https://www.facebook.com/100008576942453/posts/pfbid021urJQd2egCworJWgHjG2PhB16q3X58EEjVAi4WTS2d6oyk7aBQFb4996vgz28S2jl/?mibextid=Nif5oz
Korang tengok juga video ni, ziarah NGO Palestin di Malaysia, Friends Of Palestine ke NGO-NGO Malaysia kita bersempena Hari Kebangsaan.
Siap ada kek tema Merdeka tau! 😍
Beberapa hari lepas kami berborak di medsos dan bersetuju untuk berjumpa. Tiba-tiba Ezz menyeluk begnya dan saya dikejutkan dengan lakaran gambar ini oleh Ezz Lulu.
Terima kasih Ezz atas hadiah lukisan ini. Selalunya saya hanya melihat video-video viral beliau di ig, membuat kejutan melukis marhaen di sini dan menghadiahkan mereka lukisan tersebut. Kalian tengoklah sendiri bagaimana beliau mengukir senyuman di wajah polis, peniaga kecil dan penduduk lain.
Ezz ini pelajar perubatan tahun lima tetapi mempunyai bakat melukis sejak kecil. Kami berkenalan tahun lepas ketika dia hendak masuk pemilihan sebagai EU Goodwill Ambassador.
Saya memberikan beberapa cadangan kepadanya untuk fokus membina 'personal branding' dan beliau mengikutinya dengan baik, alhamdulillah beliau terpilih sebagai EU Goodwill Ambassador, dan pengikutnya di ig juga melonjak naik dengan cepat.
Tahniah atas usaha keras, teruskan maju mengorak langkah ke hadapan!
Memandangkan hari Isnin korang tak suka content berat-beratkan, saya kongsikan gambar ni jelah, anak dara kami.
Orang kata kalau duduk lama-lama kat satu tempat, muka akan ikut iras penduduk tempat tu sikit-sikit.
Saya rasa ada benarnya sebab masa mula-mula sampai sini memang orang tak tersalah, nampak je muka saya dia akan kata Malaysia atau Indonesia atau Jackie Chan!
Tapi lama-lama orang tak tegur dah, depa nampak muka dengan jambang lengkap sama macam spesies depa. Bulu mata pula tebal, melentik elok gittew.
Harapnya Haura' kurangkanlah mandi laut dan main panas supaya boleh cerah sikit. Ni kalau dah gelap macam ni susahlah orang nak tahu yang ayah dia tak perlu Tesla pun berjaya tackle awek Arab dan jadikannya teman hidup *fliphair style Ume Cikin.
*ADAKAH BELIA CAKNA TENTANG KONFLIK PALESTIN – ISRAEL?*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak Cinta Gaza Malaysia (CGM) ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengisi borang soal selidik berkaitan Pengetahuan dan Keprihatinan Golongan Belia Di Bandar Baru Bangi Terhadap Konflik Palestin - Israel.
https://qr.link/H3txiQ
Kajian ini dijalankan dengan tujuan penyelidikan yang akan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu penjajahan Israel di Palestin.
- Segala maklumat peribadi akan dirahsiakan dan digunakan untuk tujuan penyelidikan.
- Jawapan betul dan salah adalah berdasarkan pandangan anda sendiri. Oleh itu, anda berhak memilih jawapan mengikut kesesuaian dan keikhlasan anda.
*Kriteria responden* yang diperlukan ialah:
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Bandar Baru Bangi
- Berumur diantara 18 hingga 30 tahun
Sebarang pertanyaan berkaitan kajian ini boleh diusulkan melalui emel nurmadihahidrus@gmail.com, haikal@cintagaza.org atau hubungi 03-89124588.
Apa alasan kita untuk mendampingi Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup?
Korang tengok sendiri dalam program Sofwah Al-Huffaz ini di mana 1471 huffaz menghabiskan semakan Al-Quran lengkap kulit ke kulit bermula waktu Subuh hingga Maghrib 2 hari lepas. Berapa ramai ibu yang mengelek anak kecil mereka bersama dan tak menjadikan mereka alasan dan penghalang?
Paling seronok, anak-anak ini dalam usia beberapa bulan dah dapat dengar bacaan Al-Quran 30 juz lengkap daripada mulut ibu mereka sendiri!
Ada seorang ibu yang kami jumpa baru melahirkan anaknya dua bulan lepas. Dia bukan saja hadir menghabiskan semakan 30 juz malah ibu beliau turut hadir bersama! Memang keluarga Qurani sungguh.
Sahabat-sahabat, kita dijemput menghargai ribuan huffaz ini dan membantu apa yang boleh untuk perubatan dan kehidupan mereka.
Jom kita hadiahkan kepada para huffaz apa yang termampu. Kita sasarkan sejumlah RM100,000 untuk kita kumpulkan dan pihak penganjur akan menentukan kaedah pembahagian hadiah dan saguhati tersebut kepada yang paling layak dan memerlukan.
Salurkan hadiah kita kepada akaun Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan : 1471huffaz.
Jom sebarkan bersempena hari yang berkat ini!
Awal pagi lagi dah ada orang ketuk pintu rumah. Wah rupanya ada rezeki besar hari ni, 5kg buah tin fresh dari pokok, alhamdulillah.
3 tips murah rezeki,
1. Amalkan solat sunat dhuha sekurangnya dua rakaat setiap hari
2. Amalkan membaca Surah Al-Waqiah sebelum tidur.
3. Banyakkan bersedekah dan dapat saja rezeki terus sebut alhamdulillah,
لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3114798208822598&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz
LIVE 1470 orang menamatkan hafazan Quran di Gaza sekali duduk (bermula Subuh hingga Maghrib). Jom masuk dan tunjuk kepada anak-anak kalian!
Ada peminat coklat Reeses tak kat sini?
Terkejut tak kalau saya katakan yang di bumi ini (tak boleh tulis dah nama bumi ini, Zucker tak suka) saya boleh jumpa baanyaak sangat jenis coklat yang di Malaysia pun susah nak cari.
Sebabnya orang bisnes di sini sangat giat mencari peluang membawa masuk apa saja produk yang dibenarkan dari begitu banyak negara, ke satu tempat yang kecil jadi banyak benda pelik-pelik boleh jumpa dari segenap penjuru dunia.
Begitu juga sebab ada permintaan, orang sini suka bersosial jadi sambil duduk, bercerita memang kena ngap sini ngap sana.
Yang saya nak kongsikan ialah tak semestinya apa yang kalian nampak dari luar, itu persepsi yang betul terhadap sesebuah tempat.
Ya, bumi ini berdepan dengan peperangan tapi tak kebuluran seperti sesetengah negara Afrika. Bumi ini berdepan kepungan tapi taklah sampai tak ada air bila buka pili (walaupun elektrik 8 jam saja sehari).
Jadi perlu tak dibantu? Perlu, sebab kemiskinan masih berada di tahap yang menakutkan. Halangan pergerakan manusia masih berlanjutan. Negara masih di bawah penjajahan. Barang ada tapi tiada kuasa membeli, dan majoriti penduduk tak mampu pun membeli barang bukan keperluan seperti coklat ni.
Kaedahnya, tak tahu, jangan malu bertanya mereka yang berada di tempat tersebut.
Sama macam Kelantan, Kedah. Kita tengok dari luar alahai kesiannya, mundur, tak maju, tak ada hiburan. Tapi kalau tanya yang di dalam, seronok je, ok je. Mereka nilai kehidupan pada ketenangan, healing di depan bendang, kerja tak makan gaji. Dan mereka dah buktikan yang mereka ok je macam tu.
Ayah saya pun orang Terengganu, bila kami balik kampung beliau selesa duduk di pondok usang warisan ayahnya, bangun dengan bunyi ayam berkokok dan tidur diiringi nyanyian cengkerik.
Bertenang, belajar untuk diam dan memerhati. Bila mulut dan jari terlalu cepat bergerak, mata dan akal susah nak bertindak.
Tahniah untuk yang menang, muhasabah untuk yang tumbang. Kini masa membina semula Malaysia terbilang! Ayuh, SELURUH RAKYAT MALAYSIA!
Sekian berita pilihanraya.
Kita kembali ke berita bumi yang sedang dijajah.
Acah je. Jom kita terus menjadi Muslim yang holistik, dakwah-kemanusiaan, tarbiyah, siyasah berjalan seiringan.
Apa pun hari ni sempena hari cuti saya share dulu gambar cuti-cuti penduduk di sini.
Selamat berehat!
Baju jersi yang saya pakai ni daripada koleksi 2len Palestin Kuffiyeh - corak hitam putih yang menjadi identiti pejuang Palestin.
Memakainya bukan sekadar menyarung baju tetapi menyatakan sokongan padu kepada bumi yang terjajah ini. 2len Palestin, Gaya Freedom Fighter!
Korang boleh beli di 2lenpalestin.com selagi stok masih ada.
Ada yang komen, Nadir tak payahlah duk sibuk komen pasal politik, fokus kerja amal tu.
Saya ketawa hikhikhik je.
Kami terjun ke dunia kemanusiaan pun sebab terlibat dengan gerakan dakwah, tarbiyah dan siyasah sejak kecil. Masa saya masih merangkak, ketika itru di Edinburgh, Scotland tempat Abi belajar, kami diheret ke tempat program bertemu Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Yahya Othman dan tokoh lain untuk 'recharge' iman dan Islam di tempat orang.
Abi saya orang lama gerakan Islam yang mana kami dulu sempat hidup dalam kerisauan untuk menyatakan sokongan politik kami - Abi nak sebut dia ikut parti mana pun tak boleh, sampaikan nak dapat gelaran profesor pun susah hinggalah bertukar ke universiti lain. Zaman dulu penjawat awam bila terbukti sokong gerakan yang menentang arus, boleh kena buang daerah, dicampak ke pedalaman tau.
Percaya atau tidak tahun lepas tahun 2022 masa saya balik ke Malaysia, itulah kali pertama saya membuang undi. Ya, kali pertama sebab tu memang excited berjumpa kawan, berarak ke sana ke sini.
Kenapa tak pernah mengundi?
Sebab sejak saya boleh mengundi peluang tersebut tak pernah muncul. Tahun 2008 saya berada di Sabah sebagai pelajar, tak balik mengundi tetapi bermusafir ratusan kilometer untuk membantu pilihan raya di Tawau sehingga hampir dikenakan tindakan oleh pihak universiti.
Tahun 2013 saya sudah berada di Gaza, tempat yang tidak ada kedutaan untuk didaftar sebagai pengundi pos. Itu pun saya keluar juga ke Mesir untuk meraikan keputusan pilihanraya bersama pelajar-pelajar kita di Mesir - akibat keadaan sempadan masuk yang teruk, lebih kurang sebulan saya terbuang di daerah berdekatan sempadan menunggu ia dibuka semula.
Tahun 2018 sekali lagi sempadan menghalang saya untuk keluar, sehinggalah tahun 2022 alhamdulillah, kewajipan tersebut dapat ditunaikan.
Tahun ini? Sejak berminggu yang lepas saya cuba untuk pulang ke Malaysia, menunaikan tanggungjawab tetapi tidak berhasil. Sempadan tersumbat, 40,000 orang telah mendaftar untuk keluar dalam tempoh 2,3 bulan ini malah lebih dahsyat, ada banyak risiko yang menghalang saya untuk keluar secara tergesa-gesa.
Nak balik mengundi, tapi apakan daya, ada risiko nyawa, ada risiko terpenjara, ada risiko keluar tak boleh masuk semula berpisah dengan keluarga. Tapi saya gagahkan juga, hinggalah ke saat akhir masih belum berjaya.
Sebab itulah saya menitipkan pesan kepada kalian, kalau ada peluang balik mengundi, pulanglah. Ia masih belum terlambat. Apa sangat seratus dua duit minyak demi masa depan negara. Apa sangat tersangkut dalam jam 3,4 jam demi masa depan anak-anak kita.
Semoga Allah memandu kita ke jalan yang benar.
Macam hari raya pula hari ni, sejak awal pagi orang datang ziarah dan ucapkan Salam Kemerdekaan Malaysia.
Haj Abu Muhammad, tuan rumah kami siap beli sedulang besar manisan untuk kami agihkan bersempena Hari Kebangsaan kita. Cukup untuk ratusan orang kot!
Kami belum mula pun lagi sambutan rasmi CGM dan rakan-rakan kongsi untuk kemerdekaan tahun ni tau! Ada dua acara besar akan berlangsung hari ni, nantikan!
Ni lagi satu promosi Hari Kebangsaan, stok pun terhad!
2len Palestin ni jenama dan syarikat saya sendiri, kami bawakan gaya Kuffiyeh yang menjadi simbol pejuang Palestin ke dalam bentuk jersi yang trendy untuk kita bergaya. Setiap produk kita ada corak Kuffiyeh ni sama ada jersi Panji, produk pertama yang memang coraknya Kuffiyeh sehinggalah Hoodie Saladin yang ada corak Kuffiyeh di tulisan Palestin.
Paling saya minat jersi Hurriyeh tu sebab terang-terang tertulis Palestin. Yang ni memang koleksi terhad Kemerdekaan dan memang stok sangat sedikit.
Korang klik 2lenpalestin.com dan pilih mana yang berkenan ya!
Alhamdulillah, Naeem selesai bergraduasi di bidang Sains Politik dan Media di Universiti Islam Gaza (UIG).
UIG ni mendapat ranking universiti kedua terbaik di Palestin, jumlah pelajarnya seramai 18,000 orang, graduasi kali ini adalah untuk kali ke-42. Paling menarik semalam diumumkan tentang bidang baru yang dibuka di universiti untuk tahun ini - Kejuruteraan Dengan Pengkhususan Artificial Intelligence. Mantap kan?
Tahniah Naeem dan seluruh graduan UIG, selamat berangkat ke dunia nyata dan penuh pancaroba.
Hari ni bawa Haura' pilihkan sut untuk majlis esok. Bukanlah Haura' yang pilihkan sebenarnya tapi saja bagi maknya geram, dengar cakap anak perempuan bukan cakap dia. Jeles dengan anak is real gais 😆
Orang di sini suka berjangok dan sangat suka majlis keraian. Dan untuk lelaki style mereka ialah bersut sama ada dengan tie atau tanpa tie.
Siapa boleh teka kami ada majlis apa esok? *Klu : Berkait anak sulung kami Naeem 🧐
Jangan lupa esok guys. Walaupun saya dukacitanya tak dapat keluar untuk bersama, tapi akan ada pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seawal 7am. Boleh walk in terus! 👇
Sinari hujung minggu anda dengan #FestivalKITA! ✨
Jemput datang bawa keluarga dan kawan-kawan untuk memeriahkan Hari Kemanusiaan Sedunia pada 19 Ogos 2023 ini di Padang Semarak, Putrajaya.
Daripada parking, tandas yang bersih dan keselesaan surau. Kami sediakan kemudahan untuk semua!
#FestivalKITA akan diceriakan dengan :
➡ Booth Makanan & Minuman
➡ Inflatable Playground
➡ Senamrobik
➡ Petting Zoo
➡ Aktiviti Memanah
➡ Medical Check-Up
➡ Lucky Draw
Dan macam-macam lagi! 🎉
Kami ada aktiviti untuk semua orang. 🥳
Tandakan kalendar anda dan datang ramai-ramai tau?
Klik link untuk daftar larian dan kayuhan! https://tinyurl.com/FestivalKita2023 atau follow kami untuk info lanjut https://www.instagram.com/festival_kita/?hl=en
#FestivalKITA #RunRideRemember #WorldHumanitarianDay
Kalian dengar tak tentang sejarah baru yang tercipta di sini kelmarin apabila 1471 orang mengkhatamkan bacaan daripada hafazan mereka bermula surah Al-Fatihah sehingga An-Nas dua hari lepas?
Mereka berkumpul di masjid bermula Subuh sehingga Maghrib dan membuat marathon semakan hafazan Al-Quran lengkap, kulit ke kulit! Memang layaklah mereka digelar Sofwah Al-Huffaz bermaksud Para Huffaz Terbaik, the best of the best. Dan memang layaklah semenanjung ini dilimpahi kehebatan dan gagal dijajah sehingga kini tatkala kawasan lain habis diratah.
Umur peserta paling muda ialah 8 tahun dan yang paling tua berusia hampir 80 tahun. Ya Allah bayangkan kalau anak-anak kita dapat jadi sehebat mereka, seronoknya.
Sebab tu kami bersyukur sangat bila kami dihubungi penganjur program, Darul Quran Was Sunnah dan dimaklumkan bahawa di kalangan peserta, ramai yang berdepan kesulitan sama ada perlukan bantuan perubatan, miskin malah ramai juga yang merupakan keluarga anak yatim.
Saya terus sebutkan kepada mereka, kami akan usahakan untuk buat apa yang termampu untuk bantu mereka ini, mudah-mudahan dengannya kami mendapat sedikit syafaat Al-Quran dan keberkatan doa mereka. Lagi seronok kalau asbab sedekah kami anak-anak kami pun akan bergelar huffaz kelak.
Jom sahabat-sahabat kita hadiahkan kepada mereka apa yang termampu. Kita sasarkan sejumlah RM100,000 untuk kita kumpulkan hari ini dan pihak penganjur akan menentukan kaedah pembahagian hadiah dan saguhati tersebut kepada yang paling layak dan memerlukan.
Salurkan hadiah kita kepada akaun Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan : 1471huffaz.
Jom sebarkan bersempena hari yang berkat ini!
Salam Takziah dan turut berdukacita di atas pemergian Almarhum Tuan Guru Ustaz Abdul Halim Bin Abbas.
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman 🤲🏻
خير الناس أنفعهم للناس
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0YtnVY8dDC4sYZ89rAVovjyAKgsZ9n54DcrkohUPkf2AA9hUmpKcjPXerTYcE6tnBl&id=100075518004246&mibextid=CDWPTG
Kalian pernah tak dengar kisah serigala dengan anggur masam?
Al-kisah seekor serigala suatu hari melihat segugus anggur yang tergantung di dahan. Si serigala terliur - kebetulan cuaca pun panas dan anggur nampak bulat dan penuh berisi air, mampu menghilangkan haus.
Lalu serigala pun melompat untuk cuba menjatuhkan anggur. Dicuba berkali-kali, tidak berjaya. Dicuba lagi dan lagi, masih tak berjaya. Akhirnya serigala berputus asa. Ah, kata serigala, aku tak nak pun kat kau, lagi pun confirm masam.
Pengajaran dari kisah ini,
1. Jangan kata apa yang kita tak dapat itu masam. Kalau pun ia masam, mungkin ia manis untuk orang lain. Konteks semasa : Ramai yang komen belakangan ini beberapa negeri di Malaysia tak maju, tak canggih, masam. Mungkin ia masam tapi disukai oleh penduduknya, orang yang berjaya menggapainya. Atau mungkin ia memang manis tapi sebab kau tak hado kau kata masam.
2. Anggur ni bermusim, manisnya pun bermusim. Awalnya mungkin manis, lama-lama kalau perah dan simpan jadi mabuk. Konteks semasa : Pemimpin yang dah lama sangat diperah, jangan simpan. Simpan lama sampai mabuk orang tak suka, lama-lama jadi busuk.
Kalau anggur masam mailah ke sini, anggur sini manis dan sodap, tengah bermusim pula tu 😃
Bismillah. Selamat mengundi semua!
Jangan lupa jalankan tanggungjawab anda dan jangan lupa saudara kita di Gaza 😉
Layari https://health4gaza.com atau salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 (rujukan: health4gaza).
#Health4Gaza
#Heroes4Hope
Siapa pun yang akan diundi esok, jangan sampai berpecah-belah. Ingat, kita ada musuh lebih besar untuk dihadapi bersama.
Kita angkat tangan ni lawan? Israel dan kuncu-kuncunya!
Selamat Memilih Malaysia!
Tok Minah saya ni orang Melayu generasi lama yang masih berbaki di Penang. Tok tinggal di kawasan perumahan elit, beberapa minit saja dari jambatan Penang dan bukan di kawasan majoriti Melayu di Balik Pulau.
Tahun lepas masa saya balik ke Malaysia saya sempat menziarahi beliau. Di usia 80an beliau tak mahu meninggalkan rumah untuk tinggal bersama anak-anak tetapi mereka yang bergilir menemaninya dan berkhidmat. Moga Allah balas jasa makcik-makcik dan pakcik-pakcik saya. Di usia tersebut beliau masih bertenaga – pagi keluar ke ‘market’ mencari sarapan, sesekali membeli-belah bersama kawan-kawan.
Tok saya bekas Maktab Perguruan Durian Daun, institusi ulung yang banyak menghasilkan pejuang kemerdekaan, generasi guru yang lama dulu. Beliau kenal datuk saya ketika bermain badminton – keduanya wakil Penang dalam sukan badminton.
Hari itu ketika keluar untuk makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Kayu yang harganya mencekik darah, beliau menunjukkan deretan rumah-rumah Semi-D yang sederet dengan rumah beliau. Hang tengok ni Mat, kata beliau, memanggil saya dengan panggilan biasa di dalam keluarga.
Dulu rumah-rumah kat sini ramai orang kita. Lepas tu depa jual satu-satu, pi duduk tang lain. Tok beli rumah ni dulu harga tak sampai RM50 ribu, sekarang dah lebih RM2 juta rumah Tok. Kalau Tok jual siapa ja yang mampu beli? Orang kita memang tak beli.
Saya mengangguk membiarkan beliau sambung bercerita.
Dulu, cikgu-cikgu Melayu kita ramai yang nak beli rumah di sini masa kawasan ni baru nak dibangunkan. Tapi masa tu pemaju, bukan orang kita, dia sebut kat kami, janganlah beli di sini, di sini akan ambil masa bertahun-tahun baru akan siap. Pergi beli di Seberang Prai sana, sana kami boleh bagi siap cepat.
Bila dia sebut macam tu cikgu-cikgu kita pun ramailah yang lari pergi beli di Seberang sebab terpaksa, tak ada rumah nak duduk. Tapi Tok habaq kat dia, Tok nak beli di sini juga. Masa tu Tok tak kisah sebab Tok ada rumah lain dah di Sungai Dua.
Saya pun tanya kepada Tok, tahun 1970an dulu lagi dah ada perancangan nak bagi orang Melayu kita pindah ke seberang ya? Tok jawab, memang pun, la ni mana nak cari orang kita di pulau ni.
Saya pun mengangguk saja. Akhir sekali Tok sebut, la ni nak keluar pangkah undi pun malas, tak boleh tukar aih. Tetapi saya pujuk, kena juga keluar mengundi Tok, tanggungjawab kita walaupun hanya satu pangkah. Dah undi, berserah yang Allah berikan yang terbaik.
Saja nak kongsi kepada kalian cerita orang lama. Harapnya sempat balik dan berbakti kepada Tok Minah lagi, ameen. Doakan Tok Minah saya ya.
Salam Jumaat, jangan lupa membaca Al-Kahfi, banyakkan berselawat dan berdoa negara kita diberi kemakmuran dan kesejahteraan.