Begini Palestin melatih pegawai- pegawai polisnya :
Kementerian Dalam Negeri di Khan Yunus, selatan Gaza mengadakan sesi semakan hafazan Surah Al-Baqarah untuk pegawai-pegawai di kementerian yang terdiri daripada pegawai polis, bomba, pengawal sempadan dan lain-lain.
Suntikan rohani selari latihan fizikal dan kemahiran!
Serangan masih berterusan di Gaza, antaranya di kawasan Tuffah, bandar Gaza yang turut menjejaskan Hospital Kanak-Kanak Muhammad Durrah.
Читать полностью…Roket pertama yang meletup tadi berdekatan kawasan rumah kami kedengaran dalam video. Allahumma sallim sallim.
Читать полностью…Hizbullah : Sekiranya Israel membalas serangan ke atas Lubnan, kami akan mengebom Hayfa.
Читать полностью…Sebagai satu bentuk solidariti terhadap apa yang berlaku di Masjid al-Aqsa, kami di Cinta Gaza Malaysia memulakan kempen #aqsaberdarah.
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
Ayuh tukar dan tularkan DP kalian di semua medsos! Save dan upload.
Sebahagian mangsa yang dipukul penjajah dan ditangkap semalam. Malam ni serangan berlaku semula dan kebangkitan tercetus di kebanyakan bandar-bandar Palestin. Entah apa kesudahannya malam ini.
Читать полностью…Al-Aqsa diserang semula malam ini! Lipat gandakan doa kalian di qiammu untuk mereka duhai ummah!
Читать полностью…Sebab video ni diturunkan dari TikTok, saya kongsikan di sini. Tangisan anak-anak kita yang baru kehilangan ayah beberapa hari lepas. Dengar apa mereka sebut 😭
Ikut saya di TT username : nadiralnuri2022
Atau scan qr code.
Serangan, pencerobohan, kematian dan penangkapan tak bermakna kerja-kerja kita meringankan beban penduduk terhenti. Tidak ada cuti kecemasan, tidak ada istilah tangguh untuk kami.
Pasukan CGM terus menyampaikan bantuan pek makanan kepada penduduk bagi membolehkan mereka berbuka puasa. Esok pula 2 ekor lembu akan disembelih dan Sabtu, majlis iftar besar-besaran bersama anak yatim di Cameron Highlands kita. Kita akan buat LIVE, nantikan ya.
Kalian boleh terus salurkan sumbangan Ramadan ke sini 👉 http://shorturl.at/dmI39
❤️ Tabung Sumbangan Anak Yatim
👨🎓 Tabung Bantuan Pendidikan
🧑🔧Tabung Modal Bisnes Kecil
👸 Tabung Pemerkasaan Wanita
Ayuh, Ramadan semakin cepat berlalu, sudah separuh daripadanya mengucapkan selamat tinggal!
Polis penjajah dengan biadap menghalang solat sunat Dhuha didirikan di dalam kawasan Masjid Al-Aqsa. Mereka cuba mengosongkannya untuk memberi laluan kepada sambutan perayaan Passover Yahudi yang bermula hari ini.
Читать полностью…Kepada semua sahabat-sahabat pendokong Palestin, sehari dua ni bila keluar dari rumah ke tempat kerja, taman, surau dan masjid, bazar Ramadan, sarungkan baju Palestin kalau ada.
Dalam pemakaian pun boleh berdakwah dan bersolidariti. Nak dapatkan di 2lenpalestin.com pun boleh, kami ada jual jersi dan Hoodie.
Sekurangnya setiap seorang ada sehelai baju Palestin tak kira dari mana pun dibeli, biar roh Palestin ada dan kelihatan di Malaysia khususnya bila berlaku serangan macam ni 🇵🇸
Sebahagian kerosakan dalam Musolla Qibli akibat serangan Zionis Israel ke atasnya.
Читать полностью…Meremang bulu roma melihat video ini. Para pemuda dari seluruh bandar Palestin menyahut seruan mu'takifin dan keluar berarak menyatakan sokongan terhadap Masjid Al-Aqsa yang masih diserang sehingga kini. Pertempuran juga merebak di lokasi lain antara penduduk dan tentera penjajah.
Ikut saya di t.me/nadiralnuri untuk update kerana laman fb ini mungkin diblok.
Suara azan Subuh sekejap tadi berselang-seli dengan bunyi ledakan roket penjajah yang dilepaskan di kawasan Khan Yunus, selatan Gaza.
Subhanallah. Penduduk Gaza betul-betul dapat menghayati seruan Hayya Alal Falah, mari menuju kemenangan yang paling besar iaitu peluang diberi syahid.
Sorakan kegembiraan penduduk Israel melihat ledakan roket penjajah ke atas beberapa lokasi di Gaza.
Читать полностью…Keadaan di Masjid Al-Aqsa sekejap tadi. mereka sudah bersedia mengorbankan nyawa untuk agama dan tanah milik ummah.
Apa yang kita sedia korbankan?
Di hari Jumaat penuh kemuliaan ini, bantu kami membantu mereka di http://emergency4gaza.com/kecemasan atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan untuk menyumbang apa yang termampu. Kecil tetapi dengan kekuatan umat menjadi banyak.
Dan bantu kami sebarkan, Rasulullah S.A.W menyebutkan, mereka yang menunjukkan kepada kebaikan, akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya (yang diajak).
Pesawat perang dan dron penjajah sangat bingit di udara ketika ini. Menanti apa yang akan terjadi malam ini..
Jam di Gaza dah pukul 3 pagi tapi tak boleh nak tutup mata. Sepanjang Ramadan ni bila tidur saya mimpi bermesyuarat dengan pasukan CGM di Malaysia, berbincang macam mana nak tingkatkan sumbangan yang sangat menyedihkan.
Sesekali saya terlelap dan bermimpi sedang berjalan di Kota Lama Al-Quds, di celah pasarnya, di rumah-rumah usangnya. 3,4 kali juga saya mimpi berada di Baitul Maqdis walaupun tak pernah pun jejakkan kaki ke sana. Tapi kerana ia apa yang menguasai minda sedar kita, ia juga apa yang menghantui alam mimpi.
Cuma malam ni saya tak boleh nak lelap sebab lain. Tim saya di Malaysia maklumkan sumbangan baru mencecah RM60,000. RM60,000 daripada RM1 juta yang saya sasarkan. Sahabat-sahabat di Aqsa dah hantar kertas kerja untuk baiki klinik dalam kawasan masjid dengan nilai ratusan ribu ringgit. Kos rawatan mereka yang dipukul semalam diharapkan daripada kita dengan nilai puluhan ringgit.
Saya sangka ribuan share, semangat yang berkorbar, marah yang ditunjukkan oleh kita akan melahirkan tindakan tapi rupanya tak senang untuk kita betul-betul berkongsi rasa dan harta dengan mereka.
Ya saya tahu kamu dan kamu akan komen yang rakyat di Malaysia yang tercinta juga sedang susah. Ada yang akan komen sinis baliklah berbakti kepada negara pula. Ada yang akan kata saya terpaling Palestin bila teguran dan nasihat saya ada yang tak suka.
Ada ke di kalangan kita yang mak dan ayah dibunuh di depan mata? Ada ke anak-anak kita yang terpaksa korek sampah di jalan raya untuk makan macam yang saya nampak anak-anak Gaza buat semalam? Ada ke yang dalam sekelip mata sanggup hulurkan nyawanya untuk pertahankan bumi wakaf umat Islam sebagaimana yang sedang dilakukan mereka? Mereka yang sanggup mewakili kita!
Entahlah. Saya tidak kecewa tetapi saya penat. Penat sangat-sangat. Mungkin dah sampai masanya orang yang lebih ikhlas, lebih bertenaga datang menggantikan saya. Allah saja yang tahu apa ada di fikiran ini.
Kalian kongsikanlah. Barangkali ada orang lain yang membaca sanggup menyerahkan kepalanya untuk ditembak Zionis pada bila-bila masa, atau menyerahkan tubuhnya untuk diledak roket tanpa sebab.
Kalian kongsikan juga rayuan sumbangan ini. Barangkali masih ada yang sudi mendengar.
Bantu mereka di http://emergency4gaza.com/kecemasan atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan. Kalau sudi kongsikanlah. Kalau tak sudi pun tak apa.
Selamat malam dari bumi yang takkan pernah mengalah, yang kebergantungan mereka hanya kepada Allah.
3.08am, Bandar Gaza.
Begini mereka ditendang keluar kerana cuba beri'tikaf dan beribadah di dalam Masjid Qibli. Kita yang ada peluang beribadah dengan penuh keamanan, jangan mensia-siakannya.
Читать полностью…Allah seronoknya masa balik Malaysia baru ni sempat hadiahkan kepada Ustaz Yaakub Yusra yang tengah viral sekarang ni sepasang Jersi dan Hoodie Saladin 2lenpalestin. Segan sebenarnya nak minta beliau kenakan jersi dan Hoodie ni, level beliau dah jauh tinggalkan saya.
Jom sahabat semua, masa ni lah nak gayakan baju-baju Palestin kita, tunjukkan solidariti, dalam berpakaian pun ada dakwah tau! Ada 300 Hoodie saja lagi untuk disambar. Dapatkan di 2lenpalestin.com.
Kenyataan Media MyAqsa Defenders
Serangan Terkini Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
#SelamatkanMasjidalAqsa
Penduduk penempatan haram ini yang cuba menyeludup masuk ke Masjid Al-Aqsa bersama kambing untuk disembelih sebagai sebahagian ritual Passover ditahan polis penjajah.
Читать полностью…Begini seronoknya penduduk Beit Hanoun di utara Gaza ketika melihat roket yang dilepaskan ke arah penempatan haram Israel.
Читать полностью…Ada yang tanya bila serangan berlaku? Jawapannya serangan masih lagi berlaku.
Di Palestin sekarang jam 2.18 pagi dan kami masih mengikuti perkembangan yang sedang berlaku.
👆Beberapa roket baru saja dilepaskan dari Gaza ke penempatan haram sekitar Gaza-Israel.
Bantu kami di http://emergency4gaza.com/kecemasan! Atau terus ke akaun CGM Maybank 564810507826 ruj : kecemasan. Tolong sebarkan sebelum medsos saya diblok!
Читать полностью…