Terima kasih dan tahniah CEO dan COO Global Peace Mission atas tindakan pantas. Mewakili Cinta Gaza Malaysia juga kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan kalian diberikan kesabaran dan kekuatan berdepan ujian ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0aQnLXp4f3JpECwsS7UahWRJfEYWjNfZrpbw2m8hyX11jMgBkCjcDt7pg21omVDxjl&id=686252577&mibextid=Nif5oz
أصبحنا وأصبح الملك لله والحمد لله ولا اله إلا الله وحده لا شريك له
Salam Jumaat penuh keberkatan buat seluruh Pencinta Al-Aqsa. Perbanyakkan selawat, senyum dan sedekah.
Allah.
Adik saya baru menghantar gambar ini, gambar anak kawannya bekas graduan di UK dulu, Puan Intan dan Encik Affan yang diuji dengan sakit jantung. Pedih rasanya kerana walaupun tak sampai ke tahap ini, tetapi bayi bongsu kecil saya juga pernah teruji dengan sakit.
Kalau kalian mencari peluang berbuat sedikit amal malam ini, hulurkan apa yang boleh untuk adik ini. Khabarnya esok dia akan dibedah dan wang yang diperlukan berbaki RM50,000 daripada kos RM120,000.
Paling kurang kita boleh berkongsi post ini kan.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan melalui link berikut:
https://toyyibpay.com/baby-intan-dan-affan-pta-21
Atau ke Bank: *Maybank*
Nama Akaun: *Persatuan Graduan UK dan Eire*
No Akaun: *562348004908*
Ref: *Intan dan Affan*
Sama-samalah kita doakan agar anak mereka berjaya mendapatkan rawatan terbaik serta mereka sekeluarga diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
Sila kongsikan resit online transfer ke +60 12-867 6777 (Nadiah). Untuk maklumat lanjut sila hubungi +60 18-321 4642 (Dr Zahirrah)
Terima kasih ya.
Guys kita akan hadiahkan kalendar edisi khas CGM dan air freshener kereta ini di Meet and Greet Bangi hari ni.
Kalendar Edisi Khas NAN ni hanya boleh didapati dalam siri Meet and Greet bersama saya dan di medsos terpilih (nantikan iklan).
Untuk kalian yang hadir pada petang ini di Cendol U-Turn, scan qr code di bawah atau tekan link, tunjukkan info yang dah diisi dan ambil kalendar + air freshener secara percuma.
LINK DAN QR CODE HANYA UNTUK YANG BERADA DI MEET AND GREET BANGI SAHAJA. YANG LAIN TUNGGU IKLAN DI MEDSOS SAYA DAN CGM.
Jom warga Bangi kami nak menunaikan kewajipan bertemu kalian. Warga Bangi yang kuat menyokong perjuangan kami, menjadi tempat kami menuntut ilmu dan menumpang semangat.
Esok bersama saya, KHM dan Musa Nuwayri di port baik kita, Cendol U-Turn. Tauke cendol Tuan Nazrul Nazir akan bersama kita inshaAllah.
Oh ya, kami nak belanja cendol untuk 50 orang terawal. Best ke best?
Jangan lupa petang ni guys di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 💪
Kami nak bagi free gift kepada kalian yang bernasib baik!
Pertandingan mewarna, bengkel akil baligh, puluhan booth, booth Cinta Gaza Malaysia dan lain-lain 💪
Читать полностью…Salam Jumaat semua, apa khabar?
Jangan lupa malam ini (Jumaat) bersama saya, Heliza dan Hazwani Helmi serta Hijjaz dalam forum kemanusiaan di Perkampungan Ummah, Masjid Al-Hasanah Bangi.
Malam ini saya rasa nak ceritakan kisah yang tak pernah diceritakan kepada orang secara terbuka. Bawa tisu bersama ya, dan jumpa di sana!
Oh ya, bermula selepas solat Jumaat juga saya akan berada di sana sehingga jam 6pm inshaAllah.
Yang berkelapangan Ahad ni bolehlah kita berjumpa sambil bercerita.
Jangan lupa bawa anak-anak sekali, terapkan budaya membaca sejak dari kecil.
Saya pun mabuk buku sebab semasa membesar di Edinburgh dikenalkan dengan buku-buku Enit Blyton, Roald Dahl, siri Nancy Drew, Hardy Boys dan lain-lain.
Selamat malam. Jangan lupa sebelum tidur muhasabah sekejap, maafkan semua hang buat silap dengan kita hari ini dan set dalam kepala apa kebaikan nak dibuat esok. Eaok kan Jumaat.
Bila orang bisnes yang beriman menceburi bidang kemanusiaan, ia tak susah bagi mereka kerana mereka sudah terbiasa mendapatkan dan menguruskan dana jutaan ringgit secara tersusun, mengembangkan lalu menyalurkannya ke tempat yang betul. Syaratnya mereka perlu BERIMAN kerana ujian yang paling besar akan dihadapi ialah ujian amanah.
Cabarannya ialah apabila orang kemanusiaan menjelajah dunia bisnes, ia akan memakan masa lama dan proses pembelajarannya jauh lebih curam.
Tetapi ia tidak mustahil.
Dua orang tokoh perniagaan yang menceburi bidang kemanusiaan di sebelah saya adalah contoh paling baik yang wajar diangkat.
Yang di sebelah kanan tak perlu lagi diperkenalkan, mempunyai jaringan bisnes di seluruh dunia malah merupakan pemilik Kedah FC. Tapi mungkin yang tak ramai tahu ialah NGO beliau memberi makan kepada 20,000 orang pelajar miskin setiap hari.
Insan di sebelah kiri saya pula terkenal dengan jaringan restoran, media dan macam-macam, juga telah mencipta nama dalam membina empayar NGO tersendiri.
Elephant right elephant left, sayalah rumput yang tersepit di tengah, hanya menumpang makan kuih sambil mengenali pelabur-pelabur dari Jepun.
Moga Allah mudahkan langkah seterusnya.
Seronoknya tengok ramai sahabat-sahabat yang berada di Mekah mengerjakan umrah sekarang ni.
Kalau di Gaza setiap kali ada kenalan yang balik dari umrah, mereka akan diziarahi di rumah untuk mengucapkan selamat kembali dengan ucapan
الحمدلله على السلامة
yang bermaksud Alhamdulillah atas selamatnya kalian pulang dari permusafiran. Tetamu yang datang akan diberikan hadiah tasbih, sejadah, jubah dan diberi minum air zam zam.
Sebab perjalanan mengerjakan umrah dari Gaza penuh dengan kesukaran (wajib melalui syarikat, pasport dikumpulkan supaya 'tak boleh lari' ke tempat lain, kos mahal, pergerakan melalui Mesir dikawal dll), biasanya hadiah ini akan dibeli di kedai dalam Gaza saja, barangan Made in China, bukan yang dibawa dari Tanah Haram 🤫
Tapi air zam zam tu yang aslilah 😀
'Masa saya masuk ke Gaza tu, saya macam dapat jentikan hati, rasa macam saya perlu berbuat satu untuk orang lain, untuk menjadikan hidup lagi bermanfaat.'
Macam tulah serba sedikit apa yang dikongsikan Bro Afdlin Shauki bila beliau bersama rombongan menziarahi kami di pejabat CGM semalam.
InshaAllah usaha kita akan merentas seni selepas ini dengan penglibatan artis-artis dan selebriti yang mencintai dunia kemanusiaan.
Terima kasih kerana sudi menziarahi pejabat kecil kami, bersama NGO Yayasan Kubra, diwakili Ustaz Hamdi yang telah lama bekerjasama dengan kami untuk Palestin.
Apa guna bercakap panjang dan kosong kalau tak ada tindakan? Nantikan dalam masa terdekat program bersama yang akan kami iklankan minggu hadapan!
Terima kasih dan tahniah anak-anak muda CGM yang turun menabur bakti untuk saudara serumpun, mangsa gempa bumi di Cianjur, Indonesia.
Misi mereka menyertai senior dalam dunia kemanusiaan daripada Yayasan Amal Malaysia, mudah-mudahan ada yang dapat dipelajari daripada mereka.
Mangsa gempa bumi Cianjur mencecah lebih 300 orang, 50 ribu rumah rosak dan belasan ribu yang lain musnah sepenuhnya. Sehingga kini masih ada mangsa yang belum ditemui.
CGM dan YAM berada di sana bagi membantu memberikan bantuan segera yang diperlukan penduduk selain mensasarkan pembinaan semula dua buah masjid. Dengarkan rayuan sauadara kita sehingga menitis air matanya di dalam video di bawah.
Pohon disebarkan tentang ujian yang melanda saudara-saudara kita di negara jiran ini dan salurkan sumbangan kalian untuk projek wakaf di sana melalui link https://swiy.co/gempacianjur atau terus ke akaun CGM di bawah dengan rujukan : gempacianjur.
Maybank 564810507826
Maybank 564810507826
Maybank 564810507826
Ikuti laman sosial dua anak muda ini untuk berita berterusan.
Terima kasih John Lemon, Bro Taka dan team Hausboom menerima kehadiran kami di pejabat mereka tadi, membuka ufuk team CGM dan cara berfikir. Team Hausboom ini adalah The Magicians of Marketing, memang luar biasa cara mereka memperkenalkan produk.
Satu benda yang saya ingat John pernah sebut sebelum ni, "Aku ni dah tak baca dah buku sebab belajar daripada buku ni lambat sangat. Sekarang aku pergi lawat jutawan, billionaire baru aku dapat shortcut apa nak dibuat."
Korang kalau nak cepat membangun, kuncinya kena bangun! Jangan duduk terperuk di ofis mencari ilham, membelek helaian buku dan berdoa idea turun dari langit.
Kan saya selalu sebut pepatah Arab, الحركة بركة . Orang yang bergerak, akan mendapat keberkatan dalam tindakannya, ideanya, rezekinya. Saya tambah, الساكت ساكت, campuran bahasa Arab dan bahasa Melayu dengan tulisan jawi, orang yang duduk diam akan sakit, sakit jiwa, sakit mental dan sakit bontot!
Dreamers.
Antara tempat paling indah untuk bercerita dan bermimpi. Terima kasih Allah untuk peluang ini. Terima kasih untuk nikmat anak yang menjadi teman paling akrab sepanjang permusafiran.
Seronok dapat ke Terengganu sehari bersama keluarga khususnya bila musafir dengan kereta bersama Che dan Abi.
Bila singgah di Costa, tanya Che nak minum apa? 'Caramel latte'. Tanya Abi, nak minum apa? 'Nescafe ada?' 😆 Old is gold.
Che memang tech-savvy semenjak dua menjak ni. Nak tahu Ganu banjir ke tak pun tanya Siri 😅
Petang ni di Shah Alam.
Ribuan penduduk Gaza berkumpul di sebuah dewan bagi menyatakan sokongan kepada Morocco dalam perlawanan menentang Portugal malam ini.
Penduduk Morocco sangat kuat menyokong Palestin walaupun pemimpinnya menyokong usaha normalisasi bersama penjajah.
Guys jangan lupa malam ni di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Kita ada jualan buku siap dengan autograf, edaran Kalendar Palestin edisi khas secara percuma dan juga pewangi kereta. Percuma tetapi stok terhad!
Читать полностью…https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02LiPAC2prFedXHBTvFBsCo35Rv4YPS1Yj6YArXE9gW17ViRVvADhG1NoG2irJKcXal&id=100064543606107
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0wJMXad4G8vXDLP15ej8wEeYEkNeDwsStFuWpKRuWKh5oSKxs2h37FFiuwvLiRZCbl&id=100064543606107
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0guE1Gpbgtv7NzHef7Nn1KmF1tECiFkpvPX4FNTzi6QrUQnWNwshKF9YCR91qQ37ul&id=100064543606107
Seputar aktiviti sepanjang hari di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi bermula 9-11hb Disember 2022 👇
Читать полностью…Assalamualaikum sahabat-sahabt semua, apa khabar?
Minggu ni kita ubah sikit bantuan kita untuk kita bantu sahabat-sahabat serumpun kita boleh?
Isnin ini team Cinta Gaza Malaysia akan bersama team Yayasan Amal Malaysia untuk melihat kesan gempa bumi yang telah melanda saudara-saudara kita di Cianjur, Indonesia.
Seramai 334 nyawa terkorban dan 593 cedera akibat gempa bumi tersebut yang turut menghancurkan lebih 12,956 rumah di daerah tersebut. 😭
Antara misi utama kita adalah membangunkan semula masjid yang telah runtuh.
Jumaat ini jom sumbang kepada mereka melalui https://swiy.co/gempacianjur atau salurkan ke akaun Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Maybank): 5648 1050 7826 dengan rujukan: gempacianjur
Moga dengan sumbangan kita dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa bencana gempa bumi di sana. 🤲🏻
Ameen ameen.
#CGM
#GempaCianjur
Hasil tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Selangor semalam.
Buku-buku ini majoritinya telah saya risik sejak berada di Gaza dan apabila sampai sahaja terus ke Iman Shoppe, Patriots dan Ilham Books. Saya sempat juga menyinggah ke booth Bonda Nor dan Jejak Tarbiyyah.
InshaAllah Ahad petang saya diberi peluang mengisi slot di sana bersama Hamare Group. Kalau ada ruang masa jomlah kita memeriahkan budaya membaca dan berjumpa di sana.
Sahabat-sahabat semua, kita selalu membantu yang jauh, hari ini jom membantu yang dekat.
🚨 TABUNG DARURAT CIANJUR 🚨
Gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter telah menggegarkan daerah Cianjur di Jawa Barat, Indonesia.
Seramai 334 nyawa terkorban dan 593 cedera akibat gempa bumi tersebut yang turut menghancurkan lebih 12,956 rumah di daerah tersebut. 😭
Dengan itu kami di Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) bekerjasama dengan Golden Future Indonesia dan Yayasan Amal Malaysia bagi menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Untuk kalian yang ingin menyumbang boleh ke https://swiy.co/gempacianjur atau salurkan ke akaun Persatuan Cinta Gaza Malaysia (Maybank): 5648 1050 7826 dengan rujukan: gempacianjur
Moga dengan sumbangan kita dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa bencana gempa bumi di sana. 🤲🏻
#CGM
#GempaCianjur