JOHOR 16/11/2024.
Kemalangan kereta dekat depan Kilang Fujitsu, Parit Raja, Batu Pahat.
Sumber ➡️ Parit Raja Ayer Hitam
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua rumah di Batu 22 Jalan Bintulu-Miri musnah terbakar
BINTULU: 17 individu hilang tempat berteduh setelah dua buah kediaman mereka di kawasan Batu 22 Jalan Bintulu-Miri musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran sekitar jam 4.08 petang.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan dua buah kediaman jenis tidak kekal yang dibina berdekatan antara satu sama lain," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran dua nozel yang mana sumber air diperoleh dari sumber terbuka.
Katanya, setelah hampir dua jam bertungkus-lumus memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.58 petang.
Jelasnya, kebakaran yang berlaku telah memusnahkan keseluruhan struktur bangunan kedua-dua rumah berkenaan.
Katanya, punca kebakaran serta anggaran kerugian dialami kesemua mangsa bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa," tambah beliau.
Oleh Ambrose Rirang
Kredit ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Berkaitan kiriman ni, kanak-kanak tersebut hanya cedera bukan meninggal dunia seperti yang ditularkan.
Sy sebagai pemilik saluran info semasa memohon maaf atas kekhilafan admin sy semasa membuat kiriman tersebut.
Rujukan ⬇️
https://www.facebook.com/share/p/1AkhKSJNZC/
JOHOR 16/11/2024.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan penunggang motosikal hilang kawalan dipercayai akibat jalan tidak rata berhampiran Angsana, Johor Bahru, semalam.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 16/11/2024
Kemalangan di Lebuhraya Plus, KM 65.2 arah Utara dari Simpang Renggam ke Machap sekitar jam 6.30 petang tadi.
Sumber ➡️ PLUS
#infosemasa
@infosemasaofficial
Latihan percubaan PLKN 3.0 mula Januari 2025 - Adly
Seremban: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan bermula 12 Januari tahun hadapan membabitkan seramai 200 orang pelatih lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata ia membabitkan latihan atau fasa percubaan sebelum diperluaskan ke fasa seterusnya pada Jun 2024.
Katanya, latihan itu akan membabitkan tempoh selama dua minggu dan dilaksanakan di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit di Kuala Lumpur.
"Ia adalah sebagai percubaan kerana sesi sebenar akan bermula pada bulan Jun 2025, melalui percubaan ini saya fikir ia boleh menilai keberkesanan silibus dan juga modul latihan seterusnya boleh dilakukan penambahbaikan.
"Kita ada banyak pengalaman melalui PLKN yang dulu, saya fikir menerusi kaedah ini (percubaan) ia akan dapat mempercepatkan proses kita untuk melengkapkan dan memastikan pada Jun kita bersedia sepenuhnya.
"PLKN kali ini akan dilaksanakan melalui kem Wataniah di seluruh negara cuma kali ini hanya dimulakan dengan satu kem yang membabitkan seramai 200 pelatih," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) Peringkat Negeri Sembilan, di sini, hari ini.
Adly berkata, Kementerian Pertahanan tidak mempunyai masalah untuk mencapai bilangan 200 orang pelatih selain mereka yang mendaftar secara sukarela.
"Buat masa ini, kita memang tumpukan kepada pelajar lepasan SPM cuma daripada segi akta sahaja yang menyebut ia boleh disertai pelatih sehingga usia 35 tahun," katanya.
Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 5:29pm
Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
KUALA LUMPUR 16/11/2024.
Kemalangan di Lebuhraya KL-KARAK, Km 34.1 dari Genting Sempah ke Gombak arah Kuala Lumpur sekitar jam 12 tengah hari tadi.
Sumber ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
S Atan meninggal dunia
Kuala Lumpur: Komposer legenda, Datuk S Atan disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun di kediamannya di Kajang jam 3.35 petang, hari ini.
Berita pemergian S Atan disahkan isterinya, Datin Norizan Yeob ketika dihubungi Harian Metro.
"Ya, suami saya sudah tiada. Cuma saya belum dapat memberikan sebarang maklumat kerana masih menunggu pihak berkaitan untuk mengesahkan terlebih dulu.
"Suami saya meninggal dunia di rumah," katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro.
Pada 16 September lalu, S Atan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, di sini, akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Sebelum ini, S Atan pernah dimasukkan ke hospital pada 2006 kerana menghidap angin ahmar.
Pada Februari 2019, komposer yang banyak menghasilkan lagu raya malar segar itu sekali lagi menerima rawatan di hospital akibat masalah buah pinggang.
S Atan sudah lebih empat dekad terbabit dalam bidang muzik dan sudah menghasilkan lebih 1,000 lagu hits nyanyian penyanyi popular seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Jay Jay dan ramai lagi.
Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 4:26pm
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥SEPASANG RM50.00🔥
✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod
Join Group Telegram Saya👇
/channel/KasutRM60JB
NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇
/channel/+shisrKwAQwNkZDNl
Lelaki meninggal dunia ketika pecah rumah
SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI
16 November 2024 10:28am
KLUANG - Seorang daripada empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Jalan Laksamana Sunrise Park, di sini, pada Jumaat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin, punca sebenar kematian suspek masih dalam siasatan.
“Kecederaan si mati pada bahagian tangan kanan berkemungkinan menyebabkan cedera pada salur darah utama kerana banyak kesan darah ditemui di lokasi.
“Punca kecederaan masih lagi dalam siasatan sama ada akibat terkena pada pagar besi rumah atau objek lain ketika pecah masuk rumah atau ketika melarikan diri apabila menyedari penduduk dan pihak polis sampai.
Tambah Nik Mohd Azmi, dua lagi suspek berjaya ditahan polis, namun seorang suspek berjaya melarikan diri.
"Polis bagaimanapun telah mengenal pasti identiti suspek dan sedang giat mengesan suspek.
Siasatan mendapati kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 48 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan jenayah dan narkotik selain ujian air kencing bagi kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis meth," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menurutnya, kematian suspek ketika ini dikategorikan sebagai mati mengejut.
Artikel➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaoffiacial
Porsche terbakar kemalangan dengan Perodua Kancil
KOTA TINGGI: Seorang wanita terselamat selepas Porsche dipandu terbakar selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 18 Jalan Kuala Sedili-Tanjung Balau di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kejadian pada pukul 10.45 malam itu melibatkan kereta jenis Porsche dipandu mangsa dengan sebuah Perodua Kancil.
“Kemalangan berlaku apabila Porsche berkenaan dipandu mangsa yang berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Sedili menghala Sungai Rengit.
“Porsche kemudian terlibat kemalangan dengan Perodua Kancil sebelum terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan kerana wanita berkenaan sempat keluar dan menyelamatkan diri semasa kejadian.
Menurut beliau, kedua-dua pemandu kereta berkenaan hanya cedera ringan dan kes disiasat bawah Seksyen Rule 10 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas.
Polis menasihatkan orang ramai sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan bagi menjaga keselamatan bersama di jalan raya,” katanya. – UTUSAN
Artikel ➡️ Utusan Malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial
Min mintak tolong tekan link je ye.. min pun x tau ni benda apa.
https://s.shopee.com.my/2AxbZMsHNg
hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM22 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY
berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp
⚠️Betul ker Channel jam Gshock ni dah viral seluruh Telegram 🤔
😎Harga Free Postage mana nak dapat seller macam ni kan 😭
✅Pelbagai jam G-SHOCK dengan harga mampu milik 😍
♻️Setiap 1 pembelian keatas ada dapat discount 😱 Rugi kalau tak beli.
🔰 Anything Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/Berminat
JOM PAKAT RAMAI JOIN 👇
telegram.me/supergshock
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤🔥
SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50
✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device
feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby
purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX
Bomba potong dua cincin tersekat pada kemaluan lelaki
Oleh Zuliaty Zulkiffli
November 16, 2024 @ 4:51pm
bhnews@bh.com.my
SUNGAI PETANI: Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong dua cincin yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 2.12 petang.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Aman Jaya tiba di lokasi tidak lama kemudian.
"Sejurus tiba, pihak hospital memaklumkan seorang mangsa lelaki dewasa berusia 38 tahun mengalami masalah apabila dua cincin tersangkut pada kemaluannya.
Tindakan yang dilakukan anggota bomba adalah menggunakan alat khas pemotong cincin untuk memotong sehingga selesai sepenuhnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azahari berkata, operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan mangsa mengalami kecederaan lebih serius.
"Bagaimanapun, lelaki itu mengalami luka di bahagian alat sulit dan menerima rawatan lanjut di hospital.
"Operasi tamat jam 3.10 petang," katanya.
Artikel ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infonsemasaofficial
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
JOHOR 16/11/2024.
Kemalangan lori di selekoh "S" Jemaluang sekitar jam 3 petang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Set hair dressing set..dapat straightener hair ,curling iron dan hair dryer..harga murah je..mesti u all terkejut tengok harga dia!!😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/1B59LjPMR1
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
Isteri Harun hidap kanser tahap empat, ditidurkan
Kuala Lumpur: Isteri pelakon veteran, Harun Hashim, 68, iaitu Sakinah Ganjali, 48, yang dikejarkan ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam akibat kesukaran bernafas semalam disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat dan terpaksa ditidurkan.
Harun ketika dihubungi berkata, selama ini isterinya itu merahsiakan kesakitan yang dialami hingga keadaannya sudah teruk dan terpaksa ditidurkan pagi ini.
"Saya hanya tahu isteri mengalami kesakitan di bahagian payu dara sejak dua minggu lalu.
"Saya tak tahu rupa-rupanya dia menghidap kanser payu dara sehinggalah doktor maklumkan pagi tadi dia sudah berada di tahap empat dan kanser itu sudah pun merebak.
"Doktor beritahu pihaknya juga tidak dapat melakukan sebarang pembedahan, tetapi hanya mampu mengeluarkan air di bahagian bengkak di badannya," katanya kepada Harian Metro.
Harun berkata, dia tidak sama ada isterinya merahsiakan penyakit itu daripadanya atau dia sendiri tidak tahu ada menghidap kanser.
"Pagi tadi dia terpaksa ditidurkan kerana mengalami kesukaran bernafas dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi).
Menurut Harun, walaupun diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun dia enggan percaya apa yang diperkatakan kerana masih yakin isterinya itu akan sihat.
"Saya masih percaya dia akan sihat. Saya tak nak dengar dan fikir bukan-bukan sebab akan mengganggu fikiran saya. Cuma apabila ditidurkan itu maknanya antara dua (hidup atau mati) dan perlu bersedia.
"Saya harap dia kuat dan dapat sedar semula. Insya-Allah pasti ada jalan untuk setiap ujian ini," katanya.
Semalam, kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez bagi menyantuni Harun yang berdepan masalah kesihatan bertukar sebaliknya.
Ia berikutan Sakinah yang juga kurang sihat tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam dengan ambulans.
Sakinah mengalami sesak nafas ketika kunjungan Freddie yang turut disertai Harian Metro dan TV3 bagi meninjau keadaan pasangan terbabit yang mengalami kesukaran hidup.
Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 4:47pm
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Saya isteri kepada Syahrezasalmi b Mohamad Amin (TEH) mintak jasa baik semua warga selama yang mengenali beliau.. Doakan keajaiban, kesembuhan buat suami saya yang masih belum sedarkan diri di hospital Taiping..
Kemalangan dekat jalan lampin Khamis malam minggu lepas, 7-11-2024 (kes moto langgar lembu) Sapa2 ada info pasal kemalangan ni boleh tak hubungi saya kat no 0189461928. Dan sapa yang mengetahui lembu kepunyaan siapa. Sila tampil nah. sebab kemalangan suami saya agak kritikal buat masa sekarang.
Inbox : Norhasliah nor (isteri)
Kredit ➡️ Perak Press
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEBAKARAN BACKHOE DI KG AUR GADING
Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bertindak segera ke lokasi kebakaran melibatkan sebuah jentolak (backhoe) dengan anggaran kebakaran 100%. Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini.
Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula dengan sumber air dari tangki pam jentera. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan operasi.
Jumlah Anggota: 8 orang (BBP Kuala Lipis)
Jentera: FRT – 1, EMRS – 1
Tahniah kepada semua anggota atas tindakan pantas dan kerjasama dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.
Sumber➡️Bbp Kuala Lipis
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙌🏻😆
Bosan tak tahu nak tengok movie free kat mana? Meh join channel akak banyak movie free 🫣
Tak perlu bayar apa apa pum 🤭 ada lebih daripada 50K SUBS ❗️
PERCUMA | PERCUMA | PERCUMA
ADA LEBIH DARI 500 MOVIE PERCUMA
Boleh tekan link disini 👇🏻
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
Meh follow channel backup akak 😆🔥
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
✅ Hanya perlu request join sahaja, okay?
✅ Admin akan approve dalam masa satu minit sahaja
✅ Tengoklah movie sampai lebam
Kes pukau dekat kedai kosmetik jaya gading.. sebelom ni dengar orang cerita je ni terjadi kat diri sendiri! Memula dia kata nak beli perfume untuk buat goodies bag. Siap tunjuk duit die dalam bag ada 3k. Staff kata die rasa seronok je bila borak dengan orang ni.. Memang tak sedar die ambik rantai, cincin dah dan gelang. Lepas dapat brg kemas die kata nak pergi bank kejap nak cucuk duit . Tahu orang tu dah blah dah, berhati2 lah warga kuantan atau dinegeri mane saja korang berada. Benda ni bentul jahat, orang bermatian2 kerja die nak dpt duit mudah guna ilmu hitam je
📸 butiksabrieynaina
#infosemasa
Tragedi redah jeram: Tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan mati mengejut
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
16 November 2024, 10:58 am
ANGGOTA bomba dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa lemas di Sungai Kampar, Gopeng semalam.
IPOH – Tiada unsur jenayah melibatkan kejadian kepala air ekoran hujan lebat yang dikatakan menjadi punca tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) lemas semasa melakukan aktiviti berakit meredah jeram (water rafting) di Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 3.30 petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Polis telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot water rafting telah terbalik di kawasan Sungai Jahang, Gopeng pada pukul 5.50 petang semalam.
“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, lima buah bot dinaiki oleh 21 orang peserta bersama lima orang jurupandu telah berlepas dari sungai itu berhampiran sebuah resort,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, sebuah bot dinaiki tujuh orang peserta telah terbalik semasa menjalankan aktiviti water rafting telah terbalik menyebabkan semua peserta hanyut.
“Namun, empat peserta telah berjaya diselamatkan namun tiga peserta iaitu dua lelaki gagal diselamatkan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa