Terima kasih banyak kepada kalian yang memberi amanah kepada kami untuk melaksanakan ibadah akikah di Kemboja. Sasaran satu ekor menjadi tiga ekor.
Nanti tunjuk kat anak-anak, ni mak ayah sembelih lembu masa adik kecil dulu, bagi makan anak-anak tahfiz di Kemboja supaya adik pun jadi hafiz. Orang kampung dan orang asli pun dapat makan sekali.
Untuk sahabat lain boleh sumbang lagi untuk bumbung pusat tahfiz perempuan, sekitar RM5000 lagi kita perlukan. Klik link ni cepat dan share kepada sahabat
https://swiy.co/jomsumbang
Gambar Ma'ahad Tahfiz Lelaki Ar-Raudhah sebelum ini dan gambar bangunan baru. Kita kena bantu ma'ahad perempuan pula.
Читать полностью…Kalau kalian mencari peluang untuk membuat satu amalan kebaikan pada hari Jumaat ini, Allah telah memilih melorongkan kalian ke post yang betul.
Kami berada di Kemboja ketika ini dan berhasrat menyiapkan sedikit lagi bumbung bangunan ma'had tahfiz muslimat di Pursat ini.
Semangat mereka penuh tenaga, hafazan mereka luar biasa dan mereka membuka kepada kita pintu syurga. Satu tahun saja mereka mensasarkan menghabiskan hafazan inshaAllah. Justeru jangan tinggalkan post ini tanpa sumbang dan share.
Saya gunakan dulu link sumbangan Sri Lanka sebelum ini untuk memantau kutipan, malam semalam kami mengambil video ini dan tergesa-gesa mahu membuka ruang menyumbang pada hari Jumaat.
https://swiy.co/srilanka
Klik cepat dan share agar keluarga, kawan dan jiran juga ke syurga bersama, inshaAllah.
👆Atas permintaan kami buka lagi 7 bahagian terakhir. Jom, cari keberkatan dan keredhaan untuk anak-anak mbesar melalui ibadah akikah.
Читать полностью…Jom tonton perkongsian saya bersama Tuan Arif dalam podcast Sembang Arif. Lama juga kami bercerita dari awal saya berada di Gaza hingga berita mutakhir di sana.
https://youtu.be/ht7bbbYRv08
Tel Aviv terbakar akibat serangan Hzbllah. Rasakan sedikit neraka yang setiap saat dirasai penduduk G.
Читать полностью…Keluar dari bilik berhawa dingin, terjun ke lapangan.
Itu sahaja jawapan yang saya boleh sediakan apabila ditanya apa lagi yang boleh kita buat untuk agama dan negara.
Menyediakan diri untuk berada di medan, membiasakan diri memberi khidmat dan mengurus bantuan, bergelumang di dalam susah-payah masyarakat dan mendekati alam, mengenali Tuhan.
Seronoknya kalau dapat 10, 20 orang yang komited untuk 'dicetak' menjadi pejuang kemanusiaan, menjadikan kerja sukarelawan sebahagian daripada kehidupan.
Itu hasrat saya apabila kami melancarkan projek baru Global Heroes ini. Membawa kalian melancong sambil melaksanakan projek lestari dan mapan. Negara pertama yang sedang kami terajui, Sri Lanka.
Kalau kalian nak kami hubungi kelak untuk penerangan lebih lanjut pakej dan apa yang akan kita lakukan, isi link di bawah sebagai tanda komitmen.
swiy.co/globalheroes
Semua lapisan masyarakat dan peringkat umur boleh join tapi paling berkesan kalau kalian hantar anak-anak remaja kalian belajar bersama kami. Jom!
Nak sembang suruh dibina generasi pejuang memang senang.
Tapi tak banyak peluang yang dibuka untuk latihan dan persediaan ke arah itu.
Kami adik-beradik alhamdulillah bernasib baik, di sekolah rendah dibawa menguruskan projek bantuan tsunami di selatan Thailand, kemudian dilatih berorganisasi dan bermasyarakat di pedalaman, seterusnya dibuka peluang terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan di sana-sini.
Setelah dilatih barulah boleh membangunkan organisasi dengan nilai bantuan ratusan juta. Adik saya Musa pun alhamdulillah, menguruskan ratusan pelajar mereka di beberapa sekolah pelarian seluruh dunia.
Sebab itu kami di CGM berbincang supaya peluang dan pendedahan sama dibuka kepada lebih ramai orang.
Hasilnya, kami menubuhkan projek Humanitarian Tours. Dengan sasaran awal di empat buah negara, kami ingin menyediakan peluang kepada semua untuk tidak saja berjalan-jalan tetapi juga menyantuni insan. Dan di setiap negara, kerjasama kita adalah dengan NGO tempatan.
Kalian membayar pakej pelancongan dengan sedikit keuntungan kepada NGO tempatan dan kepada CGM.
Kemudian kalian ditugaskan pula mencari dana untuk membangunkan projek mapan dan lestari di lokasi-lokasi yang diziarahi, dan ia menjadi pra-syarat penyertaan.
Bukan saja-saja kami namakan kalian sebagai Global Hero tau.
Hari ini hari keempat kami di Sri Lanka. Kami telah meredah ribuan kilometer dan hampir khatam menziarahi seluruh pulau termasuk taman safari Yala, tanah tinggi Ella, berkereta api ke Kandy dan mendaki hamparan Sigiriya.
ari ini pula kami memulakan cabang kemanusiaan trip ini dengan menyampaikan pinjaman mikrokredit dalam bentuk barangan seperti lembu tenusu, mesin jahit, kedai runcit dan sebagainya kepada penduduk yang telah dikenal pasti rakan kerjasama.
Kalian nak belajar bagaimana kami bekerja sambil healing di Sri Lanka? Jom sertai waiting list kami dengan menekan link ini segera https://swiy.co/globalheroes
Pakej akan kita kongsikan kelak, modul semua akan kita kongsikan. Daftar sahaja dulu ya!
Jom main teka-teka pagi ni.
Siapa boleh teka saya di mana dan siapa boleh teka makcik ni nak ke mana?
🛑 Cinta Gaza Malaysia melancarkan kempen WinterAid4Humanity bagi tahun 2024!
Tahun ini, kami menyasarkan dana sebanyak RM3 juta yang akan merangkumi bantuan asas bagi persediaan menghadapi musim sejuk di 5 buah negara iaitu Palestin, Lubnan, Turki, Syria dan Tajikistan.
Musim ini dianggap musim 'NERAKA' bagi mereka kerana ada yang terpaksa mengharungi musim yang menyeksakan ini tanpa sebarang kelengkapan asas.
Ayuh bantu kami untuk sebarluaskan mesej kemanusiaan ini dengan share poster ini.
Bagi kalian yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda di: https://cintagaza.my/sejuk atau salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia Maybank 5648 1050 7826 (rujukan: winter).
#WinterAid4Humanity
#BantuSebelumBeku
HARI TERAKHIR PENDAFTARAN ‼️
———
Persidangan Kemanusiaan Tanpa Noktah.
Mari sertai kami dalam persidangan sulung anjuran Cinta Syria Malaysia dengan kerjasama MyAqsa Defenders sempena ulang tahun ke-10 CSM!
Dengan tema “Merealisasikan Hak Asasi Manusia Dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan”, persidangan ini menjadi platform penting untuk kita bincangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia, khususnya cabaran komuniti pelarian di Malaysia.
Kami juga akan disertai oleh rakan-rakan NGO, ahli akademik, korporat, pemimpin komuniti, dan ‘influencer’ yang sudah lama bergiat aktif memperjuangkan isu kemanusiaan.
Tandakan tarikh ini dalam kalendar kalian: 13 November 2024
Ayuh, bersama-sama kita pastikan perjuangan kemanusiaan ini terus bergerak ke hadapan. Langkah kecil anda hari ini boleh membawa perubahan besar pada hari esok.
Daftar sekarang melalui link bit.ly/persidangancsm
Jangan lepaskan peluang!
#salamkemanusiaan
Semasa tengah sibuk membungkus minyak zaitun terpaaaling asli P, isteri saya kata, mesti berjaya habis cepat minyak zaitun ni. Saya tanya, kenapa?
Isteri saya kata sebab Che (emak saya) seronok sangat tengok kamu menjual, mesti dia doakan habis cepat semua minyak tu.
Saya terus tersenyum. Semalam Kak Nada menghantar gambar Che memikul bubble wrap yang dibeli di Melaka, diangkut ke Bangi kemudian Che membantu pula kami membungkus sehingga lewat malam. Alhamdulillah, memang sokongan Che dan Abilah yang menjadikan kami berupaya bangkit dan terus berjuang sehingga hari ini.
Tak lupa juga sokongan kalian yang membeli apa sahaja yang saya niagakan walaupun kadang-kadang lambat dipos sebab kami bersilat di antara tugas hakiki dan kerja sampingan berniaga. Apa pun semua minyak zaitun yang dibeli sehingga 5hb November telah kami pos, yang dibeli selepasnya termasuk hari ini akan kami pos pada hari Selasa.
Tinggal sekitar 120 botol saja tau! Rupanya memang ramai yang tahu khasiat minyak zaitun asli P ni sampai mudah sangat dijual. Kalian yang masih nak dapatkan klik saja sini ezy.la/PalestinOliveOil
Oh ya, berita gembira untuk orang Bangi! Hari ni dan esok boleh pickup di Bangi (dan sebahagian di Jasin, Melaka - ada 6 botol) tau, boleh jumpa Che sebab Che yang akan bagi nanti.
Beli di link atas tu, pilih pickup dan mesej no customer service untuk lokasi. Pick up pada Sabtu (hari ini) jam 3.30pm - 6pm dan esok Ahad 10/11/24, jam 11am - 1pm dan 2.30pm - 5pm.
100 botol saja berbaki, dapatkan di ezy.la/PalestinOliveOil cepat!
Alhamdulillah kita dah dapat RM5000 pertama untuk disumbangkan ke arah pembangunan ma'ahad tahfiz perempuan di Pursat, Kemboja ini. Kita hanya perlukan RM10,000 saja lagi.
Tengok pelajar-pelajar ini menjual roti untuk mendapatkan dana, sedikit demi sedikit dikumpulkan. Bayangkan kalau dalam masa satu hari ni kita selesaikan kutipan berbaki, alangkah seronoknya mereka. Yang gambar lain tu gambar sekolah lama pelajar lelaki dan sekolah baru yang dah dibangunkan. Pelajar muslimat pun nak sekolah cantik juga, kini mereka tidur dan belajar di tempat sama.
Jom sahabat semua, di hari Jumaat ni kita selesaikan RM10,000 saja yang berbaki. Kongsikan boleh, post sebelum ni macam dihalang nak sampai kepada orang baik-baik.
Saya gunakan dulu link sumbangan Sri Lanka sebelum ini untuk memantau kutipan, malam semalam kami mengambil video ini dan tergesa-gesa mahu membuka ruang menyumbang pada hari Jumaat.
https://swiy.co/srilanka
Klik cepat dan share agar keluarga, kawan dan jiran juga ke syurga bersama, inshaAllah. Sumbang sikit tapi ramai-ramai jadi bukit.
Wakil Palestin ke UN menempelak Majlis Keselamatan PBB khususnya Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa vetonya menolak resolusi penghentian genosid di Gaza buat kali keempat.
Dunia penuh penipuan yang hanya mementingkan adikuasa dunia.
Jom siapa yang ada anak yang belum akikah, atau ibubapanya belum akikah untuknya masa kecil. Jom sertai 7 bahagian terakhir ini, moga anak kalian juga menjadi huffaz dan ulama' sebagaimana anak-anak di Madrasah Ar-Raudhah, Pursat yang akan kami ziarahi esok.
Klik cepat, waktu Subuh ni berkat swiy.co/akikahkemboja
Jumaat ini saya akan berada di Kemboja inshaAllah menziarahi sebuah maahad tahfiz yang sedang giat membangunkan usaha dakwah di sana.
Saya membuka peluang kepada 13 orang untuk melakukan akikah di sana untuk diberi makan kepada pelajar tahfiz dan muallaf, semoga anak-anak kalian juga menjadi para huffaz, Ya Rab.
13 bahagian saja, dengan nilai satu bahagian hanya RM390, cepat bismillah! Klik swiy.co/akikahkemboja
Kami akan berikan gambar dan video sembelihan untuk simpanan memori terindah kalian, inshaAllah.
Untuk hari ke-17 berturut-turut, sekumpulan pemuda di Jordan meneruskan mogok lapar mereka sebagai solidariti dengan Gaza, dengan matlamat supaya Jordan memberi tekanan kepada entiti zionis untuk membenarkan 500 trak bantuan memasuki Gaza.
Dua daripada pemuda itu, menerima drip IV kerana keadaan kesihatan mereka memerlukan perhatian perubatan. Di belakang pemuda itu terdapat kertas tertulis:
“Jordan melakukannya sebelum ini, dan ia boleh melakukannya sekarang. Biarlah ia menjadi kemenangan Jordan yang mematahkan kepungan ke atas Gaza.”
Tak boleh nak bayangkan apa yang ibu ini sedang lalui. Putus asa. Putus harap. Hanya meletakkan kaki di hadapan selangkah demi selangkah untuk sampai ke ujian seterusnya dalam hidup.
Saya pernah melalui ujian ini, beberapa hari yang panjang apabila pulang ke Dimashq dari utara Syria, berjalan kaki berkilometer mengheret beg berat kemudian menumpang lori sambil melihat Apache meledakkan roket di kawasan berdekatan.
Tapi memang tak layak nak dibandingkan dengan ibu ini, nyawa mereka empat beranak di hujung tanduk. Tak boleh nak gambarkan kecewanya beliau kepada ummah, ditinggalkan berjuang sebegitu. Memang Allah sahaja tempat menadah memohon kekuatan dan restu dalam perjuangan yang hujungnya belum menentu.
Allahuakbar. Maafkan kami ibu.
Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-407.
▪️ Rejim Zionis melancarkan 3 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 35 syahid manakala 111 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 43,799 syuhada dan 103,601 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
16 November 2024
Askar Zionis bersorak selepas memusnahkan blok kediaman sehingga rata di Jabalia, utara Gaza.
Ia seperti permainan untuk kita di mana setiap hari mereka menang dan bersorak, lalu mentertawakan kita yang kalah.
Jumaat ini, lipat gandakan doa kita untuk mereka.
Beberapa kumpulan bantuan antarabangsa melaporkan bahawa Israel gagal memenuhi permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan yang lebih besar ke Gaza.
Bulan lalu, AS memberikan tempoh 30 hari kepada Israel untuk meningkatkan secara signifikan jumlah bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke Gaza, dengan tarikh akhir berakhir pada hari Selasa.
“Israel bukan sahaja gagal memenuhi kriteria AS yang menunjukkan sokongan terhadap usaha bantuan kemanusiaan, tetapi pada masa yang sama melakukan tindakan yang memburukkan lagi keadaan di lapangan, terutama di utara Gaza,” kata laporan itu.
“Keadaan tersebut kini berada dalam keadaan yang lebih teruk berbanding sebulan lalu.”
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
Jute bag ni kalau bawa di jalan gelap, ia akan memandu kalian kepada kebenaran. Kalau bawa di tengah hutan, kalian tak akan sesat malah kalau sesat, senang nak cari semula.
Over pula kan.
Saja nak bagitahu, logo 2len di jute bag ni glow in the dark. Saja juga nak bagitahu, hari ni sampai jam 12 tengah malam saja last preorder. Kalau lambat hmm, terus kekallah di dalam mimpi gelap, terbayang nak beli tapi dah tak ada di web 2lenpalestin.com.
Beli jelah cepat sebelum menyesal. Klik 2lenpalestin.com cepat!
Ajarkan anak-anakmu untuk sentiasa positif. Walau tersekat di tengah highway dan kenderaanmu kehabisan minyak 😂
Читать полностью…Apa agak-agak budak ni akan cakap kepada Allah pada Hari Qiamat kelak. Setiap titisan air matanya, darah ayahnya yang mengalir sebagai syuhada'.
Takut memikirkan kalau apa yang berlaku saat ini menjadi punca kita tak menghidu bau syurga akibat aduan mereka kepada Pencipta.
Kita hanya boleh berusaha dengan segala kudrat yang ada kemudian berdoa mengharapkan rahmatNya.
Perancangannya nak jual kuffiyeh saja supaya kalian boleh bergaya di tempat kerja, bersolidariti dan berdemonstrasi ala-ala Abu Ubaidah, itu yang saya ajak jenama Pertiwi ni bekerjasama.
Sekali jenama Pertiwi ni nak bagi percuma je kuffiyeh dengan setiap pembelian kurta mereka. Geram je rasa, terlebih beruntung beli kurta tak sampai RM100 dapat kuffiyeh dan charm bendera Palestin lagi.
Kalau beli tiga helai warna hitam, merah, hijau dan jalan bersama macam bendera Palestin bergerak. Ngamlah buat hadiah, orang pakai untuk beribadah dapat pahala.
Cepat dapatkan di sini ya -> 2lenpalestin.com.