pekerja construction or arkitek mudah la dah pakai ni
https://s.shopee.com.my/8KYMnY9Ugs
Sebuah hotel di Itali menolak untuk menerima kehadiran pendatang haram Israel dan menyatakan dalam pesannya: "Pendatang haram Israel bertanggungjawab atas tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mereka tidak dialu-alukan di sini."
Sumber: Quds Feed
#infosemasa
Min mintak tolong tekan link je ye.. min pun x tau ni benda apa.
https://s.shopee.com.my/2AxbZMsHNg
Gaduh sampai korek keluar bebola mata
TASEK GELUGOR: Pergaduhan kerana mabuk berakhir ngeri apabila seorang lelaki warga asing mengorek keluar bebola mata lelaki tempatan dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Ara Kuda, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 52 tahun dipercayai berada dalam keadaan mabuk didakwa mengganggu suspek berumur 28 tahun.
Difahamkan dalam pergaduhan itu, suspek mengorek keluar bebola mata kiri mangsa menggunakan tangannya.
Selain itu, mata kanan mangsa juga dilaporkan dicederakan dalam kejadian tersebut.
Mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.
Suspek diberkas polis di lokasi kejadian.
Difahamkan, bebola mata kiri dijumpai petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tidak jauh daripada mangsa ketika mereka hadir untuk membawanya ke hospital bagi rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
Oleh Wartawan BH
November 17, 2024 @ 11:22am
bhnews@bh.com.my
Artikel ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥𝗧𝗜𝗞𝗧𝗢𝗞 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪𝗘𝗥𝗦 𝗟𝗜𝗞𝗘𝗦 𝗩𝗜𝗘𝗪𝗦 𝗠𝗨𝗥𝗔𝗛🔥
📌𝗨𝗦𝗘𝗥 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗𝗪𝗜𝗗𝗘 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟
𝗨𝘀𝗲𝗿𝗻𝗮𝗺𝗲/𝗟𝗶𝗻𝗸 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮✅
𝗧𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗣𝗮𝘀𝘀𝘄𝗼𝗿𝗱 𝗔𝘁𝗮𝘂 𝗟𝗼𝗴𝗶𝗻❌
𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗦𝗶𝗮𝗽 𝟭-𝟮𝟰 𝗝𝗮𝗺✅💯
𝗕𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗖𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽👇🏻
http://www.wasap.my/60132636268/NakBeliPakageViews+LikesTiktok
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
Gadis rugi RM4,000 serah barang kemas tanpa sedar
KUANTAN - Seorang pekerja sebuah kedai barangan kosmetik kerugian kira-kira RM4,000 selepas diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya dalam kejadian di Jaya Gading di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian menimpa gadis berusia 18 tahun berlaku kira-kira jam 4 petang ketika dia berada di tempat kerjanya.
Menurutnya, mangsa yang baru bekerja dua minggu mendakwa didatangi suspek berpura-pura sebagai pelanggan.
"Suspek bertanyakan tentang barangan kosmetik yang dijual dan berborak tentang barang kemas yang dipakai mangsa.
"Mangsa mendakwa telah serahkan gelang, rantai dan cincin emas yang dipakai kepada suspek tanpa disedari," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mangsa hanya menyedari kehilangan barang kemas miliknya itu selepas suspek keluar dari kedai.
"Mangsa turut menyedari resit pembelian barang kemas itu juga tiada dalam simpanan.
"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan wanita itu juga tidak pernah datang kedai tersebut sebelum ini," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis pada hari berikutnya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
16 November 2024 03:31pm.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA SERTA SALAM MALAYSIA SERTA SALAM MALAYSIA MADANI
JENIS INSIDEN: MANGSA TERPERANGKAP
TARIKH/MASA PANGGILAN: 16.11.2024
JAM 18:05:00
ALAMAT: SURAU HAJI RAMLI, KG TENGLU
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 10 KM
MASA OPERASI TAMAT: 18:20:00
MANGSA: 01 ORANG
KEANGGOTAAN: BBP MERSING
KOMANDER OPERASI: PBK II SHAMSURI BIN SHAFAI
CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR TERDAPAT SEORANG MANGSA TERPERANGKAP DIDALAM KERETA. PKO BERTINDAK MEMBUKA PINTU KERETA TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN KHAS SEHINGGA MANGSA BERJAYA DIBAWA KELUAR.
MANGSA : 1KKP TH - SELAMAT
MAKLUMAT KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
JUMLAH ANGGOTA: 8 ANGGOTA
JENTERA: LFRT-1, NAVARA 1
SEKIAN, TERIMA KASIH.
#JBPM❤️💙
#MesmerisingMersing
#BalaiBombaTahun1968
#SiapSediaSetiapMasa👩🏻🚒
#MersingDaerahPelanconganLestari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Sumber ➡️ Bbp Mersing
#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
KOTA BHARU: Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh, di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata siasatan awal mendapati sebuah kereta Proton Waja cuba memotong kereta Perodua Viva dipandu wanita berusia 20-an itu namun tidak berjaya.
Beliau berkata ini menyebabkan Proton Waja berkenaan terlanggar bahagian sisi kanan hadapan kereta mangsa.
"Akibat perlanggaran itu, kereta yang dipandu wanita berkenaan dari arah Tunjong menghala ke Ketereh telah berpusing lalu terbabas ke laluan bertentangan menyebabkan perlanggaran dengan Toyota Harrier dipandu seorang lelaki berusia awal 50-an.
"Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua penumpang dalam kereta dipandu wanita itu kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini akibat kecederaan di kepala," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata polis sedang mengesan pemandu Proton Waja berkenaan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315.
Artikel ➡️ Astro Awani
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
Aida Aziz
16/11/2024 11:00 MYT
TAIPING: Mayat seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung dekat lombong Tekah Permai, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan dari polis bagi membantu mengambil mayat tersebut pada 9.13 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dengan kekuatan seramai 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Bomba menerima panggilan dari pihak polis untuk membantu mengambil mayat yang terapung di tebing lombong.
"Didapati mangsa adalah seorang wanita dewasa dan identitinya tidak dapat dikenal pasti.
"Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya anggota membuat kerja menyelamat menggunakan ‘ceiling hook’ untuk menarik mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Artikel ➡️ Astro Awani
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan kereta ketika di bulatan.
Lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Nak kurus tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, beli, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjydxavH/
atau wasap HQ 👇🏻
wa.me/60172256341
KELANTAN 16/11/2024.
Kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan dekat Kadok jalan ke lampu isyarat Keterah, di Paya Lada siang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
TERKINI
UNDI RESOLUSI PENUBUHAN NEGARA PALESTIN LULUS DI PBB
Malaysia mengundi setuju bersama 169 buah negara dalam Perhimpunan Agung PBB untuk penubuhan Palestin sebagai negara berdaulat, merdeka dari penjajahan Israel dan hak rakyat Palestin menentukan nasibnya sendiri
Resolusi ini menyatakan bahawa penubuhan ini perlu berlangsung tanpa syarat
170 Negara Setuju dan 6 Negara Menentang iaitu US, Argentina, Micronesia, Nauru dan Paraguay
9 Negara berkecuali iaitu Kiribati, Papua New Guinea, Liberia, Palau, Panama, Rwanda, Togo, Tonga dan Tuvalu
#infosemasa
Rakyat Lubnan nampaknya dah Redha dan teruskan kehidupan meskipun Israel melancarkan serangan ke atas mereka
#infosemasa
TMJ MAFIA
Pernah Menjadi Top 1 Trending Para Peminat jam pada Tahun 2024 .
Gshock TMJ MAFIA juga merupakan salah satu kebanggaan Anak Malaysia.
Warna TMJ MAFIA ini dikenali sebagai All Black dan sangat memainkan Peranan .
Berminat Boleh PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/TmjMafia
JOIN GROUP TELEGRAM :
/channel/supergshock
Nak Tengok Feedback Trusted ?
/channel/Feedbackbysupergshock
Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk di lampu isyarat
PASIR GUDANG: Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta yang disyaki dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol di simpang empat lampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada jam 4 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda Vario yang dinaiki pasangan itu dengan kereta Perodua Alza.
Katanya kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta berkenaan datang dari arah Jalan Besar menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.
"Sampai di lokasi kejadian iaitu simpang empat lampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan tanpa berhenti walaupun lampu isyarat masih merah, menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.
"Pada masa sama, motosikal menunggang pasangan sedang meneruskan perjalanan menghala ke bandar Pasir Gudang, menyebabkan pelanggaran.
"Akibat pelanggaran itu, penunggang iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng, wanita berusia 35 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd Sohaimi, pemandu kereta berkenaan, lelaki berusia 34 tahun, ditahan kerana dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.
"Ujian air kencing juga dilakukan dan mendapati pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah. Siasatan masih lagi diteruskan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan menyebabkan kematian.
Oleh Omar Ahmad
November 17, 2024 @ 8:49am
bhnews@bh.com.my
Artikel ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut selepas jatuh perigi
Rantau Panjang: Lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Tasek Bakong, di sini, 6.30 pagi tadi.
Jiran mangsa, Mohd Shamsudin Pa'Sar, 50, berkata, dia membantu menelefon talian kecemasan 999, selepas diberitahu anak mangsa mengenai kejadian berkenaan.
Terdahulu katanya, dia dalam perjalanan ke kedai untuk menjual ayam segar, sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa, Bahrom Ismail, 64.
Menurutnya, anak-anak kepada lelaki itu kelihatan resah.
"Salah seorang anak mangsa memberitahu ada mendengar suara bapanya meminta tolong dan sempat menghulurkan tali, namun bapanya sudah lemah dan akhirnya tenggelam (di dalam perigi).
"Kami tidak tahu bagaimana mahu mengeluarkan mangsa dari perigi sedalam lebih lima meter dan meminta bantuan kecemasan sebelum bomba tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Shamsudin berkata, menurut anak Bahrom, bapa mereka keluar untuk menoreh getah dan biasanya akan mengambil wuduk di telaga berkenaan untuk menunaikan solat Subuh.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.52 pagi.
"Sebaik sampai di lokasi, didapati seorang mangsa di dalam perigi sebelum enam anggota membantu mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit.
"Mangsa disahkan meninggal dunia. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 10:26am
Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tengok ni aksi pantas staff BHP ni, Azri, yang berjaya mengawal situasi kecemasan dengan cekap! Terima kasih Azri, kerana menjaga keselamatan semua di BH Petrol Jalan Mawai. Kami bangga dengan anda!
🎥bhpetroljalanmawai
Perkongsian daripada media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pacuan empat roda, kereta terbabas masuk kedai pakaian
Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Kota Tinggi: Sebuah pacuan empat roda dan sebuah kereta dilaporkan terbabas hingga masuk ke dalam sebuah kedai pakaian di Jalan Niaga Utama/Jalan Yusof di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian 7.55 malam itu membabitkan Nissan Navara dan Honda Civic.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda terlanggar sisi kereta berkenaan dan menyebabkannya ia hilang kawalan dan terlajak masuk ke kedai.
"Dalam kemalangan itu, pemandu pacuan empat roda iaitu lelaki tempatan berusia 55 tahun dan pemandu kereta yang juga wanita tempatan berusia 40 tahun, terselamat.
Begitu juga pelanggan dan peniaga kedai terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Difahamkan, pacuan empat roda itu turut melanggar bahagian di luar kedai berkenaan.
Yusof berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 3(2)(b) LN 166/59 iaitu cuai semasa keluar masuk simpang dan menyebabkan kemalangan jalan raya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan bagi keselamatan bersama ketika di jalan raya.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 9:17am
Artikel ➡️ Harian Metro
Gambar ➡️ Zahri Halim
#infosemasa
@infosemasaofficial
Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Pasir Gudang: Suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta, yang dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di simpang empat berlampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian 4 pagi itu membabitkan motosikal Honda Vario yang dinaiki pasangan itu, dengan Perodua Alza.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta berkenaan dari arah Jalan Besar menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.
"Sampai di lokasi kejadian iaitu simpang empat berlampu isyarat, pemandu kereta itu meneruskan perjalanan dalam keadaan lampu isyarat merah menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang.
"Pada masa sama, motosikal pasangan terbabit meneruskan perjalanan menghala ke Bandar Pasir Gudang, sebelum berlaku pelanggaran.
"Akibat pelanggaran, penunggang iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun dan pembonceng iaitu wanita berusia 35 tahun cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Sohaimi, pemandu kereta berkenaan iaitu lelaki berusia 34 tahun ditahan kerana dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan.
"Ujian air kencing juga dilakukan, namun pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah. Siasatan masih lagi diteruskan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan menyebabkan kematian.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 8:21am
Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝗕𝘂𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝗶𝗻𝗰𝗶𝗿 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗹𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮
Oleh Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain di tepi longkang dekat Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini, semalam ditemui meninggal dunia.
Mayat kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui anggota bomba kira-kira jam 5.10 petang tadi, pada jarak 3.7 kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) (KUP) Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada hari kedua operasi yang dilakukan sekitar Sungai Danga di sini.
"PKO (Pasukan Keluaran Operasi) bertindak membuat pencarian dengan menggunakan satu bot di sekitar Sungai Danga di sini.
"Mangsa dilaporkan dijumpai di tebing Sungai Danga iaitu kira-kira 3.7 km daripada mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.
Semalam, media melaporkan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam longkang ketika cuaca hujan, pada jam 3.37 petang.
Dilaporkan, kedalaman longkang kira-kira 3.9 meter dan lebar kira-kira 6.7 meter, manakala paras air ketika mangsa hilang adalah pada kedalaman 2.43 meter.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada hari ini turut mendapat bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Skudai.
Turut sama dalam operasi adalah Pilis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 9:28pm
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Penunggang motosikal maut dilanggar bas
NURFARDLINA IZZATI MOKTARNURFARDLINA IZZATI MOKTAR
16 November 2024 12:48pm
KUALA TERENGGANU - Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar bas dalam kejadian di lampu isyarat Kuala Ibai, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa Muhammad Ameer Zikri, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 1.55 pagi itu membabitkan sebuah bas dipandu lelaki berusia 52 tahun yang membawa 25 penumpang dalam perjalanan dari arah Jerantut, Pahang menghala ke Kuala Terengganu dengan sebuah motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa.
"Siasatan awal mendapati bas berkenaan meneruskan perjalanan sebaik sahaja lampu isyarat berwarna hijau di lokasi kejadian sebelum motosikal ditunggang mangsa secara tiba-tiba masuk dari arah kiri ke laluan bas secara mengejut.
"Akibat jarak yang dekat, bas terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan motosikal mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Susulan kejadian itu, Azli berkata, mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata, mayat mangsa kini berada di bahagian Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Budak tergelincir jatuh longkang ditemukan meninggal dunia
Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain di tepi longkang dekat Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini, semalam ditemui meninggal dunia.
Mayat kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui anggota bomba kira-kira jam 5.10 petang tadi, pada jarak 3.7 kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) (KUP) Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada hari kedua operasi yang dilakukan sekitar Sungai Danga di sini.
"PKO (Pasukan Keluaran Operasi) bertindak membuat pencarian dengan menggunakan satu bot di sekitar Sungai Danga di sini.
"Mangsa dilaporkan dijumpai di tebing Sungai Danga iaitu kira-kira 3.7 km daripada mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.
Semalam, media melaporkan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam longkang ketika cuaca hujan, pada jam 3.37 petang.
Dilaporkan, kedalaman longkang kira-kira 3.9 meter dan lebar kira-kira 6.7 meter, manakala paras air ketika mangsa hilang adalah pada kedalaman 2.43 meter.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada hari ini turut mendapat bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Skudai.
Turut sama dalam operasi adalah Pilis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 9:28pm
Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- (𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3
Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.
✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍
🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴
𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.
Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅
🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾
Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇
👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌
‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️
Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’
Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos
Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7
Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix
Laporan trafik semasa (16/11/24 | 9.00pm)
#n9tu JALAN GEMAS-TAMPIN: Perlahan di kedua-dua arah antara pekan Gemencheh dan Taman Kasturi disebabkan banjir melanda jalan utama berhampiran Kawasan Industri Kecil Gemenceh.
Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh memaklumkan Astro Radio Traffic, hanya kenderaan berat boleh melalui kawasan terbabit pada ketika ini.
📹 Renjer Mat
Kredit ➡️ Astro Radio Traffic
#infosemasa
@infosemasaofficial