Jalan utama pasir puteh ke jerteh sekarang di pencawang TNB Gaal ...
Sumber
Raja Shamri
#infosemasa
[TERKINI] Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai melepasi paras amaran dengan merekodkan bacaan 23.25 meter setakat pukul 10 pagi tadi.
📸 JBPM Kuala Krai
#infosemasa
Beliau berkata, pada hari sama, kakitangan PERHILITAN daerah menjalankan siasatan di lokasi aduan dan mendapati kesan tapak dan kesan masih baharu pada beruk peliharaan pengadu.
Susulan itu katanya, anggota memasang satu unit perangkap di lokasi aduan dengan berumpankan karkas beruk berkenaan.
“Akhirnya, pagi tadi (semalam) didapati seekor harimau dahan (Neofelis nebulosa) jantan dewasa memasuki perangkap,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata, jabatan berkenaan akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap haiwan itu.
Katanya, sekiranya harimau dahan itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, ia akan dipindahkan ke habitat yang jauh dari penempatan manusia.
“Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar. Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui talian Hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau eaduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Lubuk Tualang, Mohamad Wahab, 38, berkata, sejak beberapa bulan lalu, orang kampung takut untuk keluar menoreh getah atau ke kebun kerana sering terserempak dengan harimau berkenaan.
Katanya, sebelum ini, harimau itu pernah menyerang seekor kambing milik sepupunya kemudian menyerang seekor beruk peliharaan orang kampung.
“Alhamdulillah, akhirnya harimau yang sering muncul berhampiran rumah penduduk sudah ditangkap… saiznya agak besar. Terima kasih kepada PERHILITAN,” katanya.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
21:16hrs Awas! Kemalangan Km 158.1 arah Utara dari Bukit Gambir ke Tangkak. Lorong kanan ditutup. Trafik terkawal. Patuhi arahan papan tanda. @llmtrafik
#infosemasa
BANJIR TERUK MELANDA RUMAH PANJANG DI JALAN SELIRIK PADA AWAL PAGI INI. DIFAHAMKAN JUGA BEBERAPA KAWASAN DI BUKIT GORAM DAN SUNGAI AMANG YANG LAIN TURUT DILANDA BANJIR BESAR.
SEMOGA URUSAN MANGSA DIPERMUDAHKAN.
Sumber Sarawak Viral
#infosemasa
5 sungai utama di kelantan sudah melepasi paras bahaya
📌Sungai golok dirantai panjang
📌Sungai melor bachok
📌Sungai semerak pasir putih
📌Sungai air lanas
📌Sungai kelantan di kg temangan machang
#OPERASI
LAPORAN TERKINI BANJIR DI JAJAHAN / DAERAH NEGERI KELANTAN, HUJAN BERTERUSAN TELAH MENYEBABKAN KAWASAN SEKITAR DI NAIKI AIR
OPERASI MENYELAMAT MANGSA - MANGSA BANJIR TELAH DILAKUKAN OLEH ANGGOTA APM DAN MEMBAWA MANGSA - MANGSA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
3 JAJAHAN / DAERAH TERKESAN AIR BANJIR:
Jajahan/Daerah Kuala Krai - Kampung Chuchoh Puteri A.
Jajahan/Daerah Jeli - Jalan Sungai Stan, 17700 Ayer Lanas, Jeli Kelantan.
Jajahan/Daerah Tanah Merah : Alur Pasir, Padang Kijang Tanah Merah, Kelantan
4 PPS TELAH DIBUKA DI KUALA KRAI
1. MASJID MUKIM CHUCHOH PUTERI
2. MADRASAH CHUCHOH PUTERI A
3. MADRASAH KG. SEPULUH
4. SEK. KEB CHENULANG
3 PPS TELAH DIBUKA DI JELI :
1. MASJID GEMANG
2. DEWAN ORANG RAMAI KESEDAR KG SATAN
3. SEK. KEB. LEGEH
3 PPS TELAH DIBUKA DI PASIR MAS:
1. SEK. KEB. TO'DEH
2. SEK. KEB. LATI
3. SMK BAROH PIAL
2 PPS TELAH DIBUKA DI TANAH MERAH :
1. SEK. KEB. GUAL GODEK
2. SEK. KEB. KELEWEK
3. BALAI RAYA PADANG KIJANG
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Malaysian Meteorological Department
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohd Adzhar
Apmrantaupanjang
APM Pasir Mas
APM TANAH MERAH
Apm Jeli
APM Kuala Krai
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#monsuntimurlaut2024
#TaatSetia
#Wearekelantan
#infosemasa
Keadaan G-Orange Mall Tunjong loni. Biasalah sini laluan air azali lagi, nak wak rano..
Kredit Gambar: Azlan Dbr
#infoBanjirNegeriKelantan
#infosemasa
Mayat pelajar tahfiz lemas ditemui dalam keadaan mengiring dalam tali air
Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my
Bachok: Kegembiraan tiga sahabat mandi di tali air berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Padang Lati, di sini, hari ini.
Mangsa berusia 14 tahun dipercayai pelajar tahfiz di sebuah pondok di daerah ini ditemui pada kedalaman tiga meter dalam keadaan mengiring.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Lokman Yusoh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.37 petang tadi.
Katanya, bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tepi dan dasar tali air
Mayat mangsa berjaya ditemui jam 4.13 petang iaitu hampir satu jam pencarian.
"Mangsa ditemui dalam keadaan berkain pelikat tanpa baju. Hasil maklumat awal, mangsa dipercayai ke tali air untuk mandi bersama dua lagi rakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, operasi membabitkan 14 orang iaitu lapan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok dan enam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Balai Polis Jelawat untuk pemeriksaan sebelum dihantar Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk tindakan lanjut.
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
26/11/2024
JAM: 10.41PM
KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA KERBAU
LOKASI: BATU 3 DEKAT JERAT CINA
RESPON : ANGGOTA PBS KUALA PEGANG
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
Sumber info kemalangan di baling
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kanak-kanak menadah air hujan untuk diisi di dalam bekas air mereka di pusat perlindungan Bandar Gaza.
Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa
Hizbullah menyasarkan pengangkut tentera Israel dengan dron pemusnah.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
Di tengah-tengah hujan lebat dan kesejukan yang melanda, dengan tangan yang menggeletar, rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal berkumpul di Stadium Al-Yarmouk di Bandar Gaza, mencari makanan untuk menghilangkan rasa lapar mereka, keadaan ini berlarutan selama 14 bulan sekatan berterusan dan pembunuhan beramai-ramai Israel.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
*Individual plan atau untuk anak2*
“MEDICAL GURANTEE RENEWAL SEHINGGA 90 THN , UNTUK MEREKA YANG MENCARI TIADA DEDUCTIBLE DAN CASHLESS”
Atau
*MEDICAL SEDIA ADA MENINGKAT 100% ke 300%
*PENING NAK BAYAR*
Satu satunya Medical yang Full Coverage yg masih ada di Malaysia, Sehingga 15 NOV Diskaun 20% dari Harga sebelum ini.
Medical Card cashless tiada deductible dengan harga mampu milik.tak payah pening lagi.
*Plan Ini valid sampai 15 NOV 2024 seperti memo terbaru kami yg dikelurkan company, tak pasti
akan ada lagi atau Tidak*
*Gurantee Renewal sehingga 90 Tahun*
🔥🔥 Medical Card Tiada Step Cost dengan Coverage yang sangat TINGGI
BOLEH APPLY SEKARANG!
.
Hong Leong MSIG Takaful tengah promosi sekarang.
Medical Card Mampu Milik serendah *RM150* untuk Pakej 3 in 1. ( anak sekolah)
Individu Dewasa *RM175* umur. 24 tahun
Wahhh!! Berbaloinya.
.
KENAPA MEDICAL CARD NI SANGAT TERBAIK dan BERBALOI
===========================
✅ 142 Panel Hospital Swasta Seluruh Malaysia
Panel utama. Columbia,KPJ, Pantai, Glenegles , Dan semua Hospital terbaik Malaysia.
✅ ZERO Deductibel (*Tak perlu bayaran Tambahan* , *tiada tanggungan bersama*
(Terhad sehingga 15 NOV 2024,Boleh apply dulu bayar masa gaji)
✳️Pilihan Bilik 200,300 dan 500
✅ UNLIMITED Lifetime Limit
✅ Perlindungan sehingga RM1.12 JUTA setahun ke 1.18 Juta Setahun
✅ 'SHOW MEDICAL CARD' - Kemasukan & Keluar Wad Yang Pantas
✅ Pakej dengan Hibah basic atau tinggi sehingga 1 juta untuk orang tersayang
✅ Ada Cash value dan boleh dikelurkan dengan meniggal baki RM1k di dalam akaun Takaful.
✅ Elaun tunai Hospital kerjajaan.
✅ As per cahrge . Tak perlu tunggu 2 tahun dan boleh guna
✅ Customer Service 24 jam (Call Centre)
✅ Aplikasi 'HLMT 360' di telefon bimbit
✅ Ada Plan Individu, Pasangan & Keluarga dalam 1 harga
✅Syarikat Takaful yang mempunyai Hospital sendiri.
Hong Leong Group pemilik kepada Columbia Hospital dan Sime Darby Hospitaly
.
PM@WHATSAPP untuk dapatkan quotation yang berbaloi dan sesuai dengan kemampuan anda!
.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT , Paling Murah utk full coverage
Cooling Period .
Accident sesudah polisi lulus
Sakit dari luar, virus demam , sakit perut atau berkaitan selepas 30 hari.
Penyakit Kritkal selepas 120 hari.
Penyakit seperti Buasir dan Gastrik 365 hari .
.
Info & khidmat nasihat PERCUMA:-
*Quotation hanya valid sehingga 30 NOV SAHAJA*
*Harga Bebeza mengikut Umur dan perkerjaan*
*Untuk Family plan Harga berbeza mengikut jumlah dalam keluarga,anak2 bawah 17 tahun layak utk family plan dgn maksima 5 org anak,pemohon dan pasangan*
POLISI HIBAH SEHINGGA 4 JUTA Tiada Medical Limit , Tidak perlu Medical Chek Up .
Tidak cover sakit sedia ada dan penyakit dalam rawatan
Agent Diperlukan .
Perak, Kedah, Penang, N9 dan Pantai Timur
Leader diperlukan Sabah, Sarawak, KL dan Utara. ( indipendent)
FB : Farid Siraj.
Page :
Medical card Family Terbaik Farid Siraj
Farid Siraj EZ Empire
IG: Farid Siraj
Farid 0123755932
www.wasap.my/60123755932/medicalextendnov
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Pelabuhan Klang pada Sabtu lepas (23 Nov) untuk lawatan pelabuhan berjadual kali kedua dalam pelayaran operasinya bagi tahun 2024.
Lawatan ini merupakan kunjungan kedua sejak tahun 2012, mencerminkan hubungan erat antara Amerika Syarikat dan Malaysia yang berasaskan antara rakyat, ekonomi, dan keselamatan.
📸Johari Ibrahim | BERNAMA
#BernamaNews
#infosemasa
🎁🎁💝💝bleh lupakan ps6,jadikan ni sebagai gift hadiah pon sesuai
https://s.shopee.com.my/20eYxn8yCu
8 daerah terjejas, 1,343 mangsa pindah PPS di Kelantan
Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
27 November 2024, 7:08 am
KOTA BHARU – Seramai 1,343 mangsa terjejas banjir berpindah ke 37 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan susulan hujan berterusan sejak semalam.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa terdiri daripada 351 buah keluarga berlindung di PPS.
Menurutnya, setakat ini, tujuh daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli terjejas banjir.
“Lima PPS di Kota Bharu menempatkan seramai 36 mangsa, Pasir Mas (301), Bachok (79 mangsa), Tanah Merah (98 mangsa), Pasir Puteh (202 mangsa), Kuala Krai (243 mangsa), Machang (19 mangsa) dan paling ramai di Jeli (320 mangsa),” katanya.
Sementara itu, menurut laman web rasmi Info Banjir, paras air di Sungai Melor di Bachok, Sungai Air Lanas (Jeli), Sungai Golok (Rantau Panjang), Sungai Semerak (Pasir Puteh) dan Sungai Kelantan (Kampung Temangan) berada pada paras bahaya.
Menurutnya, sungai-sungai lain mencatatkan bacaan waspada, namun dua sungai iaitu Empangan Bukit Kwong dan Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas masih berada tahap normal. – KOSMO! ONLINE
Video & gambar media sosial
#Kosmo
#infosemasa
SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA, YDH ACP BALVEER SINGH A/L MAHINDAR SINGH .
" 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗛𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗜 "
#banjir #kelantan
Gambaran situasi dan keadaan terkini banjir di kelantan. Berberapa rakaman video dan gambar diambil dari penduduk terlibat banjir di negeri kelantan dipaparkan.
Berberapa kawasan telah mengalami banjir dan air naik dengan tinggi. Sentiasa berhati hati dengan haiwan berbisa. Dan elektrik, simpan dokumen dan barang peribadi dengan baik.
Sentiasa ikuti maklumat perkembang banjir dikawasan anda duduki.
27 November 2024
Sumber.
#Infobanjirdikelantan
Info awam
APM
#infosemasa
Tanaman anda terjejas akibat bencana banjir? Hubungi nombor ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jabatan Pertanian Kelantan telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi membantu warga Usahawan Tani yang terjejas akibat banjir yang telah melanda di Negeri Kelantan
.
Hubungi Bilik Gerakan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mengikut Jajahan seperti dibawah bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengoperasian dan bantuan banjir untuk sektor tanaman makanan.
.
#myDOA #DOAcakna #Banjir2024
Jabatan Pertanian Malaysia
Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
Norbahani Bt Zakaria
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#infosemasa
Mangsa banjir Kelantan cecah 2,310 orang, 45 PPS dibuka
Mohon kerjasama dan patuh pada arahan pihak keselamatan
Pelajar tingkatan lima maut kemalangan
MyMetroMutakhir
Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
Melaka: Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek di sini, maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya-Ayer Molek, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9 itu, mangsa Muhammad Faiz Amran,17, yang menunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Tambak Paya menuju ke Ayer Molek, manakala Proton Saga dipandu seorang lelaki pekerja swasta dari arah bertentangan.
"Siasatan mendapati, semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang motosikal dipercayai memotong sebuah kenderaan lain,
"Semasa memotong, datang Proton Saga dari arah bertentangan yang gagal mengelak dan membrek lalu bertembung dengan motosikal mangsa.
"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal parah di bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan, manakala pemandu kereta tidak cedera," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.
"Kita juga mengesan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di lokasi kemalangan dan saksi bebas yang melihat kejadian," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Disiarkan pada: November 26, 2024 @ 10:25am
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
12 jam tersepit, pemandu treler berjaya dikeluarkan anggota bomba
26 November 2024, 8:07pm
LAHAD DATU: Pemandu treler yang tersepit selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam gaung dekat simpang Lembah Danum, Jalan Tawau – Lahad Datu, di sini, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6 petang tadi.
Operasi mengeluarkan mangsa lelaki berusia 51 tahun itu mengambil masa hampir 12 jam berikutan kesukaran yang dihadapi anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah terus diberikan rawatan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, mangsa kemudian dibawa naik ke atas jalan raya menggunakan pengusung.
“Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu seorang diri dari Tawau ke Lahad Datu itu membawa kontena berisi 41.2 tan muatan Baja Borax.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter.
Mangsa yang tersepit di kabin pemandu dilaporkan terpaksa diberikan ubat penahan sakit dan air bagi menenangkannya.
Terdahulu, operasi mengeluarkan mangsa tergendala seketika dan terpaksa menunggu bantuan kren dari Tawau yang terletak sejauh lebih 250 kilometer.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-416
▪️ Rejim Zionis melancarkan 2 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 24 syahid manakala 71 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 44,235 syuhada dan 104,638 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
25 November 2024
#infosemasa
Saat tentera pengganas Israel mengebom Masjid al-Faruq di tengah kem pelarian Al-Nuseirat di Gaza.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
Serangan Israel yang berterusan telah membunuh 523 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari yang lalu, dengan jumlah 44,235 sejak 7 Oktober 2023.
Sumber: Anadolu Agency
#infosemasa
Wartawan Hani Mahmoud melaporkan kesan cuaca buruk hujan dan ribut terhadap hampir dua juta rakyat Palestin yang telah dipaksa keluar dari rumah mereka akibat pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa