Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan orang awam
KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kemalangan membabitkan kenderaan orang awam dengan kenderaan anggota polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan yang ditularkan semasa petugas Polis Diraja Malaysia mengiringi orang kenamaan.
"Kita menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Seremban, Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Mohd Yusri berkata, JSPT sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan digalakkan memberi maklumat untuk melengkapkan siasatan,” katanya.
Pada Ahad, tular video berdurasi satu minit empat saat yang memaparkan sebuah kenderaan petugas PDRM sedang mengiringi VIP telah merempuh kereta jenis Proton Saga.
Dalam rakaman tersebut memaparkan kereta pengiring itu disyaki memandu laju sewaktu hujan sebelum melanggar bahagian belakang Proton Saga itu.
Posting terbabit turut mendapat 23 ribu tontonan serta 326 reaksi.
AHMAD ISMADI ISMAIL
17 November 2024 07:22pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pengurus kilang dikhuatiri lemas ketika nak ke tandas
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
17 November 2024, 1:50 pm
ALOR GAJAH – Gara-gara tandas awam berkunci, seorang pengurus kilang berusia 61 tahun dikhuatiri lemas akibat tergelincir ke dalam sungai ketika ingin membuang air di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai dekat sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hamdan Sudin berkata, panggilan kecemasan diterima daripada ahli keluarga pada pukul 5.39 pagi tadi melalui talian MERS 999.
Katanya, pemanggil memaklumkan mangsa, Mokhtar Othman telah keluar seorang diri untuk membeli makanan kira-kira pukul 1.50 pagi dan tidak dapat dihubungi sehingga pukul 5 pagi dibimbingi telah terkunci di dalam sebuah tandas awam susulan warga emas itu ada memberitahu mengalami sakit perut.
Ujarnya, ahli keluarga mangsa turut membuat pencarian di beberapa lokasi termasuk di restoran mamak, hospital sebelum menjumpai kenderaan mangsa di hadapan tandas awam di Sungai Pengkalan.
“Kami dapati tandas tersebut berkunci, manakala barangan peribadi ditinggalkan di dalam kenderaan. Menerusi kamera di papan pemuka kereta memaparkan mangsa kelihatan mundar-mandir di hadapan tandas dipercayai disebabkan ia berkunci kira-kira pukul 2 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.
Tambahnya, pemeriksaan pasukan bomba di kawasan sekitar kemudian menjumpai sepasang selipar di tebing sungai yang dipercayai milik mangsa dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai tersebut serta sekitar kawasan rekreasi.
“Operasi masih berjalan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama bot penyelamat selain khidmat anjing pengesan Unit K9 untuk membuat pencarian di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE
Artikel ➡️Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lori langgar 11 kenderaan, 3 cedera
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Gombak: Tiga individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori lima tan melanggar 11 kereta dan satu motosikal di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran bulatan Batu Caves di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerahkan ke lokasi sejurus terima panggilan pada 3.09 petang.
"Komander operasi lapor kemalangan membabitkan lori Nissan UD 5 tan yang melanggar 11 kereta dan sebuah motosikal.
"Seramai tiga mangsa yang cedera dan mereka diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa membabitkan dua lelaki berusia 43 dan 65 tahun serta wanita berusia 49 tahun, kesemuanya warga tempatan.
Katanya, operasi tamat pada 4.43 petang dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 8:03pm
Artikel ➡️Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.
BBP SELAYANG
PENYELIA OPERASI : PBK I KUP SAMSUDIN BIN SAMAN
JENIS KECEMASAN : KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH VAN YANG HILANG KAWALAN DAN TERBABAS SENDIRI SEBELUM TERBALIK.MANGSA YANG CEDERA RINGAN TELAH MENDAPAT RAWATAN AWAL DILOKASI OLEH EMRS BOMBA SEBELUM DIHANTAR KE Selayang Hospital UNTUK RAWATAN SELANJUTNYA.
Alamat : KILOMETER 34 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR MENGHALA KE K.L
Tarikh : 16/11/2024
Hari : SABTU
Masa : 11:57:00 AM
Sumber ➡️ Bbp Bandar Baru Selayang
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemandu maut lori tangki simen langgar 2 kenderaan, rempuh halaman rumah
Oleh Muhamad Lokman Khairi
November 17, 2024 @ 4:15pm
bhnews@bh.com.my
PARIT: Seorang lelaki maut apabila lori tangki simen dipandunya terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer (KM) 47 Jalan Ipoh-Lumut, dekat Titi Gantung, sebelum merempuh halaman sebuah rumah di tepi laluan itu, lewat malam tadi.
Dalam nahas sekitar jam 11.15 malam itu, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika lori tangki terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar menghala ke Gelung Pepuyu.
Setiba di lokasi kejadian, beliau berkata, lori tangki itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler membawa muatan kertas kitar semula dan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang diparkir di tepi jalan.
Akibat perlanggaran itu, lori tangki simen berkenaan meluncur ke depan kira-kira 100 meter lalu merempuh halaman sebuah rumah di sebelah kiri jalan sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian garaj.
"Pemandu lori itu kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan. Hasil bedah siasat di Hospital Changkat Melintang mendapati punca kematian mangsa ialah kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika cuaca baik tetapi keadaan jalan basah serta tiada lampu jalan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor M Maheswaran, melalui talian 010-7005051 atau ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Artikel ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@info semasaofficial
- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- (𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3
Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.
✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍
🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴
𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.
Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅
🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍
SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!
Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?
Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻
3k view + 300 like
— rm 10 sahaja
20k view + 500 like
— rm 15 sahaja
50k view + 1k like
— rm 20 sahaja
80k view + 2k like
— rm 35 sahaja
250k view + 5k like
— rm 100 sahaja
800k view + 8k like
— rm 150 sahaja
FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200
feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok
Warga emas antara dua parah kemalangan di Simpang Bakun
BINTULU: Warga emas wanita berumur 66 tahun antara dua parah setelah kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pikap di Simpang Bakun Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu-Miri petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden sekitar jam 3.15 petang.
"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pikap," katanya.
Pemeriksaan dijalankan mendapati dua mangsa mengalami kecederaan parah manakala lima lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
Setelah berjaya dikeluarkan, semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat dan terkawal, pasukan bomba menamatkan operasi menyelamat sekitar jam 4.12 petang sebelum bertolak balik ke balai.
Oleh Ambrose Rirang
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
SARAWAK 17/11/2024
Dua parah, lima cedera ringan dalam kemalangan melibatkan pertembungan antara sebuah kereta dan 4WD di Batu 17 Simpang Bakun Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri jam 3.15 petang tadi.
Sumber ➡️ Sarawak Update
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan kereta.
Lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Sumber ➡️ DashCam Malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial
بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & Salam Sejahtera
🚒🔥“SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"🚒🔥
BALAI TERLIBAT : BBP SEKINCHAN
JENIS INSIDEN : KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULAR
ALAMAT : TAMAN INDAH, SEKINCHAN
SEKIAN, TERIMA KASIH.
Kredit ➡️ BBP SEKINCHAN
#infosemasa
@infosemasaofficial
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
Undang² rimba, VIP punya pasal marhaen jadi mangsa!!
🔴 Copy dari media sosial
#infosemasa
JOHOR 17/11/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal terjatuh sendiri di Jalan Mersing, Batu 3, hari ini.
Mangsa cedera dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ KHI
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ibu selamat, anak perempuan dikhuatiri lemas
GERIK - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama keluarga di Sungai Air Beruk, Kampung Kerunai di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar 2.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nur Arina Azizan, 20, telah mandi menggunakan pelampung bersama ibunya berusia 48 tahun dan tiga ahli lain.
Difahamkan mangsa telah turun dari pelampung menyebabkan dia dihanyutkan arus deras.
Melihat kejadian itu, ibu mangsa telah terjun untuk menyelamatkan anak perempuannya menyebabkan dia turut dihanyutkan arus sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Azizan Aziz berkata, sepasukan 19 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.11 petang.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan melakukan pencarian permukaan termasuk melakukan 'skin dive' berhampiran lokasi mangsa dipercayai lemas.
"Pasukan kayak daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kerunai turut turun membantu melakukan pencarian dengan menyusuri sungai manakala agensi lain melewati kawasan tebing untuk mencari mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah tiba bagi membantu operasi SAR tersebut manakala khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil ke lokasi kejadian.
"Operasi SAR yang disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung bagaimanapun ditangguhkan sekitar jam 7 petang.
"Beberapa anggota telah ditempatkan di Pos Kawalan Bomba dan operasi akan bersambung semula jam 8 pagi pada Isnin," katanya.
NOOR AINON MOHAMED
17 November 2024 09:28pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
sehari makan satu biji kenyang sampai malam.
Nak kurus sebelum raya tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, order, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjDu39Wm/
atau wasap HQ 👇🏻
wa.me/60172256341
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾
Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇
👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌
‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️
Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’
Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos
Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7
Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix
Pemandu lori rempuh 11 kereta, sebuah motosikal di MRR2
GOMBAK - Dua lelaki dan seorang wanita nyaris maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah lori melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.09 petang.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal.
"Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut," ujarnya.
AHMAD ISMADI ISMAIL
17 November 2024 07:15pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut selepas jatuh perigi
Rantau Panjang: Lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam perigi di Kampung Tasek Bakong, di sini, 6.30 pagi tadi.
Jiran mangsa, Mohd Shamsudin Pa'Sar, 50, berkata, dia membantu menelefon talian kecemasan 999, selepas diberitahu anak mangsa mengenai kejadian berkenaan.
Terdahulu katanya, dia dalam perjalanan ke kedai untuk menjual ayam segar, sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa, Bahrom Ismail, 64.
Menurutnya, anak-anak kepada lelaki itu kelihatan resah.
"Salah seorang anak mangsa memberitahu ada mendengar suara bapanya meminta tolong dan sempat menghulurkan tali, namun bapanya sudah lemah dan akhirnya tenggelam (di dalam perigi).
"Kami tidak tahu bagaimana mahu mengeluarkan mangsa dari perigi sedalam lebih lima meter dan meminta bantuan kecemasan sebelum bomba tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Shamsudin berkata, menurut anak Bahrom, bapa mereka keluar untuk menoreh getah dan biasanya akan mengambil wuduk di telaga berkenaan untuk menunaikan solat Subuh.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.52 pagi.
"Sebaik sampai di lokasi, didapati seorang mangsa di dalam perigi sebelum enam anggota membantu mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit.
"Mangsa disahkan meninggal dunia. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 10:26am
Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Assalamulaikum Dan Salam Sejahtera
Tarikh : 17112024
Terima Panggilan : 1808pm
Waktu ke Lokasi :1809pm
Waktu Sampai : 1820pm
Waktu Selesai Tugasan :1838pm
Jenis Kes : Kemalangan Jalan Raya
Lokasi : Jalan Jerantut Temerloh Taman Paya Keladan Saujana
Terima Panggilan Kecemasan Dari Sahabat Pasukan Komunikasi Paramedik Memaklumkan Berlaku Kemalangan Melibatkan 01x Kereta Dan 01x Motorsikal,FR03 Gerak Ke Lokasi Kemalangan Tiba Di Lokasi Benar Berlaku Kemalangan 01x Lelaki Dewasa Mengalami Kecederaan Ringan Rawatan Awalan Telah Diberikan,Mangsa Cedera Dibawa Oleh Ambulans Klinik kesihatan sanggang Ke Hoshas Untuk Rawatan Selanjutnya.
Agensi terlibat:
01x Ambulans Klinik Kesihatan Sanggang
01x Bike medik Pasukan Komunikasi Paramedik
Terima Kasih Pada pengguna Lalulintas yang memberi laluan pada team kami
"Cekap Pantas Amanah"
𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧
𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐦𝐞𝐝𝐢k(𝟐𝟒𝐣𝐚𝐦)
𝟎𝟏𝟔-𝟔𝟐𝟓𝟒𝟕𝟐𝟓
𝟎𝟏𝟎-𝟗𝟐𝟐𝟗𝟖𝟎𝟕
Kredit ➡️ Pasukan Komunikasi Paramedik
#infosemasa
@infosemasaofficial
Trimmer rambut dan bulu..ringan je tapi padu..ada 4 mata boleh tukar2..cas pakai usb..harga murah je jangan risau !! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/1qKqg9MUnL
Remaja hilang di Sungai Jeram Badoh ditemukan lemas
Segamat: Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Batu Anam di sini, Jumaat lalu, ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mayat Muhammad Idham Abd Kadir, 14, ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga disambung kira-kira 7 pagi tadi.
"Pada 12.05 tengah hari, pasukan SAR menemukan mayat remaja itu yang berpakaian seluar trek gelap tanpa baju dalam keadaan tersangkut pada akar kayu di dalam sungai kira-kira 450 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Waris mangsa di lokasi kejadian membuat pengecaman identiti dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Daerah Segamat untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian di sini, hari ini.
Kelmarin, Ahmad Zamry dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman mengenai kejadian remaja itu yang hilang di Sungai Jeram Badoh pada 4.20 petang.
Kali terakhir mangsa dilihat mandi di sungai itu bersama 19 rakannya sebelum dihanyutkan arus deras sungai.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 4:53pm
Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
TERENGGANU 17/11/2024
Dua maut kemalangan di Pasir Putih, Marang, hari ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Ganu Lensa
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut, adik melecur dalam kebakaran rumah
Sandakan: Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Batu Sapi Karamunting, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Jailan Jaimin, 35, yang mengalami strok ditemukan rentung oleh pasukan bomba di ruang tamu rumah.
Adik lelaki mangsa berusia lingkungan 20-an melecur di bahagian belakang badan manakala beberapa ahli keluarga yang lain sempat menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.
Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 12 kilometer.
"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.
"Turut terbakar tiga kenderaan jenis lori 10 tan, Proton Saga dan Nissan sedan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan terdapat seorang mangsa rentung yang ditemukan di ruang tamu rumah.
"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal jam 9.27 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya jam 11.35 pagi.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 1:19pm
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔻Briged Al-Qassam memuat naik rakaman serangan ke atas kenderaan penjajah di laluan pencerobohan bahagian timur dan barat kem pelarian Jabalia, utara semenanjung Gaza.
Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa
Pemandu treler maut selepas rempuh dua kenderaan, halaman rumah
PARIT - Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dinaikinya melanggar dua kenderaan lain sebelum merempuh halaman rumah penduduk di Kilometer 47, Jalan Ipoh-Lumut dekat Titi Gantung di sini pada Sabtu.
Nahas berlaku sekitar jam 11.15 malam dan mangsa berusia 32 tahun yang memandu treler bermuatan simen disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat awal kemalangan diterima melibatkan sebuah treler jenis Mercedes-Benz, treler jenis Hino dan kereta jenis Toyota Vios.
Menurut beliau, kemalangan dipercayai berlaku semasa treler dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar menuju ke arah Gelung Pepuyu.
"Setibanya di lokasi, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang treler lain yang diletakkan di tepi jalan kenderaan itu sebelum melanggar belakang sebuah kereta.
"Akibat perlanggaran tersebut treler mangsa telah meluncur ke depan sekitar 100 meter dan merempuh halaman sebuah rumah yang berada di sebelah kiri jalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Hafezul Helmi berkata, siasatan mendapati keadaan cuaca baik namun, keadaan jalan dalam keadaan basah dan lokasi kejadian tidak mempunyai lampu jalan.
"Siasatan juga dapati lokasi kemalangan tiada mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).
"Mayat mangsa yang maut kemudian dibawa ke Hospital Changkat Melintang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah 'polytrauma injury secondary' akibat kemalangan jalan raya," katanya.
Tambah beliau, siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor M Maheswaran di talian 010-7005051 atau mana-mana balai polis berhampiran.
NOOR AINON MOHAMED
17 November 2024 03:24pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial