Terima kasih atas desakan kalian berjaya juga saya tarik KHM untuk meeting walaupun selepas jam 12 malam 😆
Читать полностью…KURMA GERGASI PALESTIN KEMBALI LAGI
Alhamdulillah berita baik untuk kalian! Kurma gergasi lembut berkrim Medjoul 100% asli dari Palestin selamat tiba di Malaysia bersempena Ramadan yang akan kunjung tiba.
Tahun lepas ribuan kotak kami jual dan alhamdulillah tahun ini kami kekalkan kualiti yang sama. Apa maksud kualiti yang sama?
Maksudnya ladang tempat kurma ditanam adalah milik orang Palestin, pekerjanya adalah orang Palestin, syarikat eksport dan import juga milik orang Palestin.
Medjoul ni masalahnya selalu diimport daripada ladang penjajah sebab harganya lebih mudah. Kami memilih sumber yang pasti dengan kualiti terbukti walaupun nampak mahal sikit. Cuma masalahnya stok akan jadi terhadlah.
Untuk orang Bangi dan Melaka untung sikit sebab kalian boleh pickup atau kami hantarkan. Yang lain, boleh dipos inshaAllah. Buat masa ni hanya ada 200 kotak di tangan kami. Sekotak 1kg, RM89.90.
Afdalnya jangan lupakan mak ayah di kampung. Kami boleh poskan, nanti whatsapp saja.
Oh ya, kami juga menjual Rutob Rare seperti tahun lepas. Alaaa, kurma sejuk yang rangup, sejuk dan segar dari Mesir tu. Yang ni pun saiznya besar, makan dua biji kenyang. Stok pun tak banyak dan tak boleh dipos sebab kena kekal sejuk, pickup atau COD Bangi dan Melaka saja. Sebekas RM35, 3 bekas RM100.
Order cepat, buat ghaso-ghaso sebelum masuk Ramadan ni!
Klik di bawah untuk order :
www.wasap.my/60193799495/medjoulgergasi
www.wasap.my/60147217330/medjoulgergasibangi
Fakta ini tertulis di dalam buku yang sedang saya dan Naeem tulis bertajuk 'Israel Untuk Pemula'. Kalau kalian berhasrat mengenali Israel dengan lebih dekat, join telegram khusus ini segera, kami akan kongsikan lebih banyak fakta dan sneak peek nanti 👇
/channel/israeluntukpemula
p/s : Yang dipakai pejuang ini di lehernya dipanggil Kuffiyeh. Ia ikon perjuangan Palestin. Sebab itu kami dedikasikannya dalam jersi Palestin kami yang boleh didapati di 2lenpalestin.com 🔥
Читать полностью…Ramai yang tengah view koleksi Kuffiyeh di 2lenpalestin.com ni. Stok terhad saja khususnya Tshirt Hurriyeh. Siapa ceoat dia dapat ya 🔥
Читать полностью…🎥 Infovideo | Occupation's massacres in Jenin never stop.10 Palestinians have been martyred within 48 hours.
Читать полностью…Operasi pejuang Palestin di tengah bandar Tel Aviv malam semalam.
Sekurang-kurangnya dua penduduk haram Israel telah cedera parah dalam operasi tembak-menembak di Jalan Dizengoff, Tel Aviv.
Sumber: Shehab News
Gambar-gambar ini berlegar di media sosial menggambarkan aksi seorang pemuda Palestin yang bersungguh-sungguh berdepan serangan penjajah.
Читать полностью…https://fb.watch/j9i-qDRvvr/?mibextid=l066kq
Baitul Maqdis Untuk Pemula baru bermula!
Ikhlas daripada kami Persatuan Cinta Gaza Malaysia mengucapkan,
Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2023!
"With guns you can kill terrorists, with education you can kill terrorism."
- Malala Yousafzai -
#Heroes4Hope
Video hati kering. Ada dua nasihat dalam video ini. Dua-duanya gesaan untuk bersedekah kepada fakir miskin dan golongan yang lemah 😆
Читать полностью…Seramai lebih 500 orang Yahudi berada di luar bangunan Ketua Majoriti Senat AS Chuck Schumer menuntut penamatan semua pembiayaan ketenteraan Amerika Syarikat kepada negara haram Israel.
Sumber: Africa4Palestine
Assalamualaikum semua, apa khabar? Alhamdulillah didoakan Allah panjangkan lagi usia kita untuk kita bertemu Ramadan pada tahun ini. Kita dah kena mula panaskan badan, mulakan larian supaya di bulan Ramadan nanti taklah kita baru nak menanam hasil, sudah ada sedikit yang sudah boleh dituai.
Bismillah, kami melancarkan untuk tahun ke-10 projek Ramadan4Ummah untuk Palestin dan negara-negara lain yang memerlukan, dengan sasaran kutipan sumbangan kita RM5 juta pada tahun ini. Tahun ini banyak benda kita nak laksanakan bersama, kalian tunggu saja pengumumannya ya.
Apa pun jom mula panaskan badan dulu, klik sini untuk bersedekah pada hari dan bulan berkat ini https://ramadan4gaza.com/infak
Selamat memulakan larian!
Wanita, walau di bumi mana bertapa, akan tunduk pada sumpah yang sama.
Sumpahan mencintai periuk belanga 😂
Didiklah anakmu memilih dengan betul sejak usia mereka kecil. Kalau salah memilih merah, boleh membawa padah*!
*Susah jumpa anak sebab selalu dalam gua 😂 Glory, glory anakku!
Saya promise saya bukan saja-saja duk mesej beliau berkali-kali. Tapi memang kami ada projek besar yang akan dilaksanakan bersama untuk Ramadan ni. Projek untuk menjadikan kalian hero-hero ummah, berganding bahu bersama kami dalam perjuangan secara terus. Nak join?
Kalian nantikan pengumuman kami esok ya!
Selamat pagi guys! Saja nak bagitahu ni, hari Sabtu dan Ahad kami ada di IOI City Mall sempena Festival Marhaban Ya Ramadan Durioo+!
Ibu bapa dan anak-anak sangat-sangatlah digalakkan untuk datang 😍
Tarikh: 18 - 19 March 2023
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: IOI Grand (IOI City Mall New Wing
Aktiviti:
1. Permainan Puzzle
2. Kuiz Soalan Palestin
3. Word Search
Jualan:
1. Kit Haura Qamar
2. Kurma FMT
3. Kurma Ajwa Aliah SGR
4. Bubur Lambuk
Semua dijemput hadir beramai-ramai. Jumpa anda di sana! 🥰
Alhamdulillah. Seronok saudara-saudara serumpun kita di Cianjur, Indonesia menerima kunjungan dan bantuan hasil sumbangan daripada kalian.
3 orang pasukan Cinta Gaza Malaysia sedang berada di sana bagi melaksanakan projek susulan bantuan makanan dan bekalan air pasca gempa bumi Cianjur yang lepas.
Min nak pinjam sedikit masa kalian untuk baca mengenai Mejar Jeneral Fouad Shobaki yang baru sahaja keluar daripada penjara 😢
Pejuang kemerdekaan Palestin, Mejar Jeneral Fouad Shobaki (83 tahun) dibebaskan dari penjara hari ini setelah selama 17 tahun dipenjara oleh pihak berkuasa Israel.
Shobaki dilahirkan pada 12 Mac 1940 di Gaza, kawasan kejiranan al-Tuffah. Beliau dianggap paling tua di antara lebih 4500 pejuang kemerdekaan Palestin yang dipenjarakan di Israel.
Shobaki adalah anggota Fatah dan jeneral utama dalam pasukan keselamatan Palestin dan bertanggungjawab untuk pentadbiran kewangan tentera pusat dalam perkhidmatan keselamatan Palestin.
Pada 3 Januari 2002, tentera haram Israel melakukan operasi ketenteraan yang dipanggil Operasi Bahtera Nuh dengan tujuan untuk mengawal kapal Karen A di Laut Merah dan mendakwa bahawa kapal itu membawa peralatan ketenteraan untuk Palestin serta dianggap sebagai dalang dalam membiayai dan menyeludup kapal senjata.
Shobaki telah ditangkap oleh tentera haram Israel pada 14 Mac 2006. Beliau ditahan semasa berada di Penjara Pusat Jericho. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kemudian dikurangkan kepada 17 tahun selepas dia didapati bersalah kerana dituduh menyeludup senjata ke Palestin.
Beliau mengalami banyak masalah kesihatan, mata, perut, jantung dan tekanan darah tinggi.
Isterinya meninggal dunia pada tahun 2011 dan beliau dilarang mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya. Beliau mempunyai enam orang anak dan sembilan cucu yang kebanyakannya tidak mengenali beliau. Allahuakbar 😭
Sumber: English WAFA
Kalian tahu tak kenapa brand yang saya bawa diasaskan dengan corak kuffiyeh, corak hitam putih yang sangat terkenal di kalangan pejuang Palestin?
Cuba baca di sini 👉🏼 https://www.2lenpalestin.com/blogs/news/kuffiyeh-di-persada-dunia
Pssst! Kita dah topup semula stok Hoodie Saladin tau 💪🏽
78 orang Palestin telah dibunuh sejak awal 2023 sahaja. Ikuti /channel/PALM_Strategic untuk update berterusan Palestin.
Читать полностью…Tangisan seorang anak melambai pergi si ayah buat selama-lamanya. Allah semoga kesedihannya diangkat dan dia diberikan kesabaran berdepan masa hadapan.
Читать полностью…Mohon maaf tapi saya berkongsi gambar ini untuk menggerakkan hati-hati kita dan mengingatkan kita tentang Palestin ketika ini.
3 syuhada' yang ditembak Zionis di Jenin.
Gambar enam warga Palestin yang ditembak dan dibunuh hari ini oleh tentera haram Israel dalam serbuan ke atas kem Jenin 😢
#JeninUnderAttack
Dron di bumi Gaza pada malam Nisfu Syaaban #prayforgaza #nadiralnuri #fyp #foryou #gazadimataku #palestine
Читать полностью…Kuffiyeh lambang perjuangan Palestin di mana-mana, alhamdulillah. Sebab itu kami seronok membawa jenama kuffiyeh di 2lenpalestin.com ❤️💪🏽
Читать полностью…BULETIN EDISI 2 | FEBRUARI 2023
Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur kerana dapat bersama lagi dalam penerbitan Buletin Edisi 2 | Februari 2023. Dokumentasi ringkas aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Februari 2023.
Semoga segala apa yang dipaparkan dalam keluaran pada kali ini sedikit sebanyak
dapat memberi manfaat info terkini kepada pembaca buletin. In Shaa Allah
Teruskan menyokong perjuangan pembebasan bumi Palestin.
This budak turns 3 today.
Qamar Yusuf, Qamar daripada nama Abi Kamaruzaman dan Yusuf nama datuk saya.
Semoga menjadi pencinta ilmu seperti atok dan tok nyang, Qamar.
MasyaAllah ❤️ Peminat bola sepak Turkiye Beşiktaş menunjukkan sokongan mereka kepada kanak-kanak yang terjejas semasa gempa bumi dengan memberi mainan dan soft toys.
Liputan tentang gempa bumi Turkiye dan Syria makin lama makin ‘hilang’. Mereka yang dekat dengan mangsa masih merasakan keperitan penduduk yang terkesan kerana mangsa adalah kenalan dan keluarga mereka. Terus doakan mereka!
Happy birthday Haura'. Pakcik makcik semua tolong doakan Haura' jadi anak solehah dan mujahidah ya, sesuai dengan darah Palestin yang mengalir dalam tubuh Haura'.
Haura' turns four ❤️