Haiway Bertam ke sg 2
2 perempuan naik sebiji motor.. Berhenti utk tnya kereta putih tu rosak ke apa.. Tiba2 lori tanker mai kot belakang langgaq motorsikal Dan kereta tu
#infosemasa
Cromebook bajet..harga student...yang tak student pun boleh beli jangan risau..8gb ram dan 32 ssd..terkejut tgk harga !! 😲😲👇👇
https://s.shopee.com.my/2VaSXfLDGp
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
GOMBAK - Siasatan awal polis mendapati kemalangan sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada 7 November lalu, akibat jalan licin dan basah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu kenderaan itu dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
"Kenderaan itu telah terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan dan terjatuh ke arah laluan bertentangan di KM 35.3 Kuala Lumpur menghala ke Bentong akibat jalan licin dan basah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Noor Ariffin berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berkaitan kes itu.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes yang masih dalam proses siasatan," katanya.
Pada 7 November lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata, kenderaan membawa muatan dua kereta perisai ADNAN terbalik akibat kemalangan itu.
Beliau berkata, ketika kejadian pada jam 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas untuk tujuan latihan.
Terdahulu Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.
AHMAD ISMADI ISMAIL
14 November 2024 03:16pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
🔥SEPASANG RM50.00🔥
✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod
Join Group Telegram Saya👇
/channel/KasutRM60JB
NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇
/channel/+shisrKwAQwNkZDNl
TANAH RUNTUH | Jalan Tapah-Cameron Highlands Di Kedua-Dua Arah Terhalang
Kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands kira-kira jam 3:45 petang tadi, menyebabkan laluan itu terhalang.
#BuletinTV3
#infosemasa
Tiga penjenayah maut ditembak di Pulau Pinang
SEBERANG PERAI – Polis Pulau Pinang dilaporkan menembak mati tiga penjenayah berhampiran Ladang Byram menuju Taman Perindustrian Batu Kawan di sini, awal pagi tadi.
Ketiga-tiga suspek itu dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan senjata api dan kecurian kenderaan.
Kejadian tembakan itu kemudiannya tular dalam media sosial.
Ketua polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada pukul 3 petang.
Oleh KOSMO!
13 November 2024, 1:28 pm
#Kosmo
#infosemasa
Hai semua nak cuba urutan lain daripada yang lain ? Jom dapatkan urutan yang professional daripada Layla ,dengan menggabungkan 2 elemen urutan traditional melayu modern iaitu relaxing & traditional pasti melegakan urat dan otot.
Lokasi kami 📍
D-03-07 Block Delima,
Pangsapuri Permata Sari,
Persiaran Indera,Pusat Bandar Puchong,47100 Puchong Selangor Darul
Untuk info lebih lanjut klik link WhatsApp https://www.wasap.my/601127005525/pakejurut
https://www.wasap.my/601127005525/pakejurut
https://www.wasap.my/601127005525/pakejurut
Pemilik Warung Pok Nong Celup Tepung meninggal dunia
KUALA TERENGGANU - Pengusaha kedai makan ikan celup tepung tersohor di Terengganu, Md Non Nawang, 68, atau lebih dikenali dengan gelaran Pok Nong meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Rabu.
Anaknya, Nur Izzati, 25, berkata, bapanya yang juga pemilik Warung Pok Nong Celup Tepung menghembuskan nafas terakhir jam 11.45 malam selepas ditidurkan bagi pembedahan darah beku di kepala.
Menurutnya, sebelum itu bapanya rebah dan hampir pengsan ketika menghadiri majlis konvokesyen adiknya, Nor Arissyah, 24, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Nerus, jam 2 petang pada Selasa lalu.
"Ketika perarakan akademik berlangsung, ayah tiba-tiba jatuh sebelum dibantu oleh petugas untuk dikejarkan ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
"Semalam dia ditidurkan untuk pembedahan akibat pendarahan dalam kepala atau strok tahap 4, bagaimanapun arwah ayah disahkan meninggal dunia malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Menurutnya, sebelum menghadiri majlis konvokesyen itu, arwah bapanya demam selama dua hari.
Katanya, bagaimanapun arwah tetap mahu menghadiri majlis konvokesyen adiknya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan Dengan Kepujian.
Menurut Nur Izzati, jenazah bapanya akan disembahyangkan jam 11 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Gong Awang Lib dekat Mengabang Telipot, Kuala Nerus.
Allahyarham Md Non yang mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Radziah Omar, 58, dikurniakan lapan cahaya mata.
Warungnya yang beroperasi di Jalan Pantai, Kg Telipot, di Kuala Nerus popular dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong luar Terengganu.
Terkenal dengan jolokan Pok Nong ICT (ikan celup tepung), warung yang menyediakan aneka makanan laut segar diusahakan Allahyarham sejak 30 tahun lalu.
NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
14 November 2024 10:13am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.
Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan
SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)
Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.
TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.
*OKU boleh ambil*
*Bukan Medical Card*
Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.
Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.
Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham
Pelajar cedera jatuh bangunan sekolah, dipercayai khayal hisap vape 'mushroom'
Oleh Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
Kangar: Seorang pelajar Tingkatan Dua yang dipercayai khayal selepas menghisap vape terjatuh dari bumbung tingkat satu bangunan sebuah sekolah menengah di daerah ini, hari ini.
Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Ariffin berkata, kejadian berlaku sekitar 11 pagi di bangunan blok pelajar sekolah itu.
"Berdasarkan keterangan pelajar itu, dia ada menghisap vape dalam kelas ketika waktu rehat di sekolah itu dan berikutan perbuatannya itu, dia berasa khayal.
"Dia kemudian turun dari tingkat satu bangunan sekolah itu menggunakan laluan bumbung, namun akibat khayal dia terjatuh dan luka ringan di kakinya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, selepas terjatuh, pelajar berkenaan menjadi tidak terkawal dan meracau sehingga memaksa pentadbiran sekolah menghubungi polis.
"Polis membawa pelajar berkenaan ke Klinik Kesihatan Kangar untuk pemeriksaan dan keputusan ujian air kencingnya negatif dari pengaruh dadah.
"Kami bekerjasama dengan polis menyiasat perkara ini," katanya.
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes berkenaan masih disiasat.
Dalam pada itu, sumber memberitahu Harian Metro vape digunakan pelajar berkenaan adalah vape jenis flavour mushroom yang penggunaannya kini menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah.
Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 5:42pm
#harianmetro
#infosemasa
JOHOR 14/11/2024.
Tayar lori tercabut dekat depan Taman Teknologi arah Skudai, pagi ini.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 14/11/2024.
Kemalangan maut melibatkan pejalan kaki dan kereta dari Senai ke Skudai, selepas susur naik ke Tol Kempas sekitar jam 6.30 pagi tadi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemandu lori maut remput lori kontena
SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI
14 November 2024 02:37pm
BATU PAHAT - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang lori kontena di kilometer (KM) 79.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada awal pagi Khamis.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Nur Zufayri Mohd Azaha, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 1.59 pagi.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan 13 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Renggam dan Ayer Hitam dihantar ke lokasi.
"Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah lori jenis Nissan UD 10 tan telah melanggar belakang sebuah lori kontena Hino 40 tan.
"Akibat perlanggaran tersebut, pemandu lori jenis Nissan, seorang lelaki berusia 28 tahun didapati tersepit di tempat duduk pemandu kenderaannya.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi,” katanya.
Beliau berkata, pemandu lori kontena berkenaan, seorang lelaki berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan.
"Operasi ditamatkan pada jam 3.28 pagi," katanya.
#infosemasa
AWAS kepada pengguna Jalan Bukit Badong.. setiap petang ada roadblock. Anda dibolehkan utk tangkap dan ambil sebab lembu2 ini tidak bertuan. Pihak MPKS boleh la tumpang sekaki tangkap ambil buat makan2.. sebelum berlaku kemalangan..melibatkan nyawa.. baik kita tangkap lembu yg xbertuan ni..
#infosemasa
Pejalan kaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan
KULAI – Seorang lelaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Kilometer (KM) 22 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 6.05 pagi ketika mangsa melintas jalan di laluan tersebut.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang berusia 32 tahun secara tiba-tiba melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan.
“Keadaan itu membuatkan pemandu kereta Honda City, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, yang sedang dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru telah terlanggar mangsa.
“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berkenaan tidak cedera.
"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed menurusi talian 013-3063710. atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.
SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
14 November 2024 04:50pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
VIDEO TAMBAHAN: VIDEO TULAR: SEBUAH KERETA MELANGGAR SEBUAH MOTOSIKAL DINAIKI DUA INDIVIDU
"Pada 13 November 2024, pihak polis telah terkesan video tular di laman sosial memaparkan kejadian sebuah kereta melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua individu di Kuala Kurau, Perak".
"Laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki Melayu pada 12 November 2024 mengatakan beliau bersama rakannya telah cuba menahan kenderaan dinaiki suspek kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan individu lain dan melarikan diri".
"Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya menangkap suspek seorang lelaki Cina serta turut merampas sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian tersebut untuk tindakan lanjut".
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987".
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff
#everyone #follower
#infosemasa
Pemandu lori kontena hempap kereta direman 4 hari
Oleh Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
Bukit Mertajam: Pemandu lori yang mengakibatkan kontena dibawanya menghempap kenderaan hingga seorang wanita maut di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah, di sini, semalam direman empat hari bermula hari ini.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan reman terhadap lelaki tempatan berusia 51 tahun itu sehingga 17 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, suspek yang tiba di mahkamah sekitar 8.20 pagi diiringi anggota polis sempat menunjukkan tanda 'peace' ketika pihak media merakamkan wajahnya.
Semalam, polis menahan pemandu lori terbabit kerana terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kereta dan sebuah lori yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Dalam kejadian 9.15 pagi itu, wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian, manakala lelaki berusia 25 tahun cedera dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM)
Terdahulu, tular video dan beberapa keping gambar di media sosial memaparkan deretan kenderaan yang berada di persimpangan lampu isyarat dikejutkan dengan insiden kontena yang terjatuh dari sebuah treler.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan mendapati pemandu lori sedang membelok sebelum kontena dibawanya terbalik dan menimpa beberapa kenderaan.
Wanita maut, kenderaan dihempap kontena terbalik
Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 11:14am
#harianmetro
#infosemasa
TERKEJUT ‼️ 😱😱
BERAT BADAN HILANG BERKILO-KILO TANPA AMBIL PIL PELIK-PELIK.!!
Dah buat exercise, dah cut gula dah jaga makan pun masalah BERAT BADAN & PERUT BUNCIT still tak hilang-hilang.😭😭
Lepas amal air coklat ni, xsampai sebulan dah nampak perubahan. Rupanya kita perlukan juga bantuan booster untuk bantu bakar lemak-lemak degil dari dalam.
Yang mana nak cuba kurus semula mcm aku, boleh wasap no ni utk dorg guide kurus mcm aku
www.wasap.my/60172766370/AirCoklatBakarLemak.ISO14.11
𝗔𝘀𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺𝘂𝗮𝗹𝗮𝗶𝗸𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 , 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗵𝗮𝗿𝗲 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 . 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 , 𝗟𝗮𝗼𝗸 (𝗿𝗲𝗮𝗱𝘆 𝘁𝗼 𝗲𝗮𝘁) , 𝗽𝗼𝗹𝗮𝗿𝗼𝗶𝗱 , 𝗽𝗵𝗼𝘁𝗼𝗯𝗼𝗼𝗸 , 𝗕𝗲𝗹𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗰𝗵𝗼𝗰𝗼𝗹𝗮𝘁𝗲 𝗱𝗿𝗶𝗻𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗵𝗼𝗰𝗼 𝘁𝘂𝗯 😍 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶 ? 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮 𝘀𝗮𝘃𝗲 𝗻𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝘂 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗹𝗼𝗴 𝘀𝗮𝘆𝗮 .
𝗦𝗮𝗺𝗯𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗼𝗸 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 , 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗸𝟮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝘁𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 😍 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗯𝗲𝗰𝘂𝘁𝗶 , 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗶𝗰𝗻𝗶𝗰 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 😘
𝗣𝗼𝗹𝗮𝗿𝗼𝗶𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗵𝗼𝘁𝗼𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝘁𝘂𝗻𝗮𝗻𝗴 , 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗶𝗻 , 𝗳𝗮𝗺𝗶𝗹𝘆 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 . 𝗞𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗲 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗲𝗵 𝗴𝗮𝗶𝘀 ❤️😍 . 𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗻𝗱𝗽𝗵𝗼𝗻𝗲 𝗮𝘀𝘆𝗶𝗸𝟮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗴𝗯 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗼𝗹𝗮𝗿𝗼𝗶𝗱 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗵𝗼𝘁𝗼𝗯𝗼𝗼𝗸 𝟭𝟬𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗲𝗸 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗶𝘁𝘂 ❤️
𝗖𝗵𝗼𝗰𝗼 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸𝟮 𝗱𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘀𝗮 😍
𝗕𝗲𝗹𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗰𝗵𝗼𝗰𝗼𝗹𝗮𝘁𝗲 𝗱𝗿𝗶𝗻𝗸 𝗶𝗻𝗰𝗮𝘀𝗲 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 , 𝗮𝗶𝗿 𝗻𝗶 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁 , 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗿𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀 . 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗮𝗽𝗮 ? 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮 𝗰𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗮𝘂 😍 𝗦𝗶𝗮𝗽 𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗲𝗲𝗱𝗯𝗮𝗰𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗰𝘂𝘀𝘁𝗼𝗺𝗲𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶 .
📲 https://aleeshaofficial.wasap.my/
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
NEGERI SEMBILAN 14/11/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan pikap dekat Jalan Pedas - Rembau sekitar jam 6.30 pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 14/11/2024.
Kemalangan kereta dekat Taman Impian Emas, Skudai pagi ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 14/11/2024
Kemalangan lori di Lebuhraya Plus, Km 79.9 arah Selatan dari Ayer Hitam ke Machap sekitar jam 2 pagi tadi.
Sumbe ➡️ PLUS
#infosemasa
@infosemasaofficial