Korang dah bangun sahur ke tu?
Gambar sahur sebuah keluarga di Khan Yunus.
MashaAllah, diorang ni memang sangat pandai menjadikan hidup lebih indah dan bermakna, walaupun dalam sekatan dan suasana peperangan.
Masih belum terlambat untuk Haura' dan Qamar beri ucapan sikit kan. Khusus untuk makcik-pakcik semua yang selalu support Baba dan kawan-kawan Baba 😃❤️
Читать полностью…Luar biasa kurma gergasi lembut berkrim Medjoul 100% asli dari Palestin kita, dah ratusan kotak terjual walaupun Ramadan baru bermula. Ramai yang berpuas hati sebab kualiti yang sama kota jaga setiap tahun. Apa maksud kualiti yang sama?
Maksudnya ladang tempat kurma ditanam adalah milik orang Palestin, pekerjanya adalah orang Palestin, syarikat eksport dan import juga milik orang Palestin.
Medjoul ni masalahnya selalu diimport daripada ladang penjajah sebab harganya lebih murah. Kami memilih sumber yang pasti dengan kualiti terbukti walaupun nampak mahal sikit. Cuma masalahnya stok akan jadi terhadlah.
Untuk orang Bangi dan Melaka, bestlah korang sebab korang boleh pickup atau kami CODkan ke rumah terus. Yang lain, boleh dipos inshaAllah. Buat masa ni hanya berbaki 50 kotak Medjoul di tangan kami. Sekotak 1kg, RM89.90.
Afdalnya jangan lupakan mak ayah di kampung. Kami boleh poskan, nanti whatsapp saja.
Yang minat kurma sejuk, kelat-kelat sikit boleh cuba Rutob Rare. Rutob ni kurma sejuk yang rangup, sejuk dan segar dari Mesir. Yang ni pun saiznya besar, makan dua biji kenyang. Stok pun tak banyak dan tak boleh dipos sebab kena kekal sejuk, pickup atau COD Bangi dan Melaka saja. Sebekas RM35, 3 bekas RM100.
Personally, rutob ni diminati penduduk Palestin, kalau datang musimnya tu mashaAllah meriah. Kalau dimakan sejuk-sejuk masa berbuka lagilah pehhhh.. Terus tak lalu makan benda lain.
Ok jom order cepat. Klik di bawah terus :
www.wasap.my/60193799495/medjoulgergasi
www.wasap.my/60147217330/medjoulgergasibangi
Terima kasih semua yang sempat join tadi!
Link pendaftaran sebagai Hero : https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
Untuk sumbangan am Ramadan : https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-promo
Kalau dah terbaca, Allah dah pilih untuk menyumbang tu ☺️
Kalian dah bersedia? InshaAllah kita akan mulakan dalam masa 20 minit lagi!
Hero Ramadan: Are You The Chosen One?
Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/85436996465?pwd=WWwrR0s3OE56dDZzdWF6K3EvUDcyUT09
Saya yakin kalian semua dapat rasa apa yang saya rasa.
Ya Allah, penangan Ramadan ni memang luar biasa, auto rasa nak banyakkan beribadah, banyakkan buat kebaikan sebab auranya memang dahsyat.
Kalian sempat solat tarawih dan mulakan larian tak tadi? Dah ada pasang niat untuk khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali?
Penduduk di Gaza pun duk sibuk pasang lampu lip-lap, hias rumah dan kemas apa yang patut, di sini memang Ramadan yang disambut meriah, bukan Syawal.
Masjid-masjid memang penuh selalu, malah ramai sangat yang habiskan sepanjang hari beriktikaf di masjid, berdoa. Masjid-masjid memang penuh selalu, malah ramai sangat yang habiskan sepanjang hari beriktikaf di masjid, berdoa, berzikir dan bermunajat, lagi-lagi masa 10 akhir Ramadan.
Sebab tu saya seronok sangat bila kami dapat puluhan permintaan daripada masjid-masjid seluruh Gaza yang perlukan tajaan karpet baru untuk masjid mereka dan juga permintaan untuk baik-pulih tempat wudhu masjid mereka.
Allah, ada karpet yang usang sampai setiap kali dibersihkan, penuh vakum dengan karpet yang reput. Ada juga masjid yang terpaksa ditampal karpet masjidnya sebab dah terlalu lama.
Saya letakkan keyakinan kepada penduduk, jangan bimbang, mesti ramai nak sumbang untuk wakaf masjid di Gaza ni. Dahsyat kot, satu hari ratusan orang berdoa untuk kita dari bumi berkat Palestin.
Setiap sujud mereka, rakaat qiam mereka, sambil cium bau karpet baru mereka akan doakan ya Allah bagilah penderma ni kesihatan, murahkan rezeki mereka, jadikan anak-anak mereka soleh dan solehah. Siapa mampu tolak, kan?
Jom jadikan sedekah Ramadan kalian yang pertama, untuk projek wakaf masjid di Gaza. Kita sasarkan 10 buah masjid dulu dengan nilai RM300,000. Klik je sini guys :
https://securepay.my/collections/wakaf
Yang dah daftar dan belum masuk ke grup telegram melalui link yang diberikan di emel, masuk cepat! Kita dah nak mula kelas-kelas kita tau!
Читать полностью…Ni antara program yang saya suka sangat join kalau ada peluang. Cinta Syria Malaysia ni power bab-bab membawa artis dan selebriti ikut misi kemanusiaan dan berbuat amal. Mesti banyak yang mereka akan kongsikan dalam iftar ni. Jom belanja isteri, kawan baik beriftar sambil beramal. Tak banyak dah kerusi tu 👇
Temui ikon-ikon ini di Iftar Nur Kasih 2.0!
Dengarkan pengalaman dan perkongsian mereka dengan lebih mendalam tentang Syria. Kisah-kisah eksklusif hanya dalam satu malam.
Jom, jumpa dan beramah mesra bersama mereka di Iftar Nur Kasih 2.0!
Cuma berbaki 22 tiket saja lagi.
Beli sekarang sebelum habis, gais!
Pembelian jimat dengan harga RM481 untuk tiket kombo dewasa. Harga normal RM299.
Link tempahan tiket di bio kami atau layari bit.ly/iftarcsm
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
+60 11-3313 7539 (Cik Izzaida)
#iftarcsm
#iftarnurkasih
Teka-teka untuk kalian.
Apa dia, kalau makan satu terkenang-kenang.
Makan dua terus kenyang.
Makan tiga, terus terlentang?
Jawapannya.....
Pastilah kurma medjoul gergasi Palestin. Lazat, pekat, sendat, terus dari sumber (ladang 100% milik Palestin).
Berita baik untuk warga Nilai khususnya warga USIM! Medjoul Palestintelah sampai ke pintu rumah anda. Untuk pick up di USIM hubungi no di bawah 👇
http://www.wasap.my/60193639719/medjoulgergasinilai
Durioo+ akan menganjurkan Festival Terbesar Ramadan Kanak-Kanak Muslim!
🚩 Sabtu & Ahad ini (18-19 Mac)
🚩 IOI City Mall Putrajaya (10am-10pm)
Dua hari ini akan penuh dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
🎼 Teater Muzikal Maskot Durioo+
🎼 Konsert Nasyid (Raihan, InTeam, Lah Ahmad, Sufian Suhaimi, Najwa Latiff, Mateen dan hos Amin Idris dan Fara Fauzana)
🇵🇸 Booth Cinta Gaza Malaysia
🎁 Pertandingan Hafazan, Bercerita, Beyblade dan Banyak Lagi
🎁 Hadiah dan Aktiviti Menarik
⭐ Jualan dari Jenama Terkenal
⭐ Perkongsian Ramadan dari Pakar & Ilmuwan
💥Masuk Adalah Percuma!!💥
Jom Pergi Beramai-Ramai❗️
Jumpa Di Sana!❗
Daftar sekarang di:
https://duriooplus.com/myr2023landing
Semoga festival ini membawa manfaat kepada anda sekeluarga. In shaa Allah 🧡
Kalian bersedia untuk menjadi hero ummah dan membantu kami mengumpulkan RM4 juta untuk Palestin dengan bimbingan saya dan Tuan Khairul Hakimin Muhammad? Klik dan daftar di bawah dengan komitmen sumbangan RM30, kalau belum bersedia, jangan cuba-cuba!
https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
*LIVE RACHEL CORRIE* 🔴
"Berjuang membebaskan Palestin adalah peranan masyarakat dunia, bukan sekadar masyarakat Islam sahaja". Jiwa dan niat yang besar demi pembebasan Palestin telah di tanam sehingga Rachel Corrie sanggup menghabiskan sisa hidupnya di tanah negara kiblat ketiga umat Islam. Sesungguhnya, kematian beliau menghidupkan jiwa masyarakat seluruh dunia untuk membantu membebaskan Palestin!
Assalamualaikum w.b.t
Bersama kami MyAqsa Defenders dan Cinta Gaza Malaysia akan membawakan topik yang menarik untuk Live akan datang iaitu "Rachel Corrie : Kematian yang Menghidupkan".
Butiran live adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 Mac 2023 (Khamis)
Masa : 3:00 Petang
Ayuh kita meriahkan dan mengenali siapa itu Rachel Corrie. In Shaa Allah akan ada hadiah yang menarik menanti anda!
#RachelCorrie #PejuangBukanIslam #KematianYangMenghidupkan #SemangatYangTerusMembara #FreePalestine #KickApartheid
Di manakah Keberkatan Sahur itu?
============
1. Rasulullah ﷺ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menyebutkan:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari)
2. Timbul persoalan di sini, mengapa Rasulullah ﷺ menyifatkan sebagai sahur itu memiliki keberkatan? Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Daqiq al-Aid menjelaskan bahawa keberkatan sahur itu boleh dibahagikan kepada dua aspek. Dari aspek duniawinya sahur memberikan tenaga persiapan untuk orang yang berpuasa. Kata beliau:
قُوَّةِ الْبَدَنِ عَلَى الصَّوْمِ وَتَيْسِيرِهِ مِنْ غَيْرِ إِضْرَارٍ بِالصَّائِمِ
“(sahur) memberikan kekuatan badan buat yang berpuasa dan mempermudahkan urusan tubuh tanpa menggugat orang yang berpuasa.
3. Dari sudut akidah pula, sahur pada hakikatnya memberikan jati diri yang jelas buat Muslim. Ini kerana sahur membezakan antara puasa kita dengan puasa agama lain. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Rasulullah dalam sabdanya:
إنَّ فصلَ ما بين صيامِنا وصيامِ أهلِ الكتابِ ، أكلةُ السَّحورِ
“Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah dengan kita makan ketika sahur.” (Riwayat al-Nasaei)
4. Sahur juga menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
5. al-Imam Ibn Rajab menukilkan juga beberapa perkara yang menunjukkan akan keberkatan sahur seperti persiapan jiwa kita untuk bangun awal beribadah selain mempersiapkan kita untuk solat subuh berjemaah yang terkandung dalamnya pahala yang tidak terhitung.
6. Oleh itu, kita semua harusnya menyedari bahawa bersahur bukan sekadar makan dan minum tetapi persiapan diri untuk menyempurnakan ibadah puasa.
Berkongsi Rasa, Memberi Makna!
Jom bersedekah untuk Gaza! Klik https://ramadan4gaza.com/khas
#Heroes4hope
#Ramadan4Ummah
Entah kenapa Ramadan tahun ni rasa agak suram. Terus saya paksa diri buat grup tadarus Quran ni untuk suntik semangat dalam diri supaya dapat habiskan sekurangnya satu juzu' setiap hari.
Jom korang kita baca Quran dan khatam beramai-ramai, sebanyak mungkin. Korang boleh join di sini dan baca pinned message :
/channel/tadarusbersamaNAN
Pencinta Palestin sekalian, macam mana puasa, bacaan Quran, amalan sunat lain kalian setakat ni, Ramadan tahun ni akan jadi lebih baik daripada yang sebelumnya tak?
Bulan Ramadan ni pun kita kena kerapkan sikit makluman sumbangan kan? Pejam celik pejam celik sedar-sedar Ramadan akan berlalu begitu cepat, ruginya kalau tak dapat manfaatkan seluasnya.
Kami buat link khusus ni untuk menyumbang di empat projek, pek iftar, pek sayur, projek baju raya anak-anak kita dan projek wakaf. Kalian boleh pilih nak sumbangkan di projek mana ya.
Ramai yang minat projek wakaf sebab pahalanya inshaAllah akan berterusan selagi manfaatnya digunakan di bumi berkat ni.
Klik sini sahabat semua dan bantu sebarkan. Sumbangan perlahan sungguh tahun ni, sedih sangat 😭
https://ramadan4gaza.com/khas
Jom guys kita nak mula dah!
https://us02web.zoom.us/j/85436996465?pwd=WWwrR0s3OE56dDZzdWF6K3EvUDcyUT09
Ramai yang masih tertanya tentang projek Heroes Ramadan CGM kami. Malam ni selepas tarawih saya akan kongsikan semuanya secara online.
Terbuka untuk semua yang nak bergerak selangkah ke hadapan dalam membantu Palestin dan ummah. Peluang seumur hidup dengan sumbangan komitmen RM30 dapat belajar tentang fundraising, brand marketing, story telling malah dapat kelas tahsin Al-Fatihah percuma.
Kalau ikutkan nilainya, kelas-kelas ini mencecah ribuan ringgit dengan harga biasa. Tapi kami nak berikan ilmu secara percuma, sebab kami nak bina generasi baru pejuang kemanusiaan.
Tuan Khairul Hakimin Muhammad pun akan ada sekali inshaAllah. Malam ni kami share link Zoom ya. Nantikan!
Kalian nak berbakti untuk Palestin kan? Nak jadi frontliner yang akan bantu Palestin secara terus kan?
Aik. Sambil tu dapat belajar tentang personal branding, dapat belajar tentang fundraising, siap dapat betulkan bacaan Fatihah? Padu teruk!
Klik link terus 😌
https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
Ada hampir 100 orang yang telah bersedia menjadi Hero bersama kami di bulan Ramadan dan membantu mendapatkan sumbangan RM4 juta. Kami akan latih semua, jangan risau. Kalian nak join?
https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
Allah, dekatnya Ramadan sampai macam boleh rasa dah keberkatan dan auranya ✨
Penduduk Gaza sedang sibuk menghias kawasan perumahan mereka dengan lampu-lampu yang cantik sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan di Gaza. Korang nak tengok tak hiasan Ramadan Wisma Malaysia kita di Gaza? 😍
Gambar Hani Shaer.
Sebab apa kami buat kotak cantik-cantik? Supaya kalian hadiahkan juga kepada ibu dan ayah di kampung, rakan sekerja dan jiran tetangga, bertukar hadiah mengeratkan ukhuwwah tau!
Sekotak dengan berat 1kg berharga RM89.90 sahaja. Support medjoul CGM, support Palestin 🇵🇸
Khatib Jumaat di Gaza hari ini membawa mesej yang sangat penting.
Beliau bertanya, bagaimana mungkin kita akan kekal membaca Al-Quran di bulan Ramadan kalau di bulan Sya'aban kita jarang membacanya?
Bagaimana kita hendak kekal produktif dan tidak lesu di bulan Ramadan kalau sebelumnya kita jarang berpuasa sunat?
Bagaimana kita nak kekal bersedekah dan memperbanyakkan berzikir kalau sebelum Ramadan kita sangat susah memberi dan terlalu sibuk dengan dunia kita?
Rahsianya, sambung beliau, ialah untuk bersedia, memanaskan badan untuk larian, sebelum Ramadan lagi.
Terusik juga bila beliau sebutkan macam tu. Macam orang yang nak lari marathon 40km tapi tak pernah training, nak sampai garisan penamat macam mana?
Saya rasa belum terlambat untuk kita mula bertindak. Sebab itu tahun ini kami laksanakan projek Heroes, projek yang bertujuan untuk mengumpulkan mereka yang nak selalu beringat, memperbetulkan bacaan Quran, mengisi rohani dengan tazkirah berterusan dan paling penting, bergerak bersama kami menjadi agen membantu Palestin melalui fundraising kempen.
Sumbangan komitmen yang kami letakkan hanya permulaan. Yang lebih utama ialah komitmen masa, tenaga yang kami minta kita korbankan bersama demi ummah dan demi akhirat kita.
Kalau kalian bersedia bersama kami, tekan link di bawah
https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
Jumaat terakhir sebelum Ramadan ❤️
Siapa yang akan sampai ke garisan penamat Ramadan?
Yang akan sampai ialah mereka yang memanaskan badan sebelum larian.
Klik https://ramadan4gaza.com/infak untuk sedekah jumaat.
#Ramadan4Ummah
#Heroes4Hope
NAK JADI PEJUANG KEMANUSIAAAN? INI PELUANG KALIAN!
Ramadan bakal menjelang tak lama lagi. Kalian mesti nak jadikan Ramadan tahun ni lebih baik daripada tahun lepas kan?
Peluang yang kami nak berikan pada tahun ini kepada kalian luarbiasa dan susah dibuka lagi. Peluang untuk menjadi penggerak dan bukan lagi pengikut. Peluang untuk bertindak dan bukan lagi memerhati. Peluang untuk mendapatkan skil mencari dana yang sangat jarang kami kongsi.
Ya, kalian akan dibimbing secara langsung oleh influencer agung Khairul Hakimin Muhammad yang akan mengajar kalian membangunkan konten dan saya yang berpengalaman mengumpul puluhan juta ringgit untuk kemanusiaan, menjadi hero dan bergerak bersama untuk ummah.
Sumbangan komitmen RM30 akan dikenakan dan dimasukkan ke tabung sumbangan am, ia sedekah pertama kalian menjelang Ramadan inshaAllah sebelum kalian mengejar sasaran kutipan RM4 juta bersama kami!
Kalian dah siap untuk menjadi hero Ramadan kali ini? Klik link dibawah segera untuk melihat apa peluang yang kalian akan dapat! Klik dan daftar adalah komitmen, kalau belum bersedia, jangan cuba-cuba!
https://donate.infakpalestin.com/order/form/projekkhas-daftar
Bismillah, terus melangkah.
https://youtu.be/XA_jis9bNYI
Nah yang ni video membelah samudera yang kami rakam sebelum ni di YT. Tengoklah.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa saya adalah lepasan ijazah Sains Marin UMS sebelum mengambil ijazah kedua Syariah di Universiti Islam Gaza.
Saya selalu sebut, kalau tak jadi pejuang kemanusiaan, memang saya kekal dalam bidang Sains Marin sebab itu memang minat saya. Saya suka menyelam dan ada lesen Advanced Open Water PADI.
Beberapa hari lepas team CGM di sini ajak menerjah Lautan Mediterranean dalam misi memancing ikan dan melepaskan lelah. Sedihnya otak saya dah berkarat dengan ilmu perikanan, naik bot pun sampai muntah-muntah. Yang peliknya saya sorang saja muntah, bila tanya balik tim rupanya depa semua dah makan ubat mabuk sebelum turun ke laut. Hampeh.
Selepas 3 jam berada di tengah laut, kami gagal memancing walau seekor ikan. Kesian nelayan di sini, bila hanya dibenarkan pergi sejauh 12 batu nautika, susah juga nak dapat hasil.
Tapi sebab saya dah janji dengan anak isteri yang makan tengahari adalah ikan, terpaksa jugalah menyinggah ke pasar memancing di sana, tup tup dapat 'pancing' ikan magik yang dah siap siang! Taraf wali ni pancing ikan dapat yang dah siap siang dan dibersihkan.
Saja berceloteh dengan korang yang baru nak memulakan hari mencari rezeki, sebab belum boleh tidur menyelesaikan kerja walaupun di sini dah jam 2 pagi. Baca Bismillah dan teruskan! Kalau burung pun keluar setiap hari dan yakin dengan rezekinya setiap hari, inikan pula kita.
Bismillah, terus melangkah!