🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Visual merakamkan detik serangan udara Israel menyasarkan bangunan kediaman di beberapa kawasan kejiranan di pinggir selatan ibu kota Lubnan, Beirut.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa
41 hari sejak penghapusan utara Gaza
Pengepungan, kelaparan, pengeboman, pembunuhan, perpindahan. Operasi ketenteraan ketiga tentera pengganas Israel sejak 7 Oktober 2023.
80,000 dikepung
2000 syahid
6000 cedera
Beratus-ratus di bawah runtuhan
Beratus-ratus tahanan
- Menyasarkan semua pusat perlindungan dan sekolah
- Menyasarkan hospital dan menangkap kakitangan perubatan
- Memusnahkan semua ambulans, jentera bomba, dan kenderaan pertahanan awam
- Menghalang kemasukan bantuan dan bantuan perubatan
Sumber: Hamas
#infosemasa
8 peluru berpandu dilancarkan dari selatan Lubnan ke arah Galilee.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
Mayat wanita bertudung dijumpai terapung di sungai
15 November 2024, 4:23pm
KOTA BHARU: Mayat seorang wanita ditemukan terapung di tebing sungai kerana tersangkut di mata ‘taut’ milik pemancing di Kampung Gaung, Pendek di sini, pagi tadi.
Mayat wanita dengan keadaan masih berpakaian serta bertudung itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi tadi sebaik pemancing terbabit ke lokasi untuk melihat hasil tangkapan.
Menurut saksi, Shahrul Nazmie Muhamad, 37, dia dipanggil rakannya yang juga pemancing terbabit untuk mengikutnya menaiki bot kerana memaklumkan mengenai penemuan mayat.
Saya ketika itu berada di rumah yang terletak berhampiran sungai dan rakan memberitahu menjumpai mayat sebelum meminta saya agar mengikutnya untuk kepastian berhubung penemuan objek itu.
“Sebaik tiba di lokasinya meletak taut itu, memang sah objek terapung itu adalah mayat seorang wanita dan keadaannya sudah membengkak,” katanya ketika dihubungi.
Shahrul Nazmie berkata, tanpa menyentuh mayat itu, dia terus menghubungi pihak berkuasa memaklumkan penemuan mayat terbabit.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong, Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.05 pagi dan anggotanya serta polis menaiki bot ke lokasi untuk mengambil mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi, memang benar terdapat mayat seorang wanita tersangkut di mata taut milik pemancing dan terapung dalam sungai.
“Mayat yang sudah membengkak serta agak berbau itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat.
Artikel ➡️ buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sabah
kunang
Budak umur 5 tahun maut
Nak Salah kan sapa ni.
Naya drebar kena tarik beramai²dgn org kpg.
#infosemasa
Kemalangan di lebuhraya changlun - kuala perlis dekat kg banat melibatkan kereta dengan lori.
15/11/2024
Sumber ➡️ Perlis Aktif
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙌🏻😆
Bosan tak tahu nak tengok movie free kat mana? Meh join channel akak banyak movie free 🫣
Tak perlu bayar apa apa pum 🤭 ada lebih daripada 50K SUBS ❗️
PERCUMA | PERCUMA | PERCUMA
ADA LEBIH DARI 500 MOVIE PERCUMA
Boleh tekan link disini 👇🏻
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
Meh follow channel backup akak 😆🔥
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
✅ Hanya perlu request join sahaja, okay?
✅ Admin akan approve dalam masa satu minit sahaja
✅ Tengoklah movie sampai lebam
hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM22 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp
Pemuda didakwa bunuh ibu saudara
Ipoh: Lelaki hanya mengangguk faham selepas didakwa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Tertuduh, Lee Hao Yi, 21, kelihatan tenang selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Siti Nora Shariff namun tiada pengakuan direkodkan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pemuda berkenaan yang juga seorang penganggur didakwa menyebabkan kematian kepada Lee Huey Ting, 54, antara 1 pagi 6 November lalu hingga 8.25 pagi 10 November lalu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Barat 25, Taman Puteri Lindungan Bintang di sini.
Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun.
Jika tidak dihukum mati hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 18 Februari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki susulan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan membusuk, dijumpai terkurung dalam bilik sebuah rumah dipercayai dibunuh.
Polis memaklumkan suspek dipercayai menyerang mangsa dengan cara menumbuk secara berulang kali yang kemudiannya menyebabkan mangsa terjatuh tangga.
Suspek didakwa hilang sabar kerana sering dikongkong oleh mangsa.
Mangsa kemudiannya dikurung oleh suspek dalam sebuah bilik sebelum kejadian itu terbongkar empat hari kemudian apabila adik wanita berkenaan ke rumah terbabit sebelum terhidu bau busuk.
Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 11:11am
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
DUA MANGSA CEDERA KEMALANGAN JALANRAYA DI JALAN LUBUK KULIT.
15.11.2024 0748hrs.
Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Toyota Vios dan Mitsubishi Pajero telah berlaku di Jalan Lubuk Kulit. Seorang lelaki dewasa (LD) yang BERADA dalam kereta Vios mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki, manakala seorang lagi LD dalam Pajero mengalami kesakitan di bahagian dada dan belakang. Kedua-dua mangsa telah diperiksa dan diberi rawatan awal oleh pihak KKM. Mangsa dikeluarkan menggunakan stretcher dan diserahkan kepada pihak KKM. Seorang mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans KKM, manakala seorang lagi dibawa dengan ambulans EMRS Bomba C 2-14 Lipis. Semua mangsa merupakan lelaki Melayu.
BERHATI HATI DI JALANRAYA.
Sumber ➡️ Bbp Kuala Lipis
#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga emas rentung, anak, cucu melecur dalam kebakaran
15 November 2024, 9:55am
RANAU: Seorang wanita warga emas rentung manakala anak dan dua cucunya melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Muhibbah, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa Wong Ling Ying, 74, ditemukan rentung di ruang tamu selepas dipercayai terjatuh dari biliknya di tingkat atas.
Difahamkan mangsa, anak dan dua cucunya sedang tidur dan sebaik menyedari kebakaran, mereka sekeluarga terjaga.
Mangsa dipercayai terperangkap manakala anak dan cucunya sempat keluar menyelamatkan diri dengan melompat daripada tingkap rumah di bahagian atas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 pagi.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai bomba.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan dua rumah. Rumah pertama terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
“Turut terbakar dua kenderaan Toyota Hilux Single Cab dan Perodua Myvi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 2.28 pagi.
“Terdapat seorang mangsa warga emas rentung dalam kebakaran itu ditemui di rumah pertama.
“Pasukan bomba kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ridwan berkata, anak mangsa berusia 48 tahun dan dua cucunya perempuan berusia sembilan dan lelaki berusia 11 tahun turut melecur dalam kejadian itu.
“Semua mereka yang cedera melecur kemudian dikejarkan ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 4.14 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
Sumber Jbpm Sabah
#infosemasa
@infosemasaofficial
HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.
Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan
SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)
Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.
TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.
*OKU boleh ambil*
*Bukan Medical Card*
Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.
Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.
Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham
Baju hujan waterproof siap ada cover muka lagi tau..harga murah saja..dapat 1 set dengan seluar..ada warna biru, pink, hijau , oren dan warna2 gelap !! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/BCaNQsZcr
Visual merakamkan detik serangan pesawat udara rejim Zionis menyasarkan bangunan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut semasa sebuah pesawat yang dipenuhi penumpang ingin berlepas.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Hizbullah: Kami menyasarkan pangkalan Tirat Carmel di selatan Haifa dengan salvo peluru berpandu khas.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
"Adakah Israel mempunyai hak untuk wujud?"
Jawapan yang baik dan cermat oleh Pelapor Khas PBB tentang Palestin, Francesca Albanese.
Sumber: Middle East Eye
#infosemasa
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
Admin Info Trafik: 15/11/2024
Hari: Jumaat
Masa: 5 : 10 PTG
KL City Centre
-Perlahan Jalan Pudu ke Jalan Cheras
-Sesak Jalan Imbi ke Jalan Sultan Ismail
-Sesak Jalan Tun Perak ke Jalan Pudu
-Sesak Jalan Imbi ke Jalan Hang Tuah
-Sesak Jalan Pudu ke Jalan Tun Tan Cheng Lock
-Sesak Jalan Raja Chulan ke Jalan P.Ramlee
-Sesak Jalan Ampang ke Jalan Yap Kwan Seng
Jalan Kuching / Cheras
-Perlahan Jalan Loke Yew (VIVA) ke Taman Segar
-Perlahan Jalan Cheras (Grandsaga) ke Taman Midah
-Perlahan Jalan Kuching (WTC) ke Jalan Kinabalu
-Perlahan Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn) ke Jalan Kuching (Taman Wahyu)
KL SEREMBAN
-Sesak KL Seremban (susur Taman Desa) ke susur Bulatan Lumba Kuda
-Sesak Tol Sg Besi ke Kesas
-Sesak Lebuhraya Bukit Jalil (Taman Bukit Jalil) ke Bulatan Lumba Kuda
MRRI
-Sesak Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Istana
-Sesak Jalan Tun Razak (Ampang Park) ke RHB
-Sesak Jalan Tun Razak (WTC) ke Bulatan Pahang
-Sesak Jalan Tun Razak (RHB) ke Bulatan Pahang / WTC
-Sesak Jalan Istana ke Jalan Tuanklu Abdul Halim
LEBUHRAYA PERSEKUTUAN
-Perlahan susur Taman Desa ke Seputeh
-Sesak Bangsar ke Pantai Dalam
-Sesak Jalan Templer ke Jalan Taman Desa
-Sesak Bandar Tun Razak ke Connaught
-Sesak Jalan Templer ke Subang Jaya
-Sesak Kg Attap ke Bulatan Sultan Hishamuddin
-Sesak Jalan Klang Lama ke susur Kuchai
-Sesak Jalan Syed Putra ke Jalan Klang Lama
MRR2
-Perlahan Bandar Tasik Selatan ke Desa Tun Razak
-Perlahan Bulatan ke Bandar Tasik Selatan
-Sesak Jalan Ampang ke Ukay Perdana
-Sesak Batu Caves ke Bulatan Batu Caves
Sumber
Klccdbkl
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥SEPASANG RM50.00🔥
✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod
Join Group Telegram Saya👇
/channel/KasutRM60JB
NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇
/channel/+shisrKwAQwNkZDNl
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak • Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) • Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Melaka • Johor • Sarawak: Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) • WP Labuan sehingga 6:00 petang; Jumaat, 15 November 2024.
Dikeluarkan pada: 3:20 petang, 15 November 2024
#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
⚠️Orang Hilang ⚠️
Nama : NURUL NABILA BINTI ROGIMAN ( SEDANG HAMIL 8bln)
Umur : 26 TAHUN
Lokasi terakhir : DARI RUMAH DI KG TENGAH KE TEMPAT KERJA DI TAMAN INTAN
Pakaian terakhir : BAJU WARNA HITAM
Ada naik kenderaan : MOTOR AVANTIZ BERWARNA BIRU
FLAT : JTH 3468
Tarikh Hilang : DARI PAGI SEMALAM HINGGA KINI TIDAK PULANG KE RUMAH
No untuk dihubungi : 018-7618240 abang 013-5637569 kakak
#infosemasa
Min mintak tolong tekan link je ye.. min pun x tau ni benda apa.
https://s.shopee.com.my/2AxbZMsHNg
Ketulan emas pertama dikeluarkan di hutan simpan kekal Sokor Taku
TANAH MERAH - Tanah di kawasan hutan simpan kekal Sokor Taku, Mukim Sokor Ulu Kusial di sini terbukti mempunyai mineral emas selepas ketulan emas pertama dihasilkan di kawasan berkenaan pada Khamis.
Penemuan emas itu termasuk dalam kawasan seluas 547 hektar yang sudah diteroka dalam dalam tempoh kira-kira setahun.
Ketua Pegawai Operasi Niche Capital Emas Holdings Berhad, Ir Tan Ken Sim berkata, kajian awal di kawasan itu mengesan 17,100 auns sumber mineral berkenaan.
"Lokasi kajian hanya membabitkan lapan hektar daripada keseluruhan keluasan tanah dan kami akan menjalankan penerokaan berterusan di seluruh kawasan ini," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi perlombongan pada Khamis.
Beliau memberitahu, jumlah pelaburan untuk keseluruhan penerokaan dan proses perlombongan ialah RM50 juta termasuk pembersihan kawasan, penyediaan infrastruktur dan kesemua peralatan khas di tapak itu.
Katanya lagi, sepanjang kerja-kerja pencarian dipantau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan selain mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Justeru, Ken Sim turut memaklumkan, semua proses yang dilakukan di tapak perlombongan itu mengikut syarat yang ditetapkan bagi menjaga alam semula jadi di seluruh kawasan terbabit.
"Pengeluaran emas pertama ini menampakkan usaha kami selama lebih setahun mengkaji, mencari dan memproses melalui pelbagai kaedah yang ada," katanya.
Tambah beliau, walaupun emas baru sahaja ditemui di kawasan itu, pihaknya menyasarkan kira-kira enam hingga 12 kilogram ekstrak emas sebulan.
"Kita juga akan meneroka dua lagi kawasan seluas 373 hektar dan 910 hektar itu yang akan menjadikan keseluruhan kawasan perlombongan di Ulu Kusial seluas 1,830 hektar dengan pajakan daripada kerajaan negeri selama 12 tahun," katanya.
ASWANY OMAR
15 November 2024 10:46am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Machap, 15 November 2024 - Sebuah kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kenderaan berlaku di Kilometer 69.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Machap, Johor, pagi tadi. Kejadian tersebut, yang dilaporkan sekitar jam
7:43 pagi, melibatkan sebuah lori Volvo treler 40 tan, sebuah kereta Honda Civic, dan sebuah motosikal Yamaha MT09. Pasukan Keluaran Operasi (PO) Renggan tiba di tempat kejadian pada jam 8:36 pagi, selepas menerima panggilan kecemasan, dan berjaya menamatkan operasi pada jam 9:11 pagi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan | KUP Abd Rahim bin Razali, penunggang motosikal Yamaha MT09, seorang lelaki berusia 33 tahun, disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam insiden ini, pemandu lori treler Volvo, seorang lelaki berusia 40 tahun, selamat tapa sebarang kecederaan.
Sementara itu, dua lelaki dewasa berusia 25 dan 26 tahun yang menaiki Honda Civic mengalami kecederaan. Salah seorang daripada mereka tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas oleh PKO manakala seorang lagi penumpang telah dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi. Operasi penyelamatan dengan kekuatan 12 anggota dan dua jentera bomba jenis FRT di bantu PKO BBP Ayer Hitam.
KPKT Malaysia
Bomba Channel
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
Mohd Jafni Md Shukor
Sumber ➡️ Jbpm Johor
#infosemasa
@infosemasaofficial
#operasi
DIJERUT LEPAS BAHAM BERUK
14.11.2024 (Khamis) : Penduduk Kg Banggol Sik Dalam gempar dengan penemuan reptilia iaitu seekor ular sawa sepanjang 6m dan berat 100kg pagi tadi dipercayai kekenyangan selepas membaham beruk peliharaan penduduk
Pasukan APM Sik bersama 4x anggota LLP respond kes berkenaan dan mendapati reptilia tersebut sudahpun dijerut pemilik beruk tersebut
Reptilia berkenaan dibawa pulang ke PKOD Sik sebelum diserahkan kepada pihak PERHILITAN. Sebarang kes kecemasan orang awam di Daerah Sik boleh menghubungi APM Sik di talian 0108177991 atau talian kecemasan 999
#infosemasa
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E2: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 15 NOVEMBER 2024 ( JUMAAT )
LOKASI : KM 27.0 – KM 19.0 ARAH SELATAN (KULAI - SENAI)
MASA : 6.00 PAGI – 8.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Berhati-hati memandu.
Sumber Lembaga lebuhraya malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial