infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

Pejuang Islam di Iraq: Adegan pelancaran dron ke arah sasaran penting di Haifa.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kementerian Kesihatan di Gaza: Jumlah mangsa pencerobohan Israel meningkat kepada 43,374 orang syahid dan 102,261 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tentera pengganas Israel mendokumentasikan letupan dan pemusnahan keseluruhan kawasan kediaman di selatan Lubnan.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

😍 GSHOCK VIRAL 2024 😍

Dia Buat Hal Pula Beli 2 Ada Offer❓❓Weyh serious lah ni

🔥 Setiap 1 pembelian keatas ada dapat discount 😱 Rugi kalau tak beli.

Pastikan simpan atau screenshot gambar dan hantarkan ke

Nak Order PM @mirxrul

www.wasap.my/60183606671/NakOrder

JOM PAKAT RAMAI JOIN👇

telegram.me/supergshock

Nak Tengok Feedbak Join :

/channel/Feedbackbysupergshock

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pagi lagi si bulu datang bomba minta tolong cabut bola mainan sangkut kat kaki.

Kredit ➡️ BBP IPOH

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Geng kopi je faham, best kalau ada gelas estetik ni 👏🏼

Macam ni takyah pergi kafe hipster. Letak kat rumah ok dah

Sini murah 👉🏼 https://s.shopee.com.my/9A7AVMQ5Tt

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lori rempuh warung, pekerja bengkel besi maut

NORAWAZNI YUSOFNORAWAZNI YUSOF
04 November 2024 10:57pm

KUANTAN - Seorang pekerja bengkel besi maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah lori merempuh warung di persimpangan Kampung Seri Damai Baru, Batu 8, Jalan Kuantan-Maran di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa, Affendi Abd Wahab,51, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata,mangsa cedera iaitu pemandu lori, berusia 25 tahun mengalami pendarahan dalam kepala dan luka pada tangan serta kepala menerima rawatan HTAA.

Menurutnya, seorang mangsa yang merupakan pelanggan di warung terbabit yang berumur 40 tahun dirawat di sebuah hospital swasta di Tanjung Lumpur kerana cedera sendi bahu, punggung dan tangan.

"Siasatan asal mendapati lori terbabit dari arah Kampung Pandan menghala ke arah Gambang.

"Sebaik tiba di lokasi lori dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas merempuh sebuah warung tersebut, seterusnya melanggar dua mangsa iaitu pelanggan yang berada di situ," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin

Wan Mohd Zahari memaklumkan, kemalangan itu kesemua mereka cedera dan mendapatkan rawatan di dua hospital di daerah ini.

Beliau menambah, anak pekerja bengkel besi tampil ke Balai Polis Trafik Kuantan memaklumkan bapanya meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan HTAA, pada jam 6 petang.

"Sampel darah dan urin pemandu lori itu akan diambil untuk tujuan toksikologi," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#SinarHarian
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja perempuan warga China rentung dalam kebakaran di Miri

Miri: Seorang remaja perempuan warganegara China ditemukan rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah berkembar satu tingkat di Jalan Grand Park, di sini, awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Yuan Ruohan, 13, ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.

"Panggilan berhubung kejadian diterima pada 3.06 pagi dan 12 anggota dalam dua jentera masing-masing dari BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Lopeng dan BBP Miri tiba di lokasi jam 3.16 pagi," katanya.

Pasukan Bomba berkenaan berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian dan unit bersebelahan rumah berkembar terbabit hanya mengalami kebakaran di bahagian siling.

Mayat Yuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: November 5, 2024 @ 9:05am

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐩 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐒𝐃𝟗

Dalam banyak trader, terdapat ramai trader TTP. 😅 Untuk traders yang ingin menceburkan diri dalam prop trading, saya syorkan untuk mencuba cabaran ini.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan! 💰

Ini adalah peluang baik untuk merasakan dan membiasakan diri dengan peraturan trading di prop dengan kos yang minimum. 🥹

Ibarat seperti anda hanya melakukan test deposit di broker. Jangan lepaskan peluang ini! 📈✨
Mini Challenge $9
https://fas.st/t/1DzYjUDP
.
TTP Funded Challenge
https://fas.st/t/kTwRxP8f
.
Soalan , Diskaun & Bantuan
https://tradingpitnur.wasap.my/

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pulau pinang
Kedai Pakistan Pokok Machang kena samun...

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SARAWAK 05/11/2024

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, Yuan Ruohan, maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah berkembar satu tingkat di Jalan Grand Park 3A/3, Miri, awal pagi tadi.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tido la esok skolah. Bye

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita warga emas maut disengat tebuan

Sungai Petani: Seorang wanita warga emas maut akibat disengat tebuan di rumahnya di Taman Semarak, Sungai Pasir di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Rohani Mohd Shariff, 61, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu disedari anak mangsa ketika pulang ke rumah pada 8 malam tadi selepas mendapati ibunya mengerang kesakitan dipercayai terkena sengatan tebuan di badan.

Beliau berkata, anak mangsa kemudian menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setakat ini tiada unsur jenayah dilaporkan dalam kejadian itu dan mangsa tidak mempunyai rekod kesihatan.

Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 4:26pm
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita ditahan tiga bulan atau 84 hari

Narathiwat: Mahkamah Wilayah Narathiwat, hari ini, membenarkan perintah penahanan lanjut oleh polis terhadap enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita yang ditangkap dalam serbuan Jumaat lalu, selama tiga bulan atau 84 hari.

Jurucakap mahkamah berkata, perintah penahanan dibenarkan untuk membolehkan polis meneruskan siasatan.

Menurutnya, keputusan dibuat pada tengah hari ini dan enam individu itu akan kekal dalam tahanan.

"Selepas ini, mereka akan dihantar untuk penahanan lanjut di penjara Narathiwat sehingga 84 hari atau tiga bulan. Ini untuk membolehkan polis Thailand menjalankan siasatan ke atas kes ini.

"Dalam tempoh 84 hari ini, pegawai penyiasat boleh menyoal siasat enam suspek setiap 12 hari," katanya.

Jurucakap itu berkata, polis hanya akan meneruskan dakwaan terhadap kesemua suspek selepas mendapat cukup bukti.

"Semasa perintah penahanan ini, keluarga suspek boleh memohon agar mereka dibebaskan dengan ikat jamin tetapi jumlahnya akan bergantung kepada mahkamah," katanya.

Mengikut undang-undang Thailand, mereka yang didapati memiliki 6,000 pil boleh dijatuhi hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda 200,000 baht (RM25,880).

Sementara itu, jurucakap polis Thailand berkata, mereka sedang memburu dua lagi suspek yang melarikan diri semasa serbuan di sebuah hotel di bandar Sungai Golok minggu lalu.

Difahamkan suspek itu berasal dari Malaysia dan dikenali enam individu terbabit.

Sebelum ini media melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat moden yang popular, ditangkap di selatan Thailand kerana memiliki 6,000 pil di bandar Sungai Golok pada Jumaat.

Mereka ditahan di sebuah hotel sekitar jam 6 pagi dan dipercayai berhibur sempena cuti perayaan Deepavali.

Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 5:02pm
Sharifah Mahsinah Abdullah
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jet pejuang India terhempas ketika penerbangan latihan

New Delhi: Sebuah pesawat MiG-29 milik Tentera Udara India terhempas berhampiran Agra di negeri Uttar Pradesh semasa latihan rutin pada Isnin.

"Juruterbang berjaya mengawal pesawat untuk memastikan tiada kerosakan terhadap nyawa atau harta di darat sebelum selamat keluar menggunakan kerusi lenting," menurut kenyataan Tentera Udara India.

Satu siasatan telah diperintahkan untuk menyiasat punca kemalangan yang dikatakan berpunca daripada kerosakan sistem.

Ini merupakan kejadian kedua pesawat MiG-29 India terhempas dalam tempoh kira-kira dua bulan.

Pada September, sebuah MiG-29 terhempas di kawasan Barmer, negeri Rajasthan, disebabkan kerosakan teknikal.

Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 11:56pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

“Mereka dibakar hingga mati.”

Seorang warga emas Palestin terkejut dan berdukacita apabila anaknya dibakar hidup-hidup bersama isteri dan anak-anak mereka selepas serangan udara Israel menyasarkan khemah pelarian di Al-Zawaida di tengah Gaza.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Basal berkata keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di utara Gaza adalah akibat ketidakupayaan antarabangsa dalam menghadapi kekejaman Israel yang berterusan.

Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tindakan ganas warga haram Yahudi ketika membakar kenderaan dan dua buah apartmen milik warga Palestin di bandar al-Bireh... Di mana pihak berkuasa dalam melindungi rakyat Palestin?

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selang beberape minit si bulu lain pulak naik pencawang TM tak boleh turun.

Pengadu dari taman cempaka menghubungi Bomba Ipoh minta tolong haiwan peliharaan beliau tak boleh turun dari pencawang TM. ✌🏻

Kredit ➡️ BBP IPOH

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands buka semula 25 November

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: November 5, 2024 @ 10:21am

IPOH: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dijangka dibuka semula pada 25 November depan selepas kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di Kilometer (KM) 43.4 jalan itu selesai, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, setakat ini, kerja pengalihan sisa tanah runtuh sudah mencapai kemajuan 10 peratus sejak dimulakan 1 November lalu.

Menurutnya, hujan menyukarkan kerja pembersihan membabitkan penggunaan jentera JKR yang terdiri daripada tiga jengkaut dan empat lori.

Selain itu katanya, lokasi pembuangan sisa runtuhan tanah dan batu yang terhad kerana kawasan sempit.

"Anggaran kasar dengan kerja pembersihan yang agak terbatas, maka kerja pembersihan sisa runtuhan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu lagi dan jalan terbabit dijangka boleh dibuka pada 25 November ini, bergantung kepada keadaan semasa di tapak.

"Hasil pemantauan di lokasi mendapati, masih ada pergerakan tanah yang perlahan.

"Oleh itu, kerja pembersihan perlu dibuat dengan berhati-hati dan akan dihentikan sementara sekiranya ada pergerakan tanah yang besar," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sejak 25 Oktober lalu ekoran insiden cerun runtuh di KM43.4 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Pahang.

#harianmetro
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SALAM KEMAHIRAN WARGA SELANGOR ✨

SESI PENGAMBILAN TVET INTAKE AKHIR TAHUN 2024 ‼️

PERHATIAN KEPADA BELIA BERUMUR 16-28 TAHUN SAHAJA‼️

CALON SPM 2024 DAN BERUMUR 15 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MOHON ‼️

📌 INSENTIF & KELEBIHAN TVET MALAYSIA
👉🏻 Sijil & Diploma Kemahiran diiktiraf Kerajaan
👉🏻 Bantuan Pinjaman Yuran Latihan Pengajian (Program Kemahiran)
👉🏻 Asrama disediakan sepanjang pengajian
👉🏻 Pekerjaan Terjamin dan disediakan di Industri

PELBAGAI LEBIH 15 BUAH PROGRAM YANG DITAWARKAN UNTUK ANDA 🫵🏻

Boleh Hadirkan Diri Anda Ke Lokasi Temuduga Terdekat 👇🏻

📍 CHERAS
🏢 DEWAN MASJID TAMAN CHERAS JAYA
📆 9/11/2024 (SABTU)
⏰ 10 PAGI

📌 KLANG
🏢 DEWAN MASJID JAMEK AR- RAHIMIAH
📆 10/11/2024 (AHAD)
⏰ 10 PAGI

Wajib Hantar Maklumat Kehadiran kerana terhad kepada 50 pengesahan pelajar sahaja‼️
👇
📲 http://wa.me/601154599024?text=JOMTVETSELANGOR

Nama:
Umur:
No Tel Pelajar:
No Tel Bapa:
No Tel Ibu:
Kursus:
Lokasi Temuduga:
Kehadiran bersama: (IbuBapa/Penjaga)

🧔🏻‍♂ENCIK HARRIS
📱011-54599024

TERIMA KASIH

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis tahan penganjur sambutan hari jadi yang berakhir dengan kebakaran

Teluk Intan: Seorang penganjur majlis sambutan hari jadi ditahan kerana terbabit dalam insiden khianat api menggunakan mercun sehingga berlaku kebakaran dewan terbuka, Arena Square Teluk Intan di Jalan Raja, dekat Padang Speedy, di sini, malam Ahad lalu.

Dalam kejadian 11.38 itu, bumbung dewan milik Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) musnah terbakar sebelum kebakaran dipadamkan oleh bomba.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Teluk Intan, 3 petang semalam.

"Hasil siasatan awal bersama pasukan forensik bomba mendapati, kebakaran mungkin berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.

"Penganjur menyewa dewan daripada MPTI dan menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga untuk digunakan oleh seramai 500 tetamu.

"Bagaimanapun, semakan mendapati penganjur tidak memiliki lesen sah untuk penggunaan bunga api dan mercun," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki dan bermain mercun atau bunga api tanpa lesen.

Ahmad Adnan berkata, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, pagi ini, untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.

"Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan mercun dan bunga api tanpa lesen adalah satu kesalahan undang-undang yang boleh mendatangkan risiko keselamatan," katanya.

Disiarkan pada: November 5, 2024 @ 8:00am
Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Berang ditegur, mekanik maki jurutol dan tendang dinding kaunter ditahan polis

Oleh Farwizah Samsudin -November 5, 2024

GARA-gara berang ditegur, seorang mekanik yang bertindak memaki jurutol dan menendang dinding kaunter di sebuah Plaza Tol berhampiran Jalan Batu 9, Cheras, ditahan polis pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video tular kejadian tersebut laman Facebook.

Ekoran itu, pihaknya telah menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan mangsa iaitu seorang wanita Melayu berusia 22 tahun yang bertugas sebagai jurutol.

“Pengadu menyatakan suspek bertindak sedemikian setelah ditegur kerana mengetuk tempat kad Touch ‘n Go dengan kuat semasa menggunakannya.

“Suspek kemudian memarahi mangsa dengan bahasa kesat serta menendang dinding kaunter tol sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun telah ditahan di sebuah taman perumahan dekat Hulu Langat bersama sebuah Perodua Alza bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil pemeriksaan ujian air kencing suspek adalah positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh berhubung terus dengan balai polis yang berhampiran atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

#UtusanTV
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua warga emas maut, rempuh pembahagi Plaza Tol Sungai Besi

Oleh NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL
5 November 2024, 9:42 am

SERDANG – Dua lelaki warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 3.42 pagi.

Katanya, tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V dan mengakibatkan dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan tersebut.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba,” katanya.

Ujarnya, kedua-dua mangsa berusia 64 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

#Kosmo
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SARAWAK 05/11/2024

Pasangan suami isteri melalui detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbakar di Bukit Rasau, Jalan Pan Borneo Serian, malam tadi.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej

KEMAMAN - Seorang pelajar lelaki ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor itu pada jam 5.41 pagi.

"Mangsa tinggal sebilik bersama tiga lagi rakan ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk urusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, berdasarkan rekod kesihatan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang penyakit.

Beliau berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
04 November 2024 01:57pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian warga emas tanpa niat

Ipoh: Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat seorang lelaki warga emas di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya, minggu lalu.

Majistret Siti Nora Sharif turut menetapkan tertuduh, Siti Nuridah Jumli, 24, yang juga seorang peniaga dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pindaan, Siti Nuridah bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kematian Abd Kamar Mat Sarin, 64, di hadapan pintu sebuah pasar raya di Klebang, dekat sini, antara jam 4.20 hingga 5.30 petang, 25 Oktober lalu.

Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.

Berdasarkan fakta kes, Siti Nuridah bersama seorang lagi yang masih bebas bertindak gopoh menampar tepi muka dan belakang Abd Kamar sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa, dengan tidak mempunyai niat membunuh.

Laporan perubatan juga menunjukkan mangsa mempunyai masalah sakit jantung dan tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan polis mengklasifikasikan semula kes pembunuhan dengan niat terhadap warga emas itu kepada menyebabkan kematian tanpa niat.

Motif kejadian dipercayai berpunca akibat pergaduhan apabila mangsa dikatakan sering mengganggu suspek wanita untuk dipikat.

Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 2:10pm
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja autistik hilang ditemukan lemas

Muar: Seorang remaja lelaki autistik yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah ditemukan lemas di Sungai Muar berhampiran jeti Marina Bay di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung di sungai berhampiran jeti itu pada 7.30 pagi tadi.

"Sebelum penemuan mayat, polis menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 50 tahun memaklumkan anak lelakinya tidak pulang ke rumah di Bakri.

"Kanak-kanak itu pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) kategori autisme.

"Bapanya memaklumkan anak lelakinya itu sering keluar rumah tanpa pengetahuannya dan pada masa sama, lelaki itu juga pemegang kad OKU penglihatan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, kali terakhir lelaki itu bertemu dengan anaknya pada 11.30 malam, 2 November lalu.

"Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pengecaman dan juga bedah siasat.

"Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut," katanya yang turut meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad di talian 013-3975290 atau Hotline IPD Muar 06-9566001, ataupun mana-mana balai berhampiran.

Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 4:40pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selamat malam.
Keje ke tu

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hina Islam, polis buka kertas siasatan

Kuala Lumpur : Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular dimuat naik seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap agama Islam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis sudah mengenalpasti suspek dan keterangan akan diambil dalam masa terdekat memandangkan individu berkenaan sedang mendapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.

"Hari ini terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi seminit empat saat yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Tan Chong Ren@Tan Speaker Corner melalui aplikasi Facebook.

"Rakaman video memapar seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kenderaan mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap agama Islam.

"Susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis memandang serius berhubung perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.

"Kes masih di peringkat siasatan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menularkan video berkenaan kerana bimbang akan menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2024 @ 10:57pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Подписаться на канал