infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

MOKSIN STORE

NETFLIX 🔥
DISNEY 🔥
PRIME 🔥
SOOKA TV 🔥
YOUTUBE MUSIC 🔥

Anda peminat movie ?
Anda peninat sukan ?
Nak cari pakej bulanan
Boleh cuba pakej dengan moksin store .. ada banyak pakej yang ada dengan QUALITY 4K untuk NETFLIX DISNEY PRIME DAN 1080 FULL HD UNTUK SOOKA .. semua pakej wajib menggunakan 1 device sahaja dan boleh digunakan di semua device cthnya TV , HP DAN CONSOLE yang penting pakai 1 device .. account full warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account ataupun refund separuh harga Bole tengok pakej di bawah

PAKEJ NETFLIX 4K 🔥

- SEBULAN RM28 FREE YOUTUBE MUSIC 🔥

- 2 BULAN RM35 FREE YOUTUBE MUSIC 🔥

- 3 BULAN RM40 FREE YOUTUBE MUSIC DAN PRIME VIDEO🔥

- NETFLIX COMBO DISNEY DAN FREE PRIME VIDEO 5 BULAN RM55 🔥

PAKEJ DISNEY HOTSTAR🔥

• SEBULAN FREE YOUTUBE MUSIC RM25🔥

•3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

•5 BULAN RM55 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

PAKEJ PRIME VIDEO 🔥

•3 BULAN RM25 FREE YT MUSIC 🔥

•5 BULAN RM35 FREE YT MUSIC 🔥

PAKEJ SOOKATV FULL SPORT🔥

•SEBULAN RM20 🔥

•3 BULAN RM40 FREE PRIME DAN YT MUSIC 🔥

•5 BULAN RM55 FREE PRIME VIDEO DAN YT MUSIC 🔥


PAKEJ YOUTUBE MUSIC/VIDEO🔥

•3 BULAN YOUTUBE MUSIC/VIDEO RM35🔥

•5BULAN YOUTUBE MUSIC/VIDEO RM45 🔥

SERIUS BUYER BOLEH PM NO WHATSAPP DI BAWAH NO BOOKING NO SPAMM

MASA OPERASI JAM 10 PAGI SAMPAI 12 MALAM SETIAP HARI KECUALI JUMAAT CUTI !

WHATSAPP 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HEBAHAN MAKLUMAT ‼️ SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BOLEH BERHUBUNG TERUS KEPADA PEGAWAI PENYIASAT KANAN JENAYAH, ASP WAN NORAIDA BINTI WAN HAMAT DI TALIAN 09-7932222.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*🎬 AETHER VYXEN – HIBURAN TANPA BATASAN, KUALITI TANPA KOMPROMI 🎬*
*Akaun Premium | Stabil & Terjamin | Perkhidmatan Bertaraf VIP*

Tingkatkan pengalaman hiburan anda dengan akaun berkualiti premium, tanpa risiko, tanpa gangguan. Nikmati tontonan lancar, stabil, dan bebas masalah – disokong oleh pasukan profesional yang sentiasa bersedia membantu anda.

---

*📦 PAKEJ EKSKLUSIF – NILAI TERBAIK UNTUK ANDA*

*🔹 Netflix Private Profile*
✅ *Akses Eksklusif & Peribadi*
✅ 1 Bulan: *RM14* | 2 Bulan: *RM26*
✅ 3 Bulan: *RM40* | 1 Tahun: *RM111*

*🔹 Amazon Prime Private Profile*
✅ *Akses Eksklusif & Peribadi*
✅ 1 Bulan: *RM4* | 2 Bulan: *RM8*
✅ 3 Bulan: *RM11* | 1 Tahun: *RM40*

*🌟 NETFLIX + AMAZON PRIME COMBO*
✅ *Gabungan Terbaik untuk Hiburan Premium*
✅ 1 Bulan: *RM17* | 2 Bulan: *RM32*
✅ 3 Bulan: *RM48* | 1 Tahun: *RM140*

---

*💎 KENAPA AETHER VYXEN PILIHAN NO.1?*

*🔥 Akaun Premium & Dijamin Stabil*
Tiada log keluar mengejut, sekatan, atau gangguan skrin penuh – hanya kelancaran maksimum.

*⚡ Sokongan VIP 24/7*
Penyelesaian pantas dalam 10 minit oleh pasukan pakar kami.

*🔒 Privasi & Kawalan Penuh*
🔹 Tukar nama profil & tetapkan PIN.
🔹 Akses 2 peranti serentak (kedua-dua platform).
🔹 Kualiti *4K UHD* untuk Netflix & Amazon Prime.

*📺 Serasi dengan SEMUA Peranti!*
✅ TV | Android Box | Telefon | Tablet | PC | Fire Stick

---

*💰 MENGAPA HARGA KAMI LEBIH TINGGI?*
Kami menawarkan akaun *100% eksklusif, stabil, dan premium* – bukan akaun kongsi murahan. Nilai sebenar untuk pengalaman hiburan terbaik!

---

*🚀 TEMPAH SEKARANG – STOK TERHAD!*
📩 *WhatsApp*: [wa.chatfuel.com/aethervyxen](https://wa.chatfuel.com/aethervyxen)
📩 *Telegram*: [@AETHERVYXEN](/channel/AETHERVYXEN)

*🌟 AETHER VYXEN – HIBURAN PREMIUM TANPA KOMPROMI!*

---

*🔖 Nota*:
- Peranti perlu disahkan kesesuaian untuk Netflix (*sila maklumkan sebelum beli*).
- Amazon Prime & Netflix: 2 peranti serentak, kualiti 4K UHD.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

9 FEBRUARI 2025 BBP RAUB Sambungan Operasi Khidmat Khas Mangsa Disyaki Lemas di Sungai Lipis bertempat di Kampung Badang, Batu Talam, Raub.

Pasukan melaksanakan operasi pencarian dengan kaedah water surface rescue menggunakan bot di lokasi kejadian dan kaedah manual secara menghilir ke hulu sungai anggaran jarak 5 kilometer dari tempat terjatuh.

Turut bersama dalam operasi adalah dari pihak Polis Diraja Malaysia PDRM Raub, Angkatan Pertahanan Awam APM Raub, Pasukan Bomba Sukarela PBS Mukim Dong, Pasukan Bomba Sukarela Sungai Klau, Persatuan Malim Gunung PMGR Raub, NGO serta orang kampung yang turut membantu operasi di daratan serta sungai.

Mangsa belum dijumpai dan operasi ditangguhkan pada jam 1930HRS.

Sumber Bbp Raub

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan

Georgetown: Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terbabit dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.

"Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

"Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek ditahan untuk siasatan lanjut," menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: Februari 8, 2025 @ 12:28pm

Kredit ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja terjun tingkat satu hotel selamatkan diri dari sindiket pemerdagangan manusia

Muzliza Mustafa – Kuala Lumpur

Nekad larikan diri dari genggaman sindiket pemerdagangan manusia, seorang remaja berumur 20 tahun dari Johor terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Kemboja sebelum diselamatkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Menurut aktivis MHO, Azirul Syafik, remaja itu ke Kemboja setelah diajak rakan untuk berkerja di sana tanpa diketahui ianya perangkap sindiket pemerdagangan manusia.

“Setelah sampai tiga minggu lalu, dia tidak sangka akan dikurung oleh sindiket di Sihanoukville. Selain itu dia turut dipukul kerana tidak mahir menggunakan komputer,” kata Azirul kepada media di Lapangan Terbang KLIA2 di Sepang, Selangor pada Jumaat.

Katanya mangsa dipukul bertubi-tubi secara berkumpulan oleh ahli sindiket semasa dalam tahanan dan terpaksa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan sebelum dibawa pulang.

Kata Azirul, kebanyakkan mangsa dari Malaysia yang terperangkap di pusat penipuan di Kemboja adalah dari Johor, Sarawak dan Sabah.

Selain itu Azirul turut berkongsi taktik terbaru sindiket yang kini menawarkan pekerjaan di Singapura sebagai umpan memperdayakan mangsa.

“Tawaran pekerjaan banyaknya kepada warga Johor. Ditawarkan bekerja di Singapura tapi perlu menghadiri latihan di Phnom Penh. Jadi hati-hatilah dengan tawaran pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, setiausaha agung MHO Hishamuddin Hashim berkata jelas adanya kaitan sindiket pemerdagangan manusia di Kemboja dan Malaysia dan kes terbaru melibatkan remaja yang diselamatkan mengesahkan pertalian itu.

“Ibu mangsa menghubungi MHO selepas mangsa dipukul. Apabila sindiket mengetahui perkara ini, rumah keluarga mangsa didatangi individu-individu berulang kali minta keluarga tarik semula aduan.

“Mereka datang untuk memberikan tekanan. Kita telah nasihatkan keluarga untuk membuat laporan polis,” katanya.

Keterangan gambar: Aktivis MHO memegang sekeping gambar menunjukkan kesan luka di belakang badan mangsa akibat dipukul semasa dalam tahanan sindiket, 6 Disember 2024. [Ihsan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia]

#sindiketpekerjaan #mho #penipuan
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penunggang motosikal maut tersepit di bawah bas

08 Februari 2025, 11:23am

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan bas kilang di Jalan Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 pagi.

Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis SYM dan sebuah bas.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 63 tahun iaitu penunggang motosikal telah tersepit di bawah bas.

“Anggota bomba bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang telah dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Buletin tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Kalau pokok moktan tu ditebang, amacam?
Mungkin masalah boleh settle kot?
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🌟 Jimat Sehingga RM1200 dengan LG Home Appliances – Mudah & Selesa dengan Teknologi Terkini! 🌟

✨ PROMOSI COMBO: Pilih mana-mana 2 item dan nikmati DISKAUN RM20 😍:
✅ Penapis Air serendah RM40
✅ Penapis Udara serendah RM30
✅ Mesin Basuh serendah RM55
✅ Dryer serendah RM70
✅ Peti Sejuk serendah RM70
✅ #Aircond serendah RM80
✅ TV 75 Inci serendah RM150
✅ Soundbar + Woofer serendah RM50
✅ LG Styler serendah RM78

💥 Dengan Pelan LG Subscribe, bayaran bulanan bermula dari RM30 sahaja selepas diskaun! 😱

🕒 Tawaran Terhad, Stok Terhad! Siapa cepat, dia dapat! 😍

📌 Semak kelayakan anda sekarang!
❌ Tiada Deposit
❌ Tiada Downpayment

✅ Terima Debit/Kredit Kad

❌ Bukan Loan Kedai
❌ Bukan Loan AEON

🌟 Revolusi #LGSubscribe Plan – Mudah, Berbaloi & Praktikal! 🌟

📞 SEMAK KELAYAKAN ANDA SEKARANG:
016 445 5468

📩 Klik sini untuk daftar segera
https://wa.me/60164455468

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

+ve thinking

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

beli je fon ni untuk anak korang

https://s.shopee.com.my/1LQkasjrwg

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN JALAN RAYA DI SELEKOH LADANG SELBORN, KUALA LIPIS
Tarikh: 7 Februari 2025

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis yang terdiri daripada 7 anggota telah dikejarkan ke lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Wish yang terbabas ke bahu jalan.

Sebanyak 8 mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Daripada jumlah tersebut, 6 mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut, manakala 2 mangsa tidak mengalami kecederaan.

Pasukan bomba telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan sebelum menyerahkan kes ini kepada pihak PDRM dan KKM untuk tindakan selanjutnya.

Peringatan: Sentiasa berhati-hati di jalan raya, terutama di kawasan selekoh bagi mengelakkan insiden seperti ini. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Sumber
Bbp Kuala Lipis

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SchaYang sempat bergurau dengan adik sebelum meninggal dunia

Kota Bharu: "Dalam tempoh seminggu ini keluarga berada dalam gembira kerana kakak bertemu jodoh dengan pasangan yang serasi dan mempunyai ketinggian lebih darinya pada 30 Januari lalu.

"Namun, malam tadi keluarga bersedih selepas kakak meninggal dunia akibat sesak nafas kerana mempunyai penyakit jantung," kata Nur Syazwani Najihah Saufi, 18.

Nur Syazwani Najihah adalah adik kepada pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang yang meninggal dunia malam tadi selepas mengalami sesak nafas.

Katanya, dia terkejut dengan pemergian kakak kerana sebelum itu mereka sedang berbual dan bergurau senda di ruang tamu rumah di Kampung Pengkalan Datu di sini.

"Ketika berbual kakak kata sakit dada dan dia sempat menggosok bahagian itu sebelum pengsan di atas riba saya.

"Kami cuba membantu di samping menghubungi ambulans untuk membawa kakak ke hospital, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan yang hadir," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nur Syazwani Najihah yang juga anak ketiga daripada empat beradik berkata, ketika kejadian suami kakak, Muhamad Syahmi Zulkifli, 27, pulang ke Terengganu kerana perlu bekerja.

Mereka menghubungi suami kakaknya yang terus pulang ke kampung untuk melihat keadaan isterinya.

Katanya, walaupun sedih, namun mereka reda dengan pemergian kakak dan berharap orang ramai mendoakan Allahyarham.

"Jenazah kakak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sering selepas solat Jumaat hari ini," katanya yang turut mempunyai sakit jantung.

Menurutnya, mereka empat beradik termasuk kakak diagnosis mengidap sindrom marfan yang diwarisi daripada ibu mereka, Rahimah Yunoh, 53, yang berketinggian 171 sentimeter (cm).

Katanya, mereka sekeluarga mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Terdahulu, SchaYang yang mempunyai pengikut seramai 86,200 di TikTok meninggal dunia jam 11.30 malam di rumahnya di Pengkalan Datu.

SchaYang berketinggian 186 cm berkahwin dengan Muhamad Syahmi yang berketinggian 195 cm pada 30 Januari lalu.

Disiarkan pada: Februari 7, 2025 @ 8:51pm
Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

RESPON KE TEMPAT KEJADIAN OLEH PH 617 KEMALANGAN MELIBATKAN 1 M/KAR DENGAN 1 BASIKAL DI KAMPUNG SEBERANG BALOK 26100 KUANTAN PAHANG

Tarikh : 07.02.2025
Masa : 2000HRS - 2030HRS
Lokasi : KAMPUNG SEBERANG BALOK 26100 KUANTAN PAHANG.

▪️ Kemalangan melibatkan 1 M/kar dengan 1 Basikal.

▪️Mangsa 1/L Bangladesh cedera di bahagian muka dan kepala.Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sumber ipd beserah

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing dalam tong sampah

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLISYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

07 Februari 2025 08:51pm

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian beberapa ekor kucing yang bangkainya dibuang ke dalam tong sampah di Jelutong di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, polis mengesan satu video tular di media sosial mengenai kejadian itu pada jam 5.20 petang Rabu.

Menurutnya, rakaman video berdurasi 30 saat itu menunjukkan beberapa bangkai kucing di dalam sebuah tong sampah berhampiran bangunan Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA).

"Polis menerima laporan sekitar jam 4.29 petang semalam daripada seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai ‘rujuk kepada agensi lain’, khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya telah turun padang ke lokasi penemuan bangkai haiwan tersebut untuk menjalankan siasatan awal.

"Siasatan akan diteruskan untuk mendapatkan bukti," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, tular video mengenai perkara tersebut di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Kebanyakan warganet menyatakan kekesalan dan kemarahan mereka terhadap pelaku kepada haiwan tersebut.

Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️disney, prime dan iptv juga ada

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua orang Sahabat min terlibat dlm Kemalangan di Jln Bukit Selambau/ Kuala Ketil ptg tadi.. Pemandu Emy Din Selamat .. Pozi cedera di dahi dan sedang dirawat di Hospital Sungai Petani.
Mudahan xdak yg serious..
Kejadian melibatkan kereta dgn kereta.

Sumber
INFO SEMASA, RIADAH, MUSIBAH, KEMALANGAN, BENCANA KEDAH & UTARA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan langgar lembu di daerah jiran kita.. di jalan Lok Heng - Waha, Kota Tinggi.

#langgarlembu
#sampaibila
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sah 10 terbunuh pesawat terhempas atas salji di Alaska

Washington: Serpihan pesawat kecil yang hilang di Alaska ditemui pada Jumaat, di atas ais laut dengan semua 10 orang di dalamnya disahkan terkorban, kata pihak berkuasa.

New York Post melaporkan, jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Mike Salerno berkata, pasukan penyelamat menemui pesawat itu ketika pencarian menggunakan helikopter di lokasi terakhir pesawat dan menurunkan dua penyelamat untuk menyiasat.

Pesawat Cessna Caravan yang membawa sembilan penumpang dan seorang juruterbang berlepas dari Unalakleet sekitar jam 2.37 petang, Khamis dan menuju ke Nome.

Bagaimanapun, pesawat itu terputus hubungan dengan pihak berkuasa kira-kira sejam kemudian.

Pihak berkuasa pada Jumaat berkata, pesawat itu hilang dalam sekelip mata.

Pada Khamis lalu sekitar jam 3.18 petang, pesawat itu mengalami keadaan 'menjunam dan kehilangan kelajuan yang cepat' kata Pegawai Pengawal Pantai AS, Leftenan Komander Benjamin McIntyre-Coble pada Jumaat sebelum serpihan itu ditemui.

"Mengenai kejadian itu, saya tidak boleh membuat spekulasi," katanya.

Pasukan Pengawal Pantai kini menganggap usaha untuk mencari pesawat itu sebagai operasi pencarian dan penyelamatan, kata McIntyre-Coble, sambil menambah beliau tidak tahu sama ada pesawat itu mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan sebelum hilang.

Pesawat satu enjin itu berada pada kapasiti maksimum apabila ia hilang di Norton Sound di Alaska, menurut Jabatan Keselamatan Awam negeri itu.

Semua sembilan penumpang adalah dewasa, namun identiti mereka belum diumumkan.

Kejadian pesawat di Alaska ini adalah tragedi penerbangan utama ketiga di Amerika Syarikat dalam tempoh seminggu.

Rabu lalu, sebuah penerbangan American Airlines terhempas ke helikopter Tentera berhampiran Washington.

Dua hari kemudian, sebuah pesawat pengangkutan perubatan terhempas di Philadelphia mengorbankan enam orang di dalam pesawat dan seorang lagi di darat.

Disiarkan pada: Februari 8, 2025 @ 11:49am

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Setengah tahun jadi hamba 'ladang telur' manusia

Bangkok: Kira-kira 100 wanita dijadikan hamba 'ladang' telur manusia di Georgia yang mana mereka diberi suntikan hormon dan dilayan seperti lembu.

Kisah mengerikan itu didedahkan oleh tiga wanita Thailand yang dibebaskan dari cengkaman 'mafia telur' pada 30 Januari selepas dieksploitasi selama setengah tahun, lapor Bangkok Post.

Wanita itu berkata, mereka ditahan dan 'dibiakkan' di Georgia, Eropah Timur oleh sebuah organisasi jenayah yang diketuai oleh penjenayah Cina, yang menjual telur mereka di pasaran gelap.

Wanita Thailand itu diselamatkan selepas terjebak dalam skim pengambilan telur manusia yang dikendalikan oleh mafia Cina di negara bekas republik Soviet, Georgia.

Usaha untuk membebaskan mereka dimulakan oleh pengasas Yayasan Pavena untuk Kanak-kanak dan Wanita, Pavena Hongsakula.

Pavena berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu daripada seorang lagi mangsa wanita yang dibebaskan dan kembali ke Thailand pada September tahun lalu hanya selepas membayar kira-kira 70,000 baht (RM9,168) kepada kumpulan berkenaan.

Mangsa memberitahu Pavena terdapat warga Thailand lain yang masih terperangkap di ladang telur manusia kerana tidak mempunyai wang untuk membayar pembebasan mereka.

Polis Hal Ehwal Luar Negeri Thailand diketuai Surapan Thaiprasert bekerjasama dengan Interpol dan berjaya membantu tiga wanita lain kembali ke Thailand pada 30 Januari lalu.

Bercakap kepada media melalui siaran langsung di Facebook (FB) yayasan itu pada Isnin lalu, salah seorang mangsa berkata, dia melihat iklan pekerjaan di FB yang menjanjikan pendapatan antara 400,000 hingga 600,000 baht (kira-kira RM52,413 hingga RM78,623).

Dia kemudian menghubungi nombor tertera di dan diberitahu pekerjaan itu adalah menjadi ibu tumpang bagi pasangan yang tidak mempunyai anak di Georgia, dan ia sah di sana.

Majikan kemudian membayar permohonan pasport dan perbelanjaan perjalanan lain, kata wanita itu.

Dia dan kira-kira 10 mangsa lain pergi ke Georgia pada Ogos diketuai oleh seorang wanita Thailand yang dipercayai bekerja untuk kumpulan itu.

Setibanya di sana, mereka dibawa ke sebuah kawasan yang mempunyai empat rumah besar dan sekurang-kurangnya 100 wanita Thailand sudah tinggal di sana.

Tempat itu dikendalikan oleh gengster Cina dan ternyata tiada pasangan yang memohon untuk ibu tumpang di sana, katanya.

Sebaliknya, mereka diberikan suntikan hormon untuk merangsang ovari mereka.

Setiap bulan, wanita itu dibius dan telur mereka diambil, katanya yang menambah ada beberapa wanita tidak dibayar langsung.

Telur yang diambil dipercayai dijual dan diperdagangkan di negara lain untuk digunakan dalam prosedur persenyawaan in-vitro (IVF), kata Pavena.

Polis berkata, siasatan masih diteruskan dan mungkin akan ada lebih ramai diselamatkan.

Menurut rekod Yayasan Pavena, 257 orang Thailand menjadi mangsa penyeludupan manusia pada 2024, yang mana 53 ditemui di Thailand dan 204 di negara lain.

Yayasan itu sudah membantu menyelamatkan 152 orang daripada mereka.

Georgia tidak mempunyai undang-undang khusus mengenai ibu tumpang.

Bagaimanapun, syarikat yang beroperasi di sana mengiklankan perkhidmatan mereka dan pengaturan ibu tumpang dianggap sebagai kontrak yang sah.

Kerajaan Georgia menyatakan mereka sedang dalam proses untuk mengisytiharkan ia sebagai haram.

Disiarkan pada: Februari 8, 2025 @ 11:22am

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIARAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA

* POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

TARIKH: 08 FEBRUARI 2025

VIDEO TULAR DI LAMAN SOSIAL BERKENAAN KEMALANGAN MELIBATKAN

(5) BUAH KENDERAAN

POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA TELAH TERKESAN SATU VIDEO YANG DIMUAT NAIK DI HALAMAN FACEBOOK OLEH PEMILIK AKAUN JB TRACER II Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report 2 DI PAUTAN https://www.facebook.com/share/p/19FMdEqWdw/?mibextid=wwXIfr YANG MEMAPARKAN KEMALANGAN JALAN RAYA YANG MELIBATKAN (5) BUAH KENDERAAN.

MAKLUMAT BERKAITAN KEJADIAN TERSEBUT TELAH DITERIMA OLEH POLIS JOHOR BAHRU UTARA PADA 07 FEBRUARI 2025 JAM LEBIH KURANG 5.10 PETANG DAN LAPORAN POLIS MENGENAI KEJADIAN TERSEBUT TELAH DIBUAT PADA 07 FEBRUARI 2025 JAM LEBIH KURANG 6.25 PETANG.

HASIL SIASATAN MENDAPATI KEJADIAN BERLAKU DI LAMPU ISYARAT JALAN KEMPAS BARU, KEMPAS, JOHOR DI MANA SEBUAH KENDERAAN JENIS FORD RANGER 2.0 YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN BERUMUR 33 TAHUN DALAM PERJALANAN DARI ARAH PASIR GUDANG MENUJU KE SETIA TROPIKA DIPERCAYAI TELAH MELANGGAR

SEBUAH KERETA PERODUA AXIA YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN BERUMUR 21 TAHUN. KETIKA ITU, KENDERAAN BERKENAAN SEDANG BERGERAK DI LORONG YANG SAMA SEMASA LAMPU ISYARAT BERWARNA HIJAU.

AKIBAT PELANGGARAN TERSEBUT, PEMANDU FORD RANGER TERBABAS MEMASUKI LALUAN BERTENTANGAN LALU MELANGGAR SEBUAH VAN ΚΙΑ PREGIO YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN BERUMUR 53 TAHUN. SELAIN ITU, KENDERAAN TERSEBUT TURUT MELANGGAR DUA BUAH MOTOSIKAL IAITU YAMAHA Y15ZR YANG DITUNGGANG OLEH SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN BERUMUR 18 TAHUN DAN YAMAHA 135LC YANG DITUNGGANG OLEH SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN BERUMUR 46 TAHUN YANG KETIKA ITU SEDANG BERHENTI DI LAMPU ISYARAT LOKASI KEJADIAN.

KEMALANGAN TERSEBUT MENYEBABKAN PEMANDU VAN MENGALAMI KECEDERAAN DI BAHAGIAN KEPALA DAN ΚΑΚΙ ΚΑΝAN. PENUNGGANG MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR PULA CEDERA DI BAHAGIAN PINGGANG, LEHER, KAKI DAN TANGAN, MANAKALA PENUNGGANG MOTOSIKAL YAMAHA 135LC MENGALAMI KECEDERAAN DI BAHAGIAN KEPALA, LEHER, TANGAN KANAN SERTA KEDUA-DUA BELAH KAKI. PEMANDU VAN SERTA KEDUA-DUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MASIH MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU. SEMENTARA ITU, PEMANDU FORD RANGER DAN SEBUAH LAGI KENDERAAN YANG TERLIBAT TIDAK MENGALAMI SEBARANG KECEDERAAN.

UJIAN SARINGAN AIR KENCING KE ATAS PEMANDU PICK-UP MENDAPATI NEGATIF DADAH, MANAKALA UJIAN SARINGAN BACAAN ALKOHOL (SD2+) JUGA NEGATIF KANDUNGAN ALKOHOL.

KEMALANGAN INI DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 43 (1) ΑΚΤΑ PENGANGKUTAN JALAN (APJ) 1987 IAITU MEMANDU DENGAN TIDAK CERMAT DAN BERTIMBANG RASA DI MANA JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK KURANG DARIPADA LIMA RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEВІН DARIPADA SEPULUH RIBU RINGGIT SERTA BOLEH DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA BELAS BULAN.

PIHAK POLIS MENYERU ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT BERKAITAN KES INI SUPAYA MENGHUBUNGI DAN MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENYIASAT IAITU INSPEKTOR MUHAMMAD HAFIZ BIN AMINUDDIN DI TALIAN TELEFON 011-35807871.

T.T

(BALVEER SINGH A/L MAHINDAR SINGH) ACP

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TVET PILIHAN TERBAIK BINA KERJAYA 👨‍🏭

SIRI JELAJAH TEMUDUGA KEMAHIRAN KINI DI NEGERI SEMBILAN DAN JOHOR

PERHATIAN KEPADA BELIA LEPASAN SPM DAN UMUR 16 TAHUN ‼️

17 BUAH PROGRAM YANG DITAWARKAN 🫵🏻

📌 INSENTIF & KELEBIHAN TVET MALAYSIA
✅Sijil & Diploma Kemahiran diiktiraf Kerajaan
✅Elaun Setiap Bulan
✅Bantuan Pinjaman Yuran Latihan Pengajian (Program Kemahiran)
✅Jaminan Kerjaya dan Asrama Disediakan

Boleh Hadirkan Diri Anda Ke Lokasi Temuduga Terdekat 👇🏻

📆 15/2/2025 (SABTU)
⏰ 9:30 PAGI

📍 JEMPOL
🏢 SK TUNKU MUDA SERTING

📍 KLUANG
🏢 SK LELAKI BANDAR KLUANG

———

📆 16/2/2025
⏰ 9:30 PAGI

📍 SEREMBAN
🏢 SK RAHANG

📍 SKUDAI
🏢 SMK TAMAN SUTERA

———-
Berminat Nak Hadir Temuduga❓
Tekan Link Terus Kepada Pegawai Bertugas
👇
📲 http://wa.me/601153403356?text=KEHADIRANN9

📲 http://wa.me/601153403356?text=KEHADIRANJOHOR

Nama:
Umur:
No Tel Pelajar:
No Tel Bapa:
No Tel Ibu:
Kursus:
Lokasi Temuduga:
Kehadiran bersama: (IbuBapa/Penjaga)

🧔🏻‍♂ENCIK ZUL
📱011-5340 3356

MOHON HEBAHKAN KEPADA YANG BERMINAT

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Binatang laut dalam ini iaitu ikan angler didapati berenang menuju ke permukaan di perairan Tenerife. Tiada penjelasan saintifik kenapa ia berlaku..

Kredit ➡️ Astronomi & Sains

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan

NORAFIDAH ASSANNORAFIDAH ASSAN
08 Februari 2025 09:41am

REMBAU - Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di lorong kecemasan di kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian pada jam 8.45 malam itu membabitkan motosikal Yamaha LC ditunggang mangsa, Muhammad Ikmal Abdullah, 21 dengan sebuah lori dipandu lelaki berusia 27 tahun.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka.

"Sebaik sampai di tempat kejadian motosikal ditunggangnya telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang lori yang sedang meletakkan kenderaannya di lorong kecemasan kerana tayar hadapan kiri pancit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, penunggang jatuh di atas jalan dan maut di tempat kejadian kerana parah di kepala manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat. Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIAPA SINI NAK KULIT CANTIK SEBELUM RAYA? 🥰

mehh pm kita!
Dapat FREE GIFT BERNILAI LEBIH RM35!
POSTAGE SAYA BELANJA!🎉
Paling best boleh dapat harga murahhhh!

Tekan link!
http://www.wasap.my/60104315732/COLLAGENSHAKLEE+FEBPROMO

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

⚠️ KES LANGGAR LEMBU
08 FEBRUARI 2025 | SABTU

Kejadian langgar lembu awal pagi tadi sekitar jam 1.30 pagi di jalan Jemaluang berhampiran kuarters polis Sri Pantai melibatkan penunggang motorsikal.

Tuan punya lembu, sila bertanggungjawab!

YB Mohd Jafni Md Shukor
YB Raven Kumar Krishnasamy

#DemiMersing
#LanggarLembuMersing
#sampaibila

Sumber
Media Kimuniti Mersing

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Suami sebut nama saya sekali lafaz saja' - Nijajujijaniba

KOTA BHARU - "Suami dan jurunikah hanya sebut nama saya sekali saja," kata Nijajujijaniba Mohd Jin, 45, selepas namanya dikatakan panjang dan sukar disebut.

Menurut Nijajujijaniba atau lebih mesra dengan panggilan Jiji, ramai yang menganggap namanya pelik dan banyak suku kata.

Kata Jiji, suaminya, Rosli Yusof, 54, akad nikah hanya sekali lafaz ketika mereka berkahwin lebih 20 tahun lalu, manakala jurunikah juga tidak tersasul menyebut namanya.

Jiji juga tidak pernah terfikir nama yang diberikan oleh bapanya, Allahyarham Mohd Jin Hassan itu boleh disamakan dengan nama orang Thailand.

"Saya pernah bertanya arwah bapa mengenai nama yang diberi ini tetapi jawapannya ialah hanya berkenan dengan nama itu dan sesuai dengan diri saya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Jelasnya lagi, ada ketikanya petugas di beberapa agensi sukar menyebut namanya terutama ketika mendapat rawatan di hospital atau berurusan di pejabat tertentu.

Ibu kepada empat anak berusia lapan hingga 21 tahun itu mengakui pernah diejek ketika di sekolah rendah dan dipanggil 'saji' oleh rakan-rakan.

"Saya pada mulanya memang sedih dengan ejekan itu tetapi lama-kelamaan sudah biasa dan menganggapnya sebagai gurauan," katanya.

Akibat selalu diejek dia pernah meminta untuk menukar nama ketika berusia 12 tahun namun bapanya enggan memberi kerjasama.

"Ketika memasuki sekolah menengah, saya pada mulanya malu dengan nama sendiri tetapi selepas itu boleh menerimanya.

ASWANY OMAR
08 Februari 2025 07:30am

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PERLIS 08/02/2025

Seorang pelajar maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di hadapan Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Pauh di Perlis sebentar tadi.

Sumber ➡️ KOSMO

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Taman nusa damai pasir gudang ada kemalangan... motor dan kereta.... mangsa cedera parah...

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

mudah hidup korang x perlu bawa asing tali cable

petua💡https://s.shopee.com.my/gB2NZAqsa

Читать полностью…
Подписаться на канал