layartemirbookstore | Неотсортированное

Telegram-канал layartemirbookstore - Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

-

Layar Temir Bookstore menyediakan bahan-bahan bacaan bergenre Tauhid Tasawuf, Kitab Turath, Kitab Sufistik, Kitab Ahlu Sunnah Waljamaah, Buku Perubatan Islam, Buku Sejarah dan bahan ilmiah. Selain mengadakan wacana Ilmu, bedah kitab, dan program ilmiah.

Подписаться на канал

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

*Majlis Munajat Cinta KUALA LUMPUR*❤️

Assalamualaikum dan salam kasih buat semua kesayangan 🫶🏻

Munajat Cinta Wanita 2024 siri 1 merupakan satu program kerohanian istimewa buat wanita dengan pengisian menarik :

🌼 Majlis Selawat,Zikir & Munajat
🌼 Perkongsian Tauhid Sufi
🌼 Persembahan Qasidah

Akan berlangsung pada;
🗓️ Tarikh: 25 Januari 2024 (Khamis)
⏰ Masa: 9:00 pagi - 11:00 pagi
📍 Tempat: Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak
🧕🏼Penglibatan: Wanita Sahaja 🌹

Mari sertai hari yang penuh dengan berkat dan bermunajat, hari yang penuh indahan, kebersamaan, kedamaian dan hari cinta antara wanita. Inilah peluang keemasan untuk kita sama-sama memperkuatkan lagi hubungan spiritual antara wanita.

Sila isi “Google Form” di bawah untuk mengesahkan kedatangan.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScJmD_mskTVDI4dESr56U2xFsM0C7ebvC71oNUu_wIOV6DzxA/viewform


Semoga bertemu dihari yang dinanti-nantikan 😊

Mohon join group telegram untuk maklumat lanjut

/channel/+JZl8qcDGjv9lMDhl

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Cik Ardani: 012-342 0709
Puan Wati: 011-2060 6125

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

AGAMA HANIF (NABI IBRAHIM A.S) KAPITAYAN DI NUSANTARA

ATLAS WALI SONGO
-Buku Pertama Yang Merekodkan Wali Songo Sebagai Fakta Sejarah


Pada 1440 Sunan Ampel datang ke Jawa. Menyebarkan agama Islam pendekatan sufi dan budaya masyarakat setempat. Sunan Ampel melihat jejak agama tauhid yang tersisa di Jawa, yakni agama Kapitayan. Yakni agama yang memuja entiti yang digelar Sang Hyang Taya ertinya kosong atau tak terdefinisikan.

Melalui pendekatan agama Kapitayan Sunan Ampel menyebarkan agama Islam. Termasuk menggunakan istilah yang digunakan agama Kapitayan. Seperti menggunakan sembahyang untuk beribadah. Pemuka Kapitayan menggunakan tempat ibadah yang sanggar berupa bangunan segi empat beratap tumpang tiga. Setelah masuk Islam tempat ibadah disebut langgar. “Untuk memanggil orang sembahyang menggunakan beduk,”

Metode pendidikan agama Islam pun menggunakan pendekatan Kapitayan. Yakni mendirikan pesantren yang mengambil anak tempatan sebagai pelajar dan menjadikan tempat yang didirikan mendidik calon pemuka agama Kapitayan. Islam berkembang pesat karena banyak penduduk pribumi adalah penganut Kapitayan. Sedangkan Hindu dan Buddha hanya dianut mereka yang dalam lingkaran anggota kerajaan. “Penduduk pribumi tak mengenal nama dewa Hindu dan Buddha,”



Penyebaran agama Islam tak dilakukan secara sendirian oleh Sunan Ampel. Pada 1470 an dibentuk Wali Songo yang terdiri dari para sunan yang terikat kekerabatan keluarga. Seperti Sunan Bonang dan Sunan Drajat merupakan anak Sunan Ampel, Sunan Giri adalah menantu Sunan Ampel, Sunan Gunung Jati besan Raden Patah (menantu Sunan Ampel), Sunan Kali Jaga adalah anak saudara istri Sunan Ampel, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Syaikh Siti jenar. “Jadi masih ada ikatan keluarga semua,”

Untuk mengetahui isi seterusnya, boleh hubungi kami untuk pembelian kitab... jzk

RM110

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/AtlasWaliSongo

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

RAHASIA INSAN KAMIL

Sesungguhnya terhijab Allah daripada penglihatanmu kerana sangat terangNya dan samar daripada pandangan kerana besar sinar cahaya-Nya.

Sesungguhnya yang menghijab anda daripada melihat Allah kerana sangat dekat-Nya Allah kepadamu.

Tiada suatu benda pun yang boleh menghijab anda daripada Allah tetapi yang menghijab anda ialah prasangka anda adanya sesuatu di samping Allah.

Ini kerana segala sesuatu selain Allah itu pada hakikatnya tidak maujud lantaran yang wajib wujud hanya Allah, sedang yang lain terserah kepada belas kasihan Allah untuk diadakan atau ditiadakan.

Kandungan kitab ini boleh dijadikan pencetus minda pembaca untuk mengenali diri sendiri yang selama ini diabaikan dengan lebih dekat lagi. Hal ini demikian kerana orang Sufi lebih mementingkan soal-soal kerohanian, jiwa, kebatinan dan perkara-peraka ghaib yang tidak terjangkau oleh mata kasar ini untuk mengesan dan mengetahuinya. Sebab itu untuk mengetahuinya perlulah menggilap dan mensucibersihkan hati hingga bersinar dengan Nur Cahaya Ketuhanan Yang Maha Tinggi.

Penyusun : Amdan Hamid
Penerbit : Jahabersa
Harga: RM14.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/RahasiaInsanKamil

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

ANA AL-HAQ - Irsyadat Sheikh Muhammad Ibrahim

👤Karya Sheikh Muhammad Ibrahim (Ghazur I-Ilahi)

Buku ini adalah terjemahan bahasa melayu dari buku The Secret Of Ana Al-Haq yang telah diterjemah dalam bahasa inggeris oleh Khaja Khan dari bahasa parsi yg bertajuk Isyadat Sheikh Muhammad Ibrahim. Beliau mendapat jolokan gelaran Gazur-I-Ilahi. Beliau berasal dari Shakarkote berdekatan Nagpur. Sheikh Muhammad Ibrahim ini adalah golongan ahlinsufi yang mengambil perjalanan Syatthariyah. Kata kata beliau telah dikumpul oleh anak muridnya yang berbama Muhammad Sadiq dibawah judul Irsyadat Al-Arifin. Terdapat 300 irsyadat yang diterjemah di dalam kitab ini.

Terdapat 20 bab yang dikelaskan oleh penyusun:

- Keesaan (ahdiyat)
- yang Pasti Ada (Wajibul Wujud)
- yang mungkin ada (mumkinul wujud)
- Sifat
- Hakikat (A’yan)
- Alam Ruh (alam i-Arwah)
- Alam Mithal
- Alam Badan (alam i-ajsam)
- Sembahyang (solah)
- Pembimbing (Guru)
- Murid
- Kursus Latihan ( Suluk )
- Zikir dan Latihan
- Bisikan atau gerakan hati (Khatrat)
- Muzik (Sama’a)
- Kenaikan (Uruj)
- Mukjizat
- Qadha qadar
- Perpindahan roh dari satu badan ke badan yang lain.
- Pelbagai kata-kata (Irsyadat)

RM15.00


__

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/AnaAlHaqBaru

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

TOKOH WAHDATUL WUJUD

membicarakannya dalam khazanah nusantara membuat banyak orang tertuju pada sosok Syekh Siti Jenar. Sedang dalam khazanah budaya Islam, orang terfokus pada sosok al-Hallaj. Sejujurnya pandangan tersebut mendapat bias dari peristiwa politik yang menimpa mereka, dan tidak banyak orang benar-benar memahami ajaran wahdatul wujud yang dituduh sebagai "sesat".

Dalam buku ini, penulis setidaknya mencatat sebelas orang lagi selain Syekh Siti Jenar dan al-Hallaj yang bisa dikategorikan sebagai tokoh ajaran wahdatul wujud. Mereka adalah Al-Kirami, Syamsuddin Sumtrani, Al- Farabi, Abu Yazid al-Bustami, Suhrawardi, Fakhruddin ar-Razi, AI Bazdawi, Abu Walid Muhammad Ibn Rusyd, An-Nifary, Syekh Hamzah Fansuri, dan Ibnu 'Arabi.

RM35
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/TokohWahdatulWujud

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

IMAM AL-JUNAID AL-BAGHDADI
-Pemimpin Kaum Sufi

Syeikh Junaid al-Bagdadi (830-910 M) adalah salah satu tokoh besar dalam dunia Sufi, beliau adalah ulama sufi dan merupakan ibu tokoh dalam rantai emas ahli sufi. Imam Al-Junaid adalah salah seorang sufi terkemuka di samping seorang ahli fiqih. Dalam fiqih beliau bermadzhab kepada Imam Abu Tsaur. Di kalangan sufi Al-Junaid dikenal sebagai pemuka dan pimpinan mereka dengan gelaran Sayyid ath-Thaifah ash-Shûfiyyah.

HAKIKAT MUSYAHADAH
Musyahadah bererti menyaksikan atau lebih jelasnya, “Melihat Tuhan dengan mata hati, tanpa keraguan sedikitpun, bagaikan melihat-Nya dengan mata kepala.” Hal ini berarti bahwa dalam ajaran sufi, seorang sufi dalam keadaan tertentu akan dapat melihat Tuhan dengan mata hatinya. Sehingga boleh jadi, hanya bagi mereka, Tuhan itu dapat dilihat. Menurut Al-Junaid, Tuhan hanya dapat dilihat melalui mata hati, bukan dengan mata kepala. Sehingga seandainya Tuhan dapat dilihat dengan mata kepala di akhirat nanti, maka Al-Junaid pun tidak ingin melakukannya.
Al-Junaid bertutur, “Apabila Tuhan berkata kepadaku: Lihatlah Aku, aku akan menjawab: Aku tidak dapat melihat Engkau ya Allah. Lantaran dalam cinta, mata adalah sesuatu yang lain selain Tuhan dan makhluk. Kecemburuan pada yang lain akan menjagaku dari melihat-Nya. Selain itu, ketika di dunia aku telah biasa melihat-Nya tanpa perantaraan mata kepala, maka bagaimana aku harus menggunakan perantaraan seperti itu di akhirat nanti.”

Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi Abu Bakar As-Syibli, seorang daripada muridnya.
Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, “Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata.”

Judul :IMAM AL-JUNAID AL-BAGHDADI-Pemimpin Kaum Sufi
Penulis : Dr. Ali Hassan Abdel-Kader
Penerbit : Diva Press
Ukuran : 14 x 19,8 cm
Cover : Soft Cover
Isbn : 9786023915538
Berat : 400 gram
RM63

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/ImamJunaidAlBaghdadi

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KITAB AL MUKADDIMAH
-PENGHAYATAN HAKIKAT TAUHID


Kitab Al-Mukaddimah - Penghayatan Hakikat Tauhid membicarakan Tauhid Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan bahasa yang sangat mudah. Ia juga memberi pedoman bagaimana aplikasi tauhid dalam kehidupan.

Ilmu tauhid adalah ilmu yang akan membentuk kehidupan seseorang samada cara berfikir dan bertindak, ia bagaikan tali simpulan seorang hamba dengan Allah yang mana ia mengikut ukuran tali yang ada padanya. Apabila seorang tiada tauhid, hidup bagaikan tiada miliki ukuran tali hingga ia hidup tanpa ada batasan had ke mana ia bergerak. Maka syaitan dan hawa nafsu akan memainkan peranan sebagai pemegang tali unutuknya.

Kitab ini sesuai dijadikan bahan pengajian, kuliah, halaqah tauhid untuk peringkat permulaan. Adalah lebih baik sekiranya dipelajari secara bertalaqqi dengan ahlinya.

======================================

Pengarang/Penulis : Walid Al Malik/Angah Sunan
Saiz Buku : 25.0cm x 17.6cm (B5)
ISBN-13 : 9789671488003
Jumlah Muka Surat : 73
HARGA : RM10.00 (SM)

====================================

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/AlMukaddimahPenghayatanHakikatTauhid

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

ZIARAH KE ALAM BARZAKH

Imam Jalaluddin As Suyuthi

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas ini tampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim.

Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh realiti yang mungkin ditemui di alam barzakh.


Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan kaedahnya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Bahasa : Indonesia
Penulis : Imam Jalaluddin As-Suyuthi
Penerbit : Pustaka Hidayah
Saiz : 16x24cm
harga: rm65
berat: 0.8kg
_

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/ZiarahKeAlamBarzakh

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

TAFSIR MIMPI UMAR KHAYYAM
-Ilmuan Islam Abad 12 Masihi

“Mimpi itu terbagi menjadi tiga hal: Bisikan hati, ditakuti syaitan, dan khabar gembira dari Allah.” (HR. Bukhari)

Ditulis sejak 1000 tahun yang lalu, buku yang terdiri dari 20 bab ini menjelaskan secara lengkap berbagai mimpi yang mungkin pernah atau akan kita alami.

Umar Khayyam adalah ulama asal parsi yang selama ini lebih dikenal sebagai ilmuwan dalam bidang astronomi, matematik, dan sastera. Salah satu karya termasyhurnya adalah Rubaiyat Umar Khayam. Namun begitu, tak banyak yang tahu, beliau juga menulis buku tentang tafsir mimpi. Dan tentulah, karyanya ini jauh sebelum kehadiran buku-buku soal mimpi di barat, seperti karya Sigmund Freud dengan The Interpretation of Dream-nya di abad ke 20.

Apa Isi Buku ini?

Takwil mimpi melihat benda langit
Tafsir mimpi melihat berbagai jenis haiwan
Takwil mimpi melakukan segala aktiviti
Semua tentang interpretasi atas mimpi


Siapa Penulis Buku ini?

Ghiyāts ad-Din Abulfatah ‘Umar bin Ibrahim Khayyāmi an-Naisābūri, dikenali dengan nama Umar Khayyam. Secara bahasa, “khayyam” berarti “pembuat tenda”. Dinamakan dengan sebutan itu, kerana ayahnya, Ibrahim, bekerja sebagai pembuat tenda. Umar Khayyam merupakan seorang penyair dan ilmuwan muslim yang menguasai matematik, falsafah, dan astronomi.

Umar Khayyam juga mewariskan metod ilmiah dan sastera yang berpengaruh di dunia, sehingga diberi julukan “Hujjatul Haq” (pembela kebenaran).

Abu al-Qasim Mahmud Umar az-Zamakhsyari menyebutnya sebagai “The philosopher of the world” (filsufi dunia).

Umar khayyam lahir pada tahun 439 H/1048 M di Naisabur, Khurasan, Iran. Khayyam kecil tinggal di kota Naisabur yang merupakan pusat keilmuan di parsi ketika itu. Sejak kecil, Umar Khayyam sudah memperoleh pendidikan yang baik dari orang tuanya. Salah seorang gurunya adalah imam Muwaffak Naisaburi, seorang pendidik yang terkenal dan tersohor pada masa itu. Di kota kelahirannya ini, ia mendalami berbagai macam ilmu agama, falsafah, matematik, dan astronomi hingga akhirnya dia mengembara ke kota Bukhara pada tahun 460 H/1068 M.

Di kota (Bukhara) ini ia habiskan waktunya dengan mengunjungi perpustakaan al-Falak al-Marmuqah. Kemudian pada tahun 462 H/1070 M, dia berpindah ke kota Samarkand, Uzbekistan. Di sana, Umar Khayyam mendapat bantuan dari Abu Thahir, ketua para hakim sekaligus ahli hakim terkemuka di Samarkand, sehingga hal ini memungkinkannya untuk menulis karyanya yang paling terkenal, iaitu risalah tentang demonstrasi perihal al-Jabar.

Pada tahun 1073 M, Malik Syah, penguasa Isfahan, mengundang Khayyam untuk membangun dan mengelola sebuah observatorium di Isfahan bersama-sama dengan astronom terkemuka lainnya, seperti Abu al-Muzaffar Isfazari, Maimun ibn Najib al-Wasithi, dan Abdu ar-Rahman Khazeni di bawah arahan Umar Khayyam. Misinya ialah mengubah kalender matahari tua parsi, yang telah digantikan oleh kalender hijriah. Menurut perhitungan Umar Khayyam, masa satu tahun adalah 365,24219858156 hari. Dan di sinilah mula-mula Khayyam menggali dan mempelajari karya Euklides dan Apollonius.

Setelah meninggalnya Malik Syah dan menterinya, Umar Khayyam sempat meneruskan pekerjaannya sebelum akhirnya diberhentikan oleh pengganti sultan Malik Syah (ada yang mengatakan bahwa penggantinya tersebut adalah sultan Ahmad Sanjar). Hal ini mendorong dirinya meninggalkan kota kelahirannya, Naisabur, dan mengembara ke berbagai negeri untuk meningkatkan diri sebagai ilmuwan. Dalam pengembaraannya itu, dia sempat menunaikan ibadah haji ke kota Mekkah. Seusai masa pengembaraannya, Umar Khayyam kembali ke Naisabur dan menghabiskan masa tua di kampung halamannya itu.

Sebagai pujangga, nama Umar Khayyam dikenal dengan syair ruba’iyyat-nya yang kemudian banyak diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Yang paling tersohor ialah rubaiyat yang dialihbahasa ke dalam bahasa inggris oleh Edward Fitz Gerrald (penulis Inggris tahun 1859) dengan judul “The Rubaiyat of Omar Khayyam”.

Friedrich Von Bodenstedt (1819) menerjemahkannya ke dalam bahasa Jerman.

RM49.00


____

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

MAHABBAH CINTA - Mengarungi Samudera Cinta Rabi’ah Al Adawiyah

“Ajaran tasawwuf yang dibawa Rabi’ah itu dikenal dengan istilah al-Mahabbah. faham ini merupakan lanjutan dari kehidupan zuhud yang dibawa oleh Hassan al-Basri, iaitu takut dan harap dinaikkan oleh Rabi’ah menjadi zuhud karena cinta. Cinta yang suci murni itu lebih tinggi dari pada takut dan pengharapan.“

Kata Mahabbah itu sendiri berasal dari kata ahabba, yuhibbu, mahabbatan yang secara harfiah beerti mencintai secara mendalam, atau kecintaan atau cinta yang mendalam. Konsep Rabi’ah mengenai Mahabbah diketahui dari jawabannya ketika ia ditanya “apakau kau cinta kepada Tuhan yang Maha Kuasa? Ya, apakah kau benci kepada syaitan? Tidak, cintaku kepada Tuhan tidak meninggalkan ruang kosong dalam diriku untuk rasa benci kepada syaitan”. Lalu Rabi’ah melanjutkan “saya melihat Nabi dalam mimpi, Dia berkata : oh Rabi’ah cintakah kamu kepadaku? Saya menjawab: oh Rasulullah, siapa yang menyatakan tidak cinta? Tetapi cintaku kepada pencipta memalingkan diriku dari cinta atau membenci kepada makhluk lain”.


Bagi Rabi’ah cinta kepada Allah merupakan satu-satunya pendorong dalam segala liku kehidupannya, bukan lagi kerana takut seksa neraka atau nikmat syurga, hal ini terungkap dalam syair-syairnya. Tiada lain semuanya kerana berlandaskan cinta dan yang dicintai. Kerana kecintaan itulah menyebabkan ia senantiasa rindu dan pasrah kepada Allah. Sepanjang hidupnya ia tidak pernah berhasrat untuk berkahwin. Di dalam jiwanya tidak ada ruang kosong yang tersisa untuk diisi dengan rasa cinta kepada makhluk mahupun benci terhadapnya.

Untuk mencapai tingkatan yang tinggi, sampai pada tingkat Mahabbah dan makrifat, Rabi’ah menempuh berbagai jalan atau tahap-tahap sebagaimana para sufi lainnya. Beragamnya cara seorang untuk menuju Tuhan dan kurangnya sumber-sumber autentik mengenai riwayat Rabi’ah – ditambah Rabi’ah yang tidak menulis sendiri perihal dirinya, menyebabkan banyak penulis yang menyetujui apa yang ditulis para peneliti dan ahli sejarah yang menulis kisah hidupnya.

Menurut kaum sufi, proses perjalanan ruhani Rabi’ah telah sampai kepada maqam Mahabbah dan ma’rifat. Namun begitu, sebelum sampai ke tahap maqam tersebut. Rabi’ah terlebih dahulu melampaui tahap lain, antara lain taubat, sabar dan syukur. Tapi pada tahap tertentu, Cinta Rabi’ah kepada Tuhannya seakan masih belum dilepaskan, meski hijab penyaksian telah diangkat.

Dalam munajatnya itu, Rabi’ah tak putus-putusnya berdoa dan bermunajat kepada Allah. Bahkan dalam doanya itu ia berharap agar tetap mencintai Allah hingga Allah memenuhi ruang hatinya. Doanya “Tuhanku, malam telah berlalu dan siang segera menampakkan diri. Aku gelisah apakah amalanku Engkau terima, hingga aku merasa bahagia, ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa bersedih, Demi ke-Maha Kuasaan-Mu, inilah yang aku akan lakukan. Selama Engkau beri aku hayat, sekiranya Engkau usir dari depan pintu-Mu, aku tidak akan pergi kerana cintaku pada-Mu, telah memenuhi hatiku”.

Cinta bagi Rabi’ah telah mempesonakan dirinya hingga ia telah melupakan segalanya selain Allah. Tapi bagi Rabi’ah, cinta tentu saja bukan tujuan, tetapi lebih dari itu cinta adalah jalan keabadian untuk menuju Tuhan sehingga dia ridha kepada hamba yang mencintai-Nya. Dan dengan jalan cinta itu pula Rabi’ah berupaya agar Tuhan redha kepadanya dan kepada amalan-amalan baiknya.

Harapan yang lebih jauh dari cintanya kepada Tuhan tak lain agar Tuhan lebih dekat dengan dirinya, dan kemudian Tuhan sanggup membukakan hijab kebaikan-Nya di dunia dan juga di akhirat kelak. Ia mengatakan, dengan jalan cinta itu dirinya berharap Tuhan memperlihatkan wajah yang selalu dirindukannya. Dalam syairnya Rabi’ah mengatakan “aku mencintai-Mu dengan dua macam cinta, cinta rindu dan cinta kerana Engkau layak dicinta, dengan cinta rindu, kusibukkan diriku dengan mengingat-ngingat-Mu selalu, dan bukan selainmu.

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KISAH SYEIKH ABDUL KADIR JILANI (READY STOCK)

Terjemahan buku dalam bahasa Inggeris yang berjudul "The Saint of Jilan" oleh A.S. Salik ke dalam bahasa Melayu dan diberi nama berjudul "Kisah Syeikh Abdul Kadir Jilani" buku ini dengan ringkas mengisahkan kehidupan, sejarah hidup dan pengajaran beliau. Beliau tidak asing lagi di kalangan umat Islam khususnya di kalangan orang-orang Sufi dan mereka yang berminat dalam bidang kesufian (Sufism).

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi sedikit gambaran kepada mereka yang berminat dalam hal-hal keruhanian datam Islam atau metafizik Islam ini, dan mengenal seseorang jaguh yang besar dalam bidang metafizik atau Sufism.

Penyusun : Syeikh Muhammad Asyraf Penterjemah : Abdul Majid Haji Khatib Penerbit : Pustaka Aman Press Saiz : 13x18.5cm
RM8


____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/KisahSyeikhAbdulKadirJilani

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

❗️*15 HARI LAGI*❗️
Menjelang Hari Raya Qurban

29 Jun 2023 / 10 Zulhijjah 1444H
.
.

"KINI SEMUA ORANG MAMPU BERQURBAN"

🐮 Qurban Serendah RM5️⃣0️⃣ Sahaja
.
.
En Razi :
011-2564 8642
http://raziqurban.wasap.my/ (klik untuk whatsapp)

En. Syaiful :
013 - 692 3129
http://syaifulqurban.wasap.my/ (Klik untuk whatsapp)

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KEAJAIBAN AL-QURAN & RAHASIA KALIMAT TAUHID

Sheikhul Islam Fakhruddin Ar Razi

Membicarakan keajaiban al-Quran rasanya tak pernah habis. Mulai dari keindahan kata, kedalaman makna, dan kebenaran jangkaan masa depan terus-menerus dikaji.

Penemuan-penemuan tersebut masih terus berlangsung hingga kini, seiring berkembangnya ilmu pengetahuan.

Buku ini membahas keajaiban al-Quran yang agung. Dari semua keajaiban itu, penulis menyimpulkan bahawa keajaiban al-Quran berpaksikan pada sifat keesaan Allah swt., iaitu kalimat lâ ilâha illallâh, sebagai puncak tertinggi dari memahami kandungan makna al-Quran.

Ditulis oleh Imam Fakhruddin ar-Razi (1150―1210 M), seorang ulama sekaligus ilmuwan kebanggaan umat Islam. Semasa hidupnya, ia mengarang bermacam tema kitab, mulai dari tafsir, kimia, matematik, hingga psikologi. Kitab Tafsîr Mafâtih al-Ghaib dan al-Firâsah adalah dua di antara puluhan karyanya yang menjadi rujukan sehingga kini.

Mengenal Islam mustahil dapat dicapai tanpa mengenal Allah swt. Mengenal Allah bererti harus mempelajari hakikat kalimat tauhid. Melalui pendekatan tafsir yang komprehensif, buku ini dihidangkan dengan baik dan mudah dibaca bagi siapa pun.


Judul Asli : Ajaibul Qur`an ﻋﺠﺎﺋﺐ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ
Pengarang : Imam Fakhruddin ar-Razi
Genre : Ilmu Kalam, Tauhid
Penerjemah : Abdul Majid
Editor : Erik Erfinanto & Asmara Edo Kusuma
Halaman : 420
Ukuran : 15 x 23
Cover : Soft cover
ISBN : 978-623-90042-0-0
Penerbit : Turospustaka
Cetakan : Pertama, Februari 2019
Harga: RM76.00
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/KeajaibanAlQuranRahasiaKalimatTauhid

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

____
#layarTemirBookstore #KitabTasawuf #TauhidTasawuf #KitabSufi #KedaiBukuOnline #KitabAgama #KedaiBuku #PengedarKitabTasawuf #Sufi #Tasawuf #TintaSufi #KalamUlama #HabibUmar #PenaTarim #sufi #ahlussunnah #tasawwuf #ilmu #islam #pecintabuku #Manaqib #KeajaibanAlQuran #SyekhIslamFakhruddinArRazi

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Seseorang datang kepada Habib Abdullah bin Muhammad bin Syihab dan bertanya,

"Saya susah untuk bangun qiyamullail dan selalu tidur, mohon Habib berikan saya petuah dan nasehat".

Habib Abdullah dengan senyum menjawab,

"Sungguh kamu diberikan keuntungan karena mampu dan dapat tidur, aku coba untuk tidur tetapi tidak dapat, karena aku takut lupa pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

MasyaAllah...

Benarlah akan petikan syair ~

‏المحبون لا يسارعون إلى النوم لأن اليقظة أجمل

"Para pecinta tak bersegera tidur, sebab terjaga lebih indah ❤"

Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang sholeh...⁣
Aamiin...

⠀ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

RINGKASAN SIFAT 20
Bergambar | Bercarta | Berwarna
.
.
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 

https://www.layartemirbookstore.com/product/ringkasan-sifat-20/ (Link Pembelian)
_________

​​SINOPSIS:​

Ringkasan Sifat 20 menerangkan perbahasan Sifat 20 dalam bentuk grafik, gambar rajah, jadual dan carta yang berwarna serta dipersembahkan dengan reka bentuk yang moden bagi memudahkan umat Islam memahami Sifat 20 dengan lebih jelas dan tepat. 

Penulis menghasilkan buku ini setelah setahun penerbitan buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas yang telah banyak  didaurahkan di seluruh Malaysia dan Singapura. 

Pembaca disarankan untuk memiliki buku tersebut kerana kandungan buku Ringkasan Sifat 20 ini banyak merujuk kepada buku Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas.

Kategori: Fardu Ain
TEBAL: 128 m/s
HARGA: RM 25.00
Saiz: 9.25" X 6.5"
Berat:  0.27 kg

________________

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/RingkasanSifat20

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

MUNYATUL MUSOLLI ( & BAHJAH MARDHIAH)
-Syeikh Daud Abdullah Al Fathani

Kitab Munyatul Musolli begitu popular di kalangan penuntut pusat-pusat pengajian pondok, madrasah dan surau di utara Semenanjung Malaysia dan juga di selatan Thailand sejak kira-kira hampir dua ratus tahun yang lalu. Kini, nama kitab ini masih segar dalam ingatan masyarakat dan ia masih amat baik untuk dipelajari dan ditatapi oleh pelajar dan orang awam terutama mereka yang baru hendak mengenali hal-hal berkaitan sembahyang.

Ia mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan sembahyang, rupa bentuk sembahyang, persediaan sebelum sembahyang, syarat sah sembahyang, rukun sembahyang, perkara sunat dalam sembahyang, amalan sunat sesudah sembahyang, makruh dalam sembahyang, sembahyang sunat, doa mujarab, wirid, kelebihan semayang berjemaah, sembahyang jumaat, hukum meninggalkan sembahyang, kewajipan raja atau pihak berkuasa terhadap orang di bawah tanggungannya dan bahagian terakhir kitab ini dihidangakan hal-hal yang berkaitan dengan masalah muafiq dan masbuk.

Versi ini diharap dapat memudahkan para pelajar dan orang awam memahami kandungannya dengan baik, cepat dan berkesan serta mudah menatapinya ketika bersendirian.

harga: RM22
berat : 0.35kg
__

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/MunyatulMusolli

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

BIDAYATUL HIDAYAH
-Imam Ghazali

Adalah antara Karangan Asy-Syeikh al-Imam al-‘Alim, al-‘Allamah, Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Thusi. Kitab ini begitu masyhur di kalangan para alim ulama terutama bagi pengamal ilmu tasawuf, demikian juga di kalangan pelajar-pelajar sekolah pondok kerana cara penyampaian yang dibawa oleh Imam Al-Ghazali sangat teratur, kemas, jelas, mudah difahami dan amat menyentuh hati sanubari pembaca dan pendengarnya dan mampu mendekatkan seseorang kepada Tuhannya, malahan menundukkan kalbu sesetengah orang rebah sujud di hadapan Tuannya Yang Maha Tinggi lagi Maha Mencipta.

Selain daripada khutbah al-kitab, kitab ini secara kasarnya dibahagikan kepada tiga bahagian:

* Bahagian Pertama: Mengenai Ketaatan. Iaitu bahagian amal ibadat seharian.
* Bahagian Kedua: Mengenai cara-cara meninggalkan maksiat, sama ada maksiat anggota badan (maksiat zahir) atau maksiat hati (maksiat batin).
* Bahagian Ketiga: Adab pergaulan dan persahabatan, sama ada dengan Allah, atau dengan makhlukNya.

RM20.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/BidayatulHidayahJabalMaraqy

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

69 HARI LAGI RAMADHAN
.
.
“Ya Allah, sampaikanlah aku hingga ke bulan Ramadan (Allahumma balighna Ramadan) dan sampaikanlah Ramadan kepadaku dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadan.”
.
.
1️⃣ 𝗙𝗼𝗼𝗱 𝗕𝘂𝗰𝗸𝗲𝘁 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻
-Bakul Makanan Asas Untuk Asnaf
RM50 / Bakul
Sasaran: RM50 x 1000 Keluarga = RM50,000

2️⃣ 𝗗𝗮𝗽𝘂𝗿 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗔𝘀𝗻𝗮𝗳 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻
-Tajaan Berbuka Puasa Asnaf, Anak Yatim, Komuniti Setiap Hari Di Bulan Ramadhan
RM10 / 1 Pek / 1 Orang
Sasaran: RM10 x 1000 Orang = RM100,000
.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke:
https://nuranirelief.onpay.my/order/form/gelombangkasihramadhan (Klik Link Untuk Menyumbang)

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

KITAB SYAJARATUL KAUN IBNU ARABI
-Mengungkap Konsep Alam Semesta Dan Sirah Nabi

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya: ‘Kun’ (jadilah), maka jadilah sesuatu itu.” (QS. Yasin: 82)

Salah satu pertanyaan besar yang selalu membingungkan manusia dari zaman dulu adalah dari mana manusia dan alam semesta ini berasal? Dari sebuah pertanyaan abadi itu, muncullah berbagai pendapat dan aliran yang menyelubungi manusia dalam tempurung fikirannya sendiri.

Ahli falsafah Yunani Thales (546 SM) menyatakan, alam semesta itu berasal dari air. Anaximenes (528 SM) berpendapat, alam semesta itu dari proses pemadatan dan pencairan udara. Masih banyak lagi pendapat para falsafah dan ilmuwan moden tentang awal mula kehidupan semesta. Lalu, mana yang paling benar?

Sebagai orang yang percaya pada keesaan Tuhan, kita mesti mengetahui secara haqqul yaqin asal-usul alam semesta ini. Kitab karya Syekh Akbar Ibnu Arabi (1165-1240) ini merupakan salah satu kitab yang mampu secara ampuh menjawab pertanyaan besar itu dalam sebuah kajian yang padat, gabungan antara pendekatan mistik,agama,dan falsafah.

Kitab Syajarah al-Kawn ini secara menarik membahas kosmologi dan sirah nabi Muhammad melalui sudut pandang tasawuf, sekaligus meluruskan pendapat keliru tentang asal-usul manusia dan semesta.

Sebuah masterpiece dunia tasawuf, sekaligus karya sastra sufistik yang diakui secara global. Ditambah dengan catatan dan tahkik oleh seorang anak muda Islam, Zainul Maarif, buku ini layak dan penting untuk dibaca.

RM33
0.1 kg

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SyajaratulKaunTitahSurga

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

TIGA SIFAT TERCELA
-AL-HABIB UMAR AL-HAFIZ

Marah, Dendam dan Hasut. Itulah tiga sifat tercela yang bersemayam di hati manusia. Bila ketiganya sifat itu ada di dalam hati seseorang, maka kehancuranlah yang akan ia dapati.

Apa marah yang tercela itu? Sebab sebab apa yang dapat membuat seseorang marah? Lalu, bagaimana mengubatinya? Apakah perasaan marah dapat ditekan dengan latihan? Bagaimana cara untuk mereda kemarahan ketika sedang meluap?

Apa penyebab munculnya sifat hasut dan dendam? Apa akibat akibat yang akan ditimbulkan dari sifat tersebut? Bagaimana mengubati kedua penyakit itu?

Dalam buku ini Habib Umar bin Hafidz juga akan menjelaskan tentang keutamaan sabar, keutamaan menahan marah, keutamaan memaafkan dan keutamaan berbuat baik.

Buku ini adalah terjemahan salah satu bab dari kitab Al Qabas an Nurul Mubin min Ihya Ulumuddin karya Habib Umar bin Hafidz.

Format Cover: Soft Cover
Penerbit / Publisher: Cahaya Ilmu Publisher
Jumlah Halaman: 71
Dimensi / Ukuran: 13 cm x 19 cm
Penulis: Al-Habib Umar bin Hafidz
Harga: RM25.00
Judul Asli: Al Qabas Nurul Mubin min Ihya Ulumuddin
____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/3SifatTercela

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

"JIKA KAMU MEMUJI NABIMU SEKALI, MAKA ALLAH MEMUJIMU SEPULUH KALI"

Diantara kitab tentang selawat, Dalail Khairat paling terkenal dan dibaca seantero dunia oleh umat islam. Jika kitab Al-Muwato' karya Imam Malik dianggap sebagai kitab kumpulan hadis pertama maka kitab Dalail Khairat merupakan kitab pertama yang menghimpunkan selawat. Dalam karya klasik ini, Imam Al-Jazuli seorang Sheikh Tareqat Syadzuliah pada zamannya memberikan hadiah yang berharga kepada umat. Ia menuliskan bermacam selawat yang secara spontan digubah dan juga selawat yang tersimpan dalan ingatannya.

Kitab ini tidak hanya popular dalam kalangan pengikut tareqat Syadzuliah tapi juga dalam kalangan pondok/pesantren di Nusantara. Ia menjadi wirid harian yang menjadi pelengkap pembacaab rutin Al-Quran.

Tuturan dan paparan Imam Al-JAzuli dalam kitab ini amat istimewa, memercikkan keharuman cintanya kepada Allah dan Rasulullah. Selawat yang ia tulis mengalir lembut dn elok serta dengan rima yang teratur . Inilah karya yang membantu anda mengungkapkan cinta kepada Allah dan Rasulullah dengan cara yang indah.


Dalail Khairat adalah himpunan Selawat selawat yang mengandungi keberkatan memuji Sang Nabi yang bilamana dipuji satu kali, Allah SWT sendiri yang akan memuji hambaNya yang memuji sebanyak sepuluh kali. sepuluh kali duhai tuan tuan!

Tuan Tuan nak tak saya ceritakan serba sedikit tentang isi kandungan kitab ini?

kitab ini mengandungi 243 halaman bercetak dimana dimulai dengan peribadi pengarang kitab yakni Imam Muhammad Ibn Sulaiman Al-Jazuli R.A . Ibn Jazuli berasal dari Moroco dan terkenal sebagai tokoh Syeikh Tareqah Asy-Syazili, selain dikenali sebagai salah seorang daripada Tujuh Sufi Besar Moroco. malahan Ibn Jazuli juga adalah Ahlul Baiyt Baginda SAW bersambung dengan Imam Hassan Ibn Ali R.A .

Kitab ini juga merupakan kitab pertama seumpamanya yang dibaca dan disebarluaskan oleh masyarakat islam sebagai sumber bacaan selawat hasil keberkahan isinya dan pengarangnya sendiri. Selain itu, kitab ini juga menaqalkan hadith Nabi tentang keutamaaan berselawat, kaedah niatnya, dan beberapa selawat yang diajarkan oleh Baginda Saw kepada Para Sahabat.

seterusnya, Ibn Jazuli juga menaqalkan beberapa selawat yang terkenal pada zamannya dan selawat yang dituturkan oleh Imam Imam Besar Islam terdahulu seperti:
👤 Selawat Imam Syafie
👤 Selawat Abu Hassan Al-Karkhi
👤 Selawat Munjiya
👤 Selawat Anwar
👤 Selawat Kawtsar
👤 Selawat Saadah
👤 Selawat Ulil Azhmi
👤 Selawat yang tak terhitung
👤 Selawat dengan Asma dan Sifat Nabi
👤 Selawat dengan huruf huruf nama Nabi SAW
👤 Selawat pada Nabi Keluarga dan SahabatNya
👤 Selawat dengan Wasilah Asma Allah

Tuan Tuan yang dimuliakan oleh Allah, Ibn AlJAzuli juga menerbitkan 201 Nama Nama Nabi SAW yang mulia antaranya adalah Muhammad, Ahmad, Hamid, Mahmud, Ahid, Wahidu, Yassin, Toha dan lain lain lagi. Bahkan pengarang yang diredhai oleh Allah juga mengajarkan kaedah untuk berselawat dan urutannya.

Ibn Jazuli juga telah mengarang kaedah untuk membaca selawat mengikut hari hari supaya masyarakat gemar akan selawat dan menjadikan selawat itu sebagai wirid harian. mudah mudahan masyarakat dapat mengamalkannya dan memperoleh keberkatan, kebaikan dan syafaat Nabi SAW di hari dimana semua orang ketakutan dan tiada berani mengangkat kepalanya kerana takut yang amat pada Murka Tuhannya yang Murka dengan semurka murkanya ...

semoga perkongsian ini memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat untuk mencintai Nabi dan menjadikan Nabi sebagai wasilah untuk meraih Cinta Allah yang Tinggi kerana kita tiada mampu untuk sampai kepada Allah sendirian kecuali dengan KekasihNya yang tercinta, kerana sosok dirinya lah kita diciptakan oleh Allah Taala

____

KITAB DALAIL KHAIRAT
RM55 Sebuah
____

unt
uk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/DalailKhairat

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

‼️ 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐂𝐀𝐋𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 ‼️

Esok hari terakhir untuk penyertaan qurban

𝑄𝑢𝑟𝑏𝑎𝑛 𝑆𝑒𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ 𝑅𝑀50 / 1 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛

.
.
Pada tahun ini, kami membuka 3 jenis Pakej Qurban, Pakej Qurban serendah RM50 (1 Penyertaan)
.
1: 🇰🇭 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗡𝗨𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 🇳🇱
🐂 RM390 (1 Bahagian Lembu)
🐄 RM2730 (Seekor Lembu)
🐐 RM700 (Seekor Kambing)
https://nuranirelief.onpay.my/order/form/qurbanaqiqah2023
.
2: 🇲🇾 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
🐂 RM890 (1 Bahagian Lembu)
🐄 RM6230 (Seekor Lembu)
🐐 RM1300 (Seekor Kambing)
https://nuranirelief.onpay.my/order/form/qurbanaqiqahkomuniti2023
.
3: 𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛 𝗤𝗨𝗥𝗕𝗔𝗡
🐂 RM50 (1 Penyertaan)
https://nuranirelief.onpay.my/order/form/sedekahqurban2023
.
.
Hubungi Wakil Kami Untuk Booking Qurban Aqiqah Anda sekarang !
En Razi :
011-2564 8642
http://raziqurban.wasap.my/ (klik untuk whatsapp)
.
En. Syaiful :
013 - 692 3129
http://syaifulqurban.wasap.my/ (Klik untuk whatsapp)

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/TafsirMimpiUmarKhayyam

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Sedangkan cinta kerana Engkau layak dicinta, di sanalah Kau menyingkap hijab-Mu, agar aku dapat memandangmu. Namun, tak ada pujian dalam ini atau itu, segala pujian hanya untuk-Mu dalam ini atau itu”.

Abu Thalib al-Makki dalam membahaskan syair di atas mengatakan, dalam cinta rindu itu, Rabi’ah telah musyahadah dan mencintai-Nya, dan tidak melalui cerita orang lain. Ia telah mendapat kepastian (jaminan) berupa rahmat dan kebaikan Allah kepadanya. Cintanya telah menyatu melalui hubungan peribadi, dan ia telah berada dekat sekali dengan-Nya dan terbang meninggalkan dunia ini serta menyibukkan dirinya hanya dengan-Nya, menanggalkan duniawi kecuali hanya kepada-Nya. Sebelumnya ia masih memiliki nafsu keduniawian, tetapi setelah menatap Allah, ia tanggalkan nafsu-nafsu tersebut dan Dia menjadi keseluruhan di dalam hatinya dan Dia satu-satunya yang ia cintai. Allah telah membebaskan hatinya dari keinginan duniawi, kecuali hanya diri-Nya, dan dengan ini meskipun ia masih belum layak memiliki cinta itu dan masih belum sesuai untuk dianggap menatap musyahadah pada akhirnya, hijab tersingkap dan ia berada di tempat yang mulia.

Cintanya kepada Allah tidak memerlukan balasan dari-Nya, meskipun ia merasa harus mencintai-Nya. Seterusnya, bagi Allah, sudah selayaknya Dia menampakkan rahmat-Nya di muka bumi ini kerana doa-doa Rabi’ah (iaitu pada waktu ia melintasi jalan itu) dan rahmat Allah itu akan zahir juga di akhirat nanti (iaitu pada saat tujuan akhir itu telah dicapainya dan ia akan melihat wajah Allah tanpa ada hijab, berhadap-hadapan). Tak ada lagi pujian yang layak bagi-Nya di sini atau di sana nanti, sebab Allah sendiri yang telah membawanya di antara dua tingkatan itu (dunia dan akhirat)

RM47.00

___

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/MahabbahCinta

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

RISALAH AL-AMIN IMAM SYADZILI -Guru Dan Pendiri Tarekat Syadziliyyah
-Kitab Tasawuf Yang Menyampaikan Kita Dekat DenganNya

Buku ini adalah petunjuk agar selamat sampai ke tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya iaitu, ALLAH SWT. Syeikh Abu Al Hasan Asy Syadzili ( maroko, 1197- mesir, 1258 M) merupakan pendiri tarekat Syadziliyyah, Nasabnya menyambung hingga Nabi Muhammad SAW, tak heran jika beliau mewarisi sifat-sifat luhur kenabian. melalui buku ini ajaran inti Tarekat Syadziliyyah dapat kita nikmati bahkan isinya banyak di kutip dalam karya-karya tasawuf generasi Asy Syadzili menginspirasi terbitnya buku agung berjudul Al hikam Karya Ibnu Athaillah As Sakandari(Sheikh Ibnu Athaillah mengambil jalan tarekat Syadziliah yang mana diasaskan oleh Imam Sheikh Abu Hassan Asy-Syadzili), kedua tokoh tersebut bagai lautan tak bertepi, memuaskan dahaga para salik untuk bertemu kekasihnya ALLAH SWT.

DAPATKAN BUKU INI SEGERA SEBELUM KEHABISAN!!!!

============================

Agar sampai kepada Allah, seorang hamba harus mendaki jalan yang berliku, terkadang tersadung dan bahkan terjatuh. Buku ini adalah petunjuk agar selamat sampai ke tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya, iaitu Allah swt. Dalam terma tasawuf, sampai kepada Allah disebut wushul. Wushul ini dapat diperoleh oleh hamba Allah yang mampu membersihkan dan membuka ‘ainul bashirah (mata hati). Agar sampai pada tingkatan tersebut, seorang hamba harus melatih dirinya sendiri. Ketika tabir ‘ainulbashirah hamba tersingkap, maka akan membawa hamba menuju pengalaman spiritual tertinggi, iaitu haqqul yaqin.

Umum mengenali Syeikh Abu al-Hasan asy-Syadzili sebagai pendiri tarekat Syadziliyyah. Namun tak banyak yang mengenal karyanya. Buku ini merupakan salah satu karya beliau yang wajib dibaca jika ingin mengenalnya lebih dalam lagi. Buku ini memuat semua perkataan syekh asy- Syadzili tentang semua hal yang berkaitan dengan tasawuf dan tarekatnya. Buku ini bermanfaat bagi mereka yang menapaki jalan tasawuf dan tarekat.

Di dalamnya menjelaskan istilah-istilah yang digunakan dalam tasawuf. Selain itu, buku ini juga mengandungi pelajaan tentang etika-etika yang harus diaplikasikan oleh salik, juga permasalahan yang harus dielak oleh salik, dan semua hal yang harus dihindari dalam menekuni pelajaran disiplin tarekah.

Selamat membaca!

Sebuah RM70.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/RisalahAlAmin

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

SYEKH HASAN AL BASHRI
-Kisah hidup Sang Tabiin Agung Dan Untaian Hikmah Yang Menghidupkan Hati

-Ibnu Al Jauzi

Jika disebut nama ulama, dialah mahkotanya; di antara ahli zuhud, dialah imamnya; di kalangan orang-orang bijak, dialah yang paling bijaksana; di antara para cerdik cendekiawan, dialah yang paling jernih pemikirannya; di kalangan dai, dialah yang paling mengena nasihatnya.

Dialah Syekh Hasan al-Bashri. Tokoh terbaik dari generasi tabiin. Ummul Mukminin Aisyah sampai menyebut, “Siapa orang ini yang berkata dengan kata-kata para siddiqîn?” respon beliau dalam keadaan takjub setelah ia mendengar Hasan al-Bashri bertutur kata.

Kitab klasik yang ditulis pada abad ke-6 Hijriah oleh Ibnu al-Jauzi ini akan mendekatkan kita kepada sosok agung tersebut dan memperkenalkannya lebih jauh kepada kita, terutama tentang riwayat hidupnya dan nasihat-nasihat agungnya.

Inilah karya berharga tentang orang soleh yang hanya ingin mempersembahkan hidupnya untuk Sang Khalik dan segenap makhluk; yang sangat mencintai Allah dan Rasulullah dan dicintai segenap manusia. Mengenal dan meneladani susuk soleh ini semoga menjadi wasilah tambatan hati, ubat hati, dari penyakit-penyakit yang menghalangi kita mengenal Allah dan Rasulullah

Harga: RM50.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/SyekhHasanAlBashri

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

Akhlak para Cucunda Nabi Musthofa Muhammad SAW

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

IBNU ARABI | MENYINGKAP TABIR FITNAH

Gelaran al-Syeikah al-Akbar yang disematkan kepada Ibn Arabi tidak lain kerana keahlian atau kepakaran beliau dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Selain telah mencapai darjat yang lebih tinggi dalam tasawuf, beliau juga menguasai hampir semua bidang ilmu dalam islam seperti fiqah, usul fiqh, tafsir, hadis, teologi dan lainnya. Semua itu dicurahkan dalam kitab-kitab hasil karya beliau yang bilangannya mencapai ratusan judul.

Namun ramai umat islam yang keliru dalam menilai keyakinan Ibn Arabi. Merujuk kepada beberapa kitab beliau, Ibn Arabi dikatakan mempunyai keyakinan hulul (adanya kesatuan antara Allah dengan manusia) dan ittihad (setiap kompenan alam ini adalah bahagian daripada Zat Allah). Keyakinan sebegini jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah dan tergolong dalam keyakinan yang sesat.

Anehnya dalam kitab-kitab Ibn Arabi yang didakwa mengandungi ungkapan-ungkapan hulul dan ittihad, terdapat banyak ungkapan-ungkapan tanzih yang menyerlahkan keyakinan Ibn Arabi selari dengan keyakinan Ahli Sunah Waljamaah. Persoalannya, bagaimana dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang pengarang mengandungi dua keyakianan yang bertentangan. Buku Ibn Arabi: Menyingkap Tabir Fitnah memberi jawapan terhadap persoalan yang aneh ini.

RM35.00

____

untuk dapatkan Kitab ini, sila pm direct whatsapp ke 011-2533 0054 🌹

tekan link dibawah untuk whatsapp:
👉 http://www.wasap.my/601125330054/menyingkaptabirfitnahIbnuArabi

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

____
#layarTemirBookstore #KitabTasawuf #TauhidTasawuf #KitabSufi #KedaiBukuOnline #KitabAgama #KedaiBuku #PengedarKitabTasawuf #Sufi #Tasawuf #TintaSufi #KalamUlama #HabibUmar #PenaTarim #sufi #ahlussunnah #tasawwuf #ilmu #islam #pecintabuku #Habaib #IbnuArabiMenyingkapTabirFitnah #IbnuArabi

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

72 Hari Lagi RAMADHAN 2021
.
.
Ahlan Ramadhan Kareemm

Ya Allah, pertemukanlah kami dalam Bulan KecintaanMu, Bulan PengampunanMu, Bulan Perlepasan Daripada Dosa-Dosa dengan RahmatMu


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…

Layar Temir Bookstore- Kedai Buku Tasawuf

الله معي الله ناظري إلي الله شاهدي

(Allah bersamaku Allah memerhati gerak geriku Allah melihatku)

Al-Imam Sahal Abdullah At-Tusturi رحمه الله diajarkan oleh pakciknya ketika beliau masih kecil untuk menyebut sebelum tidur, iaitu الله معي. Selepas beliau terbiasa menyebutnya , pakciknya bertanya : "Wahai Sahal, adakah engkau berani akan melakukan maksiat lagi setelah mengetahui Allah sentiasa bersamamu"?. Jawabnya : Tidak.

Jika begitu tambahkan pula kalimah الله ناظري إلي. Setelah diamalkan (dan tahu maksudnya), pakciknya bertanya: "Wahai Sahal, adakah kamu akan lupa Allah setelah mengetahui Allah memerhati gerak gerimu"? Jawabnya: Tidak

Jika begitu tambahkan pula kalimah الله شاهدي . Setelah diamalkan pakciknya bertanya :" Wahai Sahal, jika Allah sentiasa melihatmu , adakah kamu akan rasa ada Tuhan selain Allah"? Jawabnya: Tidak

Jika begitu, amalkan zikir ini sebelum tidurmu. Sebahagian riwayat menyebut الله مطلع إلي

Maka 3 zikir ini terdapat padanya 3 Maqam:

الله معي: Maqam Muhasabah
الله ناظري إلي : Maqam Muraqabah (berasa sentiasa diawasi Allah)
الله شاهدي: Maqam Musyahadah ( semua keadaan akan kembali dan sandarkan pada Allah jua)

Berkata Guru Saya: Syeikh Zaki Ibrahim رحمه الله: Sebaiknya ucapan ini diamalkan sebelum tidur sebanyak 11x dan dibaca di dalam hati.

~ Nasihat Dr Muhanna حفظه الله ورعاه ~

Wallahualam
Catatan ringkas: Abu Abbas Sidqi

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

Channel Telegram Kitab Tasawuf Online
👉/channel/layarTemirBookstore

Читать полностью…
Подписаться на канал