ALLAH TERIMA DOA UNTUK MENJUAL RIBUAN KOTAK KURMA DALAM MASA BEBERAPA JAM
Kelmarin kami melancarkan jualan kecemasan stok kurma yang banyak di ofis Cinta Gaza Malaysia apabila sebuah program yang sepatutnya kami hadiri dimaklumkan dibatalkan kerana masalah teknikal.
Malam itu, malam 23 Ramadan, malam ganjil yang syahdu, dalam qiamullail di bumi Gaza saya mengkhususkan sujud yang panjang untuk menyelesaikan isu kurma ini sahaja.
Saya doa kepada Allah dengan doa yang ringkas, berulang-ulang, Ya Allah, bagilah habis kurma kami, Ya Allah, bagilah habis kurma kami. Saya tak tahu imam yang sujud panjang-panjang doa apa, tapi saya hanya doa, Ya Allah bagilah habis kurma kami.
Habis qiamullail saya pergi ke kotak sumbangan, lalu meraba poket mencari duit untuk disedekah sebagai penguat doa. Nak Allah memberi kepada kita, adabnya kita kena beri kepada Allah dulu kan. Di tangan yang menyeluk poket, hanya ada 100 dollar US. Allah, duit yang saya letak dalam poket untuk beli baju raya anak-anak. Sebelum syaitan sempat berbisik, saya masukkan cepat-cepat duit tersebut ke dalam tabung sumbangan.
Selepas solat Subuh baru saya menaikkan posting memohon bantuan kalian menghabiskan stok kurma. Kemudian usai syuruq saya solat sunat Dhuha, solat yang tarik rezeki. Tak sampai 5 jam, 1000 kotak kurma kami habis!
Selepas team cek inventori ada lagi sekitar 400 kotak, lalu kami tambah, beberapa jam seterusnya, 400 itu pun habis. Allah Maha Besar! Dari awal Ramadan kami jual kepada ratusan ribu database pek yang premium, hanya sekitar 300 kotak yang terjual.
Ya Allah, rupanya Allah makbulkan doa yang dibaca. Tapi saya tahu barangkali bukan doa saya yang dimakbulkan. Bila solat berjemaah, kalau doa seorang dimakbulkan pun, semua yang ikut berjemaah dapat habuannya. Begitu pemurahnya Allah.
Lagi-lagi di Gaza ni yang jemaah qiamullailnya mencecah 2000 hingga 3000 orang, itu baru sebuah masjid, takkan tak ada seorang pun yang baik yang Allah dengar doanya.
Esok, malam 27 Ramadan malam kemuncak ibadah di Gaza. Jemaah boleh melebihi 4000 orang di sesebuah masjid. Semalam AJK masjid tarik saya ke tepi dan katanya untuk malam 27 Ramadan, biasanya kos sahur yang disediakan untuk mereka yang beribadah boleh mencecah sekitar RM10,000.
Masjid-masjid di sini memang akan sediakan sahur untuk jemaah sebab tak nak ada yang keluar, terus iktikaf sampai selesai Subuh. Saya maklumkan kepada beliau yang saya akan cari seramai mungkin penyumbang untuk taja makanan sahur mereka.
Justeru saya nak cari 10,000 orang yang nak menyumbang, semoga magic yang terjadi kepada kami akan jadi kepada kalian juga.
Kalian boleh sumbang di link ini di bahagian paling bawah 👉 http://shorturl.at/dmI39 atau boleh terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 dengan rujukan : memburuLQ untuk sumbangan lebih banyak atau sedikit.
Kalau menyumbang melalui link, selitkan doa kalian di ruang catatan, walaupun tak dapat baca satu-satu tapi kalian sebutkan hajat dan saya akan minta imam masjid-masjid di sini memohon kepada seluruh jemaah untuk khususkan doa untuk kalian. Kalau melalui akaun boleh tinggalkan komen.
RM50,000 akan digunakan untuk sahur dan bakinya akan kita salurkan untuk wakaf baik pulih masjid-masjid di Gaza. Pahala wakaf ni sumbang sekali, pahala sampai mati.
Oh ya, macam saya sebut sebelum ni untuk malam esok, malam 27 Ramadan doa untuk kalian double, dari Palestin, dan daripada mulut-mulut keluarga syuhada’ dipimpin mak mertua saya yang berada di Mekah menunaikan umrah ketika ini.
Terngiang-ngiang nasihat imam semalam bila bercerita tentang kebimbangan Saidina Umar RA. Kata Saidina Umar mafhumnya, aku tidak bimbang doa aku tidak dimakbulkan kerana Allah sangat mudah memakbulkan doa. Yang aku bimbangi ialah kalau aku tidak berdoa dan meminta, bagaimana Allah hendak mengabulkannya?
Jom sahabat, kita mencari 10,000 orang yang yakin dengan kasih-sayang Allah. Kalau tak mampu menyumbang langsung pun, tinggalkan saja komen doa kalian.
Yang membawa kita kepada negara Palestin dan Israel sendiri.
BERSAMBUNG...
Sebenarnya saya dah habis tulis semua point tapi nak tengok dulu korang nak baca ke tak. Apa pun untuk kalian yang memang minat nak kenal Israel dengan lebih lanjut, boleh masuk grup telegram Israel Untuk Pemula. Masuk grup bermakna kalian akan beri komitmen untuk dapatkan buku Israel Untuk Pemula yang saya dan anakanda Naeem sedang tulis, dah masuk final stages.
Oh ya, di grup ni juga saya akan kongsikan penulisan lengkap tentang tajuk ni. Join di /channel/israeluntukpemula
Share dan komen kalau nak saya sambung tentang situasi di Palestin-Israel, kenapa Hamas tak balas serangan, apa makna serangan dari Syria dan Lubnan dll pula.
Tak boleh sumbang harta, sumbangkan masa, tenaga atau anak-anak 👇
Warga Bangi yang dikasihi! Kami memerlukan sukarelawan untuk membantu proses pembungkusan kurma medjoul CGM yang telah kita jual semalam.
Mereka yang berkelapangan esok, Ahad khususnya pelajar universiti atau kalian yang ada anak di umur sekolah menengah dan nak diinfakkan untuk bantu kami sekejap, boleh lihat details di bawah ya. Tak kisah berapa jam nak diinfakkan.
Inilah masanya nak latih anak-anak terlibat dengan kemanusiaan 💪
Masa mula : 10 pagi
Tempat : Pejabat Cinta Gaza Malaysia (Search: physiomobile), Bangi Sentral
Untuk pertanyaan : +6016-4636354
Kalian boleh terus salurkan sumbangan Mengejar Malam Lailatul Qadr Ramadan ke sini 👉 http://shorturl.at/dmI39
❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita
Korang dengar tak ucapan Yahya Sinwar semalam yang menggambarkan Lubnan, Syria, Iran sedia bertindak? Malas pula nak menulis kalau respon hambar ni 😆
Читать полностью…Minggu ni giliran adik saya Musa Nuwayri pula masuk Pesona XY. Kejap lagi akan live dari Turkiye 👇
https://www.youtube.com/live/FnkRfDROw_4?feature=share
Hari cuti ni seronok juga kalau dapat bawa anak-anak moreh di luar kan.
Kalau saya bila balik Malaysia antara tempat favorite, menyinggah di Mokti's. Dahlah produk macam-macam, sedap, halalan toyyiba, banyak sedekah kepada Palestin pulak tu.
Jika kalian tidak berpeluang untuk menderma secara online, kalian boleh menderma di beberapa cawangan ais krim MOKTI'S yang berdekatan. Tabung kita ada merata ❤️
1. MOKTIS PAYA BEMBAN, KELANTAN
2. MOKTIS WAKAF CHE YEH, KELANTAN
3. MOKTIS IPOH SOUTH GATE, PERAK
4. MOKTIS TMN SG DUA UTAMA, P.PINANG
5. MOKTIS SP UTARA, KEDAH
6. MOKTIS PENDANG, KEDAH
7. MOKTIS CHANGLOON, KEDAH
8. MOKTIS KUALA KEDAH, KEDAH
9. MOKTIS GURUN, KEDAH
10. MOKTIS JEJAWI, PERLIS
11. MOKTIS KANGAR HQ, PERLIS
12. MOKTIS(SIGNATURE) KANGAR
JAYA, PERLIS
13. MOKTIS BATU PAHAT, JOHOR
14. MOKTIS BERTAM PUTRA, MELAKA 15 MOKTIS BANDAR SERI PUTRA, SELANGOR
16. MOKTIS DAGANG AVENUE, SELANGOR
17. MOKTIS PUNCAK ALAM, SELANGOR
Sahabat semua, ada berita baik. Lepas team kami cek semula stok dan buang orang yang terbuat double order, payment tak lepas dll ada lagi sikit stok kurma emergency untuk dihabiskan.
Korang dapatkan di sini ya https://ezy.la/emergencysale
Maaf sangat buat kalian pening hari ni. Team kami pun laaagi pening. Kita usahakan je lah ya 🙏
Yang ni rutob rare. Aih terliur pula tengok dia sejuk-sejuk macam tu. Yang ni 70 bekas saja tinggal untuk warga Bangi dan sekitar, satu bekas RM35, 3 bekas RM100 percuma 1!
Читать полностью…Alhamdulillah. Terharu tak sampai 5 jam habis 1000 pek kurma kita 😍
Sekarang kami tengah packing kurma dan InsyaAllah akan di post pada hari Isnin. Hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian ✨
Memandangkan semangat membeli kalian tengah melonjak tu, jom bantu pula menjayakan bisnes jersi dan Hoodie saya. Saya pun dah kira orang Palestin ni boleh bantu ekonomi saya juga 😆
Raya tahun ini kita tidak hanya mahu bercakap tentang gaya.
Kita juga mahu memberikan ia makna.
Sebab itu menggayakan Jersi Panji dan Hoodie Saladin di bawah jenama Tulen Palestin dengan penuh bermakna adalah impian kalian pencinta Palestin.
Sambil bergaya, sambil membuktikan cinta teragung kalian buat bumi yang diberkati, kan?
Oh ya, sebab kami sayangkan kalian, untuk 3 hari saja kami buat potongan harga untuk topi cap Palestin bagi pembelian mana-mana produk. Terhad untuk 97 orang terawal sahaja!
Jom beraya bergaya bersama Palestin, klik 2lenpalestin.com.
Kami juga ada buka carboot sale di masjid dan surau yang terpilih.
Lokasi:
- Masjid Al-Umm Bangi
- Surau Bangi Perdana
- Surau As-Sobah, Bangi Seksyen 3
- Surau Al-Kausar, Bangi Seksyen 4
Kalian boleh membeli di sana juga buat warga Bangi 🔥
Sahabat-sahabat semua, ini panggilan kecemasan!
Sepatutnya Sabtu dan Ahad ni CGM ada program untuk jualan raya tapi program tu dibatalkan disebabkan masalah teknikal! Punyalah banyak barang kami dah sediakan, aktiviti dah dirancang bermingu-minggu.
Kami pasrah tapi ada satu masalah besar yang kami hadapi. Kami dah siapkan 1000 kotak kurma medjoul gergasi untuk dijual semasa program, tapi sekarang stoknya tersadai di ofis 😭
Saya nak minta tolong ratusan ribu orang yang setia dengan CGM ni, minta 1000 orang saja ambil tindakan segera untuk bantu kami habiskan stok kurma medjoul yang berbaki. Kami tak nak pulangkan balik stok kepada pembekal, menangis para petani di Palestin ni nanti lepas dah seronok dapat jual kuantiti yang besar kepada kami tahun ni, tiba-tiba kena cancel.
Kurma penghabisan stok ni kami jual dengan harga runtuh, RM60 saja sekotak, harga asalnya RM89.90 tau. Kualiti sama, saiz sama, keaslian yang sama cuma kita tak letakkan dalam sarung macam kotak premium saja. Kita nak cuba habiskan hingga jam 12 tengah malam ni (Jumaat) saja supaya sempat nak diproses.
1000 orang saja, tolong kami selesaikan masalah ni bersama, niat sebagai amal membantu ekonomi petani di sini, pahala dapat, kurma gergasi pun dapat, boleh tak? Klik cepat ya. Tengok dulu kurmanya, saya rasa kalian akan terpesona untuk membelinya sebab memang luar biasa besar dan lembut.
👉🏼 https://ezy.la/emergencysale
👉🏼 https://ezy.la/emergencysale
👉🏼 https://ezy.la/emergencysale
Saya pernah baca (tapi tak pasti ketepatan maklumatnya), bahawa sebab perbezaan waktu, setiap saat akan ada azan dikumandangkan di dunia dari tempat-tempat berbeza.
Yang pasti, kalau kita orang baik-baik, setiap masa akan sentiasa ada umat di mana-mana yang mendoakan kita. Kalian di Malaysia dah nak habis berqiamullail, kami baru nak keluar ke masjid beriktikaf sekarang ni, dekat jam 11pm.
Kalau kalian ada hajat dan hasrat, tinggalkanlah di komen, di hujung qiam nanti saya cuba baca dan aminkan satu-satu, ambil berkat bumi ini inshaAllah khususnya kalian yang banyak berbakti kepadanya.
Yang belum bersedekah hari ni pun boleh teruskan saya share ruang di bawah. Doa campur sedekah ni double mustajabnya. Sharekan ya bagi kawan-kawan lain dapat manfaat juga 🤲
Yang saya bawa tu bekal kopi dan air mineral, nak bagi segar.
👆Share di sini dulu guys
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ssmmKpFq6MJYayvgXesiJD9JhudzEHptMb29YCn6fewNDdqLHKjmpjYrH8YQqffol&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz
6 PERKARA (1) YANG SEDANG MEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN ISRAEL
Banyak perkara sedang berlaku di Israel dan kawasan sekitar ketika ini, antaranya perhimpunan dan mogok bantahan terhadap kerajaan Netanyahu melibatkan ratusan ribu penduduk Israel sendiri, serangan ke atas Masjid Al-Aqsa dan campur tangan ‘player’ paling utama di Palestin iaitu Hamas, serangan yang datang dari Syria dan Lubnan dan seterusnya. Saya cuba kongsikan dalam beberapa point mudah untuk kita fahami bersama,
1. Israel secara politik berada di dalam keadaan paling buruk di dalam sejarahnya. Dalam tempoh 4 tahun, politik yang tidak stabil dan perpecahan dalaman menyebabkan 5 KALI PILIHANRAYA terpaksa dilakukan apabila kerajaan campuran yang dibuat gagal bertahan.
Punca kegagalan sama ada kerana keinginan mendakwa Netanyahu dengan kes-kes salah guna kuasanya, pertempuran parti berhaluan kiri dan kanan dan penarikan sokongan parti-parti ‘kingmaker’ yang kecil.
2. Kerajaan Israel pimpinan Netanyahu yang ada sekarang merupakan ANTARA KERAJAAN PALING EKSTRIM KANAN DI DALAM SEJARAH, khususnya dengan kewujudan Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich di dalamnya, juga dijangka tumbang akibat perpecahan dalaman.
Ben-Gvir ni bukan saja benci Arab, pembunuhan bekas PM Israel Yitzhak Rabin tahun 1995 yang nak cuba ‘berdamai’ dengan Palestin pun dia antara provokatornya.
3. Kerajaan Israel ini berdepan tekanan dahsyat daripada penduduk sendiri apabila cuba MEWARTAKAN UNDANG-UNDANG BARU BERKAITAN KUASA CABANG KEHAKIMAN DI DALAM NEGARA. Israel yang tidak mempunyai perlembagaan dan pengagihan kuasa yang jelas di antara kehakiman, eksekutif dan legislatif menyebabkan demokrasi sukar dipertahankan – kuasa biasanya terletak pada tangan kerajaan iaitu cabang eksekutif.
Cabang eksekutif sebelum ini banyak berdepan kuasa mahkamah tinggi sebagai ‘penimbang-tara’ tetapi kuasa ini hendak dihapuskan oleh kerajaan yang ada, menjadikan Israel sebuah negara ala diktator.
4. Pencemaran ke atas demokrasi ini menyebabkan sekutu kuat Israel, AMERIKA SYARIKAT MENGENDURKAN SOKONGAN TERHADAP ISRAEL. Biden dalam ucapannya melahirkan ‘kebimbangan yang sama yang dirasai penduduk Israel terhadap kerajaan sedia ada’.
Israel yang selama ini menjadi beban kepada AS semakin berat untuk dipikul, khususnya dengan penolakan sokongan tidak bersyarat yang rata-rata ditimbulkan generasi muda AS. AS juga tidak lagi meletakkan prioriti kepada Israel yang jatuh ke tangga ketiga dan keempat keutamaan mereka, sedangkan isu China dan Taiwan serta Rusia dan Ukraine lebih diutamakan.
Ayuh kita pergi lebih dekat ke rantau ini pula, ke kawasan Palestin dan negara sekitar.
5. Suka atau tidak, Syiah atau tidak, ANTARA NEGARA YANG PALING KUAT MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN IALAH SYRIA, IRAN DAN LUBNAN. Syria pernah menjadi kubu kuat Hamas sehingga isu Arab Spring, juga pernah menerima kumpulan-kumpulan pejuang untuk menerima latihan di dalamnya. Ini telah disebutkan oleh Ismail Haniyyeh dalam ucapannya kepada program Al-Jazeera ‘Yang Tersembunyi Lebih Dahsyat’ beberapa tahun lalu.
Jangan tanya kenapa Israel tak dibom, diserang dan dihapuskan saja terus oleh negara-negara ini. Jawapan ringkasnya dalam politik setiap negara mengukur pro dan con dalam setiap tindakan yang nak diambil dan sekiranya kepentingan negara akan terjejas atau tergugat, tindakan tak diambil.
Kumpulan negara-negara Arab kalah dalam perang 1948 misalnya kerana apabila melihat kekuatan tentera Israel dan mempertimbangkan semua pilihan yang ada, keputusan yang terbaik untuk negara mereka ialah berundur dan tidak bermati-matian untuk mempertahankan Palestin. Jawapan panjangnya, korang cari sendiri.
6. Untuk terjun ke medan peperangan bukan keputusan yang mudah dan keadaan di Iraq, Yaman, Libya ketika ini menampakkan hasilnya. Apabila tiba masa yang sesuai negara mana yang akan ikut serta dalam pembebasan Palestin? Kita tunggu dan lihat.
Paling kurang, NEGARA JIRAN SEPERTI LUBNAN DAN SYRIA MASIH MEMBENARKAN FAKSI PEJUANG PALESTIN BERTAPAK DI SANA, nak dibandingkan negara jiran lain yang memeranginya habis-habisan.
Yang nak bantu rakan usahawan saya ni membeli produk beliau, dan kalian pula dapat baju raya yang sangat best, siap ada potongan saya post semula di sini 👇
Semalam seorang kawan usahawan saya mesej, beliau dengan nada sedih bercerita tentang jualan kurta berjenama beliau yang sangat perlahan pada tahun ini.
Saya kenal rakan ni sebagai seorang yang pandai berniaga, memang dia siap buat kelas untuk ajar usahawan kita menceburi bidang bisnes. Tapi itulah, dengan keadaan ekonomi, selisih raya dengan permulaan sekolah barangkali jualan tak berapa nak menjadi.
Apa pun saya maklumkan kepada beliau yang saya akan cuba bantu apa yang boleh sebab pembaca saya di sini ada ramai juga yang masih mampu membeli, inshaAllah. Beliau sangat seronok dan sebagai tanda penghargaan kepada kalian tawarkan untuk bagi potongan harga atas setiap pembelian, untuk 300 orang terawal.
Kurta yang kawan ni jual mungkin agak mahal tapi kalau kalian jenis macam saya, beli yang bagus terus dan boleh pakai lama, memang sesuai. Saya ada 2,3 helai yang masih macam baru - pakai pergi majlis perasmian dengan timbalan menteri di sini pun ngam, pakai ke majlis ramah mesra dengan marhaen pun cun, pakai di jalanan memang orang toleh tengok kenapa hensem sangat.
Korang boleh intai di sini - kalau berkenan, malas keluar bersesak beli baju raya, nak beli baju spare supaya senang OOTD atau memang nak bagi suami nampak kacak (tapi setia dengan kita sebab kita yang belikannya baju ni) - jangan lupa pakai kod PAL1 untuk dapatkan potongan 8% ya.
1. Teluk Belanga 2023
https://baginda.pertiwistore.com/pages/paduka-3-0
2. Cekak Musang 2023
https://baginda.pertiwistore.com/pages/baginda-3-0
300 pembeli pertama, untuk hari ni dan esok saja supaya mereka sempat pos sebelum raya.
Ajaibnya malam Lailatul Qadr ialah Allah SWT sebut secara am yang ia lebih baik dari 1000 bulan. Tak ada ibadah khusus, tak ada syarat khusus.
Maksudnya kalau kita buat apa pun kebaikan seolah kita berterusan melakukannya selama 1000 bulan.
Memang ibadah yang utama ialah membaca Al-Quran, qiamullail, sedekah, selawat.
Tapi kebaikan lain yang kita niat sebagai ibadah? Saya yakin Allah Maha Pemurah dan akan beri balasan yang juga setimpal.
Malam ni malam 25, malam ganjil! Jangan lupa bertindak ya, ruginya Ya Allah kalau terlepas.
Semalam seorang kawan usahawan saya mesej, beliau dengan nada sedih bercerita tentang jualan kurta berjenama beliau yang sangat perlahan pada tahun ini.
Saya kenal rakan ni sebagai seorang yang pandai berniaga, memang dia siap buat kelas untuk ajar usahawan kita menceburi bidang bisnes. Tapi itulah, dengan keadaan ekonomi, selisih raya dengan permulaan sekolah barangkali jualan tak berapa nak menjadi.
Apa pun saya maklumkan kepada beliau yang saya akan cuba bantu apa yang boleh sebab pembaca saya di sini ada ramai juga yang masih mampu membeli, inshaAllah. Beliau sangat seronok dan sebagai tanda penghargaan kepada kalian tawarkan untuk bagi potongan harga atas setiap pembelian, untuk 300 orang terawal.
Kurta yang kawan ni jual mungkin agak mahal tapi kalau kalian jenis macam saya, beli yang bagus terus dan boleh pakai lama, memang sesuai. Saya ada 2,3 helai yang masih macam baru - pakai pergi majlis perasmian dengan timbalan menteri di sini pun ngam, pakai ke majlis ramah mesra dengan marhaen pun cun, pakai di jalanan memang orang toleh tengok kenapa hensem sangat.
Korang boleh intai di sini - kalau berkenan, malas keluar bersesak beli baju raya, nak beli baju spare supaya senang OOTD atau memang nak bagi suami nampak kacak (tapi setia dengan kita sebab kita yang belikannya baju ni) - jangan lupa pakai kod PAL1 untuk dapatkan potongan 8% ya.
1. Teluk Belanga 2023
https://baginda.pertiwistore.com/pages/paduka-3-0
2. Cekak Musang 2023
https://baginda.pertiwistore.com/pages/baginda-3-0
300 pembeli pertama, untuk hari ni dan esok saja supaya mereka sempat pos sebelum raya.
Korang tau tak apa yang luar biasa pada tabung kita ni? Dalamnya kita pasang lampu merah yang akan dinyalakan bila Palestin dalam bahaya. Dan lampu merah ni kita dah nyalakan sejak awal serangan ke atas Masjid Al-Aqsa!
Jadi kalau nampak macam ni kena ringankan tangan ya memberi 🔥
Alhamdulillah! Sebagai tanda penghargaan dan support yang PADU daripada kalian, kami hadiahkan E-book Masakan Palestin untuk kalian. Resepi ORIGINAL daripada Palestin ❤️
E-book Masakan Palestin:
https://cgm.com.my/cookbook/
Password: myheroes
Ada dalam sejam lagi nak berbuka, sempat lagi nak ambil manfaat Jumaat di bulan Ramadan ni. Saya nak kongsi kepada kalian peluang wakaf Quran untuk sahabat-sahabat kita di Indonesia, NGO ni saya kenal dan pernah ikut misi korban mereka ke Sri Lanka 👇
*MERAIH KEMULIAAN MALAM LAILATUL QADAR*
BURU IA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG
Ayuh bersama gandakan *SUJUD & SEDEKAH* di sepuluh malam terakhir. Moga kita berpeluang bertemu lailatul Qadar.
*Bantu cukupkan dana wakaf, 100 Naskah Al Quran di Pondok Yatim Ar Rohmat di Kecamatan Cibinonh Kabupaten Bogor*
Semoga Allah luaskan Rezeki kita & Allah temukan kita dengan Lailatul Qadar. Mohon juga untuk sebar-sebarkan pada family ya.
Sumbangan boleh disalurkan di
=========================
Yayasan Ammirul Ummah
Maybank: 563019271201
CIMB Bank : 8603338218
===========================
Tekan link untuk menyumbang:
https://sukaderma.com.my/product/wakaf-al-quran-ramadan/ref/51251/fsproduct/39575
-----------------------------------
*Yayasan Ammirul Ummah*
Kalau yang masih nak membeli, boleh dapatkan juga tapi dengan harga asal, sebab stok kecemasan dah habis. Niat sedekah juga ya, kalau yang stok emergency CGM jual harga kos, dengan harga asal ni baru ada untung skkit untuk NGO.
Harga asal macam dijual sebelum ni, RM89.90 dan ada kotak.
Untuk orang Bangi dan Melaka untung sikit sebab kalian boleh pickup atau kami hantarkan. Yang lain, boleh dipos inshaAllah. Sekotak 1kg, RM89.90.
Jangan lupakan mak ayah di kampung. Kami boleh poskan, nanti whatsapp saja. Last order Ahad ni.
Kami juga menjual Rutob Rare seperti tahun lepas. Alaaa, kurma sejuk yang rangup, sejuk dan segar dan yang ni dari Mesir. Yang ni pun saiznya besar, makan dua biji kenyang. Stok pun tak banyak dan tak boleh dipos sebab kena kekal sejuk, pickup atau COD Bangi dan Melaka saja. Sebekas RM35, 3 bekas RM100 dapat percuma 1. Nak tutup kedai dah, tinggal dalam 50 je lagi.
Klik terus nanti habis,
www.wasap.my/60193799495/medjoulgergasi
http://www.wasap.my/60196623560/medjoulgergasiJB
Para pencinta Palestin sekalian, kebangkitan semula era nasyid semangat dan perjuangan bakal bermula semula, dengan izin Allah!
Kalian pasti tak mahu ketinggalan menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Lagu 'Apa Khabar Cinta?', nasyid sulung daripada album baru kerjasama Cinta Gaza Malaysia dan Tarbiah Sentap akan diluncurkan sejam saja lagi!
Buka siap-siap, jangan terlambat!
👉🏼 https://www.youtube.com/watch?v=MbsHRYPfaiM
Baru balik qiam dapat berita sedih ni daripada team. Tak apalah, kita usaha apa yang boleh kan. Moga doa malam tadi untuk kalian yang bantu kami selesaikan isu kurma kita. 200 kotak dah terjual, tinggal 800 saja lagi.
Klik https://ezy.la/emergencysale sebelum stok habis ya.
Tepat-tepat 1000 orang dah view, 40 kotak dah terjual. Ya Allah mudahkan urusan kami, murahkan rezeki kalian. Kalau kalian nak beli tapi nak sumbangkan pun boleh, kami akan beri kepada tahfiz, rumah anak yatim dan sebagainya, di Butiran Pembelian tu boleh klik 'sumbangan'.
Jom jom sedekah Jumaat!
Alhamdulillah dah selesai. Sebelah saya tadi dua orang anak ni, usia dalam 10,11 tahun. Nampak penat tapi tetap kekal berjam-jam dalam qiamullail. Sesekali bila imam baca surah dalam Quran, saya dengar mereka berborak sesama sendiri, ni surah apa ya? Oh, Surah Al-Insan ya?
Nampak sangat mereka ni anak-anak yang komited di tahfiz di masjid ni.
Ramai yang minta doakan kecemerlangan anak-anak, doa dapat zuriat, anak-anak menjadi soleh solehah.
InshaAllah anak-anak kalian menjadi seperti anak-anak pejuang di sini, cintakan masjid dan Al-Quran. Saya dah doakan semuanya, moga Allah makbulkan, ameen.
Malam 27 nanti kita doakan double, di Gaza dan dari Mekah, kebetulan mak mertua saya ada di sana. InshaAllah.
Jom guys LIVE kita dah start. Ada The Helmi's juga tau!
https://www.youtube.com/watch?v=5vtZX9JWEDA