Allahuakbar! Rakan kita Dr Abu Ayesh, Pengerusi Muslim Care Malaysia di Palestin turut cedera beberapa jam lepas dalam serangan Zionis 😔
Читать полностью…Hadiha untuk kalian 👇
Assalamualaikum, I'm sharing this activity book on Palestine for kids.. Shared by my daughter's Arabic teacher, a Palestinian currently residing in Lebanon with the message - "Let spread awareness and let our kids know the reality even if they are young
You can share and spread with anyone."
Feel free to share and spread the awareness. Thank you. Jazakumullahu khair.❤️
Orang Sabah kalau terjumpa billboard ni jangan lupa tangkap gambar sikit 📸
Terima kasih pihak Bluprints Kota Kinabalu atas tajaan billboard dan sokongan kalian yang tidak berbelah bahagi untuk penduduk Palestin! 🔥
Kami menyeru semua warga Sabah khasnya warga Kota Kinabalu untuk memberi sokongan dan menyumbang bagi meringankan beban saudara kita di Palestin 🇵🇸
Orang kejar 10k steps setiap hari. Mereka berjaya capai 10k dibunuh sebulan. Rekod baru dicipta!
Читать полностью…TERKINI | Abu Ubaidah: Dalam tempoh 48 jam yang lalu, mujahidin al-Qassam telah berjaya memusnahkan keseluruhan atau sebahagian, 27 kenderaan tentera rejim. Mereka juga berjaya menyerang pasukan rejim dengan puluhan peluru mortar, selain terlibat dalam pertempuran bersemuka dengan pasukan musuh, yang telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan dan kerugian di pihak musuh.
Sumber: Quds News Network
Rakaman tertunda dari siri serangan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim Israel semalam di Gaza, yang dilakukan dalam gelap tanpa elektrik dan dalam keadaan 'lumpuh' segala kemudahan.
Sumber: S4Muslim
Kreditasi: MyAqsa Defenders
Pembunuhan besar-besaran penjajah yang dibuat ketika dunia 'dibutakan' melalui communication blackout selama 2 hari 😭
Читать полностью…🛑TERKINI | Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza: Jumlah syahid akibat serangan rejim Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 8,005 termasuk 3,324 kanak-kanak dan 2,062 wanita.
Sumber: Al Jazeera Mubasher
🚨 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗙𝗔𝗖𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗘𝗟 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
LANGKAH-LANGKAHNYA sangat mudah untuk memberi Facebook rasa ubatnya sendiri. Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke Google Play Store (pautan dalam perenggan kedua) dan berikan Facebook penarafan satu bintang dan tulis komen yang mengutuk dan membantah sikap berat sebelah Facebook terhadap Zionis.
Langkah-langkah ini akan memaksa Facebook mengubah piawaiannya, yang menganggap hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka sebagai keganasan.
Pada masa ini, ratingnya ialah 3.7 selepas 4.2 dua hari lalu. Apabila ratingnya mencapai 1, Google akan mengalih keluarnya secara automatik daripada kedainya, yang bermaksud kerugian berbilion dolar untuk Mark.
Kini, terdapat 220,000 pengulas. Kami memerlukan kira-kira 100,000 penilaian satu bintang untuk mencapai tahap mengalih keluarnya daripada Gedung Google Play. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.facebook.katana
Sebarkan mesej ini dan kongsi dengan rakan-rakan anda... Semoga Allah merahmati penulis dan rakan kongsi.
Ya Allah, bantulah orang yang tertindas dan tidak bernasib baik.
Kemusnahan di Tel Aviv akibat roket-roket yang dilancarkan oleh mujahidin ke sana saat ini.
Читать полностью…Jom saksikan perkongsian saya di MRSM Tun Ghaffar Baba
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1366937127226642&id=100063476772752&mibextid=ZbWKwL
🛑TERKINI | Pertubuhan Kesihatan Sedunia: Operasi pembedahan dijalankan ke atas sesetengah individu di Gaza tanpa bius termasuk amputasi (pemotongan sebahagian anggota badan, spt kaki atau tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan teruk).
Sumber: Shehab Agency
👆Ayat ini memerli dan mengetuk hati seluruh ummah. 10k dah dibunuh tapi satu orang tentera pun tak digerakkan untuk bantu.
Abu Ubaidah jurucakap Al-Qassam dah perli umat Islam dalam ucapan baru ni, kami tak minta umat hantar tentera untuk bebaskan Al-Aqsa pun, kami minta hantarkan air bersih saja untuk anak-anak minum pun tak boleh buat?
TERKINI | Kementerian Kesihatan di Gaza: Setakat ini kira-kira 10,022 rakyat Gaza direkodkan telah syahid sejak permulaan serangan rejim Israel pada 7 Oktober lalu.
Sumber: Shehab Agency
Terkini!
Sejumlah ahli keluarga, Pengarah Perhubungan Awam dan Media di Hospital Al-Najjar, Talaat Barhoum, syahid apabila pesawat pendudukan mengebom rumah mereka di barat Rafah.
Al fatihah.
Ke mana arah pergerakan tentera rejim Israel?
Berdasarkan operasi darat tentera rejim Israel, mereka dalam usaha untuk mara dari kejiranan al-Zaytoun menuju ke bahagian utara Gaza.
Berdasarkan skala kemusnahan yang 'dihasilkan' di kawasan kejiranan Tal al-Hawa, ia menujukkan tentera rejim sedang bersiap untuk membuat pergerakan darat dari kawasan tersebut.
Pelan ini seakan menyerupai operasi darat di Gaza pada 2008 - 2009 yang berlangsung selama 23 hari apabila tentera rejim mara dari timur Gaza ke kawasan kejiranan al-Zaytoun.
Pada ketika itu, tentera rejim berjaya sampai ke kawasan Hospital Al-Quds di kawasan kejiranan Tal al-Hawa. Kawasan yang sama kini menyaksikan pengeboman dahsyat rejim Israel, terutamanya di kawasan sekitar Hospital Al-Quds.
Rejim Israel akan meneruskan operasinya di Gaza sehingga matlamat merek tercapai meskipun terpaksa mengambil masa setahun, kata menteri pertahanan negara itu pada Sabtu lalu.
"Kami akan kekal di Gaza sehingga kami menang, meskipun terpaksa menghabiskan masa setahun," kata Yoav Galant dalam ucapan umum yang disiarkan oleh Pihak Berkuasa Penyiaran rejim Israel.
Tambahnya lagi, "Selepas perang ini berakhir, tiada ancaman yang akan kekal di Gaza yang dapat 'mengganggu' rejim Israel di sempadan selatan. Kita akan miliki kebebasan untuk beroperasi sepenuhnya untuk sebarang tindakan di semenanjung itu" menurut sumber media Israel.
Angka kematian dalam serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober adalah kira-kira 9,500, termasuk 3,900 kanak-kanak dan 2,509 wanita, lapor Salama Marouf, ketua Pejabat Media Gaza, pada Sabtu lalu.
Sementara kira-kira 1,540 warga haram Israel telah terbunuh, berdasarkan angka rasmi yang dilaporkan.
Sumber: Anadolu
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
100 Penasyid Tanah Air Bergabung Untuk Palestin. Sekejap lagi saya akan sampai inshaAllah untuk turut berucap.
https://fb.watch/n_5sEFsAar/?mibextid=Nif5oz
👆Jom kita try, tak salah mencuba kan? Pastikan rating dan letak review sekali kenapa kita rate rendah - bias, halang penyebaran info, pro-Israel, sensitize isu keadilan dll.
Читать полностью…Daripada sipi-sipi berita yang masih terlepas keluar dari Gaza : Kanak-kanak yang syahid sebentar tadi dalam pengeboman rejim Israel di kem Nuseirat 😭
Читать полностью…Laman berita, Carmel Hebrew: Situasi di Gaza berdasarkan video infografik yang disediakan oleh Rusia. Zon merah di bawah kawalan rejim Israel, zon kuning adalah zon tempur, dan zon biru di bawah kawalan Hamas.
Sumber: Shehab Agency
Ucapan Abu Ubaidah sekejap tadi membuatkan kita seram sejuk dan tahu bahawa penjajah hanya menipu dan tak akan berjaya menakluk semula hatta utara Gaza melalui jalan darat.
Tengok terjemahan lain ucapan beliau di t.me/cintasyriamalaysia