Mayat Mokthar ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
ALOR GAJAH - Mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad ditemukan lemas di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai di sini pada petang Isnin.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba, Tc Zulkhairani Ramli berkata, mayat Mokthar Othman, 61, yang lengkap berpakaian ditemukan pada jam 2.25 petang.
Menurutnya, mangsa berjaya ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 200 meter dari lokasi warga emas itu dipercayai tergelincir kira-kira jam 2 pagi Ahad.
"Kita telah lakukan SAR di lokasi sama semalam, namun berdepan kesukaran kerana arus sungai deras.
“Hari ini kita minta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menutup Pintu Air Kampung Gadek seawal jam 8 pagi ini bagi menurunkan paras air di kawasan pencarian," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Jelasnya, maklumat yang diterima apabila orang awam ternampak objek berwarna putih terapung pada jarak 200 meter dari lokasi terakhir mangsa dikesan pada jam 2.25 petang.
"Kami kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati benar penemuan mayat seorang lelaki lengkap berpakaian,” katanya lagi.
Terdahulu media pada Ahad melaporkan seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Pengkalan ketika dipercayai berada di tebing sungai tersebut.
Warga emas terbabit sebelum itu sempat memberitahu isterinya yang dia sakit perut dan mahu menggunakan tandas awam di Taman Rekreasi Seri Sutera, Sungai Pengkalan di sini namun berkunci.
Menerusi kamera di papan pemuka kereta memaparkan mangsa kelihatan mundar-mandir di hadapan tandas dipercayai disebabkan ia berkunci kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun pemeriksaan bomba sebaik pintu tandas dibuka juga tidak menemukan lelaki terbabit.
NOR FARHANA YAACOB
18 November 2024 04:10pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 18/11/2024.
Kemalangan di lampu isyarat dekat Amanjaya, jalan ke Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani siang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
SARAWAK 18/11/2024.
Kemalangan melibatkan 3 buah kenderaan dekat Berjaya Bypass dekat Miri, pagi tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Miri Edition
#infosemasa
@infosemasaofficial
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤🔥
SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50
✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device
feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby
purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX
Mokthar ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad ditemukan di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai, Alor Gajah pada petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Farhana Yaacob.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba, Tc Zulkhairani Ramli berkata, mayat Mokthar Othman, 61, yang lengkap berpakaian ditemukan pada jam 2.25 petang.
#SinarHarian #BeritaSemasa #wargaemaslemas #lemas #tergelincir
#infosemasa
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
Basuh periuk tepi longkang, JKN akan 'melawat' secara mengejut restoran nasi kandar popular
Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
Ipoh: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak akan memantau sebuah restoran nasi kandar popular dekat Silibin, di sini, selama sebulan kerana didakwa membasuh peralatan memasak di atas jalan berhampiran longkang hingga tular di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, walaupun JKN tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu, pegawai kesihatan sudah membuat tinjauan sebaik perkara itu tular beberapa hari lalu.
"Saya percaya (video tular itu) ada kebenarannya kerana apabila pegawai kita pergi sana, ia dah tutup, tiada pekerja mencuci.
"Kita akan melawat tempat itu untuk sebulan akan datang pada waktu malam secara mengejut," katanya pada sidang media persiapan sambutan Deepavali peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan seorang pekerja membasuh peralatan memasak di atas jalan di belakang premis.
Selain pengabaian aspek kebersihan, pengguna yang membuat hantaran itu juga mendakwa restoran itu membuat bising kerana kerja mencuci hingga jam 2 pagi.
Dakwa pengguna itu, ini mengakibatkan kacau-ganggu kepada penduduk yang menetap di kawasan perumahan berhampiran premis itu.
Klip video terbabit menarik perhatian meluas warganet yang bimbang terhadap tahap kebersihan makanan dan mendesak tindakan tegas diambil pihak berkuasa.
Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, pegawai JKN juga akan turun padang ke kawasan perumahan berhampiran restoran terbabit untuk mengambil kenyataan penduduk.
"Saya memandang itu sebagai tuduhan amat berat dan kita tidak akan benarkan," katanya.
Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 1:41pm
#harianmetro
#infosemasa
Laporan trafik semasa (18/11/24 | 11.15am)
#kltu LEBUHRAYA PULAU INDAH: Jangkakan kelewatan keluar dari Westport disebabkan treler terbalik di bahu jalan menghalang lorong kiri sebelum simpang ke Wisma Kastam Pulau Indah.
📹 Renjer Shahrul Azhar
Sumber ➡️ Astro Radio Traffic
#infosemasa
Infosemasaofficial
SALAM KEMAHIRAN WARGA MALAYSIA ✨
SESI PENGAMBILAN TVET INTAKE AKHIR TAHUN 2024 KINI DI SELANGOR ‼️
PERHATIAN KEPADA BELIA BERUMUR 16-28 TAHUN SAHAJA‼️
CALON SPM 2024 DAN BERUMUR 15 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MOHON ‼️
📌 INSENTIF & KELEBIHAN TVET MALAYSIA
👉🏻 Sijil & Diploma Kemahiran diiktiraf Kerajaan
👉🏻 Bantuan Pinjaman Yuran Latihan Pengajian (Program Kemahiran)
👉🏻 Asrama disediakan sepanjang pengajian
👉🏻 Pekerjaan Terjamin dan disediakan di Industri
PELBAGAI LEBIH 15 BUAH PROGRAM YANG DITAWARKAN UNTUK ANDA 🫵🏻
Boleh Hadirkan Diri Anda Ke Lokasi Temuduga Terdekat 👇🏻
📍 KUALA SELANGOR
🏢 KOLEJ TINGKATAN 6 SULTAN ABDUL AZIZ
📆 23/11/2024 (SABTU)
⏰ 10 PAGI
📌 BANGI
🏢 PPAS BANGI
📆 24/11/2024 (AHAD)
⏰ 10 PAGI
Wajib Hantar Maklumat Kehadiran kerana terhad kepada 50 pengesahan pelajar sahaja‼️
👇
📲 http://wa.me/601154599024?text=TVETSELANGOR
Nama:
Umur:
No Tel Pelajar:
No Tel Bapa:
No Tel Ibu:
Kursus:
Lokasi Temuduga:
Kehadiran bersama: (IbuBapa/Penjaga)
🧔🏻♂ENCIK HARRIS
📱011-54599024
TERIMA KASIH
Kereta remuk dihempap pokok tumbang di Desa Pandan
18 November 2024, 9:45am
KUALA LUMPUR: Sebuah kereta rosak selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan 1/76C, Desa Pandan, di sini, semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dalam kenyataan, hari ini memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Pokok yang berada dalam kawasan komersial itu yang tumbang mengakibatkan jalan di kawasan terbabit ditutup sementara.
“Petugas DBKL bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) KL berada di lapangan bagi melakukan kerja-kerja pemotongan pokok.
“Mereka juga melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit serta mengawal aliran trafik di lokasi kejadian,” katanya.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
Sumber DBKL & APM Kuala lumpur
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua jurujual maut kemalangan
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
Marang: Dua jurujual maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama dua lagi rakan mereka kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Pasir Putih, petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira 4.30 petang itu, mangsa maut ialah Ahmad Farid Izwan Mohd, 24, dan Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20.
Ketua Polis Daerah Marang Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai terlanggar lopak air lalu terbabas ke kiri jalan.
"Kenderaan terbabit kemudiannya terlanggar pokok di situ dan kedua-dua mangsa yang parah disahkan meninggal di tempat kejadian.
"Dua rakan mangsa yang cedera dihantar Ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Mohd Sofian berkata, mayat kedua-dua mangsa pula dibawa ke Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 11:14pm
#harianmetro
#infosemasa
Jari kanak-kanak tersekat pada tombol pintu
17 November 2024, 11:15pm
TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira sejam selepas jarinya tersekat pada tombol pintu rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas, Balung, di sini, hari ini.
Susulan insiden kira-kira jam 7 malam berkenaan, keluarga kanak-kanak berumur 11 tahun itu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira sejam selepas jarinya tersekat pada tombol pintu rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas, Balung, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam sebelum enam anggota bersama jentera tiba di lokasi kira-kira sejam kemudian.
“Sebaik saja tiba, didapati jari manis sebelah kanan kanak-kanak perempuan itu tersekat dalam tombol pintu.
“Anggota bomba kemudian bertindak menenangkan mangsa dan menggunakan peralatan pemotong khas untuk membuka tombol pintu itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa 12 minit untuk memotong tombol itu dan operasi ditamatkan pada jam 8.07 malam.
Artikel➡️Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan motorsikal dengan kereta depan remedic kangar.
Mangsa dilaporkan cedera parah dilokasi.
17/11/2024
Kredit Perlis Aktif
#infosemasa
@infosemasaofficial
11 individu ditahan, daun ketum, cecair kodein dirampas
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood menunjukkan rampasan dari premis rumah kedai di Jalan Tan Yew Lai.
Oleh: Farah Nabilah Wazer
KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam pengedaran daun ketum dan cecair kodein bernilai RM63,880.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun ditahan di hadapan sebuah premis rumah kedai di Jalan Tan Yew Lai, di ibu negara yang dijadikan sebagai stor simpanan.
“1.347 kg bungkusan plastik mengandungi daun ketum dan kotak yang disyaki mengandungi 50 liter cecair kodein dirampas,” katanya.
Tambahnya, seorang suspek yang bekerja sebagai pemandu lori terlibat dalam aktiviti pengedaran daum ketum kira-kira 3 bulan lalu dan mendapat bekalan daun ketum dari seorang lelaki dari negara jiran.
Bekalan yang diambil kemudiannya dihantar ke Kuala Lumpur dengan kekerapan seminggu sekali.
Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek negatif dadah.
Mereka ditahan reman mulai 16 hingga 22 November di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hasil semakan juga mendapati 6 suspek mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan kes dadah.
Turut dirampas, sebuah lori jenis Hino, serangkai kunci lori dan serangkai kunci mangga premis.
18 November 2024, 12:09pm
Artikel ➡️ Buletin TV3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita terjatuh tingkat 24 ditemui maut tersangkut di gondola di Bukit Jalil
KUALA LUMPUR 18 Nov – Seorang wanita warga Vietnam ditemui maut tersangkut di gondola selepas terjatuh dari tingkat 24 dalam kejadian di sebuah kondominium, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya terima panggilan kecemasan sekitar pukul 6.53 pagi tadi.
Katanya, seramai tujuh anggota lain-lain pangkat keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat seorang wanita warga Vietnam berusia 30 tahun dipercayai telah terjun dari tingkat 24 bangunan.
“Mangsa kemudian ditemui tersangkut di gondola tingkat tujuh bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas kenyataan itu, pasukan bomba berjaya membawa turun mayat mangsa lalu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Media Telus
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
By Published: November 18, 2024, 4:50 pm
#infosemasa
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Karpet bulat cantik dan anti slip..material cantik dan tahan..harga murah je jangan risau..macam2 design dengan size ade pilih je !! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/8UrPmjeCQr
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙌🏻😆
Bosan tak tahu nak tengok movie free kat mana? Meh join channel akak banyak movie free 🫣
Tak perlu bayar apa apa pum 🤭 ada lebih daripada 50K SUBS ❗️
PERCUMA | PERCUMA | PERCUMA
ADA LEBIH DARI 500 MOVIE PERCUMA
Boleh tekan link disini 👇🏻
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
Meh follow channel backup akak 😆🔥
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
✅ Hanya perlu request join sahaja, okay?
✅ Admin akan approve dalam masa satu minit sahaja
✅ Tengoklah movie sampai lebam
𝓕𝓵𝓪𝓼𝓱 𝓢𝓪𝓵𝓮𝓼 🥳
♥️ 𝓑𝓾𝔂 1 𝓕𝓻𝓮𝓮 1
Valid till : 21-11-24
🌷 𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 𝓟𝓻𝓲𝓿𝓪𝓽𝓮
🌷𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 𝓟𝓻𝓮𝓶𝓲𝓾𝓶
🌷𝓓𝓲𝓼𝓷𝓮𝔂+ 𝓗𝓸𝓽𝓼𝓽𝓪𝓻
🌷𝓟𝓻𝓲𝓶𝓮 𝓐𝓶𝓪𝔃𝓸𝓷
🌷𝓛𝓸𝓴𝓵𝓸𝓴 𝓥𝓲𝓹
🌷𝓘𝓺𝓲𝔂𝓲 𝓟𝓻𝓮𝓶𝓲𝓾𝓶
🌷𝓥𝓲𝓾 𝓥𝓲𝓹
* Every purchase will get 1 month legal prime amazon as freegift
Feel free to claim ;)
Hit me up if you're interested
https://wa.link/u33ydm
Thank you ~ ♥️
Nasib baik ada dashcam , mudah nak buat report polis .
Kamera HD 1080p depan belakang ✅
Mudah di pasang ✅
Malam pon HD ✅
Dah lebih 60K unit terjual ✅
Stok terhad , untuk 100 orang pembeli terawal sahaja dapat bawah RM90 📌
yang belum ada dashcam lagi tu , cepat² dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/6V6MBf4u2Q
Wanita maut, pemandu parah dalam nahas 2 kereta
18 November 2024, 9:54am
BESUT: Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Benting Lintang di sini, jam 3 petang semalam mengorbankan seorang wanita, manakala seorang lagi parah.
Mangsa, Norra Zafidah Ahmad Zaibidin, 45, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, siasatan awal mendapati Honda City dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Bachok, Kelantan.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Myvi dipandu lelaki berumur 26 tahun bersama seorang penumpang lelaki berusia 20 tahun dari arah Kampung Raja ke Setiu dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran.
“Akibat kemalangan itu, seorang penumpang bahagian belakang kereta Honda City berusia 45 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, pemandu Perodua Myvi yang parah di kepala dan bahagian abdomen masih tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
“Mangsa lain yang terbabit dalam kemalangan sama dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.
“Hasil ujian saringan awal sampel darah terhadap pemandu Perodua Myvi mendapati lelaki itu positif methamphetamine,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Noraini Muhammad Zin di talian 013-4384239.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
TMJ JOKER VIRAL
LAST STOCK TINGGAL 😎
Dia Buat Hal Pula Beli 2 Ada Offer❓❓Weyh serious lah ni
🔥 Setiap 1 pembelian keatas ada dapat discount 😱 Rugi kalau tak beli.
Pastikan simpan atau screenshot gambar dan hantarkan ke
Nak Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/Berminat
JOM PAKAT RAMAI JOIN👇
telegram.me/supergshock
𝗪𝗶𝗳𝗶 𝗨𝗻𝗹𝗶𝗺𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗨𝗻𝗶𝗳𝗶 𝗛𝗼𝗺𝗲 🆙🆙🆙
FREE 3 BULAN INTERNET
💥Speed 100 MBPS 🚀
💥Boleh guna lebih 5 device ( Phone / TV / laptop PC / Cctv )
💥Bil bulanan RM94.40
💥 Bulan ke 2,3 dan 4 tak perlu bayar bil
💥Modem Router Percuma ( Ada lifetime warranty )
🆓 Daftar 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀
🆓 Pemasangan standard 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀
🆓 3 Bulan Internet 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀
✅ Pendaftaran online cover 1 Malaysia
JOm pasang Unifi >>
wasap.my/60177448994/UnifiOfferTelegram
wasap.my/60177448994/UnifiOfferTelegram
Utk info dan tips berkenaan Wifi Unifi boleh follow fb >>
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086282677797&mibextid=ZbWKwL
nota:
*tertakluk terma & syarat
*RM100 upfront payment perlu dibayar dlm masa 10 hari lepas psg wifi. RM100 ni akan ditolak semula dlm bil.
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
(18/11/2024 | 8:03AM)
#penangtu SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH BRIDGE: It’s congested for 1 hour from Batu Kawan – Batu Maung due to the accident blocking the right & emergency lanes at KM18.
Sumber ➡️ Astro Radio Traffic
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua jurujual maut kemalangan
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
Marang: Dua jurujual maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama dua lagi rakan mereka kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Pasir Putih, petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira 4.30 petang itu, mangsa maut ialah Ahmad Farid Izwan Mohd, 24, dan Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20.
Ketua Polis Daerah Marang Superintendan Mohd Sofian Redzuan berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai terlanggar lopak air lalu terbabas ke kiri jalan.
"Kenderaan terbabit kemudiannya terlanggar pokok di situ dan kedua-dua mangsa yang parah disahkan meninggal di tempat kejadian.
"Dua rakan mangsa yang cedera dihantar Ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Mohd Sofian berkata, mayat kedua-dua mangsa pula dibawa ke Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 11:14pm
#harianmetro
#infosemasa