infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

'Siti Zulaila isteri saya.... sedih bila ramai fitnah dia janda'

Georgetown: "Dia isteri saya dan saya adalah suaminya yang sah. Bila ramai fitnah, kata arwah janda... saya sedih," luah Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal, 30-an.

Lelaki itu suami kepada Allahyarham Siti Zulaila Zulkifli, 30, yang maut ditikam di hadapan lif pangsapuri di Ayer Itam pada Khamis. Turut meninggal dunia bapa Siti Zulaila, Zulkifli Ibrahim, 62.

Ketika ditemui pada majlis pengebumian dua beranak itu malam tadi, Mohamad Shazwan berkata, dia terkesan dengan dakwaan dibuat orang ramai yang menggelar Siti Zulaila sebagai janda dan menegaskan arwah masih isterinya.

"Sudahlah sedih isteri ditimpa insiden seperti ini, ditambah pula dengan dakwaan tidak sepatutnya, buatkan kami sebagai keluarga sangat terkesan," katanya.

Lelaki itu juga berharap suspek yang ditahan kerana menyebabkan kematian isteri dan bapa mentuanya dikenakan hukuman setimpal.

Terdahulu, jenazah dua beranak berkenaan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Tanjong Tokong, di sini.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuan Guru yang dihadiri kira-kira 300 orang.

Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 12:37am
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selamat pagi semua.
Lambat tido..
Sok cuti ke..

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- ⁠(𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3

Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.

✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍

🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴

𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.

Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅

🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

MELAKA 08/11/2024.

Seorang nelayan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang cuai ketika keluar simpang di Jalan Melaka-Muar, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, mangsa Muhammad Shamsuddin Abu Samah, 30, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika MPV berkenaan sedang keluar simpang rumah dan membelok ke kanan menghala ke arah Serkam.

Sumber ➡️ Malaysia Gazzette

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹🥹xperlu da beratur kat lane touchNGo,hidup semudah ABC
https://s.shopee.com.my/4Aia2Ie3xK

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak kurus tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, order, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjrbt8p4/

atau wasap HQ 👇🏻
https://wa.me/message/ABD6D2PCR3ONE1

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hilux rempuh belakang lori, pemandu tercampak keluar cedera parah

SIMUNJAN-- Seorang lelaki cedera parah akibat tercampak keluar dari kenderaannya selepas merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Sri Aman-Kuching berhampiran Kampung Jirok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 9.40 pagi Khamis melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan sebuah lori Hino yang rosak di parkir di lorong kanan.

"Toyota Hilux tersebut dipercayai dipandu laju di lorong yamg sama sehingga gagal mengelak lori tersebut yang telah diletakkan tanda amaran di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat impak perlanggaran itu pemandu Toyota Hilux tercampak keluar dari kenderaan dan cedera di kepala.

Tambahnya, keadaan kenderaan Toyota Hilux terbabit mengalami remuk teruk di bahagian hadapan manakala lori terbabit mengalami kerosakan di bahagian belakang dan tayar belakang sebelah kiri pecah.

"Pemandu Hilux berusia 53 tahun yang cedera telah dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Sementara pemandu lori lelaki berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 dan siasatan masih diteruskan.

Artikel ➡️ Sarawak update

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Anggota TUDM maut dalam nahas di Sidam Kiri.

SUNGAI PETANI - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara dua mangsa yang maut selepas motosikal jenis Yamaha NVX yang ditunggangnya bertembung sebuah motosikal lain dalam insiden di Jalan Kampung Kubang Sapi, Sidam Kiri dekat sini pada kira-kira jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, Muhammad Amyrul Safuan Fadzil, 31, yang bertugas di bahagian kejuruteraan, markas tentera udara di Kuala Lumpur, sedang dalam perjalanan dari arah Sidam Kiri ke Pinang Tunggal.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian hadapan Yamaha NVX.

"Akibat kemalangan, mangsa yang cedera di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang, Muhammad Hambalee Ishak, 27, yang juga cedera di kepala, turut disahkan maut di lokasi sama," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wujud kecuaian di pihak penunggang motosikal Yamaha Y15ZR yang gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh bahagian hadapan Yamaha NVX.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

08 November 2024 06:37pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki warga Indonesia cedera parah kaki tersepit pada trak angkat susun

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia mengalami kecederaan parah di kaki setelah tersepit pada trak angkat susun hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku di sebuah kilang di Jalan Bako dan pihaknya menerima laporan pada jam 4.20 petang.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, didapati kaki kiri mangsa yang tersepit di forklift (trak angkat susun) telah berjaya dikeluarkan oleh pekerja kilang tersebut.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas selesai operasi di lokasi kejadian.

Oleh Jeremy Lanson

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!!

Untung kan bila ada emas?

Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000!

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‼𝗣𝗲𝗻𝘂𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗠𝗮𝘂𝘁, 𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻

𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝟴 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Seorang penumpang wanita maut manakala pemandunya cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas di KM 434.6 Lebuhraya Utara Selatan Arah Selatan berhampiran susur ke Sg. Buaya pagi tadi.

Menurut pihak Polis Daerah Hulu Selangor, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berumur 56 tahun telah terbabas dan melanggar penghadang jalan mengakibatkan penumpang yang berada di hadapan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian

Pemandu kereta yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Sg. Buloh manakala mayat penumpang wanita dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan untuk tampil bagi membantu siasatan.

.
Laporan: Peg. Penerangan Daerah Hulu Selangor
sumber: Polis Daerah Hulu Selangor

#iloveHuluSelangor #JaPenSelangor #MalaysiaMadani #huluselangor #pdrm Info Kemalangan & Bencana Malaysia
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

⛔ HANYA UNTUK LELAKI ⛔

Dompet design unik...
Reka bentuk sangat sesuai untuk lelaki MASKULIN...
Material kulit lembu asli...
Pasti tahan lama dan berbaloi...

Stok tak banyak..
beli dan tengok video review di sini 👇
nero.leather/video/7410960974015909127?lang=en&q=nero.zerro&t=1730031323010" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@nero.leather/video/7410960974015909127?lang=en&q=nero.zerro&t=1730031323010

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kementerian Kesihatan di Gaza

Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-398.

▪️ Rejim Zionis melancarkan 6 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 78 syahid manakala 214 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 48 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.

▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 43,469 syuhada dan 102,561 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

7 November 2024
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 09/11/2024.

Lelaki meninggal dunia selepas solat maghrib di Masjid al-Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya, malam tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemergian dicemburui, imam meninggal dunia dalam sujud

Kepala Batas: Seorang imam meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika mengimamkan solat Subuh di Surau Permatang Pak Elong, di sini, hari ini.

Perkhabaran duka itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Facebook.

Reezal Merican berkata, beliau dimaklumkan imam itu dikenali Yakob Ramli, meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sajadah.

Difahamkan Yakob tiba-tiba diam dan tidak bergerak.
Menerusi gambar tular di media sosial, terdapat beberapa jemaah cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada Yakob.

Bagaimanapun Yakob disahkan meninggal dunia, sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Permatang Bogak, di sini selepas solat Jumaat.

Sementara itu, rata-rata warga maya di media sosial mengucapkan takziah dan rasa cemburu dengan cara pemergian Yakob yang husnul khatimah.

Disiarkan pada: November 8, 2024 @ 10:00pm
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my.

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung mayat lelaki yang tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu sekitar jam 10.25 malam.

"Terdapat beberapa tatu pada mayat tersebut iaitu di leher kiri berbentuk bintang, di lengan kiri bertulis "no money no honey”, di pergelangan tangan kiri berbentuk pisau dan di bahu kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan bedah siasat telah dijalankan namun punca kematian masih dalam siasatan.

"Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut oleh Ketua Polis Balai Bandar Sunway ASP Kwek Kian Yap,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membantu siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, diminta menghubungi Sarjan Mohd Zaidi Janai di talian 016-2153961 atau 03-7862 7222. - Bernama

08 November 2024 09:26pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua parah Kancil bertembung Myvi depan Maktab Mahmud

SIK: Dua pemandu kereta parah akibat tersepit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua motosikal di hadapan Maktab Mahmud, Jalan Batu 8 di sini, malam tadi.

Kedua-dua mangsa masing-masing cedera di kaki, muka dan paha, dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik.

Difahamkan, nahas dipercayai berlaku akibat seorang pemandu kereta terbabit dikatakan 'terlelap' ketika memandu.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.11 malam.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil manakala dua motosikal masing-masing Yamaha Ego Avantis serta Honda Wave.

Bomba mengeluarkan dua pemandu yang tersepit dalam Perodua Myvi dan Kancil menggunakan peralatan khas 'lucas power unit resque'.

"Kejadian dikatakan berlaku apabila Perodua Kancil dari arah Pekan Sik melanggar bahagian hadapan Perodua Myvi dan dua motosikal yang ketika itu dari arah Batu 8 untuk ke Pekan Sik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhaiti berkata, menurut beberapa saksi di lokasi kejadian pemandu Perodua Kancil dipercayai terlelap (microsleep) dan memasuki jalan bertentangan arah Perodua Myvi dan kejadian berlaku di kawasan selekoh tajam di hadapan Maktab Mahmud SIK dan simpang tiga Kampung Kemelong.

Oleh Zuliaty Zulkiffli
November 8, 2024 @ 8:05am
bhnews@bh.com.my

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita dikhuatiri lemas berhampiran Titi Merah Liverpool

ALOR SETAR - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan berhampiran Titi Merah Liverpool di Sungai Pendang, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Bin Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.54 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Jalan Raja digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

"Setiba di lokasi, pasukan bomba menemui sebuah motosikal di dalam sungai dipercayai akibat terbabas.

"Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dikhuatiri lemas akibat hanyut dalam sungai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Tambah beliau, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah turut menggerakkan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jitra dan Sungai Petani ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan di kawasan berkenaan.

NURUL HIDAYAH HAMID
08 November 2024 03:43pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 08/11/2024.

Kemalangan melibatkan kereta dan lori dari Taman Machap Jaya ke Plaza Tol Machap, sekitar jam 4.30 petang tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SARAWAK 08/11/2024

Seorang anggota polis berpangkat korporal maut dalam satu kemalangan di Jalan Kwong Lee Bank, Kuching hari ini.

Mangsa dikenali sebagai korporal Bakardi Haji Bujang, bertugas di Balai Polis Sekama, Kuching.

Kakitangan Klinik Kesihatan Tanah Putih berkejar ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan, namun mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber ➡️ Sarawak Update

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu maut kereta hilang kawalan dan terbabas dalam semak

MIRI: Seorang lelaki meninggal dunia setelah kenderaan yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak berhampiran jalan pada pagi Khamis.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.50 pagi di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan menerima laporan kejadian itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 55 tahun.

Jelasnya, siasatan di tempat kejadian mendapati, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa memandu kenderaan ke tempat kerja telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak berhampiran jalan.

"Kemalangan ini menyebabkan kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tudan semasa menerima rawatan," jelas beliau dalam kenyataannya.

Katanya, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Steve Annuar

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemaaaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penunggang maut, pembonceng parah, motosikal langgar van

LAHAD DATU: Seorang penunggang motosikal maut dan pemboncengnya parah selepas terbabit kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 4, Jalan Lahad Datu - Tungku, di sini, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, dalam kejadian jam 11.10 malam itu, lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan van dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 68 tahun.

“Pemandu van bersama dua penumpang dari arah Lahad Datu ke Tungku hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan.

"Pada masa yang sama, tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang mangsa bersama pembonceng yang datang dari Tungku ke Lahad Datu terlanggar bahagian tepi sebelah kiri van berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng parah dan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media di sini.

Dzulbaharin berkata, pemandu van dan dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lahad Datu menggunakan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sampel darah pemandu dan penunggang diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu, bagi tujuan ujian alkohol dan dadah," katanya.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu boleh terus menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Sehubungan itu, Dzulbaharin mengingatkan semua pemandu kenderaan supaya memandu dengan berhati-hati dan berhemah supaya tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Oleh Vivi Olviana Najurus

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki cedera parah tercampak keluar dari 4WD kemalangan dengan lori

SIMUNJAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas dikatakan tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya dalam kemalangan dengan sebuah lori pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli (gambar) berkata, kemalangan berlaku di Jalan Sri Aman-Kuching iaitu berhampiran Kampung Jirok, di sini.

Menurutnya, mangsa yang bergerak lurus dipercayai tidak sempat mengelak sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan tersebut akibat kerosakan brek.

“Mangsa dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori sehingga menyebabkan kenderaan mangsa terbabas dan mangsa turut tercampak keluar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mangsa, 53, yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Serian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Kaedah 10 LN 166/59.

Oleh Jeremy Lanson

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penduduk Yan, Pendang gempar kejadian puting beliung

Oleh OTHMAN YAHAYA
8 November 2024, 4:57 pm

YAN – Penduduk di Kampung Padang Besar, Sungai Limau di sini gempar apabila melihat pusaran angin seperti puting beliung melanda satu kawasan tidak jauh dari situ pada petang ini.

Penduduk, Faranina Nazeri berkata, dia menyedari pusaran angin tersebut ketika berada di luar rumah kira-kira pukul 3.10 petang tadi.

“Saya terkejut kerana ini merupakan kali pertama saya melihat puting beliung depan mata.

“Saya sempat merakamkan pusaran angin tersebut yang dilihat datang dari arah Kampung Selengkoh sehingga hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, dia bagaimanapun tidak mengetahui sama ada terdapat rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian itu.

“Pusaran itu yang turut diikuti dengan awan hitam kelihatan sampai ke bawah, namun tidak pasti sama ada ia melanda kawasan daratan atau tidak,” jelasnya.

Faranina kemudian berkongsi video rakaman berdurasi 10 saat itu di kumpulan WhatsApp penduduk kampung.

Sementara itu, turut tular kejadian pusaran angin itu di Facebook yang berlaku di Alor Nan, Pendang petang ini. Difahamkan kejadian berlaku di kawasan sawah dan sungai. – KOSMO! ONLINE

📹 Media sosial
#Kosmo
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jika tiada tembok, mungkin kami mati

KUALA SELANGOR – “Nyawa masih panjang dan mujur kami sempat keluar menyelamatkan diri daripada dilanggar treler itu”.

Itu kata Mohd. Arif Ariffin, 29, pengawal keselamatan yang nyaris maut selepas sebuah treler merempuh tembok dan pondok Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika dia dan rakan sekerjanya, Azmi Mohamed, 55, berada di dalam pondok keselamatan tersebut.

Menurut Mohd. Arif, ketika kejadian dia selesai makan dan membasuh tangan di paip yang terletak kira-kira tiga meter dari pondok itu.

“Saya kemudian masuk semula ke dalam pondok dan berbual dengan rakan (Azmi) namun tiba-tiba terdengar bunyi gegaran serta dentuman kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi itu pagi tadi.

Tambah beliau, dia bersyukur kerana tidak berada di luar pondok keselamatan ketika kejadian berkenaan.

“Ia berlaku dalam sekelip mata dan sempat mendengar bunyi brek treler itu yang kuat dan merempuh tembok. Jika tiada tembok itu, mungkin ia telah mengorbankan nyawa kami,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.08 pagi.

“Bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler dipandu seorang lelaki terbabas serta turut melanggar sebuah kereta Naza Citra.

“Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu treler berjaya keluar dengan selamat,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Oleh: ISKANDAR SHAH MOHAMED
8 November 2024
Video/Gambar: Media Sosial
#Kosmo
#everyone
#follower
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pertahanan Awam di Gaza:

- 80,000 orang terperangkap di utara Semenanjung Gaza, mengalami kekurangan makanan dan ubat-ubatan.

- Penjajah Israel berusaha untuk meneruskan pembunuhan beramai-ramai untuk memindahkan sepenuhnya utara Semenanjung Gaza.

- Anggota kami tidak dapat bekerja di utara Semenanjung Gaza selama 16 hari kerana pencerobohan penjajah Israel yang berterusan.

Sumber: Al Qastal
#infosemasa

Читать полностью…
Подписаться на канал