Kerajaan penjajah Israel mengadakan perjumpaan di dalam terowong di bawah Tembok Buraq, kawasan Masjid Al-Aqsa bagi meluluskan pembinaan penempatan haram baru di kawasan tanah Palestin. Agenda mereka meYahudikan Palestin semakin berjaya dan keputusannya dibuat di dalam terowong di bawah Masjid Al-Aqsa sebagai mencabar penentang mereka!
Читать полностью…Sejarah hitam umat Islam !
Hari Nakbah wajar dikenang sampai bila-bila.
Jom baca info asas tentang Hari Nakbah di link berikut:
https://2lenpalestin.com/blogs/news/hari-malapetaka-atau-hari-nakba
Kedua-dua anak di dalam gambar ini, Karam dan Ghazal mempunyai banyak persamaan.
Yang pertama, mereka baru sahaja kehilangan ayah di dalam serangan yang lepas ke atas Gaza.
Yang kedua, walaupun mereka masih kecil tetapi keduanya sangat responsif apabila melihat wajah ayah mereka di gambar dan video. Karam sedang menunjukkan ucapannya di kubur ayahnya. Apabila ditanya adakah kita nak menggali kubur ayah dan mengeluarkan ayah supaya ayah boleh hidup semula, dia menjawab tidak, kita kena gali kubur kemudian kita yang pergi turun bersama ayah.
Anak kedua pula, Ghazal akan mencium dan menjilat gambar ayahnya setiap kali ditunjukkan kepadanya.
Kedua-dua ayah Karam dan Ghazal, As-Syahid Aiman Saidam dan As-Syahid Alam Abdul Aziz adalah kawan karib ketika masih hidup. Mereka selalu sangat dilihat bersama sehingga ketika misi terakhir melepaskan roket mempertahankan Gaza, mereka keluar bersama-sama, mati di dalam pelukan sebagai dua orang sahabat, dengan jari telunjuk diangkat.
Betullah apabila bersahabat kerana Allah dan perjuangan, maka perpisahan pun akan ditakdirkan kerana Allah dan perjuangan, dengan sebaik-baik jalan.
Oh ya, penglibatan kedua-dua pemuda Aiman dan Alam di dalam perjuangan langsung tak diketahui keluarga mereka sehinggakan mereka terkejut apabila mendapat berita keduanya terkorban sebagai syuhada’.
Begitulah ikhlasnya perjuangan, ia di antara diri sendiri dan Tuhan, sehinggalah nyawa dicabut dan dunia menyaksikan yang hidup dan mati mereka, benar-benar untuk akhirat yang berkekalan.
Al-fatihah.
Sahabat-sahabat, hari ini kita perlu mencapai sasaran untuk membantu anak-anak yatim yang telah ditinggalkan. Mereka kini bergelar anak-anak kita sendiri. Bantu kami mencapai sasaran minima RM160,000 bersama-sama di hari penuh keberkatan ini, inshaAllah.
Kalau ada yang nak menjadi penaja anak yatim untuk tempoh panjang juga boleh baca di pautan dan hubungi nombor yang tertera di link di bawah salurkan ke Maybank 564810507826 atas nama Cinta Gaza Malaysia rujukan kecemasan,
emergency4gaza.com/anakyatim
Dan sebarkan supaya kita juga dapat dikumpulkan bersama mereka yang kita kasihi di syurga kelak, ameen.
Boleh juga salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Читать полностью…Bila kami sampai ke rumah as-syahid Ali dan Hasan Abu Ghali, kami disambut oleh anak ini, Muhammad yang lengkap berpakaian kot. Saya bertanya kepada dia, kenapa segak sangat? Kata Muhammad, hari ini adalah hari raya dan kalian adalah tetamu kami. Hari raya? Bukankah ayahnya baru syahid beberapa hari lepas? Saya bertanya di dalam hati, tak sanggup nak menuturkannya di mulut.
Kata Muhammad lagi, ayahnya sedang membina untuk mereka istana di syurga. Nanti bila dah siap, mereka semua akan mengikut ayah ke sana. Allah. Patutlah adik-beradik Muhammad pun bertemu kami dengan wajah tenang dan gembira.
Bila mendengar ibu as-syahid, nenek kepada Muhammad bercerita, saya faham dari mana datang kekuatannya. Kata beliau, kehilangan dua orang anak sekaligus bukanlah luar biasa. Bukan itu sahaja ujian yang dihadapai mereka!
Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dihukum penjara di dalam kurungan penjajah selama 23 tahun. Beliau juga mempunyai anak perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dibesarkan sejak kecil!
Barangkali lidahnya yang tak henti-henti mengucapkan alhamdulillah, alhamdulillah, adalah rahsia kesabarannya yang luar biasa. Semoga Allah meminjamkan sedikit kesabarannya untuk kita berdepan dengan ujian-ujian yang jauh lebih kecil, ameen.
Kita baru berjaya mengumpulkan RM6000 daripada RM160,000 yang kita perlukan untuk bantuan awal anak yatim yang baru di Gaza seramai 37 orang selepas serangan terbaru yang lepas.
Jom tumpang syafaat para syuhada' dan sumbangkan sedikit di https://emergency4gaza.com/anakyatim
Seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit, berapa yang kalian mampu, hulurkanlah demi mereka. Demi menjadi jiran dengan Rasulullah S.A.W di dalam syurga, mudah-mudahan.
https://www.facebook.com/photo?fbid=567151395581614&set=a.101374945492597
Link untuk share di facebook. Ramai yang melihat dan membaca, Ya Allah harapnya ramai juga yang bertindak.
Mengikut perbincangan awal kami dengan Kementerian Perumahan Palestin di Gaza, jumlah kerosakan rumah akibat serangan baru-baru ini ke atas Gaza dan jangkaan kos baik pulihnya adalah seperti berikut :
Rumah musnah keseluruhan - 93 buah
Kos baiki setiap rumah - $50,000
Rumah musnah separa dan tak boleh didiami - 128 buah
Kos baiki setiap rumah - $10,000
Rumah rosak dan perlu baik pulih sederhana - 300 buah
Kos baiki setiap rumah - $5000
Rumah rosak dan perlu baik pulih kecil - 1500 buah
Kos baiki setiap rumah - $2000
Jumlah keseluruhan diperlukan untuk baik pulih rumah : $10,430,000
Untuk mereka yang rumahnya langsung musnah, majoriti telah menerima sumbangan daripada kita untuk membolehkan mereka menyewa rumah sementara dan mendapatkan makanan. Hari ini kami akan bergerak menyantuni kesemua 37 orang anak yatim baru serangan dan seterusnya menggerakkan usaha baik pulih rumah.
Saya minta sahabat semua kongsikan pautan ini supaya kita boleh sumbangkan sedikit sorang. Sasaran awal kita hanya RM1 juta sahaja walaupun keperluan sekitar RM50 juta. Kita buat apa yang mampu bersama-sama ya.
Sumbang di sini https://securepay.my/collections/baikpulih
Jangan lupa kongsikan di medsos dan grup whatsapp kalian ya!
Saya memohon kepada kalian untuk terus melakukan sumbangan kerana keperluan terlalu besar sedangkan sumbangan yang masuk setakat ini terlalu kecil. Tolong share juga post ini, jangan biarkan fb menang ke atas kita dengan menggagalkan misi ini dan memadam posting.
Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Alhamdulillah gencatan senjata telah berlaku dan keadaan kembali separa aman.
Kini tiba masa untuk tugas lebih besar dan susah, tugas memulihkan semula kehidupan mangsa serangan. Ketika inilah mereka akan kembali ke rumah dan mendapati penat-lelah membinanya selama puluhan tahun telah menjadi abu dan lebih perit, anak-anak kita pula akan sedar yang ayah dan ibu tempat bergantung dan bermanja telah tiada dalam sekelip mata.
Kita di Cinta Gaza Malaysia telah menyampaikan bantuan kecemasan berbentuk wang ringgit sejak waktu serangan lagi, dengan nilai 1000 dollar kepada keluarga yang rumah mereka musnah keseluruhan dan musnah separa (tidak boleh didiami). Biasanya wang bantuan awal akan digunakan untuk menyewa rumah sebagai tempat tinggal sementara dan membeli keperluan pakaian dan makanan.
Hari ini kami akan terus menyampaikan sumbangan wang kecemasan ini kepada keluarga lain yang belum memperolehinya.
Seterusnya pihak CGM bersama Kementerian Perumahan akan menilai kos kerosakan rumah-rumah yang ada dan berusaha membaikinya bergantung kemampuan dan sumbangan kalian.
Kami juga berhasrat mengambil seluruh anak yatim di dalam serangan kali ini untuk berada di bawah payung jagaan dan perhatian CGM. Ini juga akan memerlukan pendana-pendana jangka masa panjang.
Saya memohon kepada kalian untuk terus melakukan sumbangan kerana keperluan terlalu besar sedangkan sumbangan yang masuk setakat ini terlalu kecil. Tolong share juga post ini, jangan biarkan fb menang ke atas kita dengan menggagalkan misi ini dan memadam posting.
Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Updated :
Al-Jazeera : Israel membenarkan 300 orang asing yang berada di Gaza meninggalkannya melalui sempadan Erez, Bait Hanoun.
*Biasanya bila orang asing diminta keluar tandanya serangan akan makin dahsyat.
**Orang asing biasanya adalah yang bekerja di organisasi antarabangsa seperti UN, Doctors Without Borders. Saya tidak termasuk di dalam senarai mereka 😄
***Ada lagi orang asing di Gaza yang tidak keluar, yang keluar adalah atas permintaan mereka.
Angka syuhada' kanak-kanak dalam serangan-serangan ke atas Gaza.
Kalian jangan lupa ikuti telegram PALM Strategic Initiatives di bawah CGM ini untuk update cepat dan tepat isu Palestin 👇 /channel/PALM_Strategic
Pada masa Gaza diserang, pembunuhan dan serangan di Tebing Barat terus berlaku. Jumlah syuhada' Palestin bermula awal 2023 mencecah 150 orang.
Читать полностью…Anak-anak ini daripada keluarga Yasin, kawasan Az-Zaitun, Gaza cuba menyelamatkan sisa barangan yang berbaki setelah rumah mereka dibedil roket penjajah.
Читать полностью…3 orang syuhada' di Nablus, Tebing Barat selepas serangan penjajah ke kawasan tersebut beberapa jam lepas.
Читать полностью…Saya mendapat gambar ini dari grup whatsapp. Ia bukan berlaku di Gaza tapi cukup mengetuk hati. Saya pun tak pasti kebenarannya tapi ia tetap boleh dijadikan pengajaran.
Katanya gambar ini diambil setelah proses pembedahan untuk bersalin selama 7 jam lamanya. Di sebelah kiri ialah gambar bayi yang baru lahir dalam pelukan ibunya dan di sebelah kanan ialah gambar doktor yang membantu proses bersalin sedang menangis.
Ibu ini menderita penyakit yang tidak memungkinkannya untuk memiliki anak, 11 tahun beliau menanti dengan penuh kesabaran, setiap hari berdoa kepada Tuhan agar menganugerahkannya seorang anak, doanya akhirnya termakbul namun untuk proses melahirkan sang ibu harus memilih antara dirinya atau anaknya yang harus diselamatkan.
Dan walaupun doktor telah berjuang selama 7 jam lamanya untuk cuba menyelamatkan nyawa keduanya, hasilnya tetap sama, mereka harus memilih salah satu yang harus diselamatkan.
Dengan berat hati doktor terpaksa memilih seperti yang diminta oleh ibu ini, menyelamatkan bayi walaupun dengan risiko nyawanya. Bayi yang baru lahir itu lalu diletakkan dalam pelukan sang ibu untuk pertama dan terakhir kali, lalu si ibu mencium dan memeluk bayinya selama beberapa minit, tersenyum padanya lalu menutup mata untuk selama-lamanya.
Pengorbanan ibu memang terlalu besar.
Sebab itu kami bersungguh-sungguh merayu kalian membantu para ibu di Gaza yang baru kehilangan suami, untuk membesarkan anak-anak mereka. Kami tahu peritnya membesarkan anak-anak, bersendirian.
37 orang anak yatim baru terhasil akibat serangan terbaru selama 5 hari di Gaza. Mereka memerlukan kita.
Bantu kami mencapai sasaran minima RM160,000 bersama-sama di hari penuh keberkatan ini, inshaAllah.
Kalau ada yang nak menjadi penaja anak yatim untuk tempoh panjang juga boleh baca di pautan dan hubungi nombor yang tertera di link di bawah salurkan ke Maybank 564810507826 atas nama Cinta Gaza Malaysia rujukan kecemasan,
emergency4gaza.com/anakyatim
Dan sebarkan supaya kita juga dapat dikumpulkan bersama mereka yang kita kasihi di syurga kelak, ameen.
Rakyat Palestin telah melancarkan kempen #RaiseYourFlag untuk menyeru satu dunia menaikkan bendera Palestin di semua tempat dan juga di media sosial sebagai tanda protes Perarakan Bendera atau Flag March Israel pada hari ini.
JOM post gambar dengan bendera Palestin!
Kita baru berjaya mengumpulkan RM13,000 daripada RM160,000 yang kita perlukan untuk bantuan awal anak yatim yang baru di Gaza seramai 37 orang selepas serangan terbaru yang lepas.
Jom tumpang syafaat para syuhada' dan sumbangkan sedikit di https://emergency4gaza.com/anakyatim
Seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit, berapa yang kalian mampu, hulurkanlah demi mereka. Demi menjadi jiran dengan Rasulullah S.A.W di dalam syurga, mudah-mudahan.
Ibu, sebelum ini saya memakai baju cantik-cantik untuk mengikut ibu ke majlis perkahwinan menanti kehadiran pengantin.
Kali ini saya memakai kafan putih untuk menjadi bidadari yang akan menunggu kehadiran ibu pula nanti di syurga.
Layan Mdookh, 10 tahun, antara anak yang terkorban dalam serangan ke atas Gaza baru-baru ini.
Sebelum kalian masuk tidur, jangan lupa mendoakan anak-anak Gaza dan keluarga para syuhada' diberikan kesabaran dan kekuatan meneruskan kehidupan, ameenkan ya.
'Sedih? Kenapa perlu sedih? Ayah berjuang selama puluhan tahun untuk sampai kepada penghujung ini, untuk syahid. Kita yang sepatutnya sedih kerana kita belum tahu penghujung kita, sedangkan beliau sudah pun berada di sisi Allah'.
Begitu jawapan Abu Hadi, anak sulung kepada as-syahid Khalil Al-Bahtini apabila kami bertanya perihal mereka lapan beradik yang baru kehilangan ayah, ibu dan seorang adik.
Malah lebih daripada itu, mereka semua berada di rumah ketika dibom dan mereka juga melalui pengalaman sama. Adik bongsu mereka, Sarah terhimpit di bawah serpihan tiang konkrit dan Abu Hadi sendiri yang menyelamatkannya, walaupun dia dalam keadaan bingung dan terpinga-pinga.
Beliau berpesan lagi,
'Ayah selalu sebutkan kepada kami supaya menjaga hubungan silatur rahim. Beliau sangat rapat dengan adik-beradiknya, malah pada bulan Ramadan tegas untuk menziarahi semua sanak-saudara walaupun beberapa kali diancam bunuh oleh penjajah.'
Begitulah antara kisah para syuhada' yang kami dengar sendiri daripada mata kepala mereka yang mengalaminya semalam.
Banyak lagi kisah untuk kami ceritakan, tapi jom kongsikan kisah ini terlebih dahulu. Hari ini kami meneruskan ziarah ke selatan Gaza menziarahi baki anak yatim syuhada'.
Saya rasa ini harga yang perlu dibayar apabila berada di lapangan bersama keluarga para syuhada’ dan anak yatim.
Kami datang mengesat air mata mereka, menjadi pendengar paling setia kepada 1001 kisah suka duka bersama yang telah pergi dan mengusap kepala anak-anak ini seolah mereka anak kami sendiri.
Kami menggeletek mereka, berjenaka dan ketawa sehinggakan dalam tempoh ziarah pendek selama 10-15 minit mereka lupa yang ayah dan ibu mereka telah mati di hadapan mata.
Dan apabila sampai di rumah, kami menangis di waktu malam mengenangkan nasib mereka yang sudah dianggap sebagai sebahagian keluarga walaupun hanya beberapa minit bertemu dan bersua.
Dan kami meninggalkan untuk mereka janji bulan dan bintang.
Kami maklumkan kalau mereka memerlukan apa-apa, di waktu mereka kelaparan, memerlukan pakaian, nak meneruskan pendidikan teruskan berhubung dengan kita saudara mereka di Malaysia yang memerlukan.
Beban di bahu kita terlalu besar dan jujurnya tanpa kalian kami tak mampu menanggungnya.
Hari ini setelah seharian menziarahi belasan anak yatim saya bertanya kepada pasukan, berapa sumbangan yang dapat kita kumpulkan untuk anak-anak ini.
Kata mereka, daripada sasaran RM160,000 yang diperlukan untuk keluarga syuhada’, hanya sekitar RM20,000 baru dikumpulkan – hampir cukup untuk 5 buah keluarga sahaja.
Saya hampir memaklumkan kepada pasukan di Gaza untuk kita menangguhkan saja baki lawatan esok, apa kan daya sumbangan kita masih terlalu jauh untuk kita menyantuni mereka.
Tetapi saya teringat kata-kata seorang ibu syuhada’ tadi (dalam gambar berbaju hitam), beliau sebutkan,
‘Alhamdulillah, saya ada enam orang anak lelaki dan dua daripadanya telah saya hadiahkan sebagai syuhada’. Kalau boleh, biar setiap tahun ada anak saya yang dikorbankan’!
Lalu saya memujuk diri sendiri, Nadir, jangan cepat kecewa, Allah akan bukakan hati-hati mereka yang nak bersama dengan anak-anak ini di syurga, bersama Rasulullah S.A.W untuk memberi dan berkongsi.
Ya Allah bukakan hati kalian yang Allah izinkan melihat post ini untuk sama-sama berkongsi. Ya Allah mudah-mudahan dalam rezeki kita, ada bahagian untuk mereka.
Kami buka link khusus ini untuk bantuan anak yatim serangan terbaru ke atas Gaza seramai 37 orang. Kalau ada yang nak menjadi penaja anak yatim untuk tempoh panjang juga boleh baca di pautan dan hubungi nombor yang tertera.
https://emergency4gaza.com/anakyatim
Seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit, berapa yang kalian mampu, hulurkanlah demi mereka. Demi menjadi jiran dengan Rasulullah S.A.W di dalam syurga, mudah-mudahan.
BANTUAN KECEMASAN SYUHADA’ DAN ANAK YATIM
Semalam kami bergerak ke Gaza Tengah dan Gaza Selatan, alhamdulillah seluruh rumah yang dibom sehingga musnah sepenuhnya dan rosak sehingga tak boleh didiami telah kita santuni. Kesian tengok mereka duduk di jalanan, duduk di atas timbunan bangunan, sambil mengelap air mata mengenangkan tidak ada harta lagi yang berbaki. Mudah-mudahan sekurang-kurangnya bantuan kecemasan awal yang dah disampaikan kepada mereka cukup untuk mereka mencari rumah sewa, berpakaian dan makan untuk sebulan dua.
Maka kita berdepan dengan kumpulan kedua pula yang nak kita santuni iaitu keluarga syuhada’ dan anak yatim. Kutipan yang dapat kita kumpulkan setakat ini bernilai RM200,000 telah habiskan kita agihkan kepada lebih 50 keluarga yang kita ziarahi – tiada lagi baki untuk kita bawa sebagai penguat keluarga yang kehilangan nyawa.
Sampaikan bila berbincang dengan team di sini tadi kami berfikir panjang. Kalau kita nak berikan kepada mereka jumlah yang terlalu kecil apa yang akan mereka fikirkan? Ya Allah, murahnya harga jiwa yang dikorbankan untuk bumi ini.
Mungkin mereka tak fikirkan sedemikian tapi saya sendiri tak tergamak nak meletakkan nilai pada nyawa mereka. Sekurangnya dengan sumbangan yang agak baik bolehlah mereka mula membina kehidupan semula walaupun tanpa ayah, tanpa rumah.
Jumlah anak yatim baru selepas serangan berjumlah 37 orang daripada 15 keluarga. Esok kami akan berikan kalian peluang untuk menaja mereka. Jumlah keluarga syuhada’ pula seramai 22 keluarga, sedihnya 5,6 keluarga tersebut saya sendiri kenal.
Boleh tak kita usahakan untuk beri 1000 dollar kepada setiap keluarga anak yatim dan 1000 dollar untuk setiap keluarga syuhada’? Maksudnya kita perlukan sejumlah RM166,500 untuk disampaikan kepada mereka.
Jom sahabat semua, kita usahakan sedikit seorang untuk capai jumlah ini segera. Sumbang dan tolong kongsikan seluasnya, boleh?
Esok dan lusa inshaAllah kami akan menyantuni anak-anak ini, mengusap kepala mereka dan menyampaikan salam sayang kalian untuk mereka.
Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Adik ni tengah ulang kaji sebab esoknya ada ujian dekat sekolah dan tiba-tiba rumah dia dibom tanpa dia sedar. Allahuakbar 😣
Tak dapat bayangkan kalau anak kita di tempat dia. Pasti rasa takut dan trauma yang tak boleh hilang begitu sahaja 🥺
Ya Allah, bantulah mereka untuk kuat menghadapi ujian daripadaMu ya Allah 🤲🏻
#GazaUnderAttack
Persetujuan gencatan senjata antara Palestin dan Israel, dengan pengantara Mesir pada jam 10pm, 13 Mei waktu Palestin dengan syarat Israel bersetuju menghentikan serangan ke atas rumah orang awam, serangan ke atas orang awam dan serangan ke atas individu (assassination).
Nadir Al-Nuri,
9.37pm waktu Palestin
Antara yang dibom rumah mereka ialah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Tiada rahmah!
Читать полностью…Anak ini, Mujahid tak dapat menahan kesedihan melihat rumahnya yang musnah dibom penjajah 😭 Serangan ke atas Gaza masuk hari kelima dan 33 syuhada' setakat ini masih sekadar angka.
Sedih kenapa liputan serangan kali ini terlalu teruk, media pun tak banyak yang melaporkan. Jom sahabat semua, komen sebanyaknya di laman influencer, artis kegemaran kalian dan laman media/akhbar supaya berita ini boleh dikongsi seluasnya. Jangan biarkan Palestin bersendirian!
Kesan runtuhan keluarga Abu Abeid yang dibom penjajah di Deirul Balah, Gaza Tengah.
Читать полностью…Masuk hari kelima, serangan ke atas Gaza masih belum tamat. Malah penduduk melalui malam dengan ketakutan, takut kalau telefon berdering dengan arahan dari penjajah untuk mengosongkan rumah atau dron menghentam atap rumah dengan roket amaran seperti keluarga Abu Ato ini yang dibom sekitar jam 2 pagi.
Terus mendoakan kami di sini.
Gambar letupan yang berlaku di rumah keluarga Toha di utara Gaza sejam yang lepas.
Читать полностью…