Syuhada' yang dikeluarkan dari runtuhan bangunan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza 😭
Читать полностью…Penubuhan Parti Arab Palestin.
Lokasi strategik Palestin menjadi pusat perhubungan sejak zaman dahulu lagi.
Baca :-
https://2lenpalestin.com/blogs/news/parti-arab-palestin
Korang dah dengar lagu baru kita 'Apa Khabar Cinta' feat One Path ke belum? Nah teaser!
Sambung dengar chorus di https://youtu.be/MbsHRYPfaiM
Pemuda ini mencium kaki salah seorang syuhada' daripada 4 orang yang terkorban dalam serangan penjajah di Nablus semalam 😭
Читать полностью…Keadaan Palestin agak genting ketika ini dan dijangka akan ada serangan malam ini setelah syahidnya Syeikh Khader Adnan yang telah mogok lapar setelah 86 hari di dalam penjara Israel. Allah lindungi Palestin.
Gaza 5.50pm
Alhamdulillah Tata, adik ipar Muhammad dan dua makcik dah selamat sampai semula ke Gaza semalam setelah selesai menunaikan umrah. Terima kasih doa kalian!
Kata Tata, mereka yang paling rendah diri dan seronok dibawa berinteraksi semasa umrah ialah kumpulan yang datang dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Tajikistan dan Algeria. Malah bila penduduk negara-negara ini nampak bendera Palestin di kain ihram mereka akan mencium tangan dan kepala Tata. Alhamdulillah di mana-mana pun, budaya dan adab ketimuran kita menjadikan kita disayangi.
Semoga ikatan di antara Palestin, Malaysia, Indonesia dan negara-negara Islam lain terus kukuh!
Selamat pagi semua dari bumi Palestin ❤️
Tahukah kalian yang keluasan kawasan Masjid Al-Aqsa ialah 144,000m persegi dan ia boleh memuatkan 400,000 orang jemaah pada satu-satu masa?
Ramadan baru ni, satu hari tu tiba-tiba Naeem meluru masuk ke rumah sambil tersengih-sengih. Eh, semalam sepanjang malam di masjid, hari ni sejak pagi masuk ke ofis pula bekerja, dah dekat Zuhur ni balik tersengih, ada apa?
Rupanya Naeem dan pasukan PALM menguruskan secara online majlis berbuka puasa di Malaysia dan menjemput influencer muslim dan non-muslim untuk ikut serta berbuka dan bercerita kepada mereka tentang Palestin. Tetapi berita yang Naeem bawa lebih besar daripada sekadar berjaya mempengaruhi hadirin tentang Palestin.
'Mak, tadi masa majlis, sebab sedapnya bacaan Quran, berkatnya terasa Ramadan dan indahnya syariat berpuasa untuk rasa kesulitan orang lain, ada pempengaruh bukan Islam dari Sri Lanka, mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam!'
MashaAllah memang luar biasa. Rasulullah S.A.W sebut, mengIslamkan seorang insan lebih baik daripada humrun na'am حمر النعم. Humrun na'am ni unta merah, unta yang paling mahal dan bernilai di kalangan orang Arab, harta yang paling bernilai, di zaman kita ni kalau kenderaan macam Lambo atau Ferrari.
Untung Naeem dan team, urus majlis berbuka puasa tapi dapat Lamborghini!
Selamat ulang tahun kelahiran Naeem Mushtaha yang menyambutnya dua hari lepas. Besar dah kau nak, tak lama lagi ada keluarga, teman baik sendiri, tak ada masa dah untuk ayah kau sorang ni.
Assalamualaikum semua, apa khabar? Macam mana mood kalian, dah semangat nak ikut perkembangan Palestin semula atau masih lagi mood raya?
Читать полностью…Haura' sibuk siapkan kuih tradisi raya Palestin, namanya ka'k, biskut berisi kurma.
Korang masih beraya ke? Selamat menyambut hari raya guys!
OOTD selepas solat raya semalam. Sekejap lagi saya share suasana solat raya di lapangan di Gaza. Mana OOTD korang?
Читать полностью…Tabung kecemasan dilancarkan, sumbang segera dan bantu sebarkan di segenap media sosial!
http://emergency4gaza.com/kecemasan
#GazaUnderAttack
Gaza sedang diserang ketika ini, dengan berita kesyahidan pimpinan utama Jihad Islami.
Читать полностью…Sahabat semua, tolong report fake page ni boleh? Tekan report, scam and fake pages, fake page. Terima kasih.
Link page palsu ni https://www.facebook.com/Nadir-Al-Nuri-101154678849688/
Ada yang minat apricot tak? Ni kalau makan apricot fresh dari Gaza sambil layan Monday Blues best juga kan 😆
Читать полностью…Minggu lepas khatib di Masjid Ammar Bin Yasir ini mengakhiri khutbahnya dengan gesaan berwakaf. Beliau menceritakan bagaimana untuk mereka yang membina rumah-rumah Allah di dunia, akan dibina untuk mereka mahligai di syurga.
Kemudian beliau menerangkan yang kos baik pulih masjid bernilai sekitar RM80,000. Mengikut persetujuan dengan pihak Kementerian Wakaf, sekiranya mereka berjaya mengumpulkan separuh sumbangan, pihak Kementerian akan mencari pendana untuk baki keperluan.
Kata beliau lagi, sepanjang Ramadan mereka telah berjaya mengumpulkan separuh wang yang diperlukan untuk membaik pulih masjid dan menukar karpet yang sudah terlalu usang. Sampailah penghujung Ramadan, masih ada yang datang membawa sumbangan. Apabila dimaklumkan yang sumbangan sudah cukup, ada yang menangis kerana tak sempat menyumbang. Allah, dalam kesusahan mereka masih merebut pahala wakaf yang berterusan ini.
Pagi tadi Kementerian Wakaf menghubungi kami. Kata mereka kitalah yang terpilih untuk mewakafkan baki keperluan masjid bernilai RM40,000. Allah, rupanya kita insan-insan yang bertuah untuk berjiran dengan mereka di mahligai syurga kelak.
Jom sahabat-sahabat kita sumbangkan apa yang termampu melalui akaun Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan wakaf.
Tolong sebarkan kepada mereka yang kalian kasihi ya!
Beberapa roket mortar telah dilepaskan oleh mujahidin ke kawasan penempatan haram sekitar Gaza beberapa jam lepas dan mengakibatkan kerosakan serta kecederaan kepada 3 orang penduduk penjajah.
Читать полностью…Selamat Hari Pekerja kami ucapkan kepada semua. Terima kasih atas dedikasi dan kerja keras demi kemajuan bangsa dan negara.
Semoga kita semua terus kuat dan itqan untuk terus bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Ikhlas daripada:
Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
#SelamatHariPekerja
Assalamualaikum semua, apa khabar? Macam mana raya kalian, masih dalam mood open house dan berOOTD ke?
Sahabat semua dalam kesibukan beraya, perjuangan kita perlu diteruskan. Antara projek yang kurang mendapat sambutan baru-baru ini ialah projek wakaf baik pulih masjid.
Pelik juga kerana biasanya projek wakaf ni ialah projek 'best seller', ramai yang suka sebab sekali taja, pahala sampai ke syurga.
Banyak masjid yang perlu ditukar karpet yang lama, dibaiki tempat wudhu' dan bilik air serta disiapkan musolla wanitanya. Yang seronok setiap doa, sujud dan ruku' mereka pahalanya akan sampai kepada kita.
Jom sahabat sumbangkan apa yang termampu sebagai tanda larian Ramadan kita tak terhenti. Biar kecil, tapi istiqamah.
Sumbangkan melalui link ini https://securepay.my/collections/wakaf atau terus ke akaun CGM 564810507826 dengan rujukan wakaf.
Tolong sebarkan ya!
DUIT RAYA ANTARA MEMBERI DAN MEMINTA
Hot juga isu nak bagi duit raya ke tak, nak suruh anak minta duit raya ke tak.
Saya nasihatkan boleh amalkan dua sifat yang sangat indah ni. Yang pertama untuk yang nak bagi duit raya, amalkan sifat karim كريم iaitu pemurah. Bila ada lebihan harta, ada kemampuan berilah duit raya dengan niat sedekah dan menggembirakan sesama Muslim. Kata kuncinya, bagi ikut kemampuan. Tak mampu langsung, ia tak wajib.
Yang keduanya untuk yang mengharapkan atau meminta atau suruh anak minta, amalkan sifat 'afif عفيف iaitu menahan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak cantik, tidak molek. Orang yang 'afif ialah orang yang malu untuk melakukan perbuatan yang mungkin mengguris hati orang lain, rasa malunya tinggi. Meminta-minta adalah perbuatan yang tidak molek lebih-lebih lagi bila anak diajar untuk meminta.
Ajar anak-anak yang ziarah tujuannya untuk mengikat silaturrahim bukannya menambah tabungan.
Saja saya kongsikan bahawa di Gaza pun ada budaya memberi duit raya. Selain kanak-kanak, duit raya juga diberikan oleh anak lelaki kepada ibu dan adik-beradik lelaki kepada adik-beradik perempuan sama ada yang telah atau belum berkahwin. Ia juga diberikan kepada emak saudara sebelah ayah dan emak.
Jom betulkan yang biasa, biasakan yang betul!
Apalah masalah diaorang ni. Busuknya hati!
Penduduk haram Israel membakar sebuah rumah milik rakyat Palestin di sekitar bandar Nablus, Tebing Barat.
Beberapa penduduk haram Israel menyelinap masuk ke kawasan kampung Jalud dan Qusra pada waktu Subuh dan menyelinap masuk rumah yang tidak berpenghuni untuk mencuri seekor keldai.
Sumber: English WAFA
Penduduk Israel melakukan ritual ibadah mereka di kawasan Bab Ar-Rahmah, Masjid Al-Aqsa bersempena sambuatn 'Hari Kemerdekaan Israel'.
Читать полностью…OOTD bersama anak yatim dalam program Sambutan Hari Raya.
Tenks bro NOH HUJAN hadiahkan baju. Rasa muda dan ranggi pula.
Suasana solat sunat hari raya di Gaza di padang As-Saraya, tengah bandar Gaza. Solat sunat raya di lapangan terbuka adalah sunnah yang diamalkan penduduk, selain solat di masjid-masjid yang turut diadakan.
Читать полностью…Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pencinta Palestin. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan kalian sepanjang Ramadan, semoga ada peluang kita bertemu lagi pada Ramadan tahun hadapan.
Nah kami belanja video sekali https://youtu.be/bEuJhL5ZAN4
Sampaikan salam kami kepada mak dan ayah serta keluarga di kampung ya. Kalau yang tak balik beraya pun, sampaikan salam kami juga bila kalian video call depa ❤️