infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

40 motosikal, kereta dan 3 kedai musnah dalam kebakaran di Sentul

Oleh Farwizah Samsudin -February 7, 2025

SEBANYAK 40 buah motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di tiga lot kedai di Sentul pada awal pagi kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 5.15 pagi.

Sepasukan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Setapak, Titiwangsa, Jalan Hang Tuah dan Sri Hartamas telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Rusdi Ismail berkata, bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kedai yang terdiri daripada bengkel kereta, kedai menjual vape dan kedai makan.

“Kebakaran berkeluasan 50×50 kaki persegi itu telah menyebabkan kemusnahan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

#UtusanTV
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

06/02/2025 Khamis mlm Jumaat.

Kejadian - kemalangan maut.
Mangsa - penunggang motosikal
Lokasi - laluan masuk Jalan Persisiran Perling Satu / Highway Perling.

Aduan - kekerapan berlakunya kemalangan maut berlaku di lokasi tersebut dan mangsa maut akibat terhumban ke main hole/lubang yang terbuka disebabkan tiada hadangan.

Mohon tindakan - pihak JKR Johor Bahru / Selia Selanggara /yang bertanggungjawab memasang Guardrail atau hadangan konkrit bagi mengurangkan kemalangan maut di kawasan tersebut.
Minta perhatian juga dari AhliMajlis MBIP Zon 24 Perling mengutarakan permasalahan ini .

Alfatihah buat mangsa kemalangan.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

11:06hrs Awas! Kemalangan KM 22.1 arah Selatan dari Kulai ke Senai. Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SUBHANALLAH
Perginya di hari yang baik...
Jumaat Saiyyidul Ayyam.
Pagi ini mendapat berita pemergian bapa saudaraku Allayarham Pak Lang Roslan Salleh (pelakon veteran)
Seorang yang baik pekertinya, tinggi budi bahasa semasa hayatnya.
Jenazah akan diuruskan di Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah dan akan dikebumikan selepas Solat Jumaat hari ini.
Semoga roh Pak Lang Roslan dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan hambaNYA yang soleh.

#MatiItuPasti
#Innalillahiwainnailaihirojiun
#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan pagi ini di taman bukit perdana, batu pahat.

06/02/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan motor dengan lori di renchong, muar malam tadi.

07/02/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEBAKARAN KEDAI

Tarikh:6/2/2025
Lokasi:Jalan Omar Batu Pahat

Bomba Channel
Bomba Channel Official
Bomba Channel HQ
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Bomba Zon 3 - Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFAQ JUMAAT RM10

Amjad Quran Centre membuka peluang bagi siapa sahaja yg ingin membuat sumbangan seikhlas hati.

Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan dalam AQC bg kemudahan pelajar & pengajar.

Dalam masa yg sama dapat kami manfaatkan sumbangan tersebut untuk mengembangkan AQC supaya ramai lagi masyarakat (kanak²-warga emas) berpeluang mempelajari ilmu Al-Quran..

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(QS Muhammad: 7)

Sumbangan boleh disalurkan di sini:

Maybank
555069128470
Amjad Quran Centre

Ref : Infaq AQC

Jazakumullah kheir 💐

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring.

AISYAH BASARUDDIN
06 Feb 2025 8:40 am

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu.

Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz.

Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.

Sebelum ini, kehilangan Eyka tular apabila rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, menyedari perkara berkenaan kira-kira jam 2 pagi Isnin lalu ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

Memetik laporan media, Ammar Nazhan berkata, lebih dari 20 orang menyertai aktiviti paranormal, tetapi tujuh sahaja masuk ke dalam hutan termasuk Eyka.

"Hanya dia perempuan yang masuk ke dalam hutan, kebetulan waktu itu Eyka sedang datang bulan,” ujarnya lagi.

Menurut khabar terbaharu di TikTok @Arasz, pihaknya selesai berurusan dengan polis dan ketua kampung, manakala Eyka dipercayai dirawat di hospital.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Perkara : Khidmat khas kemanusiaan terperangkap di dalam ruman
Tarikh : 5 Februari 2025
Masa : 10:21:38
Lokasi. : B-05-12 Apartment Aman Putra Jinjang Utara Kuala Lumpur
Bbp Jinjang Kuala Lumpur

Terima panggilan kecemasan sorang wanita terperangkap di dalam rumah. Insiden melibatkan seorang wanita cina warga emas ditemui di bilik air dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri. Anggota bomba bertindak memotong kunci pintu jeriji besi bagi tujuan kerja kerja penyelamatan, Anggota unit EMRS Jinjang melakukan rawatan CPR dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Trauma resas 1 zon merah Hospital Selayang.

Sumber
Bbp Jinjang

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pasangan pelakon Linda, Beego bercerai kali ketiga
06 Februari 2025, 10:31am

KUALA LUMPUR: Pelakon Linda Hashim hadir sendirian ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa kelibat suaminya, Beego kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Mengulas lanjut, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, memberitahu, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, sudah pun dimaklumkan mengenai prosiding tersebut.

“Hari ini adalah sebutan pertama selepas saya memfailkan perceraian, awal bulan lalu.

“Saya kurang pasti keberadaan Beego, cuma dia sudah dimaklumkan mengenai sebutan hari ini. Peguam sudah menghantar notis mahkamah kepadanya,” katanya Ketika ditemui di pekarangan mahkamah.

Difahamkan, Beego kini berada di Labuan, Sabah menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram.

Tampil mengenakan jubah hitam dan bertudung warna cerah, Linda ditemani peguam syarie, Nurul Fadzilah Kamaluddin kemudian tergesa-gesa meminta diri untuk menuju ke kamar perbicaraan.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Artikel Buletin Tv3
Video media Hiburan

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra. Salam Malaysia Madani. Salam Maju Johor.

JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA

TARIKH/MASA PANGGILAN: 05.02.2025 JAM 15:38:00
ALAMAT: TAMAN BUKIT SOGA, DEPAN WISMA ANAK YATIM BATU PAHAT
MASA JENTERA SAMPAI: 15:41:00
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): KM
MASA OPERASI TERKAWAL:
MASA OPERASI TAMAT: 15:54:00
MANGSA: TIADA
KEANGGOTAAN: BBP PENGGARAM

CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR TERDAPAT KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN 3 BUAH KENDERAAN. TIADA MANGSA TERSEPIT. MANGSA TELAH BERJAYA KELUAR SEBELUM PKO TIBA. TIADA OPERASI DIJALANKAN. SETELAH MEMASTIKAN KEADAAN SELAMAT JENTERA DAN ANGGOTA BERTOLAK BALIK BALAI.

MAKLUMAT KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
JUMLAH ANGGOTA: 8 ANGGOTA
JENTERA: FRT-1, RIM - 2

SEKIAN, TERIMA KASIH.

@top fans
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Dato Haji Mohd Jafni Bin Haji MD Shukor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Bomba Channel
KPKT Malaysia
Bomba Zon 3 - Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
Bomba Channel Official

Sumber Jbpm Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

seney keje abam ada assistant awam

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PERLIS 06/02/2025.

Kemalangan melibatkan kereta terbabas berhampiran selekoh Bukit Keteri, tengah malam tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 05/02/2025.

Kemalangan melibatkan 3 buah kereta di Jalan Simpang Renggam - Renggam, dekat simpang Lorong Haji Amir.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ KHI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥 Apa Pilot Boleh Nampak dari Kokpit? ✈️👀

Pernah terfikir tak, pilot boleh nampak apa yang berlaku dalam kabin penumpang? Jom bongkar misteri ni!

🚫 Jawapan ringkas: Tak boleh. Pilot tak dapat tengok penumpang secara langsung dari kokpit. Kabin dan kokpit dipisahkan sepenuhnya dengan pintu khas untuk keselamatan dan fokus operasi penerbangan.

💡 Kenapa Pilot Tak Boleh Tengok Kabin?

1️⃣ Pintu Kokpit Diperkukuh 🚪 – Direka khas untuk keselamatan, terutamanya selepas peristiwa 9/11. Tiada tingkap untuk mengintai pun!

2️⃣ Reka Bentuk Kokpit 🔧 – Fokus utama kokpit adalah navigasi dan kawalan pesawat, bukan untuk tengok apa yang berlaku di belakang.

3️⃣ Sistem Komunikasi 🎧 – Jika ada sesuatu yang perlu dilaporkan, pramugari akan hubungi pilot melalui interkom.

👀 Jadi, Apa Sebenarnya Pilot Boleh Nampak?

🌤️ Di Udara: Horizon luas, cuaca, pesawat lain, dan laluan penerbangan.

🌍 Di Darat: Landasan, terminal, dan pergerakan kru di luar pesawat.

📊 Dalam Kokpit: Skrin digital yang tunjukkan keadaan kabin macam tekanan udara, suhu, dan status tali pinggang keselamatan.

✨ Fakta Menarik: Sesetengah pesawat ada kamera keselamatan dalam kabin yang hanya dipantau semasa fasa kritikal macam berlepas dan mendarat.

🚀 Kesimpulan: Masa tengah terbang 35,000 kaki di udara, pilot fokus penuh pada penerbangan. Jadi, keselamatan dalam kabin? Itu kerja pramugari yang berpengalaman!

#FaktaAviation
#RahsiaPilot
#DiSebalikKokpit
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur.

Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my
February 7, 2025 @ 11:02am

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Roslan Saleh, 68, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka kira-kira jam 7 pagi tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Isterinya, Zainun Majid berkata, arwah meninggal dunia dalam tidur.

"Arwah ada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu. Arwah sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu, meninggal dunia dalam tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur dan Alhamdulillah, pergi pada Jumaat yang mulia ini," katanya kepada BH Online.

Zainun berkata, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang dan disemadikan selepas solat Jumaat.

"Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat," ujarnya.

Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.

Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu.

Sepanjang lebih tiga dekad berada dalam dunia seni, Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular. Antaranya, Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan, manakala Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda adalah filem terakhir lakonannya.

Roslan berkata, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis kronik dan terlantar di rumah.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

comeyl naga jadi british short hair

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

raya da nak dekat leh amik official sini rege daripada beli harga tiktok mahai
Kj https://s.shopee.com.my/2Azq0GWTXE

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan di jalan bukit setongkol persimpangan lampu isyarat jalan haji joned, kuantan tengah hari semalam.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🚨 Accident Just Happened in Front of The Spring Kuching! 🚨

It’s raining, and the road is quite congested. Please drive carefully if you're in the area! Stay safe, everyone!

Info From Sarawak Roads Update ❤️🙏

#accident #drivesafe #kuching #kuchingking #thedailynewszone

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐢𝐥𝐲 𝐍𝐞𝐰𝐬 𝐙𝐨𝐧𝐞 𝐚𝐭 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐨𝐟 𝐑𝐨𝐧𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐞𝐫 𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KHIDMAT KHAS KEMALANGAN JALAN RAYA

Tarikh:6/2/2025
Lokasi:Kampung Patah Pedang Jalan Sungai Suloh/Sungai Ayam Batu Pahat

Bomba Channel
Bomba Channel Official
Bomba Channel HQ
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Bomba Zon 3 - Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pembonceng maut dalam kemalangan tiga kenderaan

06 Februari 2025, 8:34pm

JELI: Seorang pembonceng maut, manakala penunggang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 4.3 Jalan Jeli-Dabong di sini, malam semalam.

Kemalangan jam 10.50 malam, mangsa, Muhammad Amin Mohd Khairi, 15, cedera parah maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, mangsa membonceng motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang Muhammad Syahban Syukri Derasid, 26.

Katanya, kemalangan berlaku ketika sebuah Proton Wira memberi isyarat membelok ke simpang di sebelah kanan jalan dan pada masa yang sama sebuah treler berada di belakang kereta itu.

“Treler memperlahankan kelajuan, namun secara tiba-tiba motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah belakang cuba mengelak daripada melanggar kereta yang sedang memasuki simpang.

“Motosikal mahu masuk semula ke laluannya, namun terlanggar sisi kanan treler,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, pembonceng maut di tempat kejadian, manakala penunggang cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan bertimbang rasa.

“Pengguna dinasihatkan sentiasa berhati-hati di jalan raya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menyalurkannya bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di talian 09-9440222 atau Pegawai Penyiasat di talian 017-5578763,” katanya.

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📈 Anda mencari cara beli saham di *Bursa Malaysia dan US*? Nak yang *patuh syariah* untuk sumber pendapatan yang *HALAL*?

Sertai kami untuk mendapatkan:

• 📰 Berita saham Malaysia dan US terkini secara PERCUMA
• 📊 Analisis pasaran harian (Bursa & US) secara PERCUMA
• 💡 Tips Pelaburan dan Strategi PERCUMA
• 🌍 Perkembangan Pasaran Global

👉 Mencari yang HALAL itu fardhu ! Silakan masuk ke telegram saya /channel/Anuarjournal
👉 Mencari yang HALAL itu fardhu ! Silakan masuk ke telegram saya /channel/Anuarjournal
👉 Mencari yang HALAL itu fardhu ! Silakan masuk ke telegram saya /channel/Anuarjournal

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

mana2 boleh lekat makin senang la tengok gps kan hehe

https://s.shopee.com.my/AKLWBmz6ON

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra

PANGGILAN KEBAKARAN RUMAH

TARIKH : 06.02.2025
MASA. : 04:35:00
LOKASI : TAMAN KESUMBA
KEHADIRAN : Penyelia dan anggota Pasukan Bravo.

Sekian, Terima Kasih.

Bahagian Operasi JBPM Penang
#BombaPenang
#BombaSungaiBakap
#SGB
#SiapSediaSetiapMasa
#kitajagakitaAllahjagakita

Sumber
Bbp Sg Bakap

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Movie Title: CARRY-On

Powerr gilaaa movie ni🔥🔥😱

10/10 rating‼️‼️

Pada malam Natal, Ethan ingin membuktikan dirinya bahwa ia pantas ditempatkan di bagian mesin, Ethan pun memohon kepada bosnya. Namun, pada malam tersebut bukan keberuntungan dia, karena beberapa menit setelah duduk di pemindai CT, Ethan mendapati seseorang mencoba menyelundupkan sesuatu. Ethan diperas oleh wisatawan misterius agar bisa meloloskan koper ke dalam pesawat.

Genre action thriller film ini tampak ketika kumpulan orang-orang jahat termasuk pembunuh kejam yang diperankan oleh Jason Bateman menggertak dan mengancam Ethan. Ancaman terus membahayakan seluruh penumpang pesawat. Ethan harus beradu strategi untuk bisa mencegah hal buruk terjadi dan membahayakan keselamatan penumpang pesawat.

Berminat nk langgan NETFLIX, PRIME VIDEO , IPTV dan DISNEY HOTSTAR‼️
( IG DAN TIKTOK FOLLOWER JUGA ADA )💥💥contact admin

✅ akaun original
✅ private pin
❌no hack
💯Trusted‼️‼️
Admin fast respon😍💯
Beratus testimoni di telegram😱

BANTERAS HACK ID, KAMI BAGI ORIGINAL ID💯‼️

Join telegram group 👇🏻
Dengan REAL TESTIMONI💥💥

/channel/netflixmurahmalaysiarm8

Cepat 💨 pm admin untk dptkan offer Untuk Layan Movie🔥🔥🔥

https://wa.link/m2oz8v

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

mudah hidup korang x perlu bawa asing tali cable

petua💡https://s.shopee.com.my/2AzoNU4VF8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

5 FEBRUARI 2025 BBP RAUB Sambungan Operasi Khidmat Khas Mangsa Disyaki Lemas di Sungai Lipis bertempat di Kampung Badang, Batu Talam, Raub.

Pasukan melaksanakan operasi pencarian dengan kaedah water surface rescue menggunakan bot di lokasi kejadian dan kaedah manual secara menghilir ke hulu sungai anggaran jarak 5 kilometer dari tempat terjatuh.

Pasukan Penyelamat Di Air SCUBA PPDA BBP Bukit Angin turut hadir di lokasi bagi melaksanakan kerja pencarian dengan membuat selaman 3 spot dive di kawasan disyaki lemas serta lain lain kaedah pencarian.

Khidmat Unit Anjing Pengesan K9 JBPM dari Jalan Klang Lama Kuala Lumpur turut hadir membantu mengesan kawasan berkemungkinan mangsa berada.

Turut bersama dalam operasi adalah dari pihak Polis Diraja Malaysia PDRM Raub, Angkatan Pertahanan Awam APM Raub, Pasukan Bomba Sukarela PBS Mukim Dong, Pasukan Bomba Sukarela Sungai Klau, Persatuan Malim Gunung PMGR Raub, NGO serta orang kampung yang turut membantu operasi di daratan serta sungai.

Operasi turut dihadiri oleh Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Yang Berhormat ADUN Batu Talam Dato' Abd. Aziz bin Haji Mat Kiram, Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim dan lain lain VIP.

Mangsa belum dijumpai dan operasi ditangguhkan pada jam 1900HRS.

Bbp raub

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kmalangan dkt selekoh kg naga lilit padang serai Kedah... mangsa telah dihantar ke hospital Kulim..

#infosemasa

Читать полностью…
Подписаться на канал