layartemirbookstore | Неотсортированное

Telegram-канал layartemirbookstore - Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

-

Layar Temir Bookstore menyediakan bahan-bahan bacaan bergenre Tauhid Tasawuf, Kitab Turath, Kitab Sufistik, Kitab Ahlu Sunnah Waljamaah, Buku Perubatan Islam, Buku Sejarah dan bahan ilmiah. Selain mengadakan wacana Ilmu, bedah kitab, dan program ilmiah.

Подписаться на канал

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KITAB SYAJARAH AL-KAWN IBNU ARABI

-Mengungkap Konsep Alam Semesta Dan Sirah Nabi

IBNU ARABI

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya: ‘Kun’ (jadilah), maka jadilah sesuatu itu.” (QS. Yasin: 82)

Salah satu pertanyaan besar yang selalu membingungkan manusia dari zaman dulu adalah dari mana manusia dan alam semesta ini berasal? Dari sebuah pertanyaan abadi itu, muncullah berbagai pendapat dan aliran yang menyelubungi manusia dalam tempurung fikirannya sendiri.

Ahli falsafah Yunani Thales (546 SM) menyatakan, alam semesta itu berasal dari air.

Anaximenes (528 SM) berpendapat, alam semesta itu dari proses pemadatan dan pencairan udara. Masih banyak lagi pendapat para falsafah dan ilmuwan moden tentang awal mula kehidupan semesta. Lalu, mana yang paling benar?

Sebagai orang yang percaya pada keesaan Tuhan, kita mesti mengetahui secara haqqul yaqin asal-usul alam semesta ini. Kitab karya Syekh Akbar Ibnu Arabi (1165-1240) ini merupakan salah satu kitab yang mampu secara ampuh menjawab pertanyaan besar itu dalam sebuah kajian yang padat, gabungan antara pendekatan mistik,agama,dan falsafah.

Kitab Syajarah al-Kawn ini secara menarik membahas kosmologi dan sirah nabi Muhammad melalui sudut pandang tasawuf, sekaligus meluruskan pendapat keliru tentang asal-usul manusia dan semesta.

Sebuah masterpiece dunia tasawuf, sekaligus karya sastra sufistik yang diakui secara global. Ditambah dengan catatan dan tahkik oleh seorang anak muda Islam, Zainul Maarif, buku ini layak dan penting untuk dibaca.

Apa Isi Buku ini?

Penjelasan mengenai alam semesta

Penjelasan mendalam erti kata “kun”

Sirah Nabi Muhammad

Perjalanan Isra’ Mikraj

Penjelasan mengenai kosmologi

Pengertian Nur Muhammad

Pengenalan profil Ibnu Arabi dari penahkik

Penjelasan mengenai karya-karya Ibnu Arabi

Matan Kitab Syajarah al-Kawn (teks asli Bahasa Arab)

Kelebihan Buku:

Dilengkapi dengan tahkik mendalam dari Zainul Maarif, Lc., M. Hum.

Dilengkapi dengan kitab Syajarah al-Kawn yang sudah ditahkik

Penahkik merujuk pada tiga naskah sekaligus

Dilengkapi dengan penjelasan pada kata, kalimat, terminologi yang sukar difahami

Quotes:

“Allah menjadikan dunia sebagai tempat singgah bunga pohon semesta itu.”

“Masing-masing dari kita memiliki posisi yang telah diketahui Tidak ada satu pun yang mencuat dari pohon itu—baik rendah mahupun tinggi, kecil mahupun besar, mulia mahupun hina, sedikit mahupun banyak.”

“Tuhan menciptakan tujuh lapisan laksana daun-daun untuk bernaung. Bintang-bintang yang bersinar diposisikan sebagai bunga-bunga di cakrawala. Malam dan siang berposisi sebagai dua tirai yang berbeda.”

____

ISI KANDUNGAN

Pengantar Penulis—ix

Peta Buku—vi

Ibnu Arabi dan Syajarah Al-Kawn—xix

Biografi Ibnu Arabi—xx

Bibliografi Ibnu Arabi—18

Syajarah al-Kawn: Deskripsi dan Tinjauan—24

Terjemahan dan Komentar Atas Syajarah Al-Kawn—57

Kun ( كن ) Benih Semesta—59

Pohon Semesta dari Kun—69

Cahaya Muhammad dan Semesta—83

Isra’ Mikraj Nabi Muhammad saw.—138

Lampiran—163

Lampiran Satu, Silsilah Keilmuan Ibnu Arabi—163

Lampiran Dua, Karya Pembenci Ibnu Arabi—167

Lampiran Tiga, Mufti Pembela Ibnu Arabi—169

Lampiran Empat, Karya Ibnu Arabi—174

REFERENSI—211

BIODATA PENULIS—219

Tahkik Atas (Teks Arab) Matan Syajarah Al-Kawn —223

Penulis : Zainul Maarif

Penerbit : Turos Pustaka ( Dist, Turos Group )

Kulit buku: Soft Cover

Muka Surat: 320 hlm

Harga: RM59.00

0.3kg
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SyajarahAlKawn

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KALAM TASAWUF SUFI & KITAB

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KALAM TASAWUF SUFI & KITAB

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

SIFAT 20 : SUATU PENGENALAN ASAS

Ustaz Muhadir Haji Joll

"Memiliki Akidah yang benar adalah suatu yang amat berharga, yang akan menyelamatkan orang yang memilikinya daripada kekal didalam neraka"
——————————————-

Bicara Sifat 20 menghuraikan perkara-perkara asas dalam mengenal Allah SWT dan para rasul melalui pendekatan Sifat 20.

Ia disampaikan dengan bahasa moden, sederhana dan mudah difahami namun dalam masa yang sama mengekalkan isi dan kandungan seperti yang ada dalam kitab-kitab ilmu Tauhid dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi.


KANDUNGAN


Bab 1: Umum

Pelajaran 1: Pengertian Ilmu Tauhid
Pelajaran Ke-2: Mabadi’ (Dasar-Dasar) Ilmu Tauhid
Pelajaran Ke-3: Fardhu Ain Paling Awal Ke Atas Setiap Mukallaf
Pelajaran Ke-4: Beriman Dengan Sifat-Sifat Allah Ta‘Ala
Pelajaran Ke-5: Ma‘Rifah
Pelajaran Ke-6: Hukum Dan Pembahagiannya
Pelajaran Ke-7: Pengertian Dan Perbezaan Antara Hukum Akal Dan Akal Hukum

Bab 2: Mengenal Istilah Dalam Ilmu Tauhid

Pelajaran 1: Zat Dan Sifat
Pelajaran Ke-2: Mengenal Makhluk
Pelajaran Ke-3: Tingkatan “Ada”/ Maujud Dan “Tiada”/ Ma‘Dum
Pelajaran Ke-4: Perbezaan Di Antara Ada (Wujudi) Dengan Sungguh (Tahaqquq)


Bab 3: Sifat 20

Pelajaran 1: 20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta‘Ala Dan 20 Sifat Mustahil Atas-Nya
Pelajaran Ke-2: Pembahagian Sifat Kepada Empat Pembahagian
Pelajaran Ke-3: Pengertian, Huraian Dan Dalil/ Burhan Bagi Setiap 20 Sifat Wajib

Sifat Nafsiyyah
(1) Wujud
(2) Qidam
(3) Baqa’
(4) Mukhalafatuhu Ta‘Ala Lil Hawadits
(5) Qiyamuhu Bi Nafsihi
(6) Wahdaniyyah

Sifat Ma‘Ani
(7) Qudrah
(8) Iradah
(9) ‘Ilmun
(10) Hayah
(11) Sama‘
(12) Bashar
(13) Kalam

Sifat Ma‘Nawiyyah
(14) Kaunuhu Qadiran
(15) Kaunuhu Muridan
(16) Kaunuhu ‘Aliman
(17) Kaunuhu Hayyan
(18) Kaunuhu Sami‘An
(19) Kaunuhu Bashiran
(20) Kaunuhu Mutakalliman

Pelajaran Ke-4: Satu Sifat Harus Bagi Allah Ta‘Ala
Pelajaran Ke-5: Ta‘Alluq (Tugas/ Peranan/ Fungsi/ Kerja)
Pelajaran Ke-6: T A‘Alluq Shaluhi Dan Ta‘Alluq Tanjizi


Bab 4: Rasul Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya

Pelajaran 1: Sifat Wajib Bagi Rasul Dan Sifat Mustahil Atas Mereka
Pelajaran Ke-2: Burhan Sifat-Sifat Wajib Dan Harus Bagi Rasul
(1) Shiddiq (Benar)
(2) Amanah
(3) Tabligh (Menyampaikan)
(4) Fathanah (Bijaksana)

Pelajaran Ke-3: Sifat Harus Bagi Rasul


Bab 5: Sifat Uluhiyyah

-Dua Perkara Penting Dalam Uluhiyyah (Ketuhanan)
-Huraian Muhammadur Rasulullah
- Kesimpulan Belajar Sifat 20
- Tatimmah Mufidah: Fahami Takwil Dengan Benar
- Sanad Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah Bersambung Kepada Imam Ahlus Sunnah Wal Jama‘ah, Al-Imam Abu Hasan Al-Asy‘ari (324h)

Harga: RM30.00
Penulis: Ustaz Muhadir Joll
Terbit: Disember 2017
Format: Kulit Nipis
Halaman: 296
Harga: rm30.00
berat: 0.55kg

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/Sifat20SuatuPengenalanAsas

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

________

#layarTemirBookstore #KitabTasawuf #TauhidTasawuf #KitabSufi #KedaiBukuOnline #KitabAgama #KedaiBuku #PengedarKitabTasawuf #Sufi #Tasawuf #TintaSufi #KalamUlama #HabibUmar #PenaTarim #sufi #ahlussunnah #tasawwuf #ilmu #islam #pecintabuku #UstazMuhadirJoll #Sifat20

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

PERJALANAN AGUNG
-Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.

Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW

KANDUNGAN
Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
Nabi yang Terakhir
Nasab Rasulullah SAW
Perjalanan Pertama ke Syam
Hikmah Menggembala Kambing
Pembinaan Kaabah
Perkahwinan dengan Khadijah
Nabi Beruzlah di Gua Hira’
Turunnya Wahyu
Strategi Dakwah Rasulullah
Dakwah Keluarga Terdekat
Tabah Menghadapi Ujian
Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
Rintangan Dakwah Rasulullah
Pemulauan Ekonomi
Hijrah ke Habsyah
Hukum Berhijrah
Kisah An-Najasyi
30 Utusan dari Habsyah
Peristiwa Israk dan Mikraj
5 Iktibar Israk dan Mikraj


RM25
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/PerjalananAgung

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

IBN ARABI TASAWUF DAN TELADAN KEMANUSIAAN
Penulis: Zulfan Arif

Ibn al-’Arabi atau Syaikh Akbar Muhyiddin Ibn Arabi (468-543 H / 1076-1148 M) merupakan salah satu tokoh sufi yang berpengaruh besar dari Andalusia (Spanyol) yang muncul pada abad ke-5 hijriah. Ia dikenali sebagai seorang tokoh ulama’ yang banyak meninggalkan sumbangan dalam bidang keilmuan Islam khususnya di bidang tasawuf. Saat ini, nama beliau selalu dipetik dalam pembahasan ilmiah terutama pembahasan bidang fiqh, hadis dan tafsir. Kitab-kitab beliau dalam bidang-bidang tersebut telah dijadikan rujukan oleh generasi masa kini. Selain terkenal dalam bidang fiqh, hadis dan tafsir, banyak yang tidak mengetahui bahawa Ibn al-’Arabi juga memiliki sumbangan dalam bidang sejarah Islam. Ajaran dan sumbanganya dalam ilmu tasawuf hingga saat ini masih menjadi rujukan para akademik di berbagai belahan dunia. Pengaruh tasawuf Ibn Arabi difahami dan diimplementasikan menjadi kaedah dakwah yang diambil oleh para penyebar Islam di Nusantara, diantaranya adalah para Wali Songo.

Dengan ajaran itu, Islam mampu menyebar secara dinamik di Nusantara yang pada nyatanya setiap wilayah memiliki latar belakang sosio budaya yang berbeza. Oleh sebab itu, menarik untuk mempelajari kisah hidup Ibn Arabi, ajaran dan pertemuan-pertemuannya dengan sufi masyhur untuk sama-sama mencari makna ketuhanan.

RM47.00
Berat: 0.45kg

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/IbnArabiTasawufDanTeladanKemanusiaan

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

FIQH SOLAT MUSAFIR JAMA' & QASAR
-Kupasan Menurut Mazhab Syafie

“Buku FIQH SOLAT MUSAFIR adalah karya penulisan yang dihimpun oleh penulis daripada beberapa kitab mu’tabar daripada mazhab Syafie. Semoga penerangan dalam buku ini dapat membantu menyelesaikan dan merungkaikan permasalahan solat ketika safar serta menjawab beberapa persoalan persoalan yang masih keliru lagi kabur untuk dipraktikkan secara sahih menurut mazhab Syafie. Jadikanlah buku FIQH SOLAT MUSAFIR sebagai teman dalam safar anda. Ilmu adalah syarat untuk amal diterima sepertimana ikhlas syarat untuk amalan diterima. ”

USTAZ MUHAMMAD FADZLI AL-YAMANI
Panel Tahsinul Ibadah IKIM.fm
Mudir Madrasah Al-Yamani, Kuala Lumpur

================================
sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana kita semua mesti pernah bermusafir kan
penjelasan yang ringkas, padat dan mudah faham

Apa Yang Dibincangkan dalam Buku Ini?
Fiqh Solat Qasar, Jama’ dan Qasar serta Jama’. Selalu orang sebut solat jama qasar atau jama’ namun sebenarnya ia mempunyai hukum hakam yang tersendiri yang dibincangkan dalam bab berlainan.

13 syarat SAH Qasar
7 syarat SAH Jama’ Taqdim
2 syarat SAH Jama’ Takhir
Tatacara solat atas kapal terbang
Kiraan hari dalam solat musafir. Ini biasa ramai tersalah faham, contohnya, si fulan pergi Kursus seminggu, 3 hari pertama dia jama’ qasar, baki 4 hari solat seperti biasa. Ini amalan yang salah ye. Yang betul bagaimana? Dalam buku ini siap ada gambar rajah.

Solat Jama’ kerana sakit, hujan, dsb

Jap, paling menarik,
ada bahagian soal jawab pada setiap bab.
ada nota kaki rujukan dari kitab-kitab muktabar mazhab Syafie
===========================

Penulis: Ustaz Angah Sunan
Pentahqiq: AlMarhum Ustaz Muhammad Fadzli Al-Yamani
Halaman: 102 Muka Surat
Penerbit: Sunan Press
Harga: RM12.00

____


untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054

tekan link dibawah untuk whatsapp:
http://www.wasap.my/601125330054/FiqhSolatMusafirUstazAngah

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

7 Ramadhan 1445H

Muafakat Komuniti KL
https://linktr.ee/imadinakomunitikl (Tekan Link)

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KAEDAH MERAWAT SANTAU
-Dr Haron Din

Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat. 

Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa’ sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia. 

Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu’arak ayat 80 yang bermaksud, “Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.”

RM17.00



____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/KaedahMerawatSantau

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KITAB DAN KALAM TASAWUF SUFI

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KITAB DAN KALAM TASAWUF SUFI

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KITAB DAN KALAM TASAWUF SUFI

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KITAB DAN KALAM TASAWUF SUFI

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

SEKAR SUFI MAULAWI: 120 RUBAIYAT MAWLANA JALALUDDIN RUMI

-Ammar Abdullah (Kata Pengantar Haidar Bagir)

Seluruh pandangan hidup kekasih Allah SWT senantiasa kembali pada aktiviti rasa Fakir, zikir, Fikir dan Cinta. Ruba'iyat Jalaluddin Rumi ini penuh dengan empat hal tersebut. Tentu menjadi hidup, manakala bait-bait syair ruba'iyatnya menyentuh pada fakta-fakta rohani kita. Lalu kita mengenal kehambaan kita sampai puncak sebenarnya dan bangkit menegakkan hak-hak ketuhanan Allah SWT dalam lingkungan 'ubudiyah kita. Tanpa mujahadah sedemikian rupa cinta hanyalah "kisah romantisme hamba dan Tuhan" yang terpenjara oleh khayalan. Manusia terus berjuang di jalan cinta. Semakin fakir di hadapan-Nya, semakin cinta. Semakin zkir, semakin cinta. Semakin fikir, semakin luas cakrawala. Semakin cinta, semakin dicinta. Dan semua kerana cinta-Nya, sebelum kita mencintai-Nya.

- KH. M. Luqman Hakin, Ph.D (Cahaya Sufi, Jakarta)

Buku Sekar Sufi Maulawi Jalaluddin Rumi oleh Ammar Abdillah ini menjadi istimewa karena barangkali baru merupakan satu-satunya upaya untuk menerjemahkan syair-syair Rumi secara langsung dari naskah asalnya yang berbahasa Parsi, sekaligus berupaya mempertahankan irama dan rima syair aslinya.

- Dr. Haidar Bagir

____

Maulana Jalaluddin Muhammad Balkhi Rumi berkata dalam syairnya:

ساعتی میزان آنی ساعتی موزون این

بعد از این میزان خود شو تا شوی موزون خویش

#مولوی

Sesaat kau takar dirimu dengan yang itu, sesaat kau selaraskan dirimu dengan yang ini

Setelah ini jadilah takaran untuk dirimu, agar kau selaras dengan diri sendiri

#Maulawi

Betapa perkubuan dan perseteruan demikian pekat. Suara-suaranya memekakkan telinga. Akan tetapi kerasnya suara-suara itu bukan kerana kekuatan atau kemantapan. Mereka berteriak kerana seberapapun banyak orang di kubunya, jumlah mereka belum cukup. Mereka menarik orang-orang untuk bergabung. Kubu-kubu yang berseteru bersatu dalam satu hal; bahawa tidak berpihak adalah dosa.

Namun apalah erti berpihak kalau tidak berperanan di situ. Tidak ada wawenang apapun di tangan kita. Yang diperlukan mereka dari kita bukan tangan, apalagi akal, tetapi hanya mulut. Kita hanya jadi juru sorak. Ketika ada kebaikan dikubu itu, pujian tak mengarah kepada kita kerana memang kita tidak berbuat apa-apa. Bodohnya kita kalau berbangga atas apa yang tidak kita lakukan.

Namun begitu, kita tidak luput dari cemuhan ketika ada keburukan di kubu itu. Ini bahagian yang sangat pelik. Dungunya kita kalau harus berdalih-dalih membela kesalahan yang di luar wawenang kita. Dan kalau kita teliti, sedikit pun tidak ada hubungannya dengan kehidupan kita.

Dengan segala kelemahan yang tidak kita sedari, kita seperti anak unta betina. Kita menempatkan diri sebagai tunggangan namun punggung belum kuat. Lalu kita tempatkan diri di antara unta perahan tetapi belum juga kita dapat menghasilkan susu.

Bahagian yang paling memberi kesan adalah, bertahun-tahun kita biarkan diri kita larut dalam arus-arus seperti ini. Semua pembelajaran yang kita tempuh, semua buku yang kita baca dan semua pengetahuan yang ada di kepala, tidak mampu menolong kita dari semua ini, justeru semakin menjerat kita lebih erat sehingga seolah tak ada lagi yang dapat menyedarkan kita.

Betapa sia-sia semua kurnia yang dititipkan Tuhan dalam diri kita kalau hanya mengendap di kedalaman diri tanpa pernah kita tengok, apalagi kita gali, bahkan banyak dari kita yang sudah tidak menyedarinya lagi. R@hsia agung yang ada dalam diri kita, yang menjadi pembelaan Tuhan atas prasangka para malaikat akan kehancuran semesta oleh tangan kita, hingga kini masih sebatas rahasia saja tanpa kita tergerak untuk menguaknya.

bila kita beri waktu diri kita sendiri untuk menakar diri dengan diri sendiri, menjadi mizan untuk diri sendiri, menyelami kurnia Tuhan itu, lalu menyelaraskan diri kita dengannya, menguak rahasia agung itu agar tampak dalam laku kehidupan, agar para malaikat bersujud kepada kita sebagaimana yang difirmankan oleh Sang Pencipta?

Ammar Abdillah

judul: Sekar Sufi Maulawi: Pilihan 120 Ruba'iyat Maulana Jalaluddin Rumi

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

MENYINGKAP RAHASIA DZIKIR & DOA DALAM RATIB AL HADDAD

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kalian berdzikir (dengan menyebut nama Allah) sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah pada pagi dan petang”.

Ratib al-Haddad sudah tak asing lagi bagi kaum muslimin di negara kita, karena sudah diamalkan diberbagai tempat baik dikota-kota besar maupun di pelosok-pelosok perkampungan, di masjid-masjid maupun disurau-surau sering kita dengar bacaan ratib ini.

Oleh karena alangkah baiknya –disamping kita istiqamah dalam membacanya– kita juga mengetahui rahasia dari setiap bacaan dzikir dan doa yang ada dalam ratib al-Haddad ini, karena dengan mengatahui hakikat dari makna atau rahasia yang terkandung dalam bacaan ratib ini insya’Allah kita akan merasa lebih khusyu’ dan istiqamah dalam membacanya.

Buku ini merupakan sebagian kecil dari penjelasan mengenai rahasia dan makna yang teramat luas yang terkandung dalam setiap bacaan dzikir dan doa yang terdapat dalam ratib al-Haddad. Kita akan mengetahui satu persatu rahasia dan hakikat dari makna yang terkandung pada setiap bacaan dzikir dalam ratib al-Haddad ini yang diawali dengan bacaan al-Fatihah kemudian ayat kursi dan seterusnya hingga dzikir terakhir. Selanjutnya kita juga akan mengetahui kisah dari pengalaman orang-orang yang secara rutin mengamalkan ratib al-Haddad ini.

Demikian semoga buku ini dapat memberi banyak manfaat bagi kita semua dan menjadikan kita sebagai orang selalu istiqamah dalam mengamalkannya..amiin rabbal ‘alamin.

RM33

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/RahasiaDzikirDanDoa

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

18 Ramadhan 1445H

Muafakat Komuniti KL
https://linktr.ee/imadinakomunitikl (Tekan Link)

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

𝗧𝗔𝗦𝗔𝗪𝗨𝗙 𝗦𝗨𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗦
- 𝐾𝑎𝑒𝑑𝑎ℎ 𝑆𝑖𝑠𝑡𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑘 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑡𝑢𝑘 𝐴𝑘ℎ𝑙𝑎𝑘 𝐷𝑎𝑛 𝑆𝑖𝑓𝑎𝑡 𝑇𝑒𝑟𝑝𝑢𝑗𝑖, 𝐵𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑃𝑒𝑟𝑠𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛 𝐻𝑎𝑡𝑖 𝐷𝑎𝑛 𝐶𝑎𝑟𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑢𝑛𝑑𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑁𝑎𝑓𝑠𝑢 𝑇𝑒𝑟𝑘𝑒𝑗𝑖

Buku ini menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan jiwa, nafsu, dan hati yang merupakan perbahasan utama dalam ilmu Tasawuf. Sepertimana kita sentiasa membersih dan menghias tubuh badan, maka kita juga perlu berusaha untuk membersihkan dalaman kita daripada segala yang buruk dan menghiasnya dengan sifat-sifat yang baik.

Hati yang baik dan jernih adalah padanan dengan amalan yang baik dan diterima. Mana mungkin amalan dan pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas, jahil dan riyak diterima oleh Allah. Maka, kita mesti berusaha memperbaiki rohani seiring dengan membanyakkan amalan dan ibadah. Moga-moga nanti kita diredhai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya.

Amin.

Tarikh Terbitan: 2019/08/10
Penerbit: Galeri Ilmu
Tarikh Dimasukkan: 2019/10/30
Edisi: 1st Print
Negara Terbitan: Malaysia
Bahasa: B.Melayu
Harga: RM30.00
berat: 0.6kg
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/TasawufSuatuPengenalanAsas

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

____
#layarTemirBookstore #KitabTasawuf #TauhidTasawuf #KitabSufi #KedaiBukuOnline #KitabAgama #KedaiBuku #PengedarKitabTasawuf #Sufi #Tasawuf #TintaSufi #KalamUlama #HabibUmar #PenaTarim #sufi #ahlussunnah #tasawwuf #ilmu #islam #pecintabuku #TasawufSuatuPengenalanAsas #DrShamsulMohdNor

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

16 Ramadhan 1445H

Muafakat Komuniti KL
https://linktr.ee/imadinakomunitikl (Tekan Link)

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KALAM TASAWUF SUFI & KITAB

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KALAM TASAWUF SUFI & KITAB

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KALAM TASAWUF SUFI & KITAB

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KALAM TASAWUF SUFI & KITAB

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

SURAT CINTA PARA SUFI |BIOGRAFI DAN AJARAN-AJARAN AGUNG LAGENDA SUFI|
.
.
Membahas kehidupan para Sufi memang tidak habisnya. perjalanan hidup yang teragung. ajaran yang unik dan kotroversi. mereka selalu mendapat perhatian bahkan pada bukan islam sekalipun. oleh itu kitab ini hadir untuk menajikan cerita yang ringkas tentang para Sufi Agung

Buku ini menghimpunkan berbagai tokoh tokoh sufi yang terkenal dalam dunia Islam. seperti Sheikh Hassan Al Basri, Abu Yazid Al Bustami, Malik Bin Dinar, Al Hallaj, Asy Syibli, Junaid Al Baghdadi, Rabiatul Adawiyah dan lain lagi.

Kisah mereka berkisar tentang kezuhudan, kerendahan hati, Makrifat sebenar-benarnya kepada Allah sehingga membingungkan sesiapa sahaja kerana memang cinta itu amat membingungkan hatta mereka sendiri bingung dengan diri mereka

Isi Kandungan:
Bab 1: mengenal cinta sejati
-mengenal cinta
-menghadirkan rasa cinta
-memahat permata hati
.
Bab 2: Uwais Al-Qarni (wafat 657 M)
-mengabdi untuk mencintai
-pengorbanan cinta
.
Bab 3: Hassan Al-Basri (642-728 M)
-takur murka, mengharap cinta
-melawan diri sendiri
.
Bab 4: Rabia'ah Al-Adawiyah (713-801 M)
-zahidah yang penuh dengan cinta
-karya cinta Rabiatul Adawiyah
.
Bab 5: Malik Bin Dinar (wafat 748 M)
-Terbukanya pintu rahmat
-menolak cinta dunia
.
Bab 6: Sufyan ASt Tsauri (715-778 M)
- rasa cinta yang bersumber dari ilmu
-bermesraan dengan sifat zuhud
.
Bab 7: Asy-Syibli (861-946 M)
-gila yang mempersona
-sabar mencintai Allah SWT
.
Bab 8: Junaid Al-Baghdadi (830-910 M)
-mencintai tanpa pamrih
-memandang Allah SWT dengan mata hati
.
Bab 9: Abu Yazid Al-Bustami (804-875 M)
-diri yang lenyap
-munculnya cinta hakiki
.
Bab 10: Al-Hallaj (857-922 M)
-mencintai kebenaran
-tergila-gila pada Sang Kekasih
.
Bab 11: Al-Qusyairi (986-1073 M)
- jenis cinta yang mana?
-memberi semua
.
Bab 12: Al-Ghazali (1058-1111 M)
-lahir untuk mencintai
-cinta makrifat
.
Bab 13: Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani (1077-1166 M)
-Tareqat cinta
-hakikat segala rahasia cinta
.
Bab 14: Fariduddin Al-Attar (1145-1230 M)
-musyawarah cinta
-penyebar wangi cint
.
Bab 15: Ibnu A'rabi (1165-1240 M)
-Kidung segala cinta
-agama cinta
.
Bab 16: Jalaluddin Ar-Rumi (1250-1273 M)
-mencintai cinta
-dalam genggaman yang tercinta
.
Bab 17: As-Sakandari (1250-1309 M)
-mencintaiNya melalui kesibukan kita
-Merendahkan diri di hadapan kekasih

Penulis : Mohammad Fathollah
Penerbit : DIVA Press
Tebal : 230 hlm
Tahun : 2018
Harga: RM46.00
__

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054

tekan link dibawah untuk whatsapp:
http://www.wasap.my/601125330054/SuratCintaParaSufi

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

🔴 LIVE MAJLIS PENUTUPAN KOTA SUFI SE-NUSANTARA 2.0

Mari kita saksikan live streaming Majlis Penutupan Kota Sufi Se-Nusantara 2.0

Boleh ikuti siaran live menerusi link berikut:

YOUTUBE
https://youtube.com/live/v-uKsdidh24?feature=share

FACEBOOK
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=695810419345607&id=100093083827769&mibextid=Nif5oz

[ Memartabatkan Keilmuan Sufi Sejati || Mahabbah Masyaikh Sufiah Se Nusantara ]

19-21 Januari 2024
Tasik Malaya , Indonesia.

Join Telegram rasmi Kota Sufi untuk info berkaitan 👇👇
/channel/kotasufi

𝙇𝙄𝙆𝙀 | 𝙎𝙃𝘼𝙍𝙀 | 𝙆𝙊𝙈𝙀𝙉

#KotaSufi
#MemartabatkanKeilmuanSufi
#memartabatkankeilmuansufisejati
#roadtokotasufi2
#mahabbahmasyaikh

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

RAIHLAH HAKIKAT JANGAN ABAIKAN SYARIAT
adab as-Suluk wa at-Tawasshul ila Manazil al-Muluk

Karangan Sheikh Abdul Qadir AL Jailani

Dalam buku ini pembaca akan mendapati Sheikh Abdul Qadir al-Jailani r.a. senantiasa menekankan satu prinsip , puncak tujuan hanya dapat dicapai melalui jalan syariat.


Menurut Imam al-Jailani seseorang boleh disebut sebagai ahl-al-haq wa al-wusul hanya jika zahirnya berpegang teguh pada syariat yang benar, baik perintah mahupun larangan dan batinnya senantiasa bertindak sesuai dengan matahati bashirah. Dengan bashirah itulah ia senantiasa melihat teladannya, yakni Rasulullah saw, Nabi saw menjadi perantara antara Allah Ta’ala dengan ruhani serta jasmaninya. Dari keadaan ini ia akan mendapatkan petunjuk bagi dirinya dan bagi murid-murid yang menempuh jalan spiritual sehingga mereka melakukan perjalanan spirtualnya tidak dalam keadaan buta.

“Pada buku ini, saya telah faham etika perjalanan (as-suluk) dan hakikat tujuan hidup yang dapat memudahkan para penempuh jalan kerohanian untuk memantapkan perjalananya dalam mencapai kehidupan yang baik, hati yang jazam dan jiwa yang tenteram; berjalan di atas jalan yang lurus dan tidak terperangkap dalam jalan-jalan bercabang yang menyesatkan.”

-—M. Zakariyya az-Za’im, Editor karya-karya Syaikh Abdul Qadir al-Jailani.

“Syaikh Abdul Qadir al-Jailani r.a. adalah seorang tokoh paling besar di zamannya yang berusaha menegakkan syariat, al-amr dan an-nahy. Beliau adalah tokoh yang paling sering menyuruh agar meninggalkan hawa nafsu dan semua hal yang cenderung kepadanya.”

–Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah, dalam Mahmu’ al-Fatawa.
Syaik Abdul Qadir Al-Jailani r.a berkata :
“Janganlah memohon sesuatu dari Allah Swt kecuali pengampunan atas dosa yang telah lalu, dan perlindungan dari dosa pada hari-hari yang akan datang, bimbingan agar tetap taat dan menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, rela atas ketentuan-Nya, sabar atas ujian yang diberikan-Nya, syukur atas berbagai nikmat dan anugerah-Nya, dan memohon mati dalam keadaan baik, mengikuti para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang soleh. Betapa indahnya teman seperti mereka.
Janganlah meminta dari-Nya dunia, kefakiran diubah menjadi kaya, sakit menjadi sihat, tetapi harus redha atas apa yang diberikan-Nya dan renungkanlah. Dan mohonlah kepada-Nya agar senantiasa menjaga keadaanmu, sampai Allah mengubahnya kepada keadaan yang lain sesuai kehendak-Nya. Kerana engkau sendiri tidak tahu mana yang lebih baik di antara keduanya, apakah dalam kefakiran atau kekayaan, sakit atau sihat. Semuanya di luar pengetahuanmu. Hanya Allah Yang Mengetahui baik buruknya semua itu.

Telah diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a.: “Aku tidak peduli dalam keadaan apa aku menjalani hariku, dalam keadaan yang aku sukai atau yang tidak aku sukai, kerana aku tidak tahu mana yang lebih baik bagiku di antara keduanya.” Beliau mengatakan hal itu karena keredhaannya atas pengaturan Allah atasnya, dan ketenangannya atas pilihan dan ketentuan-Nya.

Allah Swt berfirman : “Diwajibkan atas kalian berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia baik bagi kalian, dan boleh jadi (pula) kalian menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kalian. Allah Mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui.”(QS [2]:216).

Jadilah orang yang berada dalam keadaan seperti ini hingga nafsu hilang dari dirimu, egomu hancur sehingga ia tunduk patuh kepadamu. Lalu hilang juga angan-anganmu, dan keluarlah segala sesuatu yang sifatnya ciptaan dari dalam hatimu. Tidak ada apapun yang tersisa dalam hatimu kecuali Allah Swt. Sehingga hatimu penuh dengan cinta kepada Allah, kehendakmu benar-benar memohon kepada-Nya. Lalu kehendakmu dikembalikan kepadamu, kemudian Dia memerintahkan kepadamu untuk meminta bahagianmu baik duniawi maupun ukhrawi. Maka ketika itulah permohonanmu kepada-Nya semata-mata karena menunaikan perintah dan persetujuan Allah Swt.

Pengarang : Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
Harga : RM50.00


____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

SHALAT SERASA MIKRAJ (Bersama Habib Ali Al Jufri)
-Epilog Menyelami Makna Hati Yang Hadir Sheikh Ramadhan AlBouti

ah rahsia solat fardhu sehingga Allah memerintahkan Nabi Muhammad untuk berhadap denganNya di Sidratul Muntaha dan menerima sendiri akan anugerah solat Fardhu. Sedangkan ibadah ibadah yang lain diterima hanya melalui perantara Wahyu Malaikat Jibril.

Rahsianya adalah pada peristiwa mikraj itu sendiri kerana Solat itu adalah Israj Mikraj bagi seorang hamba yang diisrakkan dan dimikrajkan oleh Allah Taala berhadap hadap denganNya. Inilah yang dikatakan sebagai khusyuk dalam solat yang diidamkan oleh sekalian mukhlisin. Khusyuk bukan pada mengerti akan makna bacaan dolat namun pada hudurnya hati mereka dalam melihat gerak dan diam dalam takdir, qudrat dan iradat Allah jua. Jika khusyuk itu hanya dengan memahami maksud bacaan, nescaya seluruh bangsa arab itu khusyuk dalam solatnya.

Membaca buku ini seperti hadir dalam majlis Habib Ali Al-Jufri (Ulama dunia, Murid Kanan Habib Umar bin Hafidz) dan bertatap muka langsung di hadapannya. Penuturannya menyenangkan sesiapa sahaja yang membaca atau mendengar, penjelasannya mudah dicerna.

Insya Allah buku ini membawa banyak manfaat bagi yang berniat mengamalkan isinya dengan penuh kesungguhan.

Cover: Soft Cover
Jenis Kertas: HVS
Penulis: Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri
Tebal: 168 Halaman
Ukuran: 14 x 21 Cm
Harga: Rm40.00
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/ShalatSerasaMikraj

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

BEKAL MENUJU AKHIRAT - Karya Al-'Allamah Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

SINOPSIS:
Kitab berjudul lengkap Risalatul Muzakarah Ma'al Ikhwan Wal Muhibbin ini ditulis untuk mengingatkan manusia akan hakikat penciptaan serta tujuan akhirnya. Bahawa tiada lain Allah menciptakan seorang hamba, kecuali hanyalah untuk beribadah kepada-Nya, dan dunia ini adalah masa perjalanan menuju sebuah alam yang abadi, yakni alam akhirat.

Seyogyanya seorang hamba memahami dan mempersiapkan bekal sebanyak-banyaknya untuk kehidupan mendatang. Sebab rentang satu hari disana sama dengan 50.000 tahun di dunia.

Bekal yang diperlukan untuk menghadapi alam akhirat bukanlah makanan, wang, pakaian dan hal-hal fana lainnya. Melainkan amal-amal baik yang diantaranya banyak diwasiatkan Imam Haddad dalam kitab ini.
.
Judul Asal: Risalatul Muzakarah
Penulis: Imam Haddad
Dimensi: Softcover 15 x 21 cm
Kertas: HVS Putih 150 halaman
Berat: 250 gram
.
Harga RM33.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/BekalMenujuAkhirat

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Penyusun & Penerjemah: Ammar Abdillah

Penerbit: Simpang

Tahun: 2020

Tebal: 140 halaman (hard cover)

Harga: RM48.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:

👉 http://www.wasap.my/601125330054/SekarSufiMAulawi

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online

👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KITAB DAN KALAM TASAWUF SUFI

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

CHANNEL TELEGRAM KITAB DAN KALAM TASAWUF SUFI

/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…
Подписаться на канал