🤌berbaloi bawah 4 rat jah skang utk kanak2 pon sesuai
https://s.shopee.com.my/VpYMjponO
Laporan trafik semasa (19/11/24 | 8.00am)
#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Lori terbakar di susur persimpangan Sedenak arah Kulai menghalan lorong kiri namun trafik terkawal.
Info➡️Astro Traffic Radio
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kanak-kanak perempuan maut dilanggar lari, polis tahan pemandu lelaki
19 November 2024, 12:06am
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kejadian langgar lari hingga menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala ibu bapanya cedera di Lebuhraya Bukit Jalil di sini Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pemandu berusia 31 tahun itu ditahan ketika hadir di JSPT Kuala Lumpur hari ini untuk memberi keterangan.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, tiga beranak tersebut terjatuh di atas jalan raya selepas motosikal jenis Honda Beat ditunggang mereka dilanggar kereta milik suspek.
“Ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berumur tujuh tahun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di Facebook video rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta berdurasi 28 saat dengan kapsyen mendakwa kereta itu berhenti seketika kemudian membuat pusingan U dan beredar selepas kejadian berlaku.
Rakaman itu, memaparkan kereta jenis BMW 5 Series yang dipandu laju telah merempuh sebuah motosikal sebelum berhenti agak jauh dari kawasan insiden.-BERNAMA
Artikel ➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Maut ketika tukar tayar kereta pancit
SHAH ALAM - Tindakan seorang lelaki warga emas ingin menukar tayar keretanya yang pancit berakhir tragedi apabila dilanggar sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 65 tahun sedang membuka but keretanya untuk mengambil tayar simpanan.
"Ketika kejadian sebuah bas yang dipandu di lorong kiri dipercayai gagal mengelak sebuah pacuan empat roda dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.
"Bas berkenaan kemudiannya melanggar pacuan empat roda berkenaan sebelum kenderaan itu merempuh mangsa serta kereta miliknya itu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, siasatan mendapati kenderaan pacuan terbabit berhenti di belakang kereta mangsa kerana ingin membantu mangsa.
"Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
18 November 2024 09:28pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- (𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3
Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.
✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍
🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴
𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.
Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅
🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍
Kereta terbakar sepenuhnya, pemandu selamat
KUCHING: Sebuah kereta terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku di Batu 8 Jalan Penrissen dekat sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam2.25 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, didapati kereta itu musnah 100 peratus manakala pemandu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Kerja-kerja pemadaman telah dijalankan dan operasi ditamatkan selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Oleh Patricia Gari
Kredit ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Syifa harap individu hina, samakan anak dengan haiwan kena tindakan
Kuala Lumpur: Pelakon dan pempengaruh, Syifa Melvin akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan membuat laporan polis malam ini bagi memburu individu menghina serta menyamakan wajah anaknya, Saif Sulaiman dengan haiwan.
Syifa, 30, berkata, dia sudah memberikan tempoh 24 jam kepada individu itu untuk tampil bersemuka, namun, tidak menerima sebarang maklum balas.
"Saya memang akan ambil tindakan dan buat laporan polis malam ini. Saya akan ambil tindakan yang mengikut undang-undang sebab dia menghina dan 'face shaming'.
"Saya takkan bagi muka. Saya beri dia masa 24 jam sejak semalam untuk bersua muka. Tapi, tak ada respon. Jadi, saya akan buat laporan polis dan juga kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menjejaki individu ini," katanya kepada Harian Metro.
Tambah isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rashid itu lagi, dia juga akan meminta pendapat peguam untuk tindakan selanjutnya kerana ingin menjadikan ini sebagai pengajaran.
"Saya akan minta pendapat peguam juga. Kalau bagus untuk saman, saya akan saman. Ini akan jadi pengajaran untuk semua. Ramai menyalahgunakan akaun media sosial, kemudian minta maaf dan terlepas.
"Tapi, kali ini memang saya akan buat betul-betul sebab ia menyentuh keluarga dan anak. Ini memang sudah sampai hadnya. Memang layaklah sebab dia minta, jadi dia dapat," katanya.
Terdahulu, Syifa memuat naik hantaran di Instagram Story semalam, meminta bantuan penggodam di Malaysia untuk mencari individu yang menggunakan nama Nur Lily Ilyani itu.
"Wahai 'hackers' (penggodam) Malaysia, tolong Syifa cari budak ini. Tak puas hati pakai akaun palsu! Aku dapat kau, muka kau aku seret dekat jalan," tulisnya.
Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 6:50pm
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut motosikal dirempuh di persimpangan lampu isyarat
Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Subang Jaya: Seorang pembantu stor maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah Perodua Axia ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Putra Perdana, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, setibanya di lokasi kejadian kira-kira 5.20 petang mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 berhenti di persimpangan lampu isyarat untuk ke kanan.
"Siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun datang dari arah Subang Jaya ke arah Putra Height dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Perodua Axia.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial satu klip video rakaman kamera papan pemuka berdurasi 27 saat memaparkan mangsa terpelanting dan jatuh ke atas jalan raya akibat dirempuh oleh sebuah kereta berwarna hitam.
Sejurus terjatuh mangsa dilihat tidak bergerak tengah-tengah persimpangan lampu isyarat berkenaan manakala motosikal mangsa tercampak tidak jauh dari tubuh lelaki itu.
Menurutnya, pemandu kereta adalah lelaki tempatan berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pereka dalaman direman satu hari bermula semalam dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0173012621.
"Orang ramai juga boleh menghubungi atau tampil ke mana-mana balai berhampiran jika mempunyai maklumat berkaitan," katanya.
Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 8:47pm
#harianmetro
#infosemasa
Rakaman kamera litar tertutup kejadian samun di kedai buah kelapa sawit di Bukit Selambau, Kedah, semalam katanya.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
ASBAB SIMPAN EMAS, JIMAT RM7,000 NAK KAHWIN!!
Untung kan bila ada emas?
Beli RM28000, jual dapat RM35000.
Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM7000 atau 25% dalam masa setahun je.
Kalau simpan ASB atau Tabung Haji pun, setahun baru 5%.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
11 individu ditahan, daun ketum, cecair kodein dirampas
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood menunjukkan rampasan dari premis rumah kedai di Jalan Tan Yew Lai.
Oleh: Farah Nabilah Wazer
KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam pengedaran daun ketum dan cecair kodein bernilai RM63,880.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun ditahan di hadapan sebuah premis rumah kedai di Jalan Tan Yew Lai, di ibu negara yang dijadikan sebagai stor simpanan.
“1.347 kg bungkusan plastik mengandungi daun ketum dan kotak yang disyaki mengandungi 50 liter cecair kodein dirampas,” katanya.
Tambahnya, seorang suspek yang bekerja sebagai pemandu lori terlibat dalam aktiviti pengedaran daum ketum kira-kira 3 bulan lalu dan mendapat bekalan daun ketum dari seorang lelaki dari negara jiran.
Bekalan yang diambil kemudiannya dihantar ke Kuala Lumpur dengan kekerapan seminggu sekali.
Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek negatif dadah.
Mereka ditahan reman mulai 16 hingga 22 November di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hasil semakan juga mendapati 6 suspek mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan kes dadah.
Turut dirampas, sebuah lori jenis Hino, serangkai kunci lori dan serangkai kunci mangga premis.
18 November 2024, 12:09pm
Artikel ➡️ Buletin TV3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita terjatuh tingkat 24 ditemui maut tersangkut di gondola di Bukit Jalil
KUALA LUMPUR 18 Nov – Seorang wanita warga Vietnam ditemui maut tersangkut di gondola selepas terjatuh dari tingkat 24 dalam kejadian di sebuah kondominium, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya terima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.53 pagi tadi.
Katanya, seramai tujuh anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang wanita warga Vietnam berusia 30 tahun dipercayai telah terjun dari tingkat 24 bangunan.
“Mangsa kemudian ditemui tersangkut di gondola tingkat tujuh bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas kenyataan itu, pasukan bomba berjaya membawa turun mayat mangsa lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Media Telus
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
By Published: November 18, 2024, 4:50 pm
#infosemasa
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Maut ketika tukar tayar kereta pancit
SHAH ALAM - Tindakan seorang lelaki warga emas ingin menukar tayar keretanya yang pancit berakhir tragedi apabila dilanggar sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 65 tahun sedang membuka but keretanya untuk mengambil tayar simpanan.
"Ketika kejadian sebuah bas yang dipandu di lorong kiri dipercayai gagal mengelak sebuah pacuan empat roda dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.
"Bas berkenaan kemudiannya melanggar pacuan empat roda berkenaan sebelum kenderaan itu merempuh mangsa serta kereta miliknya itu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, siasatan mendapati kenderaan pacuan terbabit berhenti di belakang kereta mangsa kerana ingin membantu mangsa.
"Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan m@ut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.
Sumber: SINAR HARIAN
Oleh: MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
18 November 2024
#sinarharian
#infosemasa
5:33hrs Awas! Kemalangan Km 321.6 arah Utara dari Tapah ke Gopeng. Semua lorong masih terhalang. Trafik terhenti 4Km. Sila gunakan laluan alternatif. Keluar di Plaza Tol Tapah. Harap maklum @llmtrafik
Sumber➡️Plus Traffic
#infosemasa
@infosemasaofficial
SARIKEI-- Suami maut manakala isteri cedera parah selepas motosikal ditunggang pasangan itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kim San di sini hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 12.47 tengah hari tadi.
Sumber ➡️Sarawak Update
#infosemasa
@infosemasaofficial
KUALA SELANGOR: Seorang remaja maut dalam kemalangan dihadapan pejabat pos sungai buloh petang tadi.
Sumber ➡️ Kuala Selangor Official
#infosemasa
@infosemasaofficial
Maut ketika tukar tayar kereta pancit
SHAH ALAM - Tindakan seorang lelaki warga emas ingin menukar tayar keretanya yang pancit berakhir tragedi apabila dilanggar sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 65 tahun sedang membuka but keretanya untuk mengambil tayar simpanan.
"Ketika kejadian sebuah bas yang dipandu di lorong kiri dipercayai gagal mengelak sebuah pacuan empat roda dan kereta jenis Toyota Camry milik mangsa.
"Bas berkenaan kemudiannya melanggar pacuan empat roda berkenaan sebelum kenderaan itu merempuh mangsa serta kereta miliknya itu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Katanya, siasatan mendapati kenderaan pacuan terbabit berhenti di belakang kereta mangsa kerana ingin membantu mangsa.
"Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
18 November 2024 09:28pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
5 shelving bothless rack (30set)
brand NEW
jual lelong RM100 per set tak termasuk postage. pick up kota kemuning.
colour besi - beige
board - brown kayu
tingkat/tier - 5 tingkat
size : 1200W x 458D x 1800H
harga market di shopee RM115-RM120 (tidak termasuk postage)
wasaap HQ 0126800682 sementara masih ada
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada Siti Nurhaliza
Kuantan: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang menerima Anugerah Biduan Negara 2024.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga turut menzahirkan harapan agar gelaran yang diterima anak jati Kuala Lipis, negeri ini dapat menyuntik semangat beliau untuk terus melakar lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang.
"Baginda berdua juga berharap pencapaian yang diperolehnya mampu menjadi dorongan untuk individu lain mencapai kejayaan maksimum dengan usaha yang bersungguh-sungguh," menurut catatan di Facebook Kesultanan Pahang.
Kejayaan Siti Nurhaliza dinobatkan Biduanita Negara semasa Majlis Anugerah Seni Negara pada 13 November lalu, meletakkannya selaku penerima ketiga anugerah berprestij tersebut selepas penerima pertama Allahyarham Puan Sri Saloma pada 1978 dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006.
Mula menceburi industri seni pada 1995, Siti Nurhaliza sepanjang penglibatannya telah memenangi lebih 300 anugerah dari dalam dan luar negara, antaranya, 42 anugerah pada Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (25), Anugerah Planet Muzik (28), MTV Asia Award (empat) selain pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebanyak dua kali.
Selain itu beliau juga telah merakamkan lebih 200 lagu menerusi 20 album, mengadakan lebih 60 konsert dalam dan luar negara serta disenaraikan sebagai 500 Muslim Berpengaruh Dunia 10 tahun berturut-turut di samping pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall London pada 2005.
Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 8:03pm
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut, isteri parah dalam kemalangan motosikal dan lori
SARIKEI: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di sini, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Sarikei Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kemalangan tersebut berlaku berhampiran simpang Jalan Kim San.
"Pihak APM telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan kemalangan tersebut pada 12.47 tengah hari.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang maut berusia 47 tahun manakala isterinya yang cedera parah berusia 43 tahun.
"Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke arah Sarikei," katanya kepada media.
Pada masa yang sama kata Shahrol, anggota APM turut memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera parah.
"Mangsa yang cedera parah telah dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Sarikei.
"Sementara itu, mayat mangsa pula telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelas Shahrol.
Oleh Kepu Sidi
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bungkusan ditemui, bukan bom. Seorang lelaki ditahan
MIRI: Polis mengesahkan dua bungkusan yang dijumpai di salah sebuah masjid di Senadin di sini tengah hari semalam yang didakwa menyerupai bom, tidak mempunyai unsur letupan.
Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu berkata hasil siasatan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Daerah Miri di lokasi berkenaan mendapati bungkusan itu hanya mengandungi kertas, plastik dan tasbih.
“Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen Kanun 298/506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan ugutan jenayah berunsur keagamaan.
Artikel ➡️ Utusan Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾
Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇
👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌
‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️
Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’
Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos
Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7
Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix
Mayat Mokthar ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
ALOR GAJAH - Mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad ditemukan lemas di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai di sini pada petang Isnin.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba, Tc Zulkhairani Ramli berkata, mayat Mokthar Othman, 61, yang lengkap berpakaian ditemukan pada jam 2.25 petang.
Menurutnya, mangsa berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 200 meter dari lokasi warga emas itu dipercayai tergelincir kira-kira jam 2 pagi Ahad.
"Kita telah lakukan SAR di lokasi sama semalam, namun berdepan kesukaran kerana arus sungai deras.
“Hari ini kita minta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menutup Pintu Air Kampung Gadek seawal jam 8 pagi ini bagi menurunkan paras air di kawasan pencarian," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Jelasnya, maklumat yang diterima apabila orang awam ternampak objek berwarna putih terapung pada jarak 200 meter dari lokasi terakhir mangsa dikesan pada jam 2.25 petang.
"Kami kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati benar penemuan mayat seorang lelaki lengkap berpakaian,” katanya lagi.
Terdahulu media pada Ahad melaporkan seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan ketika dipercayai berada di tebing sungai tersebut.
Warga emas terbabit sebelum itu sempat memberitahu isterinya yang dia sakit perut dan mahu menggunakan tandas awam di Taman Rekreasi Seri Sutera, Sungai Pengkalan di sini namun berkunci.
Menerusi kamera di papan pemuka kereta memaparkan mangsa kelihatan mundar-mandir di hadapan tandas dipercayai disebabkan ia berkunci kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun pemeriksaan bomba sebaik pintu tandas dibuka juga tidak menemukan lelaki terbabit.
NOR FARHANA YAACOB
18 November 2024 04:10pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 18/11/2024.
Kemalangan di lampu isyarat dekat Amanjaya, jalan ke Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani siang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
SARAWAK 18/11/2024.
Kemalangan melibatkan 3 buah kenderaan dekat Berjaya Bypass dekat Miri, pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Miri Edition
#infosemasa
@infosemasaofficial
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤🔥
SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50
✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device
feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby
purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX
Mokthar ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad ditemukan di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai, Alor Gajah pada petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Farhana Yaacob.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba, Tc Zulkhairani Ramli berkata, mayat Mokthar Othman, 61, yang lengkap berpakaian ditemukan pada jam 2.25 petang.
#SinarHarian #BeritaSemasa #wargaemaslemas #lemas #tergelincir
#infosemasa