infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

789922

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum...

Mtk tlg share Dan info jika terjumpa atau ternampk sepupu sy yg dh hilang hmpir 2 minggu...
Lokasi terakhr di rumhnya di subang perdana...ic,HP,brg2 smua ada ..report dh buat ..smpai skrg xde ptunjuk ...

Mohon share rmai2 smoga dia djmpai dgn Selamat ..

Anis nurzulaika

Ada info blh hubungi sy 0168938494
Terima ksh

P/s : JGN NAK KOMEN YG PELIK²..

#infooranghilangmalaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗜𝗻𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗜 𝗔𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗨𝗹𝗮𝗿
16.07.2025 I RABU
1945 PM
Kg. Tembak A, Parit Panjng, Baling
Pasukan : B Balai Bomba dan Penyelamat Baling

(Hampir 30 minit diperlukan untuk menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 2m yang bersembunyi dicelahan peralatan/kelengkapan premis kediaman)

PESANAN KHIDMAT NASIHAT (BOMBA) :
Pastikan kediaman dalam keadaan bersih untuk premis kediaman tidak menjadi sasaran haiwan berbisa/berbahaya. Elak bahaya elak tragedi. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Dapatkan khidmat bantuan agensi berkepentingan untuk kepakaran keanggotaan dan peralatan terlatih. Kami sedia membantu anda.

BANGKIT! BALING! BANGKIT
#sediamenyelamat
#cepatdanmesra
#bombatonggakpenyelamatannegara

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️disney, prime dan iptv juga ada

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥 100% Original perfume

🔥Condition new in box, new tester unit, travel spray, miniature

🔥No fake, bukan ori import atau reject kilang, double moneyback guarantee

-kami MZ Fragrance menjual 100% original perfume dimana harga yg jauh lebih murah dari harga pasaran, dengan jaminan gantirugi jika dapat membuktikan produk yg dijual kami adalah tiruan😘

Follow telegram kami : /channel/MZFragranceSale

atau wsap chanel kami:
https://whatsapp.com/channel/0029Va8C3NGLikgC3UaIwg07

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIARAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

POLIS DIRAJA MALAYSIA

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

TARIKH: 14 JULAI 2025

KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN SEBUAH MOTOKAR DI KM2.5, JALAN SKUDAI PAΝΤΑΙ LIDO HALA SKUDAI.

PADA 14 JULAI 2025 JAM LEBIH KURANG 07.45 PAGI TELAH BERLAKU SATU KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA MELIBATKAN SEBUAH MOTOKAR DI JALAN SKUDAI PANTAI LIDO, DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN.

KEMALANGAN TERSEBUT MELIBATKAN SEORANG PEMANDU MOTOKAR LELAKI WARGA TEMPATAN BERUSIA 29 TAHUN YANG MEMANDU M/KAR JENIS PROTON INSPIRA.

HASIL SIASATAN AWAL MENDAPATI MANGSA DARI ARAH PUSAT BANDAR HENDAK KE SKUDAI TELAH HILANG KAWALAN MELANGGAR BATU PEMBAHAGI JALAN DAN LAMPU SEBELAH KIRI JALAN LALU TERBABAS DI BAHU JALAN SUSUR TURUN JALAN LINGKARAN DALAM. MANGSA MENGALAMI KECEDERAAN PARAH DI KEPALA AKIBAT TERSEPIT DI DALAM KENDERAANNYA DAN DISAHKAN MAUT DI TEMPAT KEJADIAN OLEH PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH.

KES INI DIKLASIFIKASIKAN DI BAWAH SEKSYEN 41(1) ΑΚΤΑ PENGANGKUTAN JALAN 1987. ORANG AWAM YANG MENYAKSIKAN KEJADIAN TERSEBUT DIMINTA UNTUK MENYALURKAN MAKLUMAT DENGAN MENGHUBUNGI BALAI TRAFIK IPD JOHOR BAHRU SELATAN ATAU TERUS MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT, INSP MOHD ZULPAKA BIN BAMBO DI TALIAN 014-8861791 BAGI MEMBANTU SIASATAN.

PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA MENYERU SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA AGAR SENTIASA BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU. SENTIASA PATUHI HAD LAJU DAN PASTIKAN KENDEERAAN BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN.

(RAUB BIN SELAMAT) ACP KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

14JUL 2025

MASA TERIMA : 1533HRS (3. 33PM)
MASA SAMPAI :1555HRS(3.55PM)

Vehicle FIRE
(KEBAKARAN kenderaan)

Di Jalan Kangkong, Simpang Empat

PPB 6286[WT]

Pbs Kuala Kedah
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
‎*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &

Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra

Komander Operasi : PBK II Suhaimi

Jenis Kecemasan: Kebakaran motorsikal

Lokasi : Taman Sri Batu Caves

Pasukan : B
Tarikh : 15/07/2025
Hari : Selasa
Masa : 0142

Bbp Bandar Baru Selayang
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pokok tumbang di hadapan TUDM Butterworth di jalan teluk air tawar jam 6.30 pagi tadi telah menimpa sebuah kereta.

15 julai 2025
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nyaris maut tayar lori bergolek ke tengah jalan

Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
14 Julai 2025, 9:53 pm

SEPANG – Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas melanggar tayar lori bergolek ke laluan utama ketika kerja-kerja menukar tayar dilakukan di tepi jalan.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila sebuah lori berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar, tetapi dipercayai tidak dipasang dengan betul sebelum bergolek ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di Facebook Sepang Viral, beberapa kenderaan dilihat sempat mengelak tayar tersebut, namun seorang penunggang motosikal tidak sempat berbuat demikian sebelum terbabas.

Situasi tersebut turut mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang menyifatkan kecuaian seperti itu boleh mengancam nyawa.

“Buat laporan polis.
Lantik peguam. Saman syarikat pengangkutan.
Claim (tuntut) segalanya permasalahan.
Semoga diberi kesembuhan dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan mangsa,” kata Haris Fadilah.

“Kejadian macam ini tak patut berlaku.
Jangan main-main dengan nyawa orang.
Orang lain ada anak bini.
Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dan kenakan hukuman lebih berat,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚

𝘕𝘖. 𝘙𝘌𝘗𝘖𝘛 𝘗𝘖𝘓𝘐𝘚 : Kk/005450/25
𝘛𝘈𝘙𝘐𝘒𝘏/𝘔𝘈𝘚𝘈 𝘙𝘌𝘗𝘖𝘛 : 13/07/25 @ 2144hrs

𝘔𝘈𝘒𝘓𝘜𝘔𝘈𝘛 𝘖𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘏𝘐𝘓𝘈𝘕𝘎 :

𝘕𝘈𝘔𝘈 : MD SHABANI BIN YAHYA
𝘑𝘈𝘕𝘛𝘐𝘕𝘈 : 𝘓𝘌𝘓𝘈𝘒𝘐
𝘜𝘔𝘜𝘙 : 45 𝘛𝘈𝘏𝘜𝘕
BANGSA: BAJAU
KETINGGIAN: 165CM
BERAT: 65 KG
FIZIKAL: BERBADAN KURUS
𝘓𝘖𝘒𝘈𝘚𝘐 𝘛𝘌𝘙𝘈𝘒𝘏𝘐𝘙 : KAMPUNG LIKAS JALAN PASIR KOTA KINABALU.

ORANG RAMAI YANG MENGENALI ATAU MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI LOKASI INDIVIDU TERSEBUT BOLEH TERUS MENGHUBUNGI :

PEGAWAI PENYIASAT ASP MARZUKI BIN MOHAMED (KPB KOTA KINABALU) DI TALIAN 010-9411883

ATAU

HOTLINE BALAI POLIS KOTA KINABALU DI TALIAN 014-3094800

ATAU

MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN.

KERJASAMA MASYARAKAT DALAM MEMBANTU PENYIASATAN PDRM AMAT DI PERLUKAN.TERIMA KASIH

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‼️ ORANG HILANG ‼️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sahabat FB

Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan adik saya, seorang remaja OKU dikenali sebagai

Nama : Nur Aisah binti Mohd Shariff
Umur : 19 tahun
Alamat : Kg Memali, Mukim Siong 09100 Baling Kedah

Beliau disedari tiada di rumah sejak 9:30 pagi pada 14/7/25 (Isnin)
Maklumat terakhir beliau dilihat berada di Stesen Bas Baling

Report polis telah dibuat.

Gambar yang tertera adalah wajah terkini adik saya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi

Norbisab : 010-5220496
Nur Salina : 016-2374147 / 013-4030942

Atau pun bolehlah hubungi mana² balai polis yang berhampiran.

#oranghilang
#kesoranghilang
#viralkan #viral
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita maut rempuh besi melintang di Jalan Pandaruan

LIMBANG: Seorang wanita maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebatang besi yang melintang di jalan raya di Jalan Pandaruan, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 9.25 pagi tadi, mangsa, Faridah Adek, 43, dari Kampung Pahlawan, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, ketika kejadian, mangsa bersama suaminya masing-masing menunggang motosikal secara berasingan dari arah Kampung Pahlawan menuju ke Bandar Limbang.

Beliau berkata, suami mangsa menunggang motosikal di hadapan manakala mangsa mengekori dari belakang sehingga tiba di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal punca kejadian dipercayai mangsa gagal mengelak satu besi yang melintang ke jalan raya yang berada di lorong kirinya yang dipercayai melibatkan kemalangan sebuah jentera jengkaut yang menjalankan kerja di tepi jalan.

“Suami mangsa terdahulu sempat mengelak besi tersebut, bagaimanapun mangsa gagal mengelak dan merempuh besi yang melintang dan terbabas ke sebelah jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak ambulans bergegas ke lokasi kejadian dan membawa mangsa ke Hospital Limbang, namun mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Oleh Adeng Edrus
Artikel ➡️ Utusan Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tular satu objek misteri yang dipercayai dirakam di Saratok, Sarawak.

Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak try broker yang ada crypto & akaun cent? 🔍💹
.
Jom try FBS 😍
.
Paling best, ada akaun Cent kat MT5—nak close semua order pun senang gila! 📉📈
.
Weekend bosan? Layan je BTC guna akaun Cent—main sikit-sikit pun boleh jadi duit poket 💰
.
Bukan nak kaya sangat pun, tapi kalau boleh withdraw $15 sehari, dah rasa macam legend! 🎯🔥🙌
Klik sini cepat:
.
👉 https://fbsmalaysia.wasap.my/

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja dakwa jadi mangsa amang seksual pendakwah selebriti

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah selebriti dengan seorang remaja yang masih belajar.

Menurut Nurul Izzah, kejadian itu berlaku selepas mangsa dipujuk oleh suspek untuk mengikutinya ke sebuah negeri lain atas alasan menonton persembahan nasyid.

“Remaja itu percaya kepada suspek kerana menganggapnya sebagai tokoh agama. Namun, pada malam kejadian, suspek dikatakan melakukan perbuatan berkenaan di sebuah bilik hotel," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Nurul Izzah berkata, dalam keadaan keliru dan takut, mangsa mengurung diri dalam tandas selama lima jam sebelum melarikan diri selepas lelaki itu tertidur.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat.

Lebih mengejutkan, kata Nurul Izzah, keluarga mangsa dimaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan polis terdahulu melibatkan suspek yang sama, namun tiada tindakan tegas diambil.

“Persoalannya, mengapa tiada tindakan diambil sebelum ini?” katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa kini berdepan tekanan baharu apabila difahamkan mereka disaman oleh suspek atas dakwaan memfitnah dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran media.

“Ini menambah beban kepada keluarga yang berasal daripada kelompok B40 dan tidak mempunyai simpanan mencukupi,” katanya.

Nurul Izzah turut memaklumkan bahawa mangsa kini mengalami trauma dan memerlukan rawatan berkala, selain prestasi pelajarannya terjejas.

Dalam pada itu, beliau menyatakan komitmen untuk membantu keluarga mangsa dari segi sokongan guaman dan kebajikan.

“Saya akan pastikan mangsa dilindungi dan keadilan ditegakkan,” katanya.

IZWAN ROZLIN
13 Jul 2025 6:29 pm
Kredit ➡️ Sinar harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‼️ Mencari Orang Hilang‼️

mintak tolong kawan2 semua adik saya tak balik rumah...Siapa ii kenal , kalauu ade terjumpa keaa tolong call no +60 17-239 6005 nie , diaa hilang sudah 4 hari masuk harini tak balik rumah , diaa cumaa bagi tahu nak keluar dengan kawan diaaa jeaa , tapi takk tahu keluar pergi mane , last kat sekinchan rumah dia , ic dompet telefon tak bawak .. tolong yea makk dengan family dia risau kan dia .report polis pun dah buat..

Kalau terjumpa budak ni bagi tahu Suzie ataupun nombor yg tertera.. terima kasih

📸~sitinurasikin20

#lovesekinchan
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

MANGSA TIDAK SEDARKAN DIRI DALAM KEBAKARAN 2 BUAH RUMAH

16.7.2025: Kebakaran melibatkan dua buah rumah di Jalan Bistari 1/6, Taman Yayasan, Segamat, Johor. Panggilan diterima pada jam 4.07 petang. Pasukan Bomba daripada BBP Segamat, BBP Bandar Baru Segamat telah bergegas ke lokasi kejadian.

Terdapat seorang mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan telah diberikan perawatan awal oleh anggota Bomba unit EMRS sebelum dihantar ke hospital berhampiran.

Jbpm johor
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tindakan pantas BBP Sri Aman kawal kebakaran bahan binaan

Utusan Sarawak

SRI AMAN: Kecekapan dan tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman berjaya mengawal kebakaran melibatkan longgokan bahan binaan berhampiran Pekan Lachau, Jalan Serian–Sri Aman, malam tadi.

Menurut Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam, sebelum menggerakkan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nicholas Langi ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan longgokan bahan binaan dengan keluasan anggaran kira-kira 20 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Rais berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menjalankan penilaian awal situasi dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, sebelum memulakan operasi pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera bomba serta bantuan pam angkut dari sumber air terbuka yang terletak kira-kira 500 kaki dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian tersebut, peralatan milik sebuah syarikat seperti jaring dan kanvas yang diletakkan di atas longgokan besi turut musnah sepenuhnya akibat kebakaran.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Beliau turut menggesa orang awam supaya sentiasa memastikan kawasan penyimpanan bahan binaan berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Oleh Adi Safarman

Artikel : Utusan Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

fangshen wajib ada ni kat umah jah

https://s.shopee.com.my/LcFnzXY0T

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sebuah pacuan empat roda terlibat kemalangan di kawasan ladang bukit mas hapseng, Lahad datu Semalam. dipercayai hilang kawalan..
📸preman

#lahaddatuupdate
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

RESPON TIME KE LOKASI KEBAKARAN SEBUAH KERETA DI GARAJ KERETA LORONG BALOK BARU 1

Tarikh : 15.07.2025
Masa : 0340Hrs-0400Hrs
Lokasi : Garaj kereta Lorong Balok Baru 1.

Pihak Bomba sampai dilokasi bersama dengan 1 tanker,1 jentera berat dan 1 van dengan keseluruhan 11 anggota Bomba dan telah memadamkan kebakaran dan punca kebakaran belum dapat dipastikan lagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa.

Ipd Beserah
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

14.07.2025

06:50 pm
Kes kebakaran rumah di Taman Bunga Raya Butterworth

Pbs Raja Uda
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelajar wanita cedera dikelar, bekas teman lelaki ditahan polis

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar wanita warga asing berusia 20 tahun cedera selepas dikelar di leher oleh bekas teman lelakinya yang juga warga asing dalam kejadian di sebuah universiti di Subang Jaya, Selangor, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.30 petang berhubung kejadian itu yang melibatkan serangan menggunakan pisau.

“Pada jam lebih kurang 6.30 petang pihak polis telah menerima satu laporan yang mana berlakunya kes seorang lelaki mencederakan seorang wanita.

“Sebaik pihak polis tiba di lokasi, terdapat insiden yang mana seorang lelaki dikatakan telah mencederakan seorang wanita yang juga merupakan bekas kekasihnya,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Mangsa yang mengalami kecederaan di leher sebelah kiri telah dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di Zon Merah untuk rawatan kecemasan. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.

“Suspek lelaki berumur 21 tahun, yang dikenal pasti sebagai bekas teman lelaki mangsa telah ditahan sejurus selepas kejadian.

“Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat motif sebenar serangan yang dilakukan lelaki terbabit,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau gabungan dua daripada hukuman tersebut.

Polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat lanjut agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 atau Pegawai Penyiasat, Insp. Fadizah Ajamin di talian 019-8582166. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Portal⚡Astro AWANI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan jalanraya
Warga Asing Berbasikal Maut Di Jalan Perindustrian Merlimau berhadapan Taman Merlimau Baru Merlimau.

15 julai 2025
#melaka
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HEBAHAN ORANG HILANG :

Polis Daerah Kota Tinggi sedang mengesan dan meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan individu ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu ini berada, boleh menghubungi hotline IPD Kota Tinggi di talian 07- 883 7222 atau mana- mana balai polis berhampiran.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

_*🔥 Nak naikkan followers TikTok FREE setiap hari? Jom grab sekarang! 😍👇*_

*👉 Claim Free TikTok Followers:*
https://freefollower.net/order/free-follower/claim-free-tiktok-follower

*📌 Register dulu & Sign In untuk claim:*
https://freefollower.net/reg
*✅ Lepas tu boleh Sign In sini untuk track order:*
https://freefollower.net/login

_*💥 Nak beli terus tanpa login? Senang & laju (Fast Order) kat sini:*_

*📱 TIKTOK*
👥 Followers ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-followers
❤️ Likes ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-likes
👀 Views ➡️ https://freefollower.net/order/tiktok-views

*📸 INSTAGRAM*
👥 Followers ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-followers
❤️ Likes ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-likes
👀 Views ➡️ https://freefollower.net/order/instagram-views

*📢 TELEGRAM*
👤 Subscribers ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-members-subscribers
🔥 Reactions ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-reactions-medium-quality
🌟 Premium Reactions ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-premium-reactions
👀 Post Views ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-views-1-post-view
📊 Poll Vote ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-poll-vote
⭐ Paid Reaction [Star] ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-paid-reaction
🚀 Boost Channel ➡️ https://freefollower.net/order/telegram-premium-boost-channel

💬 Nak tanya lebih lanjut? Just PM je!
📈 Bantu naikkan engagement social media you 🔥

Let’s go viral together! 🌟📲

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

BINTULU, 13 Julai: Seorang lelaki cedera selepas tercampak dari kereta Toyota HRV yang terjatuh ke tebing setinggi 10 meter sebelum Jambatan Sebemban, Jalan Kuala Tatau, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan kendiri itu sekitar jam 12.22 tengah hari.

Anggota Bomba bertindak menyelamatkan mangsa yang berusia 33 tahun itu sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 13/07/2025.

Kemalangan maut melibatkan kereta dan van di Jalan Batu Pahat - Kluang, berhampiran Sekolah Sri Lalang, Kluang petang tadi.

Sumber ➡️ KHI
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengawai pertanian maut, dua Perodua Myvi bertembung

DUNGUN – Seorang pegawai pertanian maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, berhampiran persimpangan lampu isyarat persimpangan Plaza Tol Paka, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Nazirah Abdul Rahman, 41, meninggal dunia pada beberapa bahagian anggota badan.

Sewaktu kejadian, wanita tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Pejabat Pertanian Hulu Paka, Ketengah Jaya dari rumahya di Kampung Cacar Baru, Paka, di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipandunya dikatakan tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis sama yang telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Rizuan Ramli berkata, mayat Nazirah yang tersepit di tempat duduk pemandu terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata, lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi dan penumpang wanitanya pula cuma cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
13 Julai 2025, 6:11 pm
Artikel ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💰 Baru Lepas Hit TP4 300+ Pip Untuk 3x Setup berturut-turut Tau! Korang Bila Lagi?

Market tengah bagi peluang kita pulun kaw².. Jangan tengok je orang lain profit hari-hari!

✅ Signal GOLD PERCUMA tiap hari
✅ Setup tested, bukan hentam
✅ Bimbingan penuh dari team berpengalaman
✅ Modal kecil pun boleh grow

📌 Join channel free sekarang:
👉 /channel/NekadChart

📌 Ready nak mula profit?
👉 https://ma.valetaxintl.com/partner/IB8218735

Читать полностью…
Подписаться на канал