nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Sebagai satu bentuk solidariti terhadap apa yang berlaku di Masjid al-Aqsa, kami di Cinta Gaza Malaysia memulakan kempen #aqsaberdarah.

‎حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Ayuh tukar dan tularkan DP kalian di semua medsos! Save dan upload.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebahagian mangsa yang dipukul penjajah dan ditangkap semalam. Malam ni serangan berlaku semula dan kebangkitan tercetus di kebanyakan bandar-bandar Palestin. Entah apa kesudahannya malam ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Al-Aqsa diserang semula malam ini! Lipat gandakan doa kalian di qiammu untuk mereka duhai ummah!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebab video ni diturunkan dari TikTok, saya kongsikan di sini. Tangisan anak-anak kita yang baru kehilangan ayah beberapa hari lepas. Dengar apa mereka sebut 😭

Ikut saya di TT username : nadiralnuri2022

Atau scan qr code.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Serangan, pencerobohan, kematian dan penangkapan tak bermakna kerja-kerja kita meringankan beban penduduk terhenti. Tidak ada cuti kecemasan, tidak ada istilah tangguh untuk kami.

Pasukan CGM terus menyampaikan bantuan pek makanan kepada penduduk bagi membolehkan mereka berbuka puasa. Esok pula 2 ekor lembu akan disembelih dan Sabtu, majlis iftar besar-besaran bersama anak yatim di Cameron Highlands kita. Kita akan buat LIVE, nantikan ya.

Kalian boleh terus salurkan sumbangan Ramadan ke sini 👉 http://shorturl.at/dmI39

❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨‍🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑‍🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita

Ayuh, Ramadan semakin cepat berlalu, sudah separuh daripadanya mengucapkan selamat tinggal!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Polis penjajah dengan biadap menghalang solat sunat Dhuha didirikan di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa. Mereka cuba mengosongkannya untuk memberi laluan kepada sambutan perayaan Passover Yahudi yang bermula hari ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kepada semua sahabat-sahabat pendokong Palestin, sehari dua ni bila keluar dari rumah ke tempat kerja, taman, surau dan masjid, bazar Ramadan, sarungkan baju Palestin kalau ada.

Dalam pemakaian pun boleh berdakwah dan bersolidariti. Nak dapatkan di 2lenpalestin.com pun boleh, kami ada jual jersi dan Hoodie.

Sekurangnya setiap seorang ada sehelai baju Palestin tak kira dari mana pun dibeli, biar roh Palestin ada dan kelihatan di Malaysia khususnya bila berlaku serangan macam ni 🇵🇸

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sebahagian kerosakan dalam Musolla Qibli akibat serangan Zionis Israel ke atasnya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Roket yang dilepaskan dari Gaza dan disekat Iron Dome di atas langit Sderot.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Meremang bulu roma melihat video ini. Para pemuda dari seluruh bandar Palestin menyahut seruan mu'takifin dan keluar berarak menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih diserang sehingga kini. Pertempuran juga merebak di lokasi lain antara penduduk dan tentera penjajah.

Ikut saya di t.me/nadiralnuri untuk update kerana laman fb ini mungkin diblok.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Masjid Al-Aqsa sedang diserang dengan dahsyat ketika ini! Sebahagian kawasan masjid di Musolla Qibli terbakar!

Apa yang ditunggu umat! Bantu kami di http://emergency4gaza.com/kecemasan! Atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan. Tolong sebarkan sebelum facebook saya diblok!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Macam ni kurma diproses di Palestin. Katanya kilang yang ni adalah di Ariha, sama sumber Kurma Medjoul Gergasi yang kami jual.

Pekerjanya Palestin, pemiliknya Palestin, pengimport dan pengeksport juga milik orang Palestin.

Sebab tu kami kekal ambil dengan mereka walaupun harga tinggi sikit.

Banyak je medjoul ni dijual di tempat lain dan ada yang harganya lagi murah. Tapi mungkin grednya berbeza, kualitinya berbeza dan paling sedih kalau dalam proses ada penjajah yang dapat manfaat sama ada sebagai pemilik ladang atau pengeksport.

Kita ada pilihan kan nak membeli untuk kenyang saja atau membeli sambil membantu menguatkan ekonomi penduduk di sini? Ramai yang tanya apa jalan lain untuk bantu mereka, inilah jalannya. Kami bawa masuk dan jual pun sempena bulan puasa saja.

Untuk orang Bangi dan Melaka untung sikit sebab kalian boleh pickup atau kami hantarkan. Yang lain, boleh dipos inshaAllah. Sekotak 1kg, RM89.90.

Jangan lupakan mak ayah di kampung. Kami boleh poskan, nanti whatsapp saja.

Kami juga menjual Rutob Rare seperti tahun lepas. Alaaa, kurma sejuk yang rangup, sejuk dan segar dan yang ni dari Mesir. Yang ni pun saiznya besar, makan dua biji kenyang. Stok pun tak banyak dan tak boleh dipos sebab kena kekal sejuk, pickup atau COD Bangi dan Melaka saja. Sebekas RM35, 3 bekas RM100.

Klik terus nanti habis,

www.wasap.my/60193799495/medjoulgergasi
http://www.wasap.my/60196623560/medjoulgergasiJB

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ini yang didepani anak-anak mereka setiap hari.

Anak kepada Muhammad Al-Hallaq yang dibunuh di Nablus pagi tadi, bertanya kepada ayahnya yang syahid, kenapa engkau perlu meninggalkan aku?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Begini respon penduduk Palestin apabila penjajah menghalau mereka yang beriktikaf di Masjid Al-Aqsa malam sebelumnya dan menembak mati seorang pemuda.

Jom mulakan hari kalian dengan semangat ini, semangat bahawa kita tak boleh ditundukkan walau apa pun cabaran mendatang.

Selamat Pagi Malaysia!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pembungkusan Pek Sayur LIVE dari Gaza

https://www.facebook.com/nadirtakkoyak/videos/1953641974967673/?mibextid=v7YzmG

Sumbang di sini, kami sedang menulis nama kalian di kad ucapan khas yang akan diberikan kepada penerima untuk mendoakan kalian.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jam di Gaza dah pukul 3 pagi tapi tak boleh nak tutup mata. Sepanjang Ramadan ni bila tidur saya mimpi bermesyuarat dengan pasukan CGM di Malaysia, berbincang macam mana nak tingkatkan sumbangan yang sangat menyedihkan.

Sesekali saya terlelap dan bermimpi sedang berjalan di Kota Lama Al-Quds, di celah pasarnya, di rumah-rumah usangnya. 3,4 kali juga saya mimpi berada di Baitul Maqdis walaupun tak pernah pun jejakkan kaki ke sana. Tapi kerana ia apa yang menguasai minda sedar kita, ia juga apa yang menghantui alam mimpi.

Cuma malam ni saya tak boleh nak lelap sebab lain. Tim saya di Malaysia maklumkan sumbangan baru mencecah RM60,000. RM60,000 daripada RM1 juta yang saya sasarkan. Sahabat-sahabat di Aqsa dah hantar kertas kerja untuk baiki klinik dalam kawasan masjid dengan nilai ratusan ribu ringgit. Kos rawatan mereka yang dipukul semalam diharapkan daripada kita dengan nilai puluhan ringgit.

Saya sangka ribuan share, semangat yang berkorbar, marah yang ditunjukkan oleh kita akan melahirkan tindakan tapi rupanya tak senang untuk kita betul-betul berkongsi rasa dan harta dengan mereka.

Ya saya tahu kamu dan kamu akan komen yang rakyat di Malaysia yang tercinta juga sedang susah. Ada yang akan komen sinis baliklah berbakti kepada negara pula. Ada yang akan kata saya terpaling Palestin bila teguran dan nasihat saya ada yang tak suka.

Ada ke di kalangan kita yang mak dan ayah dibunuh di depan mata? Ada ke anak-anak kita yang terpaksa korek sampah di jalan raya untuk makan macam yang saya nampak anak-anak Gaza buat semalam? Ada ke yang dalam sekelip mata sanggup hulurkan nyawanya untuk pertahankan bumi wakaf umat Islam sebagaimana yang sedang dilakukan mereka? Mereka yang sanggup mewakili kita!

Entahlah. Saya tidak kecewa tetapi saya penat. Penat sangat-sangat. Mungkin dah sampai masanya orang yang lebih ikhlas, lebih bertenaga datang menggantikan saya. Allah saja yang tahu apa ada di fikiran ini.

Kalian kongsikanlah. Barangkali ada orang lain yang membaca sanggup menyerahkan kepalanya untuk ditembak Zionis pada bila-bila masa, atau menyerahkan tubuhnya untuk diledak roket tanpa sebab.

Kalian kongsikan juga rayuan sumbangan ini. Barangkali masih ada yang sudi mendengar.

Bantu mereka di http://emergency4gaza.com/kecemasan atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan. Kalau sudi kongsikanlah. Kalau tak sudi pun tak apa.

Selamat malam dari bumi yang takkan pernah mengalah, yang kebergantungan mereka hanya kepada Allah.

3.08am, Bandar Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Begini mereka ditendang keluar kerana cuba beri'tikaf dan beribadah di dalam Masjid Qibli. Kita yang ada peluang beribadah dengan penuh keamanan, jangan mensia-siakannya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Allah seronoknya masa balik Malaysia baru ni sempat hadiahkan kepada Ustaz Yaakub Yusra yang tengah viral sekarang ni sepasang Jersi dan Hoodie Saladin 2lenpalestin. Segan sebenarnya nak minta beliau kenakan jersi dan Hoodie ni, level beliau dah jauh tinggalkan saya.

Jom sahabat semua, masa ni lah nak gayakan baju-baju Palestin kita, tunjukkan solidariti, dalam berpakaian pun ada dakwah tau! Ada 300 Hoodie saja lagi untuk disambar. Dapatkan di 2lenpalestin.com.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kenyataan Media MyAqsa Defenders

Serangan Terkini Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

#SelamatkanMasjidalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Penduduk penempatan haram ini yang cuba menyeludup masuk ke Masjid Al-Aqsa bersama kambing untuk disembelih sebagai sebahagian ritual Passover ditahan polis penjajah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Salah satu lokasi yang dibom di Bandar Gaza. Kawasan ni dekat dengan rumah saya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pertempuran di Bab Al-Amud ketika ini.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Begini seronoknya penduduk Beit Hanoun di utara Gaza ketika melihat roket yang dilepaskan ke arah penempatan haram Israel.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ada yang tanya bila serangan berlaku? Jawapannya serangan masih lagi berlaku.

Di Palestin sekarang jam 2.18 pagi dan kami masih mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.

👆Beberapa roket baru saja  dilepaskan dari Gaza ke penempatan haram sekitar Gaza-Israel.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bantu kami di http://emergency4gaza.com/kecemasan! Atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan. Tolong sebarkan sebelum medsos saya diblok!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Nak tengok sayur segar dari Palestin?

Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk projek Pek Sayur kita. Sumbangan masih dibuka tau dan boleh dibuat di https://securepay.my/collections/peksayur

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Ada yang tengah mencari kerja ke? Kami sedang mencari orang untuk bersama-sama kami untuk berjuang membebaskan Palestin 😇🇵🇸

Senarai jawatan:
- Fundraising and Partnership Executive
- Business Development Manager
- Program Executive
- Strategic Executive

Fundraising and Partnership Executive - https://www.maukerja.my/en/job/6540022-fundraising-partnership-executive

Business Development Manager - https://www.maukerja.my/en/job/5097243-business-development-manager

Program Executive - https://www.maukerja.my/en/job/4872532-program-executive

Strategic Executive - https://www.maukerja.my/en/job/4872695-strategic-executive

Paling best dapat turun pergi misi bantu orang yang memerlukan 🥰

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pemuda ini yang dibunuh kerana cuba mempertahankan seorang wanita yang dikasari penjajah di dalam kawasan masjid.

Ikuti /channel/PALM_Strategic untuk update berita Palestin setiap hari.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Pencerobohan penjajah ke atas Masjid Al-Aqsa semakin kerap berlaku khususnya menjelang sambutan Passover mereka yang akan bermula pada 5 April.

Ingat, akibat sambutan Passover inilah tercetusnya perang tahun 2021 ke atas Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya tak sedih bila tak dapat like. Saya sedih sebab sumbangan perlahan sampai kami terpaksa bincang batalkan banyak projek di sini. Yang paling sedih?

Yang paling sedih kalau kami kena batalkan projek baju raya baru anak-anak Gaza. Macam mana nak bagitahu diorang yang baju baru setahun sekali pun kita terpaksa tunda ke tahun depan 😔 Daripada sasaran untuk 2000 orang baru dapat baju, kita baru dapat untuk 100 orang.

Kalau kalian mampu sumbanglah sikit ya di http://securepay.my/collections/bajubaru

Dah jam 3 pagi di Gaza, saya mohon berundur untuk rehat kejap. Bantu sebarkan post ini, budak-budak ni macam anak-anak kita juga. Bezanya mereka hanya setahun sekali merasa baju baru.

Читать полностью…
Подписаться на канал