nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Jangan lupa penduduk negeri Hang Tuah!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom hari Sabtu kita berdemo di Masjid KLCC!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Salamullah alaik,

*Jemputan ke Program Palestine Day Surau Al Sobah × Persatuan Cinta Gaza Malaysia*

📖 *PALESTINE DAY*
👨🏻‍🎓 *Talk Show, Forum, Gerai Jualan, Pameran, Aktiviti Kanak-Kanak, Persembahan Nasyid dan banyak lagi*
📆 3, 4 dan 5 November 2023
⏰ Bermula selepas solat Jumaat 3 Nov hingga Zohor 5 Nov
🕌 Surau Al-Sobah, Jalan 3/4, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi
👣Google Map: https://maps.app.goo.gl/XVeNE3GAVfhyf9wEA 

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Tujuan Program ini dijalankan:

1. Mengumpul dana untuk rakyat Palestin yang terkesan dengan jenayah perang yang dilakukan tentera Zionis sekarang.

2. Menjalinkan hubungan silaturahim antara kariah dan membina networking di Surau Al Sobah.

3. Meningkatkan kesedaran semua pengunjung / kariah dalam pelbagai lapisan umur mengenai isu di Palestin. 

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Antara program yang akan dijalankan;

3/11 : Kuliah Jumaat
- *Tuan Nadir Al-Nuri*
"Keadaan Terkini Di Bumi Palestine"

3/11 : Kuliah Maghrib
- *Dr Sani al-Araby*
"Kemanusian Merentas Sempadan"

~~~~

4/11 : Kuliah Subuh
- *Tuan Nadir Al-Nuri*
"Palestine Di Hati Kami"

4/11 : Forum Dhuha
- *Tuan Haji Azmi Abd Hamid (MAPIM), Prof Dr. Redhuan Tee Abdullah dan Khairul Hakimin*
"Peranan Kita Dalam Pembebasan Masjidil Aqsa"

4/11 : Kuliah Maghrib
- *Dr Hafizi Mohd Noor*
"Permulaan Kepada Pembebasan"

~~~~

5/11 : Kuliah Subuh
- *Tuan Naem Mustaha*
(Rakyat Gaza / MyAqsa Defender)
"Pengalaman Berjihad"

5/11 : Talk Show
- *Ustazah Asma’ Harun dan Prof Dr. Siti Rugayah Haji Tibek*
"Air Mata Palestin"

⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡

Dijemput semua warga Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang, Sepang, Semenyih, Nilai dan sekitar secara fizikal dan dijemput semua netizen secara dalam talian.

Saya amat berbesar hati semua kariah dapat  bersama sama kami, AJK Surau dalam menyantuni semua pengunjung yang hadir dari segenap peringkat umur dan masyarakat.

Sekian,
Sekretariat Palestine Day

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

‼️[[ SIARAN LANGSUNG ]]‼️
BICARA PALESTIN

SIRI JELAJAH BERSAMA IMAN CARE DI TERENGGANU

BERSAMA : SDR. NAEM MUSHTAFA

25 OKTOBER 2023 | 10 RABIUL AWAL 1445H | RABU | 02.30 PETANG
TV DARUL IMAN & URUS SETIA PENERANGAN DARUL IMAN (UPDI)

#TVDarulIman #UPDI #TRDINews #terengganumajuberkatsejahtera #TeguhPertahan #MalaysiaSejahtera #ANMSTerengganu #AID4Palestine

https://fb.watch/nUsoqyuWKt/?mibextid=cr9u03

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Selagi Abu Ubaidah (jurucakap Al-Qassam) baik-baik saja, kami baik-baik saja." Inilah yang dikatakan oleh seorang mangsa yang cedera akibat pengeboman rejim Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Sumber: شبكة قدس الإخبارية

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

TERKINI | Wartawan Saluran 13 Ibrani: Susulan penyusupan kumpulan mujahidin al-Qassam, para penduduk haram di wilayah Zikim menerima mesej di telefon dalam bahasa Arab dan Inggeris, yang mengancam untuk segera keluar dan mengatakan bahawa "kumpulan pejuang sedang menuju ke arah mereka."

Sumber: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rakaman seorang warga penduduk menunjukkan suasana para penduduk sedang melakukan pencarian mangsa-mangsa di bawah runtuhan. Akibat ketiadaan bekalan elektrik, mereka mencari hanya berbekalkan lampu dari telefon bimbit dan cahaya api kebakaran! Allahu Akbar!

Kreditasi video: MEO

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dalam satu sidang media, Yocheved Lifshitz, penduduk Israel dalam tahanan mujahidin yang dibebaskan semalam dari Gaza atas sebab kesihatan berkongsi, "Sebaik kami tiba di Gaza, pertamanya mereka memberitahu kami bahawa mereka percaya kepada Al-Quran dan mereka tidak akan membahayakan kami. Mereka kata mereka akan memperlakukan kami sebagaimana mereka melayani orang-orang di sekeliling mereka.

Kami berada di bawah pantauan rapat. Seorang paramedik dan seorang doktor juga datang bagi memastikan kami sentiasa ada ubat-ubatan yang perlu diambil. Mereka sangat cakna tentang kesihatan kami, malah kami ada doktor yang memantau. Dia datang setiap dua tiga hari untuk memeriksa keadaan kami. Mereka bertanggungjawab dengan memastikan ada bekalan ubat, dan jika tiada ubat yang sama, mereka akan memberi ubat yang setara.

Mereka sangat baik hati dan memastikan kami makan dengan baik. Kami dihidangkan makanan yang sama yang mereka (mujahidin) makan. Kami dilayan dengan baik. Mereka sangat prihatin.

Bersama mereka juga ada para wanita yang lebih tahu keperluan sesama wanita dan merekalah yang memastikan keperluan kami cukup.

Hamas telah merancang segala-galanya sejak dahulu lagi. Mereka menyediakan semua yang kami perlukan, termasuk syampu dan perapi.

Kelemahan di pihak tentera dan Shin Bet yang kurang cekap yang sebenarnya 'menyeksa' kami. Malah, kami dijadikan kambing hitam untuk kepentingan kerajaan."

Terjemahan Cik Maryam,
Jabatan Advokasi CGM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar dari Gaza yang berkongsi 1001 rasa 😥😭

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Baca tentang koridor kemanusiaan dan kepentingannya 👇
https://themerdekatimes.com/news/2023/10/kenapa-koridor-kemanusiaan-di-sempadan-rafah-perlu-dibuka-segera/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Seorang bapa mengedarkan gula-gula selepas seluruh keluarganya dibunuh kecuali seorang kanak-kanak dalam pengeboman rejim Zionis di Semenanjung Gaza.

Sumbet: MEO

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Semasa di airport saya terpandang seorang ayah yang sedang menunjukkan kepada anaknya kapal terbang.

Tengok tu, kata si ayah. Kamu suka kapal terbang tak?

Teringat Haura' yang selalu seronok bila naik kapal terbang. Memang pandai Haura' ni. Baru ni dia tanya kat Mamanya, Mama, bukan dah ramai ke Yahudi bunuh? Lama lagi ke dia nak bunuh orang?

Semalam selepas 3 hari tak dengar khabar tiba-tiba isteri hantar gambar Haura' tengah buat pizza. Kata Haura', Baba, jom balik makan pizza.

InshaAllah Haura', moga Allah kumpulkan kita semua dapat makan bersama macam sebelum-sebelum ni, ameen.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tahniah!

Munajat Untuk Gaza Dari Kolej Profesional MARA Ayer Molek, Melaka #alqudslana

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

RANGKUMAN KEJADIAN HARI INI (24 JAM lalu):

1/ Tentera Israel mengakui serangan kereta kebal secara tidak sengaja ke atas kawasan Mesir di luar Gaza, mengakibatkan sekurang-kurangnya 7 orang cedera.

2/ Konvoi 17 trak bantuan terbaru telah berjaya tiba di Gaza melalui sempadan Rafah.

3/ AS mengumumkan rancangan untuk meningkatkan sumber ketenteraan di Timur Tengah, sebagai memperkukuh sokongan terhadap Israel dan meningkatkan kehadiran pertahanan AS di rantau itu.

4/ PBB berkata sekurang-kurangnya nyawa 120 bayi yang baru lahir dalam inkubator di hospital Gaza berisiko maut akibat kehabisan bekalan api di wilayah itu.

5/ Serangan udara Israel di Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 266 nyawa rakyat Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam yang lalu.

6/ Sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin syahid terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak serangan Hamas di Israel pada 7 Oktober, dan lebih 14,000 cedera.

Sumber: Al-Jazeera

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

TERKINI | Pengarah WHO: Sebanyak 20 buah hospital daripada 35 buah di Semenanjung Gaza sudah tidak berfungsi.

Sumber: PALM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ahad ini saya akan hadir di Melaka inshaAllah.

*HIMPUNAN 1,000,000 PEMBELA PALESTIN* 🇵🇸
.
Gendang sudah dipalu! 🥁
.
Panggilan kepada semua rakyat Malaysia untuk hadir ke Himpunan 1 Juta Pembela Palestin peringat Negeri Melaka!
.
Tarikh : 29 Oktober 2023 (Ahad)
Masa : 8:00 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka
.
Ayuh meriahkan dan jangan lupa untuk daftar melalui kod QR di poster!
.
Bersama sebagai 1,000,000 Pembela Palestin kita akan membebaskan Palestin yang tercinta 🇵🇸
.
Influencer MyAqsa Defenders menyokong sepenuhnya program ini, dialu-alukan seluruh rakyat untuk turun.
.
#IsraelCuak #SayaPembelaPalestin

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Biarkan mataku menceritakan segalanya. Selamat malam, dunia.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom dengar anakanda saya tiupkan semangat untuk Palestin!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bila ditanya dimanakah tempat yang selamat untuk mereka berlindung, kebanyakan daripada mereka menjawab ibu bapa mereka 🥹

Kadang dalam waktu genting begini, orang pertama yang kita akan cari adalah ibu bapa kita! Ibu bapa kita dahulu, baru fikir yang lain.

Dan yang paling menyedihkan, tiada tempat yang selamat di Gaza sekarang ni 😔 tiada tempat yang selamat untuk anak-anak ini berlindung.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ,
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung ❤️

Video: Hani Abu Rezeq

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Inilah mesej yang telah sampai kepada penduduk haram Zikim, daripada al-Qassam melalui telefon mereka:

"Kami kini berada di Zikim; di bawah rumah kalian bahkan di dalamnya juga. Pergilah kalian bersama anak-anak, keluar dari sini segera kerana kami tidak ingin membahayakan kanak-kanak dan para wanita. Pangkalan rejim Israel kini dalam kawalan kami dan bahan letupan telah kami letakkan demi keselamatan anak-anak kalian yang tidak berdosa. Keluar segera dan pergi dari sini... Briged al-Qassam - pasukan Komando Laut."

Sumber: PALM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Keadaan di sebuah hospital pada ketika ini, van pasukan pertahanan am dan kenderaan yang membawa jenazah syuhada' dan mangsa-mangsa kecederaan tidak putus-putus tiba di perkarangan hospital.

Hasbunallah wanikmal wakeel! Hospital mana di dunia dapat menampung seramai ini mangsa?

Sumber: Gaza Now

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yang masih tanya baju Israel Cuak ni nak beli di mana, korang boleh dapatkan di 2lenpalestin.com

Yang ada gambar paraglider Unit Helang Al-Qassam ni pun ramai orang cari, juga ada di link tu.

Jom semarakkan semangat memakai baju Palestin dalam tempoh saudara kita dibantai ini!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Selamat tinggal, dunia yang kejam.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Briged Al-Qassam melepaskan dua tawanan Israel atas sebab kemanusiaan. Lihatlah bagaimana layanan pejuang ini kepada orang yang lemah.

Sumber : Anadolu
Kreditasi: GSPP

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🛑 TERKINI | Briged Al-Qassam memuat naik video pesawat berani mati Al-Zawari. Dalam video tersebut memaparkan Briged Al-Qassam menyasarkan sasaran tentera rejim Zionis yang jauh di dalam Palestin yang terjajah kita buat kali pertama.

Sumber: Briged Al-Qassam

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah RM3.2 juta dari sumbangan kita telah sampai kepada mereka yang memerlukan di sana.

Teruskan menyumbang kerana keadaan semakin getir. Semalam serangan paling buruk berlaku sejak lebih 2 minggu peperangan. Bila-bila masa serangan darat boleh dilancarkan.

Salurkan sumbangan kalian ke emergency4gaza.com/kecemasan atau akaun rasmi Maybank CGM 5648 1050 7826 rujukan kecemasan.

Bantu sebarkan demi anak-anak kita di Gaza!

#TaufanAlAqsa #IsraelCuak

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tahniah inisiatif pihak kerajaan untuk himpunan ini.

Walaupun saya sendiri tak dapat hadir kerana berada di luar negara, saya mengajak kalian turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bilamana bekalan bius habis lalu digantikan dengan alunan bacaan al-Quran sebagai menahan rasa sakit ketika pembedahan dijalankan. Allahu Akbar!

Kreditasi video: Shehab Agency

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Angka mangsa Taufan al-Aqsa terkini (23/10/2023 I 17:29GMT)

Gaza
Syahid: 4,651
Cedera: 14,245

Tebing Barat:
Syahid: 92
Cedera: 1,400

Israel
Terbunuh: 1,405
Cedera: 5,431

Sumber: Al-Jazeera

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

TERKINI I Media Kerajaan: Sekurang-kurangnya 165,000 unit rumah terjejas, dan 50% daripada keseluruhan unit perumahan di Semenanjung Gaza telah rosak akibat serangan pengeboman, dan hampir 20,000 unit rumah telah dimusnahkan sepenuhnya oleh tentera rejim dan tidak dapat didiami.

Sumber: PALM

Читать полностью…
Подписаться на канал