Allah. Lagi syuhada' diusung keluar dari rumah yang dibom penjajah di Kawasan An-Nasr, tengah Bandar Gaza.
Читать полностью…Bayangkan kalian tengah ambil video pemandangan di luar rumah, tiba-tiba ini terjadi!
Memang mengucap panjang! Serangan beberapa minit lepas di utara Gaza.
Anak ini ditanya, adakah engkau takut? Dia menjawab, kami tak takut selain Allah.
Kemudian dia menyambung, kami tak apa-apa dengan serangan yang berlaku, kami redha. Tiba-tiba kawannya menyampuk,
Selagi mana tak terjadi apa-apa kepada manusia (tak ada syahid atau cedera di lokasi diserang) , kami baik sahaja.
Subhanallah, iman anak Gaza!
Ayuh teman, tanggungjawab mereka mengorbankan nyawa dan tubuh untuk perjuangan. Tanggungjawab kita, sekurangnya menggantikan semula harta mereka yang musnah. Masa depan mereka perlu dibina semula selepas peperangan!
Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
#GazaUnderAttack
Dalam tempoh 12 jam terakhir suasana agak tenang. Ada khabar angin menyatakan gencatan senjata cuba dicapai tetapi halangan paling besar ialah syarat untuk menghentikan pembunuhan bersasar, ditolak Israel.
Dalam seminit dua ini, serangan dari Israel dan serangan balas pejuang, rancak semula.
👆LIVE pemandangan langit Gaza di fb Palestinian Malaysian Strategic Initiatives Centre.
Kadang-kadang boleh nampak roket terbang dari Gaza dan roket meledak di Gaza.
Kerosakan teruk di penempatan haram Rahovot berdekatan Tel Aviv akibat roket pejuang dari Gaza dan dilaporkan seorang penduduk Zionis mati dan 6 yang lain cedera.
Читать полностью…Pelukis terkenal Palestin, Ezz Lulu menggambarkan realiti kehidupan penduduk di Gaza saat ini. Ikuti beliau di instagram Ezz Lulu.
Читать полностью…Alhamdulillah. Saya selamat sampai ke rumah semula. Nanti saya kongsikan gambar-gambar dan video lokasi serangan terbaru malam semalam ya.
Читать полностью…"Saya tak dapat melupakannya, saya tak dapat melupakannya.."
Itu sahaja yang mampu diulang-ulang oleh wanita ini, isteri kepada As-Syahid Toriq Izzuddin yang kehilangan suami dan dua orang anak di hadapan matanya semalam.
Ya, beliau juga berada di tempat kejadian dan suami serta dua anaknya syahid di hadapan mata!
Jujurnya bila melihat video ini, saya membayangkan isteri saya sendiri apabila dia mendapat berita kehilangan suaminya tahun 2008 dahulu.
Pastinya beliau yang dapat menjiwai perasaan wanita ini saat ini.
Sahabat semua, setelah masuk hari ketiga serangan dengan korban nyawa hampir 30 orang, sumbangan yang kita dapat kumpulkan hanya mencecah RM40,000! Ia tak cukup pun untuk membaik puluh satu buah rumah yang musnah dibom!
Saya merayu kalian untuk membantu sebaran tentang serangan yang berlaku ini. Kita perlu cepat sebelum berlaku krisis lain seperti kekurangan makanan pula. Kami mendapat rayuan puluhan keluarga yang berada di jalanan dan menumpang rumah jiran kerana rumah mereka tidak lagi boleh didiami.
Tabung kecemasan dilancarkan, sumbang segera dan bantu sebarkan di segenap media sosial!
Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
#GazaUnderAttack
Begini anak-anak Gaza bersorak melihat roket yang dilepaskan pejuang dari Gaza ke arah Israel.
Sorakan mereka bukan kerana cintakan keganasan atau sukakan kematian. Sorakan mereka kerana roket yang dilepaskan adalah tanda masih ada yang mengenang dan mengingati mereka, tidak membiarkan darah kaum kerabat serta jiran tetangga yang mengalir selama dua hari sia-sia, di waktu perjuangan Palestin dilupakan umat.
Salam perjuangan di Subuh Khamis waktu Gaza.
Video Anas As-Sharif.
Roket masih dilepaskan dari Gaza ke tanah haram Israel bermakna khabar angin gencatan senjata pada jam 9pm adalah tidak betul.
Читать полностью…Tabung kecemasan terus dibuka melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Читать полностью…Lokasi rumah pertama yang dibom dalam serangan kali ini.
Jangan lupa untuk bersolidariti dengan Palestin hujung minggu ini dengan mengenakan baju jersi, tshirt dan Hoodie Palestin kalian.
Yang belum ada boleh dapatkan di sini 👇
2lenpalestin.com
Bandar yang tenang jangan disangka tiada pemangsa.
Pemandangan bandar Gaza dari udara, hari keempat serangan.
Keadaan di rumah keluarga Bashir di Deirul Balah, Gaza Tengah akibat pengeboman oleh penjajah semalam.
Читать полностью…'Nama saya Tamim Daud. Saya berusia 5 tahun. Saya mati apabila jantung saya berhenti kerana terkejut apabila roket penjajah meledak rumah jiran saya.'
Anak ini meninggal dunia akibat serangan jantung, jantung kecilnya tak dapat menampung kejutan roket yang menghancurkan rumah jirannya.
Terbanglah anakku Tamim di syurga sana.
Serangan masih lagi berterusan sehingga kini. Keperluan sangat-sangat besar. Kami menziarahi sebahagian lokasi serangan tadi dan penduduk masih merempat di jalanan.
Jom hari ini bantu kami capai sumbangan sekurangnya RM200,000. Ia jumlah yang sudah kami agihkan kepada penduduk tadi walaupun belum dapat dikumpulkan.
Sumbang melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Paling penting, tolong sebarkan!
#GazaUnderAttack
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza : 28 syuhada' sehingga kini akibat serangan dari pesawat perang penjajah.
Читать полностью…Dua orang syuhada' baru sampai ke bilik mayat Hospital As-Syifa' selepas serangan ke atas lokasi di Shijaiyyah sekejap tadi.
Читать полностью…Bila bangun pagi tadi ternampak beg ni di depan pintu.
Saya terus tanya anak, kenapa beg tu, ada yang nak musafir ke?
Dia kata, tak, tu dokumen-dokumen dan barangan penting, kami letak siap-siap dalam beg kalau ada amaran nak jadi apa-apa kepada kita, senang sempat kita bawa lari.
Oh, saya menjawab. Walaupun dalam hati agak pelik, sebelum ni masa serangan tak pernah pun disiapkan beg kecemasan untuk dibawa lari.
Sahabat-sahabat semua, kami nak keluar kejap ke kawasan panas untuk sampaikan bantuan. Kalau jadi apa-apa, saya wasiatkan kalian untuk tak sekali-kali meninggalkan perjuangan Palestin, sampai ia dibebaskan.
Seperti kebiasaan setiap kali kami keluar ke lapangan,
أشهد أن لا إله الا الله وأشهد أن محمد رسول الله
Doakan kami, teruskan menyumbang. Bismillah.
Keluarga ini merenung runtuhan rumah mereka yang musnah akibat pengeboman pesawat perang penjajah di Khan Yunus, selatan Gaza.
Siapa yang akan membantu mereka membina semula rumah ini? Wallahua'lam.
Jom kita bantu dengan apa yang terdaya, membina semula harapan dan masa depan mereka.
Tabung kecemasan dibuka melalui link emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke nombor akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826 dengan rujukan kecemasan.
Kerosakan di bandar Asqalan, dalam kawasan tanah haram Israel akibat roket pejuang dari Gaza. Jarang saya lihat kerosakan seteruk ini berlaku di Israel akibat roket mujahidin.
Читать полностью…Roket-roket masih dilepaskan dari Gaza ke tanah haram Israel, walaupun terdapat ura-ura yang gencatan senjata akan berlaku jam 9 malam (2am waktu Malaysia) dengan pengantara Mesir.
Читать полностью…Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza : 21 syuhada' dan 64 cedera hasil serangan penjajah ke atas Gaza sehingga kini.
Читать полностью…Sepatutnya mereka melangsungkan perkahwinan sebulan saja lagi.
Tetapi rupanya Allah mengaturkan perkahwinan mereka datang dalam bentuk lain - di Gaza, mereka yang syahid dianggap pengantin di sisi Allah.
Pemuda ini menyantuni tunangnya buat kali terakhir, Dana Adas, yang syahid dalam serangan ke atas Gaza semalam.