Ada orang bila baca ulasan tentang debat semalam, terus melompat nak komen pertahankan siapa yang disokong.
Saya lebih suka menjadikannya tanda aras kebodohan diri sendiri dalam satu-satu bidang. Abi, ayah saya walaupun ketika sudah bergelar profesor dalam bidang Sejarah Asia Barat, masih lagi membawa masuk buku ke dalam tandas setiap kali berqada' hajat supaya ada ilmu baru dapat dicodek dan masa tak terbuang. Walaupun pakar dalam hal-ehwal rantau ini beliau masih bertanya kepada saya kalau ada isu yang kurang jelas.
Beliau memupuk elemen 'be curious' dalam diri kami - kalau ada perkara yang tak diketahui, belajar, belajar dan terus belajar.
Sebab itu bila mendengar debat semalam (dan ulasan selepas pembentangan Ekonomi Madani serta NETR) saya terus mendaftar kursus makroekonomi dan polisi fiskal online di Coursera. Saya juga 'binge watch' Crash Course ekonomi di You Tube dan membersihkan habuk-habuk di ruang Ekonomi di rak perpustakaan peribadi kecil saya.
Nak menyokong sesiapa itu pilihan. Tetapi membangunkan negara adalah tanggungjawab semua dan ia tidak akan berjaya tanpa usaha para cerdik pandai.
Belajar, belajar dan terus belajar!
7. Sifat ‘extrovert’ sangat tertonjol pada YB Sanusi, tetapi pada masa sama beliau seorang yang ‘agreeable’ - walaupun kadangkala sifat kahaq dan loqlaq semula jadi orang utara mungkin disalah tafsir. Yang pasti beliau seorang yang sangat berempati dan berjiwa rakyat; saya sendiri mengenali beliau di dalam gerakan NGO kemanusiaan PasRelief sebelum beliau terlibat dengan rancak di pentas politik, dan hari ini beliau juga menunjukkan empati yang tinggi terhadap rakyatnya melalui gagasan-gagasan yang dikemukakan.
8. Badut atau Hero, yang pasti YB Sanusi berjaya mencipta fenomena baru yang disukai – rakyat suka kepada politikus yang bercakap ‘direct’ tanpa banyak pusing, membumi dan tidak menyembur janji palsu, walau apa warna politiknya sekalipun. Beliau pastinya tidak mudah untuk ditumbangkan seperti Trump yang berjuang tanpa prinsip dan pedoman.
9. Jangan lupa menyaksikan Diskusi Ekonomi YB Rafizi vs YB Syahrir sekejap lagi. Ayuh menjadi pengundi yang bijak dan berinformasi.
👆Sangat menarik untuk dibaca tentang REE. Ya Allah berikan kestabilan kepada Malaysia supaya agama, anak bangsa dan negara ini dapat dibangunkan dan dimajukan.
Yang benar, Nadir Bumi dan Akhirat
Jom guys kali ini CGM dan CSM bergabung tenaga untuk #FestivalKITA 🤝🏻💯
Jangan lepaskan peluang untuk temui kami semua pada 19 Ogos ini di Padang Semarak, Putrajaya.
Datang ramai-ramai tau!🥰
Dapatkan tiket anda sekarang! Klik link untuk daftar larian dan kayuhan! https://tinyurl.com/FestivalKita2023 atau follow kami untuk info lanjut https://www.instagram.com/festival_kita/?hl=en
#FestivalKITA #RunRideRemember
Mick Bowman, seorang aktivis Ireland, telah berjalan kaki sejauh 2,200 batu ke Palestin yang bertujuan untuk menunjukkan tanda solidariti dengan mereka yang hidup di bawah rejim apartheid Israel di Palestin.
Bowman berlepas dari Calais, Perancis, pada 16 April dan telah berjalan kaki sekitar 15 batu sehari selama enam bulan untuk sampai ke Palestin menjelang bulan Oktober.
Lelaki berusia 65 tahun itu berjalan sendirian, hanya diiringi sepanduk 'Bebaskan Palestin' dan berkhemah di sepanjang jalan raya.
SubhanaAllah, semangat ini yang kita mahukan 😢
Sumber: QNN
Kita dah merdeka, masanya kita ingatkan diri kita tentang usaha memerdekakan bumi Palestin pula!
Dan apakah yang lebih indah dari diingatkan dengan azan dari bumi Gaza, Palestin yang dilaungkan setiap masuk waktu solat daripada corong pembesar suara jam dinding versi Aqsa ini??
Jom, hadiahkan diri sendiri, kawan-kawan dan ibu bapa dengan jam unik dan cantik ini, harga istimewa bersempena bulan kemerdekaan 🇲🇾🇵🇸
Musim apa pula ni guys di sini?
Musim buah tin! Kita selalu baca Surah At-Tin kan tapi kita tahu tak kenapa Allah sebutkan buah tin ni di dalam Al-Quran?
وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيۡتُونِ (1) وَطُورِ سِينِينَ (2) وَهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٱلۡأَمِينِ (3)
Sebenarnya 3 ayat pertama dalam Surat At-Tin ini merujuk kepada 3 tempat agung, tempat diutuskan 3 daripada 5 Rasul Ulul Azmi, para rasul yang paling kuat diuji.
Tin dan zaitun merujuk kepada bumi yang dipenuhi buah tin dan buah zaitun, Baitul Maqdis tempat diutuskan Nabi Isa Alaihissalam.
Turi Sinin ialah Tur Sinai di Mesir tempat diutuskan Nabi Musa Alaihissalam.
Dan Al-Balad Al-Amin, negara yang aman dan tenang adalah tempat diutus penutup seluruh Nabi, Nabi Muhammad S.A.W iaitu bumi Mekah.
Power tak buah tin sampai Allah sebut dalam Quran?
Link: https://youtu.be/UszAVWSTSaw
JOM tengok music video Sirih Pulang ke Gagang! 🕊️
#TSXCGM
يَسَّـرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ
"Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya di dunia dan akhirat."
- Riwayat Ibnu Majah
Alhamdulillah setakat tarikh 24/7/2023, sebanyak RM121,295.32 telah berjaya dikumpulkan. Terima kasih rakyat Malaysia! 🥰
Untuk makluman semua, ada beberapa jenis bantuan antaranya:
✔️ Pengangkutan untuk Orang Kurang Upaya (OKU)
✔️ Pembedahan Kecil untuk penduduk Gaza
✔️ Bantuan rawatan di rumah penduduk Gaza
Kadang-kadang kita nampak sumbangan kita sebanyak RM300, RM400 itu kecil sahaja, tapi di Gaza, ia merubah masa depan.
Dengan sumbangan perubatan yang membolehkan mereka dibedah di hospital swasta, mereka akan dapat meneruskan kehidupan semula.
Oleh itu, kami di CGM terus komited untuk menyediakan bantuan kesihatan kepada penduduk di Gaza dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dalam memastikan penyelarasan bantuan yang teratur.
Untuk kalian yang ingin menyumbang untuk membantu sektor perubatan di Gaza boleh layari https://health4gaza.com atau salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 (rujukan: health4gaza).
#Health4Gaza
#CGM
SEGMEN DIALOG SENJA PLUS ☘
Orang kata, kenapa nak peduli mengenai Palestin sedangkan di Malaysia pun banyak isu dan masalah yang timbul. Adakah betul pemikiran yang sebegitu?
Sempena jualan buku Baitul Maqdis: Jalan Menuju Pembebasan, kali ini kami bawakan kepada anda semua penulis-penulis dalam segmen Dialog Senja Plus untuk mengupas tajuk Bebalisme Menurut Umat Islam.
Kami dengan sukacitanya menjemput saudara dan saudari untuk mengikuti Dialog Senja Plus secara langsung yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut:
Tarikh: 26 Julai 2023 (Rabu)
Masa: 3:00 - 4:00 petang
Tempat: FB dan YT LIVE di Terkini dan Sensasi Palestin
Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk tonton!
#DialogSenjaCGM
#Heroes4Hope
Rakyat Palestin yang kembali ke kem pelarian Jenin di Tebing Barat telah berhadapan dengan banyak kemusnahan berikutan serbuan selama 48 jam oleh tentera rejim Israel.
Sumber: Al-Jazeera
Serangan paling teruk ke atas Jenin, sejak ia hampir dimusnahkan pada tahun 2002.
Korang dah tengok video projek korban kita di Kenya? Seronoknya tengok saudara seislam kita berlari seronok untuk dapatkan daging korban!
https://www.youtube.com/watch?v=AaQif36EOjQ
YB Sanusi; Badut atau Hero Malaya?
1. Figura politik paling sensasi ketika ini ialah YB Sanusi, MB Kedah. Setiap butir bicara beliau diperhatikan media, dijadikan tajuk berita dan dibahaskan kawan dan lawan dalam kempen politik. Di podcast Keluar Sekejap di YouTube sahaja, siri yang menampilkan YB didengari hampir 1.1 juta orang, siri kedua teramai didengari 362,000 orang bertajuk YB Sanusi ditangkap dan ketiga teramai bertajuk Ucapan YB Sanusi dan LGE.
Saya menjadikan podcast KS sebagai rujukan angka kerana ia ilmiah dan membina, justeru saya menganggap didengari oleh semua warna politik yang berminat kepada pembangunan dan kemajuan negara.
2. Masyhurnya YB Sanusi menjadikan beliau dilabel lawan sebagai Badut dan kawan sebagai Hero Malaya. Jujurnya apabila YB mula muncul dan dikenali di arena politik, saya selalu terimbas watak Donald Trump bekas Presiden US yang juga dipanggil badut politik oleh musuh-musuhnya.
3. Adakah ada persamaan di antara kedua tokoh ini? Ya, ada. Bertentangan dengan persepsi ramai yang menganggap Trump sebagai tiada ‘substance’ dan buta politik, ramai penganalisa berpendapat bahawa dia telah berjaya memecahkan stereotaip lama politik US dan menguburkan ‘pakar-pakar polisi dan kempen pilihanraya’ yang selama ini mendominasi pentas.
Antara kejayaan besar Trump juga ialah tidak bergantung kepada media massa – Twitter menjadi saluran utama menyampaikan maklumat dan media yang terpaksa menurut lamannya dan merespon kepada apa yang disebutkan.
4. Trump mendekati golongan majoriti pekerja dan menyelami hati budi orang berkulit putih yang bosan dengan tema keadilan untuk semua, sosialisme dan hak orang berkulit putih yang diambil pendatang.
Dia membawa tema yang dekat dengan jiwa pengundi iaitu ‘Make America Great Again’ dengan memulangkan kuasa kepada tuan tanah. Walaupun Trump dianggap drastik dalam tindakan dan mulutnya lebih laju daripada akalnya, dia berjaya menumbangkan gergasi politik Hillary Clinton dengan pembawaan tersebut.
5. Dalam aspek ini YB Sanusi mempunyai banyak persamaan dengan Trump. YB mula dikenali kerana berani bersuara ‘mengacah’ JDT yang dianggap taboo kerana dipayungi Kerabat Diraja. YB dekat dengan penduduk Melayu yang merupakan tuan tanah khususnya apabila ‘voter base’ beliau juga di kalangan orang Melayu. Beliau membawa mesej ‘The Greater Kedah’ dengan menyentuh aspirasi orang tempatan untuk mengangkat Kedah keluar daripada kemiskinan.
Paling akhir YB membawa isu Pulau Pinang yang asalnya dimiliki Kedah – kontroversi yang membawa rakyat membelek semula susur-galur sejarah. YB Sanusi kekal relevan di ‘spotlight’ dengan tidak bergantung kepada media massa; seperti Trump beliau yang mencipta ombak dan berita, bukan sebaliknya.
6. Tetapi ada sesuatu yang besar yang membezakan kedua figura ini. Sebuah kajian bertajuk ‘The Mind of Donald Trump’ membawa dapatan menarik tentang pemerhatian ke atas personaliti psikologi kesemua presiden US sejak George Washington. Mereka digolongkan ke dalam 5 kelompok sama ada mempunyai trait – ‘extroversion, neuroticism, conscientiousness, agreeableness dan openness’.
Kajian ini sangat menarik dan saya akan meletakkannya di grup telegram untuk kalian menilai juga posisi personaliti kalian secara psikologi. Trump dikelompokkan sebagai seorang yang sangat ‘extrovert’ dan sangat tidak ‘agreeable’. Memetik kajian itu sendiri, sebagai seorang extrovert ‘Trump plays his role in an outgoing, exuberant, and socially dominant manner. He is a dynamo – driven, restless, unable to keep still.’ Tetapi sebagai seorang yang sangat tidak ‘agreeable’, Trump mempunyai sikap angkuh, tidak berempati, sukar dipercayai dan tidak jujur.
Kita nak exercise sikit untuk jaga kesihatan supaya perjuangan boleh diteruskan pun malas. Cuit diri sendiri 🥲 Jom ikut larian kita, poster di bawah 👇
Читать полностью…ESOK LAST DAY UNTUK MENDAFTAR PAKEJ PREMIUM!
Jam terus berputar! 🕚
Hanya tinggal 2 hari je lagi sebelum Pakej Premium akan ditutup. 😰
Daftar sekarang dan jadi sebahagian daripada usaha murni #FestivalKITA
Dengan hanya RM67 anda boleh dapatkan jersi cool selain medal, beg dan e-sijil. ✨
Oh, korang berpeluang juga untuk menang lucky draw tau! 🎁
Dapatkan tiket anda sekarang! Klik link untuk daftar larian dan kayuhan! https://tinyurl.com/FestivalKita2023 atau follow kami untuk info lanjut https://www.instagram.com/festival_kita/?hl=en
#FestivalKITA #RunRideRemember #FestivalHighlights
MERDEKA SALE!
PROMOSI sehingga 47.27% bagi jam AZAN DINDING versi AQSA.
.
dan ada Potongan berganda bagi beberapa model yang paling laris yang lain.
.
jangan lepaskan peluang berharga ini untuk miliki atau hadiahkan jam BURUJ pada mereka yang tersayang.
.
inilah masanya, dapatkan di sini --> https://buruj.my
.
--> https://buruj.my
#promosimerdeka
#merdekasale
#burujwatches
#jamazan
Ramai sangat seru, kan dia dah buat kemunculan dah.
Dalam Bahasa Inggeris dipanggil dragon fruit, dalam Bahasa Arab تنين Tneen.
Musim panas memang musim segala jenis buah muncul, nasiblah korang kena melayan gambar saja. Ramai yang tanya boleh tak pos produk buah-buahan ke Malaysia, jawapannya maaf tak boleh, kami masih dalam kepungan 🙌
Lagu ni feel dia bila kalian bayangkan wajah anak-anak syuhada' yang melambai ayah mereka yang keluar berjuang buat kali terakhir.
Ayah mereka bagai sirih pulang ke gagang, tapi gagangnya adalah ke pangkuan keluarga, atau ke pangkuan Pencipta?
Lagu Sirih Pulang ke Gagang dah keluar dekat Spotify. YT malam ni keluar music video ✨
Spotify: https://open.spotify.com/album/0EJufnjFggtiCdyP1w9bYf?si=g6G4HiYLRVWPz6KNCTyrIw
YT: https://youtu.be/UszAVWSTSaw
Assalamualaikum semua, apa khabar? Salam pagi Jumaat penuh berkat, jangan lupa untuk berpuasa Hari Asyura pada hari ini. Yang tak puasa semalam (Khamis), kena puasa juga esok (Sabtu) ya sebab puasa sunat Asyura kena dua hari, sehari sebelum atau selepas.
Jangan lepaskan juga peluang untuk menyumbang untuk projek kesihatan di Gaza!
Ni ke peach yang viral sangat tu? Kat sini namanya كعب الغزال yang bermakna tapak kaki rusa, sebab bentuknya macam tapak kaki rusa. Korang dah try ke?
Jangan stress sangat, mulakan minggu baru dengan senyuman!
AMARAN 🚨
Video seorang pemuda Palestin yang tidak bersenjata ditembak di leher. Dia dalam keadaan mamai dan cuba untuk menyelamatkan diri. Video ini dikongsi oleh cctv milik penduduk tempatan di sana.
Harapnya sempat pemuda tu pergi ke hospital 😢
Sumber: Twitter Nour Odeh