katanasihatagamadansyair | Неотсортированное

Telegram-канал katanasihatagamadansyair - Kata nasihat agama dan syair

3537

Jahil nya di bimbing alim nya membimbing

Подписаться на канал

Kata nasihat agama dan syair

SAHABAT RASULULLAH MENGHADAPI UJIAN HIDUP

Imran Bin Husain(ra) termasuk dalam sahabat Rasulullah saw yang selalu menyertai peperangan. Tetapi, setelah Rasulullah wafat, beliau menghidap penyakit stroke yang menjadikan sebahagian tubuhnya lumpuh. Beliau berada di atas pembaringan selama 30 tahun.

Pernahkah kita membayangkan andai kita yang menghadapinya? 30 tahun lamanya di atas pembaringan (seperti katil), sehinggakan beliau membuat lubang di tempat tidurnya untuk buang air kerana beliau tidak boleh bergerak lagi.

Ketika para sahabat menziarahinya, dan mereka melihat keadaanya seperti itu, mereka mengalirkan air mata. Saat Imran bin Husain melihat tangisan para sahabat, beliau berkata,“Kalian menangis kerana sedih melihat penderitaanku, tapi aku redha pada Tuhanku.

Aku mencintai apapun yang dicintai Allah Ta’ala, dan aku redha apapun yang diredhaiNya. Aku sangat bahagia dengan pilihan Allah. Demi Allah, dengan keadaanku seperti ini, aku rasakan selalu dikunjungi para malaikat dengan membaca tasbih Allah.

Aku tahu bahawa apa yang menimpaku bukanlah hukuman dari Allah Ta’ala, tapi Dia ingin mengujiku, apakah aku redha kepada-Nya. Saksikanlah, bahawa aku redha kepada Allah Ta’ala.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Dunia bukanlah tempat ketawa dan Akhirat pula bukanlah tempat menangis. Menangislah kerana ALLAH sebaliknya jangan sekali menangis oleh kerana merentasi segala ujian yang berat dari ALLAH Ta'ala. Jangan kesal perkara yang berlalu dan jangan di risau perkara yang mendatang.

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

BELAJAR SEDAR DIRI

Prinsip kita sederhana saja. Tidak datang jika tak di undang. Tidak ambil jika tak dipelawa. Diam jika tidak di ajak bicara. Kita sudah lelah menjadi orang asing, jika kita di anggap penting, tentu mereka melibatkan kita. Di saat kita mengetahui yang membuat kita sakit hati, kita berhenti dari mengambil tahu.

Ubat makan hati itu ialah menyendiri, muhasabah dan mencintai diri sendiri. Kata kan pada diri kurangkan berharap banyak pada sesiapa pun. Hidup dibawah bayang-bayang orang lain adalah siksaan yang paling menyedihkan. Belajar sedar diri bukan bererti lemah, tapi bersikap melindungi diri sendiri itu penting.

Orang selalu sedar bila kita berubah, tapi tak pernah sedar yang mereka menyebabkan kita berubah. Hidup ini pilihan. Apa pun yang membuat kita sedih, tinggalkan!. Apapun yang membuatmu tersenyum, pertahankan. Melangkah ke jalur baru itu sulit, tapi tidak lebih sulit daripada bertahan.

Dah penat dengan perangai manusia, kita akan diam buat hal sendiri. Buat apa jaga hati orang, bila hati sendiri dipijak-pijak dan dilayan macam sampah. Kadang kita rapuh, sebab kita manusia. Emosi kita turun naik, mood kita dah ke laut. Bila seseorang itu berubah, jangan tanya mengapa dia berubah, tapi tanya pada diri sendiri apa yang aku buat pada dia, sampai dia berubah.

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

SETULUS NAFAS BERALUN

Frasa demi frasa...
Tangga demi tangga...
Dalam abjad menjadi kalimat kau susun jejak di lantai perjalanan nafas

Ke gurunkah menghafal bait rindu yang pudar mengusung mimpi-mimpi kelabu?
Ke hutankah membawa hati lara tersandung ketakutan igauan mimpi di senjakala?
Atau kau diam di situ memerhati tarian bayang menari telanjang erti sambil menafsir maksud angin berperi

Ke pusara diam, kau harus mencari bening sebuah telaga kekosongan akuan
Adalah episod ini selembar kias pernyataan anggun kasih dari mahligai putih sayup anugerah muntaha

Kemana pun kau menghadap...
Atau berpaling...
Kau masih dalam sangkar tawanan yang Pemurah
Antara kau melihat kasih di sebalik anugarah
Atau kau terhijab mata dari melihat sebuah seni keluhuran di sinar cahaya titah

Berangkatlah segera ke ceruk kehambaanmu!
Di sanalah sila kau merafak ampun dalam rayuan hiba doa
Setulus nafas beralun getar.

Tinta Maya A.D.A
19052021.

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

JIWA TARBAWI

Hati-hati dengan saksi-saksi amalan dan perlakuan manusia..

وَمَا كُنتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَن يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَـٰكِن ظَنَنتُمْ أَنَّ اللَّـهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِّمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٢٢﴾

Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.

Fussilat : 22

Imam Qatadah berkata,

والله إن عليك يا ابن آدم لشهودا غير متهمة من بدنك, فراقبهم واتق الله في سر أمرك وعلانيتك, فإنه لا يخفي عليه خافية, الظلمة عنده ضوء, والسر عنده علانية, فمن استطاع أن يموت وهو بالله حسن الظنّ فليفعل, ولا قوّة إلا بالله.

Qatadah berpesan: “Wahai anak Adam, demi Allah, ada saksi-saksi yang tidak diragukan di tubuhmu, maka waspadailah mereka. Takutlah kepada Allah dalam keadaan tersembunyi ( dari pandangan manusia ) mahupun nampak ( pada pandangan mereka), kerana sesungguhnya tidak ada yang tersembunyi dariNya. BagiNya, kegelapan adalah cahaya, dan yang tersembunyi sama saja dengan yang nampak. Sehingga, barang siapa yang boleh meninggal dalam keadaan husnuzhan (berbaik sangka) kepada Allah, hendaklah ia melakukannya, dan tidak ada kekuatan kecuali dengan izin Allah”.

( Tafsir Thabari )

ABi

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖

《 MEMAHAMI AKAN MAKSUD QADA' DAN QADAR YANG SEBENAR 》

==============================

1) Qada’ :

● Dari sudut bahasa Arab, Qada’ bermaksud Meletakkan dan memutuskan sesuatu hukum.
● Manakala dari sudut syarak, Qada’ ialah Perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap segala makhluknya sama ada dari sudut menciptakannya, meniadakannya, atau mengubahnya.

2) Qadar :

● Dari sudut bahasa Arab, Qadar ialah Menetapkan suatu kadar tertentu.
● Manakala dari sudut syarak, Qadar ialah Perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali, supaya ia terjadi mengikut ilmu-Nya yang mendahulu setiap perkara.

3) Perbezaan antara Qada’ dan Qadar :

● Qadar ialah Menetapkan kadar sesuatu sebelum memutuskannya agar ia berlaku. Manakala Qada’ pula ialah Menjadikannya ia berlaku mengikut apa yang ditetapkan. Ini bermakna, Qadar berlaku lebih dahulu daripada Qada’, dan kedua-duanya adalah saling lazim-melazimi dan tidak mungkin berpisah.

● Ibn al-Athir mengumpamakan dengan mengatakan Qadar adalah asas atau tapak binaan, dan Qada’ pula ialah binaan yang dibangunkan di atas asas tersebut.

4) Kata-kata Ulamat tentang Qadar :

● Sayyid Sabiq melalui kitabnya Aqidah Islam menyebut, telah disebut berulang kali di dalam al-Quran al-Karim masalah qadar atau takdir, antaranya:

Segala sesuatu terlaksana dengan takdir Tuhan. Firman Allah SWT:

وَكُلُّ شَىْءٍ عِندَهُۥ بِمِقْدَارٍ

Maksudnya: Dan segala sesuatu itu di sisi Tuhan adalah ketentuan takdir. (Surah al-Ra’d: 8)

● Al-Maraghi mengulas : Setiap sesuatu mempunyai batas waktu yang telah ditentukan iaitu tidak lebih dan tidak kurang.

Segala sesuatu diciptakan dengan takdir sebagaimana firman Allah SWT:

وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَآئِنُهُۥ وَمَا نُنَزِّلُهُۥٓ إِلَّا بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ

Maksudnya: Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu. (Surah al-Hijr: 21)

● Sayyid Qutb berkata : Hanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala pulangnya segala sesuatu dan pulangnya setiap orang tepat pada waktu nya yang ditetapkan.

Segala sesuatu diciptakan dengan takdir. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu dengan takdir. (Surah al-Qamar: 49)

● Al-Maraghi berkata : " Sesungguhnya segala sesuatu yang terjadi dalam kehidupan dunia ini, adalah ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala dan pembentukannya, menurut ketentuan hikmah-Nya Yang Maha Bijaksana dan aturan-Nya yang menyeluruh dan sesuai dengan sunnah-sunnah yang Dia letakkan pada makhluk-Nya ".

● Imam al-Nawawi Rahimahullah memberikan definisi takdir itu dan berkata : " Sesungguhnya segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala sudah digariskan sejak zaman dahulu lagi. Allah Subhanahu Wata'ala Maha Mengetahui setiap yang terjadi pada segala sesuatu tersebut dalam waktu-waktu yang telah ditentukan, sesuai dengan garis yang ditetapkan oleh-Nya. Oleh itu, terjadinya hal ini, pasti akan sesuai menurut sifat-sifat dan keadaannya yang khusus, tepat seperti yang digariskan oleh Allah SWT itu ".

● Kesimpulan yang dapat diambil daripada ayat di atas ialah bahawa makna qadar atau takdir itu ialah Suatu peraturan yang tertentu yang telah dibuat oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk segala yang ada di alam semesta yang maujud ini. Oleh itu, peraturan-peraturan tersebut merupakan undang-undang umum atau kepastian yang diikatkan di dalamnya sebab dengan musababnya, juga antara sebab dan akibatnya.

5) Perbezaan Qada' dan Qadar menurut Asya'irah dan Maturidiyyah :

● Dalam Syarah Jauharah Al-Tauhid oleh Syeikh Ibrahim al-Laqqani menyatakan, mengenai makna dari Qada’ dan Qadar telah menjadi perselesihan antara Asya’irah dan Maturidiah.

● Makna Qadar Menurut Asya’irah adalah:

إِيْجَادُ الله الأشْيَاء عَلَى قَدَرٍ مَخْصُوصٍ وَوَجْهٍ مُعَيَّن أَرَادَهُ تَعَالىَ

Maksudnya: “Allah menjadikan segala sesuatu di atas ketetapan yang dikhususkan dan rupa yang ditentukan yang dikehendaki oleh Allah SWT.”

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

'Bacalah kitab kita"

"Kita buat kita
Pilihlah mana suka
Pahala atau pun dosa
Kita sendiri yang cipta
Baik atau sebaliknya
Walau sekecil perkara
Tetap dicatat dikira"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Jadikanlah hari-hari yang kita lalui ini dapat mendekatkan lagi kita kepada Allah"

Insyallah ..

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Perlu membersihkan hati untuk mencapai CINTA HAKIKI"

- Syeikhuna-

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Kebahagiaan itu ada
Dalam diri kita"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Tiada ada jalan mudah untuk dekat dengan Allah kecuali diuji dengan halangan dan cubaan"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

'AMBIL BERAT AMALAN
YANG DITERIMA'

“Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amal-amal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima."

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Dosa kita cipta..

"Kerana terlalu sibuk kita
Mengata, memaki ,mengecam
Memburukkan orang..
Sehingga kita tidak sedar
Dosa sudah ada pada kita"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

HIDUP adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Usah tertipu..

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

'Sibuk kejar dunia,
Akhirat mula tinggalkan kita'
.
"Dunia kampung amal, akhirat kampung balasan, barangsiapa yang tidak beramal disini akan menyesal disana"

-Imam Ahmad bin Hambal-

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

HIDUP INI TERLALU SINGKAT
UNTUK KITA NAK BENCI ORANG

Hidup ini terlalu singkat untuk melakukan semua hal yang ingin kita lakukan, untuk semua kata-kata yang ingin kita katakan, untuk semua tempat yang ingin kita kunjungi. Habiskan HIDUP untuk mencari keredhaan ALLAH dan kita akan memiliki keabadian, untuk melakukan semua hal yang ingin kita lakukan di SYURGA kelak. Hidup terlalu singkat untuk dihabiskan dengan bersedih, lakukanlah lebih banyak lagi apa yang membuat kita bahagia.

Setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan. Jika tidak kita melukai kita akan di lukai. Walau apa pun yang kita lalui, hargailah peluang yang masih ada untuk saling memaaf, menyayangi dan mengasihi. Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling menyakiti dan melukai. Kadang-kadang masa berlalu dengan sia-sia hanya untuk merawat luka dan mengharap kemaafan. Namun inilah kehidupan.

Hidup adalah perjalanan yang jauh namun singkat, maka pastikan untuk HIDUP dijalan yang benar & raihlah kejayaan yang bernilai. Hidup ini terlalu singkat untuk kita nak benci orang. Jom! tebarkan kasih sayang bukan kebencian. Kalau orang beri kita setitik RACUN sekali pun, tak salah kalau kita membalasnya dengan segelas MADU.

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

LETAKKAN DUNIA DI TANGAN
DAN AKHIRAT DI HATI

Jangan letak DUNIA di hati. Nanti tika orang lain 'lebih' akan timbul rasa iri hati, sakit hati, makan hati. Tapi simpanlah di hati itu akan AKHIRAT. Hati akan sihat, sebab ALLAH bagi rahmat. Hidup pun berkat, InsyaAllah selamat Dunia Akhirat.

Para sahabat Rasullullah Saw juga ada yang mengambil Dunia, tetapi mereka tidak meletakkannya di dalam hati. Mereka meletakkannya di tangan kerana mereka sedar bahawa manusia bukannya warganegara Dunia tetapi warganegara Akhirat.

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

HIASAN TAKDIR

Kita tak akan dapat ubah takdir..
Namun kita boleh hiasi jalan takdir itu mengikut kehendak kita..

Walaupun takdir itu pahit namun kita sudah hiasi sepanjang jalan sebelum tiba di takdir itu dengan bunga-bungaan ,wangi-wangian..
Ia tetap indah walaupun pahit..

Namun andai hiasan itu kita
tidak guna peluang sebaiknya
membiarkan ia kosong
takdir yang manis pun boleh
Jadi Kering dan gersang

Hiasilah..
Setiap sudut kehidupan..
Agar ia tetap indah dihati kita..

Sebaik Baik hiasan takdir..
Adalah Ketaqwaan..

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

SEBUAH PETUNJUK

Pada jeritmu yang melubuk diam, kau hadam segala duri kaktus kehidupan.

Puas sudah memikul lelah perasangka di lereng-lereng lembah ketiduran sadar.

Kau begitu menjinaki nafsu di buaian terbelai dalam alunan seribu hendakmu hingga lupa akan lafaz ikrar satu nafas.

Kau bangkitkan durhaka Firaun dan Haman dalam sombongmu
Kau kejutkan lena musyrik Namrud dalam patung akuanmu
Dan kau bangunkan Abu Jahal, Abu Lahab juga Samirri dalam serakah nafas lekamu

Kenapa tak kau naik bahtera kepasrahan Nuh tuk ke bukit keampunan dan keselamatan?
Atau semadi di telaga sunyi Yusuf menelek hening diri?
Atau kau sembelih nafsu buasmu dengan pisau ikhlas Ibrahim?
Atau berkelana di gurun kosong diri dengan jubah kefakiran Isa Al Masih mencari makam hamba.

Bukanlah Quraan itu syair si majnun tuk dilagukan pemanis halwa telinga
Kau jahitlah kalam suci Tuhan itu jadi pakaian lahir batinmu, lalu kau bakar benang-benang mazmumah yang melilit akal keliru nafsumu itu.

Masuklah ke gua hira Muhammad, dan tetaplah di makam kehambaan itu memelihara akhlak budipekerti.

Moga kau bisa tiba di pintu Mahmudah dan diterima dalam majlis suci para fakir yang bening hati.

Dan akhirnya, semua akan di selubungi awan sesal..
Aroma syurga bukanlah seperti wangian sangka...
Bahang Neraka juga bukanlah seperti lahar menggelegak di kawah anggapan...

Jika kau memahami maksud Rasa (Dzauk), maka kau telah mendapat satu ilmu yang tak bisa di terjemahkan oleh kata-kata.

Tinta Lidah Kebenaran
Amir Debu Alam
15052021.

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Berdasarkan makna ini, maka Qadar adalah sifat fi’il kerana ia merupakan satu ibarat daripada kejadian dan kejadian atau al-ijad adalah di antara sifat-sifat af’al.

● Makna Qadar Menurut Maturidiah pula adalah :

تَحْدِيْدُ الله أَزْلاً كُلَّ مَخْلُوقٍ بِحَدِّهِ الَّذِى يُوْجَدُ عَلَيْهِ مِنْ حُسْنٍ وَقُبْحٍ وَنَفْعٍ وَضُرٍّ إِلىَ غَيْرِ ذَلِكَ أَي عِلْمُهُ تَعَالَى أَزْلاً صِفَاتِ الْمَخْلُوقَاتِ.

Maksudnya: “Pembatasan Allah pada azali akan tiap-tiap makhluk dengan batasan-Nya yang Dia menjadikan atasnya berupa kebaikan, keburukan, kemanfaatan dan kemudharatan hingga yang lainnya dalam erti mengetahui Allah SWT pada azali akan semua sifat-sifat makhluk.”

Berdasarkan pengertian ini, maka Qadar adalah di antara sifat-sifat zat.

● Makna Qada’ Menurut Asya’irah pula adalah :

إرَادَةُ الله الأَشْيَاءَ فِي الأَزْلِ عَلَى مَا هِىَ عَلَيْهِ فِيْمَا لاَ يَزَالُ

Maksudnya: “Kehendak Allah SWT akan segala sesuatu pada azali berdasarkan apa-apa yang sesuai atasnya pada masa yang sudah tidak azali.”

Oleh itu, Qada’ adalah di antara sifat-sifat zat berdasarkan pengertian ini.

● Makna Qada’ Menurut Maturidiah pula adalah :

إِيْجَادُ الله الأَشْيَاء مَعَ زِيَادَةِ الإحْكَامِ وَالإِتْقَان

Maksudnya: “Allah menjadikan segala sesuatu beserta dengan tambahan pengukuhan dan penelitian.”

Qada’ menurut pengertian ini adalah di antara sifat-sifat af’al.

● Dengan demikian, makna Qadar itu ialah bersifat hadis dan Qada’ itu bersifat qadim menurut Asya’irah. Sedangkan menurut Maturidiah, Qada’ itulah yang hadith dan Qadar adalah qadim.

6) Pengulas bait ini membawa kalam musannif tersebut di atas mazhab Maturidiah dalam hal Qada’ dan Qadar, bukan mazhab Asya’irah kerana Qada’ dari sudut bahasa mempunyai lebih kurang tujuh makna dan makna yang paling masyhur adalah al-Hukmu iaitu “penghukuman” yang kembalinya kepada fi’il (perbuatan) maka yang sesuai adalah menafsirkannya pada istilah dengan fi’il. Adapun Qadar maka tidak pernah datang bahawa maknanya dari sudut bahasa adalah fi’il, maka yang sesuai adalah tidak menafsirkannya pada istilah dengan fi’il melainkan dengan ilmu.

7) Maka kita dapat melihat bahawa Ajhuri menjadikan Qada’ adalah iradah beserta taalluq yang azali menurut qaul yang pertama atau ilmu beserta taalluq yang azali menurut qaul yang kedua. Berdasarkan setiap dari dua qaul ini, maka Qada’ adalah qadim. Menjadikan Qadar adalah penjadian di atas kesesuaian iradah atau penjadian di atas kesesuaian ilmu. Berdasarkan setiap dari dua qaul ini, maka Qada’ adalah baru.

<<< Semoga kita sentiasa dalam Reda dan Rahmat-NYA >>>

/channel/AlFaqirUstazMuhammadLuqman

📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖📖

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

GUGUR KEWAJIPAN SOLAT JUMAAT BILA ADA WABAK PENYAKIT YANG MEMUDHARATKAN DENGAN ARAHAN PEMERINTAH

Disertakan video berdurasi 5 minit 6 saat daripada kuliah fiqh kitab Kifayatul Muhtadi oleh ustaz Wan Junaidi pada 15 Mac 2020 di:
https://www.facebook.com/226163664203807/videos/660980684637902/?fref=mentions

1. Antara perkara yang menggugurkan kewajipan sembahyang Jumaat ialah hujan sebab hujan dikira satu kesukaran tetapi lebih baik kita pergi solat Jumaat kerana hujan adalah kesukaran sahaja.

2. Wabak penyakit lebih berat daripada hujan kerana ia adalah mudharat umum. Oleh kerana pemerintah lebih mengetahui tahap kemudharatan wabak maka kita wajiblah mentaati arahan pemerintah dalam perkara ini.

3. Sindiran seperti "kalau takut Allah datanglah sembahyang Jumaat tapi kalau takut wabak jangan datang sembahyang Jumaat" adalah menandakan kejahilan penyindir dalam ilmu agama sebab ini berkaitan hukum-hakam fiqh yang telah lama disebut oleh para ulamak.

*kredit to faizal abu bakar*

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Guru pesan :

Kita hati cemar buat kebaikan suka orang tahu, kalu buat kejahatan sembunyi takut malu

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

BERWASPADALAH

"Selangkah kita naik ke tangga kesombongan nafsu..

Selangkah kita akan turun dari tangga kecintaan Tuhan"

#Sekadar_peringatan

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

“Hai anakku! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah"

Pesanan Luqmanul Hakim

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Kata Guru:

"Nak dapat keAmpunan dan
keRedhaan kena kenal tuhan"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Tergadailah akhirat kerana iri hati mengumpat dan menfitnah..

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Umur makin bertambah, jangan biarkan dosa pun ikut bertambah. Hayat makin berkurang, jangan biarkan iman pun ikut berkurang."

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Pilihlah apa jua yang mendekatkan kita dengan Tuhan"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

"Apakah Kita sedar, tanah yang kita pijak seharian itu adalah asal usul Mu"

Читать полностью…

Kata nasihat agama dan syair

Ubat bagi yang mati hati

1. Berzikir dengan kuat yang berterusan.

2. Menghadirkan dalam hati apa yang dijanjikan kepada sekalian ahli maksiat.

3. Banyak mendengar pengajaran yang menipiskan kegelapan hati.

Moga kita dijauhkan daripada kelompok manusia yang mati hatinya!

Tok Pulau Manis

Читать полностью…
Подписаться на канал