infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

789922

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

LELAKI MAUT TERJATUH, TERSERET ATAS JALAN

LAHAD DATU; 5 JULAI 2025 (Sabtu) – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Simpang Kampung Bangkarat, Jalan Lahad Datu-Tungku semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah bandar Lahad Datu dipercayai secara tiba-tiba mengubah haluan ke kiri jalan ketika sampai di simpang menuju ke Projek Jeti Nelayan.

Akibat tindakan itu, sebuah motosikal Yamaha R15 yang ditunggang lelaki berusia 25 tahun yang berada di lorong yang sama dan terlalu hampir dengan mangsa, tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kiri motosikal mangsa.

Impak pelanggaran menyebabkan motosikal Yamaha R15 terbabas ke bahu kiri jalan, manakala mangsa tercampak dan terseret di lorong kiri jalan raya menuju ke Tungku.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulans untuk rawatan kecemasan, manakala penunggang Yamaha R15 hanya mengalami kecederaan ringan.

Namun, menurut pihak polis, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.27 pagi hari ini di Wad 4 Hospital Lahad Datu semasa menerima rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata kes pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, namun telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 41(1) akta sama selepas mangsa meninggal dunia.

“Orang awam yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Humaidi bin Harun di talian 089-881255 atau hadir terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar sentiasa berhemah dan berhati-hati di jalan raya bagi mengelak tragedi seumpama ini.

Kredit ➡️ SABAH Dimensi
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak cari emas design-design modern & elegant ?
Nak Trade-In barang kemas lama dengan design baru ? BOLEEHH !

Nah kita belanja sikit design-design item yang ada di kedai kita, semua ni NEW ITEM tau 😍! Tak puas ke cuci mata ?

Meh sambung cuci mata tengok design yang lain dekat Channel Telegram kita. Boleh join Katalog Quwin Jewels :
/channel/catalogquwinjewels
/channel/catalogquwinjewels

Servis Tukang Emas | Trade-In | Buyback

𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗤𝗝 : /channel/quwinjewels
Telegram Katalog QJ : /channel/catalogquwinjewels
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗤𝗝 : https://www.instagram.com/quwinjewels/?hl=en
𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸 𝗔𝗰𝗰 𝗤𝗝 : quwinjewelsofficial" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@quwinjewelsofficial | cataloguquwin" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@cataloguquwin

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bot Karam: 4 maut, 6 hilang di Belawai

Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my

Kuching: Empat ditemukan lemas manakala enam lagi hilang selepas bot yang mereka naiki karam di pantai Belawai, dalam Bahagian Mukah, hari ini

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tujuh lagi dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diarah ke lokasi yang terletak 22 kilometer dari balai itu.

"Setibanya di lokasi pada jam 3.12 petang, komander operasi melaporkan bot gentian kaca yang membawa 17 penumpang karam di pantai.

"Empat mangsa yang disahkan lemas dalam kejadian itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya lagi, operasi pencarian di tepi pantai kini dijalankan oleh anggota menggunakan penyelamat bomba dan dibantu oleh bot dari agensi Sarawak Coast Guard.

"Anggota masih mengumpul maklumat kesemua mangsa dari pemandu bot yang selamat ketika kejadian berlaku," katanya.

Maklumat identiti mangsa yang lemas dan yang masih hilang belum diperoleh.

Disiarkan pada: Julai 5, 2025 @ 6:20pm

Artikel : Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kes liwat, amang seksual kanak-kanak: Polis buru Muhammad Hassan

Shah Alam: Polis giat mengesan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai terbabit dalam beberapa siri kejadian liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di Seksyen 27 dan 28 dekat sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya menerima empat laporan mengenai kejadian tersebut bermula April hingga kini.

Katanya, kesemua kejadian itu dipercayai dilakukan oleh individu yang sama berdasarkan modus operandi suspek yang pada mulanya meminta pertolongan daripada mangsa lalu di bawa ke kawasan sunyi sebelum meliwat atau mencabul mangsa.

"Suspek yang diburu dikenali sebagai Muhammad Hassan berusia 25 tahun dan tidak bekerja.

"Sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka yang mana dua mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

"Manakala dua lagi kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika di sabitkan bersalah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai melarikan diri ke negeri utara Malaysia dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895.

Disiarkan pada: July 5, 2025 @ 6:53pm
Oleh Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bot Karam: 4 maut, 6 hilang di Belawai

Kuching: Empat ditemukan lemas manakala enam lagi hilang selepas bot yang mereka naiki karam di pantai Belawai, dalam Bahagian Mukah, hari ini

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, tujuh lagi dilaporkan selamat dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.11 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis diarah ke lokasi yang terletak 22 kilometer dari balai itu.

"Setibanya di lokasi pada jam 3.12 petang, komander operasi melaporkan bot gentian kaca yang membawa 17 penumpang karam di pantai.

"Empat mangsa yang disahkan lemas dalam kejadian itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya lagi, operasi pencarian di tepi pantai kini dijalankan oleh anggota menggunakan penyelamat bomba dan dibantu oleh bot dari agensi Sarawak Coast Guard.

"Anggota masih mengumpul maklumat kesemua mangsa dari pemandu bot yang selamat ketika kejadian berlaku," katanya.

Maklumat identiti mangsa yang lemas dan yang masih hilang belum diperoleh.

Disiarkan pada: Julai 5, 2025 @ 6:20pm
Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

"Carilah madu original, jangan tersilap pilih madu pulak — takot tidur luar malam ni 🐝🍯"

Ramai dah kena dengan madu tiruan — manis je lebih, tapi langsung tak rasa perubahan pada badan 😩
Kalau nak yang betul-betul asli dan berkhasiat, pilih Madu Kelulut Nusantara!

✅ 100% asli terus dari ladang kelulut tempatan
✅ Kaya dengan khasiat untuk imuniti, tenaga & kesihatan dalaman
✅ Tanpa bahan campuran & bahan kimia
✅ Sedap, berkesan dan ramai repeat order!

📌 Jangan main-main dengan “madu”, takut tersalah pilih tidur luar malam ni 😅
Nak selamat? Nak sihat?

📲 Terus WhatsApp kami sekarang!
👉 https://api.whatsapp.com/send?phone=60122243767&text=NakMaduKelulutNusantara

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki Mati Ditembak Ditinggalkan di HSA, Tiga Suspek Ditahan

JOHOR BAHRU, 4 Julai 2025 – Polis Johor sedang menyiasat kejadian tembak melibatkan seorang lelaki India berusia 42 tahun yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam.

Mangsa dipercayai ditinggalkan oleh dua individu menaiki kereta gelap. Siasatan awal menunjukkan kejadian berpunca daripada serangan bermotifkan samun di kawasan R&R Shell, Gelang Patah sekitar jam 12.12 tengah malam melibatkan kumpulan bersenjata parang dan pistol.

Bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat tembakan di dada dan abdomen. Mangsa mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Susulan kejadian, polis menahan tiga lelaki, dua warga tempatan dan seorang warga India di Dang Wangi, Kuala Lumpur. Turut dirampas: sepucuk pistol Glock 19, peluru, kereta Honda Accord, dan kelongsong peluru. Salah seorang suspek adalah pengawal peribadi dengan lesen senjata, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan 148 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata 1960. Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari sehingga 10 Julai 2025.

Polis menegaskan kes ini adalah terpencil dan menyeru orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih. Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Talian Hotline Polis Johor di 019-2792095 atau 07-2212999.

Oleh Info Semasa
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

kuali raya sedang on sales wajib ada kat dapur hehe

https://s.shopee.com.my/60GLiHEbP8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*WELCOME BONUS $30 TAUREX*
@highlight

*Yang daftar pakai link ni sahaja layak* ‼️

https://global.mytaurex.com/live_signup?sidc=CD03E328-F6DA-422E-92B7-B961B0CFE518

*MALAYSIA & BRUNEI ONLY* ☝️

https://welcome30taurex.wasap.my

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💰 Baru Lepas Hit TP4 300+ Pip Untuk 3x Setup berturut-turut Tau! Korang Bila Lagi?

Market tengah bagi peluang kita pulun kaw².. Jangan tengok je orang lain profit hari-hari!

✅ Signal GOLD PERCUMA tiap hari
✅ Setup tested, bukan hentam
✅ Bimbingan penuh dari team berpengalaman
✅ Modal kecil pun boleh grow

📌 Join channel free sekarang:
👉 /channel/NekadChart

📌 Ready nak mula profit?
👉 https://ma.valetaxintl.com/partner/IB8218735

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak beli rumah, tapi gaji tak tetap? 😓

Relax bro! Sekarang boleh guna SJKP!
📌 Tak payah bayar deposit
📌 Boleh buat loan 100%-120%
📌 B40 & kerja sendiri pun boleh mohon!

📲 Nak tahu layak ke tak? Tekan je link ni!

https://api.whatsapp.com/send?phone=60122275767&text=Saya%20Nak%20Info%20DNuri%20Kwasa%20Damansara.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SPECIEL OFFER MINI SHOP PREMIUM 📌

NETFLIX PRIVATE
📌 1 BULAN RM25
📌 3 BULAN RM50

📎 app premium bawah rm10
📎 sooka , max , disney , prime
📎 1 device only for private
📎 all 4k uhd

private
📌 pin profile / add name / custome profile
📌 1 device only
📌 full warranty

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixprivate

feedback up to date >>
/channel/+OSbr5rzbWrk0MWI1

group whatsapp >>
https://chat.whatsapp.com/BlrrT4bKibt1USLqXjFFVy

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penunggang motosikal tukar haluan tiba-tiba, punca nahas 2 kereta

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Ampang: Tindakan penunggang motosikal yang dipercayai mengubah haluan secara tiba-tiba menjadi punca kemalangan dua kenderaan lain di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat sebuah pasar raya di Pandan Prima di sini, pada Selasa lalu.

Kejadian kemalangan membabitkan kereta Honda Civic dan Perodua Ativa yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku jam 2.47 petang pada 1 Julai lalu.

"Siasatan mendapati tiga kenderaan iaitu motosikal p-hailing dan dua kereta terbabit dari arah Pandan Jaya ke Cheras.

"Semasa tiba di lokasi penunggang secara tiba-tiba mengubah haluan dari lorong tengah ke kiri untuk membelok masuk ke simpang di kiri jalan.

"Tindakan terburu-buru penunggang itu menyebabkan pemandu Honda Civic membrek untuk mengelak melanggar penunggang terbabit sebelum pemandunya terlanggar sebuah kereta di hadapannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terbabit namun tiada kecederaan dilaporkan.

Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat, berhemah, bertolak ansur dan bijak serta mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Disiarkan pada: Julai 4, 2025 @ 3:59pm

Artikel : Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Katanye bateri kereta pakcik tu kong.
Tapi bahaya betul dibuatnya ada
orang lalu pun boleh kena sekali tu.
Agak tak sesuai nak tolak kereta kat
curam tu tanpa bantuan orang lain.
Moga owner Myvi tabah dan
dipermudahkan segala urusan.

To make things worse, the woman later revealed that the man’s vehicle was not covered by insurance, meaning she has to bear all repair costs out of her own pocket.

https://vt.tiktok.com/ZSBkNUpTq/

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tumbler Kaca 500ml Aesthetic dengan Penutup Kayu & Straw Kaca 🍋🐈

✅ Tumbler kaca dengan penutup kayu dan straw kaca
✅ Sesuai untuk wanita & remaja
✅ Hadiah terbaik untuk pencinta cawan comel

Boleh dapatkan di Tiktok Shop
lemoncatmy?_t=ZS-8xV6YdrcvQW&_r=1" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@lemoncatmy?_t=ZS-8xV6YdrcvQW&_r=1

https://vt.tiktok.com/ZSBjFKHp2/

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja maut motosikal rempuh treler

MOHD ISKANDAR OTHMAN
05 Julai 2025 06:59pm

PERMATANG PAUH - Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori treler di simpang tiga lampu isyarat, Jalan Permatang Pauh, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal dari arah Mak Mandin menghala ke Permatang Pauh dilaporkan bergerak terus ketika lampu isyarat berwarna hijau.

Bagaimanapun, sebuah lori treler dari arah bertentangan secara tiba-tiba membelok ke kanan tanpa berhenti di lampu isyarat, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tengah sebelah kiri lori tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Saringan awal ujian air kencing ke atas pemandu berusia 40 tahun itu mendapati bebas daripada pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Helmi berkata, pemandu lori terbabit kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan lebih berwaspada, terutama ketika melalui persimpangan lampu isyarat, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu tular video berdurasi 27 saat yang memaparkan detik-detik kemalangan di laman sosial sejak Jumaat.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Warga emas maut tersepit dalam nahas dua lori

05 Julai 2025, 2:52pm

Oleh: Kadir Edison

MUKAH: Seorang warga emas yang juga pemandu lori maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Pangkalan Lobang, Jalan Temesu, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.23 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Sulai Jamil, 69, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas lori dipandunya bertembung dengan sebuah lagi lori yang membawa muatan arang batu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bersama satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu unit EMRS digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 45 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kabin lori. Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 1.42 petang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Seorang lagi pemandu lori dilaporkan selamat dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

"Carilah madu original, jangan tersilap pilih madu pulak — takot tidur luar malam ni 🐝🍯"

Ramai dah kena dengan madu tiruan — manis je lebih, tapi langsung tak rasa perubahan pada badan 😩
Kalau nak yang betul-betul asli dan berkhasiat, pilih Madu Kelulut Nusantara!

✅ 100% asli terus dari ladang kelulut tempatan
✅ Kaya dengan khasiat untuk imuniti, tenaga & kesihatan dalaman
✅ Tanpa bahan campuran & bahan kimia
✅ Sedap, berkesan dan ramai repeat order!

📌 Jangan main-main dengan “madu”, takut tersalah pilih tidur luar malam ni 😅
Nak selamat? Nak sihat?

📲 Terus WhatsApp kami sekarang!
👉 https://api.whatsapp.com/send?phone=60122243767&text=NakMaduKelulutNusantara

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

3 wanita dakwa ditipu penceramah bebas, rugi RM200,000

Kuala Lumpur: Tiga wanita tampil membuat laporan polis secara berasingan terhadap seorang penceramah bebas berprofil tinggi, mendakwa diperdaya membabitkan kerugian keseluruhan RM200,000, hari ini.

Ketiga-tiga wanita berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu membuat laporan di balai polis berasingan hari ini, dengan semua aduan berkaitan transaksi pinjaman wang yang dikatakan untuk membantu urusan sekolah agama di Lembah Klang dan urusan jemaah umrah.

Seorang wanita berusia 41 tahun membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, mendakwa menyerahkan wang RM60,000 kepada individu terbabit selepas menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp berhubung permintaan kononnya untuk menyelesaikan urusan pengurusan jemaah umrah.

Mangsa memaklumkan wang itu dimasukkan ke akaun bank milik sebuah syarikat yang dikaitkan dengan sekolah agama berkenaan.

Disyorkan
Sementara itu, wanita berusia 39 tahun pula membuat laporan di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, berhubung tiga transaksi wang berjumlah RM60,000 yang didakwa dipinjam individu sama antara Ogos hingga September 2020.

Mangsa mendakwa wang itu dipinjamkan kepada individu sama atas alasan membantu urusan pembangunan sekolah agama milik individu berkenaan, termasuk kos pentadbiran dan penyelenggaraan.

Wanita terbabit mendakwa mengenali individu itu melalui ceramah agama secara langsung di media sosial dan pernah hadir ke beberapa sesi ceramah anjuran sekolah berkenaan.

Laporan ketiga dibuat di Balai Polis Wangsa Maju oleh seorang wanita berusia 44 tahun yang mendakwa menyerahkan sejumlah wang berperingkat berjumlah RM80,000 kepada individu terbabit sebagai 'pelaburan' untuk membeli sekolah agama sama.

Pengadu turut memaklumkan bayaran tambahan diminta beberapa kali dengan pelbagai alasan, termasuk mendakwa pelaburan ditangguh dan perlu diselesaikan semula.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail, ketika dihubungi BH hari ini, mengesahkan laporan polis berkenaan, namun kes itu dirujuk ke Polis Daerah Gombak.

"Laporan dibuat di Wangsa Maju tetapi laporan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kerana tempat berlaku di kawasan pentadbiran IPD Gombak," katanya.

BH juga sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan itu.

Terdahulu, individu sama tular di media sosial selepas dikaitkan dengan dakwaan rakaman video tidak senonoh bersama beberapa wanita yang didakwa isterinya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook turut tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa penipuan wang oleh individu itu membabitkan modus operandi hampir sama.

Dalam hantaran di Facebook pada 15 Jun lalu, seorang mutawif umrah, dikenali sebagai Mahmood Sa-ah, mendakwa pernah menjadi mangsa individu sama selepas diminta membantu menguruskan tempahan hotel untuk jemaah umrah penceramah terbabit di Makkah.

Menurutnya, individu itu tidak membayar hutang selepas kembali ke Malaysia, menyebabkannya dipenjara selama empat minggu di Arab Saudi selepas gagal melunaskan hutang dengan hotel terbabit.

Mahmood turut mendakwa hilang pekerjaan dan disenarai hitam akibat kes itu.

Disiarkan pada: Julai 5, 2025 @ 8:21pm
Wartawan BH
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak cari emas design-design modern & elegant ?
Nak Trade-In barang kemas lama dengan design baru ? BOLEEHH !

Nah kita belanja sikit design-design item yang ada di kedai kita, semua ni NEW ITEM tau 😍! Tak puas ke cuci mata ?

Meh sambung cuci mata tengok design yang lain dekat Channel Telegram kita. Boleh join Katalog Quwin Jewels :
/channel/catalogquwinjewels
/channel/catalogquwinjewels

Servis Tukang Emas | Trade-In | Buyback

𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗤𝗝 : /channel/quwinjewels
Telegram Katalog QJ : /channel/catalogquwinjewels
𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗤𝗝 : https://www.instagram.com/quwinjewels/?hl=en
𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸 𝗔𝗰𝗰 𝗤𝗝 : quwinjewelsofficial" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@quwinjewelsofficial | cataloguquwin" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@cataloguquwin

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

BANTUAN KKM KEMALANGAN JALAN RAYA

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :

Tarikh : 03.07.2025 Khamis ( 0927)
Lokasi : Kg.Sungai Pau
Kom. Operasi : PB Mohd Affendi bin Abd Razak
Bil. Anggota : 2 Anggota
Pasukan: Charlie Team( Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐨𝐦𝐛𝐚𝐚𝐧:
Hubungi talian kecemasan 999 Dan talian terus ke balai Bomba Sik 04-4695216 untuk mendapatkan perkhidmatan kebombaan.

Kredit ➡️ BBP SIK
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PROMO SERVICE FOLLOWERS TIKTOK , VIEWS & LIKE TIKTOK ( CONFIRM FYP ) 😍💕

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 25 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers : rm 25
1000 followers : rm 40
2000 followers : rm 70
3000 followers : rm 100
10k followers : rm 300

FYPKAN VIDEO ANDA SEKARANG 😝 WASSAP ADMIN NOWW :
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktokt

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

_*🔥 Nak naikkan followers TikTok FREE setiap hari? Jom grab sekarang! 😍👇*_

*👉 Claim Free TikTok Followers:*
https://freefollower.net/order/free-follower/claim-free-tiktok-follower

*📌 Register dulu & Sign In untuk claim:*
https://freefollower.net/reg
*✅ Lepas tu boleh Sign In sini untuk track order:*
https://freefollower.net/login

_*💥 Nak beli terus tanpa login? Senang & laju (Fast Order) kat sini:*_

*📱 TIKTOK*
👥 Followers ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-followers
❤️ Likes ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-likes
👀 Views ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-views

*📸 INSTAGRAM*
👥 Followers ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-followers
❤️ Likes ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-likes
👀 Views ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-views

*📢 TELEGRAM*
👤 Subscribers ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-members-subscribers
🔥 Reactions ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-reactions-medium-quality
🌟 Premium Reactions ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-premium-reactions
👀 Post Views ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-views-1-post-view
📊 Poll Vote ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-poll-vote
⭐ Paid Reaction [Star] ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-paid-reaction
🚀 Boost Channel ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-premium-boost-channel

💬 Nak tanya lebih lanjut? Just PM je!
📈 Bantu naikkan engagement social media you 🔥

Let’s go viral together! 🌟📲

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA UTARA SELATAN)

6.49pm🔸LUS@E2: ⚠ Susulan berlakunya kemalangan di Persimpangan Machap arah Selatan dari Ayer Hitam ke Machap. Tiada lorong terhalang. Trafik terkawal.

Awasi sebarang halangan dihadapan. Berhati-hati memandu !

Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kenapa Bila Nak Terberak, Kita Rasa Meremang & Bulu Roma Tegak?

Pernah tak tengah tahan nak buang air besar, tiba-tiba…Meremang satu badan.
Tangan rasa kebas, bulu roma naik.

Sebenarnya, bila najis sampai ke rektum tapi kita tak dapat buang lagi, otak aktifkan sistem “fight or flight” badan masuk mod cemas.

Nak Tahan? Cuba Tips Ini Sementara Tunggu Tandas:

✅ Duduk tegak / berdiri lurus
Elak posisi mencangkung yang tekan rektum.

✅ Kemut kuat-kuat (sphincter control)
Kontrak otot punggung untuk kawal najis. Fokus & ulang.

✅ Tarik nafas dalam, hembus perlahan
Tenangkan diri. Elak panik, panik boleh percepatkan.

✅ Alih perhatian otak
nyanyi dalam hati ,jangan fokus sangat pada ‘panggilan’.

✅ Jangan gerak banyak
Bergerak laju atau melompat boleh “percepatkan pengeluaran”.

✅ Jalan perlahan ke tandas bila dah bersedia
Tapi jangan gopoh. Fokus kawalan, bukan kelajuan.

Bila semua usaha ni berjaya, dan kau akhirnya sampai ke tandas tepat pada masanya…

Nikmat itu tak terkata.
Itulah antara detik paling ‘lega’ dalam hidup manusia.

Percayalah.
Yang pernah rasa, tahu. 😌💩

Artikel ➡️ Public Health Malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dera anak angkat sejak kecil, suri rumah dipenjara lapan tahun

Kuala Selangor: Suri rumah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menganiaya anak angkatnya dengan memukul kanak-kanak itu menggunakan lesung batu dan kayu serta menoreh dengan pisau sehingga cedera, bulan lalu.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman terhadap wanita berusia 54 tahun itu selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara bermula dari tarikh tangkap pada 28 Jun lalu.

Selain itu, wanita berkenaan dikenakan perintah bon berkelakuan baik selama dua tahun selain perlu melakukan khidmat masyarakat selama 40 jam dalam tempoh empat bulan sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, suri rumah itu sebagai penjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak angkatnya dengan cara memukul kanak-kanak itu menggunakan kayu dan lesung batu serta menoreh dengan pisau sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Bendahara, di sini, pada Jun 2025.

Oleh itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dijaga oleh tertuduh sejak bayi dan didera serta dipukul dari kecil sehingga berusia 13 tahun.

Mangsa didera dengan menggunakan pisau sehingga cedera, dipukul dengan kayu pada seluruh tubuh mangsa, ditumbuk dengan lesung batu sehingga gigi patah dan pernah dicabut kuku mangsa.

Hasil siasatan dan pemeriksaan perubatan daripada Hospital Tanjung Karang mengesahkan terdapat kecederaan fizikal pada tubuh mangsa akibat kesan dera.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat, mengambil kira faktor kepentingan awam dan kekerapan kes dera membabitkan kanak-kanak.

"Tertuduh melakukan kesalahan serius seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 52B Kanun Keseksaan, saya mohon mahkamah meneliti gambar-gambar kecederaan mangsa yang jelas menunjukkan tertuduh gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga mangsa.

"Perbuatan tertuduh meninggalkan kesan kecederaan fizikal dan mental terhadap anak angkatnya yang kini mengalami trauma," katanya.

Peguam Khairul Hazwan Rashid Mohd Redduan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara ringan bermula dari tarikh tangkap atas alasan anak guamnya tidak mampu membayar denda kerana tiada pendapatan selain suaminya kini dipenjara akibat kes dadah.

Difahamkan, mangsa yang tidak dihantar ke sekolah hanya diberi makan roti bun dan memakai baju sama setiap hari.

Disiarkan pada: Julai 4, 2025 @ 3:38pm
Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

haihhh punca punca nasib ada bukti melalui dashcam

https://s.shopee.com.my/7V59KjXy0A

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*NADH PRICE MOVEMENT* 📈📉

✅ FREE Trading Course
✅ Livetrade setiap hari
✅ Full Support in Community
✅ 20-25 Quality signals daily
✅ Gold & BTC Setup
✅ Percuma tanpa bayaran

/channel/NadhQueen
/channel/NadhQueen

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mencari Personal Loan Yang Trusted ? Jum Apply Dengan Kyra 🏦

No Scam ❌
Tiada Bayaran Pendahuluan & Deposit ❌
Tidak Perlu Penjamin ❌
Tiada Cagaran & Caj ❌

Ada Company Tetap ✅
Service Outdoor 🚗
Sign Aggrement 📋
Bole Settle Company Lain ✅

‼️Banyak Feedback Customer ‼️
Tekan Link : kyraaasyakira?_t=8qdawqLcBmR&_r=1" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@kyraaasyakira?_t=8qdawqLcBmR&_r=1

Hi , saya kyra dari personal loan melaka . awak berminat nak apply dengan kyra ? 🤭
Korang mesti nak pakai duit banyak kan ? Nak kahwin ? Nak Depo kereta ? Nak bayar komitmen ? Atau keperluan lain ?
Jangan risau kyra bole tolong korang , yang hutang company lain kita bole tolong settle kan ✅ yang ada blacklist , jangan risau masih bole apply tau 🤫 asalkan jangan ada blacklist moneylander ❌

tekan link ws untuk awak apply :
https://wa.link/hrnf7e
https://wa.link/hrnf7e
( takbole tekan link , save manual 0175961990 )

APPLY HARINI , HARINI DAPAT CASH 💸

SERVICE OUTDOOR PERCUMA & SEMAK KELAYAKKAN PUN SECARA PERCUMA TAU ‼️

COVER AREA :
MELAKA / JOHOR / KL / MUAR / N9 / SEREMBAN / PAHANG / PENANG

100% , Korang akan puas hati apply dengan kyra tau . jangan lupa tengok feedback hehehe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*KEMAS KINI STATUS KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA UTARA SELATAN)*

3.51pm🔸LUS@E2: ⚠Susulan kemalangan di *KM 235.5 arah Selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.*

Status terkini : *Menunggu Pegawai penyiasat (IO) dari IPD Rembau di lokasi. Trafik sesak 5KM.*

Segala kesulitan amatlah dikesali !

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Подписаться на канал