infosemasaofficial | Неотсортированное

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Подписаться на канал

INFO SEMASA OFFICIAL

SABAH 14/11/2024.

Kemalangan motosikal di jejantas SK Segama, Lahat Datu siang tadi.

Mangsa cedera parah dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ Info Lahad Datu

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Shuib mengaku tidak bersalah atas 6 pertuduhan gagal bayar cukai perkhidmatan

Shah Alam: Pelawak terkenal, Shuib, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.

Turut didakwa atas masing-masing enam pertuduhan sama adalah pengarah bersama, Koh Choon Guan, 33, dan syarikat mereka, Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee).

Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, serta Koh yang turut mewakili Bubblebee selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan berasingan dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Berdasarkan semua pertuduhan, mereka gagal membayar cukai perkhidmatan berjumlah keseluruhan RM1,191,153.78 dan penalti RM454,000 bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, di sini.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 di baca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42 kepada Ketua Pengarah Kastam.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri sementara semua OKS diwakili peguam, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.

Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan cukai yang belum dibayar adalah tinggi berjumlah RM1.6 juta.

Bagaimanapun, Muhammad Firdaus yang mewakili semua OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang kes itu disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan Shuib dan Koh diberi ikat jamin RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember ini.

Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Shuib dan Koh dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 1:46pm
Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 14/11/2024.

Kemalangan melibatkan penunggang motosikal dekat depan Lotus Ampang, siang tadi.

Sumber ➡️ DashCam Owners Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 14/11/2024.

Kemalangan kereta selepas Sri Saujana menghala ke Kota Tinggi, petang tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!

Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?

Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Untuk mujahidin, untuk Palestin"

Inilah yang disebut oleh pemuda Gaza ini apabila menerima berita kesyahidan anaknya dan beberapa ahli keluarganya di Bandar Gaza sebentar tadi.

Allahuakbar 😢

Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Serangan pesawat udara rejim Zionis yang kesannya begitu kuat ke atas kem al-Mawasi Khan Younis, selatan Gaza.

Allahuakbar 😢

Sumber: Eye On Palestine
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mujahidin Al-Qassam menyerang tentera dan kenderaan musuh di barisan pencerobohan di tengah-tengah kem Jabalia, utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tentera pengganas Israel merancang untuk kekal di dalam Gaza sehingga akhir 2025, lapor akhbar Israel.

Mereka sedang membina infrastruktur, meluaskan jalan raya, dan mewujudkan kemudahan besar di Gaza untuk kekal di dalam enklaf tersebut sehingga sekurang-kurangnya akhir 2025.

Sumber: Anadolu Agency
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu lori maut remput lori kontena

SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI
14 November 2024 02:37pm

BATU PAHAT - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang lori kontena di kilometer (KM) 79.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada awal pagi Khamis.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Nur Zufayri Mohd Azaha, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 1.59 pagi.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan 13 anggota bomba termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Renggam dan Ayer Hitam dihantar ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah lori jenis Nissan UD 10 tan telah melanggar belakang sebuah lori kontena Hino 40 tan.

"Akibat perlanggaran tersebut, pemandu lori jenis Nissan, seorang lelaki berusia 28 tahun didapati tersepit di tempat duduk pemandu kenderaannya.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori kontena berkenaan, seorang lelaki berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Operasi ditamatkan pada jam 3.28 pagi," katanya.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

AWAS kepada pengguna Jalan Bukit Badong.. setiap petang ada roadblock. Anda dibolehkan utk tangkap dan ambil sebab lembu2 ini tidak bertuan. Pihak MPKS boleh la tumpang sekaki tangkap ambil buat makan2.. sebelum berlaku kemalangan..melibatkan nyawa.. baik kita tangkap lembu yg xbertuan ni..

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pejalan kaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan

KULAI – Seorang lelaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Kilometer (KM) 22 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 6.05 pagi ketika mangsa melintas jalan di laluan tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang berusia 32 tahun secara tiba-tiba melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan.

“Keadaan itu membuatkan pemandu kereta Honda City, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, yang sedang dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru telah terlanggar mangsa.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat manakala pemandu kereta berkenaan tidak cedera.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ruslan Mohamed menurusi talian 013-3063710. atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
14 November 2024 04:50pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hidup kena byk bersabar.
Jangan nak panas baran sangat..

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SABAH 14/11/2024.

Kemalangan di Jalan Pan Borneo Segama, Lahad Datu siang tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Info Lahad Datu

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua kenderaan terbakar dipercayai perbuatan khianat

Chukai: Dua kenderaan milik seorang peniaga yang diparkir di garaj kediamannya di Taman Jakar Jaya, dekat sini, terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat.

Peniaga terbabit, Lau Sin Tat, 62, menyedari kenderaan Toyota Alphard dan Ford Renger Reptor miliknya terbakar jam 3 pagi.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rohaya Jamil berkata, pihaknya yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian.

"Kebakaran itu hanya membabitkan dua kenderaan dan anggota bomba berjaya memadam kebakaran itu kira-kira jam 3.30 pagi.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian terbabit masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, anggota dari Unit Forensik PDRM telah melakukan siasatan.

" Siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat unsur khianat dengan api yang menyebabkan kebakaran itu berlaku.

"Kita percaya perbuatan ini dilakukan lebih daripada seorang individu dan kita minta kerjasama daripada orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil memberi maklumat kepada pihak polis," katanya.

Hanyan berkata, selain itu Unit Forensik Bomba dengan bantuan dua anjing pengesan Unit K9 turut melakukan siasatan.

"Kita akan mengumpul segala bukti termasuk mencari bahan yang digunakan suspek," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut 436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api atau benda letupan.

Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 9:07pm
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tiga kilang memproses makanan di Semenyih musnah terbakar

Kajang: Tiga kilang memproses makanan di Bandar Teknologi, Semenyih di sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian 10.44 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"JBPM turut menghantar pasukan bantuan bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih; Bandar Tun Hussein Onn (BTHO); Bangi; Seri Kembangan serta Petaling Jaya.

"Kerja pemadaman tiga unit kilang berkenaan segera dijalankan membabitkan kekuatan 27 pegawai dan anggota dengan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.45 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pemeriksaan mendapati kilang pertama musnah 100 peratus manakala kilang kedua mengalami kemusnahan 20 peratus dan kilang ketiga pula musnah sebanyak 30 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 2:03pm
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu lori tak mengaku pukul rakan guna kayu kerana wanita

Muar: Pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan memukul kenalan menggunakan kayu hingga cedera parah, Mac lalu.

Tertuduh, Mohamad Apiz Ishak, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi rakan yang masih bebas didakwa mendatangkan kecederaan terhadap mangsa lelaki berusia 28 tahun di Jalan Bayam, Felda Moakil, di sini, antara 12 tengah malam hingga 1.30 pagi, 25 Mac lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dengan penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki cedera dipukul menggunakan kayu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa dan tertuduh bergaduh selepas teman wanitanya tidak menyukai mangsa.

Akibat daripada itu, timbul perasaan cemburu mangsa terhadap tertuduh yang kemudian mencetuskan pergaduhan itu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, sebelum membuat laporan polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aqillah Mohd Rofaie, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula.

Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 3:07pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my.

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEDAH 14/11/2024.

Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori di Lebuhraya Plus Km 102 arah utara siang tadi.

Sumber ➡️ Dek Wan

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Ni la org kata
Tulang besi
Urat dawai..
Korang jangan nak cuba² pulak.
Tak masal berbalut simen kaki..
🤭🤭🤭🤭
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua hari yang lepas, pasukan rejim Zionis telah menyerbu dua sekolah perlindungan di Beit Hanoun, utara Gaza dan 6membunuh 24 orang Palestin serta membakar bantuan kemanusiaan.

Mereka (rejim Zionis) turut menanggalkan pakaian lelaki, manakala wanita dan kanak-kanak telah dianiaya dan memaksa mereka untuk berpindah ke selatan.

Semua ini berlaku hanya beberapa jam selepas tentera rejim Zionis membenarkan trak bantuan kemanusiaan memasuki sekolah.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hizbullah Dakwa Serang Pejabat Kementerian Perang Israel di Tel Aviv

Hizbullah menyatakan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara pertama ke atas pangkalan tentera Israel, Kirya, di Tel Aviv.

Pangkalan tersebut ialah ibu pejabat Kementerian Perang Israel yang terdiri daripada staf am, bilik pengurusan perang, pihak berkuasa kawalan dan pengawasan perang tentera udara.

Mereka mendakwa serangan dilakukan menggunakan skuadron dron serangan (squadron of attack drones) dan  mengena tepat pada sasaran.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

As salam

Mintak tolong sahabat2 Padang Serai semua.
Isteri beserta anak saya sudah tidak balik ke rumah melebihi 12 hari.
Laporan polis atas kehilangan isteri & anak saya telah dibuat..namun masih belum dijumpai.
Mintak tolong Viral kan & share kepada rakan2 semua..semoga isteri & anak saya dijumpai..

Untuk maklumat lanjut..boleh hubungi saya di talian 0136763829 (Suami) Shamsul.

Doakan dipermudahkan urusan saya..

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Haiway Bertam ke sg 2

2 perempuan naik sebiji motor.. Berhenti utk tnya kereta putih tu rosak ke apa.. Tiba2 lori tanker mai kot belakang langgaq motorsikal Dan kereta tu

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Cromebook bajet..harga student...yang tak student pun boleh beli jangan risau..8gb ram dan 32 ssd..terkejut tgk harga !! 😲😲👇👇

https://s.shopee.com.my/2VaSXfLDGp

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis

GOMBAK - Siasatan awal polis mendapati kemalangan sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada 7 November lalu, akibat jalan licin dan basah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu kenderaan itu dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

"Kenderaan itu telah terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan dan terjatuh ke arah laluan bertentangan di KM 35.3 Kuala Lumpur menghala ke Bentong akibat jalan licin dan basah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noor Ariffin berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berkaitan kes itu.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes yang masih dalam proses siasatan," katanya.

Pada 7 November lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata, kenderaan membawa muatan dua kereta perisai ADNAN terbalik akibat kemalangan itu.

Beliau berkata, ketika kejadian pada jam 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas untuk tujuan latihan.

Terdahulu Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.

AHMAD ISMADI ISMAIL
14 November 2024 03:16pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥SEPASANG RM50.00🔥

✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod

Join Group Telegram Saya👇

/channel/KasutRM60JB

NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇

/channel/+shisrKwAQwNkZDNl

Читать полностью…
Подписаться на канал