)

Sumbangan dari Malaysia telah tiba di Gaza!
.
Maklumat rasmi dari Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir telah memaklumkan bantuan pertama dari Malaysia berjumlah 16 tan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah.
.
Semoga sumbangan dari tangan-tangan kita ini memberikan kemudahan buat mereka!

Sekretariat #OpsIhsan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa melalui laman Facebook rasmi kami.
.
https://www.facebook.com/opsihsan
.
Unity & Solidarity for Humanity. 🫡

Sumber: MyAqsa Defenders

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sesiapa yang berkelapangan, jom dengar perkongsian Tuan Haikal Luqman mengenai Pembebasan Baitul Maqdis 🔥

FB LIVE: https://fb.watch/ofdfmySb0j/?mibextid=Nif5oz

Order Buku: https://littlepalestine.my/order/form/sdptd

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.facebook.com/100001831459507/posts/pfbid02FMDQSXSiV3vBvhNDfiwakBMyM2mGtgPZR26cFkMz153TujxkoDYNZ9KzxsmPfV5ml/?sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah hari ini saya diberi dua hadiah yang besar. Yang pertama ialah ahli keluarga baru untuk kami, adinda Saufi yang diberi amanah menjaga adik perempuan bongsu kami Hannan.

Yang kedua ialah gambar ini yang saya dapat lewat jam 1 pagi semalam, khabar bahawa anak-anak dan isteri saya masih hidup setelah 8 hari cuba berhubung dengan mereka dan gagal mendapat berita.

Keluarga saya berada di selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan 'maut' yang mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap. Ga za semakin genting, keadaan jauh lebih teruk dari awalnya.

Tetapi untuk hari ini, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Damai Yang Hilang di UPM malam ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ramai yang jawab dengan betul soalan kuiz tadi. Para mujahidin yang berjaya 'terbang' masuk ke tanah haram Israel baru ini adalah dari Unit SAQR atau Helang.

Kami mengambil semangat unit baru ini untuk melancarkan pre-order desain baru 2lenpalestin yang diberi nama Edisi SAQR, edisi Special Edition yang belum kami putuskan berapa helai kami nak keluarkan.

Edisi putih adalah edisi bulu helang dan edisi hitam adalah edisi digital yang desainnya adalah salah satu desain baju celoreng Al-Qassam yang dipanggil تلفيزيوني.

Korang boleh pre-order di sini selagi masih dibuka 2lenpalestin.com

Baca bila tarikh pengeposan ya supaya kalian boleh agak bila baju akan sampai. Sementara tempahan masih dibuka!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video | Seorang ayah yang telah kehilangan bayi kecilnya akibat serangan jenayah tentera rejim Israel yang masih tidak berhenti.

Allah bayangkan kalian jumpa anak kalian dalam keadaan macam tu 😭

Sumber: Quds News Network

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Minta maaf jika sekarang ini seminggu sekali sahaja dapat update dari segi agihan bantuan sebabnya staff CGM di Gaza juga sedang berjuang untuk hidup, sedang berjuang untuk selamatkan diri.

Untuk update gambar dan video amat sukar bagi mereka lakukan sekarang ini dengan bekalan eletrik dan komunikasi sering tiada. Pihak CGM berharap kita semua dapat memahami situasi genting yang mereka sedang hadapi di sana 😣🙏🏻

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Satu perkara yang saya sangat kagum dengan penduduk Gaza, mereka tak berebut langsung apabila dapat bantuan makanan!

Masing-masing tolong-menolong untuk agih kepada penduduk yang lain dan memastikan semua orang di kawasan tersebut dapat makanan panas 🍛

Walaupun angka kematian kini semakin meningkat melebihi 10,000 orang tetapi staff CGM di Gaza terus bekerja dan bekerja, untuk memastikan sumbangan kalian sampai kepada penduduk Gaza yang masih selamat SETIAP HARI ❤️

Terima kasih semua, terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih kerana berjiwa baik. Teruskan menyumbang! 🔥

Salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

#IsraelCuak

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Video I Seorang paramedik melihat buat kali terakhir jenazah anaknya yang syahid terbunuh selepas serangan udara rejim Zionis Israel yang dilancarkan di bandar Gaza.

Sumber: Eye On Palestine

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini saya di Datum Jelatek Shopping Centre.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Briged Al Qassam mengeluarkan poster ini dengan mesej dari surah Al Anfal ayat 17:

وَمَا رَمَيْتَ اِذْ رَمَيْتَ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ رَمٰىۚ

Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir)

Kelihatan juga simbol🔻yang sering digunakan oleh Al Qassam dalam video-video mereka sebelum menembak serta menghancurkan musuh.

Allahuakbar!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ramai yang tanya status video ini di mana dikatakan tentera penjajah dibawa seludup masuk ke Gaza di dalam lori bantuan.

VIDEO INI ADALAH PALSU.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

InsyaAllah malam ini saya di Datum Jelatek Shopping Centre bersama panel-panel hebat yang lain 🔥

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

InshaAllah kita minta team kita di dalam Gaza cuba cari dan snap sikit gambar bantuan #OpsIhsan kita, seronok sikit kalau nampak bantuan diagih dalam Gaza untuk mereka nanti!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

#Video | Ribuan kanak-kanak di Gaza menjadi yatim piatu selepas rejim Israel membunuh ibu bapa mereka dalam serangan ke atas kediaman dan kemudahan awam.

Budak ini menyebut, ayah aku telah mati, ayah aku telah mati!

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Malam ini bersama Tuan Haikal membedah buku penting ini!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SEBANYAK RM5,482,748.11

🔺Bantuan Segera (Kotak Makanan, Makanan Panas, Perubatan) - RM2,672,289.11
🔺Bantuan Kewangan - RM2,585,000.00
🔺Bantuan Bekalan Bahan Api - RM80,370.00
🔺Bantuan Alat Kelengkapan Penyelamat - RM145,089.00

Alhamdulillah terima kasih rakyat Malaysia! Teruskan memberi sumbangan! Walaupun sekarang ini banyak perkara disekat tetapi yakinlah bahawa Allah lagi Maha Berkuasa. Allah akan bantu setiap hambaNya mencari jalan keluar 🤲🏻

Kalian boleh salurkan ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.

#TaufanAlAqsa #IsraelCuak

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑TERKINI | Pejabat media kerajaan di Gaza: Jumlah penduduk yang syahid mencecah 11,078 orang termasuk 4,506 kanak-kanak, 3,027 wanita manakala 27,490. Mangsa serangan kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Al Jazeera Mubasher

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ya, baju muslimat, versi berkolar pun ada!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kuiz kali ni ada kaitan dengan koleksi terbaru. Siapa tahu boleh bagi jawapan di ruangan komen 🔥

#2lenpalestin #TaufanAlAqsa #panji #kuffiyeh #hurriyeh

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih kepada pihak agensi TV, pihak NGO, AJK Masjid, pihak sekolah dan semua pihak yang sudi menjemput saya dan CGM untuk memberi perkongsian mengenai perkembangan terkini di Palestin.

Tidak lupa juga, kalian yang memberi sokongan dan sumbangan untuk keperluan kecemasan penduduk Palestin yang sedang ditindas! Semoga Allah merahmati kalian semua dunia dan akhirat 🤲🏻🇵🇸

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Macam mana aku nak hidup tanpa engkau, sayang?"

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑 TERKINI | Ketibaan beberapa buah ambulans untuk kegunaan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, hadiah daripada negara dan rakyat Kuwait sebagai sebahagian daripada kempen 'Fear for Palestine'.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom mendengar tentang Palest in dari perspektif tokoh korporat, pakar kemanusiaan (Mercy) dan aktivis akar umbi.

https://fb.watch/obeBlk9MLS/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sedih dengar ucapan jururawat ini tentang rakan-rakan Palestinnya di Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

*Inspirasi!*

Nama Abu Ubaidah antara yang harum di seluruh dunia ketika ini. Namanya juga menjadi mimpi ngeri kepada musuh kita yakni rejim Zionis Israel!

AllahuAkbar!

Kredit: Oblind

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Apa dosa anak kecil ini?"

Seorang bayi maut di tangan tentera rejim Zionis Israel dalam serangan yang menggunakan pelbagai jenis senjata ketika menyasarkan salah sebuah rumah di Gaza.

Sumber: Quds News Network

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Mangsa keganasan penjajah pada 4 November 2023.

Читать полностью…
Подписаться на канал