Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
5 kenderaan musnah, gerai mercun terbakar di Cheras
KUALA LUMPUR: Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, dekat sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.
Beliau berkata 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.
Lima kenderaan yang terbakar ialah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua motosikal.
"Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat," katanya.
Artikel Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
KHIDMAT KHAS ANCAMAN ULAR
(Kami mengharapkan kerjasama pemilik premis agar memastikan setiap ruang didalam kediaman anda mempunyai susunatur peralatan yang baik bagi memudahkan kerja-kerja menangkap ular dilakukan.Cuaca panas dan kering ketika ini menjadi tumpuan haiwan berbisa dan berbahaya itu akan mencari tempat yang lebih sejuk dan lembab untuk berlindung. Sentiasa tingkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga pada setiap masa)
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 11.02.2025 I SELASA (2240)
Lokasi : Kg. Begia,cSik
Pasukan: B ( Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )
Kom. Ops : PBK II KUP Matzuki b. Mat Noh dibantu 7 anggota.
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT:
Hubungi talian 999 untuk sebarang bantuan penyelamatan melibatkan haiwan berbisa dan berbahaya ini. Jangan ambil tindakan sendiri yang merisikokan diri dan menimbulkan ancaman bahaya kepada orang lain.
'STRONGER TOGETHER', MAJU TERUS !
𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘
#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Sumber
Bbp Sik
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ular sembunyi di mangkuk tandas, kanak-kanak 6 tahun cedera
12 Februari 2025, 7:26am
AMPANG JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas digigit ular sawa ketika hendak membuang air di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati, di sini, tengah hari semalam.
Kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata, anak lelakinya itu digigit ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
“Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.
“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” katanya kepada BH lewat malam tadi.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
“Hadi mengalami kecederaan pada celah peha dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil.
“Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” katanya.
Sementara itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Empat anggota telah menangkap ular berkenaan sebelum membawanya kembali ke pejabat mereka.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mayat ditemukan selepas enam hari, tertimbus di dasar sungai
LIPIS - Selepas enam hari hilang selepas dihanyutkan arus Sungai Lipis ketika mandi berhampiran Kampung Badang, akhirnya mayat mangsa, Ahmad Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, ditemukan tertimbus pasir di dasar sungai hari ini.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 1 tengah hari oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
"Pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa yang tertimbus dengan pasir di dasar sungai pada jarak satu kilometer dari kawasan mangsa dikhuatiri lemas.
" Mangsa berjaya dinaikkan ke darat pada pukul 1.25 tengah hari dan mayat mangsa diserahkan kepada polis," katanya.
Selasa lalu kegembiraan enam sekawan termasuk tiga beradik mandi manda di Sungai Kampung Badang, Jalan Cheroh dekat Batu Talam di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka hilang dibawa arus sungai.
Ketika kejadian Allahyarham Ahmad Khairul Nizam bersama abang, adik serta tiga rakannya pergi ke sungai berkenaan kira-kira pukul 3 petang untuk mandi-manda.
Namun Ahmad Khairul Nizam bersama seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Ikhwan dipercayai lemas sebelum hanyut dibawa arus sungai.
Difahamkan Ahmad Khairul Nizam sempat menolak Ikhwan ke tepi tebing dan menjerit meminta tolong.
Abang mangsa, Ahmad Tarmizi Haris, 23, yang turut berada di situ bertindak mengambil bot jenis gentian kaca tanpa enjin yang ada di tepi tebing untuk menyelamatkan adiknya namun tidak berjaya.
#PahangStory
#infosemasa
@infosemasaofficial
"🌸 Ikhtiar untuk hamil dengan Set Shaklee, solusi semulajadi yang menyokong kesuburan dan kesihatan reproduktif anda.
🌿 Diformulasikan dengan vitamin dan suplemen berkualiti untuk meningkatkan peluang hamil dengan cara yang sihat dan selamat.
✨ Set Ikhtiar Mengandung Shaklee:
✅ Vita-Lea – Multivitamin lengkap untuk keperluan tubuh
✅ GLA Complex – Menyokong keseimbangan hormon dan kesuburan
✅ Vitamin E – Menjaga kesihatan rahim dan sel-sel reproduktif
✅ Alfalfa Complex – Membantu detox dan menyokong kesihatan hormon
✅Vivix- Menstabilkan kitaran haid dan hormon
Berikan yang terbaik untuk diri anda dan pasangan.
Mulakan perjalanan kehamilan dengan Shaklee hari ini! Tekan link untuk maklumat lanjut dan panduan pemakanan.
http://www.wasap.my/60104315732/SETIKHTIARHAMIL+SHAKLEETL
http://www.wasap.my/60104315732/SETIKHTIARHAMIL+SHAKLEETL
🌟"
Kes tembak di pusat beli-belah: Polis yakin dapat tangkap suspek dalam masa terdekat
Kuala Lumpur: Polis Selangor yakin suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor, pada Sabtu lalu, akan diberkas dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang berkata, ini kerana identiti suspek sudah dikenal pasti.
"Polis sudah kenal pasti suspek dan dalam tindakan buruan.
"Polis yakin akan tangkap suspek dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ditanya mengenai perkembangan siasatan kes itu, Hussein berkata, siasatan masih berjalan dan tidak dapat didedahkan buat masa ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan bekerjasama dengan Polis Kontinjen Selangor bagi mengenalpasti rakan suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam.
Kerjasama itu bagi membantu memburu suspek berusia 30-an yang masih bebas dan mempunyai 11 rekod jenayah lampau termasuk dadah.
Dalam kejadian 10.50 malam Sabtu lalu, suspek menembak seorang pekerja pembersihan ketika sedang menyimpan peralatan mencuci di aras P1 dan cedera terkena empat das tembakan di kaki serta punggung.
Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah seorang saksi lain lalu mengarahkan membawanya keluar dari pusat beli-belah berkenaan.
Dia selepas itu menahan Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung sambil mengacukan pistol, memaksa pemandu membawanya keluar dari kawasan Shah Alam lalu meminta berhenti di tepi lebuh raya sebelum menghilangkan diri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan dipercayai akibat berang ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Disiarkan pada: Februari 11, 2025 @ 12:22pm
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
10 FEBRUARI 2025 1854HRS BBP RAUB Pasukan Bersih bergegas ke Kes Kebakaran Tempat Sembahyang bertempat di Kampung Cheroh, Raub.
Kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera sehingga padam sepenuhnya.
Sumber Bbp Raub
#infosemasa
@infosemasaofficial
KHIDMAT KHAS KERETA TERKUNCI
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 10.02.2025 I SELASA
Lokasi : Jalan Jeniang - SIK
Pasukan: C (Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )
Kom. Ops : PBK II Md Zaini b. Khadir bersama 6 anggota.
(Bantuan kepada agensi PDRM apabila sebuah kereta terbabas dan terdapat mangsa terkunci didalamnya pada kejadian awal pagi. Bantuan Bomba diperlukan bagi tujuan membuka pintu kereta di lokasi kejadian setelah mangsa dikatakan terlelap dan dipercayai pening serta tidak memberi tindak balas apabila diminta untuk membuka pintu kereta tersebut. Kes diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya)
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT:
Berhati-hati di jalanraya dan patuhi had laju ditetapkan. Pandu perlahan dan peka persekitaran sekiranya anda tidak biasa menggunakan sesuatu laluan dan hanya bergantung menggunakan aplikasi penunjuk arah. Tingkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga dengan mendapatkan rehat yang cukup jika melakukan perjalanan yang jauh dan memandu awal pagi. Elakkan 'microsleep'. Sesaat terleka bahaya menunggu.
'STRONGER TOGETHER', MAJU TERUS !
𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘
#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Sumber Bbp Sik
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pekerja kantin pukul anak hingga tersungkur direman 6 hari
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
11 Februari 2025, 11:29 am
KANGAR – Seorang pekerja kantin yang disyaki memukul anak perempuannya berusia lima tahun sehingga cedera direman selama enam hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, suspek diiringi anggota polis tiba di Kompleks Mahkamah Kangar dengan tangan bergari kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Kosmo! Online melaporkan seorang wanita yang disyaki memukul kanak-kanak perempuan sehingga tersungkur dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau dekat sini ditahan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin itu ditahan di bilik sewanya di Jejawi kira-kira pukul 11.30 malam.
“Mangsa merupakan anak perempuan suspek berusia lima tahun dan dia didapati mengalami luka berjahit di bahagian kening sebelah kanan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
#harianmetro
#infosemasa
@infosemasaofficial
xyah beli tiktok mahal 229, kat sini ada diskaun banyak
https://s.shopee.com.my/6plm0m7vJz
🎀NETFLIX ULTRA4K PRICELIST 🎀
😍PRIVATE
🐰1 MONTH
🔥RM 18
😍SHARING
🐰1 MONTH
🔥RM 11
🪄Plan ULTRA PREMIUM
🪄4K ULTRA HD
🪄TERMURAH🔥
🪄Private boleh set pin dan nama
🪄SUPPORT ALL DEVICE
🪄FULL WARRANTY ⭐️
🪄FRESH FEEDBACK EVERDAY🔥
💗 /channel/feedbackgebu
💗 /channel/gebubstore
📱https://www.wasap.my/60184699154/HiNakOrderNETFLIX
11/2/2025 3:00am Kemalangan melibatkan dua kereta terbakar dan lebih kurang 7 mangsa cedera di Bukit Baru Jalan Tun Sardon Balik Pulau.
#bombabalikpulau
#pbskualasungaipinang
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maki hamun penguat kuasa ditahan halang tugas penjawat awam
Oleh Nur Izzati Mohamad
Februari 10, 2025 @ 8:20am
bhnews@bh.com.my
BUTTERWORTH: Seorang lelaki yang memaki hamun penguat kuasa dengan kata-kata kesat mendapat padah apabila dia ditahan polis kerana menghalang tugas penjawat awam.
Lelaki itu ditahan dalam Op Bersepadu Sempena Operasi Khas Tahun Baharu Cina (TBC) di laluan motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.
Sebelum itu, lelaki warga tempatan berusia 50 tahun yang menunggang motosikal dengan membonceng teman wanitanya seorang warga Indonesia telah diperiksa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jam 10 malam sebelum didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh.
Bagi kesalahan berkenaan, dia diminta untuk meninggalkan motosikalnya kerana tindakan penyitaan telah diambil, namun dia tidak berpuas hati sebelum mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi.
Lelaki terbabit kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Pengarah JPJ negeri Zulkifly Ismail, berkata beliau meminta semua pengguna jalan raya memahami tugas penguatkuasaan dilaksanakan.
"Dalam hal ini (operasi penguatkuasaan) kita bukan mahu mencari salah atau menghukum (sesiapa) tetapi ia bertujuan menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
"Maka saya berharap, semua dapat memahami tugas kami," katanya.
Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, sebanyak 31,122 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi itu dilaksanakan bermula 20 Januari lalu.
"Daripada jumlah terbabit, sebanyak 4,105 notis juga dikeluarkan terhadap pemandu gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
"Selain itu, tumpuan turut diberikan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan pemilik Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB), Perkhidmatan Awam (KPA) dan motosikal.
"Kita memandang serius kesalahan membawa lebih muatan melebihi had yang dibenarkan apabila telah menyita sebanyak 18 buah KPB," katanya.
Jelasnya, operasi itu selama tiga minggu turut disertai agensi penguatkuasaan lain termasuk polis, Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), SPRM dan PLUS.
#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
IPOH: Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussin Baru, Manjoi di sini pada Ahad malam.
Empat buah motosikal turut musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 malam itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Beliau menambah, seramai 13 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.
"Kebakaran melibatkan lima rumah satu tingkat jenis kelas B, dua rumah musnah terbakar 80 peratus, sebuah rumah 50 peratus manakala dua lagi masing-masing 10 dan lima peratus.
"Turut terbakar empat buah motosikal dengan anggaran kemusnahan kesemuanya 90 peratus," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Justeru katanya, anggota bomba membuat kerja pemadaman menggunakan tiga aliran 600 kaki bersumber dari air tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya jam 11.38 malam.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Driver Van tu 8481 ke dia bwk 8481 .
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐄𝐓𝐅𝐋𝐈𝐗 𝟒𝐊 𝐔𝐋𝐓𝐑𝐀 𝐑𝐌20 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 𝟔𝟎 𝑯𝑨𝑹𝑰😍
𝗦𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁𝗲𝗱 𝗦𝗲𝗹𝗹𝗲𝗿 𝘀𝗶𝗻𝗰𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟮. 💯✔️
TAK PERCAYA??? Masuk group BESAR TELEGRAM 𝐂𝐮𝐬𝐭 𝐍𝐄𝐓𝐅𝐋𝐈𝐗!🔥 𝑹𝑨𝑴𝑨𝑰 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑹𝑬𝑵𝑬𝑾 𝑨𝑵𝑫 𝑹𝑬𝑷𝑬𝑨𝑻 𝑶𝑹𝑫𝑬𝑹 🤩
/channel/+COhKqJPCD5VkZWU1
𝑬𝑯 𝑴𝑼𝑹𝑨𝑯𝑵𝒀𝑨𝑨𝑨! @𝑵𝒆𝒕𝒇𝒍𝒊𝒙 𝑩𝒚 𝑲𝒖𝒅𝒊𝒏
-𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗔𝗣𝗣𝗦
-𝗙𝗨𝗟𝗟 𝗪𝗔𝗥𝗥𝗔𝗡𝗧𝗬
-𝗦𝗨𝗣𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗔𝗟𝗟 𝗗𝗘𝗩𝗜𝗖𝗘𝗦
-𝗣𝗔𝗖𝗞𝗔𝗚𝗘 𝟰𝗞 𝗨𝗛𝗗 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗨𝗠 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔✅
𝗧𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗼𝗿𝗱𝗲𝗿:
https://wa.link/o9b6k1
*𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐌 dengan keyword "𝐍𝐀𝐊 𝐍𝐄𝐓𝐅𝐋𝐈𝐗 𝐖𝐀𝐑𝐑𝐀𝐍𝐓𝐘 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐌𝐎𝐕𝐈𝐄 𝐔𝐍𝐋𝐈𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌"
Selain keyword di atas tak dapat ya.
Suami orang dicekup khalwat, sembunyi belakang langsir
Oleh Zuliaty Zulkiffli
Februari 12, 2025 @ 9:03am
bhnews@bh.com.my
KULIM: Seorang lelaki ditemui bersembunyi di balik langsir tingkap rumah teman wanitanya dalam ketakutan ketika dicekup berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Pondok Labu Keladi, di sini, hari ini.
Lelaki berstatus suami orang berusia 32 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) bersama imam masjid kariah berkenaan pada jam 1.20 pagi tadi.
Pasangan itu mendakwa baru setahun berkenalan di media sosial dan lelaki itu sudah beberapa kali datang bermalam di rumah wanita berusia 37 tahun itu selepas ibu bapanya berpindah ke Jitra.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, sejurus menerima aduan berhubung berlakunya kegiatan maksiat di rumah itu, pihaknya melakukan pemeriksaan dan mendapati rumah terbabit dalam keadaan berkunci dari dalam.
Beliau berkata, selepas mengetuk pintu, seorang wanita yang hanya bertuala membukanya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan di rumahnya itu.
"Hasil pemeriksaan lanjut menemui lelaki terbabit di balik langsir tingkap rumah berkenaan dengan hanya memakai seluar tanpa baju.
"Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka adalah pasangan hubungan suami isteri atau mahram.
"Lelaki berasal dari Sabah itu sudah berkahwin dan mendakwa isterinya lari mengikut lelaki lain manakala wanita itu pula masih bujang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya lagi, lelaki itu memberi alasan selalu menghantar wanita itu pulang kerja dan mengambil peluang untuk bermalam di situ disebabkan tiada sesiapa di rumah berkenaan.
"Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat," katanya.
Artikel Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Hanya pakai tuala ketika dicekup berkhalwat
KULIM - Seorang pekerja kilang berstatus suami orang ditahan bersama seorang juru jual dalam serbuan dilakukan Pejabat Agama Daerah Kulim sekitar daerah ini, kira-kira jam 1.20 pagi Rabu.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, ketika diserbu, wanita berusia 32 tahun itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berusia 37 tahun, tidak berbaju.
Menurutnya, ketika disoal lanjut, kedua-duanya hanya berkenalan melalui media sosial lebih kurang setahun lalu.
"Lelaki itu dikatakan sampai ke rumah pasangannya pada jam 10.45 malam, katanya hantar wanita itu balik kerja.
"Ketika pintu dibuka, wanita hanya bertuala manakala lelaki bersembunyi di sebalik langsir tingkap dengan berseluar sahaja," dakwanya.
Menurut Anwar, lelaki tersebut dipercayai telah beberapa kali ke rumah pasangannya ketika ibu dan ayah wanita berkenaan tiada.
Dia turut memberi alasan berhadapan masalah rumah tangga di mana isterinya telah lari bersama lelaki lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
12 Februari 2025 08:46am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tiga kenderaan, dua motosikal disambar api, gerai mercun terbakar
11 Februari 2025, 11:52pm
Oleh: Hilmi Abdul Malik
KUALA LUMPUR: Sebuah gerai menjual mercun dilaporkan terbakar 100 peratus dalam insiden kebakaran di Jalan Dataran Cheras 6, Cheras pada jam 9.53 malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor, kebakaran turut menjejaskan tiga buah kenderaan serta dua lagi motosikal.
Kebakaran yang marak daripada gerai berkenaan merebak pantas sebelum menyambar kesemua kenderaan berkenaan yang dipercayai berada berhampiran dengan gerai terbabit.
“Kebakaran melibatkan gerai mercun terbakar 100 peratus dan merebak ke tiga buah kereta iaitu Toyota velfire terbakar 95 peratus, Perodua Bezza terbakar 80 peratus dan Proton Saga terbakar 40 peratus.
“Turut terbakar dua buah motosikal iaitu sebuah Yamaha Y15 terbakar 50 peratus dan Honda EX5 terbakar 50 peratus,” katanya hari ini.
Operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat BBP Bandar Tun Hussein Onn serta dibantu BBP Serdang dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera.
Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.05 malam.
Punca kejadian masih disiasat.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
⚠️ *LAST CALL FOR THE LAST 10% UNITS ‼️*⚠️
ANDA CARI RUMAH PROJECT BARU JOHOR CIQ AREA YANG...
✅ Affordable (640-750/sqft Only!)
✅ 5 Mins To CIQ / New RTS
✅ Prime Location JB Town / CIQ
✅ Walking Distance Branded Shop _(CU Mart / 7 Eleven etc)_
✅ High Market Rental
✅ 5⭐ Developer
✅ Airbnb Capabilities
*_🎉AMAZING EARLY-BIRD PACKAGE_*
▶️ FREE Shuttle bus (CIQ/RTS)
▶️ FREE 1 year Internet
▶️ Rooftop Hotel- Like Facilities
▶️ ZERO PAYMENT
🛑 *_More Detail / Book Now_*‼️ KLIK WS👇🏼👇🏼👇🏼
https://wa.link/v3jv8e
▶️ 019 637 7270
(Licensed Real Estate Specialist)
Suami isteri terselamat daripada cubaan bunuh, 6 das tembakan dilepaskan penyerang
Kluang: Enam das tembakan dilepaskan namun ajal belum tertulis menyebabkan pasangan suami isteri terselamat daripada cubaan bunuh di kediaman mereka di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan itu bernasib baik kerana peluru dilepaskan tidak mengenai mereka dan tersasar ke sekitar lokasi kejadian.
"Semalam jam 12.17 tengah hari, semasa mangsa, seorang wanita berusia 36 tahun berada di rumah, dia ternampak sebuah Perodua Bezza masuk ke halaman kediaman.
"Pengadu berdiri di hadapan pintu rumah sebelum didatangi tiga lelaki.
"Salah seorang suspek mengeluarkan pistol dari pinggang dan kemudian mengacu dan melepaskan empat das tembakan ke arah mangsa dan suaminya.
"Suspek kemudian melarikan diri dan melepaskan dua lagi das tembakan," katanya tiada sebarang kecederaan dialami mangsa.
Bahrin berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis berjaya menahan seorang daripada suspek yang mempunyai 27 kes jenayah lampau dikenali sebagai Man Tiger.
"Suspek ditahan 7 malam di Tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, Simpang Renggam.
"Man Tiger yang berusia 32 tahun berasal dari Simpang Renggam positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan urin yang dijalankan," katanya.
Bahrin berkata, pihaknya mengenalpasti tujuh lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu dan kini diburu polis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Ketika diminta mengulas lebih terperinci mengenai kes itu Bahrin berkata, semuanya masih dalam siasatan polis.
Disiarkan pada: Februari 11, 2025 @ 10:53am
Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
11 FEBRUARI 2025 0911HRS BBP RAUB Pasukan Amanah bergegas ke Kes Kebakaran Bas Sekolah bertempat di Jalan Cheroh, Raub.
Kebakaran melibatkan bahagian tayar hadapan dan ruangan dalaman bas berjaya dipadamkan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki pam jentera sehingga padam sepenuhnya.
Sumber Bbp Raub
#infosemasa
@infosemasaofficial
TVET PILIHAN TERBAIK UNTUK BINA KERJAYA BELIA MUDA 👨🏭
JOM TEMUI KAMI PROGRAM TVET YANG AKAN BERLANGSUNG DI BANGI 💛❤️
PERHATIAN KEPADA BELIA LEPASAN SPM DAN UMUR 16 TAHUN ‼️
SIRI JELAJAH TEMUDUGA KEMAHIRAN KINI DI NEGERI SELANGOR 💛❤️
17 BUAH PROGRAM YANG DITAWARKAN KEPADA YANG BERMINAT 🫵🏻
📌 INSENTIF & KELEBIHAN TVET MALAYSIA
✅Sijil & Diploma Kemahiran diiktiraf Kerajaan
✅Elaun Setiap Bulan
✅Bantuan Pinjaman Yuran Latihan Pengajian (Program Kemahiran)
✅Jaminan Kerjaya dan Asrama Disediakan
Boleh Hadirkan Diri Anda Ke Lokasi Temuduga Terdekat 👇🏻
📆 13/2/2025 (KHAMIS)
⏰ 10 PAGI- 1 TENGAHARI
———-
Berminat Nak Hadir Temuduga❓
Tekan Link Terus Kepada Pegawai Bertugas
👇
📲 http://wa.me/601153403356?text=TVETBANGI
Nama:
Umur:
No Tel Pelajar:
No Tel Bapa:
No Tel Ibu:
Kursus:
Lokasi Temuduga:
Kehadiran bersama: (IbuBapa/Penjaga)
🧔🏻♂ENCIK ZUL
📱011-5340 3356
MOHON HEBAHKAN KEPADA YANG BERMINAT
"Jangan guna alasan OKU dan masalah keluarga" - Anak pemandu teksi nekad heret wanita ke mahkamah
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝑵3𝑻𝑭𝑳𝑰𝑿𝑿𝑿 𝑴𝑼𝑹𝑨𝑯𝑯𝑯 𝑴𝑨𝑰 𝑳𝑨𝑮𝑰𝑰𝑰!!!!
𝗥𝗠𝟮𝟬 𝗝𝗘𝗥𝗥 𝟮 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡!! YERR TAK TIPUUUUU YANG PERNAH AMBIL DENGAN MIN TAHULAH TRUSTED MACAM MANA😍😍
𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗿𝗿𝗮𝗻𝘁𝘆 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻🔥🔥
𝗦𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁𝗲𝗱 𝗦𝗲𝗹𝗹𝗲𝗿 𝘀𝗶𝗻𝗰𝗲 𝟮𝟬𝟮𝟮. 💯✔️
𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗳𝗲𝗲𝗱𝗯𝗮𝗰𝗸 𝗥𝗘𝗣𝗘𝗔𝗧/𝗥𝗘𝗡𝗘𝗪 𝗢𝗿𝗱𝗲𝗿 𝗖𝘂𝘀𝘁 𝗥𝗲𝗴𝘂𝗹𝗮𝗿 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 / 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗴𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗡𝗲𝘁𝗳𝗹𝗶𝘅 𝗞𝗮𝗺𝗶. 𝗧𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝘁𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺👇
/channel/+COhKqJPCD5VkZWU1
*𝐏𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐌 dengan keyword "𝐍𝐀𝐊 𝐍𝐄𝐓𝐅𝐋𝐈𝐗 𝐖𝐀𝐑𝐑𝐀𝐍𝐓𝐘 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐑𝐄𝐄 𝐌𝐎𝐕𝐈𝐄 𝐔𝐍𝐋𝐈𝐌𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐃𝐈 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌"
Selain keyword di atas tak dapat ya.
𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐫 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐝𝐞𝐫
https://wa.link/o9b6k1
Padah tempeleng anak
Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
Arau: Polis menahan seorang wanita yang didakwa memukul dan mencederakan anaknya di koridor hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, di sini semalam.
Wanita yang bekerja sebagai pekerja kantin berusia 37 tahun itu ditahan di sekitar Mata Ayer selepas tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai dari pasar raya berkenaan menunjukkan dia beberapa kali menampar anaknya sehingga jatuh dan mengenai bucu bangku di hadapan pasar raya itu.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 12.16 pagi ini berhubung perlakuan wanita berkenaan.
"Dalam video tular itu memaparkan suspek memukul bahagian belakang kepala seorang kanak-kanak perempuan sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah.
"Kejadian disyaki berlaku di hadapan kaki lima pasar raya di Jejawi, Arau dan suspek akan di bawa ke mahkamah untuk direman bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, anak mangsa berusia empat tahun luka di bahagian kening sebelah kanan dan sudah pun menerima rawatan susulan selepas kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Disiarkan pada: Februari 11, 2025 @ 9:31am
Artikel Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Selamat hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu
Читать полностью…Kurang ajar.
Jgn tiba2 nanti ada kad oku
🤣🤣🤣
#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita 'naik tangan' pada warga emas, kopiah tercampak atas jalan
SHAH ALAM - Tular satu rakaman papan pemuka di TikTok memaparkan seorang wanita bertindak keterlaluan dengan 'naik tangan' kepada pemandu teksi warga emas sehinggakan kopiahnya tercampak di atas jalan raya.
Lebih memilukan, pemandu teksi itu dilihat mengutip semula kopiah yang jatuh sambil mendengar kata-kata kesat dan makian dihamburkan wanita berkenaan.
Berdasarkan video berdurasi 18 saat tersebut, difahamkan berlaku insiden pergaduhan mulut disebabkan kereta jenis Proton Saga warna putih milik wanita terbabit dilanggar dari arah belakang oleh pemandu teksi di lorong kanan.
Bagaimanapun, majoriti warga maya meluahkan rasa amarah kerana wanita terbabit tidak sepatutnya berbuat demikian, sebaliknya berlemah lembut dengan orang yang lebih tua.
Malah, perbuatan melempar dan mencampakkan songkok atau kopiah yang lazimnya terletak elok di atas kepala adalah tindakan biadab serta tidak boleh diterima sama sekali.
Meskipun wanita terbabit adalah mangsa keadaan, ramai beranggapan masalah boleh selesai sekiranya kedua-dua pihak berbincang dengan cara baik.
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian itu berlaku, bahkan belum ada sebarang perkhabaran daripada kedua-dua pihak.
Tetapi, warga maya mencadangkan agar keluarga pemandu teksi berkenaan melaporkan kejadian kepada pihak polis sekali gus menggesa wanita terbabit melakukan permohonan maaf secara terbuka.
AISYAH BASARUDDIN
09 Februari 2025 07:22pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Puas hati guna air fryer ni 🥰 Saiz besar setakat masak ayam sekor memang takde hal 👍 entah bila lagi dapat harga terlajak murah camni 🥹
Sini 👉 https://s.shopee.com.my/vPTv33I3
.