Sebelum korang berhari raya, jom ambil tahu kisah kebangkitan Arab Palestin.
Bulan April, tanggal 15 wajar kita ingati.
Baca lanjut :
https://www.2lenpalestin.com/blogs/news/kebangkitan-arab-palestin
Luar biasa, bila ada negara yang esok Jumaat dah raya tetapi ada negara lain yang Allah masih bagi ruang untuk beramal dan mengejar keberkatan Ramadan. Agak-agak siapa yang lebih untung, yang dapat cuti awal atau dapat beramal overtime dengan balasan berlipat kali ganda?
Mestilah yang Allah sayang dan bagi peluang untuk terus mengetuk pintu Rayyan, pintu syurga yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa kan?
Jujurnya kalau diberi pilihan mungkin kami di Palestin pun pilih untuk berpuasa lagi sehari. Kalau korang dengar tangisan dan raungan mereka yang beriktikaf dalam masjid malam semalam, mereka macam nak setiap hari Ramadan, syahdu dan sayunya suasana berdoa, bertaubat dan menangis di dalam solat khususnya apabila dibaca ayat-ayat tentang syurga dan neraka.
Sebab itu jangan mengeluh bila Allah bagi 'kerja lebih' sebab yang kerjanya berat itulah yang akan dapat balasan yang lebih hebat, kan? Paksa diri untuk terus berselawat, membaca Al-Quran, bersedekah dan mengikat silaturrahim, mana tahu Allah memilih malam dan hari ini untuk mendengar doa-doa kalian.
Selamat sampai ke garisan penamat!
Sumbangan untuk Palestin masih dibuka di http://shorturl.at/dmI39, sumbangkan apa yang termampu, tahun depan belum pasti masih ada Ramadan untuk kita atau tidak!
Kalian dah sampai ke kampung halaman? Yang masih dalam perjalanan harap berhati-hati dalam memandu, sampaikan salam kami kepada mak ayah dan keluarga di kampung ya.
Walau sibuk dengan apa urusan pun, jangan lupa malam ni masih malam ganjil, malam 29 Ramadan. Jangan lupa buat tolakan ibadah akhir, sedekah, selawat, Quran, solat sunat sekurangnya 2 rakaat.
Kami pun masih duk sediakan pek makanan untuk sahabat-sahabt kita di Al-Quds yang bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah dan menolak penjajahan.
Malam ni masih ada peluang sumbang dan catat doa kalian untuk kami di Palestin dan mertua saya di Mekah doakan, inshaAllah. Link di sini http://shorturl.at/dmI39
Aidilfitri kian menghampiri, suasana cukup meriah bakal dirasai. Bagaimanakah dengan nasib saudara kita yang lain?
Ikuti Bicara Siasah edisi Khas penghujung Ramadan dengan tajuk Aidilfitri : Raya Disini Jihad Disana
Tetamu Jemputan :
Tn Hj Kamaruzaman Mohamad
AJK PAS Pusat/ Pengarah Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
Tetamu Istimewa LIVE dari Gaza :
Nadir Al-Nuri
CEO & Pengasas Cinta Gaza Malaysia
Saksikan SECARA LANGSUNG MALAM INI di FB Legasi Tok Guru.
Sama-sama bantu sebarkan!
https://www.facebook.com/100044305080125/posts/pfbid02Qv6z4xX84B34icddvRNoNo1RnHR2tvHWiNbKHmsRAcVuYf7Cbv9t8DPH9E1GArgPl/?mibextid=uc01c0
Di waktu penuh mustajab untuk berdoa ini, selitkan doa, Ya Allah berikan kami peluang berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa dalam keadaan ia telah bebas merdeka, ameen.
Читать полностью…250,000 penduduk Palestin menunaikan solat sunat tarawih dan qiamullail di Masjid Al-Aqsa malam 27 Ramadan semalam.
MashaAllah meremang bulu roma!
Kita dah nak sampai ke acara kemuncak, Majlis Khatam Al-Quran bersama Syeikh Abu Abd Al-Madhoun.
Siapkan mushaf kalian, perbaharui wudhu' dan kita tamatkan inshaAllah bacaan Al-Quran kita tahun ini bersama anak-anak dan masyayikh Gaza.
Live di facebook Nadir Al-Nuri.
Keluarga besar Persatuan Cinta Gaza Malaysia mengucapkan takziah di atas pemergian TG Nik Razi bin Nik Mat hari ini.
Sesungguhnya pemergian Allahyarham ialah satu kehilangan besar dalam dunia pengajian Islam dan dakwah. Al-Fatihah.
Ramai yang komen begini di post saya menjemput kalian mengirim sedekah dan doa.
Hakikatnya, jemputan itu dari Allah, pelawaan untuk berdoa, meminta dan beribadah.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS. Gafir: 60)
Saidina Umar AS menyebutkan mafhumnya, Aku tidak takut doaku tidak diterima, tetapi aku takut aku yang tidak berdoa.
Baru 1000 orang dari ratusan ribu orang yang Allah lintaskan post ini kepadanya telah mengambil peluang untuk mengirim sumbangan dan catatan doa untuk puluhan ribu mu'takifin di Gaza yang akan beribadah sepanjang malam ini, malam kemuncak 27 Ramadan dan berdoa untuk kalian.
Sumbangan kalian akan digunakan untuk sahur mereka di puluhan buah masjid.
Catatkan doa, sumbang dan sebaiknya lakukan keduanya di sini. Allah telah mempelawa kita, adakah kita akan menyambut pelawaanNya?
Klik http://shorturl.at/dmI39 segera.
Bacaan Al-Quran LIVE petang ini bersama anak-anak tahfiz di Gaza, persembahan nasyid dan selawat, kelas ringkas tajwid dan bermacam-macam lagi, ditutup dengan Majlis Khatam Al-Quran 2023.
Sediakan sumbangan terbaik kalian untuk membangunkan kelas-kelas tahfiz Al-Quran di Palestin dan membantu membina generasi pembebasan!
Ini mak mertua saya sebelum bertolak ke sempadan untuk menunaikan umrah beberapa hari sebelum Ramadan.
Mak mertua saya ni (paling kiri) saya panggil Tata, bermaksud nenek, panggilan kepada beliau oleh anak-anak saya. Tata ni orang yang sangat luar biasa.
Setiap hari masanya dihabiskan berjam-jam di atas sejadah solat. Jarang sangat saya ke rumahnya dan dapati beliau duduk melainkan di atas sejadah, sama ada tengah baca Quran atau solat sunat tak henti.
Tata inilah tulang belakang di sebalik perjalanan ilmu ayah mertua saya. Arwah ayah mertua saya walaupun buta mata tetapi celik hati, memegang pangkat Dr dan antara pengasas Kuliah Syariah di Universiti Islam Gaza. Tata pula tak tamat sekolah kerana menjaga adik-adik tetapi beliaulah yang bacakan kepada ayah mertua ratusan kitab dalam tempoh beliau menuntut ilmu di Jordan dan Sudan.
Masa menantu Tata syahid pada tahun 2008 syahid, setitis air mata pun beliau tak tumpahkan. Bila anaknya syahid dalam perang 2014, setitis air mata pun tak tumpah. Bila suaminya meninggal tahun lepas, setitis air mata pun tidak tumpah walaupun dalam setiap peristiwa tersebut mereka ditangisi puluhan ribu penduduk. Oh ya, ayah Tata juga seorang as-syahid.
Bila yang saya nampak Tata menangis?
Masa saya bawa ke Malaysia tahun 2016, dalam kapal terbang, tiba-tiba beliau tersengguk-sengguk menangis. Begitu juga masa saya bawa naik bot di tengah laut dalam perjalanan makan angin ke Pulau Perhentian, beliau tersengguk-sengguk lagi, menangis. Ya Allah, masa orang sedih dia tak nangis, time orang seronok pula dia nangis, kenapa? Bila kami tanya, Tata jawab ringkas, saya rasa kerdilnya saya di sebalik agungnya ciptaan Allah, seluas-luas langit dan lautan, kita hanya satu titik yang sangat kecil. Allah, jauh Tata berfikir.
Masa kami hantar Tata naik bas ni saya sampai lewat sikit dan beliau sibuk bertanya orang rumah saya, mana Nadir? Nadir nak datang tak? Biasalah, menantu kesayangan kan. Saya memang rapat dengan Tata dan cuba berbakti kepada beliau, walaupun tak dapat berbakti secara terus kepada Abi dan Che saya sendiri tetapi moga asbab saya berbakti kepada Tata, mereka redha dan Allah redha.
Sebaik saja naik bas untuk melambai Tata, saya bisik kepada beliau, Tata, sampai je Kaabah doa pertama Tata kena sebut, Ya Allah murahkan rezeki penduduk Gaza melalui tangan-tangan kami.
InshaAllah, dari balik bayangan Kaabah, malam esok malam 27 Ramadan beliau akan doakan juga kepada kalian yang banyak membantu Palestin, ameen.
Setakat ni tak ramai lagi yang ikut bersedekah dan mencatat doa, kalian boleh sumbang di link ini di bahagian paling bawah 👉 http://shorturl.at/dmI39 atau boleh terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan : memburuLQ untuk sumbangan lebih banyak atau sedikit.
Jom sahabat, dari ratusan ribu pembaca saya kita hanya mencari 10,000 orang yang yakin dengan kasih-sayang Allah. Kalau tak mampu menyumbang langsung pun, tinggalkan saja komen doa kalian. Kongsikan supaya kalau ada sahabat yang ada hajat, mereka juga boleh mengambil berkat dua bumi Allah ini, inshaAllah.
Moga amal ini menutup Ramadan kita pada tahun ini dengan kebaikan, ameen.
Yang ni dah ada sambungannya, khusus untuk yang nak kenal Israel dengan lebih dekat dan bersedia mendapatkan buku Israel Untuk Pemula bila kita terbitkan nanti. Kalau anda komited, join di sini /channel/israeluntukpemula
Читать полностью…👆🏼Harapnya pembaca saya di sini yang akan kejar keberkatan malam 27 Ramadan di Palestin dan Mekah ni, moga Allah bukakan hati kita, ameen.
Читать полностью…Suasana solat tarawih di Gaza kelmarin. Tunggu tahun depan pula untuk merasai semula peluang ini 😭
Читать полностью…Jom sahabat semua kita dengarkan seketika, perkongsian dua negara dan bagaimana jihad, siasah dan dakwah mengikat keduanya.
https://www.facebook.com/legasitukguru/videos/1399146084250955
Tahukah kalian bahawa di Masjid Al-Aqsa juga diadakan kelas-kelas hafazan Al-Quran untuk ribuan kanak-kanak?
Generasi Al-Quran ini adalah generasi pembebasan. Jom bantu kami membina generasi ini. Kita dah hampir mencapai separuh sasaran kita.
Psssst malam ni malam 29 Ramadan, mungkin jatuh malam Lailatul Qadr juga kan?
https://securepay.my/collections/syafaathuffaz
Jemaah yang ramai macam ni adalah hasil didikan melalui kelas-kelas tahfiz yang tak putus di setiap masjid.
Sebab tu kami bersungguh-sungguh nak cukupkan dana yang ni,
https://securepay.my/collections/syafaathuffaz
Ipar saya mengirim video sekejap tadi dari Masjidil Haram. Doa mereka di sana dan doa kami di Palestin untuk umat, untuk kalian pada malam ini. Dan esok mereka akan laksanakan umrah khusus untuk mendoakan kita semua. Ameen ameen.
Sumbangan untuk melahirkan para hafiz di Gaza di sini
https://securepay.my/collections/syafaathuffaz
Sumbangan am dan catatan doa kalian untuk kami aminkan di sini
http://shorturl.at/dmI39
https://securepay.my/collections/syafaathuffaz
Yang tak dapat join Live boleh sumbangkan untuk pembangunan generasi Al-Quran dan pembebas Palestin di sini. Sebarkan! Moga anak-anak kita juga menjadi huffaz Al-Quran berkat sumbangan kita.
Jom sahabat semua kita dah mula program Syafaatmu Huffaz Untukku 👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6211806455550557&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz
Kalau berat untuk menyumbang, titipkan doa kalian di komen dan kongsikan post ini kepada keluarga dan kenalan, moga mereka juga mendapat manfaatnya dan menjadi asbab rezeki kalian bertambah.
Читать полностью…#AqsaBerdarah
17 April 2023 | 26 Ramadan 1444H
Hari Tahanan Palestin
Tahun 2023, masih ramai yang menjadi tahanan Zionis Is.r4.el. Ada yang ditahan tanpa sebarang tuduhan, kanak-kanak di bawah umur turut dijadikan tahanan. Tak cukup dengan itu, ada wanita yang melahirkan anak di dalam penjara, kemudian diseksa dengan tidak memberikan perubatan semasa di dalam penjara.
Kekejaman apakah ini? Tidak punya perasaankah mereka?
Kali ini MyAqsa Defenders (MyAD) mengeluarkan satu e-book sempena Hari Tahanan Palestin. Ayuh dapatkan dengan memuat turun PDF ini dari kami. Semoga dengan e-book ini kita sama sama terus menyokong dan mendokong Palestin demi menuju pembebasan pada tahun 2030.
Untuk info yang lebih laju dan tepat mengenai Palestin, ayuhlah bertandang ke Telegram kami iaitu @MyAqsaDefenders.
Menuju Pembebasan Palestin 2030!
Jom sahabat-sahabat, dengar sambil bekerja.
"Kisah Nabi Daud di dalam Al-Quran' bersama Ustaz Syaari Ab Rahman. Korang tahu tak Nabi Daud digelar sebagai The Jewish Prophet and King?
https://www.facebook.com/terkinidansensasipalestin/videos/997582544476779
"HARI TERAKHIR
👉Promo Akhir Ramadhan.
Istimewa untuk penyokong 2lenpalestin,
(+) Koleksi laku keras 2lenpalestin
(+) Design minimalis tapi penuh makna
(+) Baseball cap ~ hot selling
(+) Jimat RM 10
Bukan biasa-biasa, dah sampai Canada baju ni bersama Inteam! Jom dapatkan cepat, hari ini terakhir supaya sempat kami pos dan boleh sampai untuk raya. Hanya di 2lenpalestin.com 💪
Sejak 10 tahun berada di Palestin, soalan yang saya selalu sangat tanya diri sendiri ialah macam mana nak bagi pencinta Palestin ingat kepada Palestin, dapat sokong berterusan dan tak bermusim.
Saya dapati jawapannya ialah melalui dua elemen zikir dan fikir.
Fikir bermaksud kecintaan terhadap Palestin kena dibuat melalui ilmu, kena faham dan kenal isu baru hati akan terpaut. Dan elemen zikir bermaksud isu tersebut kena diulang-ulang, kena diingatkan selalu tentangnya setiap hari.
Sebab itu masa saya ke Malaysia tahun lepas saya berbincang dengan sahabat saya Ustaz Basri Buruj Watches untuk buat kerjasama jam dinding versi Al-Aqsa ini.
Cantiknya bila gambar Kubah As-Sakhra ini terpampang di dinding rumah kita. Lagi cantik bila setiap hari jam ini akan mendendangkan bacaan zikir pagi dan petang serta bacaan Al-Mulk pada waktu malam.
Tapi yang paling best apa? Pastinya laungan azan setiap waktu, di mana azannya adalah daripada Imam Masjid Baghdad di tengah bandar Gaza, Dr Ibrahim Zaim. Ya, kalian akan diingatkan untuk solat pada awal waktu dengan azan sama yang berkumandang di bumi Palestin ini.
Eh kejap, siapa ada audio Al-Quran 30 juzu’ dan koleksi zikir Inteam tau.
Stok jam ini terhad dan untuk membolehkan pengeposan dibuat segera kami buka tempahan untuk hari ini dulu. Kalau kalian lambat menempah, lambatlah sampainya. Ia sesuai untuk rumah, surau dan pejabat.
Untuk ibu bapa tercinta sebagai hadiah raya lagi sesuai, saya dah beli untuk Che dan Abi saya.
Sekarang tengah promosi daripada RM550, harganya RM350 sahaja. Mahal ke harga RM350 untuk jam ini? Kalau kalian nampak nilanya pada RM350 mungkin ia mahal. Tapi kalau kalian nilai ia sebagai bayaran RM1 setiap hari selama setahun untuk diingatkan tentang solat dan Palestin, ia seakan percuma.
Dapatkan segera sementara masih ada stok di https://buruj.my/product/bilal-jam-azan-aqsa-edition/ segera!
Kongsikan supaya kalau ada sahabat yang ada hajat, mereka juga boleh mengambil berkat dua bumi Allah ini, inshaAllah. Moga amal ini menutup Ramadan kita pada tahun ini dengan kebaikan, ameen.
Читать полностью…