Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyebarang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun SUPT Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar 5 pagi semalam (Ahad) itu.
Katanya sebelum itu mangsa yang berusia 36 tahun bersama dua individu lagi memasuki kawasan ladang berkenaan pada Sabtu sekitar jam 5 petang.
Ketika dalam perjalanan pulang, dua rakan mangsa berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori.
Namun motosikal yang ditunggang mangsa secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras.
Rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa tidak lagi kelihatan.
Kredit Video : Zulfadhli Zulkifli.
#digitalbernamatv
#banjir
#lemas
#terengganu
.
Kredit @sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pernah terfikir tak kalau Ai bantu korang untuk trade dan dapat profit mcm ni every month??
Haa mudah kan teknologi skrg,dgn adanya robot AI x perlu lg fikir bila waktu utk trade,Ai dah bantu kita daripada segi entry n close order,jadi apa yg perlu korang buat?x perlu buat apa just set n forget,
Sistem ni kami dh RND selama 5 bulan dan semua setup yg profit kami dh develop didalam program ni,
Jd jom dapatkan AI robot ni dengan harga harga 100 usd lifetime untuk jana income lebih
https://wa.link/7eukg8
Pelajar UiTM Jasin maut dalam perjalanan ke kampus
NOR FARHANA YAACOBNOR FARHANA YAACOB
02 Disember 2024 02:05pm
JASIN - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Jasin-Merlimau di sini pada pagi Isnin.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Irfan Roslan, 20, yang dalam perjalanan ke kampus dengan menunggang motosikal Yamaha NVX meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian, mangsa yang mengambil jurusan Kejuruteraan Maklumat Komputer dalam perjalanan dari arah Merlimau menuju ke Jasin.
"Namun setiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan.
"Kenderaan SUV jenis Proton X70 dipandu kontraktor berusia 39 tahun datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
"Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥ADIDAS BLACKFRIDAY SALE🔥
Personalshopper Adidas here!! Free Shipping & Nak installment pun boleh😉
📍 view catalog - /channel/pssueshoppers
📍 instagram - https://www.instagram.com/ps_surayahussin?igsh=c2RkMjEwZ2dmcjlh
ORIGINAL ADIDAS OKAY!🔥
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Johor (Segamat dan Mersing) sehingga 3:00 petang; Isnin, 2 Disember 2024.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 12:50 tengah hari, 2 Disember 2024
#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sebentar tadi kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal di simpang kampung tangga mawang jalan serian-tebedu. Mohon semua berhati-hati
#sarawak
#infosemasa
(Di kemaskini)
Penunggang motosikal nyaris maut tercampak dari lebuh raya ke dalam sungai
KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak ke dalam sungai selepas motosikal ditunggangi bersama isteri dan anaknya terbabit kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.26 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat kemudiannya segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dinaiki tiga individu iaitu lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.
“Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba serta orang awam di lokasi kejadian.
“Mangsa mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan ringan serta diberikan rawatan awal.
“Semua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
01 Disember 2024, 8:50pm
#Buletin Tv3
#infosemasa
Remaja maut, adik cedera motosikal terbabas langgar besi penghadang jalan
KUCHING: Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 84, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Serian pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Neil Beginda berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu, motosikal ditunggang mangsa Jarren Lim Zhi Hung, 17, bersama adiknya Garren Lim Zhi Yang, 13, hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.
Katanya, siasatan awal mendapati dua beradik itu bergerak dari arah Sri Aman menuju ke arah Kuching.
"Semasa sampai di tempat kejadian iaitu di KM 84 Jalan Kuching-Sri Aman, motosikal yang ditunggang oleh Jarren telah merapat ke kiri jalan lalu melanggar besi penghadang jalan.
"Jarren bersama adik lelakinya Garren telah jatuh di atas bahu jalan dan motosikal telah terbabas ke lorong sebelah kanan lalu melanggar besi penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan.
Neil berkata akibat kemalangan itu, Jarren yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian.
Sementara adiknya yang mengalami kecederaan, dihantar ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan lanjut, tambahnya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Oleh Patricia Gari
Kredit ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
#Kelantan: Calon-Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 membuat persiapan akhir bagi menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat hari ini.
Terdahulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan trak mereka bagi menghantar sebahagian pelajar itu ke sekolah berkenaan.
📸 Mustaqim Khairuddin | BERNAMA
#BernamaNews
#BernamaImages
#banjir
#infosemasa
KHIDMAT KHAS BANTUAN AGENSI
(Bantuan pengangkutan pesakit barah otak menggunakan khidmat EMRS)
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 01.12.2024 I AHAD (1130)
Lokasi : Kampung Pokok Jerai, Kg. Betong, Jeneri, Sik
Kom. Operasi : PPgB Zulkhairi b. Mat Tanjil
Bil. Anggota : 7 Anggota
Pasukan: A ( Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )
𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 :
Bantuan EMRS membawa pesakit barah otak dari kediaman ke Hospital Sik. Menurut ahli keluarga, mangsa disedari tidak memberikan tindak balas sejak pagi tadi dan difahamkan kediaman mereka turut terjejas terputus jalan perhubungan semasa kejadian banjir yang berlaku. BBP SIK membantu pihak KKM di Daerah SIK untuk kes kecemasan tersebut ekoran pertindihan dan peningkatan bilangan kes kecemasan yang dihadiri petugas kesihatan dan khidmat ambulance ketika ini.
𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐨𝐦𝐛𝐚𝐚𝐧:
Hubungi talian 999 untuk sebarang bantuan penyelamatan dan kecemasan memerlukan. Kami sentiasa membantu anda.
#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara
𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah
#Bbp Sik
#infosemasa
🥹Puas hati guna air fryer ni 🥰 Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍
Harga promosi kat sini 👉 https://s.shopee.com.my/4L2TqwDCK2
Video tular kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah bas.
Masa dan lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Perbezaan politik: Kubur pasangan suami isteri digali dan dipindahkan
JAKARTA - Dua buah kubur milik pasangan suami isteri yang terletak di Kelurahan Dannuang, Kabupaten Bulukumba digali semula dan dipindahkan selepas pemilik tanah perkuburan terbabit tidak berpuas hati dengan pilihan anak pasangan itu pada Pemilihan Kepala Daerah 2024 (Pilkada).
Pengalian dan pemindahan lokasi tanah perkuburan itu dilakukan oleh warga setempat pada Jumaat lalu.
Pusara itu merupakan milik Mattayang Daeng Lengu dan isterinya Nurlia. Nurlia dimakamkan pada 13 Mac 2023 sementara Mattayang telah dimakamkan pada 27 Julai 2023.
Mayat kedua-duanya kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam di Desa Majalling.
Pihak pentadbiran Desa Manjalling bersetuju menerima pemindahan itu demi mengelak berlakunya konflik yang berpanjangan.
Sementara itu, Timbalan Bupati Bulukumba, Andi Edy Manaf telah bertemu dengan anak pasangan itu iaitu Nurmi bagi mendengar penjelasan daripadanya.
"Kejadian ini adalah pengajaran untuk kita semua, saya harap insiden ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya kepada wartawan pada Sabtu.
Beliau turut berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan dapat diselesaikan secara baik.
Dalam pada itu, ahli politik dari Parti Amanat Nasional (PAN) meminta supaya penduduk Bulukumba untuk saling menghormati dan tidak membiarkan perbezaan politik memecahbelahkan hubungan persaudaraan. - Agensi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
02 Disember 2024 07:00am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dapur bakar pelet kayu meletup, 4 pekerja melecur
02 Disember 2024, 2:14pm
KUCHING: Empat pekerja melecur apabila ‘dapur’ tempat pembakaran kayu di sebuah kilang membuat pelet di Miri, meletup hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.42 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran terkawal dan tidak membabitkan struktur kilang, namun empat pekerja mengalami kecederaan apabila melecur dalam kejadian itu.
“Kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan menggunakan van kilang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya.
Beliau berkata, dapur pembakaran pelet kayu itu meletup ketika kerja-kerja mengimpal dijalankan.
Menurutnya, daripada empat mangsa itu, seorang iaitu warga China mengalami kecederaan parah apabila melecur teruk manakala tiga lagi turut melecur tahap sederhana.
Warga China yang parah itu dikenali sebagai Dai Jiong Huo, manakala tiga lagi iaitu seorang warga Indonesia, Wawan Firmansyah melecur di badan dan tangan manakala dua rakyat tempatan iaitu, Wong King Hee melecur di tangan, dan Ahmad Azizi Farhan melecur di badan dan tangan.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami kilang itu masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
#BuletinTv3
#infosemasa
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang, 3 Disember hingga awal pagi, 4 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut. Luruan monsun pula dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember 2024. Keadaan ini pula berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:30 tengah hari
Tarikh: 02 Disember 2024
#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#infosemasa
Inhaler ni bagus untuk yang susah tido malam.
Min mintak tolong tekan link bawah ni je tak mintak korang beli pun 🙂
https://s.shopee.com.my/qSil2pYBk
Perkembangan banjir terkini diseluruh negara setakat jam 3 petang
#BuletinTV3 #Banjir #MusimTengkujuh
#infosemasa
HANYA RM100.00 SAJA UNTUK UDARA SEGAR & BERSIH DI RUMAH ANDA!
.
Adakah aircond rumah/pejabat anda ada masalah berikut?
😰 Tidak sejuk atau kurang sejuk
😰 Air aircond menitis, bocor
😰 Kotor, berminyak, berkulat
.
Bukan saja khidmat servis dan overhaul aircond, kami juga boleh supply dan install semua jenis aircond, kipas dan lampu.
.
Hubungi kami sekarang dan kami akan setelkan masalah-masalah tersebut!
wasap.my/60138068166
wasap.my/60138068166
wasap.my/60138068166
.
Lovsika Legacy (3563246-U)
Berpengkalan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, kami adalah syarikat bumiputera yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pemasangan, servis dan jual beli aircond untuk rumah kediaman, kedai, pejabat dan sekolah di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.
.
#lovsikalegacy #servisaircond #serviceaircondmurah #serviceaircondkl #serviceaircondselangor
hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM25 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY
berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
orang sibuk ngan banjir, boleh pula pencuri menyempat nak sobat kereta kan da kene ditahan
#infosemasa
Lelaki curi duit tabung surau ditahan polis
Oleh Farwizah Samsudin -December 2, 2024
SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai mencuri duit tabung derma surau di kawasan Semerah dan Parit Yaani, Batu Pahat pada 23 November lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya juga telah mengesan rakaman litar tertutup yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan ruang solat sebuah surau sebelum bertindak mengumpil tabung derma.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak empat laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan surau dari kawasan Semerah dan Parit Yaani.
“Bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat pada 25 November pukul 12.10 tengah hari.
“Turut dirampas adalah pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian seperti yang dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, polis percaya dengan penahanan suspek ini dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes yang melibatkan suspek sama dalam kejadian curi tabung surau di kawasan Semerah serta Parit Sulong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.
#UtusanTV
#infosemasa
@infosemasaofficial
SELANGOR 02/12/2024.
Kemalangan melibatkan 3 buah kenderaan di Ladang Guru Nanak, Serendah sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 02/12/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan lori di simpang 3 Kedai Buah Batu Putih, Kulim.
Dua mangsa motosikal cedera dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
TMJ MAFIA
Pernah Menjadi Top 1 Trending Para Peminat jam pada Tahun 2024 .
Gshock TMJ MAFIA juga merupakan salah satu kebanggaan Anak Malaysia.
Warna TMJ MAFIA ini dikenali sebagai All Black dan sangat memainkan Peranan .
Berminat Boleh PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/TmjMafia
JOIN GROUP TELEGRAM :
/channel/supergshock
Nak Tengok Feedback Trusted ?
/channel/Feedbackbysupergshock
Mula-mula nak cuba je.. tak sangka sampai jadi mcm ni sekali.
Lagi2 dekat part #perut,#lengan, #punggung & #peha 🤭
Lelaki perempuan boleh minum tau.
Ada lulusan KKM, HALAL & lab test SIRIM.
Nak sy share air apa? Klik link sini 👇
www.wasap.my/60172766370/AirBakarLemak.ISO2.12
#Kelantan: Penduduk Kampung Sri Kulim Melor di Kota Bharu mula membersihkan kawasan rumah yang sebelum ini ditenggelami air dan selut hingga mengakibatkan kerosakan perabot dan barangan elektrik.
Bagaimanapun, di laluan utama masuk ke kampung berkenaan masih lagi dipenuhi air pada paras hampir satu meter.
📸 Habsah Ismail | BERNAMA
#BernamaNews
#Banjir
#infosemasa
Mangsa banjir di Tumpat, Pasir Puteh meningkat
KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di Kelantan dilaporkan menurun berikutan hujan berkurangan pada Sabtu dan Ahad.
Bagaimanapun jumlah mangsa yang berpindah di PPS di daerah Tumpat dan Pasir Puteh masih meningkat.
Mangsa banjir di Tumpat dilaporkan seramai 18,791 berbanding 17,713 orang pada waktu sama dengan 39 masih PPS dibuka.
Sementara itu, mangsa banjir di daerah Pasir Puteh dilaporkan meningkat menjadi 10,743 membabitkan 3,279 yang kini berlindung di 30 PPS.
Kemas kini portal InfoBencana JKM pada jam 7.30 pagi mendapati seramai 85,824 mangsa membabitkan 26,799 yang berada di 251 pusat pemindahan sementara (PPS).
Di daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah paling tinggi kini sudah menurun kepada 29,361 berbanding waktu sama pada Ahad iaitu 29,663.
Dua PPS ditutup di daerah itu menjadikan jumlahnya sebanyak 64 berbanding Ahad iaitu 66.
Jumlah mangsa di Daerah Bachok mencatatkan 6,099 dengan 1,858 keluarga ditempatkan di 15 PPS manakala di Kuala Krai Kuala Krai pula dilaporkan menurun menjadi 5,392 membabitkan 1,566 keluarga.
Portal itu turut melaporkan mangsa banjir di daerah Tanah Merah menurun menjadi 2,636 daripada seramai 5,309 mangsa pada Ahad.
Di Machang pula, mangsa yang masih berlindung di 21 PPS ialah seramai 5,016 keseluruhannya manakala daerah Jeli ialah seramai 81 mangsa.
Di Gua musang, kesemua 36 mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing dan PPS ditutup.
ASWANY OMAR
02 Disember 2024 08:33am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia