infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

789922

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelajar wanita cedera dikelar, bekas teman lelaki ditahan polis

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar wanita warga asing berusia 20 tahun cedera selepas dikelar di leher oleh bekas teman lelakinya yang juga warga asing dalam kejadian di sebuah universiti di Subang Jaya, Selangor, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.30 petang berhubung kejadian itu yang melibatkan serangan menggunakan pisau.

“Pada jam lebih kurang 6.30 petang pihak polis telah menerima satu laporan yang mana berlakunya kes seorang lelaki mencederakan seorang wanita.

“Sebaik pihak polis tiba di lokasi, terdapat insiden yang mana seorang lelaki dikatakan telah mencederakan seorang wanita yang juga merupakan bekas kekasihnya,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Mangsa yang mengalami kecederaan di leher sebelah kiri telah dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan kecemasan. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.

“Suspek lelaki berumur 21 tahun, yang dikenal pasti sebagai bekas teman lelaki mangsa telah ditahan sejurus selepas kejadian.

“Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat motif sebenar serangan yang dilakukan lelaki terbabit,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau gabungan dua daripada hukuman tersebut.

Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat lanjut agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat, Insp. Fadizah Ajamin di talian 019-8582166. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Portal⚡Astro AWANI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan jalanraya
Warga Asing Berbasikal Maut Di Jalan Perindustrian Merlimau berhadapan Taman Merlimau Baru Merlimau.

15 julai 2025
#melaka
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HEBAHAN ORANG HILANG :

Polis Daerah Kota Tinggi sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan individu ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu ini berada, boleh menghubungi hotline IPD Kota Tinggi di talian 07- 883 7222 atau mana- mana balai polis berhampiran.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

_*🔥 Nak naikkan followers TikTok FREE setiap hari? Jom grab sekarang! 😍👇*_

*👉 Claim Free TikTok Followers:*
https://freefollower.net/order/free-follower/claim-free-tiktok-follower

*📌 Register dulu & Sign In untuk claim:*
https://freefollower.net/reg
*✅ Lepas tu boleh Sign In sini untuk track order:*
https://freefollower.net/login

_*💥 Nak beli terus tanpa login? Senang & laju (Fast Order) kat sini:*_

*📱 TIKTOK*
👥 Followers ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-followers
❤️ Likes ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-likes
👀 Views ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-views

*📸 INSTAGRAM*
👥 Followers ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-followers
❤️ Likes ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-likes
👀 Views ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-views

*📢 TELEGRAM*
👤 Subscribers ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-members-subscribers
🔥 Reactions ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-reactions-medium-quality
🌟 Premium Reactions ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-premium-reactions
👀 Post Views ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-views-1-post-view
📊 Poll Vote ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-poll-vote
⭐ Paid Reaction [Star] ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-paid-reaction
🚀 Boost Channel ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-premium-boost-channel

💬 Nak tanya lebih lanjut? Just PM je!
📈 Bantu naikkan engagement social media you 🔥

Let’s go viral together! 🌟📲

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

BINTULU, 13 Julai: Seorang lelaki cedera selepas tercampak dari kereta Toyota HRV yang terjatuh ke tebing setinggi 10 meter sebelum Jambatan Sebemban, Jalan Kuala Tatau, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan kendiri itu sekitar jam 12.22 tengah hari.

Anggota Bomba bertindak menyelamatkan mangsa yang berusia 33 tahun itu sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 13/07/2025.

Kemalangan maut melibatkan kereta dan van di Jalan Batu Pahat - Kluang, berhampiran Sekolah Sri Lalang, Kluang petang tadi.

Sumber ➡️ KHI
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengawai pertanian maut, dua Perodua Myvi bertembung

DUNGUN – Seorang pegawai pertanian maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, berhampiran persimpangan lampu isyarat persimpangan Plaza Tol Paka, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Nazirah Abdul Rahman, 41, meninggal dunia pada beberapa bahagian anggota badan.

Sewaktu kejadian, wanita tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Pejabat Pertanian Hulu Paka, Ketengah Jaya dari rumahya di Kampung Cacar Baru, Paka, di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipandunya dikatakan tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis sama yang telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Rizuan Ramli berkata, mayat Nazirah yang tersepit di tempat duduk pemandu terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata, lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi dan penumpang wanitanya pula cuma cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
13 Julai 2025, 6:11 pm
Artikel ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💰 Baru Lepas Hit TP4 300+ Pip Untuk 3x Setup berturut-turut Tau! Korang Bila Lagi?

Market tengah bagi peluang kita pulun kaw².. Jangan tengok je orang lain profit hari-hari!

✅ Signal GOLD PERCUMA tiap hari
✅ Setup tested, bukan hentam
✅ Bimbingan penuh dari team berpengalaman
✅ Modal kecil pun boleh grow

📌 Join channel free sekarang:
👉 /channel/NekadChart

📌 Ready nak mula profit?
👉 https://ma.valetaxintl.com/partner/IB8218735

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Suami isteri dalang utama edar dadah dicekup

Kota Bharu: Suami isteri disyaki ketua kumpulan edar dadah ditahan bersama 90 kilogram (kg) ganja mampat dan bunga ganja bernilai RM2.37 juta dalam serbuan di Kuala Krai dan Pasir Puteh awal pagi kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 31 dan 49 tahun ditahan jam 4 pagi di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai sebelum rampasan seterusnya dilakukan di kediaman suspek di Selsiing, Pasir Puteh jam 4 petang.

Suspek yang mendalangi kegiatan pengedaran dadah itu berselindung di sebalik peniaga ayam proses, manakala suaminya bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tangkapan dilakukan ketika anggota unit kereta peronda (MPV) Kuala Krai melakukan rondaan dan mengesan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang mencurigakan.

Beliau berkata, anggota polis mengekori kenderaan terbabit sebelum menahannya dan pemeriksaan kenderaan itu dinaiki pasangan suami isteri.

"Pemeriksaan lanjut menemukan 110 bungkusan plastik yang didalamnya mengandungi tumbuhan kering dipercayai bunga ganja seberat 60.8 kilogram.

"Selain itu turut ditemui ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 6:95kg dan paket plastik mengandungi 150 biji pil yaba.

"Jumlah dadah jenis ganja yang dirampas di Kuala Krai sebanyak 67.75 kg dan 15 gram pil yaba membabitkan nilai RM2.37 juta," katanya pada sidang media hari ini.

Susulan rampasan dan tangkapan berkenaan, Mohd Yusoff berkata, pihaknya menyerbu di rumah suspek di Pasir Puteh pada hari yang sama sebelum menemui 22 kg tumbuhan kering mampat jenis ganja di dalam rumah berkenaan bernilai RM775,000.

"Kita juga merampas wang tunai, rantai leher dan barang kemas dengan nilai keseluruhan rampasan membabitkan dua lokasi adalah sebanyak RM3.1 juta.

"Siasatan mendapati pasangan suami isteri ini sudah bergiat aktif sejak lebih setahun lalu dengan berselindung di sebalik perniagaan lain.

"Kita juga percaya bekalan dadah terutama bunga ganja ini akan dihantar ke luar negara. Kita tidak menolak kemungkinan suami isteri ini adalah ketua kumpulan dan mereka juga mempunyai rangkaian lain memandangkan bekalan untuk dihantar ke luar negara," katanya.

Jelasnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan suspek wanita adalah negatif.

"Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

Disiarkan pada: Julai 13, 2025 @ 5:25pm
Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Eh korang tahu tak?

Kalau kau rider, freelance, meniaga kecil pun DAH BOLEH BELI RUMAH 😱

Sebab sekarang ada Skim SJKP dari kerajaan
💯 Loan full
💸 Tak payah keluarkan duit deposit
🏡 Boleh beli rumah sampai RM300k!

Nak tahu macam mana?
👇 Klik link ni sekarang!
https://api.whatsapp.com/send?phone=60122275767&text=Saya%20Nak%20Info%20DNuri%20Kwasa%20Damansara.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📢 ZERO KNOWLEDGE TAPI NAK BELAJAR TRADE?

Anda tak keseorangan. Ramai yang nak mula, tapi:

❓ Tak tahu nak mula macam mana
❓ Tak tahu nak belajar asas kat mana
❓ Tak tahu beza MT5 kat PC atau HP

📱💻 Tenang… kami bantu anda dari basic, step by step!

✅ Belajar guna MT5 di PC & HP
✅ Langsung tak perlu bayar – 100% PERCUMA
✅ Sesuai untuk anda yang baru nak belajar trade

📌 Join channel Telegram sekarang:
👉 /channel/basicforex4newbie

Ilmu asas ini penting untuk elak rugi awal-awal. Jangan belajar dari kerugian – belajar dari bimbingan yang betul!

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mencari Personal Loan Yang Trusted ? Jum Apply Dengan Kyra 🏦

No Scam ❌
Tiada Bayaran Pendahuluan & Deposit ❌
Tidak Perlu Penjamin ❌
Tiada Cagaran & Caj ❌

Ada Company Tetap ✅
Service Outdoor 🚗
Sign Aggrement 📋
Bole Settle Company Lain ✅

‼️Banyak Feedback Customer ‼️
Tekan Link : kyraaasyakira?_t=8qdawqLcBmR&_r=1" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@kyraaasyakira?_t=8qdawqLcBmR&_r=1

Hi , saya kyra dari personal loan melaka . awak berminat nak apply dengan kyra ? 🤭
Korang mesti nak pakai duit banyak kan ? Nak kahwin ? Nak Depo kereta ? Nak bayar komitmen ? Atau keperluan lain ?
Jangan risau kyra bole tolong korang , yang hutang company lain kita bole tolong settle kan ✅ yang ada blacklist , jangan risau masih bole apply tau 🤫 asalkan jangan ada blacklist moneylander ❌

tekan link ws untuk awak apply :
https://wa.link/la5pl9
https://wa.link/la5pl9
( takbole tekan link , save manual 0183738931 )

APPLY HARINI , HARINI DAPAT CASH 💸

SERVICE OUTDOOR PERCUMA & SEMAK KELAYAKKAN PUN SECARA PERCUMA TAU ‼️

COVER AREA :
MELAKA / JOHOR / KL / MUAR / N9 / SEREMBAN / PAHANG / PENANG

100% , Korang akan puas hati apply dengan kyra tau . jangan lupa tengok feedback hehehe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🛑 PROMO! PROMO! PROMO!🐝

Cepat korang dapatkan sekarang sementara promo tengah best nii😍😍

Madu kelulut merupakan produk asli semula jadi untuk meningkatkan daya tahan badan💪

🔥 Inilah penangan Madu Kelulut Nusantara –
Sekali rasa, terus jatuh cinta!

Kenapa best sangat?

✅ 100% asli dari ladang kelulut tempatan
✅ Bantu kuatkan imun badan & tingkatkan tenaga
✅ Rasa sedap lemak manis – confirm beza dengan madu lain
✅ Harga berpatutan – sebab memang puas hati!

📦 Nak order cepat? Klik je sini:
👉 https://api.whatsapp.com/send?phone=60122243767&text=NakMaduKelulutNusantara

🚨 Nak jadi ejen & jana pendapatan dengan produk laris ni?
Join terus Telegram kami:
👉 /channel/AffiliateAgentNusantara

#MaduKelulutNusantara

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pinjaman Wang Berlesen Batu Pahat
Pinjaman Wang Berlesen Muar
Pinjaman Wang Berlesen Johor
Senang dan proses Cepat ( 15-30minit )💯X Perlu Bayar Deposit X Perlu PenjaminBayar Bulanan Ikut Budget Anda!!Tolong ( SETTLE ) Pinjaman Tempat Lain💯✔ KERAJAAN✔ SWASTA✔PERKESO✔PENCEN.Hari ini datang office👋.Hari ini submit loan ✍.Hari ini dapat wang 💰Bila semua setuju,pinjaman boleh senang lulus.📲 tekan link bawah :

https://wa.link/xjrfgj
https://wa.link/xjrfgj
+601169650698
Follow my tiktok 👍🏻

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SPECIEL OFFER MINI SHOP PREMIUM 📌

NETFLIX PRIVATE
📌 1 BULAN RM25
📌 3 BULAN RM50

📎 app premium bawah rm15
📎 sooka , max , disney , prime
📎 1 device only for private
📎 all 4k uhd

private
📌 pin profile / add name / custome profile
📌 1 device only
📌 full warranty

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixslot

feedback up to date >>
/channel/+OSbr5rzbWrk0MWI1

group whatsapp >>
https://chat.whatsapp.com/BlrrT4bKibt1USLqXjFFVy

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nyaris maut tayar lori bergolek ke tengah jalan

Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
14 Julai 2025, 9:53 pm

SEPANG – Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas melanggar tayar lori bergolek ke laluan utama ketika kerja-kerja menukar tayar dilakukan di tepi jalan.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila sebuah lori berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar, tetapi dipercayai tidak dipasang dengan betul sebelum bergolek ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di Facebook Sepang Viral, beberapa kenderaan dilihat sempat mengelak tayar tersebut, namun seorang penunggang motosikal tidak sempat berbuat demikian sebelum terbabas.

Situasi tersebut turut mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang menyifatkan kecuaian seperti itu boleh mengancam nyawa.

“Buat laporan polis.
Lantik peguam. Saman syarikat pengangkutan.
Claim (tuntut) segalanya permasalahan.
Semoga diberi kesembuhan dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan mangsa,” kata Haris Fadilah.

“Kejadian macam ini tak patut berlaku.
Jangan main-main dengan nyawa orang.
Orang lain ada anak bini.
Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dan kenakan hukuman lebih berat,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

𝘕𝘖. 𝘙𝘌𝘗𝘖𝘛 𝘗𝘖𝘓𝘐𝘚 : Kk/005450/25
𝘛𝘈𝘙𝘐𝘒𝘏/𝘔𝘈𝘚𝘈 𝘙𝘌𝘗𝘖𝘛 : 13/07/25 @ 2144hrs

𝘔𝘈𝘒𝘓𝘜𝘔𝘈𝘛 𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘏𝘐𝘓𝘈𝘕𝘎 :

𝘕𝘈𝘔𝘈 : MD SHABANI BIN YAHYA
𝘑𝘈𝘕𝘛𝘐𝘕𝘈 : 𝘓𝘌𝘓𝘈𝘒𝘐
𝘜𝘔𝘜𝘙 : 45 𝘛𝘈𝘏𝘜𝘕
BANGSA: BAJAU
KETINGGIAN: 165CM
BERAT: 65 KG
FIZIKAL: BERBADAN KURUS
𝘓𝘖𝘒𝘈𝘚𝘐 𝘛𝘌𝘙𝘈𝘒𝘏𝘐𝘙 : KAMPUNG LIKAS JALAN PASIR KOTA KINABALU.

ORANG RAMAI YANG MENGENALI ATAU MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI LOKASI INDIVIDU TERSEBUT BOLEH TERUS MENGHUBUNGI :

PEGAWAI PENYIASAT ASP MARZUKI BIN MOHAMED (KPB KOTA KINABALU) DI TALIAN 010-9411883

ATAU

HOTLINE BALAI POLIS KOTA KINABALU DI TALIAN 014-3094800

ATAU

MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN.

KERJASAMA MASYARAKAT DALAM MEMBANTU PENYIASATAN PDRM AMAT DI PERLUKAN.TERIMA KASIH

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‼️ ORANG HILANG ‼️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat FB

Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan adik saya, seorang remaja OKU dikenali sebagai

Nama : Nur Aisah binti Mohd Shariff
Umur : 19 tahun
Alamat : Kg Memali, Mukim Siong 09100 Baling Kedah

Beliau disedari tiada di rumah sejak 9:30 pagi pada 14/7/25 (Isnin)
Maklumat terakhir beliau dilihat berada di Stesen Bas Baling

Report polis telah dibuat.

Gambar yang tertera adalah wajah terkini adik saya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi

Norbisab : 010-5220496
Nur Salina : 016-2374147 / 013-4030942

Atau pun bolehlah hubungi mana² balai polis yang berhampiran.

#oranghilang
#kesoranghilang
#viralkan #viral
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita maut rempuh besi melintang di Jalan Pandaruan

LIMBANG: Seorang wanita maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebatang besi yang melintang di jalan raya di Jalan Pandaruan, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 9.25 pagi tadi, mangsa, Faridah Adek, 43, dari Kampung Pahlawan, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, ketika kejadian, mangsa bersama suaminya masing-masing menunggang motosikal secara berasingan dari arah Kampung Pahlawan menuju ke Bandar Limbang.

Beliau berkata, suami mangsa menunggang motosikal di hadapan manakala mangsa mengekori dari belakang sehingga tiba di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal punca kejadian dipercayai mangsa gagal mengelak satu besi yang melintang ke jalan raya yang berada di lorong kirinya yang dipercayai melibatkan kemalangan sebuah jentera jengkaut yang menjalankan kerja di tepi jalan.

“Suami mangsa terdahulu sempat mengelak besi tersebut, bagaimanapun mangsa gagal mengelak dan merempuh besi yang melintang dan terbabas ke sebelah jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak ambulans bergegas ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Limbang, namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Oleh Adeng Edrus
Artikel ➡️ Utusan Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tular satu objek misteri yang dipercayai dirakam di Saratok, Sarawak.

Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak try broker yang ada crypto & akaun cent? 🔍💹
.
Jom try FBS 😍
.
Paling best, ada akaun Cent kat MT5—nak close semua order pun senang gila! 📉📈
.
Weekend bosan? Layan je BTC guna akaun Cent—main sikit-sikit pun boleh jadi duit poket 💰
.
Bukan nak kaya sangat pun, tapi kalau boleh withdraw $15 sehari, dah rasa macam legend! 🎯🔥🙌
Klik sini cepat:
.
👉 https://fbsmalaysia.wasap.my/

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja dakwa jadi mangsa amang seksual pendakwah selebriti

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah selebriti dengan seorang remaja yang masih belajar.

Menurut Nurul Izzah, kejadian itu berlaku selepas mangsa dipujuk oleh suspek untuk mengikutinya ke sebuah negeri lain atas alasan menonton persembahan nasyid.

“Remaja itu percaya kepada suspek kerana menganggapnya sebagai tokoh agama. Namun, pada malam kejadian, suspek dikatakan melakukan perbuatan berkenaan di sebuah bilik hotel," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Nurul Izzah berkata, dalam keadaan keliru dan takut, mangsa mengurung diri dalam tandas selama lima jam sebelum melarikan diri selepas lelaki itu tertidur.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat.

Lebih mengejutkan, kata Nurul Izzah, keluarga mangsa dimaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan polis terdahulu melibatkan suspek yang sama, namun tiada tindakan tegas diambil.

“Persoalannya, mengapa tiada tindakan diambil sebelum ini?” katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa kini berdepan tekanan baharu apabila difahamkan mereka disaman oleh suspek atas dakwaan memfitnah dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran media.

“Ini menambah beban kepada keluarga yang berasal daripada kelompok B40 dan tidak mempunyai simpanan mencukupi,” katanya.

Nurul Izzah turut memaklumkan bahawa mangsa kini mengalami trauma dan memerlukan rawatan berkala, selain prestasi pelajarannya terjejas.

Dalam pada itu, beliau menyatakan komitmen untuk membantu keluarga mangsa dari segi sokongan guaman dan kebajikan.

“Saya akan pastikan mangsa dilindungi dan keadilan ditegakkan,” katanya.

IZWAN ROZLIN
13 Jul 2025 6:29 pm
Kredit ➡️ Sinar harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Ainul Mardhiah makin sihat!

Kuala Lumpur: Kanak-kanak yang pernah menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kelihatan semakin baik dan sihat.

Kelincahan Ainul Mardhiah, 7, bermain dapat dilihat menerusi gambar terbaru kanak-kanak itu yang dikongsikan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 30, di Facebook (FB).

Menerusi gambar itu, Ainul Mardhiah kelihatan ceria bermain bola di satu tapak perkhemahan.

Berdasarkan kapsyen gambar, Ahmad Safiuddin juga menzahirkan kesyukuran kepada Ilahi seolah memberi bayangan positif mengenai keadaan Ainul Mardhiah.

"Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT.

"Ainul dan 'camping' (perkhemahan)!

"Dunia dia di sini," tulisnya ringkas menerusi hantaran di FB.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat perkembangan baik Ainul Mardhiah dan berharap kanak-kanak itu terus sihat.

"Adik yang pernah 'viral' (tular) satu ketika dulu, sudah sihat sekarang.

"Semoga sihat selalu adik," tulis pengguna FB, Wadie Die.

"Anak yang kuat semangat ! MasyaAllah cantiknya.

"Semoga sihat selalu dan selalu dalam jagaan Allah SWT adik Ainul," tulis seorang lagi pengguna FB, Hajar Bahaman.

"Terus sihat gembira Ainul. Amin," tulis Abdul Manan.

Sebelum ini, derita dialami Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantunya menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya pada 2019.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan bius, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Disiarkan pada: Julai 13, 2025 @ 4:37pm
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 13/07/2025

Rakaman video kemalangan melibatkan sebuah lori tipper merempuh sebuah Perodua Bezza di persimpangan Bukit Ramli dari Jalan Bukit Cerakah menghala Jalan Seri Jaya, Bukit Kapar petang semalam.

Mangsa 2 dewasa dan 2 kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis buru remaja curi barang dalam pasar raya

JEMPOL – Polis sedang mengesan seorang remaja yang melarikan diri selepas mencuri beberapa barangan di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol dalam kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, laporan berhubung kejadian itu telah dibuat oleh pihak pengurusan pasar raya terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Pihak polis sedang mengambil tindakan untuk mengesan dan menangkap suspek tersebut.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu sekitar jam 7 malam, apabila suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan keluar masuk ke pasar raya berkenaan sambil membawa sebuah beg,” katanya pada Ahad.

Pada Sabtu, tular satu video berdurasi tiga minit 43 saat yang memaparkan suspek ditahan selepas kantoi mencuri beberapa barangan di pasar raya berkenaan.

Pemeriksaan terhadap beg yang disandang suspek menemui beberapa barangan yang tidak disertakan dengan resit pembayaran.

Suspek cuba ditahan, namun dihalang oleh dua individu dipercayai ibu bapanya yang merayu agar suspek dilepaskan kerana masih bersekolah.

Remaja itu kemudiannya berjaya melarikan diri selepas berlaku sedikit pergelutan di lokasi kejadian.

NORAFIZA JAAFAR
13 Jul 2025 12:32 pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*NADH PRICE MOVEMENT* 📈📉

✅ FREE Trading Course
✅ Livetrade setiap hari
✅ Full Support in Community
✅ 20-25 Quality signals daily
✅ Gold & BTC Setup
✅ Percuma tanpa bayaran

/channel/NadhQueen
/channel/NadhQueen

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Apa-apa perkerjaan semua boleh memohon disini

👉Gaji melalui bank
👉Bayaran bulanan ikut bajet anda
👉Tempoh masa bayaran boleh 6bln~60bln
👉 Penerima JKM/BAITULMAL/PENCEN
👉SWASTA/GOVERNMENT
👉Plan flexible

Kami juga pembiayaan peribadi yang dipercayai dan berlesen✅

❌Tanpa Penjamin
❌Tanpa Deposit

Mohon SEKARANG semakan percuma dengan menggunakan dokumen yang mudah !!

Jika ingin mendapatkan konsultasi
✅Menghindari penipuan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di wa.link/6v5otv

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tun M dirawat di IJN kerana keletihan

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas bekas Perdana Menteri itu mengalami keletihan ketika menyertai program 'Picnic & Potluck' pagi tadi.

Bercakap kepada BH, pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff mengesahkan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu dimasukkan ke IJN kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dijangka dibenarkan keluar dari IJN petang ini.

"Ya betul, Tun kini sedang berehat di IJN selepas mengadu penat seusai menyertai program Picnic & Potluck di Putrajaya pagi tadi.

"Doktor memaklumkan keadaan Tun M stabil, selain mengarahkan beliau berehat," katanya, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir dilapor meninggalkan program 'Picnic & Potluck' lebih awal pagi tadi, selepas dilaporkan sedikit keletihan.

Program berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pada 12 Julai.

Dr Mahathir tiba jam 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara 'tandem' di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Beliau dilihat meninggalkan program kira-kira jam 10 pagi sebelum sempat beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai yang hadir.

Disiarkan pada: Julai 13, 2025 @ 3:29pm
Muhammad Yusri Muzamir
yusri.muzamir@bh.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tengok sampai habis…
Macam ada sesuatu dekat lori nie…

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hospital Islam Az-Zahrah diarahkan oleh mahkamah untuk pindahkan semua pesakit ke hospital lain dalam masa 14 hari (tinggal 12 hari), kerana aset-aset mereka hendak disita.
.
Puncanya?
.
Panjang ceritanya. Tapi aku ringkaskan.
.
2003 - ada sorang wanita ni datang kecemasan nak bersalin tapi pramatang, baru 26 minggu. Tengah duk kalut dan kelam kabut, doktor kena decide dengan segera dan pantas, samada nak deliver kat situ ke atau ikut prosedur biasa, iaitu hantar ke hospital kerajaan kerana risiko tinggi.
.
Dan doktor decide hantar pi hospital lain iaitu Hospital Putrajaya. Tiba-tiba wanita tu dah push. Baby dah lalu serviks. Menurut cerita doktor tu dalam bukunya, dia telah tidak sengaja terpecahkan amniotic sac ketika menyambut kelahiran bayi tu. Dalam keadaan paru-paru bayi tu belum matang.
.
2018 - Pendek cerita, anak tu membesar mengidap cerebral palsy. Pada tahun 2018, iaitu 15 tahun kemudian, parent tu saman hospital Az-Zahrah sebab dakwa mereka, ketika dia datang ke hospital 2 hari sebelum beranak untuk check up 6 bulan, hospital tak buat perkara penting iaitu beri ubat delaykan beranak untuk beri ruang paru-paru bayi dalam kandungan menjadi matang. Doktor masa tu kata semuanya normal dan fine.
.
Pesakit (ibu tersebut) dakwa dah raise concern pasal kemungkinan dia dah rasa macam terpaksa beranak awal dari normal. Tapi doktor kata semuanya normal jadi ubat untuk delaykan beranak tidak diberi.
.
2020 - Mahkamah Tinggi KL putuskan Hospital Az-Zahrah kena bayar 8.12 juta kepada parent tersebut, atas dakwaan kecuaian.
.
2022 - Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan dakwaan Mahkamah Tinggi.
.
2023 - Permohonan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan ditolak.
.
2025 - Hospital masih tak bayar kepada parent. Jadi Mahkamah arah sita aset aset hospital dan jumlah kena bayar jadi 8.36 juta termasuk faedah.
.
Dulu aku dan family aku rajin keluar masuk wad hospital ni. Sebab best, nurse nurse baik baik belaka, prosedur hospital kita boleh decide nak buat atau tak, doktor bagi penerangan detail dan mudah faham, staf semua sentiasa senyum, mudah bergaul, dan pendek kata servis tip top.
.
Owner hospital ni antara funder untuk filem Mat Kilau dulu. Harap dengan duit untung tu sikit boleh bayar la sebahagian saman tu. Sebab sayang, bila tengok hospital Islam kena tutup. Tinggallah Hospital An Nur Bangi je nanti.

Kredit ➡️ Syapik Hassan
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Подписаться на канал