infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelajar mandi sungai dikhuatiri lemas

CHUKAI: Seorang pelajar dikhuatiri lemas ketika mandi bersama 10 rakannya di Sungai Neram, dekat sini, petang tadi.

Mohd Yusuf Adnan, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram dipercayai dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam ke dasar sungai kira-kira jam 4 petang.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.35 petang.

Menurutnya, sepasukan 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh dengan bantuan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan polis bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa dikatakan dihanyutkan arus deras dan beberapa rakan mangsa dikatakan cuba memberi pertolongan namun gagal selepas mangsa tenggelam.

"Pasukan penyelamat kini sedang giat menjalankan pencarian dan kita juga akan menambah kekuatan anggota termasuk dari unit STORM," katanya.

Sementara itu rakan mangsa, Nor Mohd Aiman Hakim Mohd Nizam, 16, berkata, dia dan mangsa pada mulanya pergi memancing di sungai terbabit.

"Ketika kami sedang memancing, tiba-tiba datang beberapa rakan yang lain dan mereka mandi di sungai ini.

"Ketika itu, Yusof beri tahu dia nak ikut rakan yang lain mandi kerana dia cakap badannya terasa panas," katanya.

Katanya, sebaik terjun ke sungai, Mohd Yusof tenggelam seketika dan sebaik timbul mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan.

"Yusof semakin hanyut dan saya terjun ke sungai dan berenang untuk selamatkan dia.

"Saya sudah hampir dengan dia dan belum sempat capai tangan, dia tenggelam ke dasar sungai," katanya yang kemudian meminta rakan yang lain segera memaklumkan kejadian itu kepada penduduk berhampiran.

"Saya sangat sedih kerana gagal menyelamatkan Yusof... saya harap rakan baik saya itu ditemui segera," katanya.

Oleh Rosli Ilham
Disember 3, 2024 @ 9:48pm
bhnews@bh.com.my.

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By Moksin Store 🔥

Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD  ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

Waktu bekerja :

Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis Bantuan TNB maut, kereta bertembung dengan pacuan empat roda

SETIU: Seorang anggota Polis Bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut dalam satu kemalangan selepas keretanya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang anggota bomba.

Kejadian tersebut berlaku di Kilometer (KM) 5, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran Kampung Rhu 10, pada jam 6.42 pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Che Mohd Nasir bin Jaafar, 56, berasal dari Pasir Mas, Kelantan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda yang dipandu oleh Romzi bin Mahamood, 45, yang dalam perjalanan dari Penarek menuju Kuala Terengganu, melanggar sembilan ekor lembu. Akibatnya, kenderaan tersebut terbabas ke laluan bertentangan.

Romzi berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaan sebelum Che Mohd Nasir yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu merempuh pacuan empat roda itu.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

03 Disember 2024, 10:18am
Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

Artikel ➡️ Buletin TV3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 03/12/2024.

Kemalangan motosikal di Lebuhraya Plus, km 37.5 dari Kulai ke Sedenak, petang tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Astro Radio Traffic

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan di plaza pelangi jb.

#jb
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!

Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?

Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 20 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200

feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah

https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tak tau apa kes kata micro sleep..

#media Social

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🧑🏻‍🚒🇲🇾🚒 PENTING ‼️‼️
Pulang ke rumah selepas banjir, berhati-hatilah...

‼️ Awas tetamu tidak diundang, menumpang kediaman selepas banjir melanda.
‼️Peringatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang kepada penduduk yang terjejas banjir.
‼️pelbagai haiwan berbisa akan mencari tempat perlindungan baharu selepas habitatnya dilanda banjir.
‼️Penduduk yang terjejas banjir dan telah kembali ke rumah masing-masing berwaspada terhadap ancaman haiwan berbisa yang menyelinap masuk ke dalam kediaman.
‼️Haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking gemar bersembunyi di kawasan yang dingin.
‼️Penghuni rumah yang ditenggelami air perlu memeriksa dengan lebih teliti terutamanya di tempat yang tersorok serta terlindung dari pandangan.
‼️Penduduk juga digalakkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika membersihkan rumah dan jangan mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan haiwan berbisa tersebut.

#firemansoul
#leavenostoneunturned
#BombaTheBest
#thisisbombakualanerang
#mangsabanjir
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Karaoke mini..comel je boleh bawak pegi mana..sound dia kuat jugak min dah try..harga marhaen je jangan risau !! 😍😍 👇👇

https://s.shopee.com.my/AUdFg3pnFC

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hamas: 33 tahanan Zionis terbunuh, sebahagian daripada mereka tidak dapat dijejaki akibat tindakan jenayah Netanyahu dan tenteranya yang fasis.

Dengan meneruskan perang gila anda, anda mungkin kehilangan tahanan anda selama-lamanya. Bertindaklah sekarang sebelum terlambat!

Sumber: Hamas
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 37 orang dan mencederakan 108 yang lain di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Angka kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel sejak tahun lalu telah meningkat kepada 44,466 orang, dengan lebih 105,358 cedera.

Sumber: Anadolu Agency
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#Tumpat : Keadaan di Kampung Baru Nelayan hari ini selepas kawasan tersebut dilanda banjir.

Arus deras banjir mengakibatkan hakisan berlaku di kampung tersebut menyebabkan beberapa buah rumah roboh selain laluan utama turut runtuh dan terputus.

📸 Mustaqim Khairuddin | BERNAMA

#BernamaImages #BernamaNews #banjir #Kelantan
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEDAH 03/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta dekat sekolah Kuala Pegang malam ini.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Ekori ambulans secara berbahaya, peminjam kereta ditahan

Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara berbahaya dan mengekori sebuah ambulans dalam keadaan membahayakan kenderaan terbabit dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Persekutuan, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 11 malam hari sama setelah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh pemilik asal kenderaan itu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang turut tular menerusi media sosial itu berlaku pada jam 4.40 petang ketika ambulans berkenaan sedang melalui Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang telah diekori sebuah kereta dan motosikal dalam keadaan membahayakan ambulans terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, kereta itu dipinjamkan oleh pemilik kenderaan kepada suspek dan kita telah pergi ke rumah pemilik kereta sebelum beliau kemudiannya datang ke IPD Shah Alam bersama lelaki berusia 28 tahun itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, semakan turut mendapati suspek bukan ahli keluarga kepada pesakit yang dibawa di dalam ambulans berkenaan.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kejadian sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori kenderaan itu bagi mengelak bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, tular video menerusi media sosial memaparkan sebuah kereta Honda Civic berwarna putih dan sebuah motosikal jenis Yamaha MT-15 yang mengekori sebuah ambulans secara berbahaya sambil menyalakan isyarat kecemasan di Lebuhraya Persekutuan, Ahad lalu.

Disiarkan pada: Disember 3, 2024 @ 1:27pm

Artikel ➡️ BERNAMA

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bomoh dipenjara 15 tahun, 13 sebatan laku amang seksual fizikal terhadap remaja

Melaka: Seorang bomoh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas empat kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja kononnya bagi mengubati sihir, tahun lalu.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membuat keputusan itu selepas tertuduh, Zemi Rahim, 51, yang juga bekas jurulatih Muay Thai mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua, manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh dipenjara 13 tahun dan tiga sebatan serta 15 tahun dan empat sebatan, masing-masing.

Rohatul Akmar berkata, walaupun umur tertuduh melebihi 50 tahun pada tarikh jatuh hukum dan tidak boleh dikenakan hukuman sebatan mengikut Seksyen 289(c) Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah boleh memberikan hukuman itu berdasarkan Seksyen 25 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

"Tertuduh juga dikehendaki menjalani kaunseling setiap tiga bulan sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan mengikut Seksyen 26 akta sama.

"Apabila selesai menjalani hukuman tertuduh akan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 18 bulan selaras peruntukan Seksyen 27(1) akta sama," katanya sambil menetapkan semua hukuman penjara berkuat kuasa serentak dari tarikh ditangkap, 16 Oktober 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon hukuman setimpal dikenakan bagi setiap pertuduhan atas kepentingan awam kerana kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah serius dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun.

Mengikut empat pertuduhan itu, Zemi didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun dan 2 bulan di kawasan semak di Jalan Taman Malim Jaya serta perindustrian berdekatan sebuah pasar raya di Cheng, masing-masing pada awal, pertengahan dan akhir September serta 9 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017.

Disiarkan pada: Disember 3, 2024 @ 5:03pm
Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Murid Tahun 1 dilanggar, wanita warga asing ditahan

HULU SELANGOR: Wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan murid tahun satu di kawasan flat dekat Bukit Sentosa, di sini, 28 November lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, wanita berusia 46 tahun itu ditahan selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dipandunya dipercayai melanggar kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun ketika ditanya lanjut sama ada individu itu sudah dirakam keterangannya, Ahmad Faizal enggan mengulas lanjut.

“Saya hanya sahkan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut iaitu bawah Akta Imigresen,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan kejadian pada jam 6.15 petang berlaku ketika mangsa mahu melintas jalan.

Ahmad Faizal dipetik berkata, sebaik turun dari van sekolah kanak-kanak itu dikatakan menuju ke belakang van untuk melintas jalan sebelum dilanggar Mitsubishi Triton menyebabkan kaki kirinya patah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

03 Disember 2024, 10:02pm

Artikel ➡️ Buletin TV3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Perkembangan banjir di seluruh negara setakat jam 6 petang.

#BuletinTV3 #Banjir #MusimTengkujuh #gelombangpertama #musimtengkujuh

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jasad tersangkut pada akar kayu, Ismail ditemui selepas 36 jam pencarian
03 Disember 2024, 11:00am

JITRA: Pengawal keselamatan yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Kampung Paya Lateh, di sini sejak kelmarin disahkan maut selepas mayatnya ditemui pagi ini.

Mayat mangsa, Ismail Hashim, 49, ditemui jam 7.50 pagi pada jarak 1.56 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan tenggelam pada petang Ahad lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata mangsa mangsa dipercayai tersangkut pada akar kayu dengan mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap berhampiran tebing sungai.

Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing sebelum dihantar ke Hospital Jitra untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini operasi SAR dilakukan hampir 36 jam membabitkan anggota BBP Jitra, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Jitra dan Sungai Petani serta Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Operasi turut disertai pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu serta penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang kelmarin, mangsa yang sedang memukat ikan dilapor hilang ketika berenang menyeberangi sungai untuk merentangkan pukat.

Bapa saudara mangsa, Romli Bakar, 61, berkata pihak keluarga bersyukur kerana jasad Ismail akhirnya ditemui selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk melaungkan azan di empat penjuru sungai itu selepas solat Asar petang semalam.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Al Fateh, Tanjung Pauh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Merah selepas urusan di hospital selesai.

Dalam pada itu, Romli mengakui masih terkilan kerana gagal menyelamatkan Ismail walaupun kejadian itu berlaku di depan mata.

“Selepas menyedari Ismail lemas dan tenggelam, saya cuba terjun ke sungai untuk mencarinya.

“Saya bagaimanapun hanya mampu bertahan tak sampai lima minit, tambahan pula arus terlalu deras dan membahayakan,” katanya.

#Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kira-kira 10 buah keluarga di Taman Puncak Kasa Height di Alor Gajah, Melaka dikejutkan dengan kejadian ‘air terjun lumpur’ yang membanjiri jalan utama ke taman perumahan itu.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, ia dikatakan berpunca apabila tembok konkrit kira-kira 100 meter panjang dan dua meter tinggi dari atas bukit tiba-tiba runtuh dan tidak mampu menahan arus deras dari longkang utama taman perumahan lain.

#malaysiagazette
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*'Tolong cari kubur ibu saya'*

SEREMBAN - Tiga tahun lalu, remaja ini bukan saja tidak dapat menatap wajah ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 buat kali terakhir, malah turut tidak berpeluang ke pengebumiannya.

Ini kerana, itulah prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh Jasmine Hawa Abdul Nur, 18, dan adiknya Roselyn Aisyah Abdul Nur, 16, berikutan kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh negara ketika itu.

Malah sehingga kini, hasrat mereka untuk menziarahi pusara ibu Nurani Kalsom Abdullah, 41, masih belum kesampaian kerana tidak mengetahui lokasinya dikebumikan melainkan di Klang, Selangor.

Menurut Jasmine Hawa, sebelum tinggal dengan neneknya di Seremban, dia dan adik serta arwah ibunya tinggal di Klang.

"Ketika penularan kes Covid-19 itu, ibu saya turut dijangkiti dan saya yang hubungi ambulans selepas dinasihatkan nenek kerana keadaan ibu sangat lemah ketika itu.

"Ibu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dan selepas seminggu dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian ditemui di rumahnya di Senawang pada Isnin.

Menurutnya, disebabkan terikat dengan SOP selain masih di bawah umur, dia tidak berpeluang melihat jenazah ibunya dikebumikan melainkan neneknya yang hanya dapat melihat daripada jauh.

Ujarnya, kehilangan itu sangat memedihkan kerana dia juga tidak dapat memeluk cium dan menatap wajah ibunya buat kali terakhir.

"Jadi saya nak sangat pergi ziarah kubur ibu dan doakannya di sana, tetapi tidak pasti pula lokasinya di mana.

Ketika ibu masih ada dia selalu pesan supaya jaga adik sampai bila-bila dan jangan berpisah serta belajar rajin-rajin," katanya.

Sumber Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nasib baik keretapi berenti..

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN JALAN RAYA‼️

📍Tarikh : 02/12/2024 (Isnin)
📍Masa : 1734hrs
📍Alamat: Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah
✅Insiden : Kemalangan melibatkan kenderaan 1x Van Jenis Toyota Hiace dan 1x Kereta Jenis Honda, terdapat seorang mangsa 1x lelaki berumur 49 tahun (pemandu Van) tersepit di tempat duduk pemandu manakala 1x kanak2 umur 11 tahun cedera ringan dan pemandu kereta jenis Honda tidak mengalami kecederaan. Ketua Operasi Pasukan Charlie BBP Kuala Nerang diketuai PBK II Rahim bin Abdul Rashid bersama 6 anggota berjaya mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang menggunakan ambulan HKN untuk tindakan selanjutnya.

#firemansoul
#LeaveNoStoneUnturned
#BombaTheBest
#thisisbombakualanerang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Sumber ➡️ Bbp Kuala Nerang

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengawal keselamatan maut motosikal rempuh lembu

03 Disember 2024, 6:13pm

BATU PAHAT: Pilu hati seorang suami ketika menatap sekujur tubuh isterinya yang sudah tidak bernyawa dalam keadaan terbaring atas jalan raya selepas motosikal ditunggang merempuh lembu di Jalan Bypass, Kampung Gombak, Peserai, semalam.

Mohd Hashim Sapuan, 47, hanya mampu menitiskan air mata ketika diberitahu berita kemalangan itu meragut nyawa isterinya, Dewiana Marpok, 47, jam 7.45 malam.

Menceritakan kejadian itu, dia menerima panggilan memaklumkan isterinya kemalangan jalan raya ketika pulang dari kerja sebagai pengawal keselamatan di Hosital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Sebaik mendapat berita itu, saya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati isteri sudah tidak bernyawa. Saya tidak tahu nak cakap apa waktu itu kerana terlalu sedih.

“Arwah baru dua minggu menggunakan jalan terbabit, kebiasaannya dia akan pulang ke rumah melalui Jalan Tongkang Pechah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, di sini.

Dalam pada itu, anak arwah, Mohamad Fairus, 28, berkata salah seorang adiknya memberitahu ibu mereka kemalangan namun menganggap arwah kemalangan biasa.

Katanya, ketika itu, dia bersama isteri dan anak berada di rumahnya di Parit Sulong namun sekali lagi mendapat panggilan dari rakan memberitahu ibunya sudah tiada.

“Kami seperti tidak percaya dengan berita yang menyedihkan ini. Apapun kami reda dengan ketentuan Allah.

“Kami juga terkilan dengan pemilik lembu kerana membiarkan haiwan ternakan berkeliaran hingga mengganggu pengguna jalan raya,” katanya yang juga anak sulung daripada enam beradik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dari arah Kampung Bintang menghala ke Kampung Gombak.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba berada di tengah-tengah jalan yang menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

“Akibat rempuhan itu, mangsa parah dipercayai akibat kecederaan organ dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

#BuletinTV3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pejabat Media Kerajaan di Gaza:

• Setiap individu yang cedera di utara Semenanjung Gaza berisiko maut akibat ketiadaan perkhidmatan perubatan.
• Lebih daripada 1,000 kanak-kanak menghadapi kebuluran di utara Semenanjung Gaza dan diancam kematian.
• Lebih daripada 100,000 orang masih berada di utara Semenanjung Gaza meskipun 60 hari telah berlalu sejak pengepungan bermula.

Sumber: TV Al-Aqsa
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Air bah merah di Kelantan

PETALING JAYA – Tular di media sosial kejadian bencana banjir di Bachok, Kelantan apabila air bah di kawasan berkenaan bertukar menjadi merah.

Menerusi perkongsian di TikTok Azam Jusoh, memaparkan situasi tersebut di pekarangan rumahnya dekat Kampung Telaga Bata, kelmarin.

Menurut pemilik video berdurasi sembilan saat itu, kejadian itu berpunca akibat pencemaran pewarna sos dari sebuah kilang berhampiran.

Justeru, rata-rata meluahkan kebimbangan sekiranya kejadian bah merah berulang kembali di negeri itu.

“Harap bah merah tidak berulang kembali,” kata jiwamuda.

“Ini macam kejadian bah merah,” ujar Sue.

Untuk rekod, air bah merah merujuk kepada bencana banjir besar yang pernah melanda Kelantan pada tahun 1926.

Ia dikatakan berlaku apabila air bah bercampur dengan air pasang menyebabkan ia bertukar menjadi merah.

Setakat ini, banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila seramai 34,200 mangsa sudah pulang ke rumah mereka susulan cuaca semakin baik di kebanyakan kawasan di negeri itu sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!
3 Disember 2024, 3:08 pm

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Подписаться на канал