nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Untuk pengetahuan semua, malam ini tim CGM ada jemputan khas dari Gaza!

Wajah-wajah inilah yang menjadi penggerak untuk misi-misi di Gaza.

Kalian berminat untuk berjumpa dan bersembang dengan pemuda Gaza? JOM sertai kami malam ni!

Tarikh : 15 September 2023 (JUMAAT)  
Masa : 7.45 - 10.00 malam  
Tempat : EzyCafe By EzyDurian, Seksyen 3 Bangi
  
Nak dengar cerita dari team Gaza? Jom daftar! https://forms.gle/StWA2eXkkJBxAT1H8 
  
Makanan percuma terhad kepada 30 orang yang terawal!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yang belum ada aktiviti esok, menarik sangat untuk kalian hadir Konsert 5 Rukun ni.

Sediakan alternatif hiburan untuk anak-anak, hidupkan jiwa mereka dengan nasyid - peluang yang alhamdulillah sangat luas masa generasi kita dulu. Ada diskaun 30% pula tu! 👇

DAPATKAN TIKET ANDA SEKARANG!!!

Platinum Zone : RM 265
Gold Zone : RM 213
Silver Zone : RM 161
Bronze Zone : RM 109
Pembelian boleh dilakukan di 👉🏻 https://www.ticket2u.com.my/event/31560/konsert-5-rukun

🔘VIP BOX – Limit kepada 4 box sahaja (RM 5,000)
💎1 bilik VIP
💎4 seats di Balcony
💎4 keping gold bar KAB 1 gram
💎4 goodies beg dari INTEGA
💎4 snaks & resfreshment

🔘TIKET EKSKLUSIF – Limit kepada 24 seat sahaja (RM 600)
🪙1 keping Sahabat Selamanya Gold Bar 1 gram, Grade 999.9
🪙1 Platinum seat wristband
🪙1 Goodie beg (Air Gaharu INTEGA, Mineral Water dan Sandwich)

Untuk pembelian pakej VIP BOX dan TIKET EKSKLUSIF, sila hubungi AISHAH di talian 011-1083 2810.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Julung kalinya.

Ya. Ini kali pertama untuk tahun ini kita menjalankan sesi Meet & Greet.

Nak tanya tentang apa yang CGM buat selama ini?
Ada persoalan berkenaan mana perginya segala duit sumbangan?
Kenapa projek yang dijalankan semuanya sama je setiap tahun?
Berapa ramai team CGM ni?

Haaa. Inilah masanya untuk kalian hadir dan bertanya soalan-soalan berkenaan CGM.

Tambahan. Kita akan turut disertai penggerak CGM di Gaza malam itu.

Maghi.

Bukan senang nak buat ni.

Sebab itu tahun ini, julung kali ia diadakan. 😂

*Susah woi nak buat ni. FYI, makanan disediakan. Haha.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Maksudnya 'Kalau kamu hendak tahu tempatmu di sisi Allah, maka lihatlah apa amal yang kamu lakukan.'

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tiga benda yang sangat senang dijumpai di negara-negara Arab,

1. Kiosk kopi

Korang pernah try kopi Arab yang hitam pekat tu? Ia dijual di sepanjang jalan sebab orang Arab tak boleh hidup tanpa kopi. Kopi untuk mereka bukan untuk mengopi tapi ia cara hidup. Pagi kena kopi, sambil bekerja kena kopi, malam pun kopi lagi! Itu belum kalau ada orang mati, kopi, orang kahwin pun kopi juga!

Macam mana nak tahu orang mati ke orang gembira? Orang mati dihidang kopi dengan kurma, orang bahagia kopi dengan manisan. Jangan silap hidang kopi dengan coklat pula masa majlis takziah!

Lagi satu, kalau korang ke negara Arab, dihidang kopi pahit, jangan minta gula pula. Di sini kopi dengan gula hanya diminum oleh orang perempuan, itu pun jarang-jarang!

2. Farmasi

Di kebanyakan negara Arab, nak beli ubat tak perlu preskripsi doktor. Setakat ubat batuk, ubat pening, ubat gastrik, ubat keracunan makanan, singgah farmasi yang ada di setiap jalan, beli dan telan. Tak payah sakit sikit terus klinik atau hospital.

Kalau dah kritikal sangat, nazak, tangan patah, kaki putus baru ke hospital 😃

3. Kedai gunting rambut

Majoriti orang Arab ni sangat kemas dan suka menjaga penampilan. Janggut tak boleh panjang sikit, misai tak boleh cecah mulut, dua minggu sekali maksimum kena ke kedai gunting rambut.

Budak dalam gambar ni budak Melayu. Sebab tu setahun dua kali je gunting rambut. Bila dengar cakap, tak susahkan barber, dapat hadiah donut. Life is simple, kan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Baju yang ni paling bergaya kalau dipakai.

Sebab warnanya yang cantik dan menarik akan membuatkan mata terpukau. Kemudian apabila orang dah mula tengok, mereka akan ternampak tulisan Palestin yang tertera di dada. Dakwah percuma untuk umat yang selalu lupa!

Paling seronok apabila sokongan kepada bumi yang kita cintai datang daripada orang di luar Malaysia.

Tahun lepas saya pakai jersi Hurriyeh ni di Netherlands, tiba-tiba ada mamat yang menjerit dari jauh, Yooo! Free Palestine! Seronok sangat bila ada rasa brotherhood atas dasar kemanusiaan, pembebasan dan keadilan.

Jersi Hurriyeh ni edisi khas yang kita keluarkan masa sambutan Kemerdekaan tahun lepas. Tapi ada sedikit stok saja yang berbaki dan menunggu dihabiskan.

Selain jersi Hurriyeh, Hoodie Saladin kita juga ada tertera tulisan Palestin, siap ada peta di belakang. Kainnya ringan dan ada bebulu di dalam, saya pakai di musim sejuk boleh panas, pakai di musim panas tak berpeluh.

Hoodie ada dalam 200 helai saja stoknya. Kalau nak bergaya macam freedom fighter kalian boleh dapatkan di 2lenpalestin.com. Oh ya, gambar ni di tempat favorite saya di Malaysia tahun lepas. Nak berjuang mesti berilmu, ye dak?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

AJAIB DAN HEBATNYA AL-QURAN!

Saya menulis post ini dan bulu roma saya meremang!

Dah lama Allah tak tunjukkan saya ‘magic’ atau bayar ‘cash’ seperti ini untuk memberi semangat kepada saya untuk terus bekerja.

Mungkin Allah nak jentik hati saya supaya lebih membumi dalam memberi, turun sekali-sekala melihat penerima dan menyantuni para kekasih Allah dan pejuang bumi ini yang sedang menuntut merdeka.

Apa yang berlaku kali ini adalah adunan hasil keberkatan Al-Quran dan keberkatan nasihat seorang ibu iaitu Che’ saya.

Che adalah seorang wanita yang sangat murah rezeki. Di dalam grup whatsapp keluarga kami, Che selalu berkongsi yang beliau diberi hadiah, memenangi cabutan bertuah, dihantar lauk oleh jiran dan sebagainya. Setiap kali kami anak-anak mengomen ‘wau, bestnya, wau, untungnya’ Che hanya meninggalkan jawapan yang sama. ‘Al-Waqiah is real guys.’

Jadi bila diminta untuk berucap sebelum cabutan bertuah tajaan umrah semalam, saya menyebutkan kepada ribuan huffaz yang mengikuti LIVE, emak saya berpesan, beza mereka yang akan dipilih Allah untuk dapat rezeki seperti umrah dengan yang ditangguhkan, hanyalah solat sunat Dhuha dan bacaan Surah Al-Waqiah sebelum tidur. Keduanya pesan Che, adalah magnet rezeki.

Kemudian kami meneruskan cabutan hadiah umrah seperti dirancang.

‘Magic’nya berlaku apabila usai cabutan, kami duduk bersama Darul Quran untuk membincangkan projek wakaf untuk khidmat Al-Quran.

Seorang lelaki (dalam gambar) tergesa-gesa mendapatkan saya dan berkata, ada sesuatu yang perlu saya ceritakan kepada kamu.

"Saya adalah salah seorang huffaz yang menunggu cabutan umrah dengan penuh debaran. Tadi, masa kamu sedang live, saya berada di kedai. Saya terdengar pesan emak kamu dan tanpa berlengah, saya membuka Al-Quran di sebelah saya dan terus membaca Surah Al-Waqiah. Tak lama selepas itu nama saya disebut sebagai seorang pemenang cabutan umrah!

ALLAHUAKBAR!

Kisah ini tak berakhir di situ. Kami sambung berbincang dan tiba-tiba telefon ketua Darul Quran berdering.

Seorang lelaki, juga peserta Sofwah Huffaz menghubungi beliau untuk menceritakan kisah yang berlaku kepadanya pula. Kata beliau, kami juga sedang menonton cabutan umrah secara langsung. Apabila isteri saya mendengar pesan emak kamu, beliau cepat-cepat membuka Al-Quran dan menghabiskan bacaan Al-Waqiah.

Tak lama selepas itu nama saya dicabut sebagai pemenang umrah di kalangan ratusan nama lain yang ada!

ALLAHUAKBAR!

Bagaimana saya nak berhenti memberi untuk Al-Quran kalau begitu sekali Allah meletakkan padanya berkat dan mengangkat darjat mereka yang memberikannya khidmat?

Sebab itu saya sangat menggesa kalian untuk menyumbang kepada projek wakaf untuk khidmat Al-Quran yang Darul Quran sarankan. Wakaf ni amalan yang luar biasa, kita hanya memberi sekali tapi pahalanya berlanjutan sehingga mati.

Peluang ini hanya akan dibuka sepanjang hari ini, hari Jumaat sahaja. Salurkan sumbangan kalian, kecil atau besar ke akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan sofwahhuffaz dan seluruh sumbangan yang masuk pada hari ini akan disalurkan untuk projek wakaf khidmat Al-Quran.

Boleh tak tolong share dan kongsikan kepada keluarga, sahabat dan kenalan kalian yang lain supaya kisah keajaiban Al-Quran ini juga sampai kepada mereka?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jumaat lepas bila saya iklankan untuk tajaan umrah, saya hanya letakkan sasaran untuk 8 orang saja yang akan ditaja. Itu pun takut-takut sebab besar jumlahnya, RM8000 satu tajaan untuk satu orang. Mengejutkan, tak sampai 5 hari tajaan mencecah 33 orang, alhamdulillah! Ia pastinya hasil keberkatan Al-Quran dan para huffaznya sendiri.

Tapi ada beberapa benda juga yang dibuat yang saya rasa menjadi asbab kita berjaya mencapai angka tersebut. Saya akan kongsikan satu daripadanya dalam post ini.

Apa yang saya buat ialah menjadi orang pertama yang menaja umrah pertama untuk huffaz pertama sebaik saja post dinaikkan. Saya pun bukanlah berduit sangat tapi alhamdulillah rezeki sentiasa datang dan saya cuba ‘walk the talk’. Rahsianya ialah NIAT dan BUAT terus, jangan tangguh sebab kalau lama-lama syaitan akan membisik halus.

Memandangkan saya telah mengiklankan tajaan umrah saya secara am di facebook dan memandangkan tajaan jauh melebihi sasaran, saya ingin memohon izin memindahkan tajaan saya kepada anakanda saya sendiri, Iman. Iman juga adalah seorang hafizah yang telah menamatkan hafazan seluruh Al-Quran dua tahun lepas. Cumanya saya letakkan syarat kepada Iman yang dia perlu سرد القران في جلسة واحدة ‘sard Al-Quran sekali duduk’ atau membuat semakan hafazan daripada Surah Al-Fatihah sehingga ke Surah An-Nas dalam satu majlis sahaja bermula Subuh sehingga Maghrib, sebagaimana yang dibuat Sofwah Huffaz yang lain.

‘Sard’ ini ialah kemuncak hafazan Al-Quran dan sangatlah sukar dilakukan melainkan oleh mereka yang betul-betul itqan dalam hafazannya. Kalian beri izin tak untuk saya hadiahkan tajaan bersyarat saya kepada Iman?

Saya tahu masih ramai yang berminat berkongsi harta untuk khidmat Al-Quran dan ‘keluarga Allah dan orang-orang yang dikhususkan olehNya’ iaitu para huffaz, justeru peluang sumbangan am akan diteruskan satu hari lagi sehingga esok malam.

Salurkan sumbangan kalian ke akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan sofwahhuffaz. Kami doakan anak-anak kalian semuanya akan menjadi pendokong Al-Quran dan memakaikan mahkota Tajul Waqar untuk kalian di hari akhirat kelak, ameen. Kongsikan ya supaya tidak ada yang terlepas peluang ini. Malam Jumaat yang berkat ini, NIAT, dan terus BUAT, inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://fb.watch/mVjXVt8CxP/?mibextid=RUbZ1f

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tahun lepas apabila pulang ke Malaysia kami diziarahi oleh YB Mohd Yusni Mat Piah. Beliau sebagai Pengarah NGO Kemanusiaan PASRelief hadir bersama rombongan untuk bertanyakan khabar projek-projek bernilai jutaan ringgit yang telah mereka sumbangkan untuk bumi Palestin melalui NGO Cinta Gaza Malaysia dan Aid4Palestine.

Alhamdulillah minggu lepas salah satu projek gergasi mereka di sini direalisasikan apabila bangunan Kementerian Buruh yang dibom pada serangan tahun 2021 berjaya dibangunkan semula.

Bangunan 4 tingkat ini menelan belanja melebihi RM1.1 juta dan akan memberikan khidmat kepada 580,000 buruh di bawah tanggung jawab kementerian.

Projek seperti inilah yang berbentuk penyelesaian jangka masa panjang, memberi impak besar dan berpusat yang selalu kami tegaskan perlu diberi perhatian dan sokongan oleh penyumbang dan alhamdulillah, PasRelief adalah rakan kongsi yang mendokong prinsip dan aspirasi kerja yang sama.

Terima kasih kepada Pengarah PasRelief YB Muhammad Sanusi Md Nor, YB Yusni Mat Piah, Ustaz Ahmad Rashdan yang menjadi pengantara serta seluruh jawatankuasa dan penyumbang PasRelief atas lembaran sejarah baru yang dibuka di bumi pejuang pada hari ini!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya ni jenis tak suka bersusah-susah kalau nak keluar rumah. Kalau boleh nak sarung je baju apa yang ada. Tapi kadang-kadang selongkar juga almari nak cari baju yang sesuai.

Sampailah saya lancarkan jenama 2lenpalestin ni, keraguan itu hilang serta-merta. Tak banyak buang masa memilih baju tetapi jadi banyak masa untuk mencipta memori di kalbu.

Corak jersinya simple tapi ada makna sebab asasnya ialah Kuffiyeh yang jadi lambang perjuangan dan kebangkitan Palestin.

Di rumah saya ada jersi lengan panjang dan pendek, warna hitam dan putih. Sarung saja jersi Kuffiyeh, pakai jaket boleh ke majlis-majlis. Pakai vest, terus boleh laksanakan misi. Pakai tanpa jaket atau vest, jadi baju harian yang sesuai dikenakan ke mana-mana.

Ni saya pakai masa tengah perang yang lepas, lawat tapak rumah yang baru saja dibom. Ranggi kan? Kalau sesuai dipakai di tengah perang dengan bergaya, gahnya dipakai pada waktu biasa pasti tak terkata.

Kalau nak bergaya macam pejuang Gaza, boleh dapatkan di 2lenpalestin.com sementara promosi Bulan Kemerdekaan masih berjalan. 2lenpalestin, Gaya Freedom Fighter.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tengah malam semalam tiba-tiba kami mendengar suara Haura' meraung dan menangis.

Dia menerjah masuk ke bilik kami dan Mamanya terus memeluknya dan bertanya, kenapa Haura' nangis?

Jawapan Haura' membuatkan kami tersentap.

"Saya mimpi rumah kita kena bom!" Isteri saya cepat-cepat bertanya, ada yang syahid tak? Lalu Haura' menjawab, tidak. Alhamdulillah, kami lega.

Tetapi pada masa sama saya merenung lama ke dalam matanya. Maafkan aku anakku. Bukan salah engkau kita berada di sini, di bumi bergolak menantikan hidup mati pada bila-bila masa. Bukan salah engkau malammu dihantui igauan dibom dan keluargamu terkorban di depan mata sedang kanak-kanak lain ditakutkan hantu dan raksaksa.

Tetapi apakan daya, Allah memilih kita di sini. Allah memilih kita untuk bernafas dalam perjuangan dan bukan mati dalam kenikmatan. Allah pilih kita untuk menyelami dan terjun bersama perjuangan bukan bercakap tanpa tindakan.

Semoga ia tidak sia-sia. Semoga Allah terus sayang dan pelihara kita, sayang.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah walaupun Sambutan Hari Kebangsaan kita dah selesai semalam, saya masih menerima gambar dan berita sambutan yang dianjurkan penduduk tempatan di sini di serata lokasi.

Gambar-gambar ini dihadiahkan kepada kita oleh Sekolah Anak Yatim As-Solah atau Sekolah Ahmad Al-Kurd. Sekolah ini sekolah paling dikenali oleh NGOs Malaysia kerana ia seakan tempat wajib untuk diziarahi NGO apabila sampai ke sini. Justeru kebanyakan NGO mempunyai kenangan manis di sekolah ini.

Terima kasih anak-anak kami di Sekolah As-Solah!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

MashaAllah menariknya program ni. Team CGM pun ramai dah join. Kini peluang dibuka untuk kalian pula. Cuba tengok 👇

𝗕𝗔𝗜𝗧𝗨𝗟 𝗠𝗔𝗤𝗗𝗜𝗦 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗜𝗘𝗦 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗖𝗔𝗠𝗣 (𝗕𝗔𝗦𝗜𝗖) 𝗙𝗢𝗥 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗢𝗥

𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘈𝘭-𝘈𝘲𝘴𝘢, 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘶𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘩𝘶𝘴𝘶𝘴 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘈𝘭 𝘘𝘶𝘳𝘢𝘯

☪️ Apa yang istimewa tentang Masjid Al-Aqsa?
☪️ Apa kepentingannya pada pada anak² kita?
☪️ Apakah kita sudah tanamkan rasa cinta terhadap Masjid al-Aqsa dalam diri anak² kita?

𝘔𝘦𝘭𝘦𝘯𝘵𝘶𝘳 𝘣𝘶𝘭𝘶𝘩 𝘣𝘪𝘢𝘳𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘦𝘣𝘶𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢.
𝘗𝘦𝘮𝘣𝘪𝘯𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘬𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶 𝘥𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘭.

𝘈𝘺𝘶𝘩 𝙞𝙗𝙪 𝙗𝙖𝙥𝙖, 𝙜𝙪𝙧𝙪², 𝙙𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠.
𝘔𝘢𝘳𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩

𝘔𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘱𝘶𝘱𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘯𝘢𝘬² 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘥𝘦𝘬𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘢𝘫𝘢𝘩𝘢𝘯.

𝘉𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘱𝘶𝘬 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪? ❤️

Bersama 𝗦𝗮𝗿𝗮 𝗘𝗹 𝗔𝘄𝗮𝗶𝘀𝗶, 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸² dan 𝙛𝙤𝙪𝙣𝙙𝙚𝙧 𝙄𝙣𝙨𝙩𝙖𝙜𝙧𝙖𝙢 '𝙖𝙦𝙨𝙖_𝙛𝙤𝙧_𝙠𝙞𝙙𝙨' untuk belajar kaedah mendidik anak² mencintai tempat Barakah ini. Jom sertai beliau pada:

📆 𝟴 - 𝟭𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗔𝗵𝗮𝗱)
⏰ 𝟴.𝟬𝟬 𝗮𝗺 (𝟬𝟴/𝟬𝟵/𝟮𝟬𝟮𝟯) - 𝟲.𝟬𝟬 𝗽𝗺 (𝟭𝟬/𝟬𝟵/𝟮𝟬𝟮𝟯)
📍𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹𝗻𝗮𝗶𝗺 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 (𝗞𝗧𝗗𝗞𝗟), 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗶, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
💰Yuran: 𝗥𝗠 𝟯𝟬𝟬

𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴:
https://www.haluan.org.my/basic/registration/

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
🧕🏻Puan Ubaidah Mohammad
https://wa.link/il6ds0 (+60 19-211 5979)
🧕🏻Puan Nurul 'Izzah Baharudin
https://wa.link/2va1o9 (+60 13-759 4383)

_
𝙍𝙊𝘼𝘿2𝘽𝘼𝙄𝙏𝙐𝙇𝙈𝘼𝙌𝘿𝙄𝙎 2.0
"𝙅𝙀𝙅𝘼𝙆 𝙉𝘼𝘽𝘼𝙒𝙄𝙔𝙔𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙉𝙐𝙅𝙐 𝙋𝙀𝙈𝘽𝙀𝘽𝘼𝙎𝘼𝙉"

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Luar biasa! Tak sampai 2 jam 5 daripada 8 tajaan umrah sudah direbut! 😭

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

KULIAH KHAS MAGHRIB SEMPENA HARI MALAYSIA 🇲🇾

Kami dengan sukacitanya menjemput saudara dan saudari untuk mengikuti Kuliah Khas Maghrib bertajuk Kemerdekaan: Nikmat Dikecapi Malaysia, Dinanti Palestin yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut:

Tarikh: 14 September 2023 (Khamis)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Surau At-Taqwa Astana Alam 2 dan LIVE INSTAGRAM Cinta Gaza Malaysia

Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk tonton!

#CGM

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

5 syuhada' dan 25 cedera di Kem Malakah di sempadan Gaza-Israel beberapa jam lepas.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari ni kita akan merasmikan sistem tenaga solar di sebuah sekolah anak-anak kelainan upaya, kemudian merasmikan deretan kedai waqaf kemudian menziarahi 6,7 keluarga untuk mengejutkan mereka dengan hadiah umrah.

Long day, but first, coffee.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Gambar yang ni rare sikit hasilnya tapi ia tetap antara yang paling berharga buat kami. Sebabnya ia dihadiahkan oleh seorang anak yatim kepada saya.

Kalian yang ikut CGM sejak awal mesti tahu yang sejarah kita bermula dengan anak yatim. Antara projek pertama yang kita buat ialah tajaan anak-anak yatim. Masa tu saya one-man show, saya kumpul biodata mereka, susun ikut penaja, ziarah rumah dan adakan majlis sambutan segala kejayaan dan keraian mereka. 300 orang masa tu dijaga jadi agak tak keruan juga.

Yang saya ingat Naeem pernah diberi 'job' untuk scankan 300 borang tersebut supaya jadi softcopy dan boleh dihantar kepada penaja. Urusan mengatur ziarah dan menemukan dengan anak-anak ini pula diatur Darul Yatim yang ketika itu bertanggung jawab menjaga sekitar 16,000 anak yatim di sini.

Berselang-seli dengan kesibukan kelas di universiti, anak-anak ini saya layan macam anak sendiri. Sambut hari lahir mereka, ziarah rumah yang perlu dibaiki, pastikan makan pakai cukup, bawa berjalan. Sampaikan ketika itu mereka panggil saya Baba.

Rindu juga nak kembali ke zaman itu, zaman setiap anak dapat disantuni dan setiap jiwa dapat disentuhi. Sekarang bila dah banyak sangat kerja yang mencabang dan mencapah, memang pejabat ke rumah, pejabat ke rumah saja.

Terima kasih buat sokongan kalian selama ini. Saya pasti doa anak-anak ini, sebahagiannya adalah untuk kalian yang budiman.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Awal tahun sepatutnya saya bermusafir untuk menghadiri summit negara-negara Islam di Kazan, tetapi tak berjaya keluar, terlepas summit tersebut.

Sebab saya geram saya pun ikuti kursus online CORe berkaitan ekonomi, perakaunan dan business analytics di Harvard Business School Online, beribu dollar harganya. Kursusnya susah macam satu sem MBA, tempoh hampir 5 bulan dan berlanjutan sampailah waktu serangan mutakhir ke atas Gaza, exam akhirnya saya ambil 2,3 hari selepas habis perang, alhamdulillah lulus.

Kemudian berlaku gempa bumi di Turkiye dan Syria, sekali lagi saya buat urusan untuk keluar bagi menggerakkan misi ke sana, tak lepas juga.

Sebab geram saya daftar kursus online Learning Organizations and Change, Emeritus di bawah MIT, juga beribu dollar harganya. Alhamdulillah pun habis diselesaikan.

Bulan lepas saya daftar lagi untuk keluar sebab perlu menghadiri beberapa program dan seminar lain di Eropah, juga tak berjaya.

Saya geram dan daftar kursus Brand MasterClass sekitar 1000 dollar dan alhamdulillah dah habis dan dah hampir siap pelan strategik CGM untuk 3 tahun akan datang.

Ini tak termasuk kelas-kelas percuma di Coursera dan EdX berkaitan ekonomi, asas penubuhan *srael dll.

Yang saya nak sebut, jangan sekat 'freedom fighter' sebab jiwanya meronta dan tak akan dapat dilenturkan, sedih kami terubat dengan mencari lagi jalan lain untuk melawan musuh keparat!

Tipu je, tolong doakan saya dapat keluar cepat, jiwa musafir saya dah tenat 🥲🥹

Untuk kuat jiwa macam freedom fighter, kalian kena dapatkan baju 2lenpalestin, sebab memang ia gaya freedom fighter. Klik segera 2lenpalestin.com sementara promosi merdeka masih berjalan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dahsyatnya penangan Al-Waqiah yang Che selalu suruh kita amalkan!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02aVqx97EFbWF2AkBCrHKrsKhztpWxeWgpeTCpdJTwUsPgKC9DZiAJdQPXzzwnMVrgl&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Air mata kesedihan, air mata kepuasan, air mata kegembiraan.

Entah apa yang bermain dalam benak mereka ini ketika satu persatu mereka dipanggil Allah ke Rumahnya dengan tajaan umrah.

Kami yang hanya memerhati dari bawah pun dapat merasa auranya seolah seluruh alam sedang berada bersama, berzikir dan tenggelam dalam indahnya ayat-ayat Allah.

Kalian tahu tak bahawa ada di kalangan mereka ini yang sudah berumur hampir 70 tahun? Ada di kalangan mereka yang baru dua bulan melahirkan anak dan datang menyemak hafazan dengan membawa si bayi bersama? Ada yang buta mata tetapi celik hati, menghafal keseluruhan Al-Quran melalui pendengaran!

Kisah mereka tak akan habis dan sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Al-Qurra’ Dr Abdur Rahman Jamal, hanya Allah sahaja yang tahu capaian pahala kalian yang menyumbang untuk khidmat Al-Quran sampai ke mana – ia ibarat akar yang menerobos lapisan bumi dan pucuk yang mencecah petala langit.

Dan apabila kami duduk bersama Darul Quran semalam mereka membuka peluang keemasan agar pohon dengan akar dan pucuk tersebut tak akan mati dan hidup selama-lamanya. Peluang tersebut datang dengan cadangan membangunkan projek wakaf yang hasilnya 100% akan digunakan untuk khidmat Al-Quran.

Allah! Luar biasa bila pahala boleh mengalir tanpa henti kerana diletakkan untuk wakaf. Kami terus bersetuju menyahut pelawaan tersebut dan seterusnya melanjutkan pelawaan kepada kalian.

Ayuh lakukan sumbangan kalian ke akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan sofwahhuffaz dan seluruh sumbangan yang masuk pada hari ini akan disalurkan untuk projek wakaf khidmat Al-Quran. Kita sasarkan RM100,000 dahulu untuk peluang seumur hidup, manfaat kekal sepanjang hayat ini!

Tunggu apa lagi tu wahai pendamba syurga?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Kalau nak tengok LIVE dari page Darul Quran sendiri boleh tengok di sini bersama ribuan penduduk Gaza yang sedang LIVE.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

LIVE Cabutan 25 Tajaan Umrah dari Gaza

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1779072812542901&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah ramai sangat hartawan pemurah!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://fb.watch/mQETxNiu9B/?mibextid=qC1gEa

Diorang belum move on guys.

Masih duk sambut Hari Kebangsaan kita lagi 🥰 Ni pelajar Sekolah Pioneers and Leaders School (Sekolah Malaysia - Perempuan) kita di sini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Untuk menyumbang kepada sekolah ini dan anak-anak yatim di sini kalian boleh klik ruang infak di link ini ya 👇

http://sponsor4orphan.com/anakyatim

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah semalam kita berjaya menganjurkan Marathon Merdeka 2.0 di sini sebagai sebahagian sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Marathon Merdeka adalah acara larian paling besar di sini dan kali ini penyertaan melonjak kepada 800 orang berbanding sekitar 500 orang pada tahun lepas. Buat pertama kali juga larian dianjurkan di Jalan Ar-Rasyid bersebelahan pantai Laut Mediterranean dan buat pertama kali penyertaan anak perempuan di bawah 13 tahun dibuka.

Seronok kan bila penduduk di sini meraikan ulangtahun Hari Kemerdekaan kita atas rasa kasih-sayang dan persaudaraan? Jangan lupa doakan pembebasan negara mereka juga!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Rupanya angka saya silap. Bukan 10,000 yang menyertai program tadi tapi 15,000 orang memenuhi Padang Yarmouk sebagai penonton saja.

Ia tak termasuk para huffaz berjumlah 1442 orang lagi di mana hampir separuhnya adalah perempuan.

MashaAllah ramai sangat penderma budiman dari Malaysia yang mesej untuk tajaan umrah. Jujurnya masa saya nak balik dari program tadi, saya 'diserang' oleh penonton yang ramainya terdiri daripada ahli keluarga para huffaz.

Ramai sangat yang minta kita tambah kuota untuk tajaan umrah. Ada yang datang dan sebut, 6 orang ahli keluarganya menghafal Al-Quran penuh tetapi tak pernah dapat peluang menunaikan umrah. Ada yang meminta kalau boleh sangat dia nak berikan hadiah umrah untuk isterinya, seorang hafizah yang diraikan.

Malah ada budak yang datang, katanya ustaz yang mengajarnya Al-Quran sudah dua tahun menyertai program ini tetapi tak berjaya dalam cabutan bertuah untuk umrah, boleh tak dihadiahkan kepadanya umrah?

Saya sebut kepada mereka, setakat ini hanya 8 tajaan saja yang mampu kami berikan. Itu pun saya sebut dalam keadaan takut-takut sebab tajaannya belum diperolehi lagi pun. Tapi lepas saya lancarkan tajaan tadi, sudah lebih 10 tajaan yang kita perolehi, alhamdulillah. Ramai sangat hartawan yang pemurah di negara kita.

Saya tak mahu menutup peluang lumayan ini. Penganjur, Darul Quran pun maklumkan tadi yang cabutan masih boleh dibuat secara live selepas ini kalau kita dapat tajaan melebihi 8 orang. Jadi kalau kalian yang masih nak menaja, teruskan mesej saya dan peluang akan terus dibuka. Cuma saya minta maaf kalau lewat sikit menjawab sebab di sini sudah hampir jam 4 pagi, saya nak minta izin kalian untuk melelapkan mata sekejap.

Yang penting kalau kalian nampak post ni dan mampu menaja umrah, jangan bertangguh untuk PM saya. Lumayan tau, pemenang cabutan janji untuk khatamkan Al-Quran secara ghaib untuk penaja, sekali di Masjidil Haram dan sekali di Masjid Nabawi.

Kalau tak dapat taja umrah pun tak apa, berikan sumbangan am saja, kita akan salurkan untuk hadiah perkahwinan dan bantuan perubatan para huffaz juga. Untuk tajaan umrah penuh nilainya RM8000 seorang, PM saya untuk saya berikan panduan. Untuk sumbangan am mengikut kemampuan ke akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan sofwahhuffaz.

Sebelum saya lelapkan mata saya nak kongsikan apa yang disebut seorang pemenang awal cabutan tadi. Katanya, "Saya hadir ke program ini dan saya yakin nama saya akan menang. Sebab semalam, isteri saya, seorang balu syahid telah bermimpi yang saya sedang melakukan tawaf mengelilingi Kaa'bah. Hari ini ternyata saya memenangi cabutan bertuah umrah."

Meremang bulu roma kami dengar. Mereka ni bukan saja sebaik-baik huffaz di sini tetapi orang macam mereka inilah yang biasanya diangkat sebagai syuhada' kelak.

Banyak lagi kisah macam ni yang kami dengar tadi. Esok saya kongsikan ya. Kalian ambil tindakan dahulu supaya tak terlepas peluang. Kita sambung esok inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya menulis coretan ini dan di hadapan saya 1442 orang huffaz Al-Quran.

Kami berada di dalam majlis yang dihadiri lebih 10,000 orang penduduk, meraikan generasi Al-Quran yang baru sahaja lahir dalam program Sofwah Al-Huffaz ini. Suasana yang tidak dapat digambarkan kerana keberkatan yang tak dapat digambarkan.

1442 orang huffaz berkumpul pada satu masa dan mereka ini telah mengkhatamkan bacaan Quran melalui hafazan, kulit ke kulit dalam masa satu hari sahaja, dua minggu lepas. Lebih 10,000 pejuang daripada kalangan penduduk yang datang meraikan mereka, di bumi barakah yang sedang berada di ambang perang dan menunggu serangan pada bila-bila masa.

Hari ini hari mereka diberikan sedikit penghargaan atas penat-lelah mereka mendokong Al-Quran. Dan saya tak dapat menahan diri dari menyahut seruan pengacara yang memberikan tawaran lumayan kepada sesiapa yang sanggup mengurniakan hadiah umrah dengan nilai RM8000 kepada peserta yang akan dipilih melalui cabutan bertuah.

Apa tawaran lumayan yang mereka janjikan? Ketika umrah, hafiz yang terpilih akan mengkhatamkan Al-Quran keseluruhannya secara ghaib untuk penaja, sekali di Masjid Al-Haram dan sekali di Masjid Nabawi!

Allahuakbar!

Dua kali bacaan Quran penuh di dua masjid paling diberkati di dunia dihadiahkan kepada penaja yang menghantar mereka melakukan ibadah yang mulia.

Saya terus memaklumkan pengacara, bahawa saya akan mencari penaja untuk LAPAN orang menunaikan umrah dan saya yakin penaja yang saya cari ada di kalangan kalian yang membaca.

Lebih daripada itu, saya orang pertama yang akan menyumbangkan RM8000 untuk hafiz pertama dihadiahkan umrah! Saya tidak kaya dunia tetapi tawaran akhirat ini terlalu lumayan untuk saya tolak. Duit boleh dicari tapi bila lagi akan ada peluang huffaz menghadiahkan dua kali khatam Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi?

Ini bermakna hanya TUJUH peluang tajaan umrah sahaja lagi berbaki. Setiap tajaan bernilai RM8000. Kepada yang mahu mengejar peluang ini, maklumkan di komen atau PM dan saya akan menghubungi kalian.

Kepada yang mahu memberikan hadiah untuk perkara lain seperti bantuan perkahwinan huffaz dan bantuan perubatan mereka yang memerlukan, sumbangan kalian boleh disalurkan melalui akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan : sofwahhuffaz

Jangan lupa menulis rujukan ya. Sasaran awal kita RM100,000 pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini selain TUJUH peluang tajaan umrah yang saya sebutkan di atas.

Kalian telah membaca tulisan ini di waktu yang mustajab doa kerana kalian dipilih Allah untuk mengagungkan dan menggembirakan keluargaNya, keluarga Al-Quran. Mudah-mudahan kita tak membiarkannya berlalu tanpa tindakan. Sekurangnya kongsikan kerana mungkin ada yang mahu berkongsi rezeki.

(Nampak tak saya yang duduk paling depan, berbaju batik)

Читать полностью…
Подписаться на канал