infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Undang² rimba, VIP punya pasal marhaen jadi mangsa!!

🔴 Copy dari media sosial

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 17/11/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal terjatuh sendiri di Jalan Mersing, Batu 3, hari ini.

Mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ KHI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Warga asing korek mata lelaki tempatan direman 4 hari

TASEK GELUGOR - Lelaki warga asing yang mengorek keluar mata seorang lelaki tempatan ketika bergaduh berhampiran di sebuah flat di Jalan Ara Kuda di sini, direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki berusia 30-an itu ditangkap oleh cawangan pencegahan jenayah Balai Polis Tasek Gelugor.

Menurutnya, lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

"Keterangan mangsa tidak dapat dirakam kerana sedang menjalani pembedahan mata di Hospital Pulau Pinang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Norhaslinda Rahmat di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Terdahulu media melaporkan, pergaduhan kerana mabuk berakhir ngeri apabila seorang lelaki warga asing mengorek keluar bebola mata lelaki tempatan dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Ara Kuda, di sini, pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 52 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk didakwa mengganggu suspek.

Difahamkan dalam pergaduhan itu, suspek mengorek keluar bebola mata kiri mangsa menggunakan tangannya.

Selain itu, mata kanan mangsa juga dilaporkan dicederakan dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, bebola mata kiri dijumpai petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tidak jauh daripada mangsa ketika mereka hadir untuk membawanya ke hospital bagi rawatan lanjut.

MOHD ISKANDAR OTHMAN
17 November 2024 03:47pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kementerian Kesihatan di Gaza

Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-407.

▪️ Rejim Zionis melancarkan 3 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 35 syahid manakala 111 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.

▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 43,799 syuhada dan 103,601 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

16 November 2024
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pesawat perang Israel memusnahkan bangunan kediaman berhampiran Hospital Saint George di selatan Beirut.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Operasi terkini Briged Al-Qassam:

- Briged Al-Qassam menembak tepat seorang askar Zionis di sekitar bulatan “Abbas Kilani”, utara bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

- Mujahidin Al-Qassam dapat membunuh 3 tentera Zionis dari jarak sifar di sekitar bulatan “Abbas Kilani”, utara bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

- Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal Zionis "Merkava 4" dan jentolak tentera "D9" dengan dua peluru "Al-Yassin 105" berhampiran bulatan "Tal Al-Dhahab" dan sekitar Persatuan Pembangunan di bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

- Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal Zionis Merkvah 4 dengan peranti Shawaz di Jalan Dawas, barat Kem Jabalia, di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙌🏻😆

Bosan tak tahu nak tengok movie free kat mana? Meh join channel akak banyak movie free 🫣

Tak perlu bayar apa apa pum 🤭 ada lebih daripada 50K SUBS ❗️

PERCUMA | PERCUMA | PERCUMA

ADA LEBIH DARI 500 MOVIE PERCUMA

Boleh tekan link disini 👇🏻

📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1

Meh follow channel backup akak 😆🔥

📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1

✅ Hanya perlu request join sahaja, okay?
✅ Admin akan approve dalam masa satu minit sahaja
✅ Tengoklah movie sampai lebam

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM22 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

pekerja construction or arkitek mudah la dah pakai ni
https://s.shopee.com.my/8KYMnY9Ugs

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sebuah hotel di Itali menolak untuk menerima kehadiran pendatang haram Israel dan menyatakan dalam pesannya: "Pendatang haram Israel bertanggungjawab atas tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mereka tidak dialu-alukan di sini."

Sumber: Quds Feed

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Min mintak tolong tekan link je ye.. min pun x tau ni benda apa.

https://s.shopee.com.my/2AxbZMsHNg

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Myvi kecundang lagi!!

Lokasi: Bukit Serindit, Melaka.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Gaduh sampai korek keluar bebola mata

TASEK GELUGOR: Pergaduhan kerana mabuk berakhir ngeri apabila seorang lelaki warga asing mengorek keluar bebola mata lelaki tempatan dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Ara Kuda, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 52 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk didakwa mengganggu suspek berumur 28 tahun.

Difahamkan dalam pergaduhan itu, suspek mengorek keluar bebola mata kiri mangsa menggunakan tangannya.

Selain itu, mata kanan mangsa juga dilaporkan dicederakan dalam kejadian tersebut.

Mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.

Suspek diberkas polis di lokasi kejadian.

Difahamkan, bebola mata kiri dijumpai petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tidak jauh daripada mangsa ketika mereka hadir untuk membawanya ke hospital bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Oleh Wartawan BH
November 17, 2024 @ 11:22am
bhnews@bh.com.my

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💡borong2 then jual balik hehe
https://s.shopee.com.my/BCeusIZ6n

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut, adik melecur dalam kebakaran rumah

Sandakan: Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Batu Sapi Karamunting, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Jailan Jaimin, 35, yang mengalami strok ditemukan rentung oleh pasukan bomba di ruang tamu rumah.

Adik lelaki mangsa berusia lingkungan 20-an melecur di bahagian belakang badan manakala beberapa ahli keluarga yang lain sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer.

"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

"Turut terbakar tiga kenderaan jenis lori 10 tan, Proton Saga dan Nissan sedan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa rentung yang ditemukan di ruang tamu rumah.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal jam 9.27 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya jam 11.35 pagi.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 1:19pm
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔻Briged Al-Qassam memuat naik rakaman serangan ke atas kenderaan penjajah di laluan pencerobohan bahagian timur dan barat kem pelarian Jabalia, utara semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu treler maut selepas rempuh dua kenderaan, halaman rumah

PARIT - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dinaikinya melanggar dua kenderaan lain sebelum merempuh halaman rumah penduduk di Kilometer 47, Jalan Ipoh-Lumut dekat Titi Gantung di sini pada Sabtu.

Nahas berlaku sekitar jam 11.15 malam dan mangsa berusia 32 tahun yang memandu treler bermuatan simen disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat awal kemalangan diterima melibatkan sebuah treler jenis Mercedes-Benz, treler jenis Hino dan kereta jenis Toyota Vios.

Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku semasa treler dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar menuju ke arah Gelung Pepuyu.

"Setibanya di lokasi, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang treler lain yang diletakkan di tepi jalan kenderaan itu sebelum melanggar belakang sebuah kereta.

"Akibat perlanggaran tersebut treler mangsa telah meluncur ke depan sekitar 100 meter dan merempuh halaman sebuah rumah yang berada di sebelah kiri jalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Hafezul Helmi berkata, siasatan mendapati keadaan cuaca baik namun, keadaan jalan dalam keadaan basah dan lokasi kejadian tidak mempunyai lampu jalan.

"Siasatan juga dapati lokasi kemalangan tiada mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Mayat mangsa yang maut kemudian dibawa ke Hospital Changkat Melintang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah 'polytrauma injury secondary' akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Tambah beliau, siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor M Maheswaran di talian 010-7005051 atau mana-mana balai polis berhampiran.

NOOR AINON MOHAMED
17 November 2024 03:24pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PENGURUS KILANG DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI PENGKALAN

ALOR GAJAH 17 November – Seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan, ketika berhenti di Tandas Awam, Taman Reakreasi Sri Sutera, di sini, awal pagi tadi.

Lelaki warga emas berusia 61 tahun itu disyaki lemas selepas pihak bomba menemui selipar miliknya di tebing sungai terbabit.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 5.39 pagi sebelum sebelum dua jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Ayer Keroh ke lokasi kejadian.

Katanya, pada awalnya pihak bomba dimaklumkan lelaki terbabit terkunci di tandas namun selepas melihat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik keretanya yang diparkir berhampiran tandas, warga emas terbabit tidak masuk ke tandas kerana berkunci.

"Selain itu juga, barangan peribadi milik mangsa ada ditemui berada di dalam kereta.

"Justeru itu, pencarian di kawasan sekitar dilakukan pasukan bomba sebelum menemui selipar milik mangsa di tebing sungai dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan," katanya.

"Usaha pencarian masih diteruskan selain unit anjing pengesan juga sudah dihubungi bagi membantu mengesan mangsa," katanya.

Sementara itu, anak saudara mangsa ingin dikenali sebagai Abdul Haafith, 25, berkata, ketika kejadian bapa saudaranya yang menetap di Shah Alam, Selangor, itu, dari rumah di Machap dan dalam perjalanan untuk membeli makanan.

"Kira-kira jam 4.50 pagi saya menerima panggilan daripada mak cik yang memaklumkan suaminya masih belum pulang selepas keluar membeli makanan kira-kira jam 1.50 pagi dan mengajak saya untuk mencarinya.

"Selain mencari di kedai mamak, kami turut ke hospital namun tidak menjumpai sebelum keretanya dijumpai berhampiran tandas awam terbabit namun kelibat pak cik tiada di sekitar itu," katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi talian

kecemasan bagi meminta bantuan kerana khuatir bapa saudaranya itu terperangkap di dalam tandas tetapi sejurus pasukan bomba membuka pintu tandas warga emas terbabit tiada di dalam.

"Menerusi 'dashcam' nampak kelibat pak cik mundar-mandir di hadapan tandas selain dimaklumkan juga pak cik ada memberitahu dia mengalami cirit birit dan sakit kepala.

"Mungkin dalam perjalanan untuk membeli makan dia tiba-tiba sakit perut dan ingin ke tandas tetapi pintu berkunci," katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Farah Suhaidah Othman
Ahad, 17 November 2024 @ 15:47

Artikel ➡️ Melaka Hari Ini

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sekitar jam 3 pagi (waktu Malaysia), jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmoud Basal melaporkan:

🔺 Gaza telah mengalami pembunuhan beramai-ramai berterusan selama lebih 400 hari.

🔺 Tanda-tanda dehidrasi kini boleh dilihat pada kanak-kanak kerana kekurangan nutrisi dan makanan.

🔺Bandar Gaza menghadapi kebuluran akibat rejim Zionis menghalang bantuan kemanusiaan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan gas memasak.

🔺 Rejim Zionis terus meluaskan koridor Netzarim, merampas lebih banyak tanah dari Bandar Gaza.

🔺 Keadaan di Gaza semakin teruk, tiada rumah yang boleh didiami.

🔺Ribuan nyawa masih boleh diselamatkan jika peralatan menyelamat dan bantuan yang betul tersedia.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Briged Al-Qassam menyasarkan kenderaan musuh di garisan pencerobohan utara dan barat bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan jalan ismail sultan, Johor bahru. Tiada kecederaan dilaporkan.

3.49 petang
17/11/2024
Media Sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Pasir Gudang: Suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, yang dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di simpang empat berlampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian 4 pagi itu membabitkan motosikal Honda Vario yang dinaiki pasangan itu, dengan Perodua Alza.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta berkenaan dari arah Jalan Besar menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.

"Sampai di lokasi kejadian iaitu simpang empat berlampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan dalam keadaan lampu isyarat merah menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.

Pada masa sama, motosikal pasangan terbabit meneruskan perjalanan menghala ke Bandar Pasir Gudang, sebelum berlaku pelanggaran.

"Akibat pelanggaran, penunggang iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng iaitu wanita berusia 35 tahun cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, pemandu kereta berkenaan iaitu lelaki berusia 34 tahun ditahan kerana dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.

"Ujian air kencing juga dilakukan, namun pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah. Siasatan masih lagi diteruskan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan menyebabkan kematian.

Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 8:21am

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nasib baik ada dashcam , mudah nak buat report polis .
Kamera HD 1080p depan belakang ✅
Mudah di pasang ✅
Malam pon HD ✅
Dah lebih 60K unit terjual ✅
Stok terhad , untuk 100 orang pembeli terawal sahaja dapat bawah RM90 📌
yang belum ada dashcam lagi tu , cepat² dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/6V6MBf4u2Q

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TERKINI

UNDI RESOLUSI PENUBUHAN NEGARA PALESTIN LULUS DI PBB

Malaysia mengundi setuju bersama 169 buah negara dalam Perhimpunan Agung PBB untuk penubuhan Palestin sebagai negara berdaulat, merdeka dari penjajahan Israel dan hak rakyat Palestin menentukan nasibnya sendiri

Resolusi ini menyatakan bahawa penubuhan ini perlu berlangsung tanpa syarat

170 Negara Setuju dan 6 Negara Menentang iaitu US, Argentina, Micronesia, Nauru dan Paraguay

9 Negara berkecuali iaitu Kiribati, Papua New Guinea, Liberia, Palau, Panama, Rwanda, Togo, Tonga dan Tuvalu

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rakyat Lubnan nampaknya dah Redha dan teruskan kehidupan meskipun Israel melancarkan serangan ke atas mereka

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TMJ MAFIA
Pernah Menjadi Top 1 Trending Para Peminat jam pada Tahun 2024 .

Gshock TMJ MAFIA juga merupakan salah satu kebanggaan Anak Malaysia.

Warna TMJ MAFIA ini dikenali sebagai All Black dan sangat memainkan Peranan .

Berminat Boleh PM @mirxrul

www.wasap.my/60183606671/TmjMafia

JOIN GROUP TELEGRAM :
/channel/supergshock

Nak Tengok Feedback Trusted ?
/channel/Feedbackbysupergshock

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk di lampu isyarat

PASIR GUDANG: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta yang disyaki dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di simpang empat lampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada jam 4 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda Vario yang dinaiki pasangan itu dengan kereta Perodua Alza.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta berkenaan datang dari arah Jalan Besar menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.

"Sampai di lokasi kejadian iaitu simpang empat lampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan tanpa berhenti walaupun lampu isyarat masih merah, menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.

"Pada masa sama, motosikal menunggang pasangan sedang meneruskan perjalanan menghala ke bandar Pasir Gudang, menyebabkan pelanggaran.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng, wanita berusia 35 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, pemandu kereta berkenaan, lelaki berusia 34 tahun, ditahan kerana dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.

"Ujian air kencing juga dilakukan dan mendapati pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah. Siasatan masih lagi diteruskan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan menyebabkan kematian.

Oleh Omar Ahmad
November 17, 2024 @ 8:49am
bhnews@bh.com.my

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut selepas jatuh perigi

Rantau Panjang: Lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Tasek Bakong, di sini, 6.30 pagi tadi.

Jiran mangsa, Mohd Shamsudin Pa'Sar, 50, berkata, dia membantu menelefon talian kecemasan 999, selepas diberitahu anak mangsa mengenai kejadian berkenaan.

Terdahulu katanya, dia dalam perjalanan ke kedai untuk menjual ayam segar, sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa, Bahrom Ismail, 64.

Menurutnya, anak-anak kepada lelaki itu kelihatan resah.

"Salah seorang anak mangsa memberitahu ada mendengar suara bapanya meminta tolong dan sempat menghulurkan tali, namun bapanya sudah lemah dan akhirnya tenggelam (di dalam perigi).

"Kami tidak tahu bagaimana mahu mengeluarkan mangsa dari perigi sedalam lebih lima meter dan meminta bantuan kecemasan sebelum bomba tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Shamsudin berkata, menurut anak Bahrom, bapa mereka keluar untuk menoreh getah dan biasanya akan mengambil wuduk di telaga berkenaan untuk menunaikan solat Subuh.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.52 pagi.

"Sebaik sampai di lokasi, didapati seorang mangsa di dalam perigi sebelum enam anggota membantu mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 10:26am
Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹vip mana yea ni hmm huhu

sumber tiktok
#infosemasa

Читать полностью…
Подписаться на канал