Antara karamah yang saya kongsikan dalam buku terbaru yang ditulis (berwarna kuning) melibatkan adik ipar saya sendiri, as-Syahid Abdullah, adik kepada isteri saya.
Kisah seperti ini memang banyak di sini melibatkan para syuhada', saya cuba kongsikan supaya ramai yang akan tertolak mengejar kebaikan hingga ke tahap bersedia mengorbankan nyawa untuk perjuangan.
Alhamdulillah sudah lebih 500 orang mendapatkan buku ini. Kalian yang masih mencari sedikit inspirasi daripada kisah penduduk Palestin, boleh mendapatkannya di bawah 👇
https://bit.ly/3YRRq9e
Luar biasa bila diberi siap-siap petunjuk yang Allah dah nak menjemput kekasihNya untuk menemuiNya.
Adam, anak Palestin berusia 15 tahun ini baru sahaja mati syahid ditembak tentera penjajah sehari dua lepas. Ruoanya sebelum pergi menemui Pencipta, dia sempat menukilkan wasiat ini yang antara lain bermaksud,
"Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah berikan aku keteguhan, sama ada menang atau syahid.
Aku mengimpikan banyak benda tetapi aku tahu di bumi ini, di negaraku ini mustahil ia akan terrealisasi. Tetapi aku sangat gembira kerana Allah merealisasikan impian daripada banyak-banyak impianku iaitu untuk aku mati syahid.
Aku mengingatkan kepada kalian, syahid bukan hanya kematian. Syahid itu kebanggaan untuk dirimu dan untuk seluruh alam, memang nyawamu terputus tetapi ia terputus dalam keadaan engkau gembira.
Aku tidak mahu mengatakan selamat tinggal, tetapi aku mengatakan, kita akan bertemu lagi di syurga."
Subhanallah.
Yang nak belek-belek baju keluaran syarikat saya 2len Palestin boleh klik link 2lenpalestin.com 😄 Suppoooooort!!
Читать полностью…Alhamdulillah antara projek yang sangat memberansangkan, pembinaan 4 apartmen wakaf mencetus perkampungan Malaysia di Gaza yang bakal bermula tahun hadapan.
Projek dengan nilai RM8 juta ini adalah hasil kerjasama MyAqsa Defenders bersama MAPIM.
Terima kasih dan tahniah rakyat Malaysia, sumbangan kalian disalurkan untuk projek yang menjadi solusi kepada penderitaan rakyat dalam jangka masa panjang.
Ia juga bakal menjadi penanda aras baru gerak kerja kemanusiaan NGO di Palestin, menandingi negara lain yang sudah mempunyai perkampungan seperti Qatar, Turki dan Mesir.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/915009/projek-apartmen-wakaf-untuk-mangsa-perang-di-gaza
1,2,3 go!
Tak sampai 2000 unit sahaja yang dicetak untuk cetakan pertama, dan iklan ini dah sampai kepada ratusan ribu penyokong Palestin di semua medsos saya dan CGM!
Kalau terlepas, jangan kata saya tak bagitahu gaiss, cetakan kedua entah bila akan dibuat.
SDPTD Seinci Dari Kematian, cetakan soft cover. Kalian juga boleh membeli combo dengan buku pertama.
Cepat! Terus ke https://bit.ly/3YRRq9e untuk mendapatkan naskhah anda!
Kalau nak dinilai dengan timbangan berat emas, buku Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia, Seinci Dari Kematian ini tak dapat ditimbang kerana di dalamnya ada kisah darah syuhada', air mata anak yatim dan cinta duabinsan yang bertemu dari dua pelosok dunia yang tak ternilai dengan harga.
30 minit lagi, jam 11.30am link pre-order akan dibuka. Kalau terlambat kena tunggu lamaaaa lagi sebelum cetakan kedua.
Set jam guys!
Presiden Chile, Gabriel Boric berkata beliau merancang untuk membuka kedutaan Chile di Palestin, lapor The New Arab.
Pengumuman oleh Presiden Chile yang datang pada majlis Krismas untuk komuniti Palestin Chile, dianggarkan lebih 300,000 orang.
“Salah satu keputusan yang telah kami ambil yang kami masih belum mendedahkan kepada umum ialah kami akan meningkatkan tahap perwakilan rasmi kami di Palestin,” kata Boric.
"Kami akan membuka kedutaan di bawah kerajaan kami."
Pada tahun 1998, Chile membuka pejabat perwakilan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah, dan pada tahun 2011, Chile mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan menyokong kemasukannya ke UNESCO.
Penduduk Palestin mula berhijrah ke Chile dalam jumlah besar pada abad ke-20 ketika kawasan itu masih menjadi sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah. Chile mempunyai penduduk Palestin terbesar di luar Timur Tengah.
Sumber: The Palestine Chronicles
Terima kasih sahabat-sahabat daripada NGO Iman Care kerana membantu koordinasi recce pasukan CGM dan CSM ke Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu semalam.
Saksikan video di bawah bagi melihat sendiri situasi mutakhir di Terengganu.
https://fb.watch/hyKs4foDHR/
Rare.
Selalu scene macam ni saya dapat lihat di Gaza saja. Walaupun tengah perang teruk, roket terbang sana sini, bunyi bom berdentum tak henti-henti tapi masjid tak lekang daripada mereka yang solat, penduduk tak putus beribadah. Itu rahsianya mereka terus kekal kuat.
Tadi masa masuk ke sini kami terjumpa pula Mok Ngoh yang sedang tekun membelek helaian mushaf. Kata Mok Ngoh, kali terakhir banjir di Wakaf Mempelam berlaku sebesar ini adalah pada tahun 1986. Saya pun belum lahir lagi!
Moga Allah mudahkan urusan Mok Ngoh dan seluruh penduduk Kampung Paloh ni.
Doakan kami dan sumbangkan untuk misi banjir kali ini melalui link https://ezy.la/bantubanjir atau ke Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan : banjir22
Tolong sebarkan, kita jaga kita!
Walaupun kami jarang dapat berjumpa secara fizikal, tetapi hati dan fikiran kami selalu bertemu dalam merencana agenda baru demi ummah.
Kami berlumba membangunkan NGO, berlumba menulis buku, berlumba mendirikan sekolah, berlumba bekerjasama dengan influencer teramai, berlumba mengutip sumbangan untuk projek-projek musim sejuk dan korban. Ini pun kami sedang berlumba untuk membantu seramai mungkin mangsa banjir.
Pada saya Musa lebih mantap kerana dia bermula lambat, dulu di sekolah dia nakal lalu menjadi zero to hero sedangkan saya memang 'nerd' dari dulu.
Tapi kalau tak bertanding macam mana nak tahu siapa lagi best kan? Undi Musa dengan emoji like, undi Nadir dengan love, undi kedua-duanya dengan share. Let's go!
Siapa ada 4x4 area Bangi dan boleh ikut misi banjir ke Terengganu malam ini bersama kami, pohon whatsapp Syafik +60 11-3010 4866. Yang ada 4x4 saja.
Читать полностью…Di sini CGM bermula ~
Baca di sini, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Z3H3FWzmSAKzBkw3rhFp4yDCso8aEU7o3Gq4iQ2RJN1VhYicD6hQgVsmciFTvVnql&id=100068602744956&mibextid=Nif5oz
Semasa saya mengadakan LIVE bersama MizzNina dan NOH HUJAN di waktu perang masih berjalan tahun 2021, Allah memberikan kami rezeki roket meletup di kawasan berhampiran saya beberapa kali.
Rezeki kerana hasil letupan itulah ramai penonton dapat melihat sendiri apa yang sedang menimpa penduduk Gaza ketika itu. Hasilnya juga lebih RM5 juta dapat dikumpulkan yang seterusnya menjadi antara tonggak besar projek-projek yang dijalankan di bawa MyAqsa Defenders selepasnya.
Kerana itu saya mengganggap mereka berdua sebagai ‘blood brother (and sister)’, kerana penglibatan mereka dalam dunia kemanusiaan dilakukan dengan penuh jiwa raga, malah mereka juga pernah merasai dentuman bom di Syria ketika keluar bersama adinda Musa Nuwayri dalam misi ke sana.
Mizznina melalui link yang ditinggalkan di laman instagramnya berjaya memungut sumbangan puluhan ribu ringgit secara pasif daripada pengikutnya sepanjang tahun ini.
Lalu kami hadir menemuinya menunaikan tanggungjawab menyampaikan laporan ke mana wang sumbangan telah disalurkan di samping berbincang tentang inisatif baru, khususnya melalui apps yang dibangunkan pasukan Minqalby iaitu Qalby app.
Kalau korang yang belum memuat turun apps ini, lakukan segera, takut nanti bila kerjasama kami diumumkan, kalian terlepas!
Terima kasih Mizznina dan pasukan minqalby yang sedia menerima ziarah kami. Moga usaha sama berdakwah melalui medium teknologi dapat kita perkasakan selepas ini!
Ramai yang marah dengan isu 'perkahwinan yang disembunyikan' hari ni. Saya tak nak ulas isu itu, cuma nak kongsi pasal perkahwinan di Palestin, yang penuh dengan tujuan dan pengorbanan, lantas melahirkan keikhlasan dan keindahan.
Tonton dan kongsikan ❤️ Untuk dapatkan buku ini klik https://bit.ly/3YRRq9e
Datuk Mohd Asri macam keberatan nak bagi saya share pasal ni tapi saya yakinkan beliau yang ia boleh menggalakkan orang lain juga untuk berusaha menjadi kaya lalu membantu ummah.
Saya rasa untuk Datuk setakat RM20,000 ni celah gigi je, masa kelas baru ni beliau jual saham Friday Rule depan kami, rilek je dapat untung RM40,000. Tapi ia celah gigi untuk orang yang suka memberi, yang dah cari 'higher purpose' dalam hidup, yang harta dikumpul tak ada makna dah kecuali bila ia memaknakan hidup orang lain.
Asalnya kami ziarah Datuk pun bukan untuk cari dana tapi untuk jemput memberi input kepada team CGM, untuk bantu team tambah pendapatan sama macam model MADAD di bawah Us Mohammad Yaakub Yusra. Tapi bila kami terangkan tentang apa yang sedang CGM buat, tiba-tiba Datuk sebut, eh, ada pula lagi duit zakat wakalah saya RM20,000, ambillah. Nak balik tu terus Datin hulurkan cek, alhamdulillah rezeki orang Gaza.
Datuk kata biasanya sumbangan wakalah zakat ni tak perlu report apa sangat pun, tapi level NGO contoh mestilah ada laporan projek, laporan kewangan, liputan media, gambar dan video lengkap. Itu hak orang yang menyumbang, sekurangnya untuk melihat senyuman orang yang menerima manfaat.
Terima kasih Datuk, Datin dan seluruh team AAA. Post ini untuk kalian, untuk tiup semangat kita supaya terus menjadi kaya, untuk terus menjadikan hidup lebih bermakna.
#tpo14
#wearecgm
Ni antara gambar yang menghiasi laman buku kedua saya Seinci Dari Kematian.
Dalam tempoh 10 tahun di sini memang banyak kalilah nyawa berada di hujung tanduk tapi tak ada yang ngeri macam peristiwa yang berlaku semasa perarakan aman The Great Return March 2018 tu. Lebih 60 orang kot yang mati syahid dalam masa beberapa jam, tak termasuk yang kaki dan tangan melayang di depan mata.
Tapi betul lah kata orang Palestin, kalau dengar bunyi peluru berdesing, ketahuilah peluru itu bukan untuk kita. Kerana kalau ia untuk kita, yang akan didengari hanyalah bisikan Hurul Ain di syurga.
Amacam? Ter'healing' tak?
Kalau nak baca tentang apa yang berlaku semasa perarakan tersebut, bolehlah dapatkan buku saya di sini https://bit.ly/3YRRq9e
Oh ya, 400 pembeli pada hari ini akan dapat hadiah kalendar edisi khas dan pewangi kereta percuma tau.
Alhamdulillah, di permulaan tahun baru yang penuh perancangan dan keberkatan ini, saya melaporkan bahawa saya sudah selamat sampai ke tanah air dan siap siaga berkhidmat semula kepada mereka yang memerlukan.
Doakan kami ❤️
Ku baru berniat mahu menulis buku tentang 'Healing'. Tetapi aku teringat, Al-Quran kan sudah ada.
Siapa yang belum mendapatkan buku kedua saya, Sedekad Di Penjara Terbesar Dunia : Seinci Dari Kematian boleh terus ke https://bit.ly/3YRRq9e untuk mendapatkan naskhah anda!
1,2,3 go!
Tak sampai 2000 unit sahaja yang dicetak untuk cetakan pertama, dan iklan ini dah sampai kepada ratusan ribu penyokong Palestin di semua medsos saya dan CGM!
Kalau terlepas, jangan kata saya tak bagitahu gaiss, cetakan kedua entah bila akan dibuat.
SDPTD Seinci Dari Kematian, cetakan soft cover. Kalian juga boleh membeli combo dengan buku pertama.
Cepat! Terus ke https://bit.ly/3YRRq9e untuk mendapatkan naskhah anda!
Guys. Buku kedua saya dah dilancarkan semalam guys. Sambungan kepada buku pertama. Dalam ni lah dikongsikan kisah kita berdua jauh berbeza langit dan bumi tapi serasi 😂 Follow rapat, nanti dah buka link jangan terlepas!
Читать полностью…Rare!
Itu sahaja yang boleh saya sebutkan tentang perancangan yang telah kami atur bersama Noh Hujan. Noh Hujan kot, fans dia sampai pengsan bila berjumpa. InshaAllah kolaborasi kami dengan Hikari, dan seorang lagi insan yang masih dirahsiakan akan membuatkan korang pengsan, bangkit dan pengsan semula.
Ikutlah rapat-rapat sebab pasti ada yang terlepas. Peluang hanya buat mereka yang benar-benar fans gila babas.
Doakan kami dan sumbangkan untuk misi banjir kali ini melalui link https://ezy.la/bantubanjir atau ke Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan : banjir22
Tolong sebarkan, kita jaga kita!
Gambar dan video yang datang dari kawasan banjir cukup menakutkan dan menyanyat hati. Katanya keadaan khususnya di negeri Terengganu adalah yang paling buruk dalam sejarah.
Kami terus membuat keputusan menghantar pasukan awal untuk meninjau keadaan di sana dan malam itu juga kami terus bergerak.
Alhamdulillah 5 orang ahli CGM dan 5 orang ahli CSM selamat sampai ke Terengganu usai azan Subuh dilaungkan pagi tadi dan inshaAllah kami akan melaporkan kepada kalian apa yang sedang berlaku di lapangan dan bentuk bantuan yang diperlukan segera.
Doakan kami dan sumbangkan untuk misi banjir kali ini melalui link https://ezy.la/bantubanjir atau ke Maybank CGM 564810507826 dengan rujukan : banjir22
Tolong sebarkan, kita jaga kita, dan doakan kami!
Ramai rupanya orang Loqstaq sini. Patut pun hangpa tahu saya di mana pagi tadi.
Ni susah sikit tapi syaratnya jangan baca banner di belakang tu. Haaaa saya ada di mana?
Agak-agak apa projek yang kami tengah bincangkan untuk 'letup'kan pada tahun hadapan bersama Ustaz Adnin dan tim Tarbiyyah Sentap?
Ni dah kali ketiga kami berbincang maknanya projek kita jangka masanya panjang, kesannya pasti kencang.
InshaAllah tahun depan kami akan kongsikan! Ada peminat Ustaz Adnin tak di sini?